karangan ilmiah

11
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL GURU KADET REMAJA SEKOLAH 1 ( CUP 2021 ) KARANGAN – SESAT DI HUTAN Disediakan oleh : NURUL HANIM OMAR D20122062097 910405-08-6344 SEMESTER 2 SESI 2014/2015 AT31-ISMP KEMAHIRAN HIDUP KUMPULAN A Tutor:

Upload: ieka-hanim

Post on 19-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRISFAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

GURU KADET REMAJA SEKOLAH 1( CUP 2021 )

KARANGAN SESAT DI HUTANDisediakan oleh:

NURUL HANIM OMAR

D20122062097

910405-08-6344

SEMESTER 2 SESI 2014/2015

AT31-ISMP KEMAHIRAN HIDUPKUMPULAN ATutor:

ENCIK MEOR HASBULLAH BIN MEOR AKIM

Tarikh Hantar:

6 MAC 2015Soalan:

Anda mengadakan perkhemahan di luar kawasan sekolah (hutan) dan tersesat semasa membuat aktiviti jalan malam. Apakah tindakan yang anda buat untuk menyakinkan pelajar yang seramai 80 orang itu selamat dan cara-cara untuk anda kembali keluar.

Unit beruniform Kadet Remaja Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Harmoni telah mengadakan aktiviti perkhemahan tiga hari dua malam pada 15 hingga 17 Oktober 2014. Pada kali ini saya selaku guru penasihat unit uniform ini telah mencadangkan agar aktiviti ini diadakan di tapak perkhemahan Kuala Woh, Tapah, Perak kerana lokasinya yang tidak terlalu jauh dari sekolah dan kemudahan yang disediakan di tempat tersebut yang dapat memudahkan pelbagai aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. Seramai lapan puluh orang pelajar yang merupakan ahli pasukan KRS serta lapan orang guru pengiring telah mengikuti aktiviti perkhemahan ini.

Tiga hari sebelum perkhemahan berlangsung, sesi taklimat telah diberikan kepada para pelajar dan guru-guru tentang peralatan yang perlu dibawa untuk tujuan keselamatan, pakaian, bahan makanan dan sebagainya. Peralatan keselamatan seperti tali, kompas, lampu suluh, pisau dan lain-lain amat penting terutamanya ketika berada di dalam hutan manakala bahan makanan perlu dibawa oleh para pelajar kerana adanya aktiviti masuk hutan dan memasak oleh para pelajar supaya mereka dapat belajar cara untuk ikhtiar hidup. Menyetuh kepada pakaian adalah bertujuan untuk memastikan para pelajar membawa pakaian yang perlu sahaja serta bersesuaian dengan aktiviti yang akan dilaksanakan seperti memakai seluar sukan, t-shirt berlengan dan kasut sukan.

Tepat jam 3.00 petang pada 15 Oktober 2014, sebanyak dua buah bas bergerak dari perkarangan sekolah menuju ke tapak perkhemahan di Kuala Woh yang memakan masa selama 30 minit. Setibanya di tapak perkhemahan, para pelajar di kehendaki untuk membersihkan kawasan tapak sebelum memasang khemah dan membuat pintu gerbang. Setelah selesai mereka dikumpulkan untuk diberikan taklimat ringkas berkenaan aktiviti yang bakal dijalankan selama di sana dan kemudiannya dibahagikan kepada lapan kumpulan kecil yang dipimpin oleh seorang guru bagi memudahkan proses kawalan guru. Tugasan pertama yang mereka perolehi adalah untuk membuat gajet yang perlu dijadikan sebagai lambing kumpulan di mana aktiviti ini bertujuan untuk pelajar berkomunikasi, berfikir dan secara tidak langsung dapat mengenali rakan-rakan dengan lebih dekat. Pada malamnya, mereka dikehendaki untuk berkenalan ice breaking dan mempersembahkan gajet yang telah mereka buat kepada kumpulan lain dan bersurai pada jam 11.00 malam untuk memberi ruang kepada semua pelajar berehat.Hari kedua, mereka telah dipecahkan kepada empat kumpulan pula untuk mengikuti sesi pembelajaran dari instruktor terlatih dari anggota Jabatan Pertahanan Awam. Mereka mempelajari asas ikatan, bantu mula, kawad kaki dan gajet yang amat penting dan perlu diketahui. Sesi ini berlangsung sehingga jam 6.00 petang di mana setiap kumpulan akan bergilir-gilir mempelajari ilmu tersebut selama dua hingga dua jam setengah bagi satu sesi. Pada malam hari yang merupakan malam terakhir perkhemahan, aktiviti malam kebudayaan seperti persembahan tarian, drama dan sebagai di jalankan untuk memberi hiburan kepada para pelajar setelah penat di siang hari. Tepat jam 11.00 malam mereka di arahkan bersurai untuk tidur dan digerakkan semula untuk bersiap dan bangun tepat jam 2.00 pagi.Aktiviti kemuncak iaitu jalan malam di dalam hutan akan dilaksanakan yang akan dipimpin oleh guru-guru pengiring dan ia telah di maklumkan kepada pihak polis terlebih dahulu sebagai persediaan kepada sebarang kemungkinan yang akan terjadi. Aktiviti ini dilakukan di kawasan berhampiran tapak perkhemahan kerana ia telah disediakan trek oleh pihak pengurusan. Namun begitu, para pelajar diingatkan untuk membawa semua peralatan keselamatan dan bekalan makanan dan minuman secukupnya bagi menjalankan aktiviti ini. Tepat jam 3.00pagi aktiviti jalan malam bermula diketuai oleh saya dan tujuh orang lagi guru pengiring. Para pelajar diselang selikan kedudukan mereka dengan guru-guru. Mereka diingatkan untuk tidak berpecah dan memberi tahu sekiranya kepenatan dan ingin berehat. Setelah sejam setengah berjalan di kawasan hutan lipur itu, semua dibenarkan berehat sebelum memulakan perjalanan untuk kembali ke tapak perkhemahan. Rata-rata pelajar berasa teruja kerana ini merupakan pengalaman pertama mereka dan ada juga yang agak takut namun ia di atasi dengan sokongan dari rakan-rakan dan guru-guru.

