kajian tinjauan- penggunaan facebook murid tahun 6

14
KPT 6044 Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web Pensyarah: PM Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor Tugasan 3: Kajian Tinjauan PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6 1

Upload: ongheakin

Post on 21-May-2015

557 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

KPT 6044Pembelajaran Berasaskan Elektronik dan Web

Pensyarah: PM Dato’ Dr. Abd Latif Hj Gapor

Tugasan 3: Kajian Tinjauan

PENGGUNAAN FACEBOOK DALAM KALANGAN MURID TAHUN 6

Nama : ONG HEA KINNo. Matrik : M20121000789

1

Page 2: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

1.0 Pengenalan

Facebook merupakan salah satu laman sosial yang popular di Malaysia. Laman

sosial ini bukan sahaja mendapat sambutan yang baik di kalangan remaja malah di

kalangan murid sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji motif dan kekerapan

murid tahun 6 menggunakan Facebook.

1.1 Pernyataan masalah

Pada awal pengenalan laman jaringan sosial, fungsinya sebagai alat

menghubungkan seseorang dengan individu yang lain. Fungsi laman jaringan sosial telah

dipertingkatkan dengan penambahan ciri-ciri terbaru seperti menyediakan ruangan

sembang, menghantar mesej, menghasilkan gambar animasi dan membolehkan pengguna

mengemaskini status. Menurut Ritcher & Koch (2008), fungsi laman jaringan sosial

adalah untuk pengurusan identiti, pencarian pakar (expert finding), kesedaran konteks,

pengurusan kontak dan pertukaran maklumat. Dengan adanya penambahbaikan ini,

laman jaringan sosial menjadi semakin popular.

Menurut sesuatu kajian yang dijalankan oleh Persatuan Digital Malaysia (MDA),

jumlah pengguna berdaftar bagi laman jaringan sosial Facebook adalah 8 juta orang. Ini

menjadikan Facebook sebagai laman sosial yang terbanyak merekodkan jumlah

pengguna berdaftar di Malaysia (Berita Harian Online, 21 November 2010). Kira-kira

60,000 pelajar berusia antara 12 hingga 18 tahun di negara ini dikesan menghabiskan

sekurang-kurangnya empat jam sehari melayari internet terutama laman sosial Facebook.

Banyak kajian telah dijalanakn berkaitan penggunaaan laman sosial Facebook.

Kajian yang dijalankan merangkumi pelbagi peringkat umur. Antaranya, Mohd Effendi

(2010) menjalankan satu kajian ke atas pelajar sekolah mendapati bahawa 38% pelajar

secara dominan akan menggunakan laman Facebook secara purata 2 jam sehari, 56%

telah mempunyai pengalaman menggunakan Facebook selama tiga tahun. Sementara itu,

dalam kajian Rideout, Foehr dan Roberts (2010) ke atas 702 orang responden berumur

dalam lingkungan 8-18 tahun berkaitan penggunaan media dalam kalangan remaja di

2

Page 3: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Amerika. Kajian beliau mendapati bahawa 25% akan melawat laman jaringan sosial

terutamanya MySpace dan Facebook dengan memperuntukkan masa hamper satu jam

setiap kali mereka akses laman tersebut.

Ketagihan terhadap internet terutama Facebook itu menyebabkan pelajar terbabit

kerap menipu, mencuri, antisosial dan berubah menjadi seorang yang pemarah sekiranya

keinginan mereka tidak dipenuhi. Pakar dari bidang psikiatri, psikologi dan institut sosial

telah menyatakan bahawa ketagihan terhadap internet membawa kesan buruk. Seorang

pensyarah di Unversiti Oxford, Dr. Susan Greenfield menyatakan obsesi melampau

melayari laman sosial dan permainan komputer boleh menjejaskan fungsi otak

(Ketagihan Facebook, 2010). Ketagihan ini boleh merubah otak dengan menjejaskan

tumpuan dan mengurangkan aspek kepantasan reaksi atau rasa empati. Lebih

membimbangkan lagi, ketagihan laman jaringan sosial dan permainan komputer akan

menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti. Menurut Mohd Fadzil Che Din,

Pengarah Institut Sosial Malayasia, ketagihan terhadap internet terutama Facebook itu

menyebabkan pelajar terbabit kerap menipu, mencuri, antisocial dan berubah menjadi

seorang pemarah sekiran keinginan mereka tidak dapat dipenuhi.

Memahami pengguna Facebook terutama dari segi tujuan penggunaannya dalam

kalangan murid tahun 6 adalah penting memandangkan penggunaan Facebook ini agak

sukar dikawal. Kajian ini lihat juga dari sudut kekerapan mereka akses ke Facebook.

Melalui kajian seumpama ini, akan dapat memberi gambaran kepada pihak tertentu

mengapa Facebook ini kian mendapat sambutan dalam kalangan murid tahun 6 yang

bakal memasuki peringkat sekolah menengah.

