karya-karya terjemahan yang mempengaruhi peradaban manusia oleh prof. emeritus dr. abdullah hassan

Download Karya-karya Terjemahan yang Mempengaruhi Peradaban Manusia oleh Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

If you can't read please download the document

Upload: itnm

Post on 27-Jul-2015

572 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 pada 21 September 2010 di Wisma ITNM anjuran Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Komuniti Buku Online.

TRANSCRIPT

KARYA-KARYA TERJEMAHAN YANG MEMPENGARUHI PERADABAN MANUSIA Oleh Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan Sarjana Utama, Fakulti Bahasa dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris Pengenalan Ada tiga isu yang dihadapi apabila kita mula membincangkan buku-buku terjemahan yang mempengaruhi peradaban manusia. Pertama, tidak ada orang yang hayatnya sebegitu panjang meliputi zaman-zaman perubahan yang berlaku melalui ratusan tahun. Oleh yang demikian, tidak dapat tidak, kita perlu bergantung pada laporan yang dibuat oleh orang lain yang melalui zaman terdahulu. Juga buku-buku tersebut bukan sedikit bilangannya, dan ada yang kita tidak terbacakan. Maka, kita juga terpaksa bergantung pada maklumat yang diberi oleh para cendekiawan dan pengulas lain. Cuma kita beruntung hidup dalam zaman sekarang, zaman kita boleh mendapatkan maklumat melalui Internet dengan agak pantas. Dengan demikian, sebagaimana yang tuan-tuan dan puan sedia maklum, sebahagian besar daripada maklumat yang saya kemukakan di sini adalah diperoleh melalui Internet. Ada sedikit masalah mengenai maklumat melalui Internet ini, iaitu ketulenan atau kesahan sesetengah maklumat memang sering dipersoalkan. Umpamanya, apabila kita merujuk kepada beberapa sumber, rentetan buku yang membawa idea paling berpengaruh kepada dunia, rentetan itu tidak pernah sama antara satu senarai dengan yang lain. Ada buku yang berlainan, dan ada rentetan yang berlainan, jelas kriteria yang digunakan adalah berlainan. Ini bermakna penilaian itu memberi pewajaran yang berlainan kepada ciri yang sama. Kedua, secara peribadi, saya melihat istilah peradaban ini sedikit berlainan daripada tamadun. Peradaban lebih merujuk kepada kehidupanSeminar Pencinta Buku Malaysia 2010 1

manusia yang terurus dengan adanya undang-undang sebagai landasan. Manakala tamadun lebih merujuk kepada bangunan kebendaan yang kita lihat sebagai bukti sebuah tamadun pernah wujud. Tamadun China dapat saja kita kaitkan dengan Tembok Besar yang mereka bina, Tamadun Mesir kuno dengan piramidnya, dll. Namun, bangsa Melayu datangnya juga daripada sebuah Peradaban Besar (Arof Ishak, 2008) senarai yang beliau jelaskan dalam Malay Civilization. Dan Peradaban Melayu ini adalah satu-satunya peradaban maritim, sebuah peradaban samudera di dunia ini. Peradaban Melayu ini mempunyai pemerintahan berundang-undang yang rapi, lengkap dengan kanunnya, dan hikayat-hikayatnya, dan tersebar di seluruh Nusantara dan Pasifik. Ada ribuan manuskrip daripada Peradaban Melayu. Dalam kertas kerja ini, definisi yang luas dan longgar ini digunakan. Peradaban dan tamadun tidak dibezakan. Ketiga, kita tidak akan memasukkan Al-Quran ke dalam senarai buku yang mempengaruhi peradaban manusia. Al-Quran yang diwahyukan itu tidaklah dapat kita samakan dengan buku-buku yang dihasilkan oleh manusia intelektual. Seterusnya, sebelum membincangkan buku-buku yang mempengaruhi peradaban manusia secara khusus, izinkan saya menyimpang sedikit daripada topik kertas kerja ini, iaitu; menceritakan tentang ilmu daripada sarjana Islam yang mempengaruhi peradaban Eropah barat. Tidak adil rasanya dalam membincangkan topik ini dengan tidak menyebut peranan ilmu sarjana Islam yang diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah. Dalam hal ini kita tidak dapat menyenaraikan pengaruh buku-buku yang terlibat kerana dua sebab. Pertama, perkara ini berlaku dalam sejarah yang tidak banyak butirannya diketahui, dan kedua bukunya banyak. Yang jelas pada kita adalah daripada apa yang ditulis oleh sarjana yang mengkajinya, ada pengaruh daripada sarjana Islam melalui buku-buku mereka yang diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah, dan peranan ilmu tersebut dalam menjadi asas pendidikan mereka tidak dinafikan. Dengan perkataan lain, ilmu yang diterjemahkan tersebut sudah mempengaruhi suatu peradaban yang menjelang di Eropah Barat.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

2

Sumbangan Ilmu Sarjana Islam terhadap Pembangunan Peradaban Eropah Barat Ada dua buah buku yang saya gunakan sebagai rujukan utama, dalam menyediakan bahagian kertas kerja ini, iaitu: 1. History of Islamic Origins of Western Education A.D. 800-1350, oleh Mehdi Nakosteen, 1964. 2. OLeary, De Lacy, Arabic Thought and Its Place in History, oleh De Lacy Oleary, cetakan semula 1966. Pada peringkat awal pemerintahan Islam, perhatian terhadap ilmu tidak begitu rapi. Ada persepsi ahli sejarah yang dibuat oleh sarjana Eropah bahawa panglima tentera Islam seperti Amru Ibnu As dan Ibnu Waqqas memusnahkan buku-buku yang dianggap bertentangan dengan ajaran Islam. Tetapi, apabila Khalifah Abassiah menggantikan Umaiyah, pemerintahan Islam berubah kepada pemimpin bukan Arab dan pusat pentadbiran berpindah ke Baghdad. Di bawah khalifah Abassiah, dengan tradisi ilmunya, perkembangan ilmu menjadi lebih pesat. Zaman Kegemilangan Sarjana Islam Zaman kegemilangan ilmu sains dalam Islam berlaku antara 750 hingga 1350 M. Pada masa itu Eropah masih berada dalam Zaman Kegelapan, dan Eropah hanya bangun dan Zaman Renaisans bermula pada 1400 hingga 1600 M. Sarjana-sarjana Islam mengizinkan ilmuwan Kristian Siria, Koptik (penganut agama Kristian kuno di Mesir), Nestorian (mazhab yang menganggap ada dua entiti Nabi Isa a.s.); ilmuwan Yahudi; dan ilmuwan Zoroastrian (Majusi) di Farsi, yang sedia wujud di daerah yang baru ditaklukinya meneruskan aktiviti intelektualnya. Mereka tidak dipaksa mengubah agama mereka. Sarjana-sarjana ini memang banyak menerima ilmu dari Yunani. Peranan pemimpin Islam pada masa itu adalah menggalakkan lagi aktiviti intelektual ini. Mereka menggiatkanSeminar Pencinta Buku Malaysia 2010 3

