buletin...karnival alam sekitar & kepenggunaan 2019 12 ah haram tekad ydp barutekad ydp baru...

24
@mpselayang @mpselayang @ mpselayang DITERBITKAN OLEH MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG NASKAH PERCUMA WWW.MPS.GOV.MY 03/19 EDISI SEPT - DIS 2019 Majlis Lafaz Akuan Menerima Jawatan Sebagai Yang Dipertua MPS Program Cintai Sungai Sempena Hari Sungai Sedunia 03 11 buletin Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 HAPUS LOKASI SAMPAH HARAM TEKAD YDP BARU TEKAD YDP BARU

Upload: others

Post on 05-Jul-2020

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

@mpselayang @mpselayang @ mpselayang

DITERBITKAN OLEHMAJLIS PERBANDARAN SELAYANGNASKAH PERCUMA

W W W. M P S . G O V. M Y

03/19

E D I S IS E P T - D I S 2 0 1 9

Majlis Lafaz Akuan Menerima Jawatan Sebagai Yang Dipertua

MPS

Program Cintai Sungai Sempena Hari Sungai

Sedunia

03 11

buletin

Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019

12

HAPUS LOKASI SAMPAH HARAM

TEKAD YDP BARU

TEKAD YDP BARU

Page 2: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

DARI MEJA YDP

SIDANGREDAKSI

PENASIHAT

Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd [email protected]

YBhg. Dato’ Dr. Juhari B. [email protected]

KETUA PENGARANGEn. Mohamad Zin B. Masoad [email protected]

PENOLONG KETUA PENGARANGEn. Ahmad Fauzi B. Ishak [email protected]

PENGARANGCik. Nuratikah Hanim Bt. Mohd Sakri [email protected]. Norhatikah Nabila Bt. [email protected]. Norhasliza Bt. Hassan [email protected]. Noraswalziha Bt. [email protected]. Siti Maisarah Bt. Abd. [email protected]. Elley Roulzee B. Ahmad [email protected]

PEREKA LETAKEn. Mohd Afzairis B. [email protected]. Muhamad Amirul Hafiz B. Mohamed [email protected]

JURUFOTOPn. Anissapinah Bt. Mohd Dan [email protected]. Mohamad Khairun B. Roslan [email protected]

DITERBITKAN OLEHJabatan KorporatMajlis Perbandaran Selayang

Penerbit tidak akan bertanggungjawab atas sebarang pelanggaran hak cipta dan masalah dari penerbitan ini. Sebarang maklum balas atau cadangan boleh dihantar kepada:

Jabatan KorporatMajlis Perbandaran SelayangMenara MPS, Persiaran 3, Bandar Baru Selayang68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.

No. Tel: 03 6126 5800 Fax: 03 6138 2728E-mel: [email protected]: 1800-222-677

Assalamualaikum w.b.t, dan Selamat Sejahtera,Alhamdulillah, dipanjatkan rasa syukur ke Hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya terhasil buletin Selayangku Sayang Bil.3/2019.

Pertamanya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Tuan Hj Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor di atas kepercayaan beliau melantik saya sebagai YDP Majlis Perbandaran Selayang. Setinggi-tinggi penghargaan jua kepada YB Dato’ Mohd Amin bin Ahmad Ahya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang memberikan sokongan atas pelantikan saya ini.

Pengurusan perkhidmatan yang sistematikDalam menerajui MPS, fokus utama saya adalah untuk menjadikan MPS lebih berdaya maju dari segi pengurusan dan tadbir urus yang sistematik terutamanya terhadap aset-aset yang dimiliki. MPS perlu sentiasa memastikan segala aspek perkhidmatan sentiasa berada di tahap yang terbaik setimpal dengan kehendak stake holder atau pelanggan.

Menerapkan budaya kerja cemerlang Untuk mencapai kecekapan dan keberkesanan organisasi, kita perlu membentuk dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang serta dapat membuat penyesuaian bagi menghadapi perubahan-perubahan persekitarannya. Bagi membentuk budaya organisasi yang baik, nilai-nilai murni juga perlu diterapkan oleh setiap warga MPS. Nilai-nilai murni yang dimaksudkan ialah integriti, kejujuran, intelektual, neutraliti dan akauntabiliti.

Memupuk hubungan yang baik dengan masyarakatSaya juga berharap agar MPS dapat berganding bahu dan bekerja rapat dengan agensi-agensi kerajaan, pemimpin-pemimpin masyarakat, jawatankuasa penduduk, NGO dan sebagainya untuk mendapatkan pandangan dan pendapat dalam membentuk pentadbiran MPS ke arah yang lebih cemerlang dan mesra rakyat. Dengan adanya pelbagai aktiviti sosial dan kemasyarakatan, ianya akan menjadi jambatan penghubung untuk menyatukan PBT dan rakyat agar lebih bersatu padu dan harmoni.

Akhir kata, saya berharap agar MPS sentiasa dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada seluruh warga MPS. Apa yang lebih utama ialah kita terus berusaha untuk menjana pendapatan dan hasil kepada MPS ke arah pembangunan dan keselesaan seluruh warga Perbandaran Selayang.

TUAN HJ. SHAMSUL SHAHRIL BADLIZA BIN MOHD NOORYang DipertuaMajlis Perbandaran Selayang

BIL 3/2019 | SEPT - DIS

www.mps.gov.my

2 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 3: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

USAHA menghapuskan lokasi sampah haram menjadi fokus Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza bin Mohd Noor, yang telah dilantik sebagai Yang Dipertua MPS berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019.

