nota penerangan -...

13
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Nota Penerangan Borang R - Penyata Seksyen 108 ACP 1967 Sistem Taksir Sendiri (STS)

Upload: duongmien

Post on 10-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Nota PeneranganBorang R - Penyata Seksyen 108 ACP 1967

Sistem Taksir Sendiri (STS)

Page 2: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

KANDUNGAN

Muka Surat

PENDAHULUAN 2

MAKLUMAT ASAS SYARIKAT 3

BAHAGIAN I: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108(5) AKTA CUKAI PENDAPATAN 3-91967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2001 DAN TAHUN TAKSIRANBERIKUTNYA

BAHAGIAN II: PENYATA DI BAWAH SEKSYEN 108 AKTA CUKAI PENDAPATAN 9-121967 BAGI TAHUN TAKSIRAN 2000 (BERASASKAN TAHUNSEMASA) DAN TAHUN TAKSIRAN SEBELUMNYA (PERUNTUKANKECUALIAN DAN PERALIHAN)

BAHAGIAN III: PENYATA DIVIDEN DIBAYAR, DIKREDIT ATAU DIAGIHKAN DALAM 12TEMPOH ASAS

PENGAKUAN 12

Page 3: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

2

Borang R - Penyata Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967.Untuk Tahun Taksiran 2002.

Selaras dengan pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri untuk syarikat, mulai Tahun Taksiran 2001, syarikatbermastautin di Malaysia (termasuk syarikat bermastautin di Singapura yang membayar cukai Malaysia)bertanggungjawab:

1. Mengemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (selepas ini disebutkan sebagai KetuaPengarah) dalam tempoh enam bulan selepas akaun ditutup satu penyata seksyen 108 yang menunjukkankredit akaun seksyen 108 (agregat perbandingan) dengan amaun cukai yang dipotong atas dividen yangdibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran (jumlah perbandingan) sertamaklumat lain yang ditetapkan.

Kegagalan mengemukakan penyata seksyen 108 adalah merupakan satu kesalahan dan jika sabitkesalahan boleh dikenakan denda antara RM200 hingga RM2,000 di bawah perenggan 120(1)(g).

Jika dua tempoh akaun menjadi satu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, syarikat hanya perlumengemukakan penyata seksyen 108 bagi tempoh asas berkenaan, 6 bulan selepas akaun kedua ditutup.

2. Membayar kepada ketua Pengarah amaun lebihan, yang merupakan hutang kepada Kerajaan, jikajumlah perbandingan melebihi agregat perbandingan dalam tempoh yang ditetapkan (due date) iaitu dalamtempoh enam bulan selepas tarikh tutup akaun.

Kegagalan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan akan dikenakan kenaikan sebanyak 10%atas amaun lebihan tersebut [subseksyen 108(7)].

Jika syarikat gagal mengemukakan penyata seksyen 108 dan didapati telah membayar, mengkredit ataumengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah perbandingan adalahmelebihi agregat perbandingan (berlaku hutang kepada Kerajaan), maka Ketua Pengarah boleh mengeluarkanpermintaan bertulis menuntut syarikat membayar lebihan tersebut bersama kenaikan sehingga 100% lebihantersebut [subseksyen 108(10)].

3. Merekod dan menyimpan semua rekod bayaran di bawah seksyen 107C atau seksyen 103A yang telahdibuat dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan.

4. Melengkapi Bahagian II penyata ini terlebih dahulu (jika ada) kerana jumlah perbandingan untuk tempohasas bagi tahun taksiran 2001 dan tahun taksiran seterusnya hanya akan ditolak daripada kredit seksyen108 di Bahagian I jika baki kredit seksyen 108 pada 31.12.2000 di Bahagian II telah dikurangkan sehingga“0”.

[Baki kredit pada 31.12.2000 di Bahagian II adalah baki kredit yang dikira mengikut peruntukan seksyen108(6) yang berkuatkuasa sehingga tahun taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa)].

