kata aluan

3
KATA ALUAN PENGERUSI Assalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Penulis Muda atas kejayaan menerbitkan buku yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buku ini. Sebagai pengerusi, saya telah diberi tanggungjawab yang cukup bermakna bukan sahaja sebagai pemimpin, malah mengasah kredibiliti dalam diri saya untuk mengembangkan persepsi dunia penulisan dan sastera. Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Encik Abu Zaki bin Romli, pensyarah pembimbing kami yang turut bertungkus lumus membantu dan membimbing sepanjang penerbitan nukilan-nukilan kami dalam kompilasi yang menjadi tanda kerjasama dan bukti kewujudan T3MT di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Warna Kehidupan ialah naskhah yang memaparkan idea-idea kreatif bakal pelajar-pelajar guru IPGKPP khususnya kelas T3MT. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, namaun hasil nukilan sebegigni akan terus relevan sampai bila-bila dan menjadi tanda kenangan abadi sebalik memori semua warga T3MT. Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Penulis Muda dan pensyarah pembimbing kami. Kepada pembaca buku ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga. Sekian, terima kasih.

Upload: hegan22

Post on 06-Sep-2015

24 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kata kata aluan

TRANSCRIPT

KATA ALUAN PENGERUSIAssalamu alaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Penulis Muda atas kejayaan menerbitkan buku yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya mencoretkan sepatah dua kata dalam buku ini. Sebagai pengerusi, saya telah diberi tanggungjawab yang cukup bermakna bukan sahaja sebagai pemimpin, malah mengasah kredibiliti dalam diri saya untuk mengembangkan persepsi dunia penulisan dan sastera.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Encik Abu Zaki bin Romli, pensyarah pembimbing kami yang turut bertungkus lumus membantu dan membimbing sepanjang penerbitan nukilan-nukilan kami dalam kompilasi yang menjadi tanda kerjasama dan bukti kewujudan T3MT di Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP).Warna Kehidupan ialah naskhah yang memaparkan idea-idea kreatif bakal pelajar-pelajar guru IPGKPP khususnya kelas T3MT. Memang benar bahawa media sosial maya mengakibatkan naskhah bercetak semakin terpinggir, namaun hasil nukilan sebegigni akan terus relevan sampai bila-bila dan menjadi tanda kenangan abadi sebalik memori semua warga T3MT.Sekali lagi saya mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa Penulis Muda dan pensyarah pembimbing kami. Kepada pembaca buku ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.Sekian, terima kasih.

KATA ALU-ALUAN PENGARAHWarna Kehidupan ini suatu dokumen bercetak yang sangat penting sebagai gambaran kreativiti bakal pendidikan khususnya pelajar-pelajar guru Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 3 Semester 6. Walaupun teknologi canggih atas talian dan teknologi komunikasi pada masa sebenar telah mengambil alih sebahagian besar naskhah penulisan tradisional, koleksi nukilan kreatif penulis-penulis muda sebegini menjadi landasan pengembangan hasil-hasil pena yang menarik.Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada sidang redaksidan pensyarah pembimbing , Encik Abu zaki bin Romli, serta terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan sokongan sehingga memungkinkan buku ini berada di tangan pembaca bukan sekadar catatan kenangan indah zaman pengajian di IPGKPP, bahkan menunjukkan imej bakal-bakal pendidik yang berkebolehan untuk menjadi penulis. Bagi mengakhiri coretan ringkas ini, saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa Penulis Muda berserta pensyarah pembimbing yang telah menghasilkan satu output yang cukup membanggakan dan mencatat sejarah IPGKPP sebagai kumpulan penulis muda pertama yang telah menghasilkan dan menerbitkan nukilan-nukilan cerpen dalam satu kompilasi jitu. Saya berharap agar usaha sebegini diteruskan dan sejarah sekali lagi dicatat oleh generasi IPGKPP yang akan datang.