Majlis sambutan beliau telah diadakan pada Perhimpunan Bulan Oktober 2019 bertempat di Lobi Menara MPS. Ketibaan beliau telah disambut oleh ahli-ahli m ajlis, pengarah jabatan dan warga kerja MPS. Pada majlis tersebut, beliau telah berkesempatan menyampaikan amanat pertama beliau kepada semua warga kerja MPS. Acara penyerahan Nota Serah Tugas YDP telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Juhari bin Ahmad, Timbalan YDP MPS.

Kemuncak majlis adalah upacara lafaz akuan terima jawatan dan menandatangani watikah pelantikan sebagai YDP MPS di Bilik Siantan. Acara ini telah disaksikan oleh Dato’ Timbalan YDP, Ahli-ahli Majlis dan para pengarah jabatan MPS.

SELURUH WARGA KERJA MPS MENGALU-ALUKAN YDP BARU

“Untuk mencapai kecekapan dan keberkesanan organisasi, kita perlu membentuk dan mengamalkan budaya kerja yang cemerlang serta dapat membuat penyesuaian bagi menghadapi perubahan-perubahan persekitarannya...”

Nama :

Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza Bin Mohd Noor

Tempat/Tarikh Lahir :

Perak Darul Ridzuan/23 Januari 1972

Kelulusan Akademik :

1- Sarjana Sains (Pengurusan), UUM

2- Diploma Pengurusan Perniagaan, Intan

3- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, UUM

Kerjaya :

1. Penolong Setiausaha (Pembangunan Sosial),

SUK Negeri Selangor (1998)

2. Penolong Pegawai Seksyen Kerajaan

Tempatan, SUK Negeri Selangor (2004)

3. Ketua Penolong Setiausaha Pentadbiran, SUK

Negeri Selangor (2007)

4. Ketua Penolong Pegawai Daerah Pejabat Tanah Dan

Daerah Sabak Bernam, (2007)

5. Timbalan Pengarah Seksyen Agihan Dan

Pembangunan UPEN SUK Selangor, (2009)

6. Timbalan Pengarah Seksyen Sektoral UPEN SUK

Selangor, (2009)

7. Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri

Selangor (2016)

8. Pegawai Daerah Kuala Selangor (2015)

9. Pegawai Daerah Hulu Langat (2019)

10. Yang Dipertua, Majlis Perbandaran

Selayang (2019)

BIODATA YDP

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 3

Page 4: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

AUDIT PEMANTAUAN SIRIM MS ISO 9001:2015MPS BERJAYA KEKALKAN PENSIJILAN

AUDIT DALAM BIL. 3/2019 EKOSISTEM KONDUSIFSEKTOR AWAM (EKSA)

AUDIT PENSIJILAN ISO/IEC 27001:2013 SISTEM PENGURUSAN KESELAMATAN MAKLUMAT (ISMS)

MPS telah menerima pasukan Audit SIRIM QAS International yang telah membuat Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 pada 7 hingga 9 Oktober 2019.

Pasukan audit yang diketuai Tuan Md Jaafar Bin Md Jani telah menyemak dokumen dan melakukan temubual ke atas wakil pengurusan dan ketua skop. Secara keseluruhannya, Sistem Pengurusan Kualiti yang dilaksanakan di MPS menepati keperluan standard dan juga prosedur-prosedur yang didokumenkan menjadikan MPS berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015.

PELAKSANAAN Audit Dalam EKSA MPS Bil. 3/2019 telah berlangsung pada 2 hingga 6 Disember 2019. Audit pada kali ini bertujuan untuk pemantauan dan pelaporan terhadap 9 zon EKSA MPS yang seterusnya akan dihantar kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) seperti yang telah ditetapkan iaitu sebanyak empat kali setahun.

Antara kriteria utama semasa pelaksanaan audit dalam pada kali ini adalah ruang tempat kerja/pejabat, tempat umum dan keselamatan persekitaran. Secara keseluruhan, semua ZON EKSA MPS telah berjaya memperolehi markah pengauditan melebihi 80% dan 5 ZON memperolehi kelulusan cemerlang melebihi 90%

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. telah menjalankan Audit Pensijilan ISO/IEC 27001:2013 ISMS bertujuan untuk memantau pelaksanaan sistem pengurusan keselamatan maklumat di MPS agar selari dengan dasar keselamatan ICT kerajaan.

Audit telah dilaksanakan pada dua peringkat iaitu peringkat pertama pada 29 hingga 30 Oktober 2019 dan peringkat kedua pada 6 hingga 8 November 2019. Secara amnya, MPS telah berjaya memperolehi pensijilan ISMS dan telah melaksanakan Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) mengikut keperluan kepiawaian ISO/IEC 27001:2013 bagi meningkatkan keberkesanan operasi dan perkhidmatan yang diberikan.

INOVASI

www.mps.gov.my

4 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 5: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

HARI inovasi dan Integriti Peringkat MPS Tahun 2019 pada kali ini telah berlangsung pada 9 hingga 10 Disember 2019 bertempat di ruang lobi dan sekitar perkarangan parkir Menara MPS.

Pada majlis perasmian tersebut, turut berlangsung Pelancaran Buku Panduan Aduan MPS serta penyampaian anugerah dan pengiktirafan kepada kakitangan MPS. Sambutan Hari Inovasi dan Integriti MPS bertemakan ‘Inovasi Dipertingkatkan, Integriti Dibudayakan’ telah dimeriahkan dengan pelbagai acara dan aktiviti, antaranya pameran 3R DIY, pameran kraftangan Orang Asli, pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan pameran pencegahan jenayah PDRM.

Terdapat juga kaunter jualan buku, kaunter pengumpulan pakaian terpakai, kaunter pemasangan RFID Touch N’ Go dan Program ‘Smart Truck’ khusus untuk para pengunjung yang hadir ke program kali ini.

