kandungan m/s rukun negara 3 falsafah pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf ·...

39
1 KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan Negara & Objektif Kementerian Pendidikan 4 Visi dan Misi Sekolah 5 Ikrar Pelajar 6 Ucapan 7 Takrif Disiplin & Tujuan 9 Bab A : Peraturan Datang dan Pulang dari Sekolah 10 Perkara 1 : Datang Perkara 2 : Menghadiri Kelas Tambahan atau Gerak Kerja Kokurikulum Perkara 3 : Kenderaan (Basikal atau Motosikal) Perkara 4 : Pulang Bab B : Peraturan Persekolahan 12 Perkara 1 : Masa Persekolahan Perkara 2 : Perhimpunan Perkara 3 : Di dalam bilik darjah Perkara 4 : Peraturan waktu rehat Perkara 5 : Peraturan membeli di kantin Perkara 6 : Kantin Perkara 7 : Peraturan penggunaan bilik air Perkara 8 : Tandas Perkara 9 : Kebersihan Perkara 10 : Peraturan Pelajar dan Guru Bab C: Peraturan Pakaian 16 Perkara 1 : Pakaian Seragam (Lelaki) Perkara 2 : Pakaian Seragam (Perempuan) Perkara 3 : Tudung / Telekung Mini Perkara 4 : Kasut dan sarung kaki Perkara 5 : Rambut, Misai, Janggut, Kuku Perkara 6 : Barangan Kemas / Solekan

Upload: trinhanh

Post on 30-Jan-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

1

KANDUNGAN M/S

Rukun Negara 3

Falsafah Pendidikan Negara &

Objektif Kementerian Pendidikan 4

Visi dan Misi Sekolah 5

Ikrar Pelajar 6

Ucapan 7

Takrif Disiplin & Tujuan 9

Bab A : Peraturan Datang dan Pulang dari Sekolah 10

Perkara 1 : Datang

Perkara 2 : Menghadiri Kelas Tambahan atau

Gerak Kerja Kokurikulum

Perkara 3 : Kenderaan

(Basikal atau Motosikal)

Perkara 4 : Pulang

Bab B : Peraturan Persekolahan 12

Perkara 1 : Masa Persekolahan

Perkara 2 : Perhimpunan

Perkara 3 : Di dalam bilik darjah

Perkara 4 : Peraturan waktu rehat

Perkara 5 : Peraturan membeli di kantin

Perkara 6 : Kantin

Perkara 7 : Peraturan penggunaan bilik air

Perkara 8 : Tandas

Perkara 9 : Kebersihan

Perkara 10 : Peraturan Pelajar dan Guru

Bab C: Peraturan Pakaian 16

Perkara 1 : Pakaian Seragam (Lelaki)

Perkara 2 : Pakaian Seragam (Perempuan)

Perkara 3 : Tudung / Telekung Mini

Perkara 4 : Kasut dan sarung kaki

Perkara 5 : Rambut, Misai, Janggut, Kuku

Perkara 6 : Barangan Kemas / Solekan

Page 2: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

2

Perkara 7 : Peraturan Cermin Mata dan Jam

Tangan

Bab D: Buku Teks Pinjaman (SPBT) 22

Bab E: Sistem Markah Salah Laku 22

Bab F: Peraturan Am 27

Bab G: Tegahan Khas 32

Bab H: Peraturan Tambahan 34

Perkara 1 : Pergerakan, tingkahlaku dan

Pergaulan di Sekolah

Perkara 2 : Pembawaan Barangan Larangan

Bab I: Tugas Khas 36

Perkara 1 : Pengawas

Perkara 2 : Ketua Darjah atau Penolong Ketua

Darjah

Bab J: Hukuman 37

Lampiran 1,2,3 & 4 69

Akuan Ibu Bapa / Penjaga 74

Page 3: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

3

RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan

yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat,

memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta

suatu yang adil diamana kemakmuran negara akan

dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;

menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-

tradisi kebuduyaan yang akan menggunakan sains

dan teknologi moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan

menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami, untuk

mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-

prinsip yang berikut.

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Page 4: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

4

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

PENDIDIKAN di Malaysia adalah suatu usaha

berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan

warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab

dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, negara dan masyarakat.

OBJEKTIF KEMENTERIAN PENDIDIKAN

Melahirkan bangsa Malaysia

yang taat setia dan bersepadu

Melahirkan insan yang beriman,

berakhlak mulia, berilmu,

berketerampilan dan sejahtera.

Menyediakan sumber tenaga

manusia untuk keperluan dan

kemajuan negara.

Memberi peluang-peluang

pendidikan kepada semua

warganegara Malaysia.

Page 5: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

5

VISI SMCC

SMJK Chung Cheng akan menjadi sebuah sekolah yang

cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum

bagi melahirkan pelajar-pelajar yang bersahsiah tinggi,

berilmu, berketrampilan dan mahir berfikir.

MISI SMCC

Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan

kondusif untuk mengembangkan potensi pelajar.

Meningkatkan pencapaian akademik ke tahap yang

cemerlang melalui proses

P & P yang berkualiti dan berkesan.

Membimbing pelajar-pelajar ke arah pencapaian

yang cemerlang dalam penguasaan Bahasa Melayu,

Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina.

Meningkatkan kemahiran penggunaan Teknologi

Maklumat ( ICT ) dalam kalangan staf dan

pelajar.

Membina sahsiah pelajar melalui pelbagai program

bina insan dan kokurikulum.

Page 6: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

6

Ikrar Pelajar

Bagi menjamin dan memastikan sekolah ini dapat

menuju ke arah kecemerlangan dan mencapai hasrat

Falsafah Pendidikan Negara, kami pelajar Sekolah

Menengah Jenis Kebangsaan Chung Cheng Kota Bharu,

berikrar akan

Mematuhi Prinsip-prinsip Rukun Negara

Sentiasa menjaga nama baik sekolah, guru-

guru dan ibu bapa kami

Sentiasa patuh kepada peraturan-peraturan

sekolah untuk menjadi pelajar-pelajar yang

berdisiplin dan bertanggungjawab

Sentiasa menghormati guru-guru dan rakan

tanpa mengira kaum dan agama

Sentiasa berkelakuan baik dan berakhlak

mulia

Sentiasa bersikap positif dan mengamalkan

nilai-nilai murni

Berusaha bersungguh-sungguh untuk

mencapai kecemerlangan dalam bidang

kurikulum dan kokurikulum

Sentiasa bekerjasama dengan guru-guru dan

mengamalkan sikap untuk menjaga

kebersihan dan harta benda sekolah

Page 7: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

7

PENDAHULUAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana

dengan izinNya Buku Peraturan Disiplin sekolah dapat disiap

dan diterbitkan hasil pemurnian Buku Peraturan Disiplin

Sekolah oleh AJK Badan Disiplin.

Diharapkan buku ini dapat menjadi panduan kepada

anak-anak kita, ibu bapa atau penjaga, guru-guru serta

mereka yang terlibat dalam usaha meningkatkan mutu disiplin

sekolah..

Anak-anak hendaklah sentiasa disedarkan akan

undang-undang dan peraturan. Ibu bapa pula boleh

membantu dengan meminta anak-anak mematuhi segala

peraturan, sementara guru-guru boleh bertindak mengikut

garis panduan yang telah ditetapkan.

Semoga usaha yang murni ini akan diberkati Allah

jua.

Sekian, terima kasih.