aktiviti mengimport ilmu-ilmu terkini yang dicipta oleh bangsa-bangsa lain sebelum mereka. Ini mereka lakukan melalui aktiviti terjemahan, kemudian mereka mengembangkan lagi ilmu-ilmu itu. Pada akhir pemerintahan Khalifah Umaiyah, bahasa Arab mengandungi banyak ilmu yang mereka terjemahkan. Ini termasuklah falsafah, perubatan, matematik dan teknologi dari tradisi Yunani; matematik, perubatan dan kesusasteraan dari India; dan sains, kesusasteraan dan agama dari Farsi. Sarjana Islam juga memperkembangkan ilmu yang mereka import itu dengan membuat ulasan-ulasan terhadap sains dan falsafah Yunani oleh sarjana-sarjana Siria. Ada beberapa orang Khalifah Abassiah di Baghdad yang terlibat secara langsung memajukan usaha menterjemah buku ilmu dan sastera dari Yunani, Farsi dan India. Mereka berusaha supaya bahan ilmu yang diperlukan untuk penyelidikan falsafah dan sains terdapat dalam bahasa Arab untuk ilmuwan berbahasa Arab. Usaha menterjemah ini berjalan dalam dua tahap. Pada tahap pertama, usaha menterjemah hanya dijalankan secara bebas oleh sarjana Kristian, Yahudi, dan mereka yang baru memeluk Islam. Pada tahap kedua, usaha ini dijalankan secara formal dan teratur. Khalifah Jaafar al-Mansur (754 775 M), memulakan usaha ini dengan menjemput Jarjis (George) Bakh Tishu, seorang tabib Kristian Nestorian, dari Jundi Shahpur di Farsi supaya datang ke Baghdad menjadi tabibnya. Ini diikuti oleh tabib-tabib lain. Malah anaknya juga kemudian menjadi tabib Khalifah Harun al Rashid (786 809 M). Usaha menterjemah di bawah pemerintahan Khalifah al-Mansur dan Khalifah Harun alRashid itu menjadi berlipat ganda di bawah pemerintahan khalifah al-Makmun (813 833 M). Di Jundi Shahpur, tradisi perubatannya adalah gabungan antara perubatan Yunani dan India. Inilah yang menjadi asas kepada pembinaan ilmu perubatan Arab Islam. Setelah adanya asas ilmu perubatan ini barulah timbul sarjana perubatan Islam. Yang pertama adalah al-Razi (923 M). Kemudian, timbul pula Ibnu Sina yang menghasilkan penyelidikan mengenai cacar dan taun.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

4

Ibnu al-Baitar membina kepakaran dalam farmaseutik, dan Ibu Haitham dalam kaji optik. Di bawah pemerintahan Khalifah al-Makmun juga dan Khalifah-khalifah selepasnya, usaha menterjemah dijalankan melalui sebuah akademi yang ditubuhkan di Baghdad, iaitu Baitul Hikmah. Selepas itu, aktiviti menterjemah ilmu ini berjalan lancar bagi membolehkan ilmu itu sampai kepada ilmuwan Islam berbahasa Arab. Dalam perkembangan ilmu ini kita dapat melihat sumbangan signifikan terjemahan sebagai asas pembinaan ilmu. Setelah asas ilmu diterjemahkan, maka barulah tradisi ilmu itu berkembang dalam bahasa Arab dan menghasilkan bahan ilmu sendiri. Pada peringkat awal mereka meniru dan menyerap ilmu dari luar, setelah itu mereka menjana ilmu sendiri secara kreatif. Proses menjana ilmu berkembang daripada budaya ilmu yang diimport. Para ilmuwan Islam menggunakan ilmu-ilmu yang diterjemahkan daripada Yunani, Farsi dan India untuk tujuan-tujuan praktikal. Amalan ini dengan sendirinya memerlukan mereka menjadi kreatif dan inovatif bagi menyerap ilmu tersebut bagi menyelesaikan masalah-masalah praktikal dalam kehidupan mereka. Usaha itu menyebabkan mereka mencipta kaedah-kaedah penyelidikan yang bersifat empirikal dan eksperimental. Sebelum itu, sarjana-sarjana lain berusaha mengembangkan ilmu semata-mata bagi mengembangkan ilmu pengetahuan saja. Ilmuwan Islamlah yang mula-mula menjadikan manusia sebagai matlamat ilmu pengetahuan. Memanfaatkan Terjemahan Ilmu daripada Yunani Dengan demikian, ilmuwan Islam perlu menggabungkan tradisi ilmu Yunani yang bersifat spekulatif itu dengan aktiviti eksperimental dan empirikal yang mereka cipta. Dalam menjalankan eksperimen, para ilmuwan Islam membebaskan diri daripada kongkongan dogma dan kepercayaan. Ini berlainan dengan apa yang diamalkan di Eropah di mana intelektualnya berfikir bagi membuktikan ajaranajaran dan dogma-dogma waktu (agama) itu adalah benar.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