Pada hari kedua pula telah berlangsung di Bilik Keraian, Menara MPS program ‘Table Talk’ Integriti antara Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pengarah, pegawai dan kakitangan MPS. Program yang membincangkan tentang integriti dan penjawat awam ini telah disampaikan oleh Puan Eizan Azura Binti Zainudin, Timbalan Pengarah, Unit Laporan Ketua Audit Dan Operasi Khas, Jabatan Perkhidmatan Awam.

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 5

Page 6: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

MPS telah menerima kunjungan daripada Pihak Berkuasa Tempatan Pengerang, Johor pada 17 Disember 2019. Lawatan diketuai oleh Tuan Haji Shamsulbahri bin Md Dali, Pemangku Ketua Bahagian Penguatkuasaan PBT Pengerang.

Tuan YDP turut menyambut kedatangan pelawat bersama-sama Puan Norhayati binti Ahmad, Pengarah Jabatan Penguatkuasa dan Keselamatan. Pada sesi kunjungan kali ini, pihak MPS telah berkongsi dan bertukar-tukar pendapat melalui sesi taklimat berkaitan penguatkuasaan, sisa pepejal dan beberapa isu berkaitan PBT oleh wakil-wakil jabatan MPS.

SATU lawatan tapak bersepadu bagi Pelan Pengurusan Gua di Bawah Program Pemurnian Pelancongan Selangor (P3S) telah diadakan pada 17 Oktober 2019 bertempat di Pusat Konservasi Gua Gelap Batu Caves.

Lawatan ini bertujuan untuk mempromosi kesedaran, apresiasi dan pengetahuan konservasi gua dan batuan kapur (Karst) melalui pelaksanaan eko pelancongan, pemanduan saintifik dan konservasi ke arah menjadikan Gua Gelap (Dark Caves) sebagai Pusat Konservasi Gua yang ulung di Asia Tenggara.

Lawatan ini telah disertai oleh Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN), Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak, MOTAC Selangor, Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor, Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT),Pusat Khidmat Rakyat DUN Sungai Tua, Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor dan Ahli Majlis MPS, Zon 8.

KUNJUNGAN PENGUATKUASA PBT PENGERANG

LAWATAN TAPAK BERSEPADU GUA GELAP BATU CAVES

LAWATAN MPS KE MBJBSESI PERKONGSIAN AMALAN PENGURUSAN SISA PEPEJALMPS telah mengadakan satu sesi lawatan Ke Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) pada 14 November 2019, diketuai oleh Tuan YDP MPS.

Delegasi seramai 57 orang tersebut terdiri daripada ahli-ahli majlis, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan Jawatankuasa Pengurusan Sisa Pepejal dan Kebersihan MPS.

Lawatan ini adalah bertujuan penanda arasan dan perkongsian amalan terbaik berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal, Pembersihan Awam dan Penguatkuasaan Alam Sekitar yang dilaksanakan di MBJB.

www.mps.gov.my

6 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 7: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO ISO 9001:2015MEMANTAPKAN KAEDAH PENGURUSAN RISIKO

PROGRAM CERAMAH INTEGRITI BERSAMA SPRMKESEDARAN BAHAYA RASUAH DI KALANGAN PENJAWAT AWAM

BENGKEL Pengurusan Risiko MS ISO 9001:2015 telah diadakan pada 12 - 14 Disember 2019, di Everly Hotel, Putrajaya. Bengkel ini turut dihadiri oleh Tuan YDP MPS, Ketua Pengurusan Risiko, Ketua Skop, Pasukan Audit Dalam dan Urus Setia ISO.

DALAM usaha menerapkan nilai-nilai integriti dan memberi kesedaran di kalangan warga kerja MPS tentang bahayanya rasuah, Unit Integriti MPS telah menganjurkan Program Ceramah Integriti bersama Suruhanjaya

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Encik Shahrulazam Bin Haji Jaafar, perunding dari Suite 9000 Resources. Bengkel ini juga turut membincangkan beberapa perkara utama antaranya kaedah pengurusan risiko serta langkah-langkah dalam pelan

Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Program yang diadakan secara bersiri ini telah diadakan setiap bulan bermula September sehingga Disember 2019 di Dewan Keraian, Menara MPS.

tindakan risiko. Kesemua senarai risiko akan didokumentasikan dan dikemaskini bagi persediaan pensijilan semula pada tahun 2020.

Ceramah pada setiap siri program disampaikan oleh penceramah jemputan Tuan Yusmizan bin Mohd Yusof dan Puan Nora binti Bahrin, pegawai penguasa daripada SPRM Negeri Selangor.

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 7

Page 8: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

MAJLIS perasmian Pusat Kitar Strata dan Program Gotong-Royong Perdana MPS telah diadakan pada 3 November 2019, bertempat di Pangsapuri Selayang Mulia, Batu Caves. Perasmian telah disempurnakan oleh Tuan YDP MPS.

Pusat Kitar Strata ini berfungsi sebagai pusat pengumpulan barang-barang yang boleh dikitar semula sebelum dihantar ke Pusat Kitar Semula. Pusat Kitar Strata akan menimbang dan memberikan kupon kepada penduduk sebagai bayaran hasil kepada pengumpulan barangan kitar semula tersebut.

Selain Pangsapuri Mawar dan Pangsapuri Teratai, empat JMB lain turut menerima peruntukan sebanyak RM 25,000 untuk membagungkan pusat kitar strata ini iaitu Pangsapuri Batai, Pangsapuri Julia, Pangsapuri Desa Satu dan Pangsapuri Desa Dua.