5. Borang R yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan kepada:

Lembaga Hasil Dalam Negeri,Pusat Pemprosesan (Borang R)Tingkat 2, Blok 8A,Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Duta,Karung Berkunci 11018,50990 Kuala Lumpur

Pendahuluan

Page 4: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

3

Ruangan Perkara Keterangan

Maklumat Asas Syarikat

Ruangan Perkara Keterangan

1 Baki kredit bawa Ini adalah amaun yang dibawa dari tempoh asas bagi T/T sebelumnyahadapan yang mana agregat perbandingan melebihi jumlah perbandingan.

Untuk tempoh asas bagi T/T 2002, baki kredit bawa hadapan adalahamaun di ruangan 5 Bahagian I Borang R bagi T/T2001.

2 Kredit bagi Ini adalah jumlah:tempoh asas (cukai dibayar + kredit cukai S. 110) - cukai dibayar balik

2A Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang telah dijelaskan atau dibayar (sama adadibuat melalui ansuran atau selepas notis taksiran dikeluarkan) dalamtempoh asas bagi suatu T/T tidak termasuk bayaran penalti serta bayarankepada LHDN sebab terlebih menuntut kredit seksyen 110.

Contoh 1: Dilaporkan dalam Borang C T/T 2002Cukai dikenakan RM 50,000tolak: S. 110 56,000

Bayaran balik (6,000)

Taksiran dipinda kerana syarikat telah terlebih menuntut tolakan S.110.Pindaan untuk T/T 2002 pada 15.3.2004.

Cukai dikenakan 50,000campur: cukai dahulu dibayar

balik 6,000

56,000tolak: S. 110 (sebenar) 52,000

Cukai kena dibayar kepada LHDN 4,000

(walaupun syarikat kena bayar RM4,000, amaun ini tidak diambilkirasebagai cukai dibayar kerana ini adalah berbangkit daripada terlebihmenuntut tolakan S. 110 sebelum ini)

(a) Nama Syarikat Nama syarikat seperti yang didaftarkan di pejabat Pendaftar Syarikat(ROC).

(b) Nombor Fail Nombor fail rujukan cukai pendapatan syarikat.

(c) Tempoh Asas Tempoh asas syarikat bagi tahun taksiran berkenaan.Contoh: Dari 01.07.2001 hingga 30.06.2002 (T/T 2002)

(d) Nombor Nombor pendaftaran syarikat dengan Pejabat Pendaftar Syarikat.PendaftaranSyarikat

BAHAGIAN I: Penyata Di Bawah Seksyen 108(5) ACP 1967Bagi Tahun Taksiran 2001 Dan Tahun Taksiran Berikutnya

Page 5: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

4

Ruangan Perkara Keterangan

2A(I) Bayaran ansuran Masukkan jumlah ansuran di bawah S.107C yang telah dijelaskan dalamdi bawah seksyen tempoh asas berkenaan.107C

Contoh 2:

Syarikat Alam Sdn Bhd. menutup akaun pada 30 Jun. Tempoh asassyarikat bagi T/T 2002 adalah 1.7.2001–30.6.2002.

Ansuran di bawah S.107C ditetapkan sebanyak RM10,000 sebulanbermula pada bulan Ogos 2001 sehingga bulan Julai 2002.

Jika semua ansuran dibayar pada tarikh yang ditetapkan, jumlah ansuransehingga 30.6.2002 (akhir tempoh asas), adalah RM110,000. Makauntuk T/T 2002, amaun yang ditunjukkan di ruangan ini adalah RM110,000.

Ansuran terakhir sebanyak RM10,000 dibayar pada bulan Julai 2002diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2002–30.6.2003 bagi T/T 2003.

Catatan: Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan2F) yang digunakan sebagai kredit cukai untuk menolak ansuran kenabayar tahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambilkira adalah sepertiyang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(II) Bayaran cukai di Masukkan amaun baki cukai kena bayar bagi suatu T/T dalam tempohbawah seksyen asas apabila baki cukai tersebut dijelaskan.103A(2)

Contoh 3 (Lanjutan contoh 2):

Sehingga 30.12.2002, jumlah ansuran yang telah dibayar adalahRM120,000.

