kanak kanakkeperluankhas 121128232855 phpapp02

Upload: normaskkp

Post on 16-Oct-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kanak-Kanak Keperluan Khas

Kanak-Kanak Keperluan KhasPerbezaan kognitif, sosial, emosi, fizikal dan rohani di kalangan kanak-kanak di dalam sebuah bilik darjah merupakan perkara biasa.

Selain daripada pengaruh baka dan persekitaran, kanak-kanak berkembang pada tahap dan kadar yang berbeza.

Pengenalanterdapat murid yang cergas serta berkebolehan dan ada murid yang menghadapi kesukaran dalam mengikut pengajaran.

berbeza dari segi kemampuan menyelesaikan masalah, kebolehan berbincang dan bergaul dengan rakan, mengawal perasaan atau menjalani kegiatan fizikal.

kanak-kanak yang perbezaannya agak ketara dan tidak mengikut norma-norma perkembangan seperti kanak-kanak lain.

kanak-kanak ini tidak dapat mengikut pengajaran di dalam bilik darjah

ciri-ciri perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasamenghadapi masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pembelajaran terencat akal dan pintar cerdas.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas.

Satu bentuk pendidikan yang khusus perlu dirancang dan dilaksanakan untuk kanak-kanak ini.

Pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak ini dinamakan pendidikan khas.

Di Malaysia, pendidikan untuk kanak-kanak ini terletak di bawah pengendalian Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Kementerian Pelajaran Malaysia pula menyediakan perkhidmatan pendidikan untuk murid-murid pemulihan khas dan keperluan khas.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat fizikal teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Menurut dasar pendidikan khas di Malaysia, murid-murid berkeperluan khas merujuk kepada murid-murid yang mengalami kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran.

Kategori kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kementerian Pelajaran termasuk sindrom down, autism ringan, attention deficit hyperaktive disorder (ADHD), terencat akal minimum dan masalah pembelajaran spesifik seperti disleksia.

Antara program yang dirancang di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan.

Program Pendidikan Khas Integrasi, Program Pendidikan Khas Prasekolah, Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional serta Program Pendidikan Khas Inklusif.

Pendidikan inklusif bermasud kanak-kanak berkeperluan khas ini dimasukkan ke dalam sistem pendidikan untuk kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak ini mungkin memerlukan perkhidmatan tertentu yang lain namun mereka akan mengikut kurikulum seperti kanak-kanak lain.

Pendidikan InklusifIa melibatkan tanggungjawab bersama antara guru biasa dan guru pendididkan khas.

Pendidikan inklusif memberi peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

Masalah kanak-kanak berkeperluan khas ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti perkembangan prenatal yang kurang sempurna kerana penyakit, kekurangan zat makanan ataupun dadah.

Kerumitan semasa proses kelahiran boleh memberi kesan kepada perkembangan kanak-kanak.

Persekitaran kanak-kanak seperti kekurangan makanan berzat, penyakit-penyakit, penderaan dan kurang kasih sayang juga merupakan faktor penting dalam perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak keperluan khas memerlukan perhatian, penjagaan yang khusus dan sentiasa menuntut kasih sayang, perhatian dan kesabaran serta komitmen guru yang sangat tinggi.Masalah kecacatan fizikal Masalah penglihatan Masalah pendengaran Masalah pertuturan Masalah pembelajaran Masalah tingkahlakuLembab ( slow learner) Terencat akal ringan

Autisme Pintar cerdas Sindrom Down Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Disleksia

Kategori Kanak-kanak keperluan khasMasalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, masalah gagap, masalah suara, masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meninggalkan suku kata atau mengubah bunyi sesuatu perkataan, misalnya perkataan saya menjadi caya.

Kanak-kanak pada kebiasanya akan melalui fasa ini dalam tempoh perkembangan mereka.

Masalah PertuturanIa biasanya tidak dipandang serius namun jika masalah ini berlanjutan ia perlu diberi perhatian.

Gagap merupakan ganguan terhadap kelancaran percakapan. Aliran pertuturan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, memberhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

Gagap kerap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah suara berkaitan dengan kualiti suara seseorang. Ia mungkin terlalu lantang, lembut, garau, kasar, sengau, nada yang tinggi atau rendah atau nada yang sama dan tidak berubah.