LAWATAN PELAJAR UPM KE SUNGAI KAMPUNG KERDAS, GOMBAK

PERASMIAN PUSAT KITAR STRATA DAN PROGRAM GOTONG-ROYONG PERDANA MPS 2019

MPS telah menerima lawatan pelajar daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 26 September 2019 bertempat di Kampung Sungai Kerdas, Gombak. Delegasi ini melibatkan seramai 40 orang pelajar Sarjana Pengurusan Alam Sekitar

yang diketuai oleh Dr. Rohasliney bt Hashim, Pensyarah Kanan UPM. Pada sesi lawatan ini, para pelajar telah dibawa meninjau persekitaran Sungai Kerdas bagi tujuan kajian ilmiah mereka dalam mengenal pasti sungai-sungai yang terdapat di kawasan

pentadbiran MPS yang mempunyai isu pencemaran sisa pepejal.

Imbas kod QR ini untuk melihat lebih banyak gambar berkaitan Perasmian Pusat Kitar Strata

Imbas kod QR ini untuk mengetahui dengan lanjut tentang program River of Life (ROL)

www.mps.gov.my

8 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 9: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

MPS telah menerima kunjungan daripada peserta Kursus Pengurusan Penangkapan Dan Pelupusan Anjing Terbiar anjuran Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Program yang diadakan pada 30 Oktober 2019 ini melibatkan peserta daripada pelbagai PBT seluruh Malaysia. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Affendie Bin Samingan, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kesihatan MPS. Peserta seterusnya telah dibawa ke Pusat Tahanan Haiwan di Rawang bagi melihat sendiri cara pengurusan haiwan-haiwan terbiar.

MPS MERANGKUL ANUGERAH EMAS MYPLACE AWARDS 2019

ANUGERAH OUTDOOR PUBLIC PARK (ECO PARK)

KURSUS PENGURUSAN PENANGKAPAN DAN PELUPUSAN ANJING TERBIARMPS BERKONGSI KAEDAH PENGURUSAN HAIWAN TERBIAR

MPS telah menempa satu lagi kejayaan pada tahun ini setelah menerima pengiktirafan Anugerah Emas untuk Gua Damai Extreme Park, Batu Caves bagi kategori Ruang Awam Luar (Eco Park) pada Majlis Myplace Awards 2019 anjuran Malaysian Institute Of Planners. Majlis ini telah diadakan pada 15 November 2019 bertempat di Glam Hall Ballroom, Mercu Mustapha Kamal.

MPS telah menempa satu lagi kejayaan yang membanggakan melalui penganugerahan sebagai ‘Gold Winner’ bagi “Outdoor Public Space (Eco Park) Gua Damai Extreme Park pada Anugerah Green & Community: Together Is Better sempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Peringkat Negeri Selangor.

Imbas kod QR ini untuk melihat lebih banyak gambar kursus pengurusan haiwan terbiar

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 9

Page 10: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

www.mps.gov.my

1 0 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 11: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

BERSEMPENA dengan Sambutan Hari Sungai Sedunia, MPS bersama rakan strategik iaitu Universiti Islam Antarabangsa (UIAM), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dan Team Selangor telah menganjurkan Program Cintai Sungai Peringkat MPS tahun 2019 yang telah berlangsung pada 6 Oktober 2019 bertempat di GIBS Ecotourism Resorts, Ulu Yam.

Program ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor diiringi oleh tetamu-tetamu kehormat, Tuan YDP MPS, Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dzulkifli

Bin Abdul Razak, Rektor UIAM dan Encik Mohd Rizal Bin Abdul Talib, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai, Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia.

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingan Amazing River Race, aktiviti pembersihan sungai dan pertandingan reka cipta bahan kitar semula. Program ini telah mendapat sambutan daripada pelbagai pihak antaranya penuntut IPT, pelajar sekolah dan penduduk setempat. Program berakhir pada jam 2.00 petang dengan acara cabutan bertuah.

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 1

Page 12: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

LEBIH 700 orang pengunjung telah membanjiri Dataran Setia, Tasik Biru Kundang pada 16 November 2019 bagi memeriahkan Karnival Alam Sekitar Dan Kepenggunaan 2019.

Karnival ini telah dirasmikan oleh YAB Tuan Amirudin Bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor yang telah menyampaikan hadiah bagi Program Bank Kitar Semula, Anugerah Khas dan sijil penghargaan kepada penaja Program Pledge and Plant A Tree 2.0 (PAPAT).

Acara utama yang telah diadakan pada karnival tersebut adalah Program Pledge and Plant A Tree 2.0 (PAPAT) bersama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) dan pertandingan Plogging Trash To Cash bagi memberi pendedahan terhadap amalan kitar semula, pemuliharaan dan pemiliharaan alam sekitar.

Selain itu, telah diadakan juga pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan mural tong MGB untuk kategori remaja dan terbuka, sukaneka alam sekitar dan sukan rakyat, taklimat kepenggunaan, pertandingan pidato dan nyanyian alam sekitar oleh pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah sekitar Kuang dan Kundang serta pelbagai pameran oleh jabatan kerajaan dan agensi-agensi yang terlibat turut diadakan pada karnival ini.

Pada sebelah malamnya pula diteruskan dengan program anjuran JKP Zon 19. Antara pengisian menarik yang diadakan adalah pertandingan akhir karaoke, persembahan muzik unplugged dan acara cabutan bertuah.

www.mps.gov.my

1 2 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 13: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

Imbas kod QR ini untuk melihat lebih banyak gambar Hari karnival alam sekitar & kepenggunaan

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 3

Page 14: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

www.mps.gov.my

1 4 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

BUKUPANDUANADUAN ‘Lorem

ipsum dolor s i t amstes’

SILA IMBAS KOD QR INI UNTUK MEMUAT TURUN BUKU PANDUAN ADUAN

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Bagi memudahkan urusan aduan anda, MPS menerbitkan buku panduan aduan sebagai rujukan tentang jenis-jenis aduan serta agensi yang perlu dirujuk. Dapatkan buku panduan aduan ini secara percuma di kaunter aduan MPS atau muat turun versi digital di portal rasmi Majlis Perbandaran Selayang.

mpselayang @mpselayang@MPselayang

Page 15: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

PROGRAM SPECIALIST DISPATCH PROJECT 2019 MPS TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI J.CLAIR KONGSI KAEDAH PENGURUSAN SISA PEPEJALTHE Japan Council of Local Authorities for International Relations (JClair) telah memilih MPS sebagai salah satu destinasi untuk program Specialist Dispatch Project 2019 yang telah berlangsung pada 6 hingga 11 Oktober 2019. Turut serta dalam kunjungan ini adalah seorang pakar berkaitan skop pengurusan sisa pepejal iaitu En. Tanaka Hideho.

