karangan melengkapkan cerita

4
KARANGAN MELENGKAPKAN CERITA 1. Karangan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu petikan pada awal cerita dan petikan pada akhir cerita. (soalan petikan pada awal cerita diuji dalam UPSR tahun 2007 manakala soalan petikan pada akhir cerita diuji dalam UPSR 2009) 2. Ciri-ciri karangan jenis ini tiada bezanya dengan karangan cerita. Cuma, permulaan atau pengakhiran ceritanya sudah dipandu dengan petikan. 3. Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat dan waktu), tema, plot dan mesej. 4. Urutan cerita sebaik-baiknya menimbulkan rasa ingin tahu di hati pemeriksa dengan mewujudkan unsur suspens. 5. Plot atau jalan cerita yang menarik dimulai dengan pengenalan, perkembangan, kemuncak dan penyelesaian cerita. 6. Cerita boleh berdasarkan pengalaman ataupun pembacaan. Calon juga digalakkan menggunakan bahasa sastera bagi menghasilkan persembahan yang lebih menarik. SOALAN PERBINCANGAN Arahan : Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Soalan : Pada pagi itu, apabila sampai sahaja di tapak perhimpunan, aku lihat guru dan rakan-rakaknku sudah sedia menunggu. Lalu, aku pun … (mulakan karangan kamu dengan rangkai kata “Lalu, aku pun …”) Jawapan contoh Lalu, aku pun segera berjumpa guru kelasku, Cikgu Rose yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakanku. Aku memohon maaf kepada Cikgu Rose atas kelewatanku tiba di sekolah kerana kesiangan terbangun daripada tidur. Sebenarnya, pada hari ini, aku dan rakan-rakan sekelasku bercadang untuk bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas kami iaitu Kelas 6 Jupiter. Guru kelasku telah meminta kami bergotong-royong menceriakan kelas supaya kelas kami menjadi lebih kondusif dan selesa untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, sekolahku telah menganjurkan pertandingan keceriaan natra kelas dan setiap minggu pihak sekolah akan mengumumkan pemenang bagi kelas terbersih. Selain itu, aktiviti sebegini akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara aku, rakan-rakan dan guru-guru di sekolahku. Kemudian, kami pun bergerak ke kelas 6 Jupiter untuk memulakan aktiviti gotong-royong. Ketika di kelas, Cikgu Rose telah mengagih- agihkan tugas dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas. Cikgu Rose telah membahagikan kami

Upload: azharomar

Post on 15-Nov-2015

405 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Penulisan Bahasa Melayu

TRANSCRIPT

Karangan Perbahasan

KARANGAN MELENGKAPKAN CERITA1.Karangan ini terbahagi kepada dua bentuk iaitu petikan pada awal cerita dan petikan pada akhir cerita. (soalan petikan pada awal cerita diuji dalam UPSR tahun 2007 manakala soalan petikan pada akhir cerita diuji dalam UPSR 2009)2.Ciri-ciri karangan jenis ini tiada bezanya dengan karangan cerita. Cuma, permulaan atau pengakhiran ceritanya sudah dipandu dengan petikan.

3.Setiap cerita perlu mempunyai watak, latar (masa, tempat dan waktu), tema, plot dan mesej.

4.Urutan cerita sebaik-baiknya menimbulkan rasa ingin tahu di hati pemeriksa dengan mewujudkan unsur suspens.

5.Plot atau jalan cerita yang menarik dimulai dengan pengenalan, perkembangan, kemuncak dan penyelesaian cerita.

6.Cerita boleh berdasarkan pengalaman ataupun pembacaan. Calon juga digalakkan menggunakan bahasa sastera bagi menghasilkan persembahan yang lebih menarik.SOALAN PERBINCANGAN

Arahan : Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak

kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan :Pada pagi itu, apabila sampai sahaja di tapak perhimpunan, aku lihat guru dan

rakan-rakaknku sudah sedia menunggu. Lalu, aku pun

(mulakan karangan kamu dengan rangkai kata Lalu, aku pun )

Jawapan contoh

Lalu, aku pun segera berjumpa guru kelasku, Cikgu Rose yang sedang berbual-bual dengan rakan-rakanku. Aku memohon maaf kepada Cikgu Rose atas kelewatanku tiba di sekolah kerana kesiangan terbangun daripada tidur. Sebenarnya, pada hari ini, aku dan rakan-rakan sekelasku bercadang untuk bergotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas kami iaitu Kelas 6 Jupiter.

Guru kelasku telah meminta kami bergotong-royong menceriakan kelas supaya kelas kami menjadi lebih kondusif dan selesa untuk mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, sekolahku telah menganjurkan pertandingan keceriaan natra kelas dan setiap minggu pihak sekolah akan mengumumkan pemenang bagi kelas terbersih. Selain itu, aktiviti sebegini akan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara aku, rakan-rakan dan guru-guru di sekolahku.

