kanak-kanak

37
NAMA KURSUS: EDU3023 TAJUK : PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN TEORI PERKEMBANGAN NAMA AHLI KUMPULAN : JANETTHY RONNY AK SAING LING HEE CHEN KIRISTA JIHUS NAMA PENSYARAH: Pn. Fathiah binti Mohd. Yusof

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 19-Nov-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pengenalan ttng perkembangan kanak-kanak

TRANSCRIPT

Slide 1

NAMA KURSUS:EDU3023TAJUK :PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN TEORI PERKEMBANGANNAMA AHLIKUMPULAN :JANETTHY RONNY AK SAING LING HEE CHEN KIRISTA JIHUSNAMA PENSYARAH: Pn. Fathiah binti Mohd. Yusof

PERINGKAT PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DAN TEORI PERKEMBANGAN

DEFINISI PERKEMBANGAN(Woolfolk & Margetts, 2007)Perubahan saiz fizikal,kadar pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi anggota badan dan perawakan manusiaDipengaruhi persekitaran dan pengalaman seharianPerkembangan berkait rapat denagan proses pertumbuhan bayiContohnya: meniarap, merangkak, duduk, berdiri, bertatih dan berjalan

CIRI-CIRI PERKEMBANGAN PERUBAHAN BERSIFAT KUALITATIFPERUBAHAN BERLAKU MEMPERLIHATKAN SIFAT YANG BERLAINANBERLAKU SECARA BERTERUSANBERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDUBERLAKU MENGIKUT POLA DAN URUTANFAKTOR BAKA, PERSEKITARAN DAN KESIHATAN

1. PERUBAHAN BERSIFAT KUALITATIFPerkembangan yang tidak boleh diukurHanya boleh dinilai melalui pemerhatianContoh: perubahan penggunaan bahasa, penggunaan bahasa untuk menerangkan sesuatu akibat daripada kematangan, latihan dan pembelajaran

2. PERUBAHAN BERLAKU MEMPERLIHATKAN SIFAT YANG BERLAINAN

Menurut Atan Long (1998) perubahan bersifat kualitatif iaitu tidak dapat diukur tetapi perubahan nyata telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan dalam satu-satu peringkat

3. BERLAKU SECARA BERTERUSANBerlaku secara berterusan dan tidak tersekat-sekat pada peringkat pertengahan tetapi perkembangan terus berlaku walaupun usia lanjut

4. BERBEZA BAGI SETIAP INDIVIDUProses perkembangan berbeza kerana bergantung kepada genetik, persekitaran, pemakanan, kematangan dan kesihatan seseorang

5. BERLAKU MENGIKUT POLA DAN URUTANDikawal oleh faktor kematanganProses perkembangan ini membawa perubahan kepada sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan semula jadi

6. DIPENGARUHI FAKTOR-FAKTOR BAKA, PERSEKITARAN DAN KESIHATANBAKA- Fizikal: warna kulit,warna rambut,jenis kumpulan darah dan saiz tubuh- Fisiologi: Tahap kesihatan kanak-kanak dipengaruhi sakit turun temurun ibu bapanyaSahsiah: introvent( aktif,agresif dan suka bersosial) & ekstrovert ( sifat pasif, emosional, pendiam, pemalu dan kurang bersosial )Mental: kecerdasan seseorang individu

b) PERSEKITARAN- Munn (1969) menyatakan persekitaran kuasa luaran yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu- Contoh: pengalaman kanak-kanak berinteraksi dengan seseorang yang baik di rumah,sekolah dan masyarakat- Pertumbuhan dan perkembangan ini dapat dilihat sebelum prenatal dan selepas kelahiran postnatal

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SEBELUM KELAHIRAN (PRENATAL)PEMAKANAN IBU-Minum banyak air, pengambilan vitamin tambahan dan protein yang cukupKESIHATAN IBUSentiasa mengikut rutin pemeriksaan dan mengelakkan diri terdedah dengan sinaran x-rayGAYA HIDUP IBUMengelakkan minum alkohol,merokok dan dadah serta harus sentiasa tenang dan gembira di samping berpikiran positif selaluUMUR IBUUmur sesuai melahirkan anak antara 24-40 tahunIbu muda dan tua akan berisiko melahirkan anak Sindrom Down atau darjah kecerdasan yang rendah

FAKTOR SELEPAS KELAHIRAN ( POSTNATAL)PEMAKANANBayi memerlukan khasiat yang terdapat dalam susu ibu, kanak-kanak memerlukan protein dan karbohidrat(tenaga) kalsium(kuatkan tulang dan gigi) dan vitamin serta mineral untuk menatal dan fizikal sihatKELUARGAKesehjateraan keluarga, kepimpinana ibu bapa menentukan kognitif dan sosioemosi kanak-kanakRAKAN SEBAYAMemainkan peranan dirinya diterima, dihargai dan difahami dimana kanak-kanak akan mudah terikut dengan kelakuan positif @ negatif rakannya SEKOLAHMenekankan JERISMEDIA MASSA- Mempengaruhi perkembangan kognitif, sosial, sdan sikap individu dari aspek pendidikan, politik, sosial dan fahaman serta pandangan