5

Para ilmuwan Islam juga memasuki setiap bidang ilmu bagi mencari pengetahuan. Mereka mengembangkan ilmu-ilmu yang ada dan mencipta cabang-cabang ilmu baru yang belum ada sebelumnya. Mereka bergiat dalam bidang-bidang filologi, sejarah, historiografi, undang-undang, sosiologi, kesusasteraan, etika, falsafah, teologi, perubatan, matematik, logik, seni, astronomi, botani, fizik, seni bina, seramik dan macam-macam lagi. Tradisi membuat penyelidikan dengan penuh kesabaran adalah ciptaan ahli-ahli sains Islam. Mereka mencipta teknik-teknik penyelidikan secara teliti. Mereka merakamkan hasil-hasil pemerhatian daripada uji kaji yang mereka lakukan. Mereka mengembara bagi mengumpulkan data yang besar supaya dapat dilakukan kerja-kerja klasifikasi dan kategorisasi. Ahli-ahli sains Islam adalah pencipta kaedah penyelidikan sains dengan menggunakan pengamatan dan uji kaji, suatu kaedah yang belum pernah diketahui sebelumnya. Mereka mencipta kaedah eksperimen objektif kerana mahu memperbaiki teknik-teknik spekulatif Yunani yang tidak tepat. Baitul Hikmah Di bawah pemerintahan Khalifah al-Makmun dan Khalifah al-Mansur, pusat ilmu berpindah dari Bizantin ke Baghdad. Ilmuwan berkembang di Baghdad, ramai ahli matematik dan astronomi menjalankan kajian. Pusat pemerhatian astronomi dibina di Baghdad dan Jundi Shahpur. Kajian astronomi menggalakkan perkembangan ilmu aritmetik dan algebra. Dari golongan inilah munculnya Naubakht (astronomi), Hussain al-Sufi (menghasilkan kajian agung astronomi), Omar Khayyam (sains Islam, matematik), Habash al-hasib (jam suria), alFarghani (mengira diameter bumi, dan jarak serta saiz bintang-bintang), al-Din al-Tusi (menyusun jadual Zij, kalendar), al-Muzaffar al-Tusi (pencipta astrolab pengukur altitud), al-Din Shirazi (geometri optik), Banu Musa (matematik), Ibnu Mashar (matematik), al-Biruni (mengukur latitud dan longitud), Abu al-Wafa (matematik-astronomi), Fakhrudin al-Razi (ensiklopedia sains), al-Khazim (graviti, berat aloi dan densiti air), Kamal al-Din (mengkaji lintasan cahaya melalui gelas), dan al-Khwarizmi (matematik).Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 6

Dalam bidang perubatan pula, kita melihat asas ilmu yang dibina atas gabungan ilmu dari Yunani, India dan Farsi menimbulkan suasana yang mencetuskan ilmu baru. Pakar perubatan yang banyak menulis adalah al-Razi, keturunan Farsi, dan tinggal di Baghdad. Beliau mempelajari ketiga-tiga sumber ilmu perubatan itu daripada Ibnu Ishaq, dan menghasilkan lebih 200 karya. Hampir separuh daripadanya mengenai perubatan. Karya beliau mengenai perubatan meliputi bidang sistem saraf yang diterjemahkan ke dalam bahasabahasa lain. Dia juga menulis mengenai falsafah, teologi, matematik, astronomi, dan sains. Tradisi perubatan al-Razi disambung oleh seorang tabib lain keturunan Farsi, Ibnu Sina, yang juga seorang ahli falsafah. Ibnu Sina menyambung usaha Hippocrates (460 377 Sebelum Masihi), bapa ilmu perubatan Yunani, dan Galen (Claudius Galenus (130 200 M) pakar fizik, anatomi, dan fisiologi (perubatan) Yunani yang menyusun pengetahuan perubatan yang digunakan hingga ke Zaman Renaisans) dua orang pakar perubatan Yunani. Dalam perkataan lain, mereka memanfaatkan karya terjemahan ilmu ahli perubatan Yunani ini, dan kemudian memperkembangkannya. Ibu Sina menghasilkan, Kanun Perubatan merupakan sebuah ensiklopedia ilmu perubatan, diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah. Di samping itu beliau juga menghasilkan lebih 100 risalah falsafah dan matematik. Haly Abas (995M) mengarang buku Seni Perubatan Lengkap yang menjadi sebuah ensiklopedia perubatan. Muwaffa Ibnu Mansur (975 M) pula menulis Asas dan Sifat Sebenar Penawar mengandungi huraian 585 ubatubatan. Pemerintahan Islam yang luas menemukan mereka dengan beberapa daerah baru. Ini memerlukan huraian geografi, iklim, ekonomi, sejarah, dan sosiologi. Asas ilmu geografi dari Ptolemy diperkembangkan, dengan pengumpulan data baru. Lagi, ilmuwan Farsi banyak menguasai bidang itu. AlBalkhi (934M) menulis banyak buku, termasuk geografi yang menjadi asas pengajian geografi selepasnya. Al-Hamdani menghuraikan geografi semenanjung Arab, al-Biruni menghuraikan geografi India, Nasiri dari Khurasan menulis tentang pengamatannya semasa mengembara ke Mesir dan Makkah,Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 7

dan Yaqut dan Qazwini menyusun kamus mengenai nama-nama geografi dan biografi. Semasa ilmuwan Islam mengkaji sains, ilmu lain juga berkembang. Sumbangan Ibnu Khaldun, al-Qadir Jilani, al-Ghazali, al-Batalyusi dll. adalah banyak dalam kepustakaan Islam dalam bahasa Arab. Sumbangan kepada Peradaban Eropah Barat OLeary (1966) dan Nakosteen (1964) menyenaraikan sumbangan penterjemah dalam segala bidang ilmu ini. Senarainya panjang dan mengagumkan. Inilah yang membolehkan kita memahami bagaimana sarjana Islam menjadi begitu maju setelah banyak ilmu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab. Ia menjadi asas pembinaan ilmu sarjana Islam itu sendiri. Beberapa ciri penting dalam perkembangan ilmu Islam ini dapat kita lihat. 1. Pertama, ia berkembang daripada asas ilmu yang dibawa masuk melalui terjemahan. Daripada meniru ilmuwan Islam belajar mencipta. Ini adalah satu tahap penting dalam pembinaan ilmu. 2. Kedua, ahli ilmuwan Islam itu sangat luas cakupan bidang keahliannya. Mereka tidak menjurus kepada satu bidang saja. Ibnu Sina juga adalah seorang falsafah dan ahli matematik. Bahkan, Ibnu Sina juga seorang pemuzik dan menulis risalah tentang muzik. Ilmu yang dibina oleh sarjana Islam itu heterogen atau pelbagai sifatnya, bukan homogen atau semacam saja. 3. Ketiga, mereka mempunyai obsesi mencari ilmu. Obsesi ini penting, tanpa obsesi sesuatu usaha tidak akan tamat. 4. Keempat, mereka menuliskan ilmu mereka. Tanpa ilmu yang tertulis, tidak ada peradaban. Peradaban yang dibangunkan itu adalah peradaban baru yang berubah daripada kuno sebelumnya. Inilah ilmu, dan buku-buku yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Eropah (lihat OLeary, 1966 dan Nakosteen, 1964.) Inilah yang menjadi asas mempengaruhi pembangunan Eropah moden, sebuah peradaban baru diSeminar Pencinta Buku Malaysia 2010 8

