ucapan hari guru yang sangat mendalam oleh salah seorang pleajar sekolah menengah

35
Dalam memantapkan bidang pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan yang mahukan keseimbangan dari segi JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dirangka meliputi enam teras dengan matlamat meyelesaikan tugas yang belum selesai dengan kesamarataan peluang pendidikan dan memastikan akses kepada pendidikan dan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mewujudkan kluster pendidikan. Enam teras yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan tersebut ialah pertama; Membina Negara Bangsa, kedua; Membangunkan Modal Insan, ketiga; Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, keempat; Merapatkan Jurang Pendidikan Bandar dan Luar Bandar, kelima; Memartabatkan Pofesion Keguruan dan keenam; Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan. Berasaskan Teras pertama iaitu membina negara bangsa, maka tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Pemilihan tema ini sesungguhnya sangat sesuai dan bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin serta para ilmuan yang banyak berjasa kepada

Upload: zati-mohd-razib

Post on 07-Nov-2015

57 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Berdasarkan pengalaman guru yang mengajar di sekolah tersebut. Pelajar tersebut sangat rajin dalam setiap pelajaran dan sangat menghorati guru

TRANSCRIPT

Dalam memantapkan bidang pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan yang mahukan keseimbangan dari segi JERI (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek) dan menjadikan Malaysia pusat kecemerlangan pendidikan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) telah dirangka meliputi enam teras dengan matlamat meyelesaikan tugas yang belum selesai dengan kesamarataan peluang pendidikan dan memastikan akses kepada pendidikan dan kecemerlangan institusi pendidikan dengan mewujudkan kluster pendidikan. Enam teras yang menjadi pemangkin kepada pembangunan pendidikan tersebut ialah pertama; Membina Negara Bangsa, kedua; Membangunkan Modal Insan, ketiga; Memperkasakan Sekolah Kebangsaan, keempat; Merapatkan Jurang Pendidikan Bandar dan Luar Bandar, kelima; Memartabatkan Pofesion Keguruan dan keenam; Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.

Berasaskan Teras pertama iaitu membina negara bangsa, maka tema Hari Guru pada tahun ini ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Pemilihan tema ini sesungguhnya sangat sesuai dan bertepatan dengan peranan guru sebagai pendidik yang telah banyak melahirkan tokoh-tokoh pemimpin serta para ilmuan yang banyak berjasa kepada pembangunan negara. Dalam usaha untuk melahirkan pendidik cemerlang, nilai-nilai seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah diri serta mengawal emosi tidak harus diabaikan. Semua ini penting kerana guru adalah role-model kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah, malah masyarakat. Guru bertanggungjawab dalam membentuk tamadun manusia. Justeru, setiap guru mesti menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik serta pemimpin masyarakat agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan ikhlas.

Quality teaching produces quality learning. Quality learning produces quality education. Finally quality education produces quality citizens. Tema ini masih relevan dan kekal relevan untuk masa-masa akan datang. Tambahan pula kualiti adalah ibarat perjalanan, bukan distinasi; perjalanan yang tiada noktahnya. Quality has no ends: it is a journey, not a distination.

Cabaran pendidikan alaf baru kini semakin bertambah. Walaupun kita telah berjaya membina suatu sistem pendidikan yang amat dibanggakan, perkembangan politik dan ekonomi global menuntut satu sistem pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia. Persaingan pasaran kerja sangat sengit. Persaingan ekonomi peringkat global pula semakin kompetatif. Oleh itu, kualitilah yang bakal menentukan sama ada kita berjaya dalam persaingan tersebut atau sebaliknya. Pendidikan yang berkualiti banyak ditentukan oleh pihak guru. Jika kualiti guru dapat ditingkatkan ke tahap yang cukup tinggi, pastilah pendidikan kita dapat mencapai tahap gemilang, InsyaAllah.

Kita seharusnya rasa bersyukur kerana setelah 53 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, sistem pendidikan kita telah berkembang dengan begitu pesat. Kemajuan pendidikan kita berada pada tahap yang sangat membanggakan berbanding dengan negara-negara lain yang seangkatan dengan negara kita. Kita juga harus sedar dan insaf bahawa cabaran mendidik adalah jauh lebih getir dan mencabar. Justeru kesedaran itu harus diterjemahkan kepada bentuk tindakan di mana kesungguhan untuk terus bersatu dan berkerja tanpa rasa jemu bagi mencapai matlamat membina sebuah negara bangsa yang maju dan bermartabat.

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,....

