karangan fakta

7
Karangan Fakta : Faedah Bersukan Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh. Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak berasa lesu ketika belajar di dalam kelas. Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara kaum dapat dipupuk. Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin bertambah.

Upload: sandhrigah-krishnan

Post on 01-Feb-2016

316 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penulisan

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Fakta

Karangan Fakta : Faedah Bersukan

Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh

daripada tubuh badan kita. Malah, kerajaan menggalakkan rakyatnya

sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan.Hal ini kerana melalui

bersukan banyak faedah yang kita peroleh.

Salah satu daripada faedahnya ialah dapat menyihatkan tubuh

badan.Apabila kita berakreasi seperti berbasikal,bermain badminton dan

sebagainya,badan akan mengeluarkan peluh dan berlaku pembakaran lemak

dalam tubuh kita.Kesannya, badan kita menjadi sihat dan cergas serta tidak

berasa lesu ketika belajar di dalam kelas.

Seterusnya, melalui bersukan kita dapat mengeratkan hubungan dan

menambah kenalan. Kita dapat berkenalan dengan sesiapa sahaja tidak

mengira umur, bangsa mahupun agama. Kebiasaannya, ketika kita berjoging

di taman-taman, kita akan bertegur sapa dengan individu yang berada di

kawasan itu. Hal ini akan mengeratkan hubungan dan perpaduan antara

kaum dapat dipupuk.

Selain itu, bersukan juga merupakan aktiviti mengisi masa lapang secara

bermanfaat.Sesi latihan permainan atau beriadah biasanya dijalankan ketika

waktu lapang.Kesibukan kita menyertai sesi latihan dan beriadah dapat

menghidarkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Di samping itu, dengan bersukan kita dapat mengharumkan nama

sekolah.Sekiranya kita berbakat dalam bidang sukan, kita akan dapat

mewakili pasukan sekolah,daerah, negeri mahupun negara.Apabila kita

berjaya memenangi mana-mana kejohanan sukan, maka kita telah berjaya

mengharumkan nama sekolah.Nama kita juga kian dikenali dan rezeki makin

bertambah.

Kesimpulannya, tiada menjadi kerugian jika kita aktif bersukan.Marilah kita

bersama-sama menyahut seruan kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia

masyarakat yang cerdas dan cergas.

KARANGAN fakta : Cara-cara menjaga Kesihatan Diri

Page 2: Karangan Fakta

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam

keadaan yang sihat dalam hidup mereka. Ada banyak cara untuk

memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang laing mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri.

Aktiviti mandi dan memakain pakaian yang bersih serta memastikan

kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal

untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan

yang berzat. Makanan segera perlulah dijauhkan tetapi air hendaklah diambil

dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang

baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang

baik. Senaman memastikan peluh dikeluarkan bersama-sama toksik badan

yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi

terhadap sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala.

Pemeriksaan yang berjadual sebegini mampu mengesan penyakit ketika di

peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor hendaklah

dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang

harus dilaksanakan dengan penuh amanah. Kesihatan yang baik bukan

sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu

kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.

Kesihatan diri amat penting dalam menjamin kesejahteraan hidup. Oleh itu, kita perlu mengutamakan kesihatan diri dengan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kesihatan kita sentiasa baik.

Page 3: Karangan Fakta

Antara cara untuk mengekalkan kesihatan diri adalah dengan bersenam. Bersenam sekurang-kurang tiga kali seminggu, kira-kira 30 minit bagi setiap sesi, dapat menguatkan otot jantung, melancarkan peredaran darah, serta mencergaskan badan. Kita juga boleh berjoging atau bersukan sebagai satu daripada kaedah bersenam.

Kebersihan juga penting dalam menjaga kesihatan diri. Kita perlu sentiasa membersihkan badan, contohnya dengan mandi, menggosok gigi, dan bersyampu. Hal ini dapat menjauhkan kuman yang menjadi punca pelbagai penyakit.

Kebersihan pakaian dan persekitaran juga perlu dijaga untuk kekal sihat. Elakkan memakai pakaian yang kotor untuk mengelakkan jangkitan kuman. Selain itu, pastikan persekitaran kita bebas daripada serangga perosak atau bahan cemar yang boleh mendatangkan penyakit.

Kita juga perlu memakan makanan yang berkhasiat dan seimbang. Elakkan pengambilan gula, garam, dan lemak yang berlebihan yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya seperti diabetis, darah tinggi, dan penyakit jantung.

Kesimpulannya, kita harus sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat. Sayangi diri demi kesejahteraan hidup.