Eropah Barat pada Zaman Renaisans; hatta menjadi asas pembinaan pendidikan Eropah Barat (Mehdi Nakosteen, 1964). Kelemahan Teknologi Ironisnya, ahli sains Islam berjaya mencipta kaedah-kaedah dan teknik-teknik berfikir untuk menemui pelbagai ilmu pengetahuan sains, tetapi mereka tidak mencipta kaedah-kaedah dan teknik-teknik berfikir bagi memanipulasi pengetahuan dan maklumat sains menjadi teknologi. Teknologi ialah alat-alat dan teknik-teknik yang berfungsi untuk mengembangkan keupayaan manusia. Mereka tidak menggunakan ilmu mereka misalnya untuk mencipta alat dan teknik perang baru. Tentera Islam terus menggunakan senjata tradisional, pedang dan anak panah. Dalam peperangan yang menggunakan teknologi lama, mereka tidak sehandal tentera Tartar dan Kristian. Tentera Tartar di bawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Ghengis Khan, menakluki kota Baghdad pada 1258. Bangsa Tartar yang belum mengenal peradaban tinggi itu tidak tahu memuliakan ilmu. Mereka membakar beratusratus perpustakaan di Baghdad, termasuk Baitul-Hikmah. Nasib yang serupa dialami oleh semua perpustakaan di seluruh dunia Islam, dari Samarkand, ke Bukhara, dari Baghdad ke Kordova perpustakaan Islam dibakar jadi abu (RajaRaja Kristian menakluki dan memusnahkan Kordova pada tahun 1492). Dalam membina peradaban kita, kepustakaan adalah asasnya. Ahli-ahli sejarah Barat pernah mengatakan zaman kegemilangan sains orang Islam tidak akan timbul semula. Sebabnya adalah setelah perpustakaan-perpustakaan Islam musnah, orang-orang Islam tidak membina semula perpustakaan mereka. Mereka lupa kepustakaan adalah asas pembinaan mana-mana peradaban. Tanpa kepustakaan milik sendiri, tidak ada bangsa yang dapat mendirikan peradabannya sendiri. Namun, ilmu itulah yang kemudiannya mempengaruhi pembinaan peradaban dan tamadun Eropah moden.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

9

Beberapa Senarai Buku yang Mempengaruhi Peradaban Manusia Menurut Interpretasi yang Berlainan Dalam membicarakan tentang buku-buku terjemahan yang mempengaruhi peradaban manusia, kita akan melihat dahulu isu ini secara menyeluruh, iaitu dengan melihat senarai ringkas yang disediakan oleh beberapa pengulas melalui Internet, dan kemudian melihat beberapa buah yang lebih ketara dan tidak kontroversial, secara lebih mendalam: 1. Senarai Robert D. Down Robert D. Down (2004) dalam bukunya menyenaraikan 10 buah buku yang paling berpengaruh dan mengubah sejarah dunia. Buku-buku itu adalah: i. Il Principe, (Prinsip) karya Niccolo Machiavelli (ditulis pada 1513 dan diterbitkan pada 1532). Buku ini membicarakan apa yang dianggap sebagai falsafah moden. Dalam pemerintahan, idea beliau lebih terkenal dengan Prinsip Machiavelli, iaitu matlamat itu menghalalkan cara, dan pertimbangan moral tidak ada tempat dalam politik. ii. Common Sense oleh Thomas Paine (1776). Jualan buku ini mencapai lebih setengah juta naskhah. Beliau memberikan sebab-musabab menurut akal, dan tidak menggunakan falsafah bagi menghujahkan supaya Amerika Syarikat perlu menjadi negara merdeka daripada Kerajaan Inggeris. Buku ini dalam banyak hal mempengaruhi pemberontakan melawan Inggeris dalam menubuhkan Amerika Syarikat. iii. Das Kapital, oleh Karl Marx (1867). Ringkasnya beliau menentang eksploitasi pekerja, dan apa yang dipelopori oleh sistem kapitalisme yang dilahirkan oleh Adam Smith. Dikatakan pemikiran beliau pernah menguasai lebih daripada sepertiga daripada populasi dunia. iv. Mein Kampf adalah karya Hitler. Buku ini menceritakan impian dan pemikiran Hitler yang membawa dunia ke kancah peperangan pertengahan abad 20.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

10

v.

Essay on the Principle of Population dikarang oleh Thomas Robert Malthus yang menghujahkan kepupusan manusia di dunia akibat pertambahan penduduk, teori Malthus.

vi. vii. viii. ix. x.

Principia Mathematica adalah karya Issac Newton. Wealth of Nation adalah karya Adam Smith. Origin of Species adalah karya Charles Darwin. Relativity adalah karya Albert Einstein. Der Traumdeutung (Tafsiran Mimpi) adalah karya Sigmund Freud.

2. Senarai Melvyn Bragg Melvyn Bragg (Books that Changed the World, 2006) menyenaraikan dua belas buku yang mempengaruhi dunia, iaitu: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. Principia Mathematica (1687) oleh Isaac Newton. Married Love (1918) oleh Marie Stopes. Magna Carta (1215). Book of Rules of Association Football (1863). On the Origin of Species (1859) oleh Charles Darwin. On the Abolition of the Slave Trade (1789) oleh William Wilberforce. A Vindication of the Rights of Woman (1792) oleh Mary Wollstonecraft. Experimental Researches in Electricity (three volumes, 1839, 1844, 1855) oleh Michael Faraday. Patent Specification for Arkwrights Spinning Machine (1769) oleh Richard Arkwright. The King James Bible (1611) oleh William Tyndale dan 54 orang sarjana yang dilantik oleh Raja. An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations (1776) oleh Adam Smith. The First Folio (1623) oleh William Shakespeare.

3. Senarai Adam J. Jones Jones menyenaraikan 16 buku yang paling mempengaruhi dunia, iaitu:Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 11

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi.

Uncle Tom's Cabin (Bantam Classics) oleh Harriet Beecher Stowe. The Communist Manifesto (Signet Classics) oleh Friedrich Engels. The Second Sex oleh Simone de Beauvoir. The Prince (Bantam Classics) oleh Niccolo Machiavelli. Silent Spring oleh Rachel L. Carson. Mein Kampf (My Struggle) oleh Adolf Hitler. Guerrilla Warfare oleh Ernesto Guevara. The Fate of the Earth and The Abolition (Stanford Nuclear Age Series) oleh Jonathan Schell. Open Veins of Latin America: Five Centuries of the Pillage of a Continent oleh Eduardo Galeano. The Autobiography of Malcolm X: As Told to Alex Haley oleh Alex Haley. The Gulag Archipelago: 1918-1956 oleh H.T. Willetts. King Leopold's Ghost: A Story of Greed, Terror, and Heroism in Colonial Africa oleh Adam Hochschild. A Problem from Hell: America and the Age of Genocide oleh Samantha Power. The Wretched of the Earth oleh Frantz Fanon. Nineteen Eighty-Four oleh George Orwell. Orientalism oleh Edward W. Said.

