kesihatan kanak-kanak

21
Oleh: Syaza Yasmin binti Ismail

Upload: syazayasminismail

Post on 19-Jun-2015

6.002 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesihatan Kanak-kanak

Oleh:Syaza Yasmin binti Ismail

Page 2: Kesihatan Kanak-kanak

DEFINISI KESIHATANKesihatan adalah kualiti hidup yang

melibatkan sosial, emosi, mental, spiritual dan kecergasan biologikal individu hasil daripada adaptasi individu terhadap persekitaran. (Dubos R., 1968)

WHO – Kesihatan adalah sesuatu yang sempurna dari segi fizikal, mental, sosial dan bukan hanya sekadar tiada penyakit atau cacat cedera sahaja.

Page 3: Kesihatan Kanak-kanak
Page 4: Kesihatan Kanak-kanak

BUKU REKOD KESIHATAN MURIDBuku Rekod Kesihatan Murid (RKM1) adalah

dokumen yang mencatatkan semua maklumat kesihatan yang diperolehi semasa alam persekolahan.

Buku ini adalah buku rujukan yang mencatatkan proses pertumbuhan dan perkembangan murid semasa alam persekolahan.

Buku ini di beri secara percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi setiap murid sekolah semasa tahun 1 persekolahan.

Ibu bapa dikehendaki mengisi maklumat murid di dalam buku tersebut dan mencatatkan kebenaran untuk petugas kesihatan menjalankan pemeriksaan kesihatan dan memberi pelalian kepada anak mereka.

Page 5: Kesihatan Kanak-kanak

BUKU REKOD KESIHATAN MURIDBuku ini disimpan oleh pihak sekolah bagi

memudahkan pengawasan kesihatan murid dan akan diberikan kepada murid sekiranya mereka hendak bertukar sekolah atau menaiki sekolah menengah.

Buku ini perlu diserah kepada sekolah yang baru untuk simpanan.

Ibu bapa boleh minta buku ini dari pihak sekolah sekiranya ingin melihat rekod kesihatan anak mereka.

Sambungan…

Page 6: Kesihatan Kanak-kanak
Page 7: Kesihatan Kanak-kanak

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKITKanak-kanak yang menghidap sebarang penyakit

berjangkit dikecualikan untuk hadir ke sekolah.Perkara ini perlu dimaklumkan kepada ibu bapa

atau penjaga mereka agar mereka boleh mengambil tindakan jika dipastikan anak mereka menghidap sebarang penyakit berjangkit.

Guru juga boleh membuat penyaringan sebelum kanak-kanak masuk ke bilik darjah dengan mengambil suhu badan kanak-kanak dengan termometer bagi kanak-kanak yang demam dan melihat tanda-tanda penyakit berjangkit yang lain.

Page 8: Kesihatan Kanak-kanak

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKITGejala yang perlu disaring adalah seperti

berikut;

Sambungan…

DITANYA DIPERIKSA (jika boleh)

Demam Suhu >37.5’

Selsema Hidung berhingus

Batuk Batuk

Cirit-birit

Ruam / lepuh / kudis Ruam / lepuh / kudis

Sakit mata Mata merah atau mata bertahi

Page 9: Kesihatan Kanak-kanak

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKITGejala atau tanda-tanda jangkitan penyakit yang

mempunyai risiko untuk berjangkit kepada kanak-kanak lain;

DemamCirit-biritMuntah-muntahRuam dengan demamSakit mataBatuk yang terukSakit tekak dengan demam dan kelenjar

membengkak

Sambungan…

Page 10: Kesihatan Kanak-kanak

PENGURUSAN KANAK-KANAK SAKITKebiasaannya guru akan menghubungi ibu bapa

kanak-kanak yang sakit untuk dibawa balik atau dibawa ke klinik.

Kanak-kanak akan diasingkan di satu bilik bagi menempatkan kanak-kanak tersebut sementara menunggu ibu bapa atau penjaga mengambil mereka. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak berpenyakit dari bercampur dengan kanak-kanak lain dan berkemungkinan menyebarkan penyakit.

