kata alu aluan

2
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia, Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi kerana berjaya menerbitkan majalah tahunan sekolah yang ke-11. Di samping itu, saya ingin merakamkan penghargaan yang setingi- tinggi kepada Sidang Redaksi Majalah SMK Kota Kemuning kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah tahunan ini. Pertama sekali, saya memang harus mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tidak pernah merungut sepatah kata pun dalam usaha saya melaksanakan tanggungjawab selaku Ketua Pengawas dengan penuh kredibiliti. Saya amat bersyukur apabila diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas SMK Kota Kemuning. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Pn. Hajah Khasbia Binti Othman, barisan pentadbir yang lain serta semua guru-guru SMK Kota Kemuning yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang jitu kepada saya dalam menyempurnakan amanat seorang Ketua Pengawas. Di sini juga saya harus berterima kasih kepada dua orang guru yang berdedikasi iaitu Pn. Reetha Parimala serta Pn. Nur Fa’izah Binti Kasim yang telah memainkan peranan yang ketara dalam membimbing saya sepanjang perjalanan ini demi memperkasakan Badan Pengawas Disiplin. Lebih-lebih lagi, saya amat berbangga kerana telah memiliki jawatankuasa yang dianggotai insan-insan cerdik, amanah dan bertanggungjawab. Maka, haruslah saya mengambil peluang keemasan ini dalam mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa saya yang terdiri daripada Ngan Joon Ren, Siti Sajarotun Nur, Tiffany Cheng, Raveena Rajalachimi, Syuqina, Harkamal Jeet Kaur, Deborah Wong , Sathish Kumar, Ruebendrann dan Pavitra. Para pengawas yang lain juga tidak akan saya lupakan. Hal ini memang tidak dapat saya nafikan, bahawa semua pengawas banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mengekang masalah disiplin daripada leluasa. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengawas yang berjaya menjalankan tugas dengan penuh kegigihan dan kredibiliti. Sementelahan itu, menjadi tanggungjawab saya untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan pelajar sekalian yang telah banyak bekerjasama dengan Badan Pengawas Disiplin. Terutamanya rakan tingkatan 5 yang

Upload: jaaydev

Post on 25-Jul-2015

136 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kata Alu Aluan

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Ahli Jawatankuasa Sidang Redaksi kerana berjaya menerbitkan majalah tahunan sekolah yang ke-11. Di samping itu, saya ingin merakamkan penghargaan yang setingi-tinggi kepada Sidang Redaksi Majalah SMK Kota Kemuning kerana sudi memberi ruang kepada saya untuk mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah tahunan ini.

Pertama sekali, saya memang harus mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang tidak pernah merungut sepatah kata pun dalam usaha saya melaksanakan tanggungjawab selaku Ketua Pengawas dengan penuh kredibiliti.

Saya amat bersyukur apabila diberi kepercayaan oleh pihak sekolah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengawas SMK Kota Kemuning. Oleh itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Pn. Hajah Khasbia Binti Othman, barisan pentadbir yang lain serta semua guru-guru SMK Kota Kemuning yang tidak jemu memberi sokongan dan dorongan yang jitu kepada saya dalam menyempurnakan amanat seorang Ketua Pengawas. Di sini juga saya harus berterima kasih kepada dua orang guru yang berdedikasi iaitu Pn. Reetha Parimala serta Pn. Nur Fa’izah Binti Kasim yang telah memainkan peranan yang ketara dalam membimbing saya sepanjang perjalanan ini demi memperkasakan Badan Pengawas Disiplin.

Lebih-lebih lagi, saya amat berbangga kerana telah memiliki jawatankuasa yang dianggotai insan-insan cerdik, amanah dan bertanggungjawab. Maka, haruslah saya mengambil peluang keemasan ini dalam mengucapkan terima kasih kepada jawatankuasa saya yang terdiri daripada Ngan Joon Ren, Siti Sajarotun Nur, Tiffany Cheng, Raveena Rajalachimi, Syuqina, Harkamal Jeet Kaur, Deborah Wong , Sathish Kumar, Ruebendrann dan Pavitra. Para pengawas yang lain juga tidak akan saya lupakan. Hal ini memang tidak dapat saya nafikan, bahawa semua pengawas banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mengekang masalah disiplin daripada leluasa. Oleh itu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pengawas yang berjaya menjalankan tugas dengan penuh kegigihan dan kredibiliti.

Sementelahan itu, menjadi tanggungjawab saya untuk mengucapkan terima kasih kepada rakan pelajar sekalian yang telah banyak bekerjasama dengan Badan Pengawas Disiplin. Terutamanya rakan tingkatan 5 yang menyokong saya demi memastikan usaha murni mengekalkan disiplin sekolah berjaya. Selamat maju jaya ingin saya ucapkan kepada rakan-rakan yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM.

Pengalaman yang telah saya peroleh selama saya menjadi seorang pengawas dan Ketua Pengawas tidak akan saya lupakan. Malah akan saya jadikannya sebgai pedoman dalam marcapada yang penuh dengan pancaroba. Sebelum mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada warga SMK Kota Kemuning atas segala kesilapan sepanjang perkhidmatan saya.

Pohon sirih pohon selasihTumbuh merimbun di hujung laman

Kalungan budi junjungan kasihmenjadi kenangan sepanjang zaman

Raakesh a/l A. TharmanathanKetua PengawasSMK Kota Kemuning