kalimah allah

25
6 Group 1 ICSB111 Objektif Kajian 1. Mengkaji pengurusan penetapan fatwa terhadap isu bukan muslim secara umum. 2. Menyenaraikan kronologi isu penggunaan kalimah Allah yang melibatkan bukan muslim 3. Mengenal pasti kaedah pengeluaran fatwa penggunaan kalimah Allah yang melibatkan bukan Islam.

Upload: intan-aqila

Post on 16-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Fatwa Kalimah Allah

TRANSCRIPT

Objektif Kajian

1. Mengkaji pengurusan penetapan fatwa terhadap isu bukan muslim secara umum.2. Menyenaraikan kronologi isu penggunaan kalimah Allah yang melibatkan bukan muslim3. Mengenal pasti kaedah pengeluaran fatwa penggunaan kalimah Allah yang melibatkan bukan Islam.

Group 1ICSB111

ANALISIS

1.1Definisi Fatwa

(Zulkifli Mohamad al-Bakri 2008:4)1.2Hukum Fatwa

1.3Rukun Fatwa

1.4Kategori Fatwa

1.6Kaedah Pengeluaran Fatwa1.6.1OrganisasiMajlis Fatwa Peringkat Kebangsaan diketuai oleh seorang pengerusi.Skop tugas pengerusi tersebut ialah bertanggungjawab untuk memanggil ahli-ahli majlis untuk bermuzakarah sekiranya terdapat sesuatu isu yang timbul.Seterusnya, tugas setiausaha pula ialah bertanggungjawab untuk mengendalikan urusan memanggil atau menjemput setiap ahli majlis untuk bermuzakarah.Ahli-ahli majlis ini pula terdiri daripada mufti bagi setiap negeri di Malaysia. Setiap daripada mereka akan dipanggil jika ada sesuatu isu baru yang timbul dan kemudiannya akan pulang ke negeri masing-masing dengan membawa keputusan hasil daripada muzakarah peringkat kebangsaan. Urusetia turut tersenarai dalam organisasi ini dan ia dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Keurusetiaan dan Perhubungan Antarabangsa, JAKIM

1.6.2 Prosedur Penetapan Fatwa1.6.2.1Permohonan Keputusan FatwaPada peringkat ini, sesuatu isu yang timbul sama ada dari masyarakat mahupun mufti akan dibawa oleh pengerusi untuk dibincangkan dalam sesi muzakarah yang diadakan. Sebelum isu tersebut dibawa dalam sesi muzakarah, ianya telah melalui satu proses kajian atau penyelidikan oleh panel kajian. Golongan ini akan melakukan semakan hasil draf atau kertas kerja yang mengandungi isu yang timbul. Mereka juga akan memperbaiki kesalahan yang berlaku pada draf atau kertas kerja tersebut. Seterusnya, selepas draf atau kertas kerja mengenai isu itu lengkap, ia akan dibahaskan dengan baik pada sesi muzakarah.1.6.2.2Pertimbangan oleh Jawatankuasa FatwaPada peringkat ini, semua ahli majlis akan bermuzakarah bagi isu yang timbul dan selanjutnya akan membuat keputusan hasil daripada sesi muzakarah tersebut. Di sini setiap ahli akan menggunakan kepakaran masing-masing dalam mencari jawapan bagi isu yang timbul berdasarkan kepada sumber-sumber pengeluaran hukum seperti al-Quran, al-Sunnah, Ijmak,qiyasdan Ijtihad ahli fuqaha semasa.1.6.2.3Keputusan Fatwa DikeluarkanPada peringkat ini pula, keputusan muzakarah tersebut akan dikeluarkan oleh Pengerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan hasil keputusan tadi hanya disebut sebagai pemberitahuan hukum walaupun ia telah diumumkan pada masyarakat.1.6.2.4Keputusan Fatwa Dibawa ke Peringkat NegeriPada peringkat ini, setiap mufti yang mewakili negeri masing-masing akan membawa keputusan muzakarah pada peringkat kebangsaan ini untuk dibincangkan atau dibahaskan dengan setiap ahli majlis pada peringkat negeri. Walaupun sudah terdapatnya fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, tetapi masih berlaku kecenderungan bagi setiap negeri untuk meminda teks fatwa tersebut selepas ia dibawa balik ke negeri masing-masing dan ditentukan oleh jawatankuasa fatwa negeri masing-masing. Biarpun keputusan fatwa yang dibuat di peringkat Kebangsaan itu merupakan keputusan majoriti para mufti yang menjadi anggota, namun perubahan masih berlaku apabila ia dibincangkan semula di peringkat negeri walaupun fatwa tersebut adalah keputusan majoriti dari para mufti. (Zaini Nasohah 2005:8)1.6.2.5Keputusan Fatwa Disiarkan Kepada UmumPada peringkat yang terakhir, fatwa tersebut akan disiarkan sama ada melalui media elektronik dan media cetak selepas diwartakan. Ia bertujuan bagi mengelakkan dari berlakunya lagi kesamaran di kalangan masyarakat terhadap sesuatu permasalahan isu yang baru timbul.1.6.3Percanggahan FatwaDalam soal percanggahan fatwa yang melibatkan dua orang mufti atau lebih dalam masalah yang sama, hendaklah kita memilih fatwa yang telah diputuskan oleh mufti yang lebih alim dan warak. Apabila kedua-dua mufti mempunyai persamaan dalam sifat-sifat tersebut hendaklah pula mengikut fatwa yang telah diputuskan oleh mufti yang lebih tegas dan berhati-hati dalam mengeluarkan fatwa. Sekiranya kedua-dua mufti ini sama juga dalam perkara-perkara ini, maka boleh memilih fatwa apa yang hendak dituruti.

