karangan kepentingan bangunan bersejarah di kekalkan

6
Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah di kekalkan Kepentingan bangunan bersejarah di negara ini mula dilupakan kerana banyak bangunan ini telah dirobohkan untuk membina bangunan baru. Huraikan. Bangunan bersejarah sememangnya begitu banyak di negara ini terutama di Melaka dan Pulau Pinang tetapi malangnya dek kerakusan ekonomi semakin banyak bangunan ini yang sudah tidak lagi mampu berdiri sendirinya. Ada yang berpendapat bangunan ini harus dikekalkan kerana mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat tetapi ada juga yang menolaknya. Pihak media massa turut serta dalam diskusi hebat untuk menentukan sama ada pembangunan lebih penting atau pengekalkan warisa yang maha penting. Sesungguhnya, ada banyak perkara baik yang boleh terhasil menerusi pengekalan bangunan bersejarah ini. Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing memang suka melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini. Jadi, kalau bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara. Lantaran itu peluang kerja turut berupaya diwujudkan akibat kehadiran pelancong ini. Bukan sahaja kerja yang berkait terus dengan industri ini seperti pemandu bas pelancong tetapi juga kerja sampingan seperti kedai makan, hotel dan pengangkutan awam serta kedai kraf tangan akan menerima tempias kedatangan pelancong asing ini. Masyarakat di negara in tidak akan berasa bimbang kehilangan kerja kerana mereka mudah untuk memperoleh kerja yang lain pula. Oleh itu, pengekalan bangunan bersejarah mampu memastikan semua penduduk di negara ini memiliki pekerjaan. Tambahan pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Kewujudan bangunan ini sepanjang zaman memastikan rakyat terus mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara. Jelaslah, negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalismenya. Begitu juga dengan imej negara terus tersohor pada mata masyarakat dunia kerana memiliki sikap menghargai peninggalan sejarah. Masyarakat yang menjaga bangunan bersejarah akan dianggap bangsa yang menghargai budaya dan sumbangan pemimpin lamanya. Sikap ini sudah pasti akan menimbulkan satu kesan positif dalam setiap pandangan masyarakat terhadap negara kita. Jadi, kita bukan sahaja menerima kesan ekonomi tetapi imej kita sebagai bangsa yang menghargai budaya turut diketahui umum. Kesimpulannya, penjagaan bangunan lama harus dilakukan demi negara kita yang tercinta ini. Semua pihak tanpa mengira umur dan keturunan harus ada tanggung jawab menjaga bangunan sebegini. Kita tidak harus mengutamakan kemodenan sahaja kerana tanpa sejarah tiadalah kemodenan yang kita kecapi kini. Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas membuktikan betapa bangunan bersejarah ini penting buat kita. Posted by Noor Azman Mahat at 9:29 AM

Upload: jeremy-gregory

Post on 08-Dec-2015

205 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

FORMAT DOKUMENTASI

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Kekalkan

Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah di kekalkanKepentingan bangunan bersejarah di negara ini mula dilupakan kerana banyak bangunan ini telah dirobohkan untuk membina bangunan baru.

Huraikan.

Bangunan bersejarah sememangnya begitu banyak di negara ini terutama di Melaka dan Pulau Pinang tetapi malangnya dek kerakusan ekonomi semakin banyak bangunan ini yang sudah tidak lagi mampu berdiri sendirinya. Ada yang berpendapat bangunan ini harus dikekalkan kerana mempunyai banyak impak yang positif terutama kepada kehidupan masyarakat tetapi ada juga yang menolaknya. Pihak media massa turut serta dalam diskusi hebat untuk menentukan sama ada pembangunan lebih penting atau pengekalkan warisa yang maha penting. Sesungguhnya, ada banyak perkara baik yang boleh terhasil menerusi pengekalan bangunan bersejarah ini.