4. Senarai Biography Online Biography online, menyenaraikan 50 Books that Changed the World, tetapi kemudian ditambah satu lagi, iaitu buku Harry Porter. i. ii. iii. iv. v. Bhagavad Gita - discourse of Sri Krishna and Arjuna on the Battlefied of Kurushetra. The Iliad - Home - 8th Century BC. The Histories - Herodotus - True Lies - 8th Century BC. The Dhammapada - Sayings of the Buddha. The Analects - Confucius - 5th Century.12

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. xix. xx. xxi. xxii. xxiii. xxiv. xxv. xxvi. xxvii. xxviii. xxix. xxx. xxxi. xxxii. xxxiii.

The Republic - Plato - 4th Century. The Bible - King James Version 2nd Century AD. Odes Horace. Geographia - Ptolemy 100- 170. The Quran - 7th Century. Canon of Medicine - Avicenna 1025. The Canterbury Tales - Geoffrey Chaucer 1390s. Don Quixote - Miguel de Cervantes 1605. First Folio - William Shakespeare 1623. An Anatomical Study of the motion of the heart and blood in Animals - William Harvey. Dialogue Concerning the Two Chief World Systems - Galileo Galilei 1632. Principia Mathematica - Isaac Newton 1687. A Dictionary of the English Language - Samuel Johnson 1755. The Sorrows of Young Werhter - Johann Wolfgang von Goether 1774. The Wealth of Nations - Adam Smith 1776. Common Sense - Thomas Paine 1776. Lyrical Ballads - William Wordsworth dan Samuel Taylor Coleridgen 1798. Pride and Prejudice - Jane Austin 1813. A Christmas Carol - Charles Dickens 1843. The Communist Manifesto - Karl Marx 1848. Moby Dick - Herman Melville 1851. Uncle Tom's Cabin - Harriet Beecher Stowe 1852. Madame Bovary - Gustave Flaubert 1857. On the Origin of Species - Charles Darwin 1859. On Liberty - John Stuart Mill 1859. War and Peace - Leo Tolstoy 1869. The Telephone Directory - New Haven Telephone Company 1878. The Thousand and One Nights - Sir Richard Burton 1885.13

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

xxxiv. xxxv. xxxvi. xxxvii. xxxviii. xxxix. xl. xli. xlii. xliii. xliv. xlv. xlvi. xlvii. xlviii. xlix. l. li.

A Study in Scarlet - Arthur Conan Doyle 1888. The Interpretation of Dreams - Sigmund Freud 1899. The Protocols of the Elders of Zion - Mein Kampf 1905. Poems - Wilfred Owen 1920. Relativity: The Special and General Theory - Albert Einstein 1920. Ulysees - James Joyce 1922. Lady Chatterley's Lover - D.H.Lawrence 1928. The General Theory of Employment, Interest, and Money - John Maynard Keynes 1936. The Diary of Anne Frank - Anne Frank. If this is a Man - Primo Levi 1947. Animal Farm - George Orwell. Nineteen Eighty Four - George Orwell 1949. The Second Sex - Simone De Beauvoir 1949. The Catcher in the Rye - J.D. Salinger 1951. Lord of the Rings - J.R.R.Tolkien. Silent Spring - Rachel Carson 1962. Quotations from Chairman Mao - Mao Zedong 1964. Harry Potter and Philosopher's Stone - J.K.Rowling 1997.

5. 50 Books That Changed the World Senarai yang diperoleh dari Google, disiarkan pada 26 Januari 2010. Senarai ini mempunyai sebuah kebaikan, kerana ia menyenaraikan buku-buku yang mengubah cara kita berfikir di bawah tajuk: politik dan pemerintahan, sastera, masyarakat, subjek akademik, dan agama. Politik dan Pemerintahan i. The Republic oleh Plato (Kurun Ke-4). Buku ini dianggap memberi pengaruh besar terhadap falsafah dan politik. Ia membicarakan kebenaran dan juga keadilan. Buku ini melahirkan idea mengenai raja

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

14

budiman (philosopher-kings), Teori Bentuk, dan pemikiran tentang keabadian roh, yang masih dibincangkan pada hari ini. (**) ii. The Communist Manifesto oleh Karl Marx dan Friedrich Engels (1848). Ini adalah salah sebuah karangan politik yang popular. Teks ini ditulis dengan arahan Liga Komunis. Ia menerangkan proses bagaimana golongan pekerja perlu bangkit dan menghapuskan pergolakan kelas. (**) iii. The Rights of Man oleh Thomas Paine (1791). Paine menjelaskan tentang peranan kerajaan melindungi hak warganegaranya, dan kerajaan yang gagal berbuat begitu hendaklah digulingkan. Buku ini mempertahankan perjuangan Pemberontakan Perancis dan memberi inspirasi kepada demokrasi di dunia. (***) iv. Common Sense (1776) adalah karya Thomas Paine menjadi asas perjuangan v. bagi mendapatkan kemerdekaan daripada pemerintah Inggeris pada zaman Revolusi Amerika. (***) Democracy in America oleh Alexis de Tocqueville (1835-40). Beliau menulis buku ini semasa melawat Perancis dan menghujahkan mengapa demokrasi dapat berjaya di Amerika sekalipun ia gagal di tempat lain. (***) vi. Il Principi (Putra) oleh Niccolo Machiavelli (1513). Buku ini memberi nasihat kepada seorang Putera yang mahu menaiki takhta, dan bagaimana mengelakkan penggulingan. Ia juga menghasilkan kaedah tujuan menghalalkan cara sebagai prinsip Machiavelli. (**) vii. Uncle Tom's Cabin (1851) oleh Harriett Beecher Stowe. Novel ini ditulis oleh seorang wanita kulit putih, dan banyak memberi kesan kepada pandangan warga Amerika dan dunia tentang perhambaan manusia. (***) viii. On Liberty oleh John Stewart Mill (pertengahan abad 1800). Ini adalah sebuah karya falsafah yang memberi asas kepada sistem demokrasi moden. Ia menyarankan kebebasan dalam bidang moral dan ekonomi daripada kawalan kerajaan. (***) ix. Das Kapital oleh Karl Marx (1867). Buku ini mengkritik sistem ekonomi kapitalisme dan eksploitasi pekerja. Oleh sebab itu perlu dibuat perubahan kepada kuasa kapitalisme. (**)Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010 15

x.

