kandungan - hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/notapenerangan_r2005_1.pdf · 2017. 2. 24. ·...

12
KANDUNGAN Muka Surat PENDAHULUAN 2 MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 3 BAHAGIAN I: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108(5) AKTA CUKAI PENDAPATAN 3-9 1967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2001 DAN TAHUN TAKSIRAN BERIKUTNYA BAHAGIAN II: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108 AKTA CUKAI PENDAPATAN 9-12 1967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2000 (BERASASKAN TAHUN SEMASA) DAN TAHUN TAKSIRAN SEBELUMNYA (PERUNTUKAN KECUALIAN DAN PERALIHAN) BAHAGIAN III: PENYATA DIVIDEN DIBAYAR, DIKREDIT ATAU DIAGIHKAN DALAM 12 TEMPOH ASAS PENGAKUAN 12

Upload: others

Post on 04-Mar-2021

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

KANDUNGAN

Muka Surat

PENDAHULUAN 2

MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 3

BAHAGIAN I: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108(5) AKTA CUKAI PENDAPATAN 3-91967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2001 DAN TAHUN TAKSIRANBERIKUTNYA

BAHAGIAN II: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108 AKTA CUKAI PENDAPATAN 9-121967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2000 (BERASASKAN TAHUNSEMASA) DAN TAHUN TAKSIRAN SEBELUMNYA (PERUNTUKANKECUALIAN DAN PERALIHAN)

BAHAGIAN III: PENYATA DIVIDEN DIBAYAR, DIKREDIT ATAU DIAGIHKAN DALAM 12TEMPOH ASAS

PENGAKUAN 12

Page 2: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

2

Borang R - Penyata Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.Untuk Tahun Taksiran 2005.

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat, mulai Tahun Taksiran 2001, syarikatbermastautin di Malaysia (termasuk syarikat bermastautin di Singapura yang membayar cukai Malaysia)bertanggungjawab:

1. Mengemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (selepas ini disebutkan sebagai KetuaPengarah) dalam tempoh tujuh bulan selepas akaun ditutup satu penyata seksyen 108 yang menunjukkankredit akaun seksyen 108 (agregat perbandingan) dengan amaun cukai yang dipotong atas dividen yangdibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran (jumlah perbandingan) sertamaklumat lain yang ditetapkan.

Kegagalan mengemukakan penyata seksyen 108 adalah merupakan satu kesalahan dan jika sabitkesalahan boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM2,000 di bawah perenggan 120(1)(g).

Jika dua tempoh akaun menjadi satu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, syarikat hanya perlumengemukakan penyata seksyen 108 bagi tempoh asas berkenaan, tujuh bulan selepas akaun keduaditutup.

2. Membayar kepada Ketua Pengarah amaun lebihan, yang merupakan hutang kepada Kerajaan, jikajumlah perbandingan melebihi agregat perbandingan dalam tempoh yang ditetapkan (due date) iaitu dalamtempoh tujuh bulan selepas tarikh tutup akaun.

Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan kenaikan sebanyak 10%atas amaun lebihan tersebut [subseksyen 108(7)].

Jika syarikat gagal mengemukakan penyata seksyen 108 dan didapati telah membayar, mengkredit ataumengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan adalahmelebihi agregat perbandingan (berlaku hutang kepada Kerajaan), maka Ketua Pengarah boleh mengeluarkanpermintaan bertulis menuntut syarikat membayar lebihan tersebut bersama kenaikan sehingga 100% lebihantersebut [subseksyen 108(10)].

3. Merekod dan menyimpan semua rekod bayaran di bawah seksyen 107C atau seksyen 103 yang telahdibuat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan.

4. Melengkapi Bahagian II penyata ini terlebih dahulu (jika ada) kerana jumlah perbandingan untuk tempohasas bagi tahun taksiran 2001 dan tahun taksiran seterusnya hanya akan ditolak daripada kredit seksyen108 di Bahagian I jika baki kredit seksyen 108 pada 31.12.2000 di Bahagian II telah dikurangkan sehingga“0”.

[Baki kredit pada 31.12.2000 di Bahagian II adalah baki kredit yang dikira mengikut peruntukan seksyen108(6) yang berkuatkuasa sehingga tahun taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa)].

