karangan hobi saya

3
Monday, December 5, 2011 Hobi Saya Ramai orang mempunyai hobi sendiri. Antaranya, berenang, bermain bola sepak, melukis dan lain-lain. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah bermain badminton. Sejak kecil lagi, saya selalu mengikut abang saya pergi ke gelanggang badminton yang berhampiran dengan rumah saya untuk bermain badminton. Saya telah diajar dengan baik oleh abang saya. Lama-kelamaan, saya telah gemar sukan ini dan bermain badminton menjadi hobi saya. Di sekolah, saya telah menjadi wakil pasukan badminton bagi sekolah dalam pertandingan ke peringkat negeri. Saya telah mendapat tempat pertama dalam acara itu. Saya berasa sangat gembira. Pada masa lapang, saya suka bermain badminton dengan kawan-kawan saya. Kadang-kala, kami bermain secara perseorangan atau beregu. Bermain badminton dapat menjadikan otak saya cerdas dan mempunyai badan yang sihat. Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan ramai kawan yang baru. Oleh itu, saya berharap semua orang dapat memilih satu hobi yang berfaedah untuk dilakukan pada masa lapang.

Upload: renuga-sangaran

Post on 20-Oct-2015

907 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Hobi Saya

Monday, December 5, 2011Hobi Saya

            Ramai orang mempunyai hobi sendiri. Antaranya, berenang, bermain bola sepak,

melukis dan lain-lain. Begitu juga dengan saya. Hobi saya ialah bermain badminton.

Sejak kecil lagi, saya selalu mengikut abang saya pergi ke gelanggang badminton

yang berhampiran dengan rumah saya untuk bermain badminton. Saya telah diajar dengan

baik oleh abang saya. Lama-kelamaan, saya telah gemar sukan ini dan bermain badminton

menjadi hobi saya.

            Di sekolah, saya telah menjadi wakil pasukan badminton bagi sekolah dalam

pertandingan ke peringkat negeri. Saya telah mendapat tempat pertama dalam acara itu.

Saya berasa sangat gembira.

            Pada masa lapang, saya suka bermain badminton dengan kawan-kawan saya.

Kadang-kala, kami bermain secara perseorangan atau beregu.

            Bermain badminton dapat menjadikan otak saya cerdas dan mempunyai badan yang

sihat. Selain itu, saya juga dapat berkenalan dengan ramai kawan yang baru.

            Oleh itu, saya berharap semua orang dapat memilih satu hobi yang berfaedah untuk

dilakukan pada masa lapang.

 

Page 2: Karangan Hobi Saya

Hobi Saya

Hobi saya membaca. Saya suka membaca pelbagai jenis bahan bacaan yang

informatif seperti surat khabar, buku-buku yang berunsur pengetahuan dan pelbagai

majalah yang menyajikan berbagai-bagai maklumat tentang sesuatu yang belum saya

ketahui.

        

        Saya gemar membaca kerana saya cinta akan ilmu. Tambahan pula, ibu bapa saya

memang menggalakkan saya membaca. Tidak keterlaluan sekiranya saya mengatakan

bahawa saya mengikut jejak kedua-dua ibu bapa saya yang rajin membaca. Mereka bukan

sahaja membelikan saya majalah yang berunsur pengetahuan malah sering membawa saya

ke pameran buku. Mereka memberi kebebasan kepada saya untuk memilih majalah yang

bermutu dan informatif.

        Saya juga gemar membaca kerana aya menanam cita-cita untuk menjadi guru. Seorang

guru yang baik , kita haruslah mempunyai ilmu pengetahuan yang luas. Ilmu tersebut

sudah tentu akan dapat manfaat oleh murid-murid kita. Guru yang berpengetahuan luas

sudah tentu dihormati dan sentiasa disayangi oleh murid-muridnya.

        Sesungguhnya banyak kebaikan yang diperoleh melalui membaca. Tentunya kita

sentiasa mendapat terkini tentang sesuatu perkara di samping menambahkan ilmu

pengetahuan dalam pelbagai bidang. Selain itu, masa kita juga terisi dengan melakukan

perkara yang berfaedah. Dengan itu tidaklah kita terjerumus ke dalam kancah sosial yang

memudaratkan hidup kita.

        Oleh itu, saya ingin mengingatkan kawan-kawan supaya memilih hobi yang baik dan

mendatangkan faedah. Mengenali kelebihan dan bakat yang ada pada diri kita. Pupukan

bakat tersebut dan suburkannya dengan azam yang kuat untuk berjaya.