Masalah bahasa berkaitan dengan sistem saraf pusat. Menurut Myklebust (1971) masalah ini mengganggu kefahaman atau penngunaan perkataan.

Istilah yang digunakan ialah aphasia. Ia bermakna seseorang menghadapi kesukaran mentafsir bahasa dalam sesuatu perbualan.

Ia juga melibatkan kesukaran dalam menggunakan perkataan yang sesuai semasa komunikasi.

Masalah perkataan seperti masalah sebutan, gagap dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut merasa tidak selesa dalam situasi sosial.

Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah bahasa.

Masalah bahasa memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Kanak-kanak ini perlu diberi masa yang mencukupi untuk memberi respon. Mereka boleh digalakkan memberi respon secara bertulis. Selain itu, guru boleh menggunakan pendekatan yang melibatkan penggunaan pelbagai deria. Guru juga boleh membantu kanak-kanak dengan menjadi model yang sesuai, misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau menggunakan alat audio. Kanak-kanak yang menghadapi masalah sebutan atau gagap boleh dibantu melalui terapi.

Implikasi kepada P&PMasalah pembelajaran diandai sebagai masalah neurologi.

Ia tidak berkaitan dengan IQ seseorang kerana selalunya, IQ individu tersebut berada pada tahap normal.

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran sering ditafsir sebagai malas, tidak memberi perhatian atau tidak berminat.

Masalah PembelajaranMereka mungkin menunjukkan sikap yang tidak matang, sukar memberi tumpuan dan mudah lupa.

Oleh kerana mereka menunjukkan ciri-ciri yang sama seperti kecacatan yang lain, masalah mereka sukar dikenalpasti dan sering disalahtafsir.

Masalah pembelajaran berkaitan dengan cara otak menerima, memproses, menganalisis dan menyimpan maklumat.

Ia merupakan kecelaruan dalam satu atau lebih daripada satu proses psikologi yang melibatkan kefahaman atau penggunaan bahasa, sama ada lisan atau bertulis.

Kecelaruan ini boleh menjejaskan keupayaan mendengar, berfikir,bertutur, membaca, menulis,megeja ataupun mengira.

Selain itu, masalah ini mungkin disebabkan oleh aphasia. Ia mengakibatkan kadar pembelajaran murid tersebut berbeza dengan murid yang tidak menghadapi masalah tersebut.

Namun, masalah ini juga sering dikaitkan dengan masalah tingkah laku dan emosi.

Antara masalah yang dikaitkan dengan masalah pembelajaran termasuk masalah pembelajaran akademik, masalah bahasa, ingatan, sosio-emosi, kemahiran motor dan koordinasi, metakognitif, kurang memberi perhatian dan hiperaktiviti.

Membaca

Banyak kesilapan semasa membaca dengan kuat, kerap mengulang atau berhenti. Menterbalikkan perkataan misalnya b dan d, 21 dan 12 atau on dan no. Sebutan yang tidak betul atau menggunakan perkataan yang salah yang bunyinya sama. Pembelajaran bahasa lewat dan mungkin mempunyai perbendaharaan kata yang terhad. Kesukaran dalam mengenalpasti idea utama dari bahan bacaan, mengingati fakta asas dan peristiwa dalam aturan yang betul serta membuat kesimpulan dan analisis bahan yang telah dibaca. Menulis

Tulisan yang tidak kemas dan cara pegang pensil yang janggal. Ejaan Kesukaran menjelaskan idea melalui penulisan. Tidak dapat memikirkan perkataan yang sesuai dalam penulisan.

Mengira

Keliru dengan simbol Matematik dan salah baca nombor. Kesukaran mengingati fakta Matematik Kesukaran dalam kiraan Menukar aturan nombor

Merupakan masalah pebelajaran yang berkaitan denga bahasa, membaca dan ia merangkumi mengeja, menulis dan menyebut.

Kanak-kanak yang menghadapi masalah ini biasanya membaca dengan perlahan kurang tepat, lemah dalam ejaan dan tulisan serta mencampur-aduk perkataan yang berbunyi sama.

Mereka juga mempunyai kurang kesedaran dan minat terhadap buku.

DileksiaMenurut kajian, masalah ini diwarisi dan mungkin kelihatan pada beberapa anggota keluarga yang sama.

Kajian juga menunjukkan masalah disleksia berlaku empat kali lebih kerap terdapat pada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan ( Stoppard, 1997.)

Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lainKerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang berumur , dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.Kanak-kanak Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD tidak dapat mengekalkan perhatian dan mudah mengalih perhatiannya, sukar menyiapkan satu tugasan, pelupa dan sentiasa memerlukan penyeliaan.

Kanak-kanak ini juga bersikap impulsif dan sering menggangu perbualan, aktiviti atau menyatakan sesuatu tanpa berfikir.

Attention Defict / Hyperactivity disorder ADD/ADHD Sifat hiperaktif dan pergerakkan fizikal yang keterlaluan juga merupakan ciri-ciri kanak-kanak ADHD.

Punca masalah ADHD ialah kekurangan neurotransmiter yang spesifik iaitu noreprinephrine dan dopa atau dopamine dalam sel litar otak.

Pada hari ini, ADD/ADHD boleh dikawal dengan pengaruh dadah tetapi tahap tumpuan mereka masih tidak sama dengan kanak-kanak yang tidak mempunyai ADD/ADHD (Barbaresi & others, 2006: Tucha & others, 2006).

Namun penggunaan dadah tidak berkesan bagi semua kanak-kanak ADD/ADHD dan kesan jangka panjang dadah ini masih tidak dketahui.

David Nylund (Woolfolk A & Margetts K, 2007) mencadangkan satu bentuk terapi di mana kanak-kanak tersebut menggunakan kekuatan dalam dirinya untuk mengawal masalah tersebut.

Nylund cuba memberi perspektif baru kepada ADHD, bahawa kesukaran boleh dikawal dan semua sifat yang menghalang pembelajaran sebagai faktor yang boleh diasingkan daripada kanak-kanak tersebut. Beliau mencadangkan guru menggunakan masa yang singkat semasa kanak-kanak dapat memberi perhatian untuk menguasai diri dan tingkah laku mereka. Tetapi bukan semua kanak-kanak yang hiperaktif atau kurang memberi penumpuan ialah ADD/ADHD. Pengesahan masalah ini perlu dibuat oleh pakar.

Oleh kerana kanak-kanak ini sukar memberi penumpuan, guru boleh menempatkan mereka di sudut yang senyap dan kurang aktivti yang boleh mengalihkan perhatian mereka.

Kedudukan tempat duduk kanak-kanak ini seeloknya berhampiran tempat duduk guru.

Ini akan memberi peluang kepada guru untuk menegur dan memberi motivasi kepada murid-murid ADHD. Implikasi kepada P&PGuru juga boleh menggunakan prinsip peneguran di mana kanak-kanak ini diberi peneguran positif apabila mereka menunjukkan tingkah laku yang dikehendaki.

Peraturan dan prosedur dalam bilik darjah mesti dinyatakan dan dipaparkan dengan jelas.

Guru perlu memastikan murid faham peraturan tersebut.

Objektif pembelajaran juga harus dinyatakan dengan eksplisit dan murid diberi maklum balas dengan segera.

Semasa mengajar, arahan perlu ringkas dan diulang.

Beri peluang kepada murid hiperaktif ini untuk mengambil bahagian dalam aktiviti yang aktif.

Beri tugasan yang ringkas.

Masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa.

Namun, kanak-kanak yang menunjukkan tingkah laku kurang sesuai pada tahap serius dan berterusan akan mengakibatkan konflik sosial, tidak bahagia dan kegagalan di sekolah.

Masalah TingkahlakuTingkah laku yang dikaitkan dengan masalah ini termasuk agresif, kesukaran membentuk perhubungan sosial, menunjukkan tingkah laku sosial yang tidak boleh diterima masyarakat, hiperaktif, menipu, mencuri, masalah pembelajaran dan kebimbangan.

Ia boleh diklasifikasikan kepada masalah tingkah laku dalaman dan masalah tingkah laku luaran.

Tingkah laku masalah dalamanTingkah laku masalah luaranKebimbangan, perasaan takutMengingkar Sedih, murung Menentang Bersikap apatetik (tidak memperdulikan) Agresif

Suka menyendiri, penarikan diri Argumentatif (suka berhujah) Kecenderungan menyalahi diri sendiri, perasaan serba salah Tidak mempercayai, kecenderungan menyalahkan orang lain. Perasaan rendah diri Destruktif Malu, terlalu sensitif Menipu, mencuri Keasyikan pemikiran tentang suatu perkara Sukar mengawal diri Cemburu Tingkah laku kurang sesuai dalam situasi-situasi biasa. Misalnya kanak-kanak yang mengunyah dan makan dalam bilik darjah semasa guru sedang mengajar.