Setelah hampir setengah jam melepaskan lelah dan berbual, kami memulakan perjalanan pulang ke tapak perkhemahan. Kami berjalan dengan penuh semangat untuk pulang sambil berbual-bual kosong sesama sendiri. Sejam berlalu saya dapati kawasan yang sepatutnya dilalui yang telah ditanda tidak jua ditemui. Saya cuba menenangkan diri dan berbincang dengan rakan guru lain setelah mendapati bahawa kami telah sesat. Berdasarkan maklumat yang saya telah perolehi dalam pembacaan buku Asas Perkhemahan dan Ikhtiar Hidup karya Khairil Azaman Arshad (1997), situasi sesat di dalam hutan boleh beraku kepada mana-mana individu sama ada yang mahir dengan sesuatu kawasan atau tidak. Di dalam buku penulisan beliau turut menerangkan antara langkah yang perlu di lakukan jika menghadapi situasi sesat di dalam hutan ini dan saya bersama rakan-rakan guru cuba mempraktikkan langkah tersebut. Antara langkah yang saya dan rakan-rakan guru lakukan yang pertama adalah kami mengarahkan para pelajar untuk berehat dan menenangkan diri terlebih dahulu dan kami menjelaskan situasi yang terjadi. Bagi pelajar muslim kami meminta mereka membacakan ayat-ayat suci al-Quran dan berzikir sementara pelajar bukan muslim berdoa dalam versi mereka. Kami memberikan kata-kata semangat yang kami sentiasa bersama mereka dan keselamatan sentiasa terjamin dengan adanya kawalan dari pihak polis yang akan menjalankan gerakkan mencari sekiranya kami tidak pulang ke tapak perkhemahan setelah jam 6.00 pagi. Apabila mengetahui maklumat itu, rata-rata pelajar kelihatan mula tenang dan memakan bekalan yang dibawa secara berjimat sekadar untuk memberikan tenaga meneruskan perjalanan.Saya mula teringat akan satu buku cerita kanak-kanak milik adik saya yang bertajuk Sesat di Hutan keluaran Orbit Buku yang ada menyatakan tips sekiranya tersesat di dalam hutan. Berdasarkan cerita tersebut saya dan beberapa orang rakan merujuk dan meneliti semula peta yang dibawa. Kami cuba mencari kedudukan sungai supaya dapat memudahkan kami untuk pulang ke tapak perkhemahan yang kedudukannya sangat hampir dengan sungai. Setelah mendapati pelajar kembali tenang dan bersedia serta kami telah dapat mengenalpasti arah sungai tersebut, saya mengarahkan semua pelajar berkumpul untuk menerangkan kepada mereka langkah perjalanan yang akan dilakukan. Setiap sepuluh langkah kami akan meninggal tanda seperti botol minuman yang telah kosong dan mengikat tali pada tiang pokok yang berhampiran bagi memudahkan kami mencari jalan kembali ke tempat tersebut sekiranya berpatah balik ke belakang atau memberi petanda kepada pasukan menyelamat bagi memudahkan mereka untuk menjejaki kami. Kami menyusuri sungai dengan berhati-hati kerana keadaan jalan yang licin kerana embun pagi mula menutupi bumi. Jam hampir menunjukkan 7.00 pagi namun kami masih belum menemui kawasan perkhemahan. Saya mengarahkan pelajar muslim untuk bersiap sedia menunaikan solat subuh manakala pelajar bukan muslim untuk menyalakan unggun api untuk menarik perhatian penyelamat yang dinyatakan dalam buku Sesat di Hutan di samping membolehkan kami memasak untuk sarapan pagi. Seusai solat dan memohon pertolongan dari Dia yang berkuasa, saya mengarahkan para pelajar untuk mempraktikan kemahiran yang mereka pelajari tentang ikhtiar hidup semasa aktiviti praktikal di sekolah untuk menyediakan sarapan pagi. Penghulu yang dilantik dalam kalangan pelajar membahagikan tugas kepada semua ahli supaya proses menyediakan makanan dapat dilaksanakan dengan baik. Pelajar lelaki mengikut cikgu Asri untuk menangkap ikan dengan gajet yang mereka buat untuk menangkap ikan manakala pelajar wanita menyediakan makanan dengan bahan makanan yang di bawa seperti roti, sardin dan telur. Ikan yang diperolehi hasil tangkapan disiang dan dibakar untuk dinikmati bersama bagi mengalas perut. Namun begitu, saya mengingatkan mereka untuk tidak menghabiskan bekalan makanan dan minuman kerana perjalanan pulang yang tidak diketahui bakal mengambil bmasa berapa lama. Setelah selesai bersarapan kami mengemas semula kawasan tersebut sebelum memulakan langkah mencari jalan keluar.Sementara menunggu pelajar bersedia, cikgu Asri memberi cadangan supaya kami cuba menyusuri sungai memandangkan hari semakin siang di samping cuba menarik perhatian penyelamat dengan cara pantulan cahaya dan meninggalkan kesan seperti yang dilakukan sebelumnya iaitu mengikat tali pada pokok. Kami memulakan langkah tepat jam 8.00 pagi setelah memastikan semua anggota cukup dan bergerak bersama-sama. Para pelajar kelihatan tenang dan berbual sesama sendiri bagi memecah kesunyian sementara itu beberapa orang pelajar cuba melakukan kaedah memantulkan cahaya matahari bagi mendapatkan bantuan. Cara tersebut dapat menarik perhatian orang yang melihatnya nanti.Hampir setengah jam berjalan kami berhenti seketika kerana terdapat pelajar yang kurang sihat bagi melepaskan lelah. Semua pelajar senyap dan berehat sementara saya dan rakan rakan-rakan guru melakukan proses menarik perhatian secara berterusan. Tidak lama selepas itu, kami terdengar bunyi suara asing. Saya mengarahkan para pelajar untuk berkumpul dan berada dalam lingkungan selamat. Beberapa saat berlalu dan kelibat anggota polis mula kelihatan.