Untuk hal-hal kecemasan, kanak-kanak akan terus dihantar ke hospital berdekatan untuk pemeriksaan lanjutan.

Sambungan…

Page 11: Kesihatan Kanak-kanak
Page 12: Kesihatan Kanak-kanak

DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATANPendidikan Kesihatan adalah sebagai

pengalaman pembelajaran yang dibentuk bagi memudahkan adaptasi dan tingkah laku yang kondusif untuk kesihatan. (Green, 1980)

Pendidikan Kesihatan sebagai pembelajaran di bilik darjah yang menyediakan dimensi kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial, memperkembangkan pengetahuan, sikap dan kemahiran berkenaan kesihatan. (Marx and Wooley, 1998)

Page 13: Kesihatan Kanak-kanak

DEFINISI PENDIDIKAN KESIHATANPendidikan Kesihatan merupakan proses

untuk mengembangkan dan membekalkan pengalaman dan pembelajaran yang terancang dalam cara untuk memberi maklumat, mengubah sikap dan mempengaruhi tingkah laku. (Ams Paugh & Enzell, 1995)

Sambungan…

Page 14: Kesihatan Kanak-kanak

FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATANPendidikan Kesihatan adalah pendidikan

untuk kesihatan, bukan hanya pengetahuan tentang kesihatan.

Pendidikan Kesihatan bukan semata-mata menyembuh, mengurang atau mencegah penyakit, malah untuk mencapai keadaan fizikal, mental dan sosial yang optimum untuk individu, keluarga dan komuniti.

Page 15: Kesihatan Kanak-kanak

FALSAFAH PENDIDIKAN KESIHATANProgram Pendidikan Kesihatan seharusnya

digalakkan dan memudahkan aplikasi pengetahuan kesihatan untuk meningkatkan amalan gaya hidup sihat sebagai budaya.

Individu perlu faham dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Kesihatan agar dapat amalkan gaya hidup sihat sebagai budaya.

Individu perlu bersedia menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan persekitaran dan sosial.

Sambungan…

Page 16: Kesihatan Kanak-kanak

MATLAMAT DAN TUJUAN PENDIDIKAN KESIHATANPerubahan tingkah laku kesihatan –

pengetahuan, sikap dan amalanMewujudkan insan yang berpelajaran dan

berpengalaman tentang kesihatanMembantu orang ramai mencapai tahap

kesihatan yang optimum dengan tingkah laku dan usaha sendiri

Memajukan keadaan komuniti dan meningkatkan tanggungjawab kesihatan kerajaan

Page 17: Kesihatan Kanak-kanak

PENDIDIKAN KESIHATAN DI SEKOLAH3 aspek;Pengajaran kesihatan yang sistematikKaunseling kesihatan individuPengajaran dan pembelajaran kesihatan yang

tidak formal , berkaitan dengan pengalaman seharian

Pendidikan kesihatan di sekolah terbahagi kepada pendidikan kesihatan secara berkelompok dan individu.

Page 18: Kesihatan Kanak-kanak

PENDIDIKAN KESIHATAN SECARA INDIVIDUPendidikan kesihatan individu diberi sebagai

khidmat nasihat dan kaunseling semasa sesi pemeriksaan kesihatan.

Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain-lain.

Page 19: Kesihatan Kanak-kanak

PENDIDIKAN KESIHATAN SECARA BERKELOMPOKPendidikan kesihatan secara berkelompok

adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah.

Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan.

Pendidikan kesihatan secara berkelompok mengutamakan masalah kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya saringan talasemia, 'tak nak merokok' dan gaya hidup sihat.

Page 20: Kesihatan Kanak-kanak

RUJUKANHealthy People, 2000.

http://www.odphp.osophs.dhhs.govSabari Shukor, 2001. Kurikulum Bersepadu

Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Tahun 5. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zainun Ishak, 2006. Panduan Kesihatan dan Keselamatan Kanak-kanak. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Bahagian Kawalan Penyakit, 2007. Garis Panduan Pengendalian Kanak-kanak di Taska dan Prasekolah. KL: Kementerian Kesihatan Malaysia

Page 21: Kesihatan Kanak-kanak