kajian tindakan linus

16
Sunday, 11 December 2011 KAJIAN TINDAKAN 3026 KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN SATU (LINUS DAN LINUS TEGAR) SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP 1.0 ABSTRAK Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program ini bertujuan memastikan murid- murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya. Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan peperiksaan pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb. St. Anthony Cawangan Langkap,yang masih belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan murid- murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus dan Linus tegar (Literasi ).

Upload: benwong733

Post on 24-May-2015

17.066 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan linus

Sunday, 11 December 2011

KAJIAN TINDAKAN 3026

KAJIAN  TINDAKAN

BAHASA  MELAYU TAHUN SATU

(LINUS DAN LINUS TEGAR)

SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP

1.0       ABSTRAK        Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan.

Program ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah

boleh menulis dan membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu

program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ).

Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu Tahun

Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya.

Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan

peperiksaan pertengahan tahun ( 2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid

Tahun Satu Pesona Sek.Keb. St. Anthony  Cawangan  Langkap,yang masih

belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ). Kumpulan murid-

murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus dan Linus tegar

(Literasi ).

2.0       REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu

dan saringan linus 2, didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum

menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini

tidak boleh mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi mereka untuk menguasai

kemahiran- kemahiran berbahasa yang lain seperti  membaca ayat dan menulis.

Page 2: Kajian tindakan linus

  

3.0       FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami

oleh murid-murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb.St.Anthony Cawangan Langkap

(Tahun 2011).Kumpulan murid yang terlibat ini menghadapi masalah mengeja

dan membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya, mereka menghadapi

masalah sukar mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv + kv ).

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

          Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang

ingin dicapai terbahagi kepada dua iaitu :

            a.Objektif Umum

1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1

Pesona.

                       

            b.Objektif Khusus

1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv )

2) Murid-murid Tahun 1 Pesona  dapat mengeja perkataan yang mengandungi

suku     kata terbuka (kv + kv)   

  

5.0       KUMPULAN SASARAN

Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum

menguasai kemahiran mengeja  suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja

perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv)

                                          Jumlah murid sasaran =           20   orang

                                          Jumlah murid lelaki       =          14    orang

Page 3: Kajian tindakan linus

                                         Jumlah murid perempuan =          6   orang

  

Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut :

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1 orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1 orang 4 orang

6.0       PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1 Tinjauan Masalah

                        a)Temubual dengan guru

                        Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :

                                     i.guru yang mengajar mata pelajaran teras      

                                   ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

                        b)Temubual dengan murid

                        c)Temubual dengan waris/penjaga

                        d)Temubual dengan rakan sebaya

i. Temubual dengan guru

          Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1

Pesona ,masalah pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat

menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan perkataan yang mengandungi

suku kata terbuka (kv) ialah kebanyakan daripada mereka belum menguasai

kemahiran mengenal huruf – huruf vokal dan huruf-huruf konsonan dengan

sepenuhnya.

         Menurut guru-guru yang  mengajar  bukan mata pelajaran teras pula,

kebanyakan murid-murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan

Page 4: Kajian tindakan linus

perhatian terhadap pengajaran guru. Di  samping itu , murid-murid ini juga cepat

berasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan yang lain.

ii. Temubual dengan murid

            Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah

mereka berasa sukar untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv)

dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa

huruf vokal dan huruf-huruf konsonan yang belum dikuasai sepenuhnya.

            Mereka juga menyatakan kurang  mendapat sokongan dan motivasi

daripada keluarga di rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat

mengulangkaji pelajaran dan tiada panduan yang baik untuk dicontohi.

c) Temubual dengan waris /penjaga

“Hari Interaksi “ diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan

pertengahan tahun diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk

berinteraksi dengan guru mengenai perkembangan prestasi anak-anak ate anak

di bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini digunakan oleh guru untuk

berinteraksi bagi mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah ini semasa

mereka berada di rumah.

         Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga

murid-murid tidak mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah

yang diberikan oleh guru. Desakan kos hidup yang semakin meningkat dan rata-

rata bekerja di kebun atau bekerja sendiri memaksa mereka untuk bekerja keras

dan bekerja lebih masa . Setelah pulang bekerja, mereka sudah keletihan dan

tidak sempat untuk memantau kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah.

Ditambah pula dengan kebanyakan ibu bapa dan penjaga yang berpendidikan

rendah, mereka berasa rendah diri dengan menyatakan tidak pandai untuk

mengajar anak-anak  mereka di rumah.

d) Temubual dengan rakan sebaya

Page 5: Kajian tindakan linus

            Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam

memastikan peningkatan prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh

rakan yang tidak baik akan menyebabkan murid-murid juga berprestasi tidak

baik. Daripada temubual rakan sebaya daripada kumpulan murid Perdana,

murid-murid yang bermasalah ini suka mengganggu rakan yang lain  dan tidak

suka belajar. Kebanayakan murid Perdana kurang selesa untuk membimbing

rakan-rakan linus dan linus tegar yang suka mengganggu rakan lain.

5.2       Rumusan Tinjauan Masalah

Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga

rumusan yang perlu diberi perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang

bermasalah ini tidak terus hanyut dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini.

Tindakan segera perlu dilakukan agar murid-murid ini dapat keluar daripada

kelompok murid linus dan linus tegar dan seterusnya mencapai hasrat NKRA

( Nilai Keberhasilan Utama Negara)

Rumusan :

            i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan

motivasi        daripada  ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

            ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran

mengecam dan mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik.

            iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka

(kv ) dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).

5.3       Melaksanakan Tindakan

            Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan  bagi meningkatkan

prestasi murid-murid yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar

daripada kepompong murid linus dan linus tegar. Di antara program dan aktiviti

yang dirancang ialah :

           

a)         Permata Hati

Page 6: Kajian tindakan linus

        Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa

dilaksanakan. Melalui program ini, Ibu bapa berperanan memantau

perkembangan prestasi anak-anak mereka di rumah. Mereka hanya memastikan

anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain daripada

itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anak-anak agar

belajar bersungguh-sungguh.

        Ibu bapa atau penjaga akan diberikan ‘Kad Pemantauan Kerja Rumah

(Lampiran 1). Setiap kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani

juga oleh ibu bapa penjaga bagi memastikan murid-murid menyiapkan tugasan

yang diberikan oleh guru.Di samping keja rumah, mereka diharapkan dapat

memberikan sokongan dan motivasi kepada anak-anak agar berminat untuk

belajar. Perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga secara langsung dan tidak

langsung juga diadakan bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Pemerhatian :

Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula

menunjukkan minat         belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan

walaupun tidak sepenuhnya.

Refleksi      :

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam

diri murid-murid dan keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada murid-

murid untuk belajar dan seterusnya memperbaiki kelemahan diri.

b)         Sinar Pagi

         Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana

diadakan perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara

berlagu tentang huruf-huruf dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap

kebolehan. Seorang ketua dilantik  bagi memastikan semua ahli kumpulan yang

hadir pada hari tersebut melakukan aktiviti yang sama. Melalui aktiviti ini adalah

diharapkan akan dapat memberikan sinar yang baharu kepada murid-murid ini.

Page 7: Kajian tindakan linus

Pemerhatian :

Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang

murid telah mula menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku

kata terbuka (kv).

Refleksi       :

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif

kepada murid-murid untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil

dapat memberikan lebih keyakinan dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat

penting wujud dalam diri untuk memotivasikan diri serta mengelakkan rasa

rendah diri yang begitu tinggi dalam diri muridmurid yang lemah.

c)         Program ‘Menggapai Bintang’

     Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid

untuk meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak ‘bintang’ dan boleh

ditukarkan dengan hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota

dan sebagainya. Bagi mendapatkan ‘bintang ’ yang telah disediakan oleh guru,

murid-murid perlu berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru

dengan baik dan kemas. Sekiranya latihan membaca dijalankan, murid-murid

perlu menguasai beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Di samping menguasai

kemahiran belajar, murid-murid yang menunjukkan sikap baik atau

mengamalkan nilai-nilai murni juga diberi ganjaran ‘bintang.