Tidak dapat mengawal perasaan dan tingkah laku mereka. Misalnya kanak-kanak yang cepat marah apabila rakan terambil pensel atau pemadamnya.

Ciri-ciri Kanak-kanak Bermasalah Tingkah Laku Menunjukkan simptom-simpton fizikal yang berkaitan dengan masalah peribadi atau masalah di sekolah. Misalnya kanak-kanak yang mengadu sakit perut atau deman maka tidak boleh ke sekolah.

Tidak berupaya membentuk perhubungan interpersonal dengan rakan atau gurunya. Kanak-kanak ini biasanya pendiam dan tidak mahu bergaul dengan kanak-kanak lain.

Menghadapi masalah pembelajaran tetapi ketidakupayaan ini tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor kesihatan, sensori atau intelek.

Sesetengah kanak-kanak menwarisi sifat atau tingkah laku bermasalah.

Ini juga mungkin disebabkan oleh ketidakseimbangan biokimia dalam diri seseorang, masalah nuerologi ataupun kecederaan kepada sistem saraf pusat.

Faktor behavioral seperti kegagalan mempelajari tingkah laku menyesuaikan diri atau membentuk tingkah laku kurang sesuai akibat tekanan daripada persekitaran juga memberi kesan kepada tingkah laku kanak-kanak.

Daripada segi sosiologi pula, tindakan seperti melabel individu kerana beliau daripada latar belakang tertentu dan pengaruh budaya sesuatu masyarakat juga boleh menimbulkan masalah tingkah laku.

Selain daripada itu, perubahan dalam sesebuah keluarga misalnya penceraian, kehadiran adik yang baru atau ibu/bapa tidak boleh menimbulkan rasa kurang selamat atau kurang yakin.

Kadang-kala masalah tingkah laku seperti agresif atau melawat menunjukkan tingkah laku tersebut.

Masalah tingkah laku yang berkait dengan masalah pembelajaran menyebabkan murid ponteng kelas, tidak hadir ke sekolah, pencapaian rendah dan tercicir daripada sekolah.

Pengurusan tingkah laku yang boleh digunakan di dalam bilik darjah termasuk: Peneguran Positif:

Guru boleh memberi peneguran positif kepada murid sebaik sahaja murid menunjukkan tingkah laku yang diingini.

Misalnya seorang murid yang sebelum ini sentiasa menghantar kerja rumah lewat dan tiba-tiba hari ini menghantarnya pada masa yang ditetapkan boleh diberi galakan atau pujian atas tindakannya.

Implikasi kepada P&PTime-out

Murid tersebut diasingkan daripada rakannya untuk satu masa tertentu.

Diharapkan masa persendirian memberi peluang kepada murid memikirkan tentang tingkah lakunya.

Tidak Peduli:

Guru tidak memberi perhatian kepada murid yang menunjukkan tingah laku yang tidak diingini.

Mengajar tingkah laku yang dikehendaki. Misalnya guru menggalakkan murid meluahkan perasaannya tentang sesuatu perkara yang dia tidak suka. Ini lebih bermakna dan sihat daripada menunjukkan tingkah laku seperti misalnya mengelak perkara yang murid tidak minat.

Kanak-kanak dengan masalah tingkah laku memerlukan sesuatu persekitaran di sekolah yang boleh membantu penglibatan mereka dalam aktiviti sekolah.

Mereka tidak seharusnya disisih sehingga tercicir daripada sisitem persekolahan.

Mereka juga dibimbing cara-cara mengawal emosi serta kemahiran mengurus diri.

Perkembagan kanak-kanak lembab ini agak lambat sejak peringkat bayi, di mana bayi ini lambat senyum, lambat bertindak balas terhadap bunyi atau suara ataupun tidak balas menggenga masih belum hilang walaupun usia bayi lebih 3 bulan.

Kanak-kanak lembab ini biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Lembab (slow learner)Gunakan bahasa yang mudah. Arahan mesti dinyatakan dengan jelas dan perlu diulang. Ia boleh diberi dalam bentuk visual atau dipaparkan pada papan hitam atau papan kenyataan kelas. Bahan pengajaran dan pembelajaran perlu dinyatakan dalam langkah-langkah yang pendek dan ringkas.