Selain itu, MPS juga turut menerima kunjungan daripada wakil JClair Singapura iaitu Cik Honda Masami, En. Siau Min Yang dan En. Inoue Kazuya bagi berkongsi kepakaran dan idea mereka.

Antara topik yang telah dibincangkan sepanjang pogram yang dijalankan selama 5 hari ini adalah berkaitan kaedah pengurusan sisa pepejal yang lebih teratur termasuk sisa industri dan komersial, cara menangani isu dan masalah sampah haram dan sisa longgok serta pengurusan kitar semula dan penglibatan komuniti dalam pengurusan sampah.

Delegasi daripada Jepun ini telah dibawa melawat ke tempat-tempat pelancongan di kawasan pentadbiran MPS bagi melihat sendiri keindahan di Malaysia.

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 5

BUKUPANDUANADUAN ‘Lorem

ipsum dolor s i t amstes’

SILA IMBAS KOD QR INI UNTUK MEMUAT TURUN BUKU PANDUAN ADUAN

MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

Bagi memudahkan urusan aduan anda, MPS menerbitkan buku panduan aduan sebagai rujukan tentang jenis-jenis aduan serta agensi yang perlu dirujuk. Dapatkan buku panduan aduan ini secara percuma di kaunter aduan MPS atau muat turun versi digital di portal rasmi Majlis Perbandaran Selayang.

mpselayang @mpselayang@MPselayang

Page 16: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

BAGI menghargai sumbangan dan pencapaian cemerlang kakitangan MPS di pelbagai peringkat sepanjang tahun 2018, satu majlis makan tengahari dan penyampaian Anugerah Reward Yang Dipertua MPS telah diadakan pada 31 Disember 2019 bertempat di Restoran De Chiang Mai, Sungai Buloh.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan YDP MPS dan di acara kemuncaknya telah diadakan penyampaian sijil serta wang tunai berdasarkan kategori dan pencapaian bintang kepada 14 orang penerima anugerah. Turut hadir sama pada majlis tersebut adalah Dato’ Timbalan YDP MPS, ahli-ahli majlis dan pengarah-pengarah jabatan.

MAJLIS ANUGERAH REWARD YANG DIPERTUA MPS TAHUN 2018PENYUMBANG PENCAPAIAN DI MPS TAHUN 2019 DIANUGERAH DAN DIRAI

PAMERAN PELABURAN DAN PENSWASTAAN MPS DI SIBS 2019PERSIDANGAN Perniagaan Antarabangsa Selangor 2019 (SIBS) kali ke-3 telah berlangsung selama 3 hari bermula 10 hingga 13 Oktober 2019 bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Malaysia (MITEC). Perasmian SIBS ini telah disempurnakan oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al Haj.

Persidangan yang dianjurkan oleh Invest Selangor ini bertujuan untuk menarik minat para pelabur dari dalam dan luar negara meluaskan pelaburan mereka di Negeri Selangor. MPS juga turut mengambil bahagian menjadi pempamer sepanjang persidangan ini berlangsung. Pada persidangan ini juga turut menyaksikan lebih 800 pempamer dari lebih 24 negara termasuk Amerika Syarikat, Qatar, Australia, Jepun dan China.

www.mps.gov.my

1 6 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 17: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

PERHIMPUNAN BULANAN MPS

OKT

OBE

R

Penyampaian Nota Serah Tugas Kepada YDP MPS Yang Baru Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Peringkat MPS tahun 2020

MAJLIS PELANCARAN BAS SMART SELANGOR MPS3 LALUAN KETIGA DARI BATU ARANG KE KTM SUNGAI BULOH

TURUN PADANG BERSAMA YANG DIPERTUA MPSTINJAUAN ISU TAPAK PELUPUSAN SAMPAH DI SUNGAI PUSU

MAJLIS Pelancaran Bas Smart Selangor MPS3 melibatkan laluan dari Batu Arang ke KTM Sungai Buloh telah diadakan pada 29 November 2019.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Ng Sze Han, Pengerusi Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baharu Negeri Selangor.

SATU sesi lawatan turun padang Tuan YDP ke tapak pelupusan sampah di Sungai Pusu Gombak telah diadakan pada 1 November 2019.

Pada sesi lawatan ini, Tuan YDP telah meninjau dan melihat sendiri isu dan permasalahan yang dihadapi di sekitar kawasan tersebut. Turut serta pada sesi lawatan ini adalah para pengarah jabatan yang berkaitan dan wakil Pegawai Daerah Gombak.

Program ini adalah merupakan salah satu fokus Tuan YDP untuk meningkatkan tahap kebersihan Perbandaran Selayang.

Dalam majlis ini, YB Tuan Ng Sze Han bersama-sama para jemputan dan pihak media telah dibawa menaiki Bas Smart Selangor MPS3 bagi meninjau sebahagian laluan di sekitar Batu Arang.

Laluan baharu yang menerima peruntukan daripada Kerajaan Negeri sebanyak RM1.2 juta ini, memberi manfaat kepada masyarakat untuk menghubungkan orang ramai dengan infrastruktur lain seperti sekolah, perhentian bas, masjid, hospital dan sebagainya.