Hj.Abd.Rashid Che Abd.Rahman

PK.HEM,

SMJK Chung Cheng,

Kota Bharu

Page 8: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

8

KATA ALU- ALUAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan

terima kasih kepada Jawatankuasa Peraturan Disiplin

Sekolah kurang telah berjaya mengemaskini Buku Peraturan

Disiplin Sekolah untuk kegunaan guru-guru, ibu bapa /

penjaga dan para pelajar SMJK Chung Cheng.

Sekolah adalah institusi pendidikan yang berperanan untuk

melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu, berwawasan,

berakhlak mulia serta berdaya saing. Para pelajar merupakan

modal insan negara dan pembangunan potensi pelajar harus

dibuat secara menyeluruh untuk mengembangkan minda,

kemahiran berfikir dan pembentukan sahsiah pelajar selaras

dengan Falsafah Pendidikan Negara. Oleh itu, usaha untuk

melahirkan pelajar yang seimbang dan mempunyai tahap

disiplin yang tinggi harus diutamakan.

Diharap buku ini dapat menjadi panduan yang berguna

kepada guru-guru, ibu bapa / penjaga serta pelajar-pelajar

memahami setiap aspek peraturan sekolah dan seterusnya

mempertingkatkan mutu disiplin dalam kalangan pelajar-

pelajar sekolah ini.

Sokongan dan kerjasama semua pihak khususnya para ibu

bapa / penjaga, guru-guru dan pelajar amat diperlukan

supaya kita dapat membentuk pelajar yang berdisiplin,

berakhlak mulia dan cemerlang dalam pelajaran

“ DISIPLIN TERAS KECEMERLANGAN “

TEO SOON SENG

Pengetua

SMJK Chang Cheng

Kota Bharu, Kelantan

Page 9: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

9

TAKRIF DISIPLIN

Disiplin ialah peraturan-peraturan yang dipersetujui

oleh sesuatu kelompok atau kumpulan masyarakat bagi

mewujudkan tingkahlaku yang baik demi kesempurnaan hidup

bermasyarakat. Ia juga adalah cara berfikir yang teratur untuk

melahirkan sifat rasional, kenyakinan diri dan ketabahan hati

seseorang.

Mengikut Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji

Perlaksanaan Dasar Pelajaran, Disiplin ialah :-

a) Kesanggupan individu menghormati dan mematuhi

undang-undang sama ada disiplin itu dikenakan dari

luar atau dengan kerenahan sendiri.

b) Kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat

sesuatu dengan cukup tertib.

c) Kesanggupan menghormati hak individu yang lain.

d) Kesanggupan mengamalkan tingkahlaku yang baik

dan tidak menggangu kepentingan orang lain.

e) Kesanggupan hormat-menghornati antara satu sama

lain.

f) Mempunyai semangat tolong-menolong dan sanggup

membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha

yang membina serta sanggup berkhidmat kepada

masyarakat.

TUJUAN

Supaya dapat melahirkan individu yang

bertanggungjawab, ( sama ada kepada diri, ibu bapa,

masyarakat, agama, bangsa dan negara ) menjadi insan yang

sempurna, berilmu ( dan dapat menggunakan ilmu yang ada

untuk diri dan orang lain ) serta berpandangan positif.

Ini penting sebagai memenuhi hasrat bangsa, agama

dan negara yang inginkan rakyatnya sempurna. Oleh itu

sekolah sebagai agen pendidikan tentunya memikul tugas yang

mencabar ini.

Page 10: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

10

PINDAAN 3(95)

BAB A : PERATURAN DATANG DAN PULANG DARI

SEKOLAH

Perkara 1: DATANG

1.1 Pelajar-pelalar datang pada hari persekolahan dan

mengikut waktu yang ditetapkan kecuali dengan sebab

tertentu dan munasabah.

1.2 Pelajar yang tidak hadir mestilah memberitahu kepada

guru tingkatan atau Pengetua dengan cara menghantar

surat akuan sakit atau surat yang ditandatangani oleh

ibu bapa atau penjaga atau datang sendiri dengan

membawa surat pohon cuti yang ditandatangani oleh

ibu bapa atau penjaga

1.3 Jika pelajar tidak hadir selama 3 hari berturut-turut

atau 3 hari dalam seminggu atau banyak hari tidak

hadir tanpa sebarang sebab atau alasan, guru tingkatan

akan menghubungi ibu bapa atau penjaga melalui

surat peringatan sehingga 3 kali ulangan, dan jika

pelajar tersebut masih tidak hadir maka pelajar

tersebut akan diberhentikan persekolahannya.

1.4 Pelajar tidak dibenarkan datang lewat dari waktu yang

telah ditetapkan (sila rujuk Bab B Perkara 1). Jika

datang lewat tanpa alasan yang munasabah akan

dikenakan tindakan disiplin.

Perkara 2: MENGHADIRI KELAS TAMBAHAN ATAU

GERAK KERJA KOKURIKULUM

2.1 Pelajar-pelajar diwajibkan menghadiri kelas-kelas

tambahan atau gerakerja kokurikulum yang diadakan.

2.2 Hendaklah datang dengan berpakaian sekolah atau

pakaian beruniform atau pakaian sukan mengikut mana

yang sesuai atau mengikut arahan guru.

Page 11: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

11

2.3 Patuhi arahan guru yang mengendalikan kelas

tambahan atau gerakerja kokurikulum.

Perkara 3: KENDERAAN (Basikal & Motosikal)

3.1 Basikal dan motosikal hendaklah disimpan di tempat

yang disediakan.

3.2 Motosikal dan basikal hendaklah berkunci.

3.3 Tidak dibenarkan meletak atau meyimpan kenderaan

mereka di luar kawasan sekolah. Pihak sekolah tidak

bertanggungjawab jika kenderaan tersebut hilang atau

dicuri atau sebagainya.

3.4 Hendaklah mematuhi PERATURAN LALU/

LINTAS sama seperti kenderaan lain juga.

3.5 Pelajar-pelajar yang berbasikal atau bermotosikal ke

sekolah hendaklah memastikan basikal atau motosikal

yang diguna lengkap dan sah di sisi undang-undang

lalu/ lintas. Pengguna motosikal mesti mempunyai

lesen memandu dan topi keledar.

3.6 Setiap pengguna basikal atau motosikal hendaklah

turun apabila sampai di pintu pagar sekolah dan

menolaknya masuk sampai ke tempat letak basikal atau

motosikal yang ditetapkan.

3.7 Penggunaan motosikal pada waktu petang mestilah

mematuhi had laju yang ditetapkan iaitu tidak melebihi

5Km/j.

Perkara 4: PULANG

4.1 Sila angkat kerusi dan letakkan di atas meja apabila

loceng akhir berbunyi, kemudian beratur di luar kelas

dalam keadaan senyap.

4.2 Pelajar-pelajar hendaklah berjalan pulang dalam

keadaan berbaris hingga ke pintu pagar sekolah/

tempat basikal / motosikal.

4.3 Sentiasa patuhi peraturan lalu/ lintas di jalan raya.

4.4 Ketua kelas mesti mengunci pintu kelas sewaktu

pulang.

Page 12: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

12

BAB B PERATURAN PERSEKOLAHAN

Perkara 1 : MASA PERSEKOLAHAN (TERTAKLUK

KEPADA PERUBAHAN )

1.1 Pelajar-pelajar mestilah berada di sekolah sebelum

7.25 pagi dan berbaris di hadapan bilik darjah masing-

masing.