5. Borang R yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Lembaga Hasil Dalam Negeri,Pusat PemprosesanAras 10-18, Menara CPersiaran MPAJJalan Pandan UtamaPandan IndahKarung Berkunci 1101850990 Kuala Lumpur

Pendahuluan

Page 3: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

3

Ruangan Perkara Keterangan

Maklumat Asas Syarikat

Ruangan Perkara Keterangan

1 Baki kredit bawa Ini adalah amaun yang dibawa dari tempoh asas bagi T/T sebelumnyahadapan yang mana agregat perbandingan melebihi jumlah perbandingan.

Untuk tempoh asas bagi T/T 2005, baki kredit bawa hadapan adalahamaun di ruangan 5 Bahagian I Borang R bagi T/T 2004.

2 Kredit bagi Ini adalah jumlah:tempoh asas (cukai dibayar + kredit cukai S. 110) - (cukai dibayar balik)

2A Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang telah dibayar (sama ada dibuat melaluiansuran atau selepas notis taksiran dikeluarkan) dalam tempoh asasbagi suatu T/T tidak termasuk bayaran penalti serta bayaran kepadaLHDN sebab terlebih menuntut kredit seksyen 110.

Contoh 1: Dilaporkan dalam Borang C T/T 2005Cukai dikenakan RM 50,000tolak: S. 110 56,000

Bayaran balik (6,000)

Taksiran dipinda kerana syarikat telah terlebih menuntut tolakan S.110.Pindaan untuk T/T 2005 pada 15.3.2007.

Cukai dikenakan 50,000campur: cukai dahulu dibayar

balik 6,000

56,000tolak: S. 110 (sebenar) 52,000

Cukai kena dibayar kepada LHDN 4,000

(walaupun syarikat kena bayar RM4,000, amaun ini tidak diambilkirasebagai cukai dibayar kerana ini adalah berbangkit daripada terlebihmenuntut tolakan S. 110 sebelum ini)

(a) Nama Syarikat Nama syarikat seperti yang didaftarkan di pejabat Suruhanjaya SyarikatMalaysia.

(b) Nombor Fail Nombor fail rujukan cukai pendapatan syarikat.

(c) Tempoh Asas Tempoh asas syarikat bagi tahun taksiran berkenaan.Contoh: Dari 01.07.2004 hingga 30.06.2005 (T/T 2005)

(d) Nombor Nombor pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.PendaftaranSyarikat

BAHAGIAN I: Penyata Di Bawah Seksyen 108(5) ACP 1967Bagi Tahun Taksiran 2001 Dan Tahun Taksiran Berikutnya

Page 4: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

4

Ruangan Perkara Keterangan

2A(I) Bayaran ansuran Masukkan jumlah ansuran di bawah S.107C yang telah dijelaskan dalamdi bawah seksyen tempoh asas berkenaan.107C

Contoh 2:

Syarikat Alam Sdn Bhd. menutup akaun pada 30 Jun. Tempoh asassyarikat bagi T/T 2005 adalah 1.7.2004–30.6.2005.

Ansuran di bawah S.107C ditetapkan sebanyak RM10,000 sebulanbermula pada bulan Ogos 2004 sehingga bulan Julai 2005.

Jika semua ansuran dibayar pada tarikh yang ditetapkan, jumlah ansuransehingga 30.6.2005 (akhir tempoh asas), adalah RM110,000. Makauntuk T/T 2005, amaun yang ditunjukkan di ruangan ini adalah RM110,000.

Ansuran terakhir sebanyak RM10,000 dibayar pada bulan Julai 2005diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2005–30.6.2006 bagi T/T 2006.

Catatan: Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan2F) yang digunakan sebagai kredit cukai untuk menolak ansuran kenabayar tahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambilkira adalah sepertiyang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(II) Bayaran cukai di Masukkan amaun baki cukai kena bayar bagi suatu T/T dalam tempohbawah subseksyen asas apabila baki cukai tersebut dijelaskan.103(1)

Contoh 3 (Lanjutan contoh 2):

Sehingga 30.12.2005, jumlah ansuran yang telah dibayar adalahRM120,000.

Katakan: Cukai kena bayar bagi T/T 2005 adalah RM150,000.