DISE

MBE

R

Imbas kod QR ini untuk mendapatkan aplikasi SITS.

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 7

Page 18: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

JABATAN Pembangunan Masyarakat (JPM) telah menganjurkan Bengkel Kebudayaan MPS. Majlis pelancaran bengkel ini telah diadakan pada 23 Oktober 2019 bertempat di Dewan Keraian MPS.

Tuan YDP telah merasmikan bengkel ini yang pertama kalinya dianjurkan di MPS. Bengkel ini bertujuan membimbing dan memberi

pembelajaran muzik kepada ahli kumpulan koir, gamelan dan kugiran MPS secara formal, sistematik dan profesional.

Bengkel ini telah dilaksanakan secara berperingkat dan berkala mengikut setiap kategori kumpulan masing-masing dan mendapat bimbingan dari tenaga pengajar ASWARA.

BENGKEL KEBUDAYAAN MPS 2019MANTAP KEMAHIRAN KESENIAN UNTUK AHLI-AHLI KEBUDAYAAN MPS

MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP KERAJAAN TEMPATAN NEGERI SELANGOR & MESYUARAT JAWATANKUASA SMART SELANGOR MAMPAN 2035MPS telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor dan Mesyuarat Jawatankuasa Smart Selangor Mampan 2035 yang berlangsung pada 2 Disember 2019 bertempat di Bilik Anggerik, Menara MPS. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YB Tuan Ng Sze Han, Pengerusi Jawatankuasa

Tetap Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baharu Negeri Selangor. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh wakil-wakil dari 12 PBT seluruh Negeri Selangor bersama Jabatan-jabatan teknikal iaitu Jabatan Pengairan Saliran, Pejabat Tanah Galian Selangor dan Jabatan Kerja Raya.

www.mps.gov.my

1 8 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 19: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1441H/2019M PERINGKAT NEGERI SELANGORKAKITANGAN MPS SERTAI ACARA PERARAKAN

CERAMAH AGAMA MAULIDUL RASUL 1441HRASULULLAH SEBAGAI IDOLA

SIMPOSIUM ANTARABANGSA KESEJAHTERAAN DAN KESIHATAN MENTALAHLI AKRAB MPS TURUT SERTA

KELAB Sukan dan Kebajikan MPS bersama Ahli Majlis Zon 11 MPS telah menganjurkan Program Ceramah Agama sempena Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019. Majlis Sambutan Maulidur Rasul pada kali ini telah diserikan dengan ceramah agama yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Akhil bin Abdul Hayy selaku Penceramah Jemputan. Majlis telah dihadiri ahli-ahli majlis dan kakitangan MPS.

MAJLIS Sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019M peringkat Negeri Selangor telah berlangsung pada 9 November 2019 bersamaan 12 Rabiulawal 1441H bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

MPS telah menghantar 45 orang kakitangan bagi menyertai acara perarakan bersempena sambutan Maulidur Rasul ini. Perarakan bermula dari Stadium Mini Seksyen 13 dan berakhir di Stadium Melawati. Turut hadir adalah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan DYMM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli ke majlis ini.

AKRAB MPS telah menyertai Simposium Antarabangsa Kesejahteraan dan Kesihatan Mental 2019 anjuran Persatuan Kaunseling Pendidikan Malaysia (PEKA) dengan kerjasama UNITAR dan MSOSH. Simposium yang diadakan pada 30 hingga 31 Oktober 2019 bertempat di Auditorium UNITAR, Main Campus, Petaling Jaya ini bertujuan untuk memberi pendedahan kaedah terbaik untuk menguruskan kesihatan mental diri sendiri dan organisasi.

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 1 9

Page 20: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

PEROBOHAN STRUKTUR GERAI DAN KACAU GANGGU DI PANGSAPURI TAMAN SETIA, RAWANG

MPS telah mengadakan operasi bersepadu perobohan ke atas pemajuan tanpa kelulusan di Kampung Sungai Chinchin, Gombak pada 3 Oktober 2019.

Operasi bersepadu ini turut disertai Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, Tenaga Nasional Berhad, Polis Diraja Malaysia dan Syarikat Air Selangor Berhad dengan melibatkan kekuatan anggota seramai 150 orang.

Tindakan ini dijalankan selepas siasatan yang dibuat oleh MPS mendapati terdapat kerja-kerja tanah haram serta pembinaan unit bangunan kediaman telah dijalankan di atas tanah berstatus pertanian. Pada operasi bersepadu ini tindakan perobohan ke atas 9 struktur bangunan telah diambil.

JABATAN Penguatkuasa dan Keselamatan dan Jabatan Landskap telah menjalankan operasi bersepadu bagi meroboh dua struktur gerai haram dan melandskapkan tapak bekas penjaja haram di Taman Setia, Rawang pada 24 Disember 2019.

Seramai 14 orang anggota telah mengambil tindakan dengan meroboh dua struktur gerai dan satu garaj kenderaan di bawah Seksyen 46 (1)a Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Bagi mengelakkan pembinaan semula struktur-struktur haram di tapak bekas penjaja tersebut, pihak Jabatan Landskap telah menanam pokok di sepanjang tapak tersebut.

OPERASI BERSEPADUPEROBOHAN KE ATAS PEMAJUAN TANPA KELULUSAN KAMPUNG SUNGAI CHINCHIN

OPERASI PEROBOHAN GERAI HARAM DAN MELANDSKAPKAN TAPAK BEKAS PENJAJA HARAM

OPERASI

MPS bersama-sama pihak Polis Diraja Malaysia, Syarikat Air Selangor Berhad dan Jabatan Perhilitan Dearah Gombak telah mengadakan satu operasi bersepadu pada 14 November 2019 di sekitar pangsapuri di Taman Setia Rawang.

