kata serapan bahasa nusantara

25

Click here to load reader

Upload: siti-fironika-hj-abd-rahman

Post on 22-Jun-2015

3.256 views

Category:

Education


14 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata serapan bahasa nusantara

Kata Serapan Dalam Bahasa Nusantara

Disediakan oleh: Mohd. Fahmi, Siti Fironika, Dan Noorfatilah

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 2: Kata serapan bahasa nusantara

Pengenalan • Tidak ada bahasa di dunia ini yang tidak

dipengaruhi oleh bahasa asing, baik bahasa Inggeris, bahasa Arab, bahasa Cina mahupun bahasa Melayu.  Sebagai bahasa yang pesat berkembang, bahasa Melayu juga telah banyak menerima pengaruh bahasa asing terutama dalam aspek kosa kata atau perbendaharaan kata. Pengaruh paling awal yang dapat dilihat menyerap masuk dalam bahasa Melayu ialah pengaruh bahasa Sanskrit. Pengaruh bahasa Sanskrit sungguh berkesan dan sangat besar sumbangannya terhadap bahasa Melayu secara keseluruhan.  Proses penyerapan unsur asing dalam bahasa Melayu ini ialah satu proses yang mendorong bahasa penerima meminjam unsur-unsur yang terdapat dalam bahasa-bahasa asing melalui suatu cara ataupun kaedah yang berperaturan dan sistematik

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 3: Kata serapan bahasa nusantara

Faktor Yang Mendorong Sesuatu Mengambil Unsur-unsur Asing

• Keperluan dalam dunia baru terutama dalam hal untuk memberi nama-nama baru atau istilah-istilah baru yang menepati kehendak pengisian masa dan keadaan waktu itu.

• Perkembangan dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

• Faktor psikologi masyarakat peminjam. Masyarakat penutur akan meminjam daripada bahasa yang dianggap lebih tinggi tarafnya daripada bahasa ibundanya sendiri.

• Untuk memantapkan lagi struktur sesuatu bahasa itu. Proses peminjaman sebenarnya boleh mendatangkan pengukuhan kepada bahasa yang meminjam. Seterusnya bahasa tersebut akan terus berkembang dan hidup dalam sebarang masa dan keadaan.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 4: Kata serapan bahasa nusantara

5 Unsur Yang Boleh Dipinjam Daripada Sesuatu Bahasa Luar

• i Unsur perkataan (kosa kata/ perbendaharaan kata)ii. Bentuk huruf dan sistem tulisaniii. Sistem bunyi (bunyi yang tidak terdapat dalam bahasa Melayu,  seperti kh, gh, sy, f dll)iv. Imbuhanv. Peribahasanotappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 5: Kata serapan bahasa nusantara

Jenis – Jenis Peminjaman

i. Peminjaman tulenii. Peminjaman maksudiii. Peminjaman kacukaniv. Peminjaman pemerianv. Peminjaman berpindahvi. Peminjaman dialekvii. Peminjaman kuno

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 6: Kata serapan bahasa nusantara

Kesan Peminjaman• Peminjaman unsur bahasa asing dalam

bahasa Melayu memberi kesan kepada sesuatu bahasa terutama apabila berlaku penyesuaian dan perubahan terhadap kosa kata bahasa peminjam. Peminjaman perlu dikawal kerana peminjaman yang berlebih-lebihan akan mengakibatkan keaslian bahasa peminjam itu sendiri, campur aduk struktur akan berlaku.