Baki cukai bagi T/T 2005 sebanyak (RM150,000–RM120,000) = RM30,000ini dibayar pada 31.12.2005 mengikut S.103(1). Maka amaunRM30,000 ini diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2005–30.6.2006 untukT/T 2006.

Catatan: Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan2F) yang digunakan sebagai kredit cukai untuk menolak cukai kenabayar tahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambilkira adalah sepertiyang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(III) Bayaran cukai di Amaun ini adalah bayaran cukai/baki cukai yang dibayar mengikutbawah subseksyen notis taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak termasuk103(2) bayaran penalti di bawah S.112(3)/S.113(2).

Contoh 4:

Notis cukai tambahan bagi T/T 2005 dikeluarkan pada 30.3.2007 dengantambahan cukai sebanyak RM20,000 (termasuk penalti S.112(3) sebanyakRM5,000) dibayar pada 29.4.2007.

Amaun baki cukai yang dibayar sebanyak RM15,000 di bawah S.103(2)akan diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2006–30.6.2007 (T/T 2007)iaitu apabila cukai tambahan tersebut dijelaskan.

Nota: Bagi kes-kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada kes-kes penyiasatan di mana bayaran pendahuluan telah dibuat (sebelumnotis taksiran komposit berkenaan dikeluarkan), jika ada, amaun bayaranpendahuluan tersebut akan dianggap cukai dibayar dalam tempoh asasnotis taksiran berkaitan dikeluarkan.

Page 5: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

5

Ruangan Perkara Keterangan

2B Kredit cukai Kredit cukai S.110 adalah cukai dipotong atas dividen yang diterima.seksyen 110 Amaun ini diambilkira dalam tempoh asas dividen diterima terhad kepada

amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolak rebat di bawahS.6B dan pelepasan S.132/S.133 bagi T/T berkenaan.

Amaun cukai dikenakan ini boleh diketahui dengan merujuk kepadapengiraan cukai di Borang C T/T berkenaan.

2B(I) Jumlah kredit Amaun ini adalah jumlah cukai dipotong atas semua dividen yangseksyen 110 diterima oleh syarikat dalam tempoh asas tersebut.

Bagi T/T 2005, rujuk ruangan AII Borang C T/T 2005.

Contoh 5:

Akaun syarikat disediakan bagi tempoh berakhir 31.12.2005, yang jugamerupakan tempoh asas bagi T/T 2005, menerima dividen daripada 2syarikat subsidiari pada 3.6.2005 dan 20.9.2005 dengan jumlah kasarsebanyak RM10,000 dan RM100,000 masing-masing.

Jumlah kredit S. 110 yang diambilkira dalam tempoh asas ini adalahcukai dipotong atas kedua-dua dividen iaitu RM2,800 dan RM28,000= RM30,800.

2B(II) Cukai dikenakan Ini adalah amaun cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai.Bagi T/T 2005, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A5A danA6 Borang C T/T 2005.

2B(II)(a) Rebat seksyen 6B Bagi T/T 2005, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A9 BorangC T/T 2005.

2B(II)(b) Pelepasan Bagi T/T 2005, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A13 Borangseksyen 132 C T/T 2005.

2B(II)(c) Pelepasan Bagi T/T 2005, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A14 Borangseksyen 133 C T/T 2005.

2B(II)(d) Jumlah Ini adalah amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolakrebat di bawah S.6B dan pelepasan S.132/S.133.

Amaun yang dimasukkan adalah amaun di ruangan 2B(II) tolak jumlahamaun ruangan B(II)(a) hingga B(II)(c).

2C Amaun dari Jumlah kredit S.110 yang diambilkira bagi suatu tempoh asas tidakRuangan B(I) boleh melebihi cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai ditolakatau Ruangan rebat S.6B dan pelepasan S.132/S.133 bagi sesuatu T/TB(II)(d) yangmana lebih Amaun dimasukkan di ruangan ini adalah amaun dari ruangan B(I) ataurendah B(II)(d), yang mana lebih rendah.

Contoh 6:

Amaun B(I) adalah RM56,000

Amaun B(II)(d) adalah RM53,500

Maka masukkan di ruangan ini RM53,500.