Jikalau seorang mufti yang mengikut fatwanya telah meninggal dunia, kedudukannya akan diganti oleh mufti lain yang baru. Apabila ia mengeluarkan fatwa yang baru dan ternyata berbeza fatwa dengan yang telah dibuat oleh mufti yang sebelumnya mengenai masalah yang sama, maka para ulama telah berselisih pendapat dalam menentukan fatwa mana yang perlu diikuti. Bagi yang berpendapat perlu mengikuti hukum fatwa yang dibuat oleh mufti yang telah meninggal, mereka memberi alasan bahawa hukum tersebut tidak terbatal kerana yang meninggal ialah mufti bukannya fatwa.Manakala yang berpendapat perlu mengikut hukum yang telah dibuat oleh mufti baru berpendapat mufti yang ada pada masa itu adalah lebih mengetahui tentang suasana dan keperluan semasa. Hal ini kerana hidup atau mati seorang mufti itu bukanlah faktor utama sama ada untuk menggunakan atau meninggalkan fatwa tersebut.

2.1Kronologi Isu Penggunaan Kalimah Allah oleh Bukan MuslimIsu penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim ini terbahagi kepada dua fasa iaitu sebelum semakan kehakiman dan semasa semskan kehakiman. Meskipun isu ini telah timbul sejak tahun 1980-an tetapi isu ini timbul kembali dan memuncak pada tahun 2007TarikhCatatan

31 Disember 2007Pengarang Akhbar Herald The Catholic Weekly,Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa laranganmenggunakan kalimah Allah. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah masih kekal

3 Januari 2008Kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang samadalamMesyuarat Kabinetpada18 Oktoberdan1 November 2006

19 Mac 2008Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah

5 Mei 2008Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly

7 Januari 2009Kementerian Dalam Negerimeluluskan permit penerbitan Herald bagi tempoh 1 Jan sehingga 31 Dis 2009,dengan syaratkalimah Allah tidak digunakan di dalamnya danperkataan Terhadmesti dicetak pada muka depan majalah mingguan itu yang hanya boleh diedarkan kepada penganut Kristian serta di gereja sahaja

16 Febuari 2009Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan sebagai responden, memohon diisytiharkan keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald adalah tidak sah

Sebelum semakan kehakiman

Semasa semakan kehakimanTarikhCatatan

31 Disember 2009Mahkamah Tinggi Kuala Lumpuryang dihakimi oleh Hakim Datuk Lau Bee Lantelah membuat keputusan denganmembenarkan penerbitan majalah Herald The Chatolic Weekly bagi menggunakankalimah Allah.Secara faktanya keputusanPenghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada31 Disember 2009itu adalah bertentangan dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysiayang bersidang kali ke-82 pada5 hingga 7 Mei 2008yang telah menyatakan bahawa lafaz atau kalimah Allah adalah kalimah suciKHUSUSbagi agama serta umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama bukan Islam lain.