PRINSIP PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK

PRINSIP PERTAMAPerkembangan bermula daripada kepala dan beransur ke kaki cephalacaudalPerubahan pada struktur dan fungsi berlaku dari kepala sehinggalah ke bawah kakiContoh: dalam fungsi pergerakan- apabila bayi ditiarapkan dia akan berupaya mengangkat kepala terlebih dahuluKepala bayi biasanya berat kerana perkembangan sudah berlaku

2) Arah tengah ke tepi - proximodistal Perkembangan berlaku di tengah badan kemudian ke bahagian hujung badanContoh: semasa bayi dalam kandungan, bahagian anggota kaki dan tangan belum tumbuh. Dan ianya tumbuh beransur-ansurDari segi fungsi, bayi dapat menggunakan lengan terlebih dahulu sebelum menggunakan tangan dan jari

PRINSIP KEDUADuduk berdiri berjalan - berlari- Peringkat ini akan dialami oleh setiap kanak-kanak yang normal meskipun berbeza keturunan, agama, latar belakang, sosioekonomi dan negara kelahirannya

PRINSIP KETIGAPerkembangan menyeluruh- Contoh:

Belajar memegang bendaMula pandai memegang dan mewarnaLukisan lebih kemas dan pegangan lebih bagus

PERKEMBANGAN PERINGKAT PRENATAL

PERINGKAT PRENATALPerkembangan sperma bapa bersatu dengan ovum atau telur ibu. Selepas akil baligh, satu ovum akan mencapai tahap kematangan setiap 28 hari di dalam ovari. Ovum tersebut kemudiannya akan memasuki tiub falopia. Proses ini dipanggil ovulasi.

Sekiranya semasa dalam perjalanan ke tiub falopia ovum tersebut tidak disenyawakan dalam masa 48 jam selepas ovulasi haid. Manakala ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kadangkala seorang wanita akan menghasilkan lebih daripada satu telur, sama ada secara semula jadi ataupun dengan ransangan dadah.

.Persenyawaan dua ovum oleh dua sperma berbeza ,menghasilkan kembar dwizigot atau kembar bersaudara. --Jika ovum yang disenyawakan oleh sperma bercerai kepada dua bahagian, iaitu zigot membahagi kepada dua dan setiap bahagian melalui pembahagian sel dan berkembang menjadi dua individu yang serupa maka kembar monozigot atau serupa terhasil

-Kembar monozigot terhasil daripada zigot yang sama, oleh itu mewarisi gen yang sama daripada ibu bapa. -Peringkat prenatal ialah selama sembilan bulan dan terbahagi kepada tiga fasa, iaitu pembenihan (germinal stage), embrio dan fetal.

-Bermula daripada proses persenyawaan sehingga zigot melekat pada dinding rahim. -Tempoh fasa ini biasanya selama dua minggu. -Selepas persenyawaan, zigot akan bergerak ke rahim. Zigot mempunyai 23 kromosom daripada sperma bapa dan 23 kromosom daripada ovum ibu. Kromosom-kromosom ini akan berpasangan. Setia pasangan kromosom mempunyai gen-gen yang mengandungi cetakan trait dan ciri-ciri kebakaan daripada ibu bapaFASA 1: PERINGKAT PEMBENIHAN

Zigot seterusnya akan mengalami proses pembahagian sel atau mitosis.-Sel-sel baru yang terbentuk akan menjadi bahagian-bahagian lain badan.-Sel-sel ini akan menerima salinan gen-gen yang diperturunkan daripada ibu bapa. Gen-gen ini mengandungi DNA. Aturan-aturan struktur DNA yang banyak akan menyebabkan trait dan baka berbeza yakni tidak ada dua individu yang mempunyai baka yang sama kecuali kembar serupa yang berasal daripada zigot yang sama

FASA 2: PERINGKAT EMBRIO

Fasa ini bermula daripada minggu ketiga sehingga minggu kelapan selepas persenyawaan. Pada masa ini, organisma yang terbentuk dipanggil embrio. Pada minggu keempat perkembangan otak bermula, mata, telinga dan mulut mula terbentuk. Pada minggu kelapan, embrio mempunyai sistem organ yang asas, rupa muka, jari tangan dan kaki. Embrio menerima makanan, khasiat dan oksigen melalui tali pusat. Tali pusat ini juga membawa karbon dioksida dan perkumuhan daripada embrio kepada ibu untuk dikumuhkan.