R. Smith pernah berkata, berilah peluang kepadaku untuk mengelola pelajaran nescaya aku akan berjanji mengubah alam. Guru mempunyai potensi besar mempengaruhi dan merubah pemikiran pelajar. Menurut Imam Al Ghazali, guru mesti ada tanggungjawab, ada rasa belas kasihan dan mampu memperlakukan mereka sebagai anak sendiri. Seterusnya Imam Al Ghazali pernah berkata, hak seorang guru adalah lebih besar daripada hak seorang bapa. Ibu bapa menjadi sebab ianya lahir ke dunia sedangkan guru menjadi sebab anak itu memperolehi hidup kekal abadi. Tanpa guru, apa yang diperolehi oleh anak akan hancur. Dalam pembentukan sahsiah pelajar pula, guru mempunyai peranan yang sangat penting. Prof. Mohd Kamal Hassan berkata, contoh teladan pendidik inilah yang banyak membantu pembentukan akhlak pelajar. Justeru, mereka seharusnya dilengkapi dengan ciri-ciri akhlak mulia, berilmu, kasihkan ilmu dan luas pembacaan, mempunyai azam yang kuat dan tegas, berkebolehan menimbulkan motivasi kepada pelajar, bersedia menerima dan menguasai kaedah baru dalam pendidikan dan sebagainya.

Profesion perguruan memainkan peranan utama ke arah merealisasikan pendidikan bertaraf dunia bagi melahirkan insan yang berketrampilan serta dapat memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Dalam usaha untuk membangunkan modal insan, Kementerian Pelajaran Malaysia akan memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Warga pendidik sekolah ini seharusnya menjadikan sistem pendidikan ini sebagai suatu wadah untuk membina intergrasi nasional, menjadi agen Pembangunan Negara serta memberikan khidmat kepada masyarakat dengan ikhlas supaya martabat keguruan sentiasa dihargai dan dihormati oleh masyarakat.

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...

Dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9), kerajaan telah memberi peruntukan yang sangat besar dalam membangunkan prasarana bidang pendidikan dan menyediakan kemudahan-kemudahan ICT di sekolah-sekolah. Dalam dunia serba mencabar ini terutamanya dengan kecanggihan teknologi dan kepesatan telekomunikasi, warga pendidik tidak seharusnya hanya menyediakan masa depan untuk pelajar sahaja. Sebaliknya mereka harus juga menyediakan diri agar tidak terpinggir dengan arus perubahan kerjaya keguruan yang sentiasa relevan dengan keperluan dan tuntutan semasa.

Impak daripada sistem pendidikan yang dirancang pada masa ini hanya akan dapat diukur selepas tahun 2020. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para pendidik berusaha untuk meletakbetulkan (reposition) dan merekaraya (reengineer) sistem pendidikan supaya berkualiti dan berjaya melahirkan modal insan mengikut acuan kita sendiri. Pendekatan pendidikan yang kita warnai kepada anak-anak didik kita seharusnya lebih berupaya mencungkil bakat, kebolehan dan kreativiti agar mereka menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...

Dalam usaha menilai kembali peranan guru dan mengembalikan semula peranan tersebut pada landasan yang betul, para pendidik harus bekerjasama dengan ahli masyarakat setempat dalam usaha mempertingkatkan kecemerlangan anak-anak didiknya. Walaubagaimana pun, masyarakat harus disedarkan agar mereka tidak hanya meletakkan pengharapan kepada guru sahaja, sebaliknya ia menjadi tugas bersama. Usaha sama harus dijalin agar masyarakat umum tidak mudah melenting dan mula menuding jari kepada golongan guru apabila berlaku gejala sosial dalam kalangan pelajar.

Saya juga ingin mengingatkan guru-guru sekolah ini agar menunjangi tugas utama iaitu membangunkan modal insan. Dalam konteks untuk merealisasikan perubahan ke arah membina dan membangunkan modal insan yang gemilang, seseorang pendidik itu seharusnya kaya ilmu, segar dan subur ciri kependidikannya malah harus memiliki ciri-ciri kepimpinan yang berupaya membawa perubahan atau dalam konteks teoritisnya dinamakan kepimpinan transformasional.

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...

Dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, kerajaan telah melaksanakan beberapa pendekatan bagi meningkatkan pembangunan modal insan.

1. Dasar Teras Kementerian Pelajaran Malaysia perlu dilaksanakan secara berkesan. Contoh: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Komputer dalam Pendidikan (ICT), Pendidikan Pemulihan (Intervensi), Pendidikan Khas dan sebagainya.