Larangan ini juga selari denganEnakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Dalam Kalangan Orang Islam)yang digubal berdasarkanPerkara 11(4) Perlembagaan Persekutuanyang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan bagi umat Islam.

5 Januari 2010Kementerian Dalam Negerimemfailkan permohonan untukpenangguhan perintah mahkamah sebelum ini selepas mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan sehari sebelum itu.Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menyatakan bahawa proses segera itu tidak sepatutnya disalahtafsirkan kerana isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin

6 Januari 2010Mahkamah Tinggi Kuala Lumpurmembenarkanpenangguhan perintahyang dikeluarkan sebelum ini bagi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh majalah mingguan Katolik, Herald, berikutan persetujuan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Paderi Roman Katolik Malaysia berdasarkan kepada kepentingan Negara

14 Oktober 2012Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang The Herald daripada menggunakan kalimah ALLAH. Mahkamah mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah ALLAH

Gereja memfailkan permohonan bagi kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan dengan mengemukakan 26 soalan mengenai undang-undang pentadbiran dan kuasa mahkamah untuk membenarkan Menteri Dalam Negeri Melarang penggunaan perkataan teologi (Tuhan).

Mahkamah Persekutuan akan menetapkan satu tarikh lain untuk membuat keputusan pendengaran permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan bahawa penerbitan mingguannya The Herald dilarang menggunakan kalimah ALLAH

11 November 2013

5 Mac 2014

3.1 Langkah-Langkah Pengeluaran Fatwa Terhadap Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah Peringkat Kebangsaan

1) Permohonan keputusan fatwa

Majlis Fatwa Kebangsaan telah digesa untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah yang timbul dalam kalangan penganut Kristian dan Islam.bagi mengelakkan kekeliruan dalam masyarakat. Isu ini telah dibawa untuk diperbincangkan dalam sesi muzakarah. Sebelum isu ini dibawa dalam sesi muzakarah, ia telah melalui satu proses kajian atau penyelidikan oleh beberapa ahli yang dilantik seperti panel kajian. Golongan ini akan melakukan semakan hasil draf atau kertas kerja yang mengandungi masalah atau isu yang timbul. Mereka juga akan memperbaiki kesalahan yang berlaku pada draf atau kertas kerja tersebut. Selepas draf atau kertas kerja mengenai isu ini lengkap, ia akan diperbahaskan dengan baik pada sesi muzakarah.Isu kalimah Allah bangkit pada 31 Disember 2007 apabila Pengarang Akhbar Herald The Catholic Weekly,Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa laranganmenggunakan kalimah Allah. Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah masih kekal. Namun, pada 3 Januari 2008, kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang samadalamMesyuarat Kabinetpada18 Oktoberdan1 November 2006.

Pada 19 Mac 20118, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah Allah. Dan pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly

2) Pertimbangan oleh jawatankuasa fatwa

Semua ahli majlis akan bermuzakarah dan membuat keputusan yang sewajarnya hasil daripada sesi muzakarah tersebut. Setiap ahli akan menggunakan kepakaran masing-masing dalam mencari jawapan bagi isu kalimah Allah berdasarkan kepada sumber-sumber pengeluaran hukum seperti al-Quran, al-Sunnah, ijmak,qiysdan ijtihad.

Berikut merupakan keterangan atau hujah yang telah dikemukakan dalam menentukan keputusan terhadap Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah.

NOKETERANGAN / HUJAH

1Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada Tuhan Bapa iaitu salah satu oknum daripada akidahtrinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalahTheosbukannya Allah.

2Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakal Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialahEl, Eloh,Elohimdan jugaYhwh.

3Kalimah AllahLafz al-Jalalahadalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

4Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.

5Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaanya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segisubstancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifatTaslisdansyirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

6Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

7Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

8Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

9Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitanSiasah Syariyyahdan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

10Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam.

11Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

3) Keputusan fatwa dikeluarkan

Pandangan fatwa adalah keputusan yang dicapai secara bersama oleh Mufti-Mufti seluruh Malaysia yang menganggotai Jawatankuasa berkenaan. Setelah Jawatankuasa berpuashati mengenai keputusan yang dicapai berdasarkan kajian dan penyelidikan yang mendalam.keputusan akan dikeluarkan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-82 yang bersidang pada 5 - 7 Mei 2008 telah membincangkan Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah Allah. Muzakarah telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain. Oleh itu wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

4) Keputusan fatwa dibawa ke peringkat negeri

Pada peringkat ini, setiap mufti yang mewakili negeri masing-masing akan membawa keputusan muzakarah pada peringkat kebangsaan ini untuk diperbincangkan atau diperbahaskan dengan setiap ahli majlis pada peringkat negeri.

Berikut merupakan fatwa peringkat negeri yang telah diputuskan.

BilTajukNegeriPenwartaanTarikh Keputusan

1Cadangan Pewartaan Fatwa Larangan Penggunaan Kalimah Allah Ke Atas Penganut Kristian dan Orang Bukan IslamMelakaTidak Diwartakan24 Feb, 2010

2Larangan Penggunaan Kalimah Allah di Kalangan Bukan Islam **WP Kuala LumpurTidak Diwartakan21 Aug, 2008

3Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Kalimah AllahTerengganuTidak Diwartakan17 Jan, 2010

4Hukum Menggunakan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan IslamPahangTidak Diwartakan12 Jun, 2008

5Hukum Penggunaan Nama Allah Bagi Bukan IslamKelantanTidak Diwartakan27 Dec, 2009

6Isu Tuntutan Penganut Kristian Terhadap Penggunaan Kalimah AllahSelangorDiwartakan10 Jun, 2008

7Fatwa Mengenai Penggunaan Kalimah Allah Hanya Merujuk Kepada Tuhan Yang Maha Esa Dalam Agama Islam SahajaPerakDiwartakan17 Jul, 2007

8Fatwa Mengenai Larangan Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam **KedahDiwartakan18 Jan, 2010

9Penggunaan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan IslamJohorDiwartakan30 Oct, 2008

10Fatwa Mengenai Kalimah-Kalimah Suci Yang Khusus Bagi Agama-Agama Islam Dan Tidak Boleh Digunakan Agama-Agama Bukan IslamPulau PinangDiwartakan7 Jan, 2010

11Penggunaan Nama Allah Oleh Orang Bukan IslamPerlisTidak Diwartakan15 Jun, 2008

12Larangan Penggunaan Istilah-Istilah Islam Oleh Orang Bukan IslamSabahDiwartakan1 Jun, 2003

PERBINCANGAN

Hujah Larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim dari aspek Maqasid Al-SyariahDi negara Malaysia, aliran yang ingin menjaga dan mempertahankan hak atau akidah umat Islam adalah pandangan yang paling tepat apabila berlakunya percanggahan antara dua aliran atau pihak.1. Menjaga akidah umat Islam adalah Daf Mafsadah, dan berdakwah kepada bukan muslim adalah Jalb Maslhahah. Kaedah Fiqh menyatakan bahawa Menolak mudharat lebih utama berbanding mendatangkan maslahat.2. Memelihara akidah merupakan Maqasid (tujuan) Utama dalam segala Maqasid yang lain. Ini disebut sendiri oleh Imam Al-Juwaini dalam Al-Burhan.3. Kaedah Sadd Adz-Dzaraie yang bermaksud menutup pintu kepada keburukan, sekiranya keburukan itu jelas dan hakiki. Kaedah ini berasas dari kaedah An-Nadzru fi Ma-alaatil Afal Mutabarun Syaran Melihat kepada penghujung sesuatu perbuatan adalah muktabar dari sudut syarak(Al-Muwafaqat : 4/194) Larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dari aspek Sadd Adz-Dzaraie adalah mafsadah iaitu jelas dan hakiki memelihara agama Islam. Contoh yang biasa menunjukkan perkara ini membawa kepada mafsadah boleh dilihat padanegarajiran Indonesiadi mana penggunaan kalimah Allah berleluasa oleh bukan muslim. Hal ini menunjukkan bahawa hak umat Islam di negara tersebut telah dicabuli. Adapun mahu membawa hukum ini kepada harus maka perlu ada maslahat yang lebih kuat atau kukuh kepada kedua-dua belah pihak. Hal ini demikian kerana segala perkara yang diharamkan dengan menggunakan kaedah Sadd Adz-Dzaraie, boleh jadi harus sekiranya ada maslahat yang rajih Misalnya, hukum wajib menundukkan pandangan, namun ia boleh menjadi harus sekiranya yang dipandang itu adalah untuk tujuan berkahwin (bertunang), maka ia adalah keharusan yang sabit dengan hadis Nabi SAW.4. Pertembungan antara dua maslahat (dakwah dan akidah), maslahah lebih besar adalah memelihara akidah umat Islam. Langkah ini perlu mengaplikasikan kaedah Mengambil Maslahah yang lebih besar dengan menolak maslahah yang kecil.5. Maslahah Mursalah (yang tidak disebut secara spesifik dalam nas). Setiap maslahah yang merujuk kepada penjagaan maqasid syarak, yang diketahui ianya memang dikehendaki dalam Al-Quran, As-Sunnah dan Al-Ijma, maka ia tidak terkeluar daripada usul ini (Al-Quran, Sunnah, Ijmak), namun ia bukanlah dinamakan Qiyas, tetapi disebut sebagai Maslahah Mursalah(Imam Al-Ghazali, Al-Mustashfa : 1/311)