Katakan: Cukai kena bayar bagi T/T 2002 adalah RM150,000.

Baki cukai bagi T/T 2002 sebanyak (RM150,000–RM120,000) = RM30,000ini dibayar pada 31.12.2002 mengikut S.103A(2). Maka amaunRM30,000 ini diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2002–30.6.2003 untukT/T 2003.

Catatan: Amaun ini termasuk amaun cukai dibayar balik (lihat ruangan2F) yang digunakan sebagai kredit cukai untuk menolak cukai kenabayar tahun semasa. Amaun dan tempoh yang diambilkira adalah sepertiyang ditentusahkan oleh Ketua Pengarah.

2A(III) Bayaran cukai di Amaun ini adalah bayaran cukai/baki cukai yang dibayar mengikutbawah seksyen notis taksiran yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah tetapi tidak termasuk103A(3) bayaran penalti di bawah S.112(3)/S.113(2).

Contoh 4:

Notis cukai tambahan bagi T/T 2002 dikeluarkan pada 30.3.2004 dengantambahan cukai sebanyak RM20,000 (termasuk penalti S.112(3) sebanyakRM5,000) dibayar pada 29.4.2004.

Amaun baki cukai yang dibayar sebanyak RM15,000 di bawah S.103A(3)akan diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2003–30.6.2004 (T/T 2004)iaitu apabila cukai tambahan tersebut dijelaskan.

Nota: Bagi kes-kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada kes-kes penyiasatan di mana bayaran pendahuluan telah dibuat (sebelumnotis taksiran komposit berkenaan dikeluarkan), jika ada, amaun bayaranpendahuluan tersebut akan dianggap cukai dibayar dalam tempoh asasnotis taksiran berkaitan dikeluarkan.

Page 6: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

5

Ruangan Perkara Keterangan

2B Kredit cukai Kredit cukai S.110 adalah cukai dipotong atas dividen yang diterima.seksyen 110 Amaun ini diambilkira dalam tempoh asas dividen diterima terhad kepada

amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolak rebat di bawahS.6B dan pelepasan S.132/S.133 bagi T/T berkenaan.

Amaun cukai dikenakan ini boleh diketahui dengan merujuk kepadapengiraan cukai di Borang C T/T berkenaan.

2B(I) Jumlah kredit Amaun ini adalah jumlah cukai dipotong atas semua dividen yangseksyen 110 diterima oleh syarikat dalam tempoh asas tersebut.

Bagi T/T 2003, rujuk ruangan AII Borang C T/T 2002.

Contoh 5:

Akaun syarikat disediakan bagi tempoh berakhir 31.12.2002, yang jugamerupakan tempoh asas bagi T/T 2002, menerima dividen daripada 2syarikat subsidiari pada 3.6.2002 dan 20.9.2002 dengan jumlah kasarsebanyak RM10,000 dan RM100,000 masing-masing.

Jumlah kredit S. 110 yang diambilkira dalam tempoh asas ini adalahcukai dipotong atas kedua-dua dividen iaitu RM2,800 dan RM28,000= RM30,800.

2B(II) Cukai dikenakan Ini adalah amaun cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai.Bagi T/T 2002, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A6 BorangC T/T 2002.

2B(II)(a) Rebat seksyen 6B Bagi T/T 2002, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A9 BorangC T/T 2002.

2B(II)(b) Pelepasan Bagi T/T 2002, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A13 Borangseksyen 132 C T/T 2002.

2B(II)(c) Pelepasan Bagi T/T 2002, amaun ini boleh diperolehi daripada ruangan A14 Borangseksyen 133 C T/T 2002.

2B(II)(d) Jumlah Ini adalah amaun cukai dikenakan atas pendapatan tercukai ditolakrebat di bawah S.6B dan pelepasan S.132/S.133.

Amaun yang dimasukkan adalah amaun di ruangan 2B(II) tolak jumlahamaun ruangan B(II)(a) hingga B(II)(c).