Impak yang paling baik pengekalan bangunan sebegini sudah pasti daripada aspek pelancongan. Industri pelancongan akan menjadi lebih besar kerana masyarakat asing memang suka melihat kesan-kesan sejarah sebegini. Bangunan ini juga memerlukan kos yang tinggi kerana tidak perlu dibina tetapi hanya dikekalkan sahaja kerana sudah lama dibina oleh penjajah atau penduduk di negara ini. Jadi, kalau bangunan lama dan bersejarah ini dikekalkan sektor pelancongan negara akan menerima kesan yang paling ketara.

Lantaran itu peluang kerja turut berupaya diwujudkan akibat kehadiran pelancong ini. Bukan sahaja kerja yang berkait terus dengan industri ini seperti pemandu bas pelancong tetapi juga kerja sampingan seperti kedai makan, hotel dan pengangkutan awam serta kedai kraf tangan akan menerima tempias kedatangan pelancong asing ini. Masyarakat di negara in tidak akan berasa bimbang kehilangan kerja kerana mereka mudah untuk memperoleh kerja yang lain pula. Oleh itu, pengekalan bangunan bersejarah mampu memastikan semua penduduk di negara ini memiliki pekerjaan.

Tambahan pula, nilai atau perasaan cinta akan negara sudah pasti berkembang dengan baik dalam naluri penduduk terutama remaja di negara ini. Perasaan ini wujud kerana bangunan bersejarah mempunyai kaitan dengan peristiwa penting yang berlaku di negara kita. Kewujudan bangunan ini sepanjang zaman memastikan rakyat terus mengingati kepentingan peristiwa sejarah itu kepada pembangunan negara. Jelaslah, negara akan memiliki rakyat yang tinggi perasaan nasionalismenya.

Begitu juga dengan imej negara terus tersohor pada mata masyarakat dunia kerana memiliki sikap menghargai peninggalan sejarah. Masyarakat yang menjaga bangunan bersejarah akan dianggap bangsa yang menghargai budaya dan sumbangan pemimpin lamanya. Sikap ini sudah pasti akan menimbulkan satu kesan positif dalam setiap pandangan masyarakat terhadap negara kita. Jadi, kita bukan sahaja menerima kesan ekonomi tetapi imej kita sebagai bangsa yang menghargai budaya turut diketahui umum.

Kesimpulannya, penjagaan bangunan lama harus dilakukan demi negara kita yang tercinta ini. Semua pihak tanpa mengira umur dan keturunan harus ada

Page 2: Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Kekalkan

tanggung jawab menjaga bangunan sebegini. Kita tidak harus mengutamakan kemodenan sahaja kerana tanpa sejarah tiadalah kemodenan yang kita kecapi kini. “Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas” membuktikan betapa bangunan bersejarah ini penting buat kita.Posted by Noor Azman Mahat at 9:29 AM 

EPENTINGAN MEMULIHARA BANGUNAN BERSEJARAH

Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia wujud daripada ketamadunan silam iaitu Kesultanan Melayu

Melaka dan kerajaan awal, seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua. Sementara itu, beberapa

kerajaan lain di pantai Timur Semenanjung.  Malaysia pernah dijajah selama 446 tahun dan akhirnya

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.  Sejarah penubuhan kerajaan ini pastinya banyak

meninggalkan bangunan bersejarah sama ada yang bercirikan tempatan mahupun Eropah. Sejak UNESCO

mengiktiraf bandar Melaka dan Georgetown sebagai bandar warisan bersejarah atau tapak warisan dan

ketamadunan dunia, barulah timbul kesedaran tentang kepentingan bangunan-bangunan bersejarah. 

Menyedari hakikat ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan sejumlah dana yang besar bagi memulihara

bangunan bersejarah. Persoalannya, apakah kepentingan pemuliharaan bangunan-bangunan bersejarah

dalam konteks Malaysia?