Faedah-faedah Membaca

Amalan membaca merupakan salah satu tabiat yang amat bermanfaat.Semua lapisan masyarakat haruslah berusaha mengamalkan

Page 4: Karangan Fakta

budaya membaca kerana Membaca Jambatan Ilmu.              Antara kebaikan membaca termasuklah dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Kita dapat mengetahui tentang perkara-perkara baru yang tidak kita ketahui sebelum ini. Pengetahuan am kita akan bertambah luas dan kita akan menjadi lebih bijak.  

       Selain itu, kita dapat mengetahui tentang isu-isu atau perkembangan semasa yang berlaku di dalam negeri dan di luar negara. Contohnya isu kegawatan ekonomi, bencana dan peperangan, krisis air dan pelbagai peristiwa yang berlaku di seluruh dunia. Justeru, kita tidak lagi ketinggalan zaman atau dianggap "seperti katak di bawah tempurung".

       Membaca dapat mematangkan fikiran kita juga. Dengan membaca, kita dapat mengetahui tentang kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Oleh itu, kita didorong untuk berfikir secara lebih baik dalam membuat penilaian terhadap sesuatu perkara itu.  

         Masa adalah emas dan perlu digunakan dengan bijak.Membaca buku-buku seperti ini amat bermanfaat.Kita haruslah tanamkan sikap suka membaca buku.Jadikanlah amalan membaca buku amalan harian.  

         Sesungguhnya banyak kebaikan atau faedah yang dapat diperoleh dengan membaca. Justeru, tabiat membaca harus dijadikan amalan seharian. Kita perlu mencontohi sikap masyarakat di negara maju seperti Jepun yang menjadikan membaca sebagai budaya hidup mereka.

Faedah-faedah Membaca

Membaca merupakan salah satu tabiat yang amat berfaedah. Mereka yang mempunyai tabiat ini dapat banyak kelebihan dan manfaat.

Seseorang yang suka membaca mempunyai minda yang sihat dan positif. Bahan bacaan seperti buku-buku ilmiah dan majalah boleh merangsang pemikiran kita. Oleh itu, pemikiran kita sentiasa kreatif, kritis dan mempunyai wawasan.

Page 5: Karangan Fakta

Tabiat suka membaca juga boleh meningkatkan perbendaharaan kata. Misalnya, kita boleh membaca buku-buku cerita, novel dan majalah. Perbendaharaan kata yang meluas baik dalam bahasa Malaysia mahu pun bahasa Inggeris akan meningkatkan kemampuan kita untuk berkomunikasi secara lisan ataupun bertulis.

Di samping itu, tabiat suka membaca boleh menambah pengetahuan kita. Contohnya, jika kita sering membaca buku-buku berkaitan sains dan sejarah. Dengan itu, pengetahuan tentang konsep sains dan sejarah boleh ditingkatkan dan sekali gus membantu dalam proses pembelajaran di sekolah.

Seterusnya, tabiat suka membaca boleh mengisi masa lapang kita dengan berfaedah. Membaca buku-buku pelajaran, majalah dan buku cerita amat bermanfaat kepada kita daripada membuang masa dengan bermain atau menonton televisyen sahaja. Oleh itu, masa lapang kita tidak akan terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, tabiat membaca memang mempunyai banyak kelebihan. Maka kita harus memupuk tabiat suka membaca ini sejak kecil lagi. Bak kata orang bijak pandai, “ membaca jambatan ilmu”.

Karangan Fakta : Faedah Bergotong-Royong UJIAN POS & PASCA

Gotong royong merupakan satu amalan yang baik. Terdapat banyak faedah amalan bergotong-royong.

Antara faedah bergotong-royong ialahkerja yang sukar dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. ini kerana sesuatu kerja itu dilakukan secara beramai-ramai. Selain itu, kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.

Faedah gotong-royong yang kedua adalah dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Semasa bergotong-royong, kita dapat berbual-bual

Page 6: Karangan Fakta

dan bertukar fikiran antara satu sama lain. Malahan kita juga dapat menambah kenalan.

Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat menyihatkan badan. Apabila kita melakukan aktiviti bergotong-royong seperti membersihkan surau, sudah tentu kita ada mengeluarkan peluh. Badan yang sihat juga dapat mengelakkan seseorang tiu terkena penyakit.

Seterusnya, amalan bergotong-royong dapat mengisi masa lapang seseorang. Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah umpapanya bergaul dengan budak nakal.

Jelaslah kepada kita bahawa amalan bergotong royong banyak faedahnya. Oleh itu kita hendaklah menjadikan gotong-royong sebagai amalan.