2D Tambahan kredit Amaun ini adalah perbezaan antara kredit cukai S.110 yang baru dengancukai seksyen 110 kredit cukai S.110 yang telah dilaporkan dalam Borang C bagi T/T

berkenaan. Amaun diambilkira dalam tempoh asas tambahan dividendilaporkan kepada Ketua Pengarah.

Page 6: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

6

Ruangan Perkara Keterangan

Contoh 7: Lanjutan contoh 1

Bagi tempoh asas 1.7.2004–30.6.2005 (T/T 2005), kredit S.110 (BorangC T/T 2005 yang dikemukakan pada 31.1.2006) adalah RM56,000(dividen kasar = RM200,000).

Pada 15.3.2007, syarikat memaklumkan tambahan dividen kasar dankredit S.110 bagi T/T 2005 sebanyak RM50,000 dan RM14,000 masing-masing.

Tambahan kredit S.110 sebanyak (RM64,000–RM50,000) = RM14,000.Ini ditunjukkan di ruangan ini bagi tempoh asas berakhir 1.7.2006–30.6.2007 (T/T 2007) iaitu dalam tempoh asas dividen tambahandimaklumkan kepada Ketua Pengarah.

[Perhatian: Bukan semua tambahan kredit cukai S.110 bermakna adanyatambahan kredit S.110 untuk tujuan S.108].

Contoh 8: Lanjutan contoh 7

Cukai dikenakan RM50,000campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

56,000

tolak: S.110 70,000Bayaran balik tambahan 14,000

Dalam contoh ini, apabila syarikat memaklumkan tambahan dividenpada 15.3.2007, syarikat juga menuntut dan dibenarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dilakukan untuk menghasilkan dividen tersebutmenyebabkan tiada cukai tambahan dikenakan.

Oleh itu, walaupun ada tambahan kredit S.110 yang dituntut bagi suatuT/T, kredit S.110 untuk tujuan S.108 tidak bertambah kerana amaunkredit S.110 yang diambilkira adalah terhad kepada amaun cukai dikenakanbagi T/T berkenaan.

Contoh 9: Lanjutan contoh 7

Pindaan cukai dibuat pada 15.3.2007.Cukai dikenakan RM54,000campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

60,000tolak: S.110 70,000

Bayaran balik tambahan (10,000)

Dalam kes ini, tambahan kredit S.110 ialah (RM54,000–RM50,000) =RM4,000 (iaitu cukai dikenakan bertambah sebanyak RM4,000).

2E Jumlah Ini adalah jumlah bagi baki kredit bawa hadapan, kredit bagi tempohasas serta tambahan kredit cukai S. 110. Campurkan amaun dalamruangan 1, 2A(I) hingga 2A(III), 2C dan 2D.

2F Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang dibayar balik kepada syarikat dalambalik tempoh asas berkenaan kerana

(i) ansuran S.107C yang telah dibayar melebihi cukai kena bayarsebenar syarikat: dan/atau

(ii) cukai dikenakan dikurangkan (taksiran kurangan dikeluarkan) yangmana cukai asal telah dibayar oleh syarikat.

(iii) cukai yang telah dibayar dan dihapuskira.

Page 7: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

7

Ruangan Perkara Keterangan

(Ini tidak termasuk pembayaran balik bagi kredit S.110 yang melebihicukai dikenakan bagi suatu T/T).

2F(I) Cukai dibayar Ini adalah amaun bayaran balik kerana jumlah ansuran di bawah S.107Cbalik bagi tahun melebihi cukai sebenar bagi suatu T/T.taksiran sebelum

Contoh 10:

Syarikat Bumi Sdn Bhd menutup akaun pada 30 Jun. Bagi T/T 2005,syarikat telah membayar ansuran sebanyak RM10,000 sebulan. Pada30.12.2005, syarikat mengemukakan Borang C ke LHDN dan cukaikena bayar yang sebenar adalah RM100,000.

Amaun yang terlebih bayar (ruangan B4, Borang C bagi T/T 2005) iaituRM20,000 dianggap dibayar balik pada 30.12.2005 (tarikh borang CT/T 2005 dikemukakan) dan diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2005–30.6.2006.

2F(II) Cukai terlebih Ini adalah amaun cukai yang dikurangkan apabila notis taksiran kuranganbayar disebabkan dikeluarkan dan diambilkira dalam tempoh asas notis tersebut dikeluarkan.taksiran pindaan Amaun cukai kurangan ini boleh diperolehi daripada notis kurangan

bagi T/T berkenaan.