Strategi pengajaran dan pembelajaran diubahsuai untuk membina keyakinan dan memberi perasa kejayaan, misalnya meminta seorang kanak-kanak disleksia untuk memberi laporan secara lisan manakala rakan-rakannya memberi laporan bertulis (Woolfolk A & Margetts K, 2007).

Implikasi kepada P&PTugasan dan penilaian harus sesuai dengan tahap kanak-kanak tersebut. Ia boleh diberi dalam bentuk tugasan-tugasan kecil yang kanak-kanak mampu lakukan. Tempoh masa yang lebih boleh diberikan untuk kanak ini untuk menyiapkan tugasan mereka.

Tugasan dan kerja rumah yang diberikan setiap minggu boleh ditampal pada papan notis kelas sebagai peringatan. Satu salinan boleh juga diserahkan kepada ibu bapa.

Persatuan Kerencatan Akal Amerika (AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai satu ketidakupayaan yang dapat dilihat melalui fungsi intelek serta tingkah laku penyesuaian seperti komunikasi, penjagaan diri dan kemahiran sosial yang amat terhad.

Terencat AkalKanak-kanak yang mengalami kerencatan akal ringan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

Kurang koordinasi motor. Sukar menumpukan perhatian. Kemahiran membaca dan bahasa yang lemah serta berada pada tahap yang rendah dapada mereka yang sebaya. Sukar mengaplikasi sesuatu yang dipelajari dalam situasi baru. Kesukaran dalam memahami konsep yang abstrak dan membuat kesimpulan.

Kanak-kanak ini sukar menurut arahan dan tidak berupaya memilih aktiviti secara sendirian.

Mereka juga menghadapi masalah koordinasi mata dan tangan.

Mereka mempelajari bahasa dan kemahiran dengan perlahan, tidak seperti kanak-kanak biasa.Paras rupa kanak-kanak ini seperti kanak-kanak biasa dan mereka biasanya dibenarkan masuk ke sekolah biasa.

Kurikulum di sekolah digubal untuk kanak-kanak biasa dan merupakan cabaran bagi kanak-kanak dengan masalah terencat akal.

Kebanyakan kanak-kanak ini gagal di sekolah kerana IQ mereka yang rendah iaitu antara 55/60 dan 85/90.

IQ kanak-kanak normal adalah 90 ke atas.

Namum begitu, kebanyakan kanak-kanak bermasalah terencat akal ringan boleh ke sekolah dan boleh mempelajari pelbagai kemahiran akademik seperti kemahiran vokasional sosial untuk membantu menjadikan meraka sebagai individu yang produktif.

Sindrom Down berpunca daripada masalah yang disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom. Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan dalam pasangan kromosom yang ke-21. Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran. Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan motor yang lambat. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai tahap IQ yang rendah antara 30 hingga 80. Sindrom DownKanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti antaranya:

Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat. Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung untuk terjelir Mata sentiasa berair dan merah. Mata sepet dan bentuk muka yang kecil. Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak bongkok. Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan baik.

Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks mata, masalah jantung dan kecacatan usus.

Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti individu normal.

Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan yang lebih rapi.

Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang rata, mereka cenderung mengalami masalah penafasan dan sukar untuk makan.

Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot dan kurang upaya meneroka persekitaran.

Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk berdikari dan menguasai kemahiran.

Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down.

Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.

Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya.

Implikasi kepada P&PSetiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.

Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat. Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka. Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai. Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka. Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang sukar untuk dipulihkan. Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan. Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi. Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

AutismePendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

Implikasi Kepada P&PBimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu. Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang langkah atau konsep yang telah dipelajari. Kanak-kanak ini memerlukan rutin. Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh mereka. Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik darjah.