2C Amaun dari Jumlah kredit S.110 yang diambilkira bagi suatu tempoh asas tidakRuangan B(I) boleh melebihi cukai yang dikenakan atas pendapatan tercukai ditolakatau Ruangan rebat S.6B dan pelepasan S.132/S.133 bagi suatu T/T.B(II)(d) yangmana lebih Amaun dimasukkan di ruangan ini adalah amaun dari ruangan B(I) ataurendah B(II)(d), yang mana lebih rendah.

Contoh 6:

Amaun B(I) adalah RM56,000

Amaun B(II)(d) adalah RM53,500

Maka masukkan di ruangan ini RM53,500.

Page 7: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

6

Ruangan Perkara Keterangan

2D Tambahan kredit Amaun ini adalah perbezaan antara kredit cukai S.110 yang baru dengancukai seksyen 110 kredit cukai S.110 yang telah dilaporkan dalam Borang C bagi T/T

berkenaan. Amaun diambilkira dalam tempoh asas tambahan dividendilaporkan kepada Ketua Pengarah.

Contoh 7: Lanjutan contoh 1

Bagi tempoh asas 1.7.2001–30.6.2002 (T/T 2002), kredit S.110 (BorangC T/T 2002 yang dikemukakan pada 31.12.2002) adalah RM56,000(dividen kasar = RM200,000).

Pada 15.3.2004, syarikat memaklumkan tambahan dividen kasar dankredit S.110 bagi T/T 2002 sebanyak RM50,000 dan RM14,000 masing-masing.

Tambahan kredit S.110 sebanyak (RM64,000–RM50,000) = RM14,000.Ini ditunjukkan di ruangan ini bagi tempoh asas berakhir 1.7.2003–30.6.2004 (T/T 2004) iaitu dalam tempoh asas dividen tambahandimaklumkan kepada Ketua Pengarah.

[Perhatian: Bukan semua tambahan kredit cukai S.110 bermakna adanyatambahan kredit S.110 untuk tujuan S.108].

Contoh 8: Lanjutan contoh 7

Cukai dikenakan RM50,000campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

56,000

tolak: S.110 70,000Bayaran balik tambahan 14,000

Dalam contoh ini, apabila syarikat memaklumkan tambahan dividenpada 15.3.2004, syarikat juga menuntut dan dibenarkan perbelanjaan-perbelanjaan yang telah dilakukan untuk menghasilkan dividen tersebutmenyebabkan tiada cukai tambahan dikenakan.

Oleh itu, walaupun ada tambahan kredit S.110 yang dituntut bagi suatuT/T, kredit S.110 untuk tujuan S.108 tidak bertambah kerana amaunkredit S.110 yang diambilkira adalah terhad kepada amaun cukai dikenakanbagi T/T berkenaan.

Contoh 9: Lanjutan contoh 7

Pindaan cukai dibuat pada 15.3.2004.Cukai dikenakan RM54,000campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

60,000tolak: S.110 70,000

Bayaran balik tambahan (10,000)

Dalam kes ini, tambahan kredit S.110 ialah (RM54,000–RM50,000) =RM4,000 (iaitu cukai dikenakan bertambah sebanyak RM4,000).

2E Jumlah Ini adalah jumlah bagi baki kredit bawa hadapan, kredit bagi tempohasas serta tambahan kredit cukai S. 110. Campurkan amaun dalamruangan 1, 2A(I) hingga 2A(III), 2C dan 2D.

Page 8: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

7

Ruangan Perkara Keterangan

2F Cukai dibayar Ini adalah amaun cukai yang dibayar balik kepada syarikat dalambalik tempoh asas berkenaan kerana

(i) ansuran S.107C yang telah dibayar melebihi cukai kena bayarsebenar syarikat: dan/atau

(ii) cukai dikenakan dikurangkan (taksiran kurangan dikeluarkan) yangmana cukai asal telah dibayar oleh syarikat.

(Ini tidak termasuk pembayaran balik bagi kredit S.110 yang melebihicukai dikenakan bagi suatu T/T).