Contoh 11:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Cukai asal T/T 2005 yang disifatkan ditaksir pada 30.7.2006 sebanyakRM300,000 telah dijelaskan mengikut S.107C dan S.103(1).

Cukai kurangan T/T 2005 dikeluarkan pada 6.6.2007 dengan cukaiyang dikurangkan sebanyak RM23,000.

Amaun di ruangan ini adalah amaun cukai yang dikurangkan iaituRM23,000 diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T 2007 iaitu apabilanotis taksiran kurangan dikeluarkan.

Jika cukai asal tidak dijelaskan semuanya, amaun yang dikurangkanakan dipinda dengan mengambilkira amaun yang belum dijelaskan.

Contoh 12: Lanjutan contoh 11

Cukai asal T/T 2005 ialah RM300,000 tetapi hanya RM280,000 dijelaskan.

Pindaan dibuat pada 6.6.2007 dengan cukai dikenakan sebanyakRM270,000 sahaja. Cukai yang dikurangkan adalah RM30,000 tetapisyarikat akan dibayar balik RM10,000 sahaja iaitu RM280,000–RM270,000.

Dalam kes ini amaun yang diambilkira di ruangan ini, bagi T/T 2007adalah RM10,000.

Contoh 13: Lanjutan contoh 11

Cukai asal T/T 2005 ialah RM300,000 tetapi hanya RM250,000 dijelaskan.

Pindaan dibuat pada 6.6.2007 dengan cukai dikenakan RM270,000.Cukai dikurangkan adalah RM30,000 tetapi syarikat tidak akan dapatsebarang bayaran balik malah syarikat dikehendaki membayar bakicukai yang belum dijelaskan RM20,000.

Dalam kes ini, amaun yang diambilkira di ruangan ini bagi T/T 2007adalah “0”.

2F(III) Kurangan kredit Ini berlaku jika syarikat mendapati bahawa pendapatan dividen seperticukai seksyen 110 dilaporkan di Borang C bagi suatu T/T adalah melebihi jumlah dividen

sebenar, yang mana amaun kredit S.110 sebenarnya adalah kurangdaripada amaun yang telah dituntut.

Page 8: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

8

Perbezaan antara kredit S. 110 yang dituntut di Borang C bagi T/Ttersebut dengan kredit S. 110 yang dipinda adalah amaun kredit yangdikurangkan dan diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T apabila pindaantersebut dibuat.

Contoh 14: Lanjutan contoh 1

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Pada 15.3.2007, pindaan cukai dibuat sebab syarikat terlebih menuntutS.110 sebanyak RM5,000

Cukai dikenakan RM45,000campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

51,000tolak: S.110 51,000

Cukai dikenakan tiada

Kurangan kredit dalam akaun S.108 ialah RM5,000 [cukai asal RM50,000tolak cukai dipinda RM45,000], sama dengan kurangan kredit S.110,diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T 2007.

2F(IV) Cukai telah Ini adalah cukai bagi T/T 2001 dan berikutnya yang telah dibayar dandibayar dan dihapuskira. Ia hendaklah diambil kira dalam tempoh asas di manadihapuskira kelulusan hapuskira cukai diperolehi.

Contoh 15:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember. Bagi Tahun Taksiran 2001cukai sejumlah RM130,500 yang telah dibayar seperti berikut telahdihapuskira dan dimaklumkan kepada syarikat pada 15.7.2005.• Ansuran di bawah seksyen 107C RM10,000 sebulan bagi tempoh

Februari 2001 - Januari 2002.• Baki cukai sejumlah RM10,500 dibayar pada 31 Ogos 2003.Amaun yang perlu di catat diruangan ini ialah RM130,500 (diambil kiradalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2005).

G Agregat Ini adalah kredit akaun S.108 yang ada yang membolehkan syarikatperbandingan membayar, mengkredit atau mengagihkan dividen dalam suatu tempoh

asas.

Amaun ini adalah amaun di ruangan 2E tolak jumlah [2F(I) hingga2F(IV)] di mana jumlah ruangan 2F(I) hingga 2F(IV) adalah terhadkepada jumlah 2E.