The Wealth of Nations oleh Adam Smith (1776). Buku ini mempelopori supaya diwujudkan pasaran bebas dalam ekonomi. Dan inilah yang dianggap sebagai permulaan ekonomi moden yang menimbulkan konsumerisme. (*****)

xi.

Guerilla Warfare oleh Che Guevara (1998). Che Guevara ini memang masyhur mengamalkan fahaman revolusi Marx, dan membantu pihak yang tertekan. Beliau menulis buku ini sebagai sebuah panduan memberontak untuk orang yang terperangkap dalam rejim totalitarian. Ia menjadi pedoman kepada semua yang tinggal di negara yang menekan warganegaranya. (*)

Sastera Karya sastera berikut dianggap sebagai sudah menyentuh kehidupan ramai manusia di dunia. Ini boleh jadi berlaku dalam bentuk mewujudkan sesuatu watak, hinggalah mencetuskan kekangan daripada pihak yang menapis bahan bacaan untuk warga negaranya. i. The Canterbury Tales oleh Geoffrey Chaucer (1390). Buku ini mengandungi cerita-cerita dongeng yang mewujudkan watak-watak tertentu dan cerita yang terus popular hingga sekarang. Ia masih dibaca dan dikaji oleh ramai penduduk dunia. (**) ii. Lady Chatterley's Lover oleh DH Lawrence (1928). Nobel ini meneritakan perihal seorang wanita aristokrat yang bermin kayu tiga dengan lelaki kelas pekerja, dan diharamkan di Britain. Buku ini mengetengahkan isu tapisan bahan bacaan dan akhirnya berjaya menghapuskannya. (**) iii. Divine Comedy oleh Dante Alighieri (1308-1321). Ini dianggap sebagai sebuah karya sastera penting, sebagai sebuah puisi epik penceritaan selepas mati. (*) iv. The Complete Works of William Shakespeare (1936). Karya ini membolehkan kita membaca semua karya antara penulis teragung dunia. Cerita, watak dan bahasanya melekat pada ramai manusia di duniaSeminar Pencinta Buku Malaysia 2010 16

semenjak beratus tahun dan menjadi sebahagian penting daripada budaya dunia. (*****) v. Things Fall Apart oleh Chinua Achebe (1958). Novel ini mempertahankan sejarah kebudayaan bangsa dalam menghadapi

dominasi pembaratan. Ia menyuarakan pihak yang tertekan di Afrika, dan menjadi contoh kerosakan yang dilakukan oleh penjajahan Barat. (***) vi. Moby Dick oleh Herman Melville (1851). Menceritakan pemburuan ikan paus. Novel ini dianggap menjadi pedoman penulisan, dan juga rujukan industri ikan paus pada zaman itu. (*) vii. 1984 oleh George Orwell (1949). Novel ini menceritakan kehidupan dalam sebuah negara totalitarian di mana warganya tidak mempunyai hak apaapa. Ada peristiwa dalam novel ini yang menjadi kiasan dalam budaya moden seperti "big brother" dan "doublespeak. (**) viii. Brave New World oleh Aldous Huxley (1931). Ini adalah sebuah lagi novel distopia yang dianggap salah sebuah novel teragung dala abad ke20, dengan menceritakan kehilangan identiti individu kita kepada perkembangan teknologi. Malah ada yang diramalkannya itu sudah menjadi kenyataan. (**) ix. Iliad and Odyssey oleh Homer (Kurun ke-8 SM). Ini adalah legenda dan juga sejarah Yunani. Iliad menceritakan hari-hari terakhir peperangan Troy. Odyssey pula menceritakan kisah sepuluh tahun semenjak berakhirnya Peperangan Troy. Ini adalah dua buah karya epik agung puisi Yunani, masih menjadi bahan pendidikan sastera di dunia. (*). x. Don Quixote oleh Miguel de Cervantes (1605). Sebuah novel yang sangat popular dari Sepanyol. Ia adalah sebuah pengembaraan yang mengandungi simbolisme aneh. Perwatakannya menjadikan buku ini popular hingga sekarang, dan memberi inspirasi orang lain menulis novel, membuat filem, drama, kartun animasi dll. Simpulan bahasa berperang dengan kincir angin adalah satu daripada simbolisme yang melekat di mulut manusia. (*)

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

17

xi.

A Christmas Carol oleh Charles Dickens (1843) Buku ini diterbitkan pada sambutan 1843, dan masih kekal popular hingga sekarang. Ia menyelamatkan perasaan mahu merayakan Krismas, yang pada masa itu sudah mula luntur. (**)

xii.

Madame Bovary oleh Gustave Flaubert. Flaubert menceritakan perihal seorang wanita yang bermain kayu tiga dengan ramai lelaki bagi melarikan diri dari hidup tanpa kasih. Ia diharamkan, dan Flaubert dibicarakan, tetapi didapati tidak bersalah. Buku ini menjadi sebuah mahakarya pergerakan Realisme. (**)

xiii.

The Arabian Nights Entertainment oleh Andrew Lang.(2008) Ini adalah cerita Seribu Satu Malam yang dipopularkan di seluruh dunia melalui kisah Scheherazade, pengembaraan Aladdin, dan pelayaran Sinbad. (*)

xiv.

Harry Potter and the Philosopher's Stone oleh J.K. Rowling (1997). Buku ini sangat popular dan mencetuskan imaginasi seluruh generasi muda seluruh dunia sekarang. (**).

xv.

War and Peace oleh Leo Tolstoy (1957). Novel ini mengandungi butiran yang tiada bandingannya, dan menyingkap maslah psikologi wataknya. Ia dianggap sebagai sebuah novel teragung sepanjang zaman. (***).

xvi.

The Little Prince oleh Antoine de Saint-Exupry (1974). Antara buku terlaris di dunia, dan sering dianggap sebagai novel kanak-kanak. Ia meneroka makna kehidupan, cinta dan perpisahan. (**)

xvii.