2. Sistem penyampaian perlu dilaksanakan dengan berkesan. Misalnya penyampaian dalam pengajaran guru. Hanya penyampaian yang efisyen dan efektif sahaja akan memberikan kesan kepada pencapaian matlamat dan objektif pendidikan. Jika matlamat kita hendak meningkatkan kecemerlangan pelajar, maka proses pengajaran sebagai suatu sistem penyampaian perlu ditingkatkan seperti pendekatan pedagogi, teknik pengajaran, kawalan kelas dan sebagainya .

3. Mengamalkan budaya kerja cemerlang. Guru perlu mengamalkan budaya kerja cemerlang yang perlu diterjemahkan dalam bentuk perlakuan, bersistem, penuh komited dan bertanggungjawab. Ini penting kerana sistem pembelajaran kita kini bersifat terbuka, fleksibel dan harus berpusat pelajar.

4. Mengutamakan Kaedah Pengurusan Berkualiti (TQM) dan pengurusan berkesan. Meningkatkan kualiti dalam bidang pendidikan menjadi tanggungjawab semua pihak kerana ia menjadi sumber utama dan daya penggerak bagi mencapai wawasan 2020.

5. Meningkatkan budaya membaca terutama dikalangan guru. Budaya ini seharusnya menjadi amalan semua guru kerana ia akan menjadi contoh kepada pelajar. Ini penting kerana guru adalah sumber ilmu atau maklumat terdekat dan terkini.

6. Permaufakatan pendidikan. Peranan PIBG perlu digembling supaya semua pihak dapat mengambil bahagian dalam melaksanakan hala tuju meningkatkan sistem penyampaian dan peningkatan tahap profesionalisme. Masyarakat juga perlu diberi pengiktirafan di mana kemajuan sekolah harus dikongsi bersama oleh ibu bapa.

Sebagai pelaksana berkesan dan untuk menghasilkan modal insan gemilang, guru seharusnya menjadikan mereka sentiasa dikehendaki masyarakat dan disukai oleh pelajar. Untuk disukai oleh dan disayangi pelajar, guru seharusnya peramah dan mesra, saling mempercayai, tidak menaruh syak wasangka, bertanggungjawab terhadap pelajar, bersifat lemah lembut, bertolak asur, tegas dan adil, berkomunikasi dengan baik, suka menolong dan mengasihi, menghargai dan bersimpati terhadap kelemahan akademik pelajar.

Cikgu-cikgu yang dikasihi sekalian,...

Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.

Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU. TERIMA KASIH CIKGU.2

Bismillahirrahmanirrahim.Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh. Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia

PENDAHULUAN

1. Alhamdullillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat berhimpun pada hari ini sempena Perayaan Hari Guru Peringkat sekolah tahun 2015. Bagi saya, sambutan Hari Guru adalah tanda pengiktirafan tertinggi negara terhadap peranan dan sumbangan para guru mendidik anak bangsa. Sempena hari yang amat bermakna ini, saya dengan rendah hati merakamkan ucapan segunung kasih dan setulus penghargaan kepada semua guru di atas segala jasa, bakti dan sumbangan anda semua.

"GURU: MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

2. Tema Hari Guru pada tahun ini, iaitu Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' amat bertepatan dengan suasana dan cabaran masa kini serta sejajar dengan misi kenabian Rasulullah s.a.w sepertimana sabda baginda dalam sebuah hadith:

Innama buithtu liutammima makarimal akhlaq

Yang bermaksud:

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia

3. Sehubungan ini, guru memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul. Lebih-lebih lagi dalam keghairahan kita mengejar kemajuan material, aspek akhlak dan nilai murni mesti diberikan perhatian yang utama oleh sistem pendidikan kita.

4. Modal insan yang ingin kita bangunkan tidak seharusnya dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran semata-mata, tetapi juga mesti diperkukuhkan dengan akhlak yang terpuji dan nilai-nilai yang murni. Bagi saya aspek akhlak, budi pekerti, integriti, amanah dan nilai-nilai murni adalah komponen yang amat penting dalam membina negara bangsa dan mencapai kemajuan ekonomi yang lestari.

5. Tanpa kita sedari, sifat jujur, amanah dan integriti sebenarnya merupakan nilai intrinsik yang menjadi tunjang dan pasak kemajuan ekonomi. Dalam perniagaan misalnya, seorang peniaga yang jujur dan amanah akan mendapat kepercayaan pelanggan untuk terus membeli barangan atau melanggan perkhidmatan yang ditawarkan. Jika peniaga itu tidak amanah dengan melakukan penipuan atau manipulasi untuk mengaut keuntungan berlebihan, maka sudah pasti pelanggan tidak lagi mempercayainya dan perniagaannya akan mengalami kerugian.