1.2 Soalan kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan tahap penggunaan Facebook dalam

kalangan murid tahun 6 di Daerah Manjung.

Secara spesifik tujuan utama kajian ini ialah untuk menjawab soalan berikut:

1. Apakah tahap penggunaan Facebook di kalangan murid lelaki dan perempuan?

3

Page 4: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

2. Sejauh manakah kekerapan penggunaan Facebook di kalangan murid?

3. Apakah tujuan murid menggunakan Facebook?

1.3 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah penting untuk mengenalpasti tahap penggunaan laman jaringan

sosial Facebook dalam kalangan murid tahun 6 di kawasan bandar. Dangan harapan data

yang diperolehi dapat dijadikan panduan kepada pihak tertentu seperti ibu bapa dan guru

agar memandang berat terhadap status penggunaan Facebook ini.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini hanya dibataskan kepada kekerapan mengguna Facebook dan tujuan

akses ke Facebook di Daerah Manjung, Perak. Borang soal selidik disediakan untuk 58

orang murid Tahun 6. Responden terbatas kepada murid-murid tahun 5 dari tiga buah

sekolah jenis kebangsaan cina di daerah tersebut. Oleh hal demikian, dapatan kajian ini

tidak boleh digeneralisasikan kepada semua murid tahun 6 di sekolah rendah Malaysia.

1.7 Rumusan

Kemajuan teknologi dapat memberi banyak faedah kepada kita. Pada masa yang

sama ia akan mendatangkan kesan buruk jika tidak kawal dengan baik. Diharapkan kajian

ini dapat membantu para ibu bapa dan guru memahami situasi murid dan seterusnya

membantu mereka menggunakan kemudahan teknologi dengan cara yang berfaedah.

2.0 Metodologi Kajian

Kajian ini dijalankan menggunakan reka bentuk tinjaunan dekriptif yang

bertujuan mengenal pasti penggunaan Facebook dalam kalangan murid tahun 6.

Responden berusia 12 tahun dari tiga buah sekolah jenis kebangsaan cina di Daerah

4

Page 5: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Manjung. Sampel kajian seramai 58 orang merupakan murid yang dipilih untuk

menyertai kem motivasi dengan berkelakuan baik.

Kajian tinjauan yang dijalankan ini menggunakan soal selidik. Instrumen dalam

kajian ini meliputi soalan penggunaan Facebook dan bahagian demografi.

3.0 Dapatan Kajian

Seramai 58 orang responden daripada ketiga-tiga buah sekolah terpilih sebagai

responden kajian. Daripada jumlah itu, 33 orang (56.9%) merupakan lelaki manakala 25

orang (43.1%) merupakan perempuan.

Rajah 1: Bilangan Responden Berdasarkan Gender

Jantina Kekerapan (N) Peratus (%)

Lelaki 33 56.9

Perempuan 25 43.1

Jumlah N=58 100

Rajah 2: Tahu Tentang Facebook

Kekerapan (N) Peratus (%)

Ya 56 96.6

Tidak 2 3.4

Jumlah N=58 100

Rajah 3: Akaun Facebook Mengikut Jantina

5

Page 6: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Akaun

Facebook

Jantina

JumlahLelaki Perempuan

Ya 29

(50%)

23

(40%)

52

(90%)

Tidak 4

(6.8)

2

(3.2%)

6

(10%)

Jumlah 33 25 58

Rajah 2 dan 3 menunjukkan sebanyak 97% murid tahun 6 tahu tentang Facebook.

Antaranya sebanyak 90% murid mempunyai akaun Facebook, 29 orang murid lelaki

(50%) dan 23 orang murid perempuan (40%) manakal 4 orang murid lelaki dan 2 orang

murid perempuan tidak mempunyai akaun Facebook.

Rajah 4: Kekerapan Penggunaan Facebook

Kekerapan Bil (N) Peratus (%)

Setiap hari 29 50.0

2-3 hari sekali 21 36.2

Sebulan sekali 4 6.9

Tidak pernah 4 6.9

Jumlah N=58 100

Berdasarkan jadual di atas, 50% murid atau 29 orang menggunakan Facebook

setiap hari dan 6.9% murid atau 4 orang menggunakan Facebook sebulan sekali. Terdapat

36.2% murid pula akan menggunakan Facebook 2-3 hari sekali.

Rajah 5: Tujuan Menggunakan Facebook

6

Page 7: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Mendapat kawan baru

Bersembang

Mendapat

maklumat

Main ‘game’ Gosip

Ya 34.5%(20)

72.4%(42)

29.3%(17)

41.4% (24)

3.4% (2)

Tidak 62.1%(36)

24.1%(14)

67.2% (39)

55.2% (32)

93.1% (54)

Tiada jawapan

3.4%(2)

3.4%(2)

3.4% (2)

3.4% (2)

3.4%(2)

Jumlah 100%(58)

100%(58)

100% (58)

100% (58)

100% (58)

Rajah 5 menunjukkan bahawa tujuan utama murid tahun 5 menggunakan

Facebook adalah untuk bersembang iaitu sebanyak 72.4%, diikuti main ‘game’ iaitu

sebanyak 41.4%, mendapat kawan baru sebanyak 34.5% , mendapat maklumat sebanyak

29.3% manakala 3.4% untuk tujuan gosip.