• Pertembungan sesuatu bahasa dengan bahasa yang lain akan mengakibatkan perubahan bunyi atau fonologi, bentuk kata atau morfologi dan bentuk ayat atau sintaksis. Dalam bahasa Melayu perubahan fonologi berlaku apabila bahasa Melayu bertembung dengan bahasa Arab dan Inggeris.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 7: Kata serapan bahasa nusantara

Peminjaman kosa kata

• Terdapat tiga bahasa yang sangat besar pengaruhnya dalam proses peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu iaitu bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, bahasa-bahasa Cina, Tamil, Siam, Belanda, Portugis, Parsi, Hindustan dan Jawa ada juga memberi sumbangan dalam bentuk peminjaman kosa kata kepada bahasa Melayu.notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 8: Kata serapan bahasa nusantara

Unsur-unsur Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu

• Bahasa Sanskrit banyak memperkayakan bahasa Melayu sejak dari zaman dahulu lagi. Bukan sahaja bahasa Melayu, tetapi mana-mana bahasa yang mempunyai hubungan dengan India akan sedikit sebanyak menerima pengaruh bahasa Sanskrit. Bahasa Sanskrit masuk ke dalam bahasa Melayu melalui proses perdagangan iaitu apabila kerajaan-kerajaan Melayu zaman dahulu membuat hubungan perdagangan dengan India. Pedagang-pedagang India yang datang berdagang dengan Tanah Melayu menggunakan bahasa Sanskrit. Paling utama ialah golongan pengembang agama buddha yang datang untuk mengembangkan agama Buddha di rantau Asia Tenggara ini. Mereka akan menggunakan bahasa Sanskrit.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 9: Kata serapan bahasa nusantara

• Kajian telah menunjukkan bahawa dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 677 patah perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Kata-kata itu merangkumi pelbagai bidang kehidupan seperti bidang agama, falsafah, alam semula jadi, kenegaraan, hubungan kekerabatan, haiwan dan mergastua, bunga dan tumbuh-tumbuhan, bahagian-bahagian tubuh badan, penyakit, perdagangan dan perniagaan, barangan dagangan, bahasa, pembelajaran dan kesusasteraan, angka-angka, tanda masa dan arah, sifat dan keadaan, kata-kata kerja, keterangan ganti nama, penghubung dan seru, unsur-unsur awalan dan akhiran dan kata majmuk notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 10: Kata serapan bahasa nusantara

Contoh Unsur Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu 1

a. Agama dan falsafah Syurga, agama, bidadari, dewa, dewi, budi, dewata, puasa, sakti, sengsarab. Bunga dan Tumbuh-tumbuhanAmra, angsana, cempaka, melati, penaga c. Istilah AbstrakAsmara, bencana, cinta, cedera, dirgahayu, dusta, gembira, guna, jasa, sentosa, usaha, d. Hubungan dan kekeluargaan Bangsa, belia, dara, isteri, suami, janda, saudari, saudara, seterud. Alam semula jadi angkasa/udara, bumi, bayu, gua, tanah, samudera, ombak, suria, cahaya, nyala

Page 11: Kata serapan bahasa nusantara

Contoh Unsur Bahasa Sanskrit Dalam Bahasa Melayu 2

e. bahagian tubuh badananggota, bahu, badan, kepala, muka, nadif. Kenegaraan dan hubungan kekerabatandesa, kota, pengawal, raja, maharaja, permaisuri, putera, puteri, mulia, menterig. penyakitselesema, demam, kusta,h. Haiwan dan Margastua angsa, gajah, ketam, serigala, singa,  unta, jelawati. perdagangan dan barangan arak,  gangsa, curiga, bahara, kunci, biaya, warna, berat

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 12: Kata serapan bahasa nusantara

Penyerapan Unsur Bahasa Arab Dalam Bahasa Melayu

• Selain daripada bahasa Sanskrit, unsur bahasa Arab juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antara peranan utama Islam dan bahasa Arab terhadap bahasa Melayu ialah pengenalan sistem tulisan. Huruf-huruf Arab diperkenalkan dan digunakan sebagai sistem tulisan menggantikan sistem tulisan Pallawa dan Nagiri.

• Sistem tulisan Arab pada mulanya diserapkan ke dalam bahasa Melayu untuk menghasilkan buku-buku agama dalam bahasa Melayu, terutama mengenai ibadat. Persoalan awal yang ditulis ialah seperti mengucap dua kalimah syahadah, solat, berpuasa, membayar zakat. Pada ketika ini, bahasa Melayu menggantikan bahasa Jawa sebagai bahasa yang penting di Kepulauan Melayu.