1.2 Masa pulang mengikut jadual persekolahan.

Perkara 2: PERHIMPUNAN

2.1 Pelajar-pelajar mesti beratur di luar bilik darjah

masing-masing pada jam 7.25 pagi menunggu arahan

pengawas-pengawas bertugas untuk berbaris ke tempat

perhimpunan.

2.2 Semasa menyanyi lagu-lagu rasmi, pelajar mesti

menyanyi dengan penuh semangat dan menunjukkan

cinta kepada sekolah dan negara.

2.3 Semasa Pengetua atau Guru-guru berucap, pelajar

dikehendaki menumpukan perhatian sepenuhnya.

2.4 Selepas perhimpunan, pelajar mestilah beredar dengan

teratur mengikut arahan pengawas-pengawas bertugas.

2.5 Semua pelajar diwajibkan menghadiri perhimpunan

sekolah dan andainya terpaksa berada di dalam kelas

(kerana sakit) pelajar berkenaan mesti memberitahu

guru bertugas.

Perkara 3: DI DALAM BILIK DARJAH

3.1 Sila berdiri dengan perintah Ketua atau Penolong

Ketua Darjah apabila guru atau mana-mana guru atau

pegawai pendidikan atau mana-mana orang yang

difikirkan perlu untuk berbuat demikian dan

mengucapkan salam atau selamat pagi atau

sebagainya.

Page 13: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

13

3.2 Pelajar hendaklah mematuhi arahan guru atau Ketua

Darjah atau Pengawas.

3.3 Sila ikuti arahan guru dalam kelas atau mana-mana

tempat yang dianggap kelas dengan tekun dan penuh

minat. Mana-mana pelajar yang engkar atau mengejek

atau melakukan perbuatan yang mengganggu

pengajaran guru atau menyakiti hati guru adalah satu

kesalahan berat dan boleh dikenakan hukuman

sewajarnya.

3.4 Sentiasa mengurus dan menjaga kebersihan bilik

darjah dan keselamatan alat-alat dan perabot dalam

bilik darjah.

3.5 Tidak dibenarkan makan minum di dalam bilik darjah.

3.6 Jangan bising sama ada guru berada atau tidak berada

di dalam kelas.

3.7 Sentiasa berkelakuan sopan antara pelajar lelaki dan

perempuan.

3.8 Apabila keluar dari bilik darjah, pelajar mesti

mendapat kebenaran guru dan mesti memakai

vest. 3.9 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan menukarkan kerusi

dan meja. Mereka adalah bertanggungjawab bagi

menjaganya supaya tidak rosak dan sentiasa bersih.

3.10 Tulisan-tulisan di papan hijau atau putih mestilah

dipadam sebelum guru lain masuk ke dalam kelas.

3.11 Pelajar-pelajar hendaklah duduk di tempat yang

ditetapkan oleh guru.

3.12 Jimatkan penggunaan elektrik. Suis lampu dan kipas

hendaklah sentiasa ditutup jika tidak ada pelajar dalam

kelas.

3.13 Mana-mana pelajar yang merosakkan harta benda di

dalam kelas dikehendaki membuat ganti rugi.

3.14 Jangan tinggalkan barang-barang berharga di dalam

kelas seperti wang dan sebagainya semasa waktu rehat,

PJ, Pelajaran Sains di makmal.

Page 14: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

14

Perkara 4: PERATURAN WAKTU REHAT

4.1 Pelajar tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah.

4.2 Dilarang berada dalam bilik darjah.

4.3 Dilarang bermain permainan (sukan) di gelanggang

atau stadium.

4.4 Pelajar hanya boleh berada di kantin, stadium mini dan

kawasan yang dibenarkan oleh pihak sekolah sahaja.

Perkara 5: PERATURAN MEMBELI DI KANTIN

5.1 Jangan berebut-rebut dan jangan berbuat bising.

5.2 Membeli hanya di tempat yang dikhaskan.

5.3 Hendaklah makan di tempat yang disediakan dan

bertertib.

5.4 Bungkusan, kulit makanan atau sisa makanan

hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang

disediakan. Pinggan, cawan dan sudu yang digunakan

hendaklah diletakkan di atas meja atau ke dalam bekas

yang disediakan.

Perkara 6: KANTIN

6.1 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan

kantin sepanjang masa persekolahan (termasuk selepas

Pendidikan Jasmani ) kecuali pada masa rehat rasmi

sahaja.

6.2 Minuman dan makanan dari kantin dilarang bawa ke

bilik darjah.

6.3 Pelajar-pelajar ditegah masuk ke dalam bilik kantin

untuk membeli makanan. Jangan bersikap kasar

dengan pekerja-pekerja kantin. JANGAN MENCURI

makanan di kantin. Bayar setiap makanan yang

diambil.

Page 15: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

15

Perkara 7: PERATURAN PENGGUNAAN BILIK AIR

7.1 Pelajar lelaki dan perempuan menggunakan bilik air

yang berasingan.

7.2 Tinggalkan bilik air dalam keadaan bersih dan paip air

tertutup.

7.3 Gunakan segala kelengkapan bilik air dengan cermat.

7.4 Jangan menconteng mana-mana bahagian bilik air.

Jangan jadikan bilik air sebagai tempat ponteng atau

sebagainya.

7.5 Pelajar dilarang menggunakan bilik air guru.

7.6 Pelajar diwajibkan menulis nama di buku yang

disediakan di luar bilik air.

7.7 Pelajar dikehendaki memakai selipar semasa masuk ke

bilik air.

Perkara 8: TANDAS

8.1 Menjaga kebersihan tandas adalah tanggungjawab

bersama semua pelajar.

8.2 Semua jenis tisu atau pembalut gula-gula atau sebarang

benda yang boleh menyebabkan saluran paip air

tersekat tidak dibenarkan membuangkannya ke dalam

sinki.

8.3 Hanya pada masa rehat atau selepas Pendidikan

Jasmani (dengan tujuan menyalin pakaian) sahaja

pelajar-pelajar dibenarkan menggunakan tandas. Pada

masa belajar, pelajar mesti mendapat kebenaran guru

dan memakai vest.

Perkara 9: KEBERSIHAN

9.1 Semua pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan

bilik darjah dan sekitar kawasan sekolah.

9.2 Setiap pelajar dikehendaki menjalankan tugas

membersihkan bilik darjah mengikut Jadual Giliran

Page 16: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

16

Bertugas yang ditetapkan, dan kerja membersih mesti

selesai SEBELUM loceng masa pertama dibunyikan.

9.3 Tong sampah khas mesti dialaskan dengan beg plastik

hitam yang disediakan dan beg plastik ini mesti dibuang

dan digantikan dengan yang baru sebelum masa pertama

juga.

9.4 Laci meja setiap pelajar mesti sentiasa bersih daripada

sampah.

9.5 Tong-tong sampah di kawasan sekolah mesti digunakan

untuk membuang sampah.

9.6 Jangan meludah di merata-rata tempat.

9.7 Jangan melukis atau menconteng di atas mana-mana

meja, dinding, di dalam tandas dan di bangunan sekolah.

Perkara 10: PERATURAN PELAJAR DENGAN GURU

10.1 Sentiasa mematuhi segala arahan, teguran atau perintah

guru.

10.2 Apabila berjumpa guru, sila beri salam atau ucap

selamat.

