karangan autobiografi

2
Aku Sebuah Kipas Angin Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam,Selangor.Anggota keluargaku ada pelbagai bentuk.Ada yang tinggi,ada yang rendah,a nada yang boleh melekat di dinding.Ada juga yang boleh digantung di syiling. Bentuk badanku rendah.Aku adalah daripada jenis kipas meja.Tugasku menyamankan udara yang panas.Setiap rumah pasti memiliki aku dan keluargaku.Lebih-lebih lagi,keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas. Selepas anggota badanku dipasang,aku dibawa ke sebuah pasar raya.Di sana aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang pelbagai jenama dan bentuk.Aku berasa gembira kerana dapat kenalan baru.Aku dipamerkan di suatu sudut. Pada petang itu,seorang wanita muda berkunjung ke pasar raya itu.Dia melihat-lihat barangan yang di situ.Kemudian,dia berhajat unyuk membei aku.Setelah membuat pembayaran,aku dibawa ke rumahnya. Setiap hari aku menyejukkan keadaan biliknya.Kini sudah setahun aku berkhidmat dengan tuanku ini.Aku senang hati berkhidmat dengannya.Dia menjaga aku dengan baik.Seminggu sekali aku dibersihkannya. Pada hari minggu itu,tuanku mengemas biliknya.Ketika dia sedang membersihkan permaidani,dia telah terlanggar tubuhku tanpa sengaja.Aku terjatuh.Badanku berasa sakit.Aku tidak dapat digunakan lagi.Tanganku patah.Aku tidak dapat berkhidmat kepadanya lagi. Aku diletakkannya di dalam stor.Keadaan stor agak gelap.Aku amat sedih kerana aku terpinggir di tempat ini.Kini aku keseorangan. Aku Sebentuk Cincin Berlian Aku sebentuk cincin berlian.Badanku dibuat daripada emas.Aku dihias degan beberapa butir berlian.Berlian ini berkilau dan bergemerlapan apabila terkena cahaya.Sesungguhnya aku bersyukur kerana dilahirkan cantik sebegini. Seperti kawan-kawanku yang lain,aku ditempatkan di dalam cermin kaca di sebuah kedai emas.Setiap hari,banyak pengunjung yang datang.Mereka tertarik oleh kecantikanku.Aku berasa bangga. Pada suatu petang,seorang pemuda kacak datang.Setelah tawar-menawar,pemuda itu

Upload: zalina-razali

Post on 27-Dec-2015

554 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Karangan Autobiografi

Aku Sebuah Kipas Angin

Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terletak di Shah Alam,Selangor.Anggota keluargaku ada pelbagai bentuk.Ada yang tinggi,ada yang rendah,a nada yang boleh melekat di dinding.Ada juga yang boleh digantung di syiling.

Bentuk badanku rendah.Aku adalah daripada jenis kipas meja.Tugasku menyamankan udara yang panas.Setiap rumah pasti memiliki aku dan keluargaku.Lebih-lebih lagi,keadaan cuaca di Malaysia yang agak panas.

Selepas anggota badanku dipasang,aku dibawa ke sebuah pasar raya.Di sana aku dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang pelbagai jenama dan bentuk.Aku berasa gembira kerana dapat kenalan baru.Aku dipamerkan di suatu sudut.

Pada petang itu,seorang wanita muda berkunjung ke pasar raya itu.Dia melihat-lihat barangan yang di situ.Kemudian,dia berhajat unyuk membei aku.Setelah membuat pembayaran,aku dibawa ke rumahnya.

Setiap hari aku menyejukkan keadaan biliknya.Kini sudah setahun aku berkhidmat dengan tuanku ini.Aku senang hati berkhidmat dengannya.Dia menjaga aku dengan baik.Seminggu sekali aku dibersihkannya.

Pada hari minggu itu,tuanku mengemas biliknya.Ketika dia sedang membersihkan permaidani,dia telah terlanggar tubuhku tanpa sengaja.Aku terjatuh.Badanku berasa sakit.Aku tidak dapat digunakan lagi.Tanganku patah.Aku tidak dapat berkhidmat kepadanya lagi.

Aku diletakkannya di dalam stor.Keadaan stor agak gelap.Aku amat sedih kerana aku terpinggir di tempat ini.Kini aku keseorangan.

Aku Sebentuk Cincin Berlian

Aku sebentuk cincin berlian.Badanku dibuat daripada emas.Aku dihias degan beberapa butir berlian.Berlian ini berkilau dan bergemerlapan apabila terkena cahaya.Sesungguhnya aku bersyukur kerana dilahirkan cantik sebegini. Seperti kawan-kawanku yang lain,aku ditempatkan di dalam cermin kaca di sebuah kedai emas.Setiap hari,banyak pengunjung yang datang.Mereka tertarik oleh kecantikanku.Aku berasa bangga.

Pada suatu petang,seorang pemuda kacak datang.Setelah tawar-menawar,pemuda itu bersetuju membeliku.Aku dimasukkan ke dalam sebuah kotak yang cantik,kemudian dibawa pulang.

Beberapa minggu kemudian,aku dijadikan cincin hantaran pada hari pernikahannya.Aku amat berbesar hati kerana menjadi tontonan ramai.Aku disarungkan ke jari manis isterinya.

Baru beberapa bulan aku berasa gembira,sesuatu yang tidak kuingini berlaku.Rumah tuanku dipecah masuk oleh pencuri.Aku turut diambil oleh pencuri itu.Pencuri itu berjaya diberkas.Bagaimanapun,aku dijadikan barang kes dan terpaksa tinggal dibalai polis.

Aku berasa amat bosan selama berada di sini.Aku terpaksa menunggu sehingga hari perbicaraan terhadap pencuri itu.Aku berharap agar aku dikembalikan kepada tuanku semula dan menjalani kehidupan yang menggembirakan.

Page 2: Karangan Autobiografi