            

Salah satu kepentingan bangunan bersejarah atau monumen ialah, dapat dijadikan sebagai bukti kukuh

tentang peristiwa sejarah yang telah berlaku kepada generasi akan datang.  Kita sedia maklum bahawa

bangunan bersejarah atau monumen  bermaksud bangunan yang dibina untuk memperingati seseorang

tokoh yang telah berjasa atau peristiwa penting yang pernah berlaku.  Walaupun Malaysia telah mencapai

kemerdekaan selama lebih daripada 50 tahun, kesan yang ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti

British, Belanda, dan Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga serta dilestarikan.  Di samping itu,

bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini dan juga generasi yang akan datang kerana dengan

kewujudan bangunan bersejarah kita dapat membuktikan bahawa sejarah Malaysia yang telah dibukukan

oleh penulis-penulis yang terkenal merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita dongeng,

metos atau legenda semata-mata.  Sebagai contoh, zaman kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada

abad ke-15 dan abad ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerabang Porta de Santiago, Gereja

Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul.  Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling,Gereja St.

Georgetown, Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara yang pernah dijajah pada

suatu masa dahulu dan juga dapat membuktikan berlakunya penjajahan awal, pemerintahan British di

Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18.  Tegasnya, bangunan bersejarah dan monumen lama

amat penting sebagai bahan bukti yang kukuh tentang peristiwa yang telah berlaku untuk ditunjukkan

kepada generasi akan datang.

            

Page 3: Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Kekalkan

Selain itu, bangunan bersejarah dan monumen lama dapat memberikan teladan dan iktibar kepada

masyarakat terutamanya golongan remaja.  Kita sedia maklum bahawa remaja pada hari ini kurang

mempunyai kesedaran diri terutamanya berkaitan dengan sejarah Malaysia.  Dengan adanya bangunan

bersejarah di negara kita. Sekurang-kurangnya mereka dapat menjadikannya sebagai panduan hidup

mereka.  Sebagai contohnya, Kota A Famosa di Melaka yang merupakan sebuah kubu pertahanan yang

kukuh telah dibina oleh Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan iktibar. 

Penaklukan ini terjadi kerana terdapatnya masalah perpaduan, kelemahan kepimpinan dan juga kelemahan

tentera yang mengawal Melaka.  Jika kita menghayati sejarah, di sebalik bangunan tersebut serta

mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku maka kita dapat terus mara tanpa mengulangi

kesilapan yang dilakukan oleh masyarakat terdahulu.  Walaupun ada antara bangunan bersejarah yang

hanya menggambarkan sejarah hitam negara, namun kita tidak harus menjadikannya sebagai halangan

untuk mencapai kejayaan.  Negara kita juga mampu menjadi negara yang setaraf dengan negara-negara

maju yang lain sekiranya kita tidak mengambil mudah dan mengambil ikhtibar daripada sejarah silam

negara.  Tuntasnya, bangunan bersejarah di negara kita sememangnya dapat memberi ikhtibar dan

pengajaran kepada generasi muda kerana yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

            

Di samping itu, bangunan bersejarah dan monumen memberi banyak manfaat dari sudut pelancongan.  Hal

ini demikian kerana bangunan bersejarah dapat menarik pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun

pelancong dari luar negara untuk melawat negara kita. Kita sedia maklum bahawa bangunan ini juga

menjadi salah satu faktor dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan kehebatan

bangunan yang moden seperti Menara Berkembar Petronas.  Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk

bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung ke tempat-tempat tersebut.  

Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsur seni yang tiada tolok

bandingnya.  Di samping itu, pelancong juga dapat melawat bangunan bersejarah dan menyaksikan

monumen-monumen yang terdapat di  lokasi yang dikunjungi di samping menyaksikan keindahan alam

semula jadi dan artifak-artifak di dalam muzium dan galeri seni lukis.  Oleh itu, bangunan bersejarah perlu

dipulihara  dan diubah suai.  Sebagai contohnya, bangunan lama hendaklah diubah suai untuk dijadikan

muzium, galeri seni lukis dan pusat pelancongan.  Fenomena ini sudah menjadi suatu perkara biasa di

beberapa buah negara Eropah, Perancis, Itali dan Belanda.  Bandar-bandar bersejarah seperti York, Bath,

Oxford dan Cambridge di England telah berjaya melindungi sebahagian besar daripada bangunan

bersejarah mereka dengan baik.  Usaha seperti ini dapat menarik pelancong dari seluruh dunia dengan lebih

banyak dan dapat menjadi sumber pendapatan negara.  Oleh itu, bangunan dan monumen ini secara tidak

langsung dapat membantu industri pelancongan negara.

            

Seterusnya, pemuliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah satu cara untuk memupuk

semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.  Kita sedia maklum bahawa bangunan bersejarah

amat penting kerana semangat patriotisme dalam kalangan remaja sejak belakangan ini semakin menipis.  

Dalam konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi

muda.  Sebagai contoh, Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang dapat

mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau Pinang pada zaman

penjajahan dahulu.  Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan  generasi muda tentang segala pahit maung

yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air.  Peribahasa Melayu biar putih tulang

jangan putih mata sentiasa tersemat di dalam hati para pejuang negara ketika itu.  Secara tidak langsung,

Page 4: Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Kekalkan

hal ini dapat mencelikkan minda generasi muda agar  sentiasa berwaspada terhadap musuh negara yang

sentiasa mencari peluang untuk menjajah negara kita sekali gus berjuang bermati-matian untuk ibu pertiwi

daripada dicerobohi oleh kuasa asing.  Oleh itu, bangunan bersejarah penting dalam memupuk semangat

patriotisme dalam kalangan generasi muda bagi mempertahankan negara kita  yang tercinta.

            

Ada pendapat mengatakan bahawa, bangunan dan monumen lama juga turut memainkan peranan yang

penting dalam pendidikan di negara  kita khususnya kepada para pelajar dan penyelidik.  Kita sedia

maklum bahawa pelbagai ilmu akan dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan dan

monumen lama.  Sebagai contoh, dengan terdapatnya bangunan dan pancutan air Horse di sekitar Dataran

Merdeka dan Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala Lumpur, seseorang dapat

mengetahui bukan sahaja kepentingan Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan

kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu.  Bangunan Kelab Di Raja Selangor dan

Dataran Merdeka telah dibina bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British dan

Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.  Begitu juga halnya dengan kepentingan

pancutan air Horse yang telah dibina di persimpangan Jalan Raja dan Raja Laut pada tahun 1897.  Pancutan

air Horse dibina sebagai memperingati seorang inspektor polis negeri Selangor, iaitu Encik Steve Harper. 

Pemuliharaan dan penghayatan kemaslahatan bangunan bersejarah dapat memberi maklumat kepada pelajar

tentang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita kerana tak kenal maka tak cinta.  Sesungguhnya,

bangunan bersejarah dan monumen sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri dan menjadi bahan

rujukan kepada pelajar dan penyelidik.

            

Sebagai penghias bicara akhir,  bangunan bersejarah amat vital dalam pembentukan minda generasi muda

terutamanya ke arah penghayatan warisan dan khazanah negara.  Bangunan dan monumen yang bersejarah

merupakan aset yang patut dipelihara dan diwarisi.  Bangunan bersejarah juga akan memangkin jiwa

generasi muda agar lebih menghargai dan peka akan perkembangan sejarah negara.  Hal ini akan

membentuk masyarakat yang  sensitif akan sebarang usaha untuk merobohkan atau memusnahkan

bangunan bersejarah.  Sesungguhnya, pihak kerajaan pula perlulah mewartakan bangunan bersejarah yang

perlu dikekalkan.  Oleh hal yang demikian, mana-mana pihak yang merobohkan dan memusnahkan

bangunan bersejarah, mereka perlulah dikenakan tindakan undang-undang.  Cintailah sejarah ibu pertiwi

kita demi kemantapan perjuangan rakyat kita kerana nilai sejarah tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek

panas.

Posted by Subbash Ekambaram at 23:09

Kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Karangan bahagian A. SPM

Page 5: Karangan Kepentingan Bangunan Bersejarah Di Kekalkan

         Pada masa ini, mata pelajaran Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang asing kepada para pelajar. Sejak dari tingkatan satu, pelajar sudah mula berkenalan dengan mata pelajaran ini. Tambahan pula mata pelajaran Sejarah telah diwajibkan lulus bagi semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Walau bagaimanapun, terdapat murid yang menunjukkan perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan tersebut kerana beranggapan bahawa Sejarah merupakan suatu mata pelajaran yang susah dan membosankan walhal banyak faedah yang dapat diperoleh melalui pembelajaran mata pelajaran ini. Persoalannya, apakah kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah khususnya dalam kalangan generasi muda?

        Dengan mempelajari mata pelajaran Sejarah, generasi muda dapat memperoleh banyak pengajaran. Hal ini demikian kerana dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang dinyatakan mengandungi pelbagai pengajaran yang tersirat. Sebagai contoh, peristiwa Tanah Melayu dijajah dan ditindas oleh penjajah British memberi pengajaran kepada generasi muda supaya jangan terlalu mudah mempercayai orang asing. Orang British digambarkan dengan licik dan jahat pada masa itu kerana sanggup menggunakan tipu muslihat atau taktik kotor untuk meluaskan kawasan jajahan mereka di tanah air kita. Justeru, generasi muda perlulah sentiasa ingat akan pengajaran tersebut dan tidak mengulanginya pada masa akan datang bagi mengelakkan peristiwa yang sama berulang lagi.

        Dalam pada itu, perpaduan antara kaum akan dapat dicapai melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah dalam kalangan generasi muda. Tamsilnya, semasa Tingkatan 3, para pelajar akan mempelajari peristiwa Tanah Melayu mendapatkan kemerdekaan. Dalam perjuangan tersebut, penduduk Tanah Melayu yang  terdiri daripada pelbagai kaum tanpa mengira warna kulit sanggup mengetepikan semangat kenegerian demi mendapatkan kemerdekaan bagi tanah air yang tercinta. Mereka telah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan tidak mudah menyerah kalah. Perkara ini cukup membuktikan bahawa betapa pentingnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat dalam kemajuan negara sekali gus dalam usaha merealisasikan Wawasan 2020.

        Pada masa yang sama, semangat cinta akan negara turut dapat dipupuk dalam diri generasi muda. Generasi muda seharusnya mengingati jasa dan sumbangan tokoh-tokoh tanah air seperti Tunku Abdul Rahman. Jasa beliau patut dikenang oleh semua rakyat Malaysia kerana tanpa beliau, tidak mungkin kita dapat menikmati kemakmuran dan kedamaian di negara kita sendiri. Oleh itu, semangat nasionalisme dapat dipupuk dalam jiwa generasi muda malah mereka akan sentiasa bersyukur dan memberi penghargaan terhadap pengorbanan pejuang tanah air terdahulu seterusnya menghindarkan generasi muda daripada bersikap seperti kacang lupakan kulit.

        Secara tuntas, mata pelajaran Sejarah sangat penting bagi generasi muda. Selain itu, banyak faedah boleh diperoleh melalui mata pelajaran Sejarah. Generasi muda tidak sepatutnya mempunyai anggapan bahawa Sejarah sesuatu yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk minat anak dalam mata pelajaran Sejarah. Minat tersebut harus dipupuk sejak mereka kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Namun, kerjasama semua pihak dituntut dalam usaha memastikan pelaksanaannya mencapai matlamat yang telah ditetapkan kerana sikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing hanya mendatangkan kerugian sebaliknya peribahasa bukit sama didaki lurah sama dituruni wajar dijadikan panduan.