10.3 Berdiri tegak, tangan ke bawah bila bercakap dengan

guru.

10.4 Sentiasa bersopan santun dan berbudi bahasa.

10.5 Tanamlah sikap suka membantu guru apabila

diperlukan.

BAB C PERATURAN PAKAIAN

1.1 Baju

1.1.1 Baju kemeja putih berlengan pendek dengan satu

poket yang tidak bertudung di sebelah kiri,

berlencana sekolah (jenis kain di bahagian atas

poket) dan memakai tag nama.

1.1.2 Kaki baju mestilah dimasukkan ke dalam seluar

sepanjang masa.

Page 17: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

17

1.1.3 Butang baju perlu dikancing sehingga butang

kedua sepanjang waktu persekolahan.

1.1.4 Hanya singlet atau kemeja -T putih berlengan

pendek ( tidak berkolar dan tanpa corak )

dibenarkan dipakai di dalam kemeja sekolah.

1.1.5 Baju kemeja yang terlalu ketat adalah dilarang.

Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh

dilekatkan pada pakaian sekolah.

1.2 Seluar

1.2.1. Seluar pendek atau panjang berwarna hijau

kehitam-hitaman (dari olive) yang tidak terlalu

ketat atau terlalu besar bersesuaian dengan tubuh

badan.

1.2.2 Ukuran seluar panjang di pergelangan kaki mestilah

di antara 41cm-46cm keliling iaitu 20cm-23cm

ukuran lintang dan panjangnya tidak mencecah

lantai tetapi menutupi buku lali/mata kaki (ankle).

1.2.3. Jenis seluar “Jean” atau yang berfesyen dilarang

sama sekali.

1.2.4 Pinggang seluar mesti berada di lilitan paras pusat

dan jangan dilondehkan

1.2.5 Pelajar lelaki Tingkatan Peralihan ,Satu dan Dua

mesti memakai seluar pendek kecuali pelajar

beragama Islam dibenarkan memakai seluar

panjang.

1.3 Tali Pinggang 1.3.1 Tali pinggang yang berwarna hitam atau coklat,

saiz tidak melebihi 2.5 cm lebar dengan kepala

yang tidak berhias. Ukuran panjang sesuai dan

kemas sahaja dibenarkan.

Page 18: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

18

1.4 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Sukan

1.4.1 Singlet atau baju T bercop SMJK Chung Cheng

atau yang berwarna putih keseluruhan sahaja boleh

dipakai semasa pembelajaran Pendidikan

Jasmani.Baju T berwarna –warni berunsur iklan

tidak dibenarkan. Seluar mestilah samada biru,

hitam, atau putih sahaja.

1.4.2 Semasa menghadiri kegiatan kokurikulum, pelajar-

pelajar mesti memakai pakaian seragam sekolah,

mana-mana baju T yang bercop SMJK Chung Cheng

atau pakaian kegiatan berkenaan.Baju T yang

berunsur iklan tidak dibenarkan langsung.

Perkara 2: PAKAIAN SERAGAM (PEREMPUAN)

2.1 Blouse berwarna putih dan pinafore berwarna

biru“turquoise” dengan lencana sekolah (jenis kain ) di

sebelah kiri dan memakai tag nama. Labuh pinafore

hendaklah sampai ke lutut.

2.2 Pelajar-pelajar perempuan beragama Islam mestilah

memakai baju kurung jenis kain biasa,labuh ke paras

lutut mengikut potongan tradisional, leher teluk

belanga,. Potongan selain daripada ini tidak boleh

digunakan. Kain tudung kepala mestilah berwarna putih,

berbentuk segitiga kaki sama dan berukuran sesuai.

2.3 Baju kurung yang berkain jarang, nipis , berjalur atau

berkilat tidak dibenarkan.

2.4 Lengan baju tidak boleh dilipat kecuali di makmal dan

bengkel.

2.5 “Camisole” dan anak baju perlulah berwarna putih atau

berwarna kulit (skin colour ) dan perlu dipakai.

Page 19: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

19

2.6 Kain sarung perlulah dipakai kemas, disusun tepi dan

tidak melebihi paras buku lali.

2.7 Pakaian Pendidikan Jasmani dan Sukan

2.7.1 Baju T bercop SMJK Chung Cheng atau

berwarna putih keseluruhan sahaja dan seluar

pendek atau “Track Bottom” yang berwarna

gelap mesti dipakai pakaian yang berunsur iklan

tidak dibenarkan.

2.7.2 Pelajar perempuan beragama Islam mestilah

memakai “Track Bottom” panjang berwarna

gelap dan T shirt berlengan panjang. Stokin

Tangan hendaklah dipakai jika T Shirt yang

dipakai oleh pelajar tersebut berlengan pendek.

2.7.3 Semasa menghadiri kegiatan-kegiatan Ko

Kurikulum (Perkara Bab C, Perkara 1 No. 1.7 )

di atas juga dikenakan ke atas pelajar-pelajar

perempuan.

Perkara 3 : TUDUNG /TELEKUNG MINI

3.1 Pelajar perempuan Islam mesti memakai tudung

/telekung mini putih dan labuhnya menutupi rambut,

dada dan belakang.

3.2 Tudung dan telekung mini hendaklah tidak berbunga

dan berfesyen.

3.3 Tidak dibenarkan menggunakan sebarang bentuk pin

pada telekung mini/tudung.

3.4 Anak tudung penuh berwarna hitam atau putih mesti

dipakai.

Page 20: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

20

Perkara 4: KASUT DAN SARUNG KAKI

4.1 Semua pelajar mesti berkasut putih sahaja. Jenis “zap-

on” dibenarkan.

4.2 Sebarang warna lain dan lukisan atau garisan berwarna

(hitam / biru dll) pada kasut dilarang.

4.3 Tali kasut yang berwarna-warni juga dilarang.

4.4 Kasut buatan kulit dilarang sama sekali.

4.5 Kasut yang dipakai mesti sentiasa dalam keadaan bersih

dan diikat dalam keadaan biasa dengan kemas.

4.6 Sarung kaki berwarna putih keseluruhan jenis

biasa mesti dipakai oleh semua pelajar. Panjangnya

mesti melebihi 8 cm di atas buku lali / mata kaki

(angkle).

4.7 Kasut pengawas tertakluk kepada Lembaga Disiplin.

Perkara 5: RAMBUT, MISAI , JANGGUT, KUKU

5.1 Rambut ( Lelaki ).

5.1.1 Rambut pelajar lelaki hendaklah sentiasa pendek

(crew-cut no. 2).

5.1.2 Rambut berwarna (diwarnakan) tidak dibenarkan.

5.1.3 Tidak dibenarkan bermisai atau berjanggut.

5.1.4 Semua jenis jel atau sebarang bahan yang

berfungsi seperti jel tidak dibenarkan.

5.2 Rambut (Perempuan)

5.2.1 Rambut pelajar perempuan hendaklah pendek dan

tidak mencecah bahu.

5.2.2 Rambut berfesyen atau dikerinting tidak

dibenarkan.

5.2.3 Rambut diwarnakan tidak dibenar.

5.2.4 Pin rambut yang bersaiz kecil dan berwarna

hitam sahaja dibenarkan.

Page 21: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

21

5.3 Kuku

5.3.1 Kuku pelajar lelaki dan perempuan hendaklah

sentiasa pendek dan bersih.

