kata ganti nama diri

Upload: indra-rani

Post on 01-Mar-2016

48 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kata ganti

TRANSCRIPT

KATA GANTI NAMA DIRI (KGND) digunakan untuk menggantikan kata nama orang. kata ganti nama diri terbahagi kepada tiga jenis seperti yang berikut: (a) Kata Ganti Nama Diri Pertama (b) Kata Ganti Nama Diri Kedua (c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga(a) Kata Ganti Nama Diri Pertama digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang bercakap atau merujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang lain. kata ganti nama diri pertama terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.KGND PertamaBentukPenggunaanAyat contoh

akutunggalMerujuk kepada diri sendiri apabila berhubung dengan orang yang rapat dan sama taraf, dan ketika berdoa kepada Tuhan.1. "Kedatanganakuke mari membawa hajat yang besar, Manisah," kata Ziana kepada rakan karibnya itu.2. Ya Allah,akumemohon petunjuk-Mu," lafaz Pak Man dalam doanya.

sayatunggalMerujuk kepada diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang baru dikenali atau sesiapa sahaja dalam keadaan rasmi.1. "Rumahsayatidak jauh dari sini," kata Rahim kepada orang tua yang bertanya kepadanya itu.2. Sayaberasa bertuah menjadi rakyat Malaysia.

betatunggalDigunakan oleh raja, permaisuri, sultan dan kaum kerabat diraja apabila bertitah kepada rakyat.1. "Berani awak mengingkari perintahbeta," titah baginda sultan dengan murkanya.2. "Betaizinkan mamanda menteri berangkat sekarang juga," titah Sultan Ali.

patiktunggalDigunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan sultan, permaisuri, raja dan kerabat diraja.1. Kata Bendahara Melaka, "Patikmenjunjung perintah, tuanku."2. "Patikdatang ke mari membawa hajat yang besar, tuanku," sembah Hang Kasturi kepada Sultan Mahmud.

dakutunggalMerujuk kepada diri sendiri dan hanya digunakan jika perkataan sebelumnya berakhir dengan huruf "n".1. Adakah engkau masih ingat akandaku?2. Oleh sebab tidak sependapat dengandaku, akhirnya kami berpisah juga.

hambatunggalMerujuk kepada diri sendiri pada zaman dahulu.1. "Hambatelah banyak melihat corak hidup manusia," kata pengembara itu kepada Engku Azlina.2. "Janganhambadihina begini," rayu saudagar itu kepada Malim Kundang.

kamijamakMerujuk kepada si penutur dan temannya apabila bercakap dengan pihak kedua.1. "Kamiakan menyertai kem motivasi di sekolah," kata Ali dan Siti kepada ibu mereka.2. Ami dan John memberitahu cikgu mereka,"Kamitidak tahu membuat projek itu."

kitajamakMerujuk kepada si penutur dan orang yang mendengarnya.1. Bahasa Malaysia ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negarakita.2. "Jika kita bersatu,kitaakan menjadi kuat," kata Eda kepada rakan-rakannya.

Kembali ke atas...(b) Kata Ganti Nama Diri Kedua digunakan untuk menggantikan nama diri orang kedua atau orang yang diajak bercakap. kata ganti nama diri kedua juga terbahagi kepada dua bentuk, iaitu bentuk tunggal dan bentuk jamak.KGND KeduaBentukPenggunaanAyat contoh

awaktunggalDigunakan untuk diri orang kedua yang rapat, panggilan orang atasan kepada orang bawahan dan digunakan oleh suami dan isteri apabila bercakap.1. "Awaktidak boleh merokok di dalam pejabat," kata pengurus itu kepada keraninya.2. "Bilaawakmahu datang ke rumah saya?" tanya Salmah kepada sahabat karibnya.

kamutunggalDigunakan oleh orang yang lebih tua atau dewasa dan ditujukan kepada anak, para pelajar dan sebagainya1. "Kamumasih belum sihat lagi, Man?" Kudus bertanya.2. "Mengapakah matakamumerah, Amin?" Halim bertanya kepada adiknya.

engkautunggalDigunakan untuk diri orang kedua yang rapat dan dengan Tuhan apabila berdoa.1. "Apakah yangengkaulakukan ini?" Zuren bertanya kepada Ku Li.2. Ya Allah,Engkaulah yang maha mengetahui.

dikautunggalDigunakan dalam tulisan sebagai objek kepada kata sendi dan kata kerja transitif yang ejaannya berakhir dengan huruf "n".1. Aku akan memperkenalkandikaudengan kawan-kawanku yang lain.2. "Saya amat rindu akandikau," kata Hasan kepada teman wanitanya.

tuankutunggalDigunakan apabila bercakap dengan sultan, raja dan kerabat diraja; bermaksud "tuan yang mulia".1. "Segala titahtuankuakan patik patuhi," kata Hang Tuah.2. "Patik ke mari bersama-sama dengan anak dan isteri,tuanku" sembah Tun Pepatih.

andatunggal / jamakMerujuk kepada diri orang yang kedua/ orang yang dilawan bercakap apabila tiada berhadapan dengan kita. Contohnya dalam siaran radio, televisyen atau dengan orang yang sebaya.1. Andadikehendaki membaca arahan dengan teliti sebelum menjawab soalan.2. Jikaandaberminat untuk menyertai syarikat kami, sila hubungi kami dengan segera.

kalianjamakMerujuk kepada diri orang kedua atau orang yang dilawan bercakap yang bilangannya melebihi seorang/bilangan banyak.1. Kaliandiharap bertenang kerana para hakim sedang mengira markah.2. "Apakah yangkalianbuat di sini?" Husin bertanya kepada rakan-rakannya.

Kembali ke atas...(c) Kata Ganti Nama Diri Ketiga kata ganti nama diri ketiga ialah kata yang digunakan untuk menggantikan nama diri orang yang dicakapkan atau yang diperkatakan.KGND KetigaBentukPenggunaanAyat contoh

dia / iatunggalUntuk menggantikan nama diri orang yang diceritakan/dicakapkan sama ada rakan sebaya atau orang yang lebih muda.1. Diaberjanji akan berubah, tidak lagi bersikap malas seperti dahulu.2. Ahmad terjatuh keranaiaditolak oleh kawannya.

nyatunggalDigunakan untuk menggantikan kata ganti dia/ia, nama binatang dan nama benda. Tidak boleh berdiri sendiri dan ditulis serangkai dengan perkataan yang mendahuluinya.1. Munirah memanggil Masni sambil melambai padanya.2. Burung itu tidak boleh terbang kerana sayapnyapatah.

bagindatunggalUntuk menggantikan nama sultan, raja, kerabat diraja yang diperkatakan.1. Sultan Samad menitahkan Perdana Menteri pergi mendapatkan anakandabagindadi Temasik.2. BaginaSultan jarang-jarang melawat ke sini.

beliautunggalDigunakan untuk orang ketiga yang dihormati seperti ibu bapa, pemimpin dan guru.1. Semua anakbeliaubelajar di luar negara.2. Menteri Pelajaran tidak dapat hadir keranabeliauberada di luar negara.

merekajamakUntuk menggantikan nama diri orang ketiga yang dicakapkan yang bilangannya melebihi seorang.1. Rumahmerekaranap ditiup angin ribut.2. Merekabergotong-royong membersihkan kampung.