2F(I) Cukai dibayar Ini adalah amaun bayaran balik kerana jumlah ansuran di bawah 107Cbalik bagi tahun melebihi cukai sebenar bagi suatu T/T.taksiran sebelum

Contoh 10:

Syarikat Bumi Sdn Bhd menutup akaun pada 30 Jun. Bagi T/T 2002,syarikat telah membayar ansuran sebanyak RM10,000 sebulan. Pada30.12.2002, syarikat mengemukakan Borang C ke LHDN dan cukaikena bayar yang sebenar adalah RM100,000.

Amaun yang terlebih bayar (ruangan B4, Borang C bagi T/T 2002) iaituRM20,000 dianggap dibayar balik pada 30.12.2002 (tarikh borang CT/T 2002 dikemukakan) dan diambilkira dalam tempoh asas 1.7.2002–30.6.2003.

2F(II) Cukai terlebih Ini adalah amaun cukai yang dikurangkan apabila notis taksiran kuranganbayar disebabkan dikeluarkan dan diambilkira dalam tempoh asas notis tersebut dikeluarkan.taksiran pindaan Amaun cukai kurangan ini boleh diperolehi daripada notis kurangan

bagi T/T berkenaan.

Contoh 11:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Cukai asal T/T 2002 yang disifatkan ditaksir pada 30.8.2003 sebanyakRM300,000 telah dijelaskan mengikut S.107C dan S.103A(2).

Cukai kurangan T/T 2002 dikeluarkan pada 6.6.2004 dengan cukaiyang dikurangkan sebanyak RM23,000.

Amaun di ruangan ini adalah amaun cukai yang dikurangkan iaituRM23,000 diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T 2004 iaitu apabilanotis taksiran kurangan dikeluarkan.

Jika cukai asal tidak dijelaskan semuanya, amaun yang dikurangkanakan dipinda dengan mengambilkira amaun yang belum dijelaskan.

Contoh 12: Lanjutan contoh 11

Cukai asal T/T 2002 ialah RM300,000 tetapi hanya RM280,000 dijelaskan

Pindaan dibuat pada 6.6.2004 dengan cukai dikenakan sebanyakRM270,000 sahaja. Cukai yang dikurangkan adalah RM30,000 tetapisyarikat akan dibayar balik RM10,000 sahaja iaitu RM280,000–RM270,000

Dalam kes ini amaun yang diambilkira di ruangan ini, bagi T/T 2004adalah RM10,000.

Contoh 13: Lanjutan contoh 11

Cukai asal T/T 2002 ialah RM300,000 tetapi hanya RM250,000 dijelaskan.

Page 9: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

8

Pindaan dibuat pada 6.6.2004 dengan cukai dikenakan RM270,000.Cukai dikurangkan adalah RM30,000 tetapi syarikat tidak akan dapatsebarang bayaran balik malah syarikat dikehendaki membayar bakicukai yang belum dijelaskan RM20,000.

Dalam kes ini, amaun yang diambilkira di ruangan ini bagi T/T 2004adalah “0”.

2F(III) Kurangan kredit Ini berlaku jika syarikat mendapati bahawa pendapatan dividen seperticukai seksyen 110 dilaporkan di Borang C bagi suatu T/T adalah melebihi jumlah dividen

sebenar, yang mana amaun kredit S.110 sebenarnya adalah kurangdaripada amaun yang telah dituntut.

Perbezaan antara kredit S. 110 yang dituntut di Borang C bagi T/Ttersebut dengan kredit S. 110 yang dipinda adalah amaun kredit yangdikurangkan dan diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T apabila pindaantersebut dibuat.

Contoh 14: Lanjutan contoh 1

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember.

Pada 15.3.2004, pindaan cukai dibuat sebab syarikat terlebih menuntutS.110 sebanyak RM5,000

Cukai dikenakan RM45,000campur: cukai dibayar balik dahulu 6,000

51,000tolak: S.110 51,000

Cukai dikenakan tiada

Kurangan kredit dalam akaun S.108 ialah RM5,000 [cukai asal RM50,000tolak cukai dipinda RM45,000], sama dengan kurangan kredit S.110,diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T 2004.