Contoh 16:

Syarikat A mempunyai baki kredit bawa hadapan bagi T/T 2004=0.Bagi T/T 2005

Cukai dibayar = 5,000Kredit Cukai seksyen 110 = 0Maka Jumlah 2E = 5,000Jika Cukai dibayar balik 2F = 10,000Maka agregat perbandingan = 5,000 (Terhad kepada 2E)

3 Jumlah Ini adalah:perbandingan – Cukai ditolak daripada dividen yang dibayar, dikredit atau diagih

dalam tempoh asas (selepas 31.12.2000) dengan syarat kesemuakredit S.108 pada 31.12.2000 (lihat Bahagian II) telah habis digunakan;

ATAU

Amaun yang dipindahkan dari ruangan 14 Bahagian II (jika ada). Iniberlaku jika cukai yang dipotong atas dividen yang dibayar, dikreditatau diagih dalam tempoh asas bagi T/T berkenaan tidak dapatdiserap oleh baki kredit di Bahagian II.

Ruangan Perkara Keterangan

Page 9: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

9

Contoh 17:

Syarikat Murni S/B menutup akaun pada 30 Jun setiap tahun. Tempohasas bagi T/T 2005 adalah 1.7.2004–30.6.2005.

Amaun jumlah perbandingan bagi T/T 2005 bagi syarikat adalah atasdividen yang dibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh 1.7.2004 hingga30.6.2005.

4 Amaun dipindah Ini adalah amaun yang dipindahkan dari ruangan 11 Bahagian II.dari ruangan 11 Amaun yang dipindahkan adalah terhad kepada lebihan antara agregatBahagian II (jika perbandingan dengan jumlah perbandingan.ada)

Lihat ruangan 11, Bahagian II untuk keterangan lanjut.

Contoh 18:

Agregat perbandingan ruangan 2G = 100,000Jumlah perbandingan ruangan 3 = 80,000Lebihan antara 2G dengan 3 = 20,000Amaun di Bhg II ruangan 11adalah 25,000.Amaun dipindahkan adalah terhad kepada = 20,000Baki kredit hantar hadapan = 0

Baki sebanyak RM5,000 yang tidak dipindahkan akan dituntut mengikutSeksyen 25, Peruntukan Peralihan dan Kecualian Akta Cukai Pendapatan(Pindaan) 1967 [Akta A1093]. Notis permintaan akan dikeluarkan olehLHDN.

5 Baki kredit hantar Jika Agregat Perbandingan melebihi jumlah Perbandingan darihadapan Ruangan 11, Bahagian II. (Lebihan ruangan 2G tolak Ruangan 3

dan 4)

6 Hutang kepada Amaun ini adalah jumlah perbandingan di ruangan 3 melebihi agregatKerajaan perbandingan di ruangan 2G.

Syarikat perlu membayar amaun ini selewat-lewatnya 7 bulan selepastarikh tutup akaun.

1 Baki kredit bawa Ini adalah baki kredit S. 108 yang dibawa daripada tahun sebelum.hadapan Bagi T/T 2005, amaun ini adalah seperti yang ditunjukkan di ruangan

14 Bahagian II Borang R T/T 2004.

2 Pelarasan baki Ini terpakai bagi syarikat yang menunjukkan baki kredit bawa hadapankredit seperti di ruangan I Bahagian II di Borang R bagi T/T 2001 berdasarkanpengesahan pengiraan syarikat tanpa mendapat pengesahan oleh Ketua Pengarah.Ketua Pengarah Amaun ini adalah perbezaan antara amaun baki kredit bawa hadapan

yang disahkan oleh Ketua Pengarah dengan baki kredit yang telahditunjukkan oleh syarikat bagi T/T 2001 berkenaan (jika ada).

