karangan ucapan hari guru

2

Click here to load reader

Upload: rony-arokiasamy

Post on 29-Apr-2017

233 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Ucapan Hari Guru

Karangan ucapan hari Guru

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Tuan Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.Saya selaku ketua murid sekolah ingin mengucapkan terima kasih kerana diberikan peluang untuk berucap dalam majlis yang berbahagia ini.

Guru-guru yang dikasihi,Saya mewakili rakan-rakan untuk mengucapkan Selamat

Hari Guru kepada guru-guru yang kami amat sayangi.Guru-guru telah mendidik dan memberikan tunjuk ajar kepada kita supaya kami dapat menjadi seorang insan yang berguna pada masa depan. Tanpa guru, kita tidak akan mendapat ilmu pengetahuan sesuatu mata pelajaran.Saya amat terharu akan jasa dan pengorbanan guru yang tekun mendidik kita dan tidak berasa jemu.Komitmen guru mengajarkan kita amat timggi sehingga sanggup mengorbankan masa dan wang ringgit demi merealisasikan Falsah Pendidikan Negara.

Rakan sekalian, Guru diibaratkan lilin yang membakar diri demi

menerangi orang lain. Pengorbanan guru amat murni kerana sanggup berbuat apa-apa sahaja demi kepentingan kita tanpa mengira penat lelah.Mereka turut mengetepikan mereka.Merekalah ibubapa kita , malah sehari-hari kita lebih berada dengan mereka daripada ibubapa di rumah.Seharusnya kita berterima kasih kepada guru yang sanggup mengadakan kelas tambahan, program motivasi, perkhemahan dan melatih dalam acara sukan dengan percuma semata-mata hendak kebaikkan pada masa hadapan kita.Mereka sangat ringan tulang membantu kita.Bukan ganjaran tetapi kepuasan melihat kita berjaya dalam kehidupan.

Rakan-rakan yang dihormati,Marilah kita mengenag sejenak adakah selama ini kita

berbuat sesuatu untuk guru-guru kita?Adakah kita mendengar nasihat mereka?Adakah kita belajar dengan bersungguh-sungguh?Jawapannya berada pada diri kita sendiri.Saya menyeru kepada diri saya dan rakan sekalian agar buktikan kepada guru-

Page 2: Karangan Ucapan Hari Guru

guru yang kita cintai bahawa kita akan menjadi murid yang berdisiplin,tekun belajar,mendengar nasihat dan sedia bakti kepada guru-guru jika diperlukan.

Bersempena dengan majlis sambutan yang diadakn sekali dalam setahun ini, saya mewakili rakan-rakan ingin mengucapkan selamat maju jaya, panjang umur dan dimurahi rezeki kepada guru-guru.Jasa kalian akan kami kenang samapai bila-bila.Kami ingin menyusun jari memohon maaf atas segala tutur kata dan tingkah laku kami selama ini.

Sekian terima kasih.