kajian tindakan linus sk smpg 4

32
[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012 PROPOSAL RINGKASAN KAJIAN TINDAKAN SINUS (SIFAR LINUS) PADA TAHUN 2012 SK.SIMPANG EMPAT, PERLIS DISEDIAKAN OLEH: PN ADIBAH BINTI MD NOOR GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS TARIKH SERAHAN: 04 JULAI 2012

Upload: intan1369

Post on 07-Aug-2015

748 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

PROPOSAL

RINGKASAN KAJIAN TINDAKAN

SINUS (SIFAR LINUS)

PADA TAHUN 2012

SK.SIMPANG EMPAT, PERLIS

DISEDIAKAN OLEH:

PN ADIBAH BINTI MD NOOR

GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS

TARIKH SERAHAN:

04 JULAI 2012

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

PENGHARGAAN

Kajian Tindakan ini dihasilkan daripada pemerhatian dan pengalaman serta merupakan

kesinambungan daripada kajian yang lepas. Maka, hasil pengalaman dan pengamatan,

saya dedikasikan Kajian Tindakan ini kepada Sekolah tercinta, Sk. Simpang Empat,

Perlis.

Memandangkan terdapat banyak faktor yang mencetus kepada rendahnya mobaliti

ketersampaian pendidikan secara efektif dan ekfisyen dalam kalangan murid tahap satu

di sekolah ini. Walaupun sekolah telah berjaya menyediakan sumber tenaga pengajar

yang berpengalaman dan berkualiti, prasarana yang baik dan kelas yang konduksif

namun beberapa faktor sampingan yang tegar dalam kalangan murid tetap tegar dan

susah direncanakan mengikut perancangan serta pembangunan modal insan yang baik.

Ironinya, unit pemulihan khas sekolah cuba merangka dan melaksanakan beberapa

program dan tindakan susulan ekoran hal demikian bagi memantapkan proses

pembangunan kognitif dan sosial murid-murid yang terlibat supaya berupaya mencapai

objektif falsafah pendidikan negara.

Pihak sekolah dan pentadbir banyak menyokong dan membantu saya supaya

memajukan kajian tindakan ini. Terutama daripada pihak pentadbir yang memberi

peluang kepada saya untuk menghasilkan beberapa kajian di sekolah ini.

Oleh itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Besar Puan Hajah

Haridah Abd. Razak dan Encik Zairi Bakar (Penolong Kanan Pentadbiran), kerana

memberi kepercayaan dan peluang kepada saya untuk dedikasikan Kajian Tindakan

Sifar Buta Huruf 2012 Sk. Simpang Empat, Perlis.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

ABSTRAK KAJIAN

Kajian ini difokus kepada alternatif penyelesaian masalah mengurangi proses ketirusan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kalangan murid lembam atau lemah dalam matapelajaran teras. Ketirusan yang berlaku semasa proses P&P ini dilaksanakan menyebabkan murid lemah atau lembam terus menjadi tegar dan lemah. Oleh yang demikian, kajian ini disasar kepada murid lemah dan lembam bagi tahap dua yang melibatkan murid tahun empat dan lima. Ketirusan yang dimaksudkan ialah aktiviti pengukuhan dan pemulihan tidak dapat dilaksanakan dalam sesi P&P berlangsung dan menyebabkan keberkesanan P&P secara totalnya menjadi kurang efektif dan ekfisyen. Maka, pendedahan kepada aktiviti pengukuhan dan pemulihan amat penting dalam P&P terutamanya kepada murid yang lemah. Disebabkan faktor kekangan masa dan sumber aktiviti tersebut tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan konsisten. Oleh yang demikian, kajian ini memperkenalkan kaedah pembahagian sumber masa dan bahan p&p yang berkesan kepada guru.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

PENGENALAN

1.0 Sorotan Refleksi Kajian

Pengalaman menjadi seorang Guru Pemulihan Khas telah membuka ruang

untuk saya muhasabah diri daripada kegagalan murid menguasai kemahiran

asas iaitu (Membaca, Menulis, Memahami dan Mengira (4M), dengan baik.

Masalah murid lemah dalam menguasai literasi dan numerasi dalam program

LINUS menyebabkan murid ketirusan pelajaran dalam matapelajaran yang lain

juga. Kajian juga menekankan punca dan penyelesaian kepada permasalahan

tersebut.