6. Begitu juga dengan industri, baik industri pembuatan, makanan, pengangkutan, perbankan, kewangan dan lain-lain. Semua industri ini sebenarnya dibina di atas kepercayaan pengguna bahawa barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan adalah berkualiti, selamat dan mempunyai nilai untuk wang (value for money). Semua ini menuntut pemain industri untuk bersifat amanah, jujur dan berintegriti dengan tidak sekali-kali mengkompromi kualiti barangan atau keselamatan pengguna semata-mata untuk mengaut keuntungan. Jika mereka melakukan pecah amanah, penipuan dan khianat kerana sikap tamak haloba sehingga menjejaskan keselamatan dan kepentingan pengguna, maka tentu sekali pengguna atau pelanggan akan hilang kepercayaan terhadap industri berkenaan dan menyebabkan para pengusaha industri mengalami kerugian. Jika pecah amanah, salah guna kuasa dan salah urus berlaku dalam skala yang lebih besar, maka industri berkenaan mungkin akan lumpuh dan ekonomi negara menguncup.

7. Saudara dan saudari, renungkanlah. Integriti mungkin dianggap satu perkara yang kecil dan soal individu. Tetapi hakikatnya ketiadaan integriti hanya pada segelintir individu boleh mendatangkan malapetaka yang besar kepada sesuatu industri, masyarakat dan juga negara. Oleh itu, sudah sampai masanya kita meletakkan pendidikan moral dan akhlak kearah melahirkan insan yang amanah, berintegriti dan bertanggungjawab sebagai urusan utama (core business) pendidikan di negara kita.

8. Hal ini boleh direalisasikan sekiranya guru-guru sentiasa menerapkan nilai-nilai murni seperti sifat amanah, jujur, telus dan budi pekerti yang mulia dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti kesukanan dan ko-kurikulum. Tugas mendidik murid supaya berakhlak mulia dan berdisiplin tidak hanya terletak pada bahu guru pendidikan moral, guru pendidikan Islam atau guru disiplin, tetapi pada semua guru. Jika kita dapat menjadikan sekolah sebagai medan asuhan akhlak dan sahsiah murid yang sempurna, saya yakin hasrat kita untuk melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia akan menjadi kenyataan.

9. Lebih-lebih lagi soal akhlak dan keperibadian yang mulia amat ditekankan bukan sahaja oleh agama Islam, tetapi oleh semua agama dan kepercayaan. Saya yakin, seorang penganut agama yang taat akan mengamalkan nilai-nilai yang murni dalam kehidupan dan saling menghormati antara satu sama lain. Dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, pendidikan akhlak dan moral mestilah menekankan prinsip menghormati perbezaan, meraikan kepelbagaian dan memupuk hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum dan agama. Saya percaya, jika prinsip ini dapat digarap dengan baik dan diterapkan dalam jiwa setiap murid tanpa mengira kaum dan agama, kita akan dapat mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum yang kita kecapi selama ini.

PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

10. Saya sedar menjadi guru pada hari ini tidaklah semudah yang disangka. Tugas dan tanggungjawab besar yang terletak di bahu para guru memerlukan komitmen tinggi dan menuntut perubahan dinamik dalam profesionalisme keguruan. Oleh itu, KPM melalui program Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) menyediakan platform yang sesuai untuk guru meningkatkan tahap profesionalisme dalam kerjaya di samping memantapkan imej kendiri. Seorang guru yang profesional adalah guru yang berilmu, mempunyai kemahiran dan ketrampilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta memiliki sahsiah yang boleh menjadi contoh teladan kepada murid.

11. Dalam usaha memastikan guru yang dilahirkan oleh institusi pendidikan guru mampu mendidik murid menjadi insan berkualiti, sistem pengambilan guru pelatih juga telah ditambah baik. Dalam Gelombang Pertama anjakan keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, Institut Pendidikan Guru kini melaksanakan dasar pengambilan yang lebih ketat iaitu sebanyak 30 peratus pengambilan baharu adalah terdiri daripada pelajar cemerlang yang mendapat sekurang-kurangnya 5A dalam SPM. Saya amat berharap agar pemilihan calon guru yang terbaik dapat membantu melonjakkan mutu pendidikan negara.