5.3.2 Sebarang inai kuku tidak dibenarkan.

Perkara 6: BARANG KEMAS / SOLEKAN

6.1 Semua pelajar dilarang memakai barang kemas dan

perhiasan diri seperti cincin, gelang tangan, gelang kaki,

rantai leher dan anting-anting.

6.2 Pelajar-pelajar tidak dibenarkan bersolek.

6.3 Pelajar yang memakai azimat atau sebagainya dengan

tujuan melindungi diri dibenarkan dengan syarat ia tidak

terdedah (tersembunyi dalam pakaian ).

Perkara 7: PERATURAN PEMAKAIAN CERMIN

MATA DAN JAM TANGAN

7.1 Peraturan Pemakaian cermin mata

7.1.1 Semua pelajar tidak dibenarkan memakai cermin

mata yang berfesyen.

7.2 Saiz bingkai cermin mata dan warna cermin perlu

mematuhi kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti

berikut :

7.2.1 Bingkai plastik hitam atau bingkai logam

berwarna emas atau perak, silver dan coklat.

7.2.2 Warna-warna lain tidak dibenarkan.

7.2.3 Bingkai yang memagar kaca mata juga perlu

bersaiz nipis.

7.2.4 Kaca mata hendaklah berwarna putih(lutsinar).

7.3. Pelajar dilarang memakai jam tangan yang berfesyen.

Page 22: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

22

BAB D : BUKU TEKS PINJAMAN (SPBT)

1. Segala butir seperti nama peminjam, tingkatan dan tahun

hendaklah dituliskan pada ruang yang dikhaskan.

2. Pelajar-pelajar hendaklah menentukan agar buku-buku

teks pinjaman dalam keadaan baik.

3. Pelajar-pelajar MESTI membalut setiap buku teks dengan

hanya plastik lut sinar.

4. Jangan meninggalkan buku teks di sekolah atau di merata-

rata tempat.

5. Jangan memberi pinjam buku teks kepada orang lain

kecuali dengan kebenaran daripada Guru SPBT.

6. Sebarang kerosakan dan kehilangan buku teks akan

dikenakan denda ganti rugi:

a. Mengganti dengan buku baru, atau

b. Membayar dengan kos harga buku baru.

7. Setiap kali meminjam atau memulangkan buku teks

mestilah melalui Guru Tingkatan atau Guru SPBT.

8. Peminjaman dan pemulangan buku teks hendaklah

disahkan dengan menandatangai Borang SPBT (G).

9. Sebarang pelanggaran terhadap peraturan-peraturan yang

disediakan ini boleh menyebabkan buku teks pinjaman

ditarik balik.

BAB E : SISTEM MARKAH SALAH LAKU

Bagi setiap kesalahan yang melanggar Peraturan-Peraturan

Sekolah, markah tatatertib akan dicatat dalam REKOD

MARKAH SALAH LAKU HARIAN DAN FAIL

PELAJAR berkenaan. Dalam sistem ini, setiap pelajar

dimulakan dengan markah 0. Setiap kesalahan pelajar akan

direkodkan mengikut salah laku disiplin seperti berikut:-

Page 23: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

23

(Markah Salah laku 20 )

1. Bersikap biadap terhadap guru / engkar perintah/

menggelar guru.

2. Berdua-duaan / berkhalwat dalam kawasan sekolah.

3. Bergaduh / bertumbuk / memukul pelajar lain di dalam

kawasan sekolah dengan menggunakan senjata / alat dan

menyebabkan kecederaan pelajar lain.

4. Ponteng sekolah.

a) Keluar sekolah tanpa kebenaran semasa waktu

persekolahan.

b) Didapati datang pada waktu pagi tetapi tidak hadir ke

sekolah.

5. Mewarnakan rambut.

6. Bermain mercun atau membawa mercun dalam kawasan

sekolah.

7. Berjudi dalam kelas / kawasan sekolah.

8. Peras ugut pelajar lain/ melakukan buli,

penderaan/paksaan yang membawa kepada ketakutan atau

kehilangan harta benda.

9. Merokok/membawa, mengedar atau menyimpan rokok di

dalam atau di luar kawasan sekolah.

10. Membawa bahan lucah ke sekolah.

11. Meminjam duit/ memberi pinjam duit sehingga

menimbulkan pertelingkahan / pergaduhan / masalah

kewangan.

12. Mengeluarkan kata-kata lucah, kesat dan melakukan

tindakan yang bersifat lucah kepada guru dan pelajar.

13. Bersubahat dalam melakukan kes-kes disiplin yang berat.

Page 24: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

24

(Markah Salah laku 10)

1. Merosakkan harta benda sekolah (pelajar tersebut juga

dikehendaki membayar ganti rugi).

2. Memakai barang kemas, cermin mata / jam tangan yang

tidak dibenarkan.

3. Datang ke sekolah selepas 8.00 pagi.

4. Ponteng kelas.

5. Dikenakan berdiri di luar kelas / kakilima kelas oleh guru

tetapi menghilangkan diri tanpa kebenaran daripada guru

berkenaan.

6. Berinai / bertatu.

7. Ejek-mengejek antara satu sama lain / bergurau senda

yang keterlaluan sehingga menyebabkan perkelahian.

8. Menipu pengetua atau guru.

9. Meniru dalam peperiksaan atau membenarkan rakan-rakan

meniru jawapan (tidak jujur).

(Markah Salah laku 5)

1. Rambut panjang / rambut berjel.

2. Bercakap / berbual-bual semasa guru sedang mengajar

dan mengganggu P & P dalam kelas.

3. Bercakap-cakap semasa perhimpunan di stadium.

4. Keluar kelas tanpa kebenaran / merayau-rayau di luar

bilik darjah.

5. Tidak beratur semasa berpindah ke makmal / bengkel /

perpustakaan / bilik seminar.

6. Membuang sampah di merata-rata tempat.

7. Tidak menjalankan tugas harian untuk membersihkan

kelas.

8. Tidak berpakaian kemas seperti:-

a) Separuh daripada baju sengaja dikeluarkan daripada

seluar.

b) Sengaja memakai stoking yang pendek (di bawah buku

lali).

c) Tiada tag nama.

Page 25: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

25

9. Bergurau dalam kelas sehingga memecahkan kaca tingkap

(ganti rugi juga dikenakan).

10. Membuat bising dalam kelas semasa ketiadaan guru.

11. Tidak hadir sekolah pada hari Isnin (hari perhimpunan)

tanpa surat sakit (MC) atau maklum dari ibu bapa / tidak

hadir ke sekolah tanpa sebab terutamanya hari Khamis.

12. Kuku panjang.

13. Berselipar tanpa surat kebenaran daripada PK HEM.

14. Lewat ke sekolah (tiba sebelum pukul 8.00 pagi).

15. Tingkah laku lain yang melanggar peraturan disiplin yang

dianggap ringan.*

*Kes-kes salah laku yang berat yang tidak disenaraikan akan

diputuskan rekod markahnya oleh Badan Disiplin Sekolah.

Kes-kes Khas

1. Tidur dalam kelas semasa guru sedang mengajar.

Guru berkenaan perlu mencatatkan kelakuan ini dan

mengambil tindakan sendiri. Selepas 3 kali baru serahkan

kepada PK HEM / PKP / Pengetua untuk tindakan

selanjutnya.(salinan kepada SU Disiplin untuk direkod).