Peranan tali pusat ini sangat penting tetapi ia juga bertanggungjawab ke atas kecacatan yng mungkin berlaku kerana ia boleh membawa bahan-bahan seperti dadah yang telah diambil oleh ibu atau penyakit-penyakit lain yang dibawa daripada ibu. Perkembangan yang agak pesat berlaku pada fasa ini. Struktur-struktur dan sistem-sistem asas badan dibentuk pada fasa ini.

FASA 3: FASA FETAL

Fasa ini bermula pada bulan ketiga selepas persenyawaan sehingga kelahiran bayi. Pada fasa ini, ia dipanggil fetus dan pada peringkat ini organ-organ utama bertambah saiz, otot dan sistem saraf sudah mula terbentuk dan isyarat daripada otak serta beberapa pergerakan sudah boleh dikesan. Perkembangan antara bulan ketiga sehingga bulan ke enam agak pesat. Pergerakan bayi dapat dirasai oleh ibu dan deria-deria penglihatan dan pendengaran bayi sudah mula berfungsi.

Pada bulan ketujuh, sekiranya bayi lahir, ia mempunyai peluang untuk hidup tetapi akan mengalami masalah pernafasan. Dengan teknologi hari ini, peluang hidup bayi ini agak tinggi. Pada peringkat ini juga, berat badan dan panjang bayi bertambah. Fetus mengubah arah kedudukan sebelum lahir dengan kepalanya pada dasar rahim.

PERINGKAT BAYI (LAHIR 2 TAHUN)

Pada dua tahun yang pertama, pertumbuhan dan perkembangan bayi berlaku pada kadar yang pesat. Berat badan bertambah lebih kurang 10kg dan ketinggian bayi bertambah sebanyak 40cm. Saiz dan kompleksiti otak bertambah. Sel-sel neuron dalam otak berkembang namun organisasinya memerlukan pengalaman selepas lahir.

Gigi susu pada gusi bawah mula kelihatan apabila bayi berumur antara enam hingga lapan bulan. Pertumbuhan gigi ini dipengaruhi oleh kesihatan bayi, baka, khasiat yang diterimanya sebelum dan selepas kelahiran. Sekuen pertumbuhan gigi penting dan pada dasarnya, pertumbuhan gigi pada gusi bawah dahulu kemudian diikuti dengan pertumbuhan gigi pada gusi atas.

Urutan yang sebaliknya akan mengakibatkan posisi rahang tidak tepat dan kejajaran gigi yang kurang sempurna. Bayi mula menunjukkan autonomi dan kekuatan melalui pergerakkan seperti memusingkan badan, merangkak dan berjalan. Ini adalah hasil perkembangan psikomotor yang melibatkan otot-otot kasar (leher, kaki, tangan dan kaki). Pergerakan tersebut mempengaruhi interaksi bayi dengan ibu bapa dan persekitarannya.

Dalam masa yang sama, perkembangan otot-otot halus (jari tangan) yang membolehkan bayi mencapai, menggengam dan mengkoordinasi antara mata dan tangan mula kelihatan. Di akhir tahun kedua, bayi sudah boleh melakukan aktiviti yang kompleks yang melibatkan beberapa langkah seperti memegang pensil krayon dan melukis.

IMPLIKASI TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN DALAM KELAS

-Aktiviti seperti ceramah, kaunseling yang dapat membantu remaja menerima dirinya, rupa dan bentuk badannya. -Menyediakan latihan untuk membantu remaja membina daya tenaga dan daya tahan. -Oleh kerana remaja pada peringkat ini lebih sensitif terhadap perubahan fizikal dan bentuk badan, adalah wajar mereka juga diberi kesedaran tentang gaya hidup sihat terutamanya daripada segi pemakanan, senaman dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok dan mengambil dadah. -Rancang aktiviti senaman supaya menyerenokkan dan jadikannya sebagai satu aktiviti sosial yang sihat. -Sediakan bilik persalinan yang terasing untuk remaja perempuan dan remaja lelaki. -Cuba kurangkan peluang remaja perempuan diperhati oleh lelaki semasa aktiviti senaman.- Perubahan peringkat remaja tidak sahaja bermakna otot-otot bertambah kuat dan pertambahan koordinasi.

Akil baligh juga menandakan kematangan daripada segi seksual. Menyediakan kursus, dan ceramah tentang aktiviti seksual dan sistem pembiakan agar remaja mengetahui aspek-aspek perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka. Tingkah laku seksual memerlukan remaja membuat pilihan. Guru perlu menyediakan peluang untuk remaja berbincang dan bertanya tentang perubahan yang sedang berlaku dalam diri mereka agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat.

VIDEO UNTUK PROSES PERKEMBANGAN BAYI DALAM PRENATAL ..\..\(3) Facebook2.mp4

SEKIAN, TERIMA KASIH