karnival yahijau pagoh 2015 - connecting repositories · 2017. 10. 13. · karnival yahijau pagoh...

4
( htp : / cet r ee . usm . my ) Karnival YaHijau Pagoh 2015 PAGOH, 7 Mac 2015– Karnival YaHijau Pagoh yang bertemakan Membudayakan Amalan Hijau bertempat di Kompleks Sukan pagoh, Muar berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira kira hampir 3,000 orang pengunjung. Pelbagai generasi dan bangsa yang hadir bagi memeriahkankan lagi suasana karnival tersebut. Karnival diserikan lagi dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin bagi melancarkan karnival tersebut dan penubuhan sukarelawan Green Brigade. Sukarelawan Green Brigade adalah inisiatif YaHijau untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh golongan belia khususnya pelajar yang akan diberi pengetahuan untuk mengaplikasikan amalan hidup hijau dalam aktiviti harian mereka. Dalam ucapannya, beliau mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentang tanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi. Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnya kepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yang lebih penting agar mereka sendiri menyedarinya. Selain itu juga, beliau turut menyatakan bahawa Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalah air, tenaga elektrik dan udara bersih. YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, masyarakat perlu mengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplin dalam menjadualkan penggunaan sumbersumber berkenaan. Turut hadir ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri DiRaja Mahdzir Khalid, YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan

Upload: others

Post on 22-Jan-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karnival YaHijau Pagoh 2015 - COnnecting REpositories · 2017. 10. 13. · Karnival YaHijau Pagoh 2015 PA G O H , 7 M a c 2 0 1 5– K a r n i va l Ya H i j a u P a g o h ya n g b

(http://cetree.usm.my)

Karnival YaHijau Pagoh 2015

PAGOH, 7 Mac 2015– Karnival YaHijau Pagoh yang bertemakan Membudayakan Amalan Hijaubertempat di Kompleks Sukan pagoh, Muar berlangsung dengan jayanya dengan kehadiran kira­kira hampir 3,000 orang pengunjung. Pelbagai generasi dan bangsa yang hadir bagimemeriahkankan lagi suasana karnival tersebut. Karnival diserikan lagi dengan kehadiranTimbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin bagimelancarkan karnival tersebut dan penubuhan sukarelawan Green Brigade. Sukarelawan GreenBrigade adalah inisiatif YaHijau untuk menggalakkan penglibatan menyeluruh golongan beliakhususnya pelajar yang akan diberi pengetahuan untuk mengaplikasikan amalan hidup hijaudalam aktiviti harian mereka.

Dalam ucapannya, beliau mahu setiap lapisan masyarakat supaya lebih peka tentangtanggungjawab bersama bagi meningkatkan kelestarian alam sekitar dan sumber semula jadi.Beliau berkata, walaupun kerajaan sentiasa memberi penjelasan dan bantuan sewajarnyakepada rakyat dan masyarakat mengenai tanggungjawab menjaga alam sekitar tetapi apa yanglebih penting agar mereka sendiri menyedarinya. Selain itu juga, beliau turut menyatakanbahawa Antara sumber/bahan semula jadi yang perlu kita hargai dan jaga sepenuhnya adalahair, tenaga elektrik dan udara bersih.

YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan berkata, masyarakat perlumengamalkan sikap berjimat cermat dalam penggunaan air dan elektrik khususnya berdisiplindalam menjadualkan penggunaan sumber­sumber berkenaan.

Turut hadir ialah Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr. MaximusJohnity Ongkili, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri DiRaja MahdzirKhalid, YB Datuk Ir. Haji Hamim bin Samuri, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan

Page 2: Karnival YaHijau Pagoh 2015 - COnnecting REpositories · 2017. 10. 13. · Karnival YaHijau Pagoh 2015 PA G O H , 7 M a c 2 0 1 5– K a r n i va l Ya H i j a u P a g o h ya n g b

Industri, Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air; Datuk Loo Took Gee,Exco­exco Kerajaan Negeri Johor, Ketua Pegawai Operasi Yayasan Hijau Malaysia, Kelly AngLay Chieng, Pengarah CETREE & GT, Profesor Dr. Haslan Abu Hassan dan Ahli­ahli DewanUndangan Negeri Johor serta Ketua­ketua Masyarakat Tempatan.

Pelbagai aktiviti menarik antaranya kiosk pameran barangan berasaskan teknologi hijau & eko,senamrobik zumba, pertukaran lampu jimat tenaga secara percuma, larian hijau sejauh 5km,eco­treasure hunt, demonstrasi kenderaan elektrik dan mesra alam, program kitar semulabarang terpakai, pertandingan mewarna untuk kanak­kanak, pertandingan futsal serta sukanrakyat. Di akhir majlis berkenaan, para tetamu kehormat dibawa melawat booth pameranpeserta­peserta Kem Teknologi Hijau peringkat Negeri Johor 2015 yang disertai oleh pelajar –pelajar disekitar daerah yang terdapat di negeri Johor serta agensi­agensi, Jabatan/Agensinegeri Johor serta syarikat­syarikat teknologi hijau yang mempamerkan pameran produk danperkhidmatan teknologi hijau.

Terkini

Page 3: Karnival YaHijau Pagoh 2015 - COnnecting REpositories · 2017. 10. 13. · Karnival YaHijau Pagoh 2015 PA G O H , 7 M a c 2 0 1 5– K a r n i va l Ya H i j a u P a g o h ya n g b

Pautan

Page 4: Karnival YaHijau Pagoh 2015 - COnnecting REpositories · 2017. 10. 13. · Karnival YaHijau Pagoh 2015 PA G O H , 7 M a c 2 0 1 5– K a r n i va l Ya H i j a u P a g o h ya n g b

Polisi Keselamatan & Penafian (/index.php/ms/penafian)

Peta Laman (/index.php/ms/peta-laman)

CETREE&GT, Knowledge Transfer Center, TORAY-USM, Ground Floor (G), Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia

TEL :- 604 653 6720 (tel:604%20653%206720) | FAX :- 604 653 6701 (tel:604%20653%206701) | EMAIL:- [email protected] (mailto:[email protected])