Page 13: Kata serapan bahasa nusantara

• Apabila Islam dianuti oleh golongan kerabat istana dan rakyat Melaka, peminjaman kata-kata Arab mula meresap masuk ke dalam bahasa melayu. Semasa Melaka di bawah tampuk pemerintahan Sultan Muzafar Syah (1446-1459), Islam diletakkan sebagai asas pemerintahannya. Kesannya, pengaruh bahasa Arab menular masuk bukan sahaja dalam aspek-aspek keagamaaan, tetapi juga meliputi aspek pentadbiran dan kelimuan.

• Melaka menjadi pusat perdagangan di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu pula memainkan peranan utama sebagai bahasa penyebaran ajaran-ajaran Islam. Sistem tulisan yang diperkenalkan ialah tulisan Jawi.

• Sistem tulisan Jawi pada awalnya menggunakan 30 huruf-huruf Arab, iaiatu daripada alif sehingga ya. Untuk menampung keperluan lidah Melayu, 5 huruf lagi diperkenalkan hasil penyesuaian daripada bahasa Parsi, iaitu huruf ca, nga, pa, ga, dan nya.

Page 14: Kata serapan bahasa nusantara

• Wilayah-wilayah atau pulau yang penduduknya beragama Islam telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa keagamaan. Dengan ini, bahasa Melayu semakin luas penggunaannya yang sebelum ini hanya digunakan dalam perdagangan dan kebudayaan sahaja.

• Agama Islam juga memperkenalkan ilmu pengetahuan baharu dengan sejumlah khazanah yang besar dan kaya, yang bersangkut paut dengan perkara yang kompleks seperti agama, ilmu, fikiran, adat-adat Islam, dan sebagainya.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 15: Kata serapan bahasa nusantara

Perkataan Arab Yang Meresap Masuk Ke Dalam Bahasa Melayu 1

a. Berkenaan agama Islam, iman, syarat, rukun, sah, anbia, nabi, wali, tauhid, syariat, malaikat, syariah, baligh, rukuk, ajal, haji, kiblat, fitrah, syaitan, masjid, al-Quran dsb.b. berkenaan ilmuilmu, nahu, surat, jahil, maktab, kitab, sejarah, riwayat, hisab, tafsir, tasawuf, kamus, fikir, hafaz, loghat, tarikh, tawarikh, darab, alim, kertas,  huruf, baki dsb.c. Berkenaan fikiran dan PerasaanAkal, faham, syak, yakin, nafsu, khusus, yakin, khas, ikhlas, ijtihad, nasib, nasihat, aib, hajat, hawa, ilham, musibah dsb

Page 16: Kata serapan bahasa nusantara

Perkataan Arab Yang Meresap Masuk Ke Dalam Bahasa Melayu 2

d.Berkenaan hukuman dan peraturanHukum, hakim, adil, zalim, tertib, wilayah, wakil, wali, kadi, makam, sultan, wakaf, wazir, mansuh, uzur, daftar dsb

e. Adat dan  pergaulan manusia kaum, umat, awam, nikah, muhrim, tahniah, layak, syukur, lazat, martabat, watan, mastautin, lazim, maruah, rezeki, darjat, batin, fitnah

f. Benda-benda, kejadian dan perbuatanHaiwan, insan, wajah, sifat, wujud, nahas, maut, roh,kubur, jubah, kubah, dunia, alam, akhirat, rezeki, jati, ijazah, kuat, jenazah, musafir, darurat, sihat, fitnah, berkat dsb.notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 17: Kata serapan bahasa nusantara

Penyerapan Masuk Unsur

Bahasa-bahasa Eropah Dalam Bahasa Melayu

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 18: Kata serapan bahasa nusantara

Penyerapan Masuk Kosa Kata Bahasa Inggeris

• Kedatangan kuasa-kuasa Barat tidaklah memberi kesan semerta kepada bahasa Melayu. Pengenalan bahasa melayu kepada para pedagang Eropah merupakan langkah pertama ke arah pengenalan mereka dengan bangsa Melayu. Campur tangan Inggeris di negeri-negeri Melayu banyak membawa kesan kepada kedudukan bahasa Melayu. Bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, dan bahasa pengantar bidang pendidikan. Orang yang dapat menguasai bahasa Inggeris akan mendapat keutamaan.