Hujah Larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim dari aspek Siasah SyariahAllah tidak menghalang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu dalam agama, dan tidak menghalau kamu darinegerikamu, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil.(Surah Al-Mumtahanah: 60/8)Tujuan ayat di atas (hidup bersama dengan masyarakat majuk) diturunkan adalah untuk menunjukkan betapa tingginya rahmat Islam sehingga membenarkan dan menggalakkan untuk berbuat baik kepada orang kafir yang tidak memusuhi orang Islam. Hal ini sama sekali tidak melibatkan untung rugi kekuasaan Islam tetapi isu akhlak dankomunikasiharian serta membentuk masyarakat awam yang harmoni.Namun bagi prinsip tahaluf, kerana ia melibatkanpolitik, untung rugi, kuasa dan polisi-polisi negara, maka prinsip co-exist (hidup bersama) dalam ayat 8 tadi bukanlah dasar yang terpakai.Sesungguhnya Allah melarang kamu untuk melantik dan berkawan dengan orang kafir yang memerangi kamu dalam agama, dan menghalau kamu keluar dari negara kamu, serta berkonspirasi untuk mengusirmu, sesiapa yang melantik mereka dan bersahabat dengan mereka maka sesungguhnya dia termasuk dalam golongan orang yang zalim(Surah Al-Mumtahanah: 60/9)Oleh hal yang demikian, dalil-dalil yang terpakai bukanlah dalil berlembut dengan orang kafir, tetapi adalah ayat yang menyuruh untuk bertegas dalam pertahankan prinsip dan keuntungan umat Islam.Ini adalah kerana tujuan dalam Siasah Syariah ialah meninggikan kalimah Allah, dan menjaga kekuasaan di tangan umat Islam seperti yang disebut oleh Imam Al-Juwaini dalam Al-Ghiyathi.Sesungguhnya semua pemimpin itu mengambil tampuk kekuasaan mereka untuk menjadi wasilah untuk menegakkan agama (Al-Ghiyathi)Dalam hal ini, muslim dan bukan muslim tidak boleh mempunyai martabat yang sama sekiranya negara tersebut adalah negara Islam. Bahkan Islam perlu lebih dominan bagi memastikan maslahat untuk Islam lebih besar dari maslahat untuk golongan kafir. Maksud kedua lebih sesuai dikaitkan dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan muslim kerana masalah ini melibatkan polisi dan undang-undang negara, bukan semata-mata tatacara kehidupan awam. Maka ia kembali kepada hukum bertahaluf dengan kumpulan orang kafir iaitu hukum asalnya tidak boleh atas hadis Nabi SAW yang melarang meminta pertolongan orang kafir, tanpa dharurat yang dibenarkan, dan mematuhi syarat-syarat yang cukup ketat. Jika mahu dikaitkan dengan Hilf Al-Fudhul yang melibatkan perkara-perkara nilai sejagat seperti keadilan dan menolak kezaliman, kes pembenaran penggunaan kalimah Allah ini langsung tidak sama dengan kisah Hilf Fudhul.