kata-kata aluan pp

1
Sekapur Sireh Kegagalan calon-calon STPM menjawab soalan kajian kes dengan baik, telah mendorong kami guru-guru pengajian perniagaan Daerah Segamat, Kluang dan Pontian untuk menyediakan lebih banyak contoh-contoh soalan kajian kes. Soalan kajian kes merangkumi 30% dari markah keseluruhan bagi setiap penggal peperiksaan dan kegagalan menjawab soalan ini akan memberi kesan kepada prestasi keseluruhan keputusan pengajian perniagaan. Atas rasa kesedaran ini, maka kami telah berusaha untuk mengumpulkan bahan-bahan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan laporan berita yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai syarikat ternama. Laporan berita ini kami olah semula untuk disesuaikan dengan keperluan penyediaan soalan kajian kes . Adalah menjadi harapan kami, dengan penerbitan Modul Item Kajian Kes Pengajian Perniagaan ini, dapat membantu calon-calon STPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 khusus bagi menjawab soalan kajian kes. Modul ini sesuai digunakan sebagai latih tubi kepada calon-calon STPM bagi membiasakan mereka dengan soalan sebenar dalam peperiksaan STPM yang akan mereka hadapi. Disamping itu Modul ini juga menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan kajian kes sebagai panduan dan contoh kepada pelajar bagaimana untuk menjawab soalan kajian kes. Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu meningkatkan peratus kelulusan subjek Pengajian Perniagaan dalam peperiksaan STPM khususnya bagi daerah Segamat, Kluang dan Pontian dan negeri Johor amnya.

Upload: shazurashaari

Post on 12-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata-kata Aluan Pp

Sekapur Sireh

Kegagalan calon-calon STPM menjawab soalan kajian kes dengan baik, telah mendorong kami guru-guru pengajian perniagaan Daerah Segamat, Kluang dan Pontian untuk menyediakan lebih banyak contoh-contoh soalan kajian kes. Soalan kajian kes merangkumi 30% dari markah keseluruhan bagi setiap penggal peperiksaan dan kegagalan menjawab soalan ini akan memberi kesan kepada prestasi keseluruhan keputusan pengajian perniagaan. Atas rasa kesedaran ini, maka kami telah berusaha untuk mengumpulkan bahan-bahan dari pelbagai sumber untuk mendapatkan laporan berita yang berkaitan dengan aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh pelbagai syarikat ternama. Laporan berita ini kami olah semula untuk disesuaikan dengan keperluan penyediaan soalan kajian kes .

Adalah menjadi harapan kami, dengan penerbitan Modul Item Kajian Kes Pengajian Perniagaan ini, dapat membantu calon-calon STPM dalam persediaan menghadapi peperiksaan Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 khusus bagi menjawab soalan kajian kes. Modul ini sesuai digunakan sebagai latih tubi kepada calon-calon STPM bagi membiasakan mereka dengan soalan sebenar dalam peperiksaan STPM yang akan mereka hadapi. Disamping itu Modul ini juga menyediakan skema jawapan bagi setiap soalan kajian kes sebagai panduan dan contoh kepada pelajar bagaimana untuk menjawab soalan kajian kes.

Semoga usaha yang tidak seberapa ini dapat membantu meningkatkan peratus kelulusan subjek Pengajian Perniagaan dalam peperiksaan STPM khususnya bagi daerah Segamat, Kluang dan Pontian dan negeri Johor amnya.