Memandangkan dapatan data LINUS 2011dan 2012 menunjukkan murid tahun 1

masih ramai yang gagal menguasai literasi dan numerasi kurang

memberangsangkan disebabkan beberapa faktor dan salah satu faktor yang

dikenalpasti ialah kurang pelaksanaan Program Printis Jangka Masa Panjang

disamping faktor yang lain. Oleh itu, kajian ini juga akan diluaskan skopnya

sehingga lebih kompleks dan efektif serta optimum.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Analisis data linus 2012 adalah seperti berikut:

Data 2011 Tahun 2 Kohort 1

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 101 88 3 0

Numerasi 101 91 0 0

Sasaran 2012 tahun 3 Kohort 1

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 101 91 0 0

Numerasi 101 91 0 0

Analisis data linus 2012 Tahun 2 kohort 2

Data 2012 Saringan 4 / Tahun 2 Kohort 2

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 96 88 4 4

Numerasi 96 93 2 1

Sasaran 2012 Saringan 5 / Tahun 2 Kohort 2

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 96 92 3 1

Numerasi 96 96 0 0

Sasaran 2012 Saringan 6 / Tahun 2 Kohort 2

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 96 96 0 0

Numerasi 96 96 0 0

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Analisis data linus 2012 Tahun 1 kohort 3

Data 2012 Saringan 1 / Tahun 1 Kohort 3

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 91 38 43 10

Numerasi 91 43 46 2

Sasaran 2012 Saringan 2 / Tahun 1 Kohort 3

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 91 66 20 5

Numerasi 91 72 18 1

Sasaran 2012 Saringan 3 / Tahun 1Kohort 3

Linus Jumlah Murid Perdana Linus Tegar

Literasi 91 86 5 0

Numerasi 91 89 2 0

Sumber: Adibah Md Noor (2012), Guru Pemulihan Khas, Sk. Simpang Empat.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Carta Bar Jumlah Murid Linus Literasi Tahun 1, 2 dan 3 bagi Mei 2012

Sumber: Unit Panitia Pemulihan Khas Sk. Simpang Empat, Perlis (2012).

Berdasarkan carta bar tersebut, menunjukkan murid amat lemah dari tahun 1. Namun murid

dapat menguasai kemahiran asas literasi dalam tempoh satu tahun. Berdasarkan bar

menunjukkan peningkatan penguasaan murid tahun 1, 2, 3 dalam literasi meningkat. Semakin

lama mengalami proses pembelajaran semakin meningkat darjah ketersampian pendidikan

murid untuk menguasai literasi..

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

GRAF GARIS PERATUSAN NUMERASI TAHUN 1,2,3 BAGI MEI 2012

Sumber; Adibah Md Noor (2012).

Graf ini menunjukan peningkatan peratus pada murid tahun dua dan tiga sehingga mencapai

100% celik nombor dalam kalangan murid tahun 3. Keberangkalian murid tahun 2 mencapai

100% adalah tinggi ini kerana murid tahun dua pada bulan Mei 2012 telah mencapai 97% lulus

sepenuhnya. Saringan 5 Julai 2012 murid tahun 2 kemungkinan besar akan mencapai 100%.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Rasionalnya saya mengkaji permasalahan yang telah timbul dan mengambil faktor kekangan

masa dan sumber maka saya rencanakan tinjauan ini kepada Kajian Tindakan supaya masalah

ini dapat dikurangkan. Ini kerana, masalah ini tidak dapat diatasi tetapi dapat dikurangkan

kepada tahap yang lebih optimum supaya peranan guru sebagai mentor dapat diaplikasikan

dalam P&P serta peranan sekolah sebagai agen pembangunan insan dapat diimplimentasikan

dalam adaptasi penambahbaikan sistem pengurusan dan perancangan dari semasa ke

semasa.

Maka, kajian ini menekankan kepada mengukuhkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dalam kelas bagi murid tahap 1 sekolah ini. Penekanan terhadap aktiviti

pengukuhan dan pemulihan dalam kelas supaya murid lemah dan lembam dapat mengekses

maklumat P&P dengan baik dan sempurna mengikut aras kemampuan murid dari segi kogitif

dan kemahiran murid. Disamping melonjak prestasi sekolah dalam pencapaian NKRA sekolah.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

2.0 Fokus Kajian

Fokus kajian kepada memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

murid tahap 1 secara komperhensif dan berterusan. Tinjauan menunjukkan

permasalahan yang timbul disebabkan oleh kurang aktiviti pengayaan,

pengulangan, pengukuhan dan pemulihan semasa dan selepas proses

Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang telah dijalankan.

Begitu juga murid yang keciciran pendidikan menyebabkan murid tahap satu

lemah dalam kemahiran asas. Selain itu, faktor sampingan yang lain seperti

masalah istitusi kekeluargaan, ekonomi dan motivasi diri juga menyumbang

kepada permasalahan ini.