3 Baki kredit yang Ini adalah jumlah amaun ruangan 1 dan ruangan 2.dilaraskan[Ruangan 1ditambah atauditolak Ruangan 2]

Ruangan Perkara Keterangan

Ruangan Perkara Keterangan

BAHAGIAN II: Penyata Di Bawah Seksyen 108 ACP 1967Bagi Tahun Taksiran 2000 (Berasaskan Tahun Semasa) Dan TahunTaksiran SebelumnyaPeruntukan Kecualian Dan Peralihan

Page 10: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

10

4 Pelarasan cukai Ruangan ini terpakai kepada syarikat yang telah mengambilkira cukaidikenakan bagi kena bayar mengikut pengiraan sendiri bagi sesuatu T/T sebagai kredittaksiran asal bagi cukai disemak semula pada 31-12-2000 (telah diambilkira di ruanganT/T 2000 2, Bahagian II Borang R bagi T/T 2001). Amaun ini adalah perbezaan(berasaskan tahun cukai dikenakan (jika ada) berbangkit daripada amaun cukai dikenakansemasa) dan T/T mengikut pengiraan syarikat dengan amaun cukai dikenakan mengikutsebelumnya. pengiraan Ketua Pengarah [diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T

apabila taksiran berkenaan dibangkitkan].

Jika amaun cukai dikenakan mengikut pengiraan Ketua Pengarah adalahkurang daripada amaun cukai mengikut pengiraan syarikat, makaperbezaan amaun cukai dikenakan ini hendaklah ditunjukkan dengantanda “-”.

Contoh 19:

Tempoh asas Syarikat adalah berakhir pada 31 Disember.

Cukai dikenakan bagi T/T 2000 mengikut pengiraan syarikat yang telahdiambilkira di ruangan 2, Bahagian II borang R bagi T/T 2001 adalahRM160,000.

Taksiran hanya dibangkitkan oleh Ketua Pengarah pada 21.3.2005menunjukkan cukai dikenakan sebanyak RM155,000.

Pelarasan yang perlu dibuat adalah:

RM[155,000] – RM160,000 = RM[-5,000]

Tunjukkan –5,000 di ruangan ini.

5 Taksiran asal/ Ruangan ini bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan bagi taksirantambahan bagi asal dan taksiran tambahan bagi T/T sebelum T/T 2001, yang dibangkitkantahun taksiran dalam tempoh asas bagi T/T semasa, diambilkira dalam tempoh asastahun semasa notis taksiran bagi T/T berkenaan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.dan T/Tsebelumnya Cukai dikenakan bagi taksiran asal yang diambilkira di ruangan ini

adalah jika Borang C bagi T/T berkenaan dikemukakan selepas31.8.2001.

Contoh 20:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Borang C T/T 2000 berasaskan tahun semasa dikemukakan kepadaKetua Pengarah pada 15.2.2005.

Taksiran bagi T/T 2000 ini dibangkitkan pada 30.4.2005, maka amaunini akan ditunjukkan di ruangan 5 dalam tempoh asas bagi T/T 2005.

Contoh 21:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.Taksiran tambahan bagi T/T 1999 dibangkitkan pada 10.10.2005.

Cukai asal dikenakan RM30,000Cukai dipinda (taksiran tambahan) 50,000

Cukai tambahan/kredit tambahan 20,000

Ruangan Perkara Keterangan

Page 11: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

11

Kredit tambahan 20,000 diambilkira di ruangan ini dalam tempoh asasbagi T/T 2005. Pengiraan taksiran tambahan juga adalah selepas ditolakkredit S.6B dan pelepasan S.132/S.133.

Bagi kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada penyiasatan,amaun yang diambilkira dan ditunjukkan di ruangan ini adalah:

Tambahan kredit - keseluruhan cukai dikenakan

Tahun taksiran - T/T terakhir kes kebelakangan tersebut.

Contoh 22:

Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun.

Satu taksiran komposit dikeluarkan untuk T/T 1993 sehingga T/T 2000pada 22.11.2005 berjumlah RM550,000 yang terdiri daripada cukaidikenakan RM400,000 dan penalti sebanyak RM150,000.

Untuk Borang R bagi T/T 2005, amaun yang ditunjukkan di ruanganini adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tambahan Kredit

2000 400,000

6 Jumlah tambahan Jumlahkan amaun di ruangan 5(I) hingga 5(VI).kredit

7 Baki Jumlahkan amaun-amaun di ruangan 3, 4 dan 6.

8 Taksiran kurangan Ruangan ini adalah bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan yangdikurangkan bagi T/T 2000 (berasaskan tahun semasa) dan T/Tsebelumnya yang dibangkitkan dalam tempoh asas bagi T/T semasa.

Kurangan kredit ini diambilkira dalam tempoh asas bagi satu T/Tdi mana notis taksiran kurangan tersebut dikeluarkan.