4.0 Kesimpulan

Penggunaan Facebook kini telah menjadi isu yang diperkatakan sama ada di

media elektronik dan media cetak. Pengguna Facebook khasnya murid sekolah rendah

yang bakal memasuki peringkat remaja perlu menggunakan laman sosial ini secara bijak

dan berhemah dengan mematuhi etika penggunaannya.

Dapatan kajian ini mendapati 50% murid akan mengakses laman Facebook setiap

hari dan 72.4% akan bersembang dalam Facebook. Ini diikuti dengan 41% murid main

‘game’. Berdasarkan dapatan ini, kita boleh mendapati bahawa murid tahun 6

menghabiskan banyak masa di laman Facebook untuk hiburan iaitu sembang dan bermain

permainan komputer. Kajian oleh Lenhart dan Madden ke atas pelajar menengaha juga

mendapati pelajar akan melayari laman Facebook sekurang-kurangnya sekali sehari.

Begitu juga kajian oleh Crepeau (2009) juga menyatakan antara 40%-50% respoenden

lelaki dan perempuan akan akses laman Facebook beberapa kali.

7

Page 8: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Kewujudan laman jaringan sosial Facebook telah merubah pemikiran pengguna

internet mengenai tujuan penggunaan internet. Pelajar yang akses laman Facebook

berlebihan akan memberi implikasi lain terutamanya sekiranya pengguna terlalu obses

mengaksesnya. Pelbagai berita negatif juga boleh dibaca melalui media cetak dan

elektronik berkaitan dengan penggunaan Facebook. Sebagai ibu bapa, langkah untuk

mengehadkan masa dan mengawasi anak-anak perlu diambil supaya mereka tidak

terpengaruh dengan budaya dan aktiviti tidak sihat. Para guru dan ibu bapa memainkan

peranan dalam mengingatkan murid tentang soal keselamatan, kerahsian maklumat

peribadi dan etika penggunaan internet semasa bersosial di laman Facebook.

LAMPIRAN

Penggunaan Facebook Di Kalangan Murid Tahun 6 Sekolah Rendah

8

Page 9: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Sila tandakan ().

1. Adakah anda tahu tentang Facebook? ( ) Ya ( ) Tidak

2. Adakah anda mempunyai akaun Facebook? ( ) Ya ( ) Tidak

3. Kekerapan menggunakan Facebook. ( ) Sebulan sekali

( ) Seminggu sekali

( ) 2-3 hari sekali

( ) Setiap hari

( ) Tidak pernah

4. Tujuan menggunakan Facebook. a) Mendapat kawan baru ( ) Ya ( ) Tidak

b) Bersembang ( ) Ya ( ) Tidak

c) Memperolehi maklumat ( ) Ya ( ) Tidak

d) Main ‘game’ ( ) Ya ( ) Tidak

e) ‘gosip’ ( ) Ya ( ) Tidak

5. Secara keseluruhan, Facebook amat berguna untuk saya. ( ) Ya ( ) Tidak

6. Saya seorang ( ) Lelaki ( ) Perempuan

7. Saya seorang ( ) Cina ( ) India ( ) Melayu ( ) Lain-lain

TERIMA KASIH

RUJUKAN

Berita Harian Online, 21 November 2010. Dimuat turun pada 20 November 2013

daripada http://www.bharian.com.my

9

Page 10: Kajian tinjauan- Penggunaan facebook Murid Tahun 6

Crepeau, N.M. (2009). “Facebook Usage”: How Often Do Different Types of Users

Access Facebook? Dimuat turun pada 20 November 2013 daripada

http://nmc.itdevworks.com/index.php/2009/08/facebook-usage-how-often-

dodifferent-types-of-users-access-facebook/

Ketagihan Facebook. 2010 Berita Minggu. Dimuat turun pada 18 November 2013

daripada http://www.bharian.com.my.

Lenhart, A., & Madden, M. (2007). Teens, Perivacy & Online Social Networks. Dimuat

turun pada 20 November 2013 daripada http://www.pewinternet.org.

Muhd Zaidi Mahmud. (2013). Motif dan Kekerapan Penggunaan Facebook di Kalangan

Pelajar Universiti. Jurnal Komunikasi Malaysian Jurnal of Communication, 29

(1), 35-54.

Rideout V.J., Foehr, U.G., & Roberts, D.F. (2010). “Generation M2: media in the

lives of 8-18 year-olds. Kaiser Family Foundation”. Dimuat turun pada 18

November 2013 daripada http://www.kff.org/entmedia/upload/8010.pdf.

10