KURIKULUM PENDIDIKAN ABAD KE-21

12. Matlamat membina ilmu dan menyempurnakan akhlak murid hanya dapat direalisasikan jika kita mempunyai kurikulum yang mampu menjangkau keperluan cabaran pendidikan abad ke-21 untuk melahirkan murid yang dinamik dan seimbang dalam semua aspek. Untuk itu, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang bermula pada tahun 2011 dan disambut dengan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) pada tahun 2017 perlu dibentuk selari dengan aliran pembangunan dan kemajuan teknologi supaya relevan dengan persekitaran semasa serta menekankan penggunaan "Higher Order Thinking and Creative Skills" (HOTaCS) yang bersifat futuristik, fleksibel dan dinamik.

13. Selain Kurikulum Standard, Kurikulum Dini dan Kurikulum Tahfiz juga telah dilaksanakan di sekolah-sekolah terpilih. Kurikulum Dini dan Tahfiz memberi penekanan dalam pendidikan agama tanpa membelakangkan pendidikan akademik. Tahfiz Model Ulul Albab yang menggabung jalinkan tiga bidang ilmu, iaitu ilmu agama, ilmu kemanusiaan dan ilmu sains pastinya dapat memantapkan aspek sahsiah, rohani dan minda murid. Melalui pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan secara bersepadu ini, saya amat berharap agar kita dapat melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak mulia dalam ertikata yang sebenar.

TRANSFORMASI PENTAKSIRAN

14. Transformasi sistem pendidikan negara menerusi PPPM 2013 - 2025 yang memberi penekanan khusus terhadap aspirasi akal dan budi kini dinilai melalui transformasi besar-besaran dalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) sebagai teras pembangunan murid secara holistik. PBS bukan sahaja mentaksir kebijaksanaan akal fikiran semata-mata malah merangkumi kecerdasan emosi, kecergasan fizikal serta nilai dan budi pekerti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Bagi melengkapkan sistem ini, maka Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dilaksanakan untuk menguji komponen yang holistik ini secara mapan. Saya amat berharap agar pelaksanaan PT3 akan terus mendapat sokongan dan dokongan para guru dan ibu bapa.

KEJAYAAN GURU

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

15. Peranan guru sebagai pembina ilmu terbukti melalui kejayaan murid kita dalam peperiksaan awam seperti SPM dan STPM yang diumumkan pada bulan Mac yang lalu. Pencapaian membanggakan dalam STPM dapat kita lihat apabila sebanyak 41,915 murid kita telah lulus penuh dengan 408 murid mendapat gred A dalam semua subjek yang diambil. Cumulative Grade Point Average (CGPA) juga telah meningkat daripada 2.57 pada 2013 kepada 2.62 tahun lalu. Dari sudut pencapaian murid luar bandar, saya juga berasa amat bangga dengan usaha guru yang berjaya merapatkan jurang sebanyak 11 peratus antara bandar dengan luar bandar melalui keputusan UPSR yang lalu. Gred Purata Sekolah di Sabah juga telah meningkat sebanyak 0.12 mata dengan program intervensi yang telah dilaksanakan, manakala sekolah yang berada dalam band 6 dan 7 telah berkurangan kepada 1.39 peratus tahun lalu berbanding sebanyak 1.73 peratus tahun sebelumnya. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua guru yang telah menyumbang kepada kejayaan ini!

16. Sesungguhnya usaha dan pengorbanan guru mendidik anak bangsa memang tidak dapat dinafikan. Saya berasa bangga apabila Cikgu Anuar Mansor, guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh, Pahang diumumkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Pekerja Negara 2015 (Kumpulan OKU) yang disampaikan YAB Perdana Menteri sempena sambutan Hari Pekerja 2015 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini.

17. Saya juga amat berbangga dengan kejayaan Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah, Kota Tinggi, Johor yang melonjak daripada kedudukan 4,568 pada 2012 ke 1,511 pada 2013 dengan GPS meningkat daripada 2.26 kepada 2.08 dalam kalangan sekolah rendah di Malaysia. Hal ini membuktikan bahawa usaha gigih para guru di bawah kepimpinan Guru Besar, Cikgu Hajah Bibi Sakinah binti Haron Khan dengan kerjasama erat para ibu bapa telah melayakkan mereka menerima Anugerah Sekolah Cemerlang NKRA (New Deals) dan Anugerah Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012/2013.

18. Saya juga ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada warga SMK Cheras dan SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam Best Music Performance sempena Festival Kesenian Antarabangsa yang berlangsung di Turki pada penghujung April yang lalu. Kejayaan ini tentu bertitik tolak dari usaha para guru yang gigih melatih murid-murid yang menyertai pertandingan ini.