2G Agregat Ini adalah kredit akaun S.108 yang ada yang membolehkan syarikatperbandingan membayar, mengkredit atau mengagih dividen dalam suatu tempoh

asas.

Amaun ini adalah amaun di ruangan 2E tolak jumlah ruangan [2F(I)hingga 2F(III)].

3 Jumlah Ini adalah:perbandingan – Cukai ditolak daripada dividen yang dibayar, dikredit atau diagih

dalam tempoh asas (selepas 31.12.2000) dengan syarat kesemuakredit S.108 pada 31.12.2000 (lihat Bahagian II) telah habis digunakan;

ATAU

Amaun yang dipindahkah dari ruangan 13 Bahagian II (jika ada). Iniberlaku jika cukai yang dipotong atas dividen yang dibayar, dikreditatau diagih dalam tempoh asas bagi T/T berkenaan tidak dapatdiserap oleh baki kredit disemak semula pada 31.12.2000.

Contoh 15:

Syarikat Murni S/B menutup akaun pada 30 Jun setiap tahun. Tempohasas bagi T/T 2002 adalah 1.7.2001–30.6.2002.

Amaun jumlah perbandingan bagi T/T 2002 bagi syarikat adalah atasdividen yang dibayar, dikredit atau diagih dalam tempoh 1.7.2001 hingga30.6.2002.

Ruangan Perkara Keterangan

Page 10: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

9

4 Amaun dipindah Ini adalah amaun yang dipindahkan dari ruangan 10 Bahagian II.dari ruangan 10 Lihat ruangan 10, Bahagian II untuk keterangan lanjut.Bahagian II (jikaada)

5 Baki kredit hantar Amaun ini adalah apabila agregat perbandingan melebihi jumlahhadapan perbandingan–iaitu amaun di ruangan 2G tolak jumlah amaun ruangan

[3 dan 4].

6 Hutang kepada Amaun ini adalah apabila jumlah perbandingan melebihi agregatKerajaan perbandingan iaitu jumlah amaun ruangan [3 dan 4] tolak amaun ruangan

2G.

Ruangan Perkara Keterangan

1 Baki kredit bawa Ini adalah baki kredit S. 108 yang dibawa daripada tahun sebelum.hadapan Bagi T/T 2002, amaun ini adalah seperti yang ditunjukkan di ruangan

14 Bahagian II Borang R T/T 2001.

2 Pelarasan baki Ini terpakai bagi syarikat yang menunjukkan baki kredit bawa hadapankredit seperti di ruangan I Bahagian II di Borang R bagi T/T 2001 berdasarkanpengesahan pengiraan syarikat tanpa mendapat pengesahan oleh Ketua Pengarah.Ketua Pengarah Amaun ini adalah perbezaan antara amaun baki kredit bawa hadapan

yang disahkan oleh Ketua Pengarah dengan baki kredit yang telahditunjukkan oleh syarikat bagi T/T 2001 berkenaan (jika ada).

3 Baki kredit yang Ini adalah jumlah amaun ruangan 1 dan ruangan 2.dilaraskan[Ruangan 1ditambah atauditolak Ruangan 2]

4 Pelarasan cukai Ruangan ini terpakai kepada syarikat yang telah mengambilkira cukaidikenakan bagi kena bayar mengikut pengiraan sendiri bagi sesuatu T/T sebagai kredittaksiran asal bagi cukai disemak semula pada 31-12-2000 (telah diambilkira di ruanganT/T 2000 2, Bahagian II Borang R bagi T/T 2001). Amaun ini adalah perbezaan(berasaskan tahun cukai dikenakan (jika ada) berbangkit daripada amaun cukai dikenakansemasa) dan T/T mengikut pengiraan syarikat dengan amaun cukai dikenakan mengikutsebelumnya. pengiraan Ketua Pengarah [diambilkira dalam tempoh asas bagi T/T

apabila taksiran berkenaan dibangkitkan].Jika amaun cukai dikenakan mengikut pengiraan Ketua Pengarah adalahkurang daripada amaun cukai mengikut pengiraan syarikat, makaperbezaan amaun cukai dikenakan ini hendaklah ditunjukkan dengantanda “-”.