2. Sentiasa tidak membuat kerja rumah.

Guru berkenaan perlu mengambil tindakan sendiri. Jika

potongan markah mencapai 30 mata, maka guru

berkenaan perlu menyerahkan salinan fotostat rekod

penghantaran buku latihan kepada Guru Kanan berkenaan

dan PKP untuk tindakan selanjutnya.

(1 salinan diserahkan kepada SU Disiplin untuk direkod).

Page 26: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

26

TINDAKAN TATATERTIB

Tindakan Tatatertib yang setimpal dengan jenis kesalahan

akan diambil ke atas setiap pelajar mengikut Markah Salah

Laku Melonggok (Jumlah markah terkumpul).

1. Jika mata mencapai 60, ibu bapa akan dipanggil ke sekolah

untuk perbincangan. Walau bagaimanapun, jika pelajar

pelajar melakukan kesalahan BERAT( markah salah laku

belum mencapai 60 ), ibu bapa akan dpanggil ke sekolah.

dirujukkepada kaunselor untuk sesi kaunseling.

2.Jika pelajar masih melakukan kes-kes disiplin yang serius

atau markah mencapai 100 mata, ibu bapa akan dipanggil

semula ke sekolah untuk menandatangani satu surat

perjanjian untuk berlakuan baik. Pelajar bersama ibu

bapanya akan diruju kepada kaunselor untuk kaunseling

selanjutnya.

3. Jika mata terus meningkat lagi atau melakukan kesalahan-

kesalahan berat, pelajar akan digantung persekolahan dan

tindakan selanjutnya.

CATATAN:

Bagi kesalahan-kesalahan lain yang tidak

disenaraikan dalam buku panduan disiplin ini yang menurut

budi bicara Pengetua sebagai pelanggaran tatatertib, markah

tatatertib setimpal dengan kesalahan akan ditentukan oleh

Pengetua.

Page 27: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

27

BAB F : PERATURAN AM

1. Sentiasa membina diri dengan nilai dan ajaran agama /

moral serta tingkahlaku yang baik supaya menjadi insan

yang berakhlak mulia.

2. Pelajar hendaklah sentiasa mengamal dan mematuhi

peraturan sekolah.

3. Sentiasa menjaga kebersihan diri dan pakaian yang

menggambarkan kesucian dan keimanan seseorang.

4. Sentiasa menjaga nama baik sekolah.

5. Bekerjasama / saling memahami dan hormat-

menghormati sesama rakan sebaya.

6. Mengambil bahagian dalam lapangan sukan dengan

semangat kesukanan.

7. Menjadi ahli persatuan atau kelab serta mematuhi

peraturannya.

8. Sentiasa menjaga alat dan harta kepunyaan sendiri dan

sekolah.

9. Bekerjasama dalam menjaga kebersihan sekolah dan bilik

darjah.

10. Dilarang menconteng mana-mana bahagian sekolah.

11. Mematuhi segala arahan Pengetua / Pen.Kanan /

Pen.Kanan HEM / Guru-guru / Ketua Pengawas /

Pengawas / Ketua Darjah / Pen. Ketua Darjah atau mana-

mana orang yang memangku jawatan tersebut.

12. Pelajar-pelajar mesti sampai ke sekolah selewat-

lewatnya 5 minit sebelum masa persekolahan bermula.

Pelajar yang sampai selepas 7.30 pagi ditakrifkan

LEWAT. 13. Pelajar-pelajar tertakluk kepada peraturan sekolah semasa

berada di sekolah atau waktu belajar dan pihak sekolah

berhak mengambil tindakan jika pelajar melakukan apa-

apa kesalahan.

14. Setiap pergerakan dari bilik darjah ke makmal sains,

bilik KH dan sebarang pertukaran kelas dan

sebaliknya, pelajar-pelajar hendaklah bergerak

dalam satu barisan yang kemas dan teratur.

Page 28: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

28

15. Pelajar-pelajar mesti beratur di luar bilik darjah masing-

masing sebelum loceng pertama dan loceng waktu

selepas rehat dibunyikan sementara menunggu ketibaan

guru.

16. Pelajar-pelajar dilarang berkeliaran di luar dan di dalam

bilik darjah sepanjang masa persekolahan.

17. Pelajar-pelajar dilarang membuat bising di dalam bilik

darjah dan mengusik rakan-rakan sedarjah ketika

ketiadaan guru di dalam bilik darjah. Duduk di dalam

bilik darjah dan buat sesuatu yang berfaedah: masa itu

emas.

18. Pelajar-pelajar dilarang sama sekali makan gula- gula

atau sebarang makanan dan minuman dalam kelas

walaupun semasa rehat.

19. Pelajar-pelajar digalakkan bertutur dalam Bahasa

Malaysia, Bahasa Mandarin dan Bahasa Inggeris. Jangan

menggunakan bahasa loghat daerah.

20. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan keluar dari kelas

semasa pelajaran sedang dijalankan, melainkan mendapat

kebenaran dari GURU.

21. Hanya SEORANG pelajar sahaja dibenarkan keluar ke

tandas atau urusan lain semasa pembelajaran dengan

memakai vest dan mendapat kebenaran dari guru. Jika

lebih daripada seorang pelajar terpaksa keluar kerana

urusan tertentu, surat kebenaran Pengetua diperlukan.

22. Pelajar-pelajar TIDAK dibenarkan berada dalam kelas

semasa Pendididkan Jasmani dijalankan di luar bilik

darjah.

23. Pelajar-pelajar dilarang memasuki Pejabat Sekolah, Bilik

Guru, makmal Sains, bilik KH dan Setor Sukan tanpa

kebenaran guru.

24. Semua pelajar tidak dibenarkan berada di kawasan

basikal atau motosikal atau motokar sepanjang masa

persekolahan.

25. Pelajar tidak dibenarkan membawa majalah / buku

hiburan, alat permainan eletronik, radio, “walkman”, pita

video, VCD, CD, MP3/4, PDA/ kamera dan lain-lain

Page 29: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

29

yang tidak kena-mengena dengan pembelajaran ke

sekolah.

26. Setiap pelajar yang tidak hadir ke sekolah hendaklah

menghantar satu surat rasmi yang ditandatangani oleh

ibu bapa / penjaga yang sah di sisi undang-undang

dengan menyatakan dengan jelas sebab-sebab kenapa ia

tidak dapat hadir ke sekolah, atau dengan surat doktor.

Kegagalan berbuat demikian akan ditafsirkan sebagai

Ponteng Sekolah dan boleh diambil tindakan tatatertib.

27. Sekiranya seorang pelajar tidak hadir ke sekolah tiga

hari berturut-turut tanpa berita, alasan atau surat rasmi,

persekolahannya akan DITAHAN dan ibu bapa /

penjaganya mesti memberi keterangan yang boleh

diterima sebelum ia dibenarkan bersekolah semula.

28. Pelajar-pelajar dilarang mengatur / menganjur sesuatu

lawatan/perjumpaan/perkelahan/perkhemahan dan

sebagainya atas nama sekolah tanpa kebenaran pengetua.

29. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan mengadakan sebarang

majlis, jamuan perpisahan, perayaan keraian atau

sebagainya tanpa kebenaran pengetua.

30. Dilarang menjual atau berniaga dalam kawasan sekolah.

31. Segala apa yang dipinjamkan dari pihak sekolah

hendaklah dipulangkan mengikut masa yang ditetapkan.

