karangan mengenai menabung

Upload: abdul-hakim

Post on 06-Apr-2018

280 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Karangan Mengenai Menabung

    1/2

    KARANGAN Menabung

    Amalan menyimpan wang bolehlah dikaitkan sebagai sikap suka menabung dalam kalangan

    masyarakat moden. Wang dianggap oleh masyarakat sebagai satu kayu pengukur dalam

    penentuan kejayaan kehidupan seseorang itu. Individu yang mempunyai simpanan wang

    yang cukup pasti akan menikmati satu kehidupan yang jauh berbeza daripada mereka yangkais pagi makan pagi kais petang makan petang. Lantaran itu, ada pelbagai tindakan yang

    boleh dilaksanakan untuk memastikan sikap menyimpan wang ini menjadi satu budaya kita

    yang berakar umbi dalam jiwa masyarakat.

    Langkah awal ialah kerajaan perlulah mengadakan satu kempen kesedaran yang efektif.

    Kempen kesedaran ini boleh menggunakan kecanggihan media massa yang wujud di negara

    ini untuk mencapai tahap keberksanan yang sebaik mungkin. Dalam kempen ini dijelaskan

    cara-cara menyimpan wang, faedahnya dan dirangka dalam satu bentuk yang mudah untuk

    difahami oleh remaja kita semua. Maka, kempen yang dirangka dengan baik dan

    dilaksanakan sepanjang tahun berupaya untuk membentuk satu kesedaran dalam naluri

    masyarakat kita terutamanya remaja yang sememangnya dahagakan kesedaran sejati itu.Selain itu, ibu bapa perlu memainkan peranan mereka sebagai pembentuk yang sejati dengan

    memberikan teladan yang sewajarnya. Setiap bulan ibu bapa haruslah memaparkan kepada

    anak mereka bahawa mereka memang membuat simpanan wang di dalam bank yang akan

    meninggalkan kesan mendalam dalam pemikiran anak mereka itu kelak. Kalau sejak kecil

    remaja sudah didedahkan dengan sikap ibu bapa merek sendiri yang suka menyimpan wang

    sudah pasti sikap yang positif ini akan terus tertanam dalam jiwa mereka. Sesungguhnya

    ayah borek anak rintik menjadi bukti bahawa teladan ibu bapa yang mampu mewujudkan

    tabiat suka menyimpan dalam jiwa remaja kita itu.

    Malahan, pihak bank juga boleh mewujudkan pelbagai pakej simpanan yang menarik dan

    memberikan pulangan pelaburan jangka panjang yang banyak. Kewujudan pakej simpanansebegini mampu menarik minat masyarakat terutama golongan muda untuk membuat

    simpanan ketika usia mereka masih muda kerana menyedari simpanan itu akan membawa

    pulangan yang lumayan kelak. Simpanan yang dibuat sejak muda hendaklah diberi sedikit

    keistimewaan yang memberikan faedah tambahan seperti pemberian perlindungan insuran

    selain memberikan faedah yang tinggi kadarnya. Jelaslah, pihak bank turut mempunyai

    peranan untuk memupuk semangat suka menyimpan ini dengan merangka pakej simpanan

    yang mampu menarik minat masyarakat.

  • 8/3/2019 Karangan Mengenai Menabung

    2/2

    Tambahan pula, pihak sekolah juga boleh menghulurkan bantuan dengan mewujudkan Kelab

    Menabung di sekolah. Kita semua sedia maklum bahawa sekolah mempunyai banyak pelajar

    yang mampu untuk menyimpan dalam bentuk harian yang boleh dikumpulkan untuk menjadi

    satu jumlah yang besar lalu boleh dilaburkan oleh pihak sekolah dalam pakej kewangan yang

    membawa keuntungan pula. Wang saku yang diberi oleh ibu bapa tidak digunakansepenuhnya oleh pelajar lalu boleh dijadikan asas kepada simpanan secara sedikit demi

    sedikit oleh pelajar itu. Sesungguhnya, pihak sekolah mampu memberi kefahaman kepada

    pelajar akan kepentingan simpanan dengan penubuhan kelab sebegini di sekolah.

    Konklusinya, semua tindakan yang dijelaskan itu berupaya untuk memupuk sikap suka

    menyimpan dalam diri masyarakat terutama golongan muda. Kerjasama semua pihak

    terutama pihak sekolah dan ibu bapa pula memberikan impak yang paling penting kerana

    remaja menghabiskan masa mereka di rumah dan sekolah. Jika amalan ini mampu dipupuk

    sudah pasti negara kita akan mempunyai satu aset simpanan wang yang sukar untuk

    ditandingi oleh mana-mana negara di dunia pun. Sememangnya menyimpan wang itu satu

    amalan murni kerana sedikit demi sedikit lama-lama menjadi bukit.