Contoh: 16

Tempoh asas Syarikat adalah berakhir pada 31 Disember.

BAHAGIAN II: Penyata Di Bawah Seksyen 108 ACP 1967Bagi Tahun Taksiran 2000 (Berasaskan Tahun Semasa) Dan TahunTaksiran SebelumnyaPeruntukan Kecualian Dan Peralihan

Ruangan Perkara Keterangan

Page 11: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

10

Cukai dikenakan bagi T/T 2000 mengikut pengiraan syarikat yang telahdiambilkira di ruangan 2, Bahagian II borang R bagi T/T 2001 adalahRM160,000.

Taksiran hanya dibangkitkan oleh Ketua Pengarah pada 21.3.2002menunjukkan cukai dikenakan sebanyak RM155,000.

Pelarasan yang perlu dibuat adalah:

RM[155,000] – RM160,000 = RM[-5,000]

Tunjukkan –5,000 di ruangan ini.

5 Taksiran asal/ Ruangan ini bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan bagi taksirantambahan bagi asal dan taksiran tambahan bagi T/T sebelum T/T 2001, yang dibangkitkantahun taksiran dalam tempoh asas bagi T/T semasa, diambilkira dalam tempoh asastahun semasa notis taksiran bagi T/T berkenaan dikeluarkan oleh Ketua Pengarah.dan T/Tsebelumnya Cukai dikenakan bagi taksiran asal yang diambilkira di ruangan ini

adalah jika Borang C bagi T/T berkenaan gagal dikemukakan pada31.8.2001.

Contoh 17:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Borang C T/T 2000 berasaskan tahun semasa dikemukakan ke KetuaPengarah pada 30.9.2001.

Taksiran bagi T/T 2000 ini dibangkitkan pada 3.5.2002, maka amaunini akan ditunjukkan di ruangan 5 dalam tempoh asas bagi T/T 2002.

Contoh 18:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.Taksiran tambahan bagi T/T 1999 dibangkitkan pada 10.10.2002.

Cukai asal dikenakan RM30,000Cukai dipinda (taksiran tambahan) 50,000

Cukai tambahan/kredit tambahan 20,000

Kredit tambahan 20,000 diambilkira di ruangan ini dalam tempoh asasbagi T/T 2002. Pengiraan taksiran tambahan juga adalah selepas ditolakkredit S.6B dan pelepasan S.132/S.133.

Bagi kes cukai kebelakangan yang berbangkit daripada penyiasatan,amaun yang diambilkira dan ditunjukkan di ruangan ini adalah:

Tambahan kredit - keseluruhan cukai dikenakan

Tahun taksiran - T/T terakhir kes kebelakangan tersebut.

Contoh 19:

Syarikat menutup akaunnya pada 31 Disember setiap tahun.

Ruangan Perkara Keterangan

Page 12: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

11

Satu taksiran komposit dikeluarkan untuk T/T 1993 sehingga T/T 2000pada 22.11.2002 berjumlah RM550,000 yang terdiri daripada cukaidikenakan RM400,000 dan penalti sebanyak RM150,000.

Untuk Borang R bagi T/T 2002, amaun yang ditunjukkan di ruanganini adalah seperti berikut:

Tahun Taksiran Tambahan Kredit

2000 400,000

6 Jumlah tambahan Jumlahkan amaun di ruangan 5(I) hingga 5(VI).kredit

7 Baki Jumlahkan amaun-amaun di ruangan 3, 4 dan 6.

8 Taksiran kurangan Ruangan ini adalah bagi mencatatkan amaun cukai dikenakan yangdikurangkan bagi T/T 2000 (berasaskan tahun semasa) dan T/Tsebelumnya yang dibangkitkan dalam tempoh asas bagi T/T semasa.

Kurangan kredit ini diambilkira dalam tempoh asas bagi satu T/Tdi mana notis taksiran kurangan tersebut dikeluarkan.