• Keperluan terhadap ilmu dan desakan zaman yang berubah, menyebabkan banyak perkataan bahasa Inggeris menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu. Pinjaman perkataan daripada bahasa Eropah terutamanya bahasa Inggeris terus berlaku. Ini kerana bahasa Melayu memerlukan istilah sejajar dengan perkembangan semasa, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi

Page 19: Kata serapan bahasa nusantara

Perkataan Inggeris Awal Yang Meresap Masuk Ke Dalam Bahasa Melayu

• saman, notis, berek, pensel, gelas, setem, hotel, tiub, basikal, lesen, bil, lokap, kompas, biskut, setokin, drebar, mesin, telefon, biro dan banyak lagi.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 20: Kata serapan bahasa nusantara

Kata Pinjaman Daripada Bahasa Portugis

Perkataan-perkataan daripada bahasa Portugis yang menyerap masuk ke dalam bahasa Melayu ialah ,baldi,  bangku, meja , bomba , bendera,  kemeja, garpu, kebaya,  paderi, tuala, dadu, mentega, keju, pita, lampu, palsu, beranda, wizurai, gereja, merinyu, lelong, sepatu,almari, nanas,  tembakau, tangki, pita dan sebagainya

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 21: Kata serapan bahasa nusantara

Kata Pinjaman Daripada Bahasa Belanda

Perkataan-perkataan pinjaman daripada bahasa Belanda, antaranya ialah:engsel, duit, pos, persen, polisi, sekolah, senapang, laci, pelekat, persen, rokok, kantor, kamar, peleser,  permisi, dansa, super dan sebagainya

Page 22: Kata serapan bahasa nusantara

KATA PINJAMAN DARIPADA BAHASA TAMIL, HINFUSTAN, PARSI DAN CINA

• Selain bahasa-bahasa Eropah, bahasa Melayu juga menerima unsur-unsur bahasa lain seperti Tamil, Hindustan, Parsi, dan Cina.

• Perkataan pinjaman daripada bahasa Tamil : ayah, sebagai, cuma, macam, pinggan, bagai, bagaimana, kalap, segala, cuci, kedai, modal, tirai, cuma, percuma, nelayan, koko dan banyak lagi

Page 23: Kata serapan bahasa nusantara

• Perkataan pinjaman daripada bahasa Hindustan : acar, cuti, kunci, budiman, kapas, palka, cukai, kari, roti, curi, kelasi, topi dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Parsi : agar, bakhtiar, banjir, bazar, badam, cap, kolah, nakhoda, syabas, taj, andai, pasar, daftar, firman, khurma, lasykar, syah, saudagar, jam, bandar, temasya, nisan, takhta, pelampung, dsb.

Perkataan pinjaman daripada bahasa Cina : tauke, tong, tauhu,loteng, laici, kuli, pungki, cap, maajun, cawan, taugeh, cat, sampan, kongsi, ping pong, taufan, mi, bihun, kue tiaw, pau, kueh dan banyak lagi.

notappismpsejarahgstt.blogspot.com

Page 24: Kata serapan bahasa nusantara

Peminjaman Imbuhan Asing Dalam Bahasa Melayu

• Secara umumnya, unsur-unsur imbuhan asing dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu mengikut bahasa asal imbuhan-imbuhan tersebut.

• i. imbuhan Sanskrit - maha-, tuna-, tata-, pra-, swa-, panca-, eka-, dwi-, tri-, -wan, -man, -wati, -nita ii. imbuhan Arab-Parsi:  -bi-, -i, -wi, -iah, -in, -at, -ahiii. imbuhan Yunani-Latin-Inggeris : pro-, anti-, mono-, poli-, auto-, supra-, -isme, ik, -si, -al, -is

Page 25: Kata serapan bahasa nusantara

Sekian terima kasih