MPS telah meroboh enam struktur gerai dan dua garaj kenderaan premis di bawah Sekyen 46(1)a Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Sitaan juga telah dibuat terhadap premis-premis tersebut di bawah Akta Undang-Undang Kecil Penjaja (MPS) 2007 atas kesalahan beroperasi tanpa lesen penjaja yang sah daripada MPS, manakala sitaan terhadap stor menyimpan tong gas dibuat di bawah Seksyen 3 Undang-Undang Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MPS) 2007.

Jabatan Perhilitan juga telah mengambil tindakan dengan merampas beberapa jenis haiwan peliharaan antaranya angsa, itik, ayam dan monyet berdasarkan Seksyen 82 Akta Kerjaan Tempatan 1976 atas kesalahan menyebabkan kacau ganggu.

www.mps.gov.my

2 0 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 21: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

MPS telah mengambil tindakan tegas dengan merobohkan premis barang lusuh yang dibina tanpa kelulusan di Prima Selayang pada 4 Disember 2019.

MPS telah mengambil tindakan dengan merobohkan premis berkenaan di bawah Seksyen 46(1)a, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Operasi bersepadu ini melibatkan seramai 30 orang anggota penguatkuasa MPS dan turut mendapat kerjasama daripada anggota Polis Diraja Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management Berhad.

MPS telah melaksanakan satu operasi bersepadu pada 21 November 2019 melibatkan perobohan 12 unit tab mandi Kolam Air Panas Selayang.

Operasi ini dijalankan untuk mengelakkan bahaya kepada pengunjung disebabkan spesifikasi binaan yang tidak mempunyai sebarang kelulusan. Operasi ini diketuai oleh Jabatan Landskap dengan bantuan lapan anggota dari Jabatan Penguatkusa MPS dan dua anggota Polis Diraja Malaysia.

OPERASI BERSEPADUPEROBOHAN PREMIS BARANG LUSUH

OPERASI BERSEPADU MPS ROBOH 12 TUB MANDI HARAM DI KOLAM AIR PANAS SELAYANG

SATU operasi bersepadu perobohan kandang kambing tanpa kebenaran di Kuang telah dijalankan pada 29 Oktober 2019. Perobohan ini dijalankan selepas siasatan dibuat dan didapati pihak tidak bertanggungjawab telah mendirikan kandang kambing di kawasan tanah kerajaan tanpa kelulusan pentadbir tanah.

Operasi ini diketuai oleh Unit Penguatkuasa Pejabat Daerah Tanah Gombak dibantu oleh anggota penguatkuasa MPS serta anggota Polis Diraja Malaysia. Tindakan telah diambil di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965, pendudukan tanpa kebenaran Pentadbir Tanah dengan meroboh sebahagian kandang ternakan dan haiwan-haiwan ternakan pula diserahkan kepada penternak untuk dipindahkan dari tapak tersebut.

Pemilik kandang ternakan telah diarahkan untuk membuka struktur kandang dan memastikan kawasan tanah tersebut dikosongkan. Pihak PTD Gombak dan MPS akan terus berkerjasama untuk memantau dan memastikan tiada pembinaan struktur haram di kawasan tersebut.

MPS telah melaksanakan operasi sitaan bas dua tingkat yang telah rosak dan bas sekolah yang terbiar di Jalan Utama Tanah Gantian Kg Sg Tua pada 17 Oktober 2019 telah menerima aduan daripada orang awam

MPS telah mengambil tindakan dengan menyita dua unit bas iaitu satu unit bas yang telah rosak dan satu unit rangka bas dua tingkat yang terbiar di bawah Undang-Undang Kecil Taman. Kedua-dua unit bas yang telah disita ini disimpan di Bengkel Rawang.

OPERASIPEROBOHAN KANDANG DI TANAH KERAJAAN TANPA KELULUSAN OPERASI

SITA BAS TERBIAR

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 2 1

Page 22: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

MPS telah menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan berbentuk pakaian dan peralatan sekolah kepada 200 anak-anak daripada golongan keluarga asnaf, anak yatim dan keluarga berpendapatan rendah (B40) di sekitar kawasan pentadbiran MPS melalui penganjuran Program Ceria Kembali ke Sekolah Peringkat MPS tahun 2019.

Program Back To School ini yang merupakan salah satu program tanggungjawab sosial korporat MPS ini telah berlangsung pada 19 Disember 2019 bertempat di Mydin Mall, Subang Jaya. Tuan YDP telah turut hadir dan bersama-sama membawa anak-anak ASNAF membeli barangan keperluan persekolahan mereka bersama para sukarelawan MPS.

KEM motivasi remaja ini telah diadakan pada 18 hingga 20 September 2019 bertempat di Laman Nur Bistari, Ulu Yam.

Program ini merupakan anjuran MPS bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri

Selangor dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Gombak. Program yang melibatkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah menengah dari sekitar Batu Caves, Rawang dan Setapak ini memberi penekanan terhadap peningkatan pengetahuan mengenai bahaya dadah serta

turut menitikberatkan pengisian motivasi dan santapan rohani menerusi ceramah agama serta aktiviti pemantapan fizikal.

En. Mohamad Zin Masoad, Pengarah Korporat telah merasmikan majlis penutup program ini.

PROGRAM CERIA KEMBALI KE SEKOLAHBANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA 200 ANAK-ANAK ASNAF

PROGRAM BIG BOY’S CAMP SHIELD MPS 2019 KEM MOTIVASI DAN PEMANTAPAN DIRI REMAJA SEKOLAH

www.mps.gov.my

2 2 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9

Page 23: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

GUA DAMAI INTERNATIONAL BASE JUMP 201924 PENERJUN DARI 8 NEGARA PADA PENGANJURAN KALI KE-12PROGRAM Gua Damai International Base Jump telah dianjurkan pada 15 September 2019 di Taman Ekstrem Wira Damai, Batu Caves.

Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YAB Tuan Hj Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor. Turut hadir sama dalam program ini adalah YB Datuk Abd Rashid bin Asari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban

MPS dengan kerjasama Cyclic Sport telah menganjurkan Program Larian Ultimate Direction - The Signature Cross Country Ultra Series 2019. Program yang telah memasuki tahun kelima penganjurannya telah diadakan pada 30 November hingga 1 Disember 2019 bertempat di Pekan Warisan, Batu Arang Selangor.

Pada tahun ini, seramai 320 orang peserta dari dalam dan luar negara menyertai pelbagai kategori yang dipertandingkan melibatkan 3 jarak iaitu 83km, 55km, dan 27km. Acara pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Tuan Haji Az’har Bin Samsuri, Penolong Setiausaha MPS, manakala majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Mohd Shafee Bin Abd Hamid, wakil Tourism Malaysia.

KARNIVAL Belia Selayang 2019 telah berlangsung pada 14 Disember 2019 bertempat di Dataran Ilmu, Bandar Baru Selayang.

Karnival yang dianjurkan buat julung kalinya ini bertujuan menarik minat golongan belia untuk menceburkan diri dalam bidang sukan, seni dan kebudayaan dan keusahawanan. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Zumba, FIFA 2020 Challenge dan Battle Of The Bands.

LARIAN ULTIMATE DIRECTION 2019PENGANJURAN KALI KELIMA DI PEKAN WARISAN BATU ARANG

KARNIVAL BELIA SELAYANG TAHUN 2019CUNGKIL BAKAT SUKAN DAN KESENIAN GOLONGAN BELIA

Melayu dan Warisan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Johari Bin Ahmad, Timbalan Yang Dipertua MPS, Dato’ Amirul Azizan bin Abdul Rahim, Pegawai Daerah Gombak, wakil-wakil jabatan dan agensi serta ahli majlis MPS dan para pengarah MPS.

Siri terjunan pada kali ini telah disertai seramai 24 orang peserta daripada 8 buah negara yang menyertai terjunan secara bebas dari platform setinggi 96 meter dari Puncak Gua Damai

yang dimulakan seawal jam 6.45 pagi. Pada tahun ini sebanyak 8 buah negara telah terlibat iaitu daripada Malaysia, Indonesia, Poland, New Zealand, Estonia, Australian, Amerika Syarikat, dan Belanda. Program anjuran MPS ini dibuat dengan kerjasama UPEN Selangor, Tourism Malaysia, Tourism Selangor, Wira Adventure Consultant dan MPPK Wira Damai.

Imbas kod QR ini menyaksikan video sekitar program Gua Damai berlangsung

B U L E T I N

M A M P A N P R O G R E S I F S E J A H T E R A 2 3

Page 24: buletin...Karnival Alam Sekitar & Kepenggunaan 2019 12 AH HARAM TEKAD YDP BARUTEKAD YDP BARU DARI MEJA YDP SIDANG REDAKSI PENASIHAT Tuan Haji Shamsul Shahril Badliza B. Mohd Noor ydp@mps.gov.my

KEJOHANAN Ping Pong bersempena Pesta Sukan GEN-S Peringkat MPS telah diadakan pada 9 November 2019 bertempat di Kompleks Sukan Sri Siantan MPS, Sungai Tua.

Sebanyak 26 pasukan telah mengambil bahagian pada kejohanan ini dan Kumpulan Setiu Dragon A telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan. Majlis telah dirasmikan oleh Encik Justin Raj Savarimuthu, Timbalan Pengarah Bahagian Generasi Muda MSN Selangor.

KONTINJEN JKP Zon 6 MPS telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan pada Karnival Sukan Komuniti Selayang 2019 (SUKOMSEL 2019). Karnival yang diadakan selama 4 hari ini iaitu pada 5 hingga 6 Oktober dan 12 hingga 13 Oktober 2019 ini, adalah aktiviti yang dianjurkan khas untuk warga komuniti Selayang merangkumi beberapa gabungan sukan dan melibatkan penyertaan oleh 24 Zon JKP di kawasan Selayang. Antara permainan yang dipertandingkan adalah badminton, futsal, ping pong, bola jaring, karom dan tenpin bowling. Pada kali ini, JKP Zon 4 berjaya menjadi naib johan manakala JKP Zon 14 di tangga ketiga.

KEJOHANAN Selayang BMX Challenge 2019 anjuran MPS bersama Persatuan Berbasikal Selangor telah diadakan pada 2 hingga 3 November 2019 bertempat di Trek BMX Gua Damai, Gombak Selangor.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Tuan YDP MPS. Turut hadir pada majlis ini adalah Tuan Abdul Rahman Bin Abdullah, Ahli Majlis Zon

9, Encik Zafril Bin Mohd Zakaria, wakil Persatuan Berbasikal Selangor serta pengarah-pengarah Jabatan MPS.

Kejohanan ini adalah untuk memperkenalkan infrastruktur sukan berbasikal BMX kepada seluruh warga Selayang di samping mencungkil bakat-bakat muda melalui aktiviti berbasikal ini.

KEJOHANAN PING PONG PESTA SUKAN GEN-S PERINGKAT MPSSETIU DRAGON A DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN

KARNIVAL SUKAN KOMUNITI SELAYANG 2019 (SUKOMSEL)JKP ZON 6 JUARA SUKOMSEL MPS 2019

KEJOHANAN SELAYANG BMX CHALLENGE 2019PELUANG ANAK MUDA CUNGKIL BAKAT DALAM SUKAN BERBASIKAL BMX

www.mps.gov.my

2 4 S E L A Y A N G K U S A Y A N G B I L 2 / 2 0 1 9