Dispraksia merupakan sejenis kecacatan koordinasi motorJuga dikenali sebagai gangguan integrasi deria, gangguan atau ketidakmatangan dalam mengorganisasikan gerakan.Berasal dari kata Dys yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan praxis yang bermaksud bertindak, melakukan.DISPRAKSIAOtak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak penuh atau benar ditransmisikanHal ini menyebabkan timbulkan kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motorik atau sensori.Dengan kata lain, dispraksia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang samaMengapa ?Persepsi- sukar untuk menilai ketinggian dan jarak. Literaliti-masalah pergerakan dari sisi kanan ke sisi kiriKerja tangan tulisan tangang-susah menulisBahasa sukar menyebut perkataan dan gagapKonsentrasi ambil masa yang lama.Ciri-ciriOrganisasi dan pemikiran kelam kabut, tidak peka, lewat, sukar mengatur kerja.Respon kepada stimulasi luar terlebih atau terkurang sensitif kepada bunyi, sentuhan, cahaya dan deria rasa.Ciri-ciri

Diskalkulia (Dyscalculia)

Diskalkulia adalah gangguan belajar yang mempengaruhi kemampuan matematika.Seseorang dengan diskalkulia sering mengalami kesulitanmemecahkan masalah matematika dan menangkap konsep-konsep dasar aritmatika.Kecacatan matematik- bergelut dengan masalah matematik dan konsepDiskalkulia adalah suatu ketidakupayaan sepanjang hayat yang melibatkan individu yang cacat dalam aritmetik termasuk: bahasa matematik; kemahiran kesediaan matematik; konsep matematik dan komputasi/pengiraan; serta penyelesaian masalah.

Diskalkuliatidak memahami dan keliru nilai tempat nombor tidak berkebolehan untuk memahami konsep pecahan bermasalah untuk mengingati sifir darab bermasalah untuk pembelajaran mengira atau mengenali nombor bermasalah dengan masalah ringkas /asas dalam matematik sekolah rendah

Ciri-ciri Diskalkulia

bermasalah dalam penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian nombor .bermasalah pembelajaran menyatakan masa menangani wang maklumat berturutan Contoh: Lima ratus tujuh ditulis 57

Ciri-ciri DiskalkuliaStrategi untuk membantu murid diskalkuliaDisfasia adalah sejenis kecacatan bahasa (masalah dengan kefahaman membaca).Disfasia adalah ketidakupayaan untuk mengaitkan makna dengan kata-kata.Murid disfasia menunjukkan gangguan dalam memahami bahasa pertuturan.

Disfasia (Dysphasia)

Disfasia disebabkan oleh kerosakan otak , biasanya di sebelah kiri otak yang bertanggungjawab untuk bahasa dan komunikasi.

Disfasia (Dysphasia)

Mempunyai kesukaran memahami makna daripada bahasa pertuturan.Menunjukkan output bertulis yang lemah.Mempamerkan kelemahan kefahaman membaca.Menunjukkan kesukaran menyatakan pemikiran dalam bentuk lisan.Mempunyai kesukaran melabelkan objek atau mengiktiraf label.

Ciri-ciri disfasia

Sering kecewa kerana mempunyai banyak perkara untuk diperkatakan tetapi tidak dapat disampaikan.Merasakan bahawa perkataan betul-betul di hujung lidah saya".Boleh menggambarkan objek dan menarik , tetapi tidak boleh berfikir perkataan untuk menamakan itu.Tertekan atau mempunyai perasaan sedih.Sukar untuk berjenaka.

Ciri-ciri disfasiaKanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka. Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

Pintar CerdasMenunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya. Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya. Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar. Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. Kebolehan untuk memimpin. Mengambil berat dan menunjukkan empati terhadap orang lain.

Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program: i. Pengasingan, ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan

Implikasi kepada P&PDalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka.

Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

PengasinganSatu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.

Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

PemecutanProgram pengayaan melibatkan pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam atau di luar kelas.

Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan negara.

Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian.

PenggayaanAspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.

Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak.

Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting.

Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut.

KesimpulanHubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak.

Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara kanak-kanak.

Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.

Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising.

Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang dapat menerima dan membimbing mereka.

Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk membantu.

Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh membantu perkembangan kanak-kanak ini.

ADA LAGI ???

Down Syndrome Chromosomes

Down SyndromeFetal alcohol syndrome (FAS)

A therapist works with an autistic boy in a public school.

Teaching Deaf Students

American lecturer and writer Helen Keller

a.Hearing Impairmentb. Expressive Language Delay

c.Attention Deficit Disorder

Implikasi Bermasalah Pembelajaran @ Fizikal

Personalised Card Making

Cards and Frames

FINE MOTOR SKILLS

Hydroponics Project

Wiping & Clearing

Cleaning & Arranging Laundry, Ironing,bed making

Food Preparation

Floor Mat & Beading

Art Painting Sekian