Amaun ini tidak termasuk penalti di bawah S.112(3)/ S.113(2) yangdikurangkan, jika ada.

Contoh 20:

Syarikat menutup akaun pada 30 Jun.

Cukai asal untuk T/T 2000 tahun semasa ialah RM25,000.

Cukai pindaan dikeluarkan pada 10.8.2002 ialah RM20,000.

Jumlah kurangan kredit ialah RM5,000, diambilkira dalam tempoh asasbagi T/T apabila notis taksiran kurangan dikeluarkan iaitu T/T 2003.(tempoh asas 1.7.2002–30.6.2003).

9 Jumlah kurangan Jumlahkan amaun di ruangan-ruangan 8(I) hingga 8(VI).kredit

10 Hutang kepada Ini berlaku apabila jumlah kurangan kredit melebihi baki disemak semulaKerajaan iaitu amaun di ruangan 9 melebihi amaun di ruangan 7.

Sebagai satu konsesi, pindahkan amaun lebihan ini ke ruangan 4Bahagian I jika baki di ruangan 2G Bahagian I adalah baki kredit. Inimembolehkan hutang kepada Kerajaan ini diserapkan oleh kredit S.108tersebut, jika ada.

Contoh 21:

Syarikat menutup akaun pada 31 Disember setiap tahun.

Baki di ruangan 7 adalah RM45,000.

Ruangan Perkara Keterangan

Page 13: Nota Penerangan - lampiran1.hasil.gov.mylampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/NotaPenerangan_R2002_1.pdf · mengagih dividen dalam tempoh asas bagi tahun taksiran berkenaan serta jumlah

Nota Penerangan Borang R Sistem Taksir Sendiri

12

Ruangan Perkara Keterangan

Taksiran kurangan bagi tahun taksiran 1999 dikeluarkan pada30.10.2002 dengan cukai kurangan sebanyak RM48,000 (Ruangan 9).

Oleh kerana amaun cukai dikurangkan (jumlah kurangan kredit) melebihibaki sebanyak (48,000 – 45,000) = 3,000 maka catat 3,000 di ruanganini.

Jika syarikat tidak mempunyai baki kredit di ruangan 2G, Bahagian I,hutang kepada Kerajaan ini perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari daritarikh notis permintaan S.108 diserahkan kepada syarikat.

11 Baki disemak Ini berlaku apabila baki di ruangan 7 melebihi jumlah kurangan kreditsemula di ruangan 9.

12 Jumlah Ini adalah jumlah cukai dipotong atas dividen yang dibayar, dikreditperbandingan atau diagih oleh syarikat dalam tempoh asas selepas 31.12.2000 (bagi

T/T 2001 dan T/T berikutnya), dan dihadkan kepada baki S. 108 yangdisemak semula di ruangan 11.

13 Amaun dipindah Jika jumlah perbandingan di ruangan 12 melebihi baki disemak semulake Ruangan 3 di ruangan 11, perbezaannya ditunjukkan di sini dan ditunjukkanBahagian I juga di ruangan 3 Bahagian I.

14 Baki kredit hantar Jika baki disemak semula di ruangan 11 melebihi jumlah perbandinganhadapan di ruangan 12, perbezaannya ditunjukkan di sini dan akan ditunjukkan

sebagai baki bawa hadapan untuk T/T berikutnya.

Bahagian ini menyenaraikan pembayaran-pembayaran dividen yang dibuat oleh syarikat dalam suatu tempohasas bagi suatu tahun taksiran. Jumlah cukai telah dipotong atau dianggap telah dipotong di ruangan (c)Bahagian ini mestilah sama dengan amaun di ruangan 12, Bahagian II.

PENGAKUAN

Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh penjawat jawatan dalam syarikat yang dinamakan dalam seksyen 75ACP 1967. Penyata yang tidak diperakui dan ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan akan dikembalikankepada syarikat. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengembalikan semula penyatatersebut kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

BAHAGIAN III: Penyata Dividen Dibayar, Dikredit Atau Diagihkan Dalam TempohAsas.

JD103336—PNMB., K.L.