Amaun ini tidak termasuk penalti di bawah S.112(3)/ S.113(2) yangdikurangkan, jika ada.

Contoh 23:

Syarikat menutup akaun pada 30 Jun.

Cukai asal untuk T/T 2000 tahun semasa ialah RM25,000.

Cukai pindaan dikeluarkan pada 10.8.2005 ialah RM20,000.

Jumlah kurangan kredit ialah RM5,000, diambilkira dalam tempoh asasbagi T/T apabila notis taksiran kurangan dikeluarkan iaitu T/T 2006.(tempoh asas 1.7.2005–30.6.2006).

9 Cukai dihapuskira Ini adalah cukai yang dihapuskira bagi tahun taksiran sebelumT/T 2001. Ia hendaklah diambil kira dalam tempoh asas di mana kelulusanhapuskira cukai diperolehi.

Contoh 24:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember. Cukai T/T 1998 sejumlahRM265,300 telah dihapuskira dan dimaklumkan kepada syarikat melaluisurat bertarikh 28.9.2005.Amaun yang perlu dicatat diruangan ini ialah RM265,300 (diambil kiradalam tempoh asas bagi Tahun Taksiran 2005).

Ruangan Perkara Keterangan

Page 12: KANDUNGAN - Hasillampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2005_1.pdf · 2017. 2. 24. · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

12

Ruangan Perkara Keterangan

10 Jumlah kurangan Jumlahkan amaun di ruangan-ruangan 8(I) hingga 8(VI) dankredit ruangan 9.

11 Hutang kepada Ini berlaku apabila jumlah kurangan kredit melebihi baki disemak semulaKerajaan iaitu amaun di ruangan 10 melebihi amaun di ruangan 7.

Sebagai satu konsesi, pindahkan amaun lebihan ini ke ruangan 4Bahagian I jika baki di ruangan 2H Bahagian I adalah baki kredit. Inimembolehkan hutang kepada Kerajaan ini diserapkan oleh kredit S.108tersebut, jika ada.

Contoh 25:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Baki di ruangan 7 adalah RM45,000.

Taksiran kurangan bagi tahun taksiran 1999 dikeluarkan pada30.10.2005 dengan cukai kurangan sebanyak RM48,000(Ruangan 10).

Oleh kerana amaun cukai dikurangkan (jumlah kurangan kredit) melebihibaki sebanyak (48,000 – 45,000) = 3,000 maka catat 3,000 di ruanganini.

Jika syarikat tidak mempunyai baki kredit di ruangan 2G, Bahagian I,hutang kepada Kerajaan ini perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari daritarikh notis permintaan S.108 diserahkan kepada syarikat.

12 Baki disemak Ini berlaku apabila baki di ruangan 7 melebihi jumlah kurangan kreditsemula di ruangan 10.

13 Jumlah Ini adalah jumlah cukai dipotong atas dividen yang dibayar, dikreditperbandingan atau diagih oleh syarikat dalam tempoh asas selepas 31.12.2000 (bagi

T/T 2001 dan T/T berikutnya).

14 Amaun dipindah Jika jumlah perbandingan di ruangan 13 melebihi baki disemak semulake Ruangan 3 di ruangan 12, perbezaannya ditunjukkan di sini dan ditunjukkanBahagian I juga di ruangan 3 Bahagian I.

15 Baki kredit hantar Jika baki disemak semula di ruangan 12 melebihi jumlah perbandinganhadapan di ruangan 13, perbezaannya ditunjukkan di sini dan akan ditunjukkan

sebagai baki bawa hadapan untuk T/T berikutnya.

Bahagian ini menyenaraikan pembayaran-pembayaran dividen yang dibuat oleh syarikat dalam suatu tempohasas bagi suatu tahun taksiran. Nyatakan jumlah cukai telah dipotong atau dianggap telah dipotong diruangan (c).

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh penjawat jawatan dalam syarikat yang dinamakan dalam seksyen 75ACP 1967. Penyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikankepada syarikat. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula penyatatersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

BAHAGIAN III: Penyata Dividen Dibayar, Dikredit Atau Diagihkan Dalam TempohAsas.

JD113871—PNMB., K.L.

PENGAKUAN