Riak kelegaan terpancar di wajah para pelajar dan guru-guru. Masing-masing memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya anggota penyelamat menemui kami untuk membawa pulang ke tapak perkhemahan. Saya dan guru-guru berbual seketika bersama anggota polis tersebut sementara menunggu beberapa orang anggota polis dari daerah Tapah yang lain tiba. Beliau mengatakan bahawa kami telah melalui laluan yang bertentangan pada malam tadi dan langkah yang kami ambil dengan mencari kedudukan sungai dan mengikut arah aliran sungai merupakan langkah yang tepat. Selain itu, tindakan kami meninggalkan jejak iaitu dengan menanda pada pokok, unggun api yang dipasang serta pantulan cahaya yang dibuat memudahkan pihak penyelamat untuk menjejaki kami tanpa memerlukan bantuan anjing penyelamat. Kami memulakan pergerakkan pulang dengan bantuan anggota penyelamat.Hanya beberapa minit berjalan, telah kelihatan dipandangan kami kawasan tapak perkhemahan yang kami tinggalkan semalam. Kami berasa sangat gembira dan teruja untuk tiba di situ. Rupa-rupanya, perjalanan kami tadi telah hampir ke destinasi. Setibanya di tapak perkhemahan, saya mengarahkan para pelajar untuk berehat dan membersihkan diri dalam masa satu jam setengah sebelum proses mengemas kawasan dilaksanakan kerana rata-rata kelihatan mengharungi hutan tebal tersebut semalaman. Proses mengemas tapak perkhemahan dilakukan dengan baik oleh semua pelajar dan pelajar di berikan peluang untuk memberi refleksi terhadap aktiviti yang dilaksanakan ini sementara menunggu makanan tengah hari disediakan dan berangkat pulang. Wakil pelajar menyatkan bahawa ini merupakan perkhemahan yang mencabar namun ia memberi banyak ilmu baru serta berasa seronok kerana dengan sesat di hutan mereka berasa lebih akrab antara satu sama lain dan lebih berani atas sokongan dari rakan-rakan dan guru. Perjalanan pulang kira-kira jam 1.00 petang ke perkarangan sekolah meninggalkan seribu kenangan di hati para gura dan pelajar di Kuala Woh.(1594 patah perkataan)

Rujukan:

Dewi Cendika, Noor Shahriza, Boon Kim Tan. (2008). Sesat di hutan. Selangor : Orbit Buku. Sdn. Bhd.

Khairul Azman Arshad (1997). Asas perkhemahan dan ikhtiar hidup. Selangor:Fajar BaktiPengenalan aktiviti ketahanan diri. Diperoleh pada Mac 1, 2015 daripada http://epic.oum.edu.my/epic_upload/sme/fullarticle/HBEF2803/201208150725_Topik%209%20Pengenalan%20Aktiviti%20Ketahanan%20Diri.pdf