The Alchemist oleh Paulo Coelho (1970). Buku dikatakan paling banyak diterjemahkan kerana ia memberi inspirasi. Sering diiktiraf sebagai orang yang mengongsi teknologi dan novelnya secara gratis, yang dikatakannya mempromosi jualan bukunya. (*)

Masyarakat Berikut adalah buku yang memberi impak kepada masyarakat mengenai rasisme, feminisme, individualisme, dan kesarjanaan. i. Diary of a Young Girl oleh Anne Frank (1947). Ini adalah riwayat sebuah keluarga Yahudi yang bersembunyi daripada tentera Nazi semasaSeminar Pencinta Buku Malaysia 2010 18

pendudukan negeri Belanda oleh tentera Nazi. Catatannya menunjukkan harapannya yang menjulang namun berakhir dengan sedihnya di tangan Nazi. Ia menjadi simbol menentang penindasan ras. (*) ii. Survival in Auschwitz oleh Primo Levi (1956). Ditulis dalam bahasa Itali dan diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan Jerman menceritakan perihal Levi yang tinggal selama setahun di khemah peperangan Auschwitz. Beliau iii. tidaklah menceritakan kedurjanaan Jerman, tetapi melihat bagaimana rapuhnya peri kemanusiaan. (*). The Vindication of the Rights of Women oleh Mary Wollstonecraft (1792). Buku ini dianggap sebagai buku pertama memperjuangkan feminisme, bagi membantah mereka yang tidak mahu wanita diberi pendidikan. Pada beliau wanita adalah manusia yang mempunyai hak yang sama. (*) iv. The Second Sex oleh Simone de Beauvoir (1953). de Beauvoir menulis buku ini bagi memahami dirinya sendiri, dan melihat perlakuan tidak setaraf dengan lelaki selama ini. Buku ini penting bagi perjuangan taraf wanita. (*) v. A Room of One's Own oleh Virginia Woolf (1929). Woolf membincangkan perbezaan antara lelaki dan wanita dan berkaitan dengan kebebasan dan kewangan. Ia mempamerkan perkaitan emosinya yang rapat dengan isu ini. (*) vi. Walden oleh Henry David Thoreau (1854). Thoreau menjalani hidup terasing dari masyarakat di Walden Pond dalam usaha memahami masyarakat. Catatan beliau ini menjadi inspirasi untuk mereka yang mahu hidup secara kendiri yang sederhana. (*) vii. A Dictionary of the English Language oleh Samuel Johnson (1768). Ini adalah sebuah kamus bahasa Inggeris yang sangat berpengaruh. Beliau mengambil masa sembilan puluh tahun menyusunnya, dan ia dianggap sebagai buku persuratan yang baik. (**)

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

19

Sains, Matematik, dan Geografi Ini adalah buku-buku yang menggerakkan pemikiran para sarjana. i. Philosophae Naturalis Principia Mathematica oleh Isaac Newton (1687). Buku ini di tulis semasa Newton di Universiti Cambridge dalam bahasa Latin. Beliau menjelaskan tentang graviti, mekanika, kalkulus, dan cahaya dan warna. Buku inilah yang mencetuskan pemikiran moden mengenai matematik dan fizik. (*****) ii. The Interpretation of Dreams oleh Sigmund Freud (1899). Buku ini mengandungi asas teori psikoanalisis yang menjadi mercu tanda bidang ini, dan masih dibaca hingga sekarang di dunia. Walaupun ada sarjana yang tidak bersetuju dengan teori ini, namun ia mempengaruhi hampir setiap iii. orang di dunia, dan ia dianggap sebagai buku yang mengetengahkan psikologi sebagai sebuah sains. (*****) On the Origin of Species oleh Charles Darwin (1859). Buku ini memberi asas teori evolusi, dan kehidupan yang tergagah. Walaupun teori evolusi ini disanggah, namun ini masih menjadi landasan kajian para sarjana. (***) iv. Silent Spring oleh Rachel Carson (1962). Karya Carson ini menceritakan perihal keadilan persekitaran dalam hubungan kita dengan Bumi. Ia membantu pergerakan persekitaran bermula. (**) v. Geographia oleh Ptolemy (100-170 SM). Karya Ptolemy mencatatkan dan melukiskan peta yang diketahuinya dalam kurun ke-2, dan karya ini digunakan beratus tahun. Peta beliau itu menjadi asas ilmu pemetaan sekarang. (***) vi. The Meaning of Relativity oleh Albert Einstein (1921). Inilah karya yang terdiri daripada siri kuliahnya bagi menunjukkan dapatannya tentang relativiti. (***) Agama Ini adalah buku-buku agama yang menjadi panduan manusia di dunia untuk beratus tahun. Namun, Al-Quran walaupun dikekalkan seperti dalam senarai

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

20

asal, tetapi tiada sebarang ulasan akan dibuat mengenainya, demi tidak mahu menyekutukan Al-Quran dengan karya manusia. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. The Bible. The Qur'an. The Torah. The Tibetan Book of the Dead. Membicarakan kehidupan, mati, dan kelahiran semula. The Analects oleh Konfusius (Kurun ke-5). Himpunan pemikiran dan ungkapan ahli falsafah China, Konfusius. The Summa Theologica of St. Thomas Aquinas (Kurun ke-13). Mengandungi wewenang sebagai penganut agama Kristian. The Bhagavad Gita. Kitab suci agama Hindu, merakamkan ajaran Krishna sebagai pedoman Hinduisme, dan cara menjalani kehidupan. I Ching. Kitab suci dalam bahasa China. Ia menjadi sumber perimbangan peristiwa dan perubahan. Tao Te Ching. Buku ini juga dikenali sebagai Kitab Tao, sebagai ditulis oleh Lao Tzu, penjaga Perpustakaan Maharaja China yang diperintahkan berkongsi kebijaksanaannya dengan generasi mendatang. Teks ini juga dikenali sebagai Bidalan China. Beza antara Buku yang Dibaca oleh Ramai dan Buku yang Mempengaruhi Ramai Pada saat ini kita harus dapat membezakan antara buku yang dibaca oleh ramai orang dengan buku yang mempengaruhi ramai orang, yang akhirnya mempengaruhi peradaban. Malah buku yang mengandungi idea besar yang mempengaruhi peradaban tidak perlu pun dibaca oleh ramai orang. Tetapi yang tidak ramai membacanya mendapat ilmu daripadanya, dan sama ada menjadikannya peradabannya. sebahagian daripada sesuatu yang mempengaruhi peradabannya atau pun dapat membina teknologi yang mempengaruhi