Pernyataan Masalah:

1) Murid tahap satu masih lemah dalam penguasaan kemahiran asas iaitu 4M

(membaca, menulis, memahami dan mengira)

2) Murid kurang pendedahan aktiviti pengukuhan dan pengulangan semasa dan

selepas P&P dilaksanakan.

3) Murid keciciran pendidikan disebabkan masalah kehadiran ke sekolah yang

buruk

4) Ibu bapa dan penjaga kurang kesedaran kepentingan pendidikan yang efektif

kepada anak-anak

5) Faktor sampingan iaitu seperti masalah kekeluargaan, ekonomi dan motivasi

diri yang rendah memberi impak negatif kepada murid.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

3.0 Objektif Kajian

Objektif Umum

Meningkatkan prestasi sekolah melalui pencapian dalam Ujian Linus serta

mengukuhkan tahap penguasaan (Membaca, Menulis, Memahami dan Mengira)

4M dikalangan murid dan memantapakan program pemulihan khas serta

memperkasakan sekolah dengan melahirkan murid Celik Huruf dan Bijak Angka

pada tahun 2012.

Objektif Khusus

1) Melonjakkan prestasi sekolah dalam pencapaian Ujian Linus 2012

2) Murid lemah dan lembam dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi

(LINUS).

3) Meningkatkan peranan ibubapa dalam memantau murid serta motivasi

kesedaran kepentingan ilmu kepada ibubapa.

4) Meningkatkan tahap penguasaan kemahiran asas 4M(membaca, menulis,

memahami dan mengira) dalam kalangan murid.

5) Menyediakan elemen pengukuhan dan pemulihan pengajaran dan

pembelajaran (P&P) kepada murid tercicir supaya dapat meningkatkan

kemahiran 4M

6) Memantapkan program pemulihan khas, dan Linus di sekolah.

7) Memperkasakan sekolah dengan melahirkan murid yang celik huruf dan bijak

angka pada tahun 2012.

4.0 Kumpulan Sasaran

a) Murid Tahun 1

b) Murid Tahun 2

c) Murid Tahun 3

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

5.0 Skop Kajian

Murid Tahap Satu, Sekolah Sk. Simpang Empat, Perlis.

Ibu bapa dan penjaga murid tahap satu yang terlibat

Tempoh Pra Kajian

Jangka Masa Pendek: 07 Bulan

Bermula pada: Mac 2012

Berakhir pada: Oktober 2012

Tempoh Pasca Kajian

Jangka Masa Panjang: 20 Bulan

Bermula pada : Mac 2012

Berakhir pada: Ogos 2013

Kaedah Kajian :

a) Pengalaman dan Tinjauan

b) Instrument Ujian (Ujian Linus)

c) Pembacaan dan Pengetahuan

d) Dapatan Data

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

6.0 Pelaksanaan Tindakan

6.1 Pengenalan Kajian Tindakan

Kajian Tindakan SINUS (Sifar Linus)2012 direncana bagi memenuhi sasaran National

Key Result Area (NKRA) dalam profesion pendidikan. Salah satu daripadanya ialah

memperkasakan sekolah kebangsaan dan mengurangkan buta huruf dalam kalangan

murid.

Kajian tindakan ini adalah alternatif menyelesaikan masalah yang dihadapi

dalam sistem pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dalam Kelas Perdana,

Kelas Pemulihan Khas dan Kelas Linus. Kesukaran melaksanakan P&P yang

berkesan, lancar dan terancang disebabkan masalah murid yang lemah dalam

penguasaan kemahiran asas iaitu membaca, menulis, memahami dan mengira (4M)

dalam kalangan murid yang lemah dan tercicir. Kenapa keciciran pelajaran ini berlaku?

Punca dan cara menyelesaikan permasalahan ini secara optimum.

6.2 Konsep Sifar

Kosong, tiada nilai bagi angka tersebut.

Sifar iaitu mengurangkan jumlah bilangan murid yang tidak menguasai LINUS

literasi dan Numerasi kepada angka sifar pada tahun 2012.

Konsep Linus

Gabungan literasi dan numerasi .

Literasi tatacara penggunaan Bahasa Malaysia yang melibatkan 4 elemen iaitu

membaca, menulis, memahami dan menaakul.

Numerasi ialah nombor dan angka yang perlu dikuasai secara menyeluruh

termasuk aspek asas nombor.

Murid dapat menguasai kemahiran asas dan dapat mendedahkan murid kepada Ujian Linus serta mewujudkan murid yang bestari.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Konsep Sinus

Konsep ini boleh diimplimentasikan sebagai satu momentum yang

menggerakkan sesuatu mekanisme dari bilangan yang banyak