kata sendi nama

4

Click here to load reader

Upload: amran

Post on 25-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kata sendi nama

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Sendi Nama

Kata sendi nama “Di”

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah

1. Ibunya bekerja di sekolah itu.

3. Tambak Johor terletak di antara negeri Johor dengan Singapura.

Kata sendi nama “di “ tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman.

Di zaman ini Pada zaman ini

Di waktu ini Pada waktu itu

Di saat ini Pada saat ni

Kata sendi nama “dari”

Kata sendi nama ‘ dari ‘ dgunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat, waktu atau masa.

Menunjukkan arah

1. Awak datang dari mana?

2. Saya datang dari kampung?

3. Mereka baru sampai dari Kuching.

Menunjukkan waktu atau masa

1. Kerajaan itu terkenal sejak dari kurun ke-18

2. Keadaannya semakin tenat dari sehari ke sehari.

Kata sendi nama ‘daripada”

Kata sendi nama ‘daripada’ hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian benda.

Menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda, dan unsure abstrak.

Page 2: Kata Sendi Nama

1. Ali menerima sepucuk surat daripada ibunya.

2. Dia menjauhkan diri daripada bahaya dadah

3. Cadangan daripada persatuan kami telah diterima.

Mernyatakan maksud sumber atau asal kejadian sesuatu benda.

1. Benang berasal daripada kapas.

2. Aku tahu daripada siapa dia mewarisi paras yang cantik itu.

Menunjukkan sebahagian daripada semua.

1. Enam orang daripada mereka mati disambar petir.

2. Seorang daripadanya bertubuh tinggi dan tegap.

3. Sebahagian daripada pelajar sudah pulang ke rumah masing-masing.

Menunjukkan perbezaan atau perbandingan.

1. Ali ebih tinggi daripada Ahmad.

2. Dia lebih pendiam daripada abangnya.

Adalah atau ialah

Adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada dalam, daripada, dengan dan sebagainya.

Contoh.

1. Kursus adalah untuk …..

2. Tarikh kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada 1 Jauari 2007.

“Adalah’ juga digunakan di hadapan kata adjektif, iaitu kata atau rangkai kata yang menunjukkan sifat sesuatu

Contoh,

1. Kenyataan itu adalah benar.

Page 3: Kata Sendi Nama

2. Ucapannya itu adalah terlalu panjang.

Kata Adalah tidak boleh digunakan pada awal ayat?

Contoh

1. Adalah dimaklumkan bahawa…… salah

Dengan ini dimaklumkan bahawa…. betul

Kata sendi dalam dan di dalam

Dalam

Kata sendi dalam digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian ‘ lingkungan yang tidak mempunyi ruang atau jarak.

contoh

1. Dalam hal ini, kita semua setuju.

2. Dia tidak terlibat dalam urusan perniagaan bapanya.

3. Persoalan itu bermain dalam fikirannya.

Di dalam

Kata Sendi “ di dalam” digunakan untuk menyatakan sesuatu yang konkrit. (ada ruang fizikal)

1. Duit saya hilang semasa di dalam teksi.

2. Buah-buahan itu diletakkan di dalam bakul.

Kata Kerja

1. Ali menghadiahi sebentuk cincin kepada tunangnya. - salahAli menghadiahi tunangnya sebentuk cincin -betul

2. Pekerja-pekerja itu sedang memperbesarkan jalan raya. -salahPekerja-pekerja itu sedang memperbesar jalan raya. -betul

Page 4: Kata Sendi Nama

Kata Sendi “oleh” dan “kerana “ tidak boleh digunakan bersama-sama.

1. Dia dimarahi guru oleh kerana tidak hadir sekolah -salah

2. Dia dimarahi oleh guru oleh sebab tidak hadir sekolah. -Betul

Kata Adjektif

Samad pelajar yang amat/paling/sangat tercerdik -salah

Samad pelajar yang tercerdik. -betulSamad pelajar yang paling cerdik. -betul.

Pelajar itu paling pintar sekali -salahPelajar itu amat/ sungguh/ sangat pintar sekali -betul.

Kata Majmuk

Ada 15 bentuk Kata Majmuk yang sudah mantap dan eja dengan satu perkataan.

antarabangsa setiausahaberitahu sukarelabumiputera tandatanganjawatankuasa tanggungjawabkakitangan warganegarakerjasama pesuruhjayaolahraga suruhanjayamatahari

Hukum D-M

1. Lain –lain hal salah2. Hal-hal lain betul3. Goreng keledek salah4. Keledek goreng betul

Imbuhan

1. Beberapa bahagian kawasan pendalaman Sabah akan menerima kemudahan-kemudahan asas tidak lama lagi. salah

pedalaman bukan pendalaman

Page 5: Kata Sendi Nama

Kata hubung.

Kata hubung “apabila” selalu ditulis sebagai “bila”. Kata “Bila” adalah Kata Tanya.

Contoh.Ibu tersenyum bila adik lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. -salah

Ibu tersenyum apabila adik lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR. -betul.