kami guru malaysia

6
Kami guru Malaysia Berikrar dan berjanji Mendidik dan memimpin Putera puteri negara kita Pada Seri Paduka Kami tumpahkan setia Rukun Negara kita Panduan hidup kami semua Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Di bidang pembangunan Kami tetap bersama Membantu membina Negara yang tercinta Amanah yang diberi Kami tak persiakan Apa yang kami janji Tunai tetap kami tunaikan Tunai tetap kami tunaikan

Upload: tanziquan

Post on 13-Sep-2015

231 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

tg

TRANSCRIPT

Kami guru MalaysiaBerikrar dan berjanjiMendidik dan memimpinPutera puteri negara kitaPada Seri PadukaKami tumpahkan setiaRukun Negara kitaPanduan hidup kami semua

Di bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikanDi bidang pembangunanKami tetap bersamaMembantu membinaNegara yang tercintaAmanah yang diberiKami tak persiakanApa yang kami janjiTunai tetap kami tunaikanTunai tetap kami tunaikan

,

Yang Berhormat Penghulu Encik. Rozaini Bin Abu Bakar,

Yang Berhormat Penyelia SJKC Puan Chow Hui Teng,

Yang Berusaha Encik Sharizal Bin Shaid,

Yang Berusaha Puan Leong Li YoonGuru Besar SJKC Pin Min Bidor Stesen,

Yang Berusaha Pengacara majlis,

Tetamu-tetamu kehormat,wakil ahli-ahli PIBG, Guru-guru, Ibu bapa-ibu bapa, Tuan-tuan, puan-puan dan seterusnya para pelajar yang saya hormati sekalian.

Selamat pagi dan salam sejahtera,

Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak Tema Hari Guru pada tahun ini bukan sahaja kedengaran indah tetapi juga mencerminkan guru sebagai agen perubahan yang sangat penting dalam masyarakat. Apa yang menjadi ukuran, bukannya kekayaan harta, kemewahan hidup, tetapi kemenjadian pelajar yang menjadi penilaian.

Pencapaian dan kecemerlangan seluruh hidup pelajar yang menjadi tumpuan. Kemurnian hati pelajar, tingkah laku yang sopan dan segala aspek yang berkaitan dengan pelajar adalah fokus utama para guru.

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya, demikianlah perbandingan yang mengaitkan didikan dan ajaran para guru untuk melahirkan para pelajar yang berpotensi, berbakat dan cemerlang.

Saya selaku timbalan lembaga pengelola sekolah ini ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para guru, bersempena dengan sambutan Hari Guru pada tahun 2015. Sungguh bertepatan sekali tema pada tahun ini, Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.Sebagai wakil ibu, bapa dan penjaga pelajar, kami amat menyedari kegigihan para guru untuk menyerlahkan lagi kemampuan para pelajar. Para guru berperanan serta bertanggungjawab untuk mengembangkan minat para pelajar dalam bidang masing-masing. Sebagai guru, besar sungguh peranan para guru. Para guru jugalah yang amat menyedari kesungguhan para pelajar dalam merealisasikan impian masing-masing. Pelajar merupakan tunjang negara pada masa hadapan. Para pelajar juga mesti menanamkan azam untuk mencapai kecemerlangan.

Pelajar adalah satu aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dengan tujuan membangunkan potensi murid-murid secara menyeluruh. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi yang semakin mencabar. Bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi jasmani , emosi, rohani, intelek dan sosial.Pn. Guru Besar dan para guru yang dihormati,di kesempatan ini saya ingin merakamkan penghargaan kepada para guru di sekolah yang terus berusaha dengan gigih dan cemerlang demi tanggunggjawab dan amanah yang sangat besar serta bermakna kepada masyarakat dan Negara.

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan Selamat HariGuru kepada semua guru di SJKC Pin Min Bidor Stesen. Terima kasih daripada kami para ibu bapa , penjaga pelajar. Teruskan usaha murni dan disanjung tinggi guru-guru dalam bidang pendidikan.

Selamat Hari Guru kepada semua guru

Sekian, terima kasih.