Pemerhatian:

Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan

minat untuk  melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-

sungguh. Ramai murid yang terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan

oleh guru.

Refleksi   :

Page 8: Kajian tindakan linus

Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan

kerana untuk mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat

menggalakkan. Murid-murid melakukan tugasan dengan baik di samping

wujudnya semangat ‘persaingan yang sihat’ di kalangan murid-murid. Mereka

perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi sesuatu yang

diharapkan.

d)         Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)

Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegar

dijalankan, aktiviti latih tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi

pengukuhan dan tidak mudah lupa tentang perkara-perkara yang baru

dipelajari.Buku rujukan membaca yang digunakan mengandungi suku kata

terbuka (kv  + kv ) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza. Contoh

buku “Bacalah Sayang”

Pemerhatian:

Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji

daya ingatan murid-murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran

menunjukkan murid-murid dapat menjawab hampir 70%  soalan yang dinyatakan

oleh guru.

Refleksi   :

Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat

mengukuhkan ingatan murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau

kekal tentang perkara-perkara yang dipelajari setiap hari.

5.4       Penilaian

            Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja

sama semua pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat

peningkatan prestasi di kalangan murid-murid dalam kumpulan linus dan linus

tegar.

Page 9: Kajian tindakan linus

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan

murid tegar.

                       

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1orang 4 orang

            Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 1 orang tiada 1 orang

India 4 orang        1

orang      

5 orang

Lain-lain(Asli) 2 orang          tiada 2 orang

Analisa  daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN(SELEPAS SARINGAN 1)

Page 10: Kajian tindakan linus

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN(SELEPAS SARINGAN 3)

6.5       Refleksi Kajian

          Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat

kesimpulan bahawa sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang

dihadapi di sekolah dapat diselesaikan walaupun tidak seratus peratus berjaya.

Kerjasama  semua pihak seperti ibu bapa , penjaga , guru-guru , pihak sekolah

dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan hasil yang baik . Walau

bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha keras

yang berterusan dan juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang

yang bernama guru.

Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan,

masih terdapat seramai 8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang

mewakili  70.37% daripada jumlah keseluruhan murid. Peratusan ini belum

mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh kementerian Pelajaran Malaysia

iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah diharapkan mencapai 90%  daripada

keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian

murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan

murid termasuk dalam kumpulan Perdana. Dengan kajian tindakan yang telah

dijalankan ini, telah meningkatkan peratusan murid Perdana ke satu tahap yang

boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT, masih terdapat beberapa

ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.

Page 11: Kajian tindakan linus

7.0       Kajian Untuk Kajian Seterusnya.

       Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan

kajian yang seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi

lebih awal lagi. Oleh itu masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan

yang lebih baik apabila sesuatu program atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan

sesuatu program atau aktiviti juga akan   dapat dipantau dengan lebih telus. Di

samping itu beberapa kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran untuk

murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan , peruntukan masa yang lebih

perlu diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan kerjasama semua

pihak adalah diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga perlu

dipertingkatkan bagi membantu murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di

cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.

8.0       Rujukan

1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur

Fajar Bakti   

Sdn.Bhd.

2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran

Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam

Darjah,   Kuala Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.

4) Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011).Modul 1 Pengajaran,Teknologi

&Penaksiran Jilid 1 KPD3016 & KPD3026. Tanjung Malim:Fakulti Pendidikan

&Pembangunan Manusia, UPSI

Page 12: Kajian tindakan linus

5) Annuar Ayub(Christoper Bowring-Carr,John West-Burnham) (1999),

Pembelajaran Berkesan di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara

Malaysia