Kemudian, kami pun bergerak ke kelas 6 Jupiter untuk memulakan aktiviti gotong-royong. Ketika di kelas, Cikgu Rose telah mengagih-agihkan tugas dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk aktiviti membersihkan dan menceriakan kelas. Cikgu Rose telah membahagikan kami kepada beberapa kumpulan kecil untuk memudahkan kami menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

Kira-kira pukul 8.30 pagi, kami pun memulakan tugasan yang diberikan oleh guru kelas kami. Separuh daripada murid perempuan iaitu Syasya, Aini dan farah ditugaskan menyapu lantai dan mengelap tingkap manakala aku, Sarah dan Kamila sibuk menghias papan kenyataan dengan artikel dan gamabar yang menarik. Kumpulan murid lelaki iaitu Haziq, Daniel dan Syafiq pula ditugaskan untuk mengecat kelas dengan warna oren dan ungu sementara beberapa orang murid lelaki lagi sibuk menolong Cikgu Rose menggantung langsir.

Pada pukul 10.30 pagi, kami berhenti untuk berehat sebentar sambil menikmati juadah utnuk sarapan yang disediakan oleh guru kelas kami. Sambil makan, kami sempat bergurau senda dan menyimpan impian untuk memenangi anugerah kelas terbersih bagi tahun ini. Selepas setengah jam berehat, aku dan rakan-rakanku menyambung semula tugas yang diberikan.

Kami terus bergotong-royong dan bekerjasama untuk membersihkan dan menceriakan kelas kami. Setelah puas memerah keringat, kira-kira pada pukul 1.00 petang, kami berjaya menyiapkan tugasan masing-masing. Kami berasa seronok kerana kelas kami telah menjadi cantik dan ceria. Cikgu Rose pula mengucapkan terima kasih kepada kami kerana telah bekerjasama untuk menceriakan kelas.

Latihan Berpandu 1

Arahan : Isi tempat kosong bagi karangan di bawah dengan menggunakan perkataan-

perkataan yang diberikan.

Soalan: Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.

Aku berasa begitu bersyukur. Kejayaan ini memang telah lama kuidamkan. Aku

berazam untuk berusaha lebih gigih lagi.

menunggudiumumkanmengecewakanberkeyakinan

berbincangmendudukiberdebar-debarmengikuti

memahamimemperuntukkanmemberikanmelakukan

Tahun 2011 ini aku bakal ()____________________ peperiksaan UPSR. Aku menyimpan cita-cita ingin mendapat 5A dalam peperiksaan tersebut. Aku tidak ingin ()____________________ harapan ibu bapa dan guru-guruku.

Aku mula ()____________________ pelbagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Aku menyediakan jadual waktu belajar yang lebih sistematik. Aku ()____________________ tiga jam sehari untuk mengulang kaji pelajaran.

Ketika di kelas pula, aku ()____________________ sepenuh tumpuan dan perhatian. Aku cuba ()____________________ dengan sebaik-baiknya apa yang diajarkan oleh guruku. Perkara yang tidak kufahami akan segera kuajukan soalan kepada guruku agar dapat diselesaikan.

Seterusnya, aku juga ()____________________ kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah . Di sini aku berpeluang ()____________________ dengan rakan-rakanku tentang pelajaran yang sukar kufahami. Cikgu juga telah memberikan kami banyak latihan soalan-soalan model UPSR.

Akhirnya, hari yang dinanti-nantikan tiba untuk aku menduduki peperiksaan UPSR. Aku ()____________________ melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Namun, aku tetap ()____________________ untuk menjawab semua soalan dengan baik.

Setelah hampir dua bulan ()____________________ keputusan dengan penuh debaran, akhirnya hari bersejarah dalam hidupku pun tiba. Aku telah ()____________________ sebagai murid cemerlang 5A UPSR. Aku berasa begitu bersyukur. Kejayaan ini memang telah lama kuidamkan. Aku berazam untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

LATIHAN BERPANDU 2

Arahan :Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan kamu mestilah

tidak kurang daripada 80 patah perkataan.Soalan :Suasana pada malam itu agak dingin kerana hujan turun renyai-renyai. Jam pada

dinding menunjukkan hampir pukul 10.00 malam. Ibu dan ayahku masih belum

pulang. Tiba-tiba aku terdengar satu bunyi

(Mulakan karangan kamu dengan rangkai kata Tiba-tiba aku terdengan satu

bunyi )

Peta minda

LATIHAN 3Arahan :Tulis karangan berdasarkan soalan di bawah. Panjang karangan mestilah tidak

kurang daripada 80 patah perkataan.

Soalan :Akhiri karangan kamu dengan ayat di bawah.

Walaupun telah lama berlalu, namun demikian kejadian itu tetap dalam ingatanku hingga ke hari ini.

Isi 1

-meluru ke tingkap

-keadaan agak kelam

Pengenalan:

- dengar bunyi dentuman

KEMALANGAN JALAN RAYA

Isi 2

dua buah kenderaan terlibat dalam kemalangan

kereta dan motosikal bertembung

Isi 3

penunggan motosikal cedera parah

terperosok di bawah kereta

Isi 4

memanggil jiran

mengeluarkan mangsa dari bawah kereta

hantar ke hospital

Penutup

beringat selalu

berhati-hati ketika di jalan raya