19. Saya juga mengucapkan tahniah kepada adik Izzah Amzan yang sering memenangi kejohanan gimrama peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Ini termasuk gimnas terbaik kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2015 bagi kategori junior dan gimnas terbaik kejohanan "Kalamata Cup" Greece 2015 juga bagi kategori junior. Tahniah Izzah Amzan dan ibunya Puan Hazira binti Hamsah yang merupakan seorang guru di SMK Seri Saujana, Kuala Lumpur.

20. Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua guru yang terlibat membantu mangsa banjir yang melanda negara kita pada hujung tahun lalu. Secara khusus saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Guru Muda 1Malaysia (GM1M) di bawah pimpinan Cikgu Husmira Hussin yang telah menggerakkan 50,000 orang guru untuk membantu mangsa banjir dan melakukan kerja-kerja pembersihan pasca-banjir.

PENGUMUMAN INSENTIF: PENGHARGAAN ATAS JASA GURU

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

21. Sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya berbesar hati untuk mengumumkan beberapa khabar gembira kepada guru-guru.

Pertama, Akta Yayasan Guru Tun Hussein Onn [Akta 763] telah diluluskan oleh Parlimen dan diwartakan. Melalui Yayasan ini guru-guru akan dibantu mendapatkan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian, termasuk guru yang tidak layak mendapat biasiswa kerajaan kerana melebihi had umur. Yayasan ini juga akan menjaga kebajikan guru dengan memberi keutamaan kepada guru yang memerlukan bantuan kecemasan, bencana alam, khairat kematian dan bantuan peralatan sokongan selepas rawatan seperti kerusi roda. Memandangkan guru juga berisiko tinggi terlibat dengan kemalangan sehingga menyebabkan kehilangan nyawa, maka Yayasan Guru Tun Hussein Onn juga menjadi harapan untuk menghulurkan bantuan keperluan dan pembiayaan pengajian anak-anak guru yang terlibat;

Kedua, Kerajaan juga telah bersetuju untuk menyeragamkan had umur pegawai awam bagi mengikuti Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (Ph.D) iaitu dari 43 tahun bagi Ijazah Sarjana kepada 45 tahun seperti had umur bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah Hadiah Latihan Persekutuan. Peningkatan had umur bagi pegawai awam mengikuti Ijazah Sarjana ini akan memberikan lebih peluang kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk meneruskan pembelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Peningkatan ilmu di kalangan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di peringkat lanjutan akan menjadi pemacu kepada perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkualiti dan efisien.

Ketiga, Kerajaan telah bersetuju untuk menambahbaik Elaun Pengetua dan Guru Besar sedia ada. Elaun sedia ada yang telah berkuatkuasa mulai tahun 2000, kini dinaikkan dari RM150 kepada RM300 sebulan bagi 2,405 Pengetua Sekolah Menengah dan kenaikan dari RM100 kepada RM200 sebulan bagi 7,757 Guru Besar Sekolah Rendah berkuatkuasa 1 Julai 2015. Bagi pihak Kementerian Pendidikan, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri yang telah memberikan persetujuan kepada cadangan Kementerian untuk menambahbaik elaun pengetua dan guru besar. Penambahbaikan ini dibuat kerana Pengetua dan Guru Besar memainkan peranan yang amat penting dalam kecemerlangan sesebuah sekolah bertepatan dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Peranan dan kompleksiti tugas yang semakin mencabar dalam mendokong transformasi sistem pendidikan memerlukan kewibawaan dan kreativiti dalam kepimpinan Pengetua dan Guru Besar. Insentif ini diharap akan dapat mendorong pemimpin sekolah untuk terus meningkatkan kualiti kepimpinan bagi menjamin kecemerlangan sekolah dalam keberhasilan murid. Prestasi Pengetua dan Guru Besar akan sentiasa diukur melalui Petunjuk Prestasi Utama (KPI), malah pencapaian KPI juga menjadi pengukuran kesesuaian penyandang terus menduduki jawatan tersebut.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

22. Sempena majlis perasmian hari guru yang penuh bermakna ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada para guru-gur yang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kebangsaan, Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan dan Ikon Guru bagi tahun ini. Anugerah ini merupakan penghargaan dan pengiktirafan kerajaan terhadap jasa serta pengorbanan tokoh-tokoh guru yang tidak ternilai kepada bangsa dan negara.

23. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan yang bergelar guru di mana jua anda berada. Biarlah ungkapan keramat guru' atau cikgu' terus kekal meniti di bibir murid, ibu bapa dan masyarakat hingga ke akhir hayat seorang guru. Semoga saudara dan saudari para guru terus menjadi penyuluh dan suri teladan dalam memartabatkan tradisi keilmuan dan membentuk kesempurnaan akhlak generasi muda.

Padi segemal kepuk di hulu,Sirih di hilir menekap junjungan;Kepalang guru membina ilmu,Pasir sebutir jadikan intan.

Pameran LIMA banyak khalayak,Langkawi terkenal Dataran Lang;Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan akhlak,Jasa baktimu sentiasa dikenang.

24. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacitanya saya merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-44 Tahun 2015. SELAMAT HARI GURU! TERIMA KASIH CIKGU! Wabillahitaufik walhidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

TEKS UCAPAN PENUH :Bismillahir-rahmanir-rahimAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia dan Salam Perak Aman Jaya.Terima kasih, saudari Pengerusi MajlisYang Berusaha Tuan Haji Ihsan Ramli, Penolong KananYang Berusaha Tuan Haji Nasri Abidin, PK HEMYang Berusaha Hajah Petimah Ibrahim, PK KokurikulumBarisan guru yang dedikasidan tidak dilupakanHujung tanjung banyak berlian Yang dikasihi anak murid sekalian.Pertamanya, marilah kita melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita berada dalam majlis yang mulia ini dan kita dapat bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah, SMK HANG JEBAT bagi Tahun 2015, dalam suasana yang ceria, harmoni dan tenang.GURU : MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAKitulah tema perayaan hari guru pada tahun ini.menjadi contoh, mencurah ilmu,

tak kenal lelah, tak tahu jemu;

itulah cikgu, itulah guru,

besar jasanya sejak dahulu.

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun, warga pendidik akan meraikan sambutan hari guru. Pada tahun ini perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan disambut di SMK HANG JEBAT. Justeru, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.Cikgu-cikgu yang dikasihi,

