kata aluan ydp pibg (1)

Upload: saidanor-laili

Post on 02-Nov-2015

522 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

MAJALAH

TRANSCRIPT

KATA ALU-ALUANYANG DIPERTUA PIBGSMK TUNKU BESAR BURHANUDDINAssalamualaikum dan Salam 1MalaysiaSebelum meneruskan bicara, ingin saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan dan menerbitkan majalah sekolah pada kali ini. Terimakasih juga kerana memberikan kesempatan untuk saya melakarkan kata alu-alu. Tahniah diucapkan kepada Sidang Redaksi TERAJU 2013.Kejayaan TERAJU merupakan kesinambungan tradisi selama ini dan memberikan pengertian yang besar kerana menerusi TERAJU, kita dapat merakamkan peristiwa suka duka dan pahit manis yang mewarnai pengalaman kita. Saya pasti semangat juang dan dedikasi warga sekolah dapat melahirkan generasi yang cemerlang dalam aspek akademik mahupun sahsiah.Pemuafakatan antara ibubapa dan guru yang dijelmakan melalui sarana ibubapa dan sarana sekolah merupakan tunjang penting melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka untuk melakar kejayaan. Kejayaan dan komitmen yang jitu ini mampu membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak samaada dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Jelaslah di sini, komitmen semua pihak mampu menjayakan wawasan negara yang berfalsafah rakyat didahulukan pencapaian diutamakan dan Program Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang sedang dilaksanakan sekarang.Justeru, saya menyeru semua pelajar sentiasa berusaha memperbaik pencapaian diri dan berpegang teguh pada akujanji yang dilafazkan. Kegigihan serta ketabahan pelajar mampu membentuk modal insan yang mempunyai minda kelas pertama dan jati diri yang kukuh dalam mengharungi cabaran mendatang.Akhirulkalam, saya mendoakan SMK Tunku Besar Burhanuddin sentiasa beroleh kejayaan dan segala usaha kita akan diberkati Allah SWT. Semoga terus berjaya dalam segala bidang.Sekian, terimakasih.

MOHAMAD MUSTAFA BIN LATIFYang DiPertua PIBG SMK Tunku Besar Burhanuddin