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

21

Kita dapat percaya Diary Anne Frank dibaca dan dinikmati oleh ramai orang, tetapi kita tidak sebenarnya melihat apa yang datang daripada buku novel itu yang mempengaruhi peradaban. Sebaliknya, kita juga dapat melihat mungkin pembaca Principia Mathematica yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris atau Perancis atau Jerman dan Jepun itu dibaca oleh seramai pembaca Anne Frank, tetapi kita tentu tidak dapat menolak hakikat bahawa banyak prinsip fizik di dalamnya yang dijadikan teknologi sudah mempengaruhi peradaban kita. Cuma kita mungkin tidak ketara. Buku Common Sense oleh Paine, sememangnya membantu Revolusi Amerika menentang Inggeris, namun kesan pada manusia adalah terhad. Berikut adalah buku-buku yang dianggap betul-betul diterjemahkan ke dalam banyak bahasa dan telah mempengaruhi peradaban manusia. 1. Cannon of Medicine (1484) Kanun Perubatan setebal 14 jilid ini sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin, Inggeris, Farsi, China, dan menjadi buku rujukan perubatan penting. Ia mengandungi huraian butiran yang sistematis mengenai perubatan. Kesannya pada dunia perubatan dan manusia sejagat adalah besar. 2. Complete Works of William Shakespeare Buku ini mungkin antara karya sastera yang dibaca oleh ramai manusia di dunia dalam pelbagai bahasa, dideklamasikan, didramakan, dan dikaji. Bahasanya banyak mempengaruhi bahasa lain di dunia dari segi analogi dan peribahasa yang timbul. Tidak sukar kita menganggap bahawa ini adalah sebuah buku yang banyak mempengaruhi peradaban manusia di dunia hampir selama lima ratus tahun berlalu.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

22

3. Philosophiae Naturalis Principia Mathematica (1686) John Isaac Newton menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica dalam bahasa Latin pada tahun 1686. Buku itu dibahaskan di Royal Science Society of London, dan dapatan yang terkandung di dalamnya sangat dikagumi. Beliau diberi sorakan dan pengiktirafan yang tinggi atas kejayaannya. Namun, selepas itu buku itu ditutup dan disimpan sahaja. Ilmu di dalamnya terpendam selama 200 tahun. Hanya setelah 200 tahun selepas Newton meninggal, barulah buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris. Selepas itu barulah ilmu dalam Principia Mathematica ini dipelajari oleh warga Inggeris, dan seterusnya diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis dll. Sebenarnya, ilmu yang terkandung di dalamnya banyak membantu kehidupan kita pada hari ini. Ia mengandungi asas kejuruteraan moden yang digunakan di dalam banyak barangan yang kita gunakan pada hari ini, daripada membina bangunan pencakar langit, reka bentuk cahaya lampu motokar, hinggalah kepada kapal angkasa. Bayangkan peradaban kita pada hari ini tanpa pencakar langit, lampu yang membolehkan kita memandu pada waktu malam! 4. The Wealth of Nations (1776) The Wealth of Nations oleh Adam Smith (1776), mempelopori supaya diwujudkan pasaran bebas dalam ekonomi. Dan inilah yang dianggap sebagai permulaan ekonomi moden. Menurut Johnathan Forrest (Green Peace) ini adalah buku yang menyebabkan timbulnya konsumerisme. Konsumerisme ini sudah mempengaruhi semua manusia di muka bumi pada hari ini. Ekonomi yang dipacu oleh pasaran bebas ini menyebabkan manusia menjadi haloba dan memerlukan lebih daripada apa yang sebenarnya diperlukan. Konsumerisme juga menyebabkan aktiviti perdagangan dilaksanakan pada tahap global. Umpamanya, seorang Inggeris boleh saja membeli sebiji epalSeminar Pencinta Buku Malaysia 2010 23

yang ditanam di New Zealand, pada hal tidak ada keperluan untuk itu. Apel tempatan dapat ditanam dan dijual di England. Pada Johnathan Forrest, konsep pasaran bebas ini menimbulkan konsumerisme, dan konsumerisme tetap sudah mempengaruhi kehidupan manusia di permukaan bumi ini. 5. Napoleonic Code (1804) Napoleonic Code, yang asalnya Code civil des Franais adalah sistem perundangan sivil Perancis, dibentuk di bawah pemerintahan Napoleon, pada tahun 1804. Ia menghalang kelahiran, menentukan sebarang memberi jawatan keistimewaan kebebasan kerajaan hendaklah berasaskan dan diberikan beragama,

kepada warga yang berkelayakan terbaik. Sebelum Kod Napoleon in memang sudah ada undang-undang lain, namun inilah yang diterima pakai oleh seluruh Eropah. Ia juga banyak mempengaruhi sistem perundangan banyak negara di dunia, semasa dan selepas peperangan Napoleon. Kod Napoleon ini meletakkan penekanan pada bentuk tertulisnya dan dan dapat dicapai sebagai sistem perundangan. Itulah yang menyebabkan ia menjadi mudah menggantikan sistem perundangan yang kurang lengkap sebelum itu. Ahsli sejarah Robert Holtman menganggap ia adalah sebuah dokumen yang banyak mempengaruhi seluruh dunia. 6. The Road Ahead Buku ini mempunyai lima versi terjemahan ke dalam bahasa China sahaja. Ia juga diterjemahkan ke dalam bahasa lain. diterjemahkan Bukunya, The Road Ahead (1995), menunjukkan dan menjelaskan apa yang dikatakannya revolusi pengkomputeran peribadi. Beliau menghuraikan masa depan yang akan berubah melalui lebuh raya maklumat.

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

24

Pada tahun 1995? Bill Gates mengunjungi Malaysia dan mengisytiharkan Windows 1995-nya yang baru (tarikh perlu dipastikan). Dalam ucapannya kepada khalayak Malaysia di Hotel Legend, beliau memberikan contoh bahasa dan sudah tiba masanya anak pergi ke sekolah dengan hanya membawa sekeping disket kecil, dan di dalam itulah tersimpan kerja rumahnya, karangannya, dll. Pada hari ini, kita sudah dapat melakukan hampir semua yang dibicarakannya. Rujukan 1. Nakosteen, Mehdi, History of Islamic Origins of Western Education A.D. 800-1350, Boulder: University of Colorado Press, 1964. 2. OLeary, De Lacy, Arabic Thought and Its Place in History, London, Routledge & Kegan Paul Ltd., 1922 (Cetakan semula 1966). 3. Timetables of History, Random House Reference, (2008).

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

25