Pada bahu kita ini..yang digelarkan cikgudiletakkan seribu harapoleh ibu bapa yang datangdengan wajah tersenyum anak-anak dibawadengan harapan menggunung disandar jua.Kita yang digelar Cikgudengan wajah girang terimatanggungan yang bukan kepalangharapan besar akan ditunaikanLalu anak-anak yang tiada dosanyadicalit pelbagai warna-warnidicampur-aduk dengan seribu ragamdi sekolah cikgu kata itudi rumah ibu kata inidi jalan kawan kata situdi dalam bas abang kata sinibanyak kali jua TV kata sanawarna-warni itulah bercelaru di kepalanyawarna-warni itulah menjadi cikgukadang-kadang keliru dalam membantukadang-kadang membuatkan ayah membisudan kepala anak menjadi batuCikgu, pada bahu ini seorang cikgumenyaksikan harapan yang tidak kunjung datangmemilih warna yang semakin sukar diadunkandan selepas habis segalanyajiwa raga, semangat nurani, malah diridiberikan untuk mendidik anak bangsadan di hari kejayaan si ibu berkata:Anak saya pintar dan rajin.sebab itulah dia berjaya!Dan di hari kegagalan si ibu pun berkata:Cikgunya malas-malas belaka tidak pandai mengajar.lantas anak saya gagal!Cikgu, Tak apalah cikgusemua mereka itu anak-anak orangcikgu hanya menumpang tuah kiranyasuatu masa nanti bangsa ini dapat bangunberdiri megah dengan anak watandan perjuangan cikgu tidak pernah kan padamPelita dan lampu segalaUntuk manusia sebelum jadi dewasa.Sambutan Hari Guru yang diadakan setiap tahun sesungguhnya banyak mengimbau kenangan manis tentang peranan guru yang telah diberi kepercayaan untuk mendidik anak bangsa. Masyarakat sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru. Pengiktirafan ini menandakan harapan dan kepercayaan yang sangat tinggi terhadap komitmen dan kemampuan guru dalam menyumbang ke arah pembangunan potensi masa depan pelajar. Justeru, amat wajar jika Sambutan Hari Guru yang diraikan setahun sekali ini memberi kedudukan istimewa kepada insan yang bernama guru. Inilah satu-satunya cara terbaik kita memberi ruang untuk menyatakan rasa terima kasih, penghargaan dan penghormatan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.Anak-anak murid yang dikasihi,Kerana anda jadi pelajar,Jangan malas hendak belajar,Hendak pandai menghargai masa,Jangan dinanti esok lusa.Jangan asyik berangan-angan,Tekun gigih jadi pegangan.Jika berusaha sambil lewa,Tidak hairan kalau kecewa.Masa itu emas dan wang,Walau sedikit jangan dibuang.Masa berlalu terlalu pantas,Orang yang lalai akan dicantas.Pesan saya,Kalau hendak tahu luasnya padang,tanyalah belalang.Kalau hendak tahu banyaknya teluk,tanyalah siput.Kalau hendak tahu luasnya kolam,tanyalah katak.Kalau hendak tahu dalamnya laut,tanyalah yu.Kalau hendak tahu luasnya langit,tanyalah helang.Kalau hendak tahu luasnya hutan,tanyalah kijang.Kalau hendak tahu kerasnya paku,tanyalah tukul.Kalau hendak tahu liatnya tangkai jering,tanyalah galah.Semua orang mempunyai pengetahuan,Semua orang boleh menjadi guru.Namun...kami semua di hadapan ini, mampu menjadi belalang, berupaya menjadi kijang. Ada yang mampu menjadi3R, hebat lakonannya seperti Rosyam Noor, mersik suaranya seperti Ramli Sarip atau lincah geleceknya seperti Ronaldo, serasi seperti seperti kata SN Usman Awang:Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasaJika hari ini seorang Raja menaiki takhtaJika hari ini seorang Presiden sebuah negaraJika hari ini seorang ulama yang muliaJika hari ini seorang peguam menang bicaraJika hari ini seorang penulis terkemukaJika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasaDengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.Sempena Sambutan Hari Guru pada tahun ini, saya ingin mengajak warga pendidik sekolah ini mengimbau sejenak tentang tugas dan peranan kita dalam mendidik anak bangsa?. Sejauh mana dan setakat manakah usaha yang telah kita lakukan ini benar-benar menjadikan mereka insan yang benar-benar berbudi luhur, berakhlak mulia, berjaya dan cemerlang dalam kehidupan?. Sesungguhnya ia merupakan suatu tugas yang sangat berat serta amanah yang sangat besar. Di tangan kitalah letaknya kejayaan mereka. Justeru kita seharusnya meletakkan harapan mereka lebih utama daripada kepentingan diri kita. Sesungguhnya inilah ciri-ciri guru sebenar. Kita sanggup berkorban bukan sahaja dengan masa dan tenaga, malah dengan wang ringgit.Gurindam Guru Sejati

Guru sejati muhasabah diri,Bijak bertindak dan berdikari.

Guru sejati senyum mesra,Sentiasa menggunakan budi bicara.

Senyuman dipapar menawan hati,Tutur katanya penuh bererti.

Guru sejati guru berkualiti,Gigih mengajar sepenuh hati.

Rela berkorban apa sahaja,Kurang cakap banyak bekerja.

Guru sejati umpama lebah,Menebar ilmu sabar tabah.

Membina, membentuk insan berakhlakGigih membimbing tak pernah jelak.

Marahnya sayang bencinya kasih,Mulutnya manis hatinya bersih.

Guru sejati sentiasa proaktif,Tenang tenteram berfikiran positif.

Guru sejati guru bestari,Hidup bermotivasi jati diri.

Guru sejati berbudi bahasa,Berkhidmat demi nusa dan bangsa.Akhir kata, kepada semua warga pendidik sekolah ini, budi dan pengorbanan cikgu-cikgu yang dicurahkan kepada anak didik di sekolah ini amat dihargai dan sangat disanjung tinggi.Marilah kita,Yang busut hendaknya jadikan bukitYang bukit jadikan gunung.Yang kapas hendaknya jadikan benangYang benang jadikan kain.Mata air hendaknya jadikan sungaiLopak jadikan kolamTasik hendaknya jadikan lautanAlunnya jadikan gelombangSeinci hendaknya jadikan sekakiSejengkal jadikan sedepaSemangkuk hendaknya jadikan sehidanganSehasta jadikan sekodiSemayam hendaknya jadikan sebungkalSekuali jadikan sekawahSekampung hendaknya jadikan senegeriSeuncang jadikan seguniSecubit hendaknya jadikan sekepalSecupak jadikan segantangSemangkuk hendaknya jadikan setempayanSebuntil jadikan sekepukSehari hendaknya jadikan sebulanSebulan jadikan setahunSemusim jadikan sekurunHidup tidak selalu indah,tetapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU.GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAKTERIMA KASIH CIKGU.