karangan mengenai perihal diri

2
Karangan Mengenai Perihal Diri, Perancangan Pengajian dan Kerjaya Kehidupan saya bermula pada 14 Mei 1996 di Hospital Kuala Pilah dan nama diberi ialah Muhammad Amirul Syafiq bin Khairuddin. Saya menetap di sebuah kawasan yang agak terkenal di tanah air iaitu Banting di Selangor. Saya bersekolah di MRSM Alor Gajah. Keputusan peperiksaan saya sepanjang di MRSM Alor Gajah tidak begitu memberansangkan kerana saya mudah terlupa akan tanggungjawab saya sebagai pelajar. Setelah kemudian, saya berusaha dan keputusan percubaan saya melepasi kualifikasi yang ditetapkan oleh MARA, saya dibenarkan untuk menghantar borang kemasukan ke UTP oleh kaunselor saya. Lebih-lebih lagi, program yang ditawarkan merupakan salah satu bidang yang saya minat. Selepas ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di universiti ini kerana saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini lagi. Saya merupakan orang yang mudah mesra dengan komputer. Sewaktu pertengahan semester tingkatan lima, saya mendapat anugerah subjek terbaik sains komputer. Hal ini membuka fikiran saya bahawa komputer dan saya tidak boleh dipisahkan. Saya merasakan ilmu dalam bidang ini masih tidak mencukupi kerana ilmu tersebut amat luas. Oleh itu, saya menceburi bidang ini bagi mengasah kemahiran dan menambah ilmu pengkomputeran ini. Saya juga telah dipilih sebagai Badan Wakil Pelajar di MRSM Alor Gajah dan memegang jawatan Tugas-Tugas Khas. Saya telah membina kekuatan diri dan meningkatkan pengalaman memimpin para pelajar. Tugas saya menjaga kebajikan para pelajar dan mewakilkan mereka dalam pelbagai perkara. Dalam organisasi ini, kerja berpasukan amat penting kerana kerjasama menyebabkan kerja akan berjalan dengan lancar. Saya juga berpengalaman dalam mengurus acara yang besar bersama rakan- rakan sepasukan.

Upload: amirul-syafiq

Post on 10-Jun-2015

2.864 views

Category:

Business


2 download

DESCRIPTION

Karangan sewaktu memohon pinjaman mara hehehe

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan mengenai perihal diri

Karangan Mengenai Perihal Diri, Perancangan Pengajian dan Kerjaya

Kehidupan saya bermula pada 14 Mei 1996 di Hospital Kuala Pilah dan nama diberi ialah Muhammad Amirul Syafiq bin Khairuddin. Saya menetap di sebuah kawasan yang agak terkenal di tanah air iaitu Banting di Selangor. Saya bersekolah di MRSM Alor Gajah.

Keputusan peperiksaan saya sepanjang di MRSM Alor Gajah tidak begitu memberansangkan kerana saya mudah terlupa akan tanggungjawab saya sebagai pelajar. Setelah kemudian, saya berusaha dan keputusan percubaan saya melepasi kualifikasi yang ditetapkan oleh MARA, saya dibenarkan untuk menghantar borang kemasukan ke UTP oleh kaunselor saya. Lebih-lebih lagi, program yang ditawarkan merupakan salah satu bidang yang saya minat. Selepas ini, saya akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di universiti ini kerana saya tidak mahu mensia-siakan peluang ini lagi.

Saya merupakan orang yang mudah mesra dengan komputer. Sewaktu pertengahan semester tingkatan lima, saya mendapat anugerah subjek terbaik sains komputer. Hal ini membuka fikiran saya bahawa komputer dan saya tidak boleh dipisahkan. Saya merasakan ilmu dalam bidang ini masih tidak mencukupi kerana ilmu tersebut amat luas. Oleh itu, saya menceburi bidang ini bagi mengasah kemahiran dan menambah ilmu pengkomputeran ini.

Saya juga telah dipilih sebagai Badan Wakil Pelajar di MRSM Alor Gajah dan memegang jawatan Tugas-Tugas Khas. Saya telah membina kekuatan diri dan meningkatkan pengalaman memimpin para pelajar. Tugas saya menjaga kebajikan para pelajar dan mewakilkan mereka dalam pelbagai perkara. Dalam organisasi ini, kerja berpasukan amat penting kerana kerjasama menyebabkan kerja akan berjalan dengan lancar. Saya juga berpengalaman dalam mengurus acara yang besar bersama rakan-rakan sepasukan.

Rancangan saya ingin menyambung pelajaran di UTP menggunakan keputusan pra-spm dan memohon pinjaman berubah MARA. Kemudian, pengajian asasi berkaitan teknologi ini berlansung dalam lingkungan setahun. Pelajaran kemudian dilanjutkan dalam lingkungan empat tahun enam bulan termasuk beberapa bulan praktikal. Sewaktu ini, saya telah menjadi graduan di UTP dan membawa sijil ijazah teknologi maklumat dan komunikasi.

Selanjutnya, saya ingin mencapai cita-cita untuk menjadi jurutera perisian di mana-mana syarikat. Setelah kewangan stabil, saya akan menyambung semula pengajian di UTP bagi mencapai peringkat master dan kemudian pada peringkat PhD.

Natijahnya, kita perlu sentiasa berusaha dan tidak berputus asa kerana menuntut ilmu dari buaian hingga ke liang lahad. Semoga saya dapat mencapai cita-cita yang dinyatakan dalam karangan yang tidak seberapa ini.

(360 patah perkataan)

Page 2: Karangan mengenai perihal diri