32. Melaporkan sebarang kejadian, pergaduhan, kecederaan

atau kemalangan kepada Pengetua/guru-guru

disiplin/guru-guru bertugas.

33. Penglibatan dengan kegiatan jenayah; Pihak sekolah

tidak bertanggungjawab terhadap pelajar yang terlibat

dengan kejadian jenayah di luar sekolah.

34. Para pelajar hendaklah menghormati para pelawat atau

sesiapa jua yang datang ke sekolah. Oleh itu, adalah

menjadi kesalahan jika mengganggu atau berkelakuan

tidak sopan pada waktu berkenaan.

35. Jika ibu bapa/penjaga dipanggil oleh pihak sekolah bagi

menyelesaikan kes disiplin. Pelajar itu hendaklah dengan

segera memberitahu ibu bapa/penjaga supaya hadir ke

sekolah sebagaimana yang diberitahu secara lisan atau

Page 30: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

30

dinyatakan dalam surat yang dikirim melalui pelajar dan

sebagainya. Kegagalan berbuat demikian boleh

menyebabkan pelajar itu tidak dibenarkan hadir ke

sekolah sehingga ibu bapa/penjaga hadir atau tindakan-

tindakan sewajarnya boleh diambil ke atas pelajar

berkenaan.

36. Pelajar hendaklah menghormati guru dan mematuhi

arahan guru termasuk Ketua Pengawas, Pengawas-

pengawas serta Ketua Tingkatan.

37. Kecemasan /Kebakaran

Arahan-Arahan Am

1. Sesiapa sahaja yang mengetahui berlakunya

kebakaran di bangunan sekolah hendaklah

melaporkan dengan segera kepada pengawas / guru /

guru bertugas / pentadbir.

2. Apabila loceng sekolah dibunyikan secara pendek

dan berturut-turut semua kakitangan dan murid mesti

meninggalkan kelas tanpa membawa beg.

3. Murid mesti beratur dan menuju ke tempat

berhimpun dengan diawasi oleh guru.

4. Pihak sekolah hendaklah serta merta berhubung terus

dengan pihak bomba atau penyelamat melalui

nombor 999.

5. Jangan memekik-mekik atau merasa takut atau

cemas. Ini adalah untuk mengelakkan kekecohan dan

kelam kabut.

Arahan Untuk Murid

1. Hendaklah keluar dari bangunan sekolah atau kelas

dengan cepat dan senyap tetapi dalam keadaan

tenang ke tempat berkumpul.

2. Jalan-jalan tertentu hendaklah mengikut pelan yang

telah diedarkan .

3. Semasa berada di tangga atau tempat sempit jangan

bertolakan dan berasak-asak.

Page 31: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

31

4. Semasa sampai di tempat berhimpun hendaklah

berkumpul separti yang di arahkan dalam latihan

kebakaran.

5. Guru kelas atau guru yang mengajar hendaklah

mengambil kedatangan murid kelas tersebut.

6. Bersurai balik ke kelas apabila loceng dibunyikan.

Tindakan guru Dan Murid

1. Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran

hendaklah dihentikan sebaik loceng kebakaran

dibunyikan.

2. Semua murid dikehendaki keluar dari

kelas,makmal,perpustakaan dan lain-lain tempat

dengan serta merta dan beratur dengan baik

menghala ke tangga yang akan digunakan untuk

meninggalkan tempat itu.Pastikan semua

suis,gas,pintu kelas ditutup.

3. Pengawas bertanggungjawab mengawal

ketenteraman semas murid keluar ke tempat

berhimpun.

4. Dengan kawalan guru semua murid harus berjalan

dengan cepat ke tempat berhimpun mengikut jalan

kecemasan yang ditetapkan.

5. Kerani sekolah akan menghantar buku kedatangan

murid kepada guru-guru melalui pembantu pejabat.

Guru memanggil nama murid dan membuat senarai

murid yang hilang dan masih berada di kelas.

Senarai nama murid harus dihantar kepada guru

yang bertanggungjawab mengenai kebakaran.

Page 32: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

32

Tindakan Guru Bertugas

1. Berada segera di tempat berkumpul.

2. bekerjasama dengan guru tingkatan mengawal dan

mententeramkan murid-murid masing-masing.

3. Mengambil butir-butir mengenai bilangan murid

dan nama murid yang tercicir dalam tiap-tiap kelas

daripada guru-guru tingkatan.

Tindakan Kakitangan Sekolah

1. Mestilah bersedia mengarahkan kereta bomba yang

datang memberi bantuan.

2. Bersedia juga dengan kunci-kunci yang diperlukan

3. Bertindak dengan segera dan pantas mengambil

alat-alat pemadam api dan alat mestilah dibuat

pemeriksaan supaya pemadam api berfungsi dengan

baik untuk digunakan sebelum kedatangan pihak

bomba.

BAB G: TEGAHAN KHAS

Perkara-perkara tatatertib yang dianggap berat adalah ditentukan

oleh Surat Pekeliling Iktisas Bil.9/1975 seperti di bawah :

1. Menjadi ahli pertubuhan haram.

2. Membawa senjata merbahaya dengan tujuan jahat.

3. Memukul guru.

4. Mengancam guru-guru atau Pengetua.

5. Melanggar peraturan-peraturan dan undang-undang yang

ditetapkan oleh pihak Sekolah dan Kementerian

Pendidikan.

6. Menulis atau SMS atau membuat kenyataan kepada surat

khabar tanpa memberitahu pihak sekolah.

7. Sengaja merosakkan harta persendirian guru-guru atau

pelajar-pelajar.

Page 33: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

33

8. Sengaja merosakkan harta kerajaan /sekolah.

9. Mencuri.

10. Mangacam pelajar-pelajar lain-ancaman serius dan

berbahaya.

11. Menghisap rokok, menghidu gam dan mengambil dadah (

Surat Pekeliling Iktisas Bil.6/75 dan 7/75 ).

12. Berjudi.

13. Membawa, menyimpan, mengedar,meminum minuman

keras atau yang memabukkan dalam kawasan sekolah.

14. Masih membantah hukuman guru - sekalipun sudah dua

atau tiga kali amaran.

15. Menunjukkan sikap bongkak dan membuat penghinaan

kepada guru atau Pengetua.

16. Sengaja menimbulkan sesuatu perkara yang sensitif dengan

tujuan menimbulkan kacau bilau dan perpecahan kaum.

17. Melanggar peraturan-peraturan tatatertib atau menangkis

yang menurut budi bicara pengetua sebagai pelanggaran

tatatertib yang berat.

18. Membawa, membaca, menunjuk atau menyebarkan bahan-

bahan dan gambar lucah.

19. Menipu (misalnya meniru dalam ujian / peperiksaan,

mengubah markah meniru tandatangan ibu bapa / penjaga ).

20. Bergaduh dan bertengkar.

21. Ponteng sekolah atau ponteng kelas.

22. Memasuki persatuan / pertubuhan luar tanpa kebenaran

bertulis dari pihak sekolah / PPD / JPN.

23. Mencalar/mencederakan diri sendiri secara sengaja

24. Mengusik / mempersenda pelajar dan guru.

25. Masuk ke dalam tandas guru/ tandas yang tidak dikhaskan

untuknya.

26. Membuat sebarang pungutan wang tanpa kebenaran pihak

sekolah.

27. Sengaja tidak membawa buku teks atau buku latihan dan

lain-lain keperluan pelajaran.

28. Menghalang atau menggagalkan usaha untuk menyiasat

pelajar yang bersalah.

Page 34: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

34

BAB H: PERATURAN TAMBAHAN

Perkara 1: Pergerakan, Tingkah Laku dan Pergaulan di

Sekolah.

1. Dilarang meludah merata-rata.

2 Dilarang berlari, bergurau, berbual (yang menganggu

kawan atau kelas lain ) dalam bilik darjah.

3. i. Dilarang membuat hubungan cinta atau mengutus

surat cinta antara sesama pelajar atau orang luar.

ii. Pelajar lelaki ditegah berdua-dua dengan pelajar

perempuan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas.

iii. Pelajar lelaki ditegah duduk bersama pelajar

perempuan pada bangku sama ada di dalam kelas atau di

luar kelas.

iv. Pelajar lelaki dan perempuan dilarang mengadakan

kakak angkat atau abang angkat di dalam sekolah atau di

luar sekolah kecuali setelah mendapat kebenaran rasmi

daripada kedua-dua ibu bapa.

v. Pelajar lelaki atau perempuan dilarang mengadakan

hubungan surat menyurat, hubungan telefon atau

sebagainya dengan orang luar yang bukan warisnya. Pihak

sekolah dengan kuasa yang diberikan oleh pengetua tidak

teragak-agak membuka mana-mana surat yang dihantar

kepada pelajar sekolah ini tanpa terlebih dahulu

memberitahu pelajar.

5. Dilarang berjumpa dengan pelawat tanpa kebenaran guru

/Pengetua.

6. Dilarang menyimpan / membawa risalah yang salah di segi

undang-undang negara, kaset politik atau berpolitik, buku

cerita yang berunsur cinta, gambar atau lukisan yang

mengghairahkan /lucah atau apa-apa bahan yang dianggap

lucah.

7. Dilarang membawa radio / kaset, sebarang alat / benda

yang bertujuan untuk hiburan semasa bersekolah.

8. Dilarang berada di sekitar/berdekatan makmal sains.

9. Dilarang berada di sekitar bangunan Kemahiran Hidup.

Page 35: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

35

10. Dilarang berada di tempat letak kereta guru, basikal guru

atau motosikal guru pada bila-bila masa.

11. Dilarang berada di kantin sekolah semasa persekolahan

sedang dijalankan.

12. Dilarang berada di kawasan hijau atau mana-mana taman

yang boleh merosakkan kecantikan semulajadi kawasan

tersebut.

13. Dilarang berada di Bilik Guru (tanpa kebenaran guru

),Bilik Persediaan,Pusat Sumber sekolah,Bilik APD, Bilik

Pengakap, Musalla (hanya waktu tertentu ) dan mana-

mana bilik yang dilarang.

Perkara 2:Pembawaan Barang Larangan

2.1 Telefon Bimbit

1. Pelajar tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke

sekolah.

2. Jika didapati bersalah, telefon bimbit berkenaan akan

dirampas dan hanya boleh dituntut pada atau selepas

31hb. Disember tahun semasa.

3. Hanya penjaga dan ibu bapa boleh membuat tuntutan

selepas tarikh penahanan di atas.

2.2 Mercun

1. Pelajar-pelajar dilarang membawa sebarang bentuk/

jenis mercun ke sekolah.

2. Pelajar-pelajar yang didapati membawa mercun,

membakar mercun di kawasan sekolah akan dikenakan

hukumam yang berat.

Page 36: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

36

CATATAN

Panduan Disiplin sekolah (pindaan) ini tidak termasuk

Pekeliling Kementerian dan boleh dipinda pada bila-bila

masa jika difikirkan perlu oleh Pengetua, Lembaga Disiplin

dan Majlis Tertinggi Sekolah asalkan tidak bercanggah /

berubah dari matlamat asal undang-undang ini digubal.

BAB I: TUGAS KHAS

PENGAWAS

1. Pengawas dilantik oleh Lembaga Disiplin sekolah

berdasarkan kebolehan, kepimpinan dan sebagainya.

2. Ia bertanggungjawab membantu guru untuk mengekalkan

disiplin sekolah berada di tahap yang memuaskan.

3. Sila jalankan tugas seperti yang ditetapkan oleh Lembaga

Disiplin Sekolah / Badan Pengawas.

4. Gunakan budi bicara apabila berdepan dengan pelajar yang

melanggar disiplin sekolah dan melaporkan kepada guru

apabila ada pelajar yang engkar perintah / lawan arahan

pengawas.

5. Pengawas sentiasa dilindungi oleh undang-undang sekolah

kecuali pengawas tersebut melanggar disiplin sekolah

maka tindakan susulan terserah kepada Lembaga Disiplin

Sekolah.

Page 37: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

37

KETUA DARJAH /PENOLONG KETUA DARJAH

1 Dilantik oleh guru tingkatan berdasarkan kebolehan

kepimpinan seseorang pelajar.

2 Bertanggungjawab mengawasi kelas terutama bila tiada

guru supaya kelasnya berada dalam keadaan tenang.

3. Sila menegur mana- mana pelajar yang nakal / liar yang

mengganggu ketenteraman kelas. Sila laporkan kepada

guru kelas jika ada pelajar yang engkar perintah.

4. Mengawasi pelajar yang keluar masuk kelas ketika

ketiadaan guru (Peraturan ini akan dikemaskinikan setiap

masa).

5. Sila jemput guru yang lewat masuk ke kelas.

6. Pastikan kelas dalam keadaan bersih setiap masa, aman dan

tenteram, sesuai dengan tempat belajar.

7. Sentiasa bekerjasama dengan guru kelasnya terutama untuk

mengekalkan disiplin pelajar kelasnya di tahap yang tinggi.

BAB J: HUKUMAN

Hukuman akan dikenakan kepada pelajar yang

melanggar peraturan sekolah seperti di bawah :-

1. Sistem Markah Tatatertib dilaksanakan.

2. Nasihat /Kaunseling.

3. Amaran Lisan /Bertulis.

4. Denda atau merotan (terserah kepada Lembga Disiplin

sekolah atau Pengetua.

5. Menghantar surat kepada ibu bapa

6. Memanggil ibu bapa ke sekolah

7. Perjanjian tatatertib

8. Gantung Persekolahan sehingga 2 minggu

9. Buang sekolah

Page 38: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

38

Hukuman ini akan dilaksanakan mengikut keadaan dan

jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar. Misalnya jika

pelajar berkenaan melakukan kesalahan BERAT maka nasihat

dan amaran tidak perlu. Oleh itu tindakan yang sesuai akan

diputuskan oleh Lembaga Disiplin.

Sukalah dinyatakan bahawa sebarang tindakan yang

dikenakan adalah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

Setiap kesalahan dan hukuman akan diberitahu kepada ibu bapa

/ penjaga dan laporan juga dihantar kepada Pejabat Pendidikan

Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri.

Dalam keadaan tertentu ibu bapa / penjaga dijemput ke

sekolah untuk berunding dengan Pengetua sebelum tindakan

atau hukuman diambil.

Contoh Potongan Rambut & Pakaian Seragam : sila rujuk

kepada muka surat 69,70,71 &72

Akuan ibu bapa / penjaga: sila rujuk kepada muka surat 73

Page 39: KANDUNGAN M/S Rukun Negara 3 Falsafah Pendidikan …sisedukv.my/smjkcckel/pdf/peraturan-bm.pdf · Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif untuk mengembangkan potensi

39