karangan - amalan menabung

Upload: sim-zong-xern

Post on 02-Jun-2018

544 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Karangan - Amalan Menabung

    1/2

    Dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berjimat cermat, amalan menabung perlu

    dipraktikkan dalam kehidupan.

    Huraikan kepentingan amalan ini kepada sesebuah keluarga.

    Dapat digunakan untuk masa depan

    Masa kecemasan bekalan wang

    Tidak boros dan menyebabkan pembaziran

    Dapat menjadi suri teladan anak

    Dijadikan bank kecil, membeli barang tanpa minta duit daripada ibubapa

    Menjalinkan hubungan baik kerana semua menabung

    Tidak akan berhutang-hutang- mengelakkan pergaduhan

    Pada era yang modenisasi ini, amalan menabung masih kurang mendapat sambutan

    hangat daripada masyarakat walaupun cara menabung kini lebih efisien dan selamat

    berbanding dengan cara menabung masa dahulu. Cara menabung kini yang disebutkan

    ialah simpanan duit dalam akaun bank. Sehubungan dengan itu, pelbagai pihak termasuk

    kerajaan dan juga pihak bank telah mempromosikan kelebihan mengamalkan amalan

    menabung. Antara manfaat yang diberikan jikalau menabung dalam bank ialah bunga

    sebanyak 3 peratus setiap tahun. Persoalannya, mengapakah kerajaan sedaya upaya

    menyeru masyarakat yang terutamanya mempunyai keluarga menabung?

    Antara kepentingan amalan menabung kepada sesebuah keluarga ialah mempunyai

    sumber kewangan bagi masa hadapan. Hal ini dikatakan demikian kerana wang merupakan

    segala-segalanya dalam era globalisasi ini. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi,

    masa hadapan yang cerah bagi seseorang juga tidak terjamin. Contohnya, sepasang suamiisteri yang lewat melahirkan anak dan tidak mengamalkan amalan menabung akan

    menghadapi masalah kewangan setelah bersara kerana perlu membiayai kos pembelajaran

    anak mereka yang masih kecil lagi. Oleh itu, amalan menabung perlu dipraktikkan supaya

    wang tersebut dapat digunakan bagi kegunaan masa hadapan.

    Selain itu, keperluan duit semasa waktu kecemasan juga merupakan sebab amalan

    menabung penting kepada sesebuah keluarga. Hal ini disebabkan manusia tidak dapat

    mengesan bila mereka akan memerlukan duit yang banyak bagi menanggung sesuatu yang

    tidak disangka-sangkakan seperti peribahasa malang tidak berbau. Misalnya, kebakaran,

    bencana alam melanda dan kematian ahli keluarga secara tiba-tiba. Modal yang banyak

    diperlukan untuk mengatasi situasi tersebut dalam masa yang singkat. Memang tidak

    dinafikan bahawa amalan menabung dapat membantu semasa waktu kecemasan.

    Kepentingan amalan menabung kepada sesebuah yang berikutnya ialah dapat

    mengelakkan pembaziran. Hal ini berkait rapat dengan sikap manusia yang berboros dan

    tidak rasional semasa membuat pilihan. Sebagai sebuah syarikat yang bijak, mereka selalu

    mengeluarkan produk yang cantik-cantik belaka supaya manusia tertarik dengan

    pembungkusan tersebut. Pembeli akan segera membelikan produk tersebut tanpa berfikir

    panjang walaupun item tersebut tidak begitu bagus atau diperlukan. Tamsilnya, seorang

    pekerja yang tidak menabung dan berboros akan menghadapi masalah kewangan setelah

    berlepak dengan kawan-kawannya di kompleks beli-belah. Tegasnya, menabung dapatmengubah sikap berboros seseorang di samping meningkatkan jumlah simpanan seseorang.

  • 8/10/2019 Karangan - Amalan Menabung

    2/2

    Seterusnya, amalan menabung yang disemai dalam ibubapa akan dijadikan suri teladan

    anak mereka. Hal ini bermaksud, jika sesebuah keluarga telah mengamalkan amalan

    menabung, malah generasi yang akan datang juga mengikuti perbuatan nenek moyang

    mereka. Bak kata peribahasa, bapak burik, anaknya rintik. Contohnya, anak-anak yang

    setahun jagung akan diajar untuk menabung. Apabila dewasa, ideologi ini akan terus

    diwariskan. Konlusinya, amalan menabung dalam keluarga dapat dikekalkan jika ibu bapatidak mengabaikan kepentingan menabung.

    Tambahan pula, menabung juga dapat menghalang pelbagai masalah yang mungkin

    melanda. Hal ini dapat dibuktikan apabila sesebuah keluarga perlu sejumlah wang untuk

    membiayai sesuatu. Membuat pinjaman daripada bank bukan masalahnya, tetapi faedah

    yang dikenakan lebih membebankan. Contohnya, seseorang meminjam lima puluh ribu

    ringgit untuk membeli kereta, tetapi dikenakan faedah sebanyak 10 peratus dan perlu

    memulangkan enam puluh ribu ringgit. Jika kita membuat bandingan, bukankah menyimpan

    wang dan diberi faedah jauh lebih baik daripada meminjam wang dan dikenakan faedah?

    Oleh itu, menabung perlu diamalkan dalam keluarga supaya tidak akan menghadapi situasiyang merugikan seperti yang disebut.

    Akhir sekali, hubungan antara ahli keluarga dapat dieratkan melalui menabung.

    Justifikasinya ialah keluarga tersebut akan berkongsi sesama mereka tentang jumlah wang

    yang telah disimpan dan kegunaan wang pada masa akan datang. Misalnya, seorang ahli

    keluarga memerlukan sejumlah duit, tetapi wang simpanannya tidak mencukupi. Jika ahli

    keluarga yang lain menabung, maka seseorang boleh berbincang dengan ahli keluarganya

    untuk meminjam duit buat sementara waktu. Oleh hal demikian, Menabung dapat

    mengeratkan hubungan persaudaraan dalam keluarga.

    Kesimpulannya, amalan menabung amat penting dalam sebuah keluarga keranamenabung mendatangkan banyak manfaat dan tiada keburukannya. Penggemblengan

    tenaga dan usaha untuk memupuk amalan menabung amat diperlukan supaya lebih banyak

    orang memupuk amalan baik ini. Marilah semua mulai menabung sekarang kerana

    perjalanan yang beribu langkah, mestilah bermula dengan langkah yang pertama!