karangan jenis berita

9
Karangan Jenis Laporan Laporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Melaka Bandar Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Maznah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta mementingkan keselamatan. Kami memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami begitu teruja melihat pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dantersergam indah di kiri kanan lebuh raya menyedarkan kami betapa pemimpin kita sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya. Setibanya kami di Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali lagi kami begitu kagum melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa melawat oleh pegawai yang bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang kami peroleh di tempat ini. Kami juga diberi peluang menonton tayangan interaktif tentang planet yang terdapat di ruang angkasa. Selepas itu, kami pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ. Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Di sini, kami dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang terutama binatang yang hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala, seladang dan banyak lagi. Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami juga diberi pelung menaiki train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali lagi kami insaf tatkala melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.

Upload: iskandar

Post on 11-Jan-2016

225 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

essay on news

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Jenis Berita

Karangan Jenis LaporanLaporan Lawatan ke Melaka Bandar Raya Bersejarah

Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Melaka Bandar Raya Bersejarah. Seramai 80 orang murid dan 8 orang guru turut serta dalam lawatan itu. Sebelum bertolak, kami diberi taklimat ringkas oleh Cikgu Maznah. Kami diingatkan agar menjaga disiplin dan tingkah laku serta mementingkan keselamatan.

Kami memulakan perjalanan pada pukul 8.30 pagi. Dalam perjalanan, kami begitu teruja melihat pembangunan negara. Bangunan-bangunan yang tinggi dantersergam indah di kiri kanan lebuh raya menyedarkan kami betapa pemimpin kita sentiasa menitikberatkan aspek kebajikan rakyatnya.

Setibanya kami di Air Keroh, kami melawat ke Planetarium Negara. Sekali lagi kami begitu kagum melihat kecanggihan sains dan teknologi. Kami dibawa melawat oleh pegawai yang bertugas. Berbagai-bagai bahan dan infomarsi yang kami peroleh di tempat ini. Kami juga diberi peluang menonton tayangan interaktif tentang planet yang terdapat di ruang angkasa.

Selepas itu, kami pergi ke Zoo Melaka yang terletak tidak jauh dari situ. Setiap orang pengunjung dikenakan bayaran RM8 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa. Di sini, kami dapat melihat dan belajar tentang binatang-binatang terutama binatang yang hampir pupus seperti beruang kola, harimau benggala, seladang dan banyak lagi. Flora dan fauna di sini menyegarkan pemandangan. Kami juga diberi pelung menaiki train dan dibawa ke seluruh kawasan zoo ini. Sekali lagi kami insaf tatkala melihat keagungan dan kekayaan ciptaan Tuhan.

Selepas solat zuhur di Masjid al-Azim di Bukit Baru, kami dibawa ke Taman Rempah Ratus untuk menaiki bot Melaka Cruise. Kami begitu teruja kerana tidak pernah menaiki bot. Kami dibawa menyusuri sungai Melaka. Kami dapat melihat pembangunan negeri bersejarah ini. Ketika di Medan Samudera pula, kami

Page 2: Karangan Jenis Berita

berpeluang membeli cenderamata. Saya membeli beberapa helai baju-t, pemegang kunci dan kipas untuk ibu dan adik-adik saya.

Kami bertolak pulang ke Shah Alam pada pukul 6.30 petang. Sesungguhnya, banyak pengetahuan dan pengalaman yang kami timba ketika menyertai lawatan ini. Saya berharap agar dapat menyertai lawatan seperti ini pada masa yang akan datang.

Dilaporkan oleh, 22 April 2012

Nani Azizah

(NANI AZIZAH BT AHMAD)

Setiausaha,

Kelab Lawatan Sekolah,

Sekolah Kebangsaan Seksyen 17.

Page 3: Karangan Jenis Berita

Laporan Kegiatan Persatuan Matematik Dan Sains Sekolah Kebangsaan Darau.

          Persatuan Matematik dan Sains dibentuk pada tahun 1982.Anggota-anggota persatuan ini berjumlah 60 orang. Mereka terdiri  daripada pelajar Tahun Empat hingga Tahun Enam. Persatuan ini dibentuk untuk meningkatkan taraf pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik. Selain itu ,melalui persatuan ini,pelajar dapat bertukar-tukar pendapat tentang pelajaran masing-masing.

          Persatuan ini telah menjalankan beberapa kegiatan sepanjang tahun 1995.Kegiatan-kegiatan tersebut berbentuk akademik dan bukan akademik. Kegiatan pertama yang kami jalankan ialah”Peraduan Menulis Esei Tentang Sains”.Sambutan yang diberikan terhadap peraduan ini adalah sangat menggalakkan. Peraduan ini dimenangi oleh Suriani Mat Zin,pelajar Tahun Enam Mawar.

          Kami juga menganjurkan ceramah tentang sains dan matematik .Ceramah ini disampaikan oleh pensyarah dari Universiti Malaysia. Selain itu ,kami turut mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Kami memperindahkan kawasan taman pra dengan menanam berbagai jenis bunga dan menamakan  pohon-pohon tersebut mengikut istilah sains.

          Pada cuti penggal kedua persekolahan,kami mengadakan lawatan ke Taman Ular di Batu Pahat. Sebagai hasil lawatan ini,kami banyak memperolehi pengetahuan tentang penyelidikan yang dijalankan oleh pihak Institut  Penyelidikan Perubatan Malaysia di situ.

          Pada keseluruhannya,kami berpuas hati dengan kegiatan-kegiatan yang kami jalankan .Kami juga berterima kasih  kepada guru penasihat,Cikgu  Rosmini Jaafar yang banyak memberikan bimbingan kepada kami.

Disediakan oleh,                                                                 25 Januari 1996

      Azmi

_______________

(AZMI SULAIMAN)

Setiausaha Persatuan Matematik dan Sains

Sekolah Kebangsaan Darau, Jerteh,Terengganu.

Page 4: Karangan Jenis Berita

BANJIR KILAT DI PEKAN PANCHOR

MUAR,  30 November-Satu kejadian banjir  kilat  telah melanda Pekan Panchor, dekat sini petang tadi. Dalam kejadian itu, semua rumah dan kedai di pekan itu telah dinaiki air sedalam satu meter.

         Menurut seorang penduduk di situ, Encik Mahfudz b. Mohd. Yasin, air mula naik pada pukul 3 petang. Hujan lebat selama 4 jam telah menyebabkan air melimpah kerana longkang yang tersumbat.

Beliau berkata, sampah sarap yang tidak diurus dengan baik merupakan punca utama. Longkang-longkang yang tersumbat menyebabkan aliran air tersekat. Selain itu, pembangunan pesat di kawasan berhampiran turut menyebabkan tanah lumpur mengalir ke longkang.

         Kejadian itu mengakibatkan banyak harta benda telah rosak. Antaranya termasuklah perabot, barangan elektrik, kenderaan dan sebagainya. Tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

         Penduduk-penduduk melahirkan rasa kecewa atas kejadian yang berlaku itu. Mereka juga kesal dengan sikap pemaju projek berhampiran kerana tidakbertanggungjawab.

         Mereka berharap pihak berkuasa tempatan segera mengambil tindakan supaya kejadian itu tidak berulang lagi.  

Page 5: Karangan Jenis Berita

Karangan Jenis Cerita : Pengalaman Berhari Raya Di Kampung Nenek

     Tiga hari sebelum menjelang Hari Raya Puasa, kami sekeluarga telah pulang ke kampung nenek untuk berhari raya di sana. Kampung nenek saya terletak di Gua Musang Kelantan.  

     Kami pulang ke kampung menaiki kereta api. Kereta api sesak dengan para penumpang yang ingin pulang ke kampung masing-masing kami tiba di Stesen Gua Musang ketika hari hampir senja. 

     Sebaik sahaja tiba di kampung, nenek menyambut kepulangan kami dengan tangan terbuka. Nenek telah menyediakan pelbagai jenis juadah untuk berbuka puasa. Kami sekeluarga berasa gembira kerana berpeluang untuk berbuaka puasa bersama sama dengan nenek di kampung. Malam pertama kami di kampung ialah malam tujuh likur. Suasana di kampung terang-benderang dengan cahaya pelita. Saya dan sepupu saya memasang pelita di sekeliling rumah nenek. Kemudian, kami bersama kawan-kawan lain di kampung bermain bunga api.

     Apabila tiba satu Syawal, kami sekeluarga bangun pada awal pagi. Kami memakai pakain baharu dan cantik untuk ke masjid bagi menunaikan solat suna Aidilfitri. Selepas itu, Kami menziarahi pusara datuk dan mengunjugi rumah sanak saudara di kampung. Kami juga berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa seperti ketupat, rendang, dodol dan juga bangkit. 

     Pada hari raya ketiga, kami pulang ke Kuala Lumpur. Kami berasa seronok berhari raya bersama nenek di kampung.

Page 6: Karangan Jenis Berita

KARANGAN JENIS UCAPAN.

 Yang Dihormati Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, Cikgu Mutalib bin

Wahab, guru-guru, dan murid-murid sekalian. Terlebih dahulu, saya mengucapkan terima

kasih kerana diberi peluan untuk berucap pada pagi ini.

Hadirin Sekalian,

   Majlis ini diadakan sempena persaraan Guru Besar kita, Cikgu Mutalib bin Wahab pada

akhir bulan ini. Segala jasa, pengorbanan, dan nasihat beliau tidak akan luput daripada

ingatan.

    Beliau telah kembali menjadi Guru Besar di sekolah ini selama sepuluh tahun. Sepanjang

perkhidmatan beliau, pelbagai perubahan telah diusahakannya.

   Cikgu Mutalib telah berusaha menyediakan segala kemudahan untuk kelesaan kita. Sebagai

hasilnya, banyak kejayaan yang yelah kita capai hingga sekolah kita dipilih sebagai sekolah

contoh di daerah ini.

   Saya bagi pihak guru-guru dan murid-murid memohon maaf kepada Cikgu Mutalib atas

segala kesilapan yang telah kami lakukan. Kami berdoa agar beliau berada dalam keadaan

sihat dan dimurahkan rezeki hendaknya.

   Sekianlah saja ucapan saya. Akhir kata, selamat bersara saya ucapkan kepada Cikgu

Mutalib. Terima kasih.

Page 7: Karangan Jenis Berita

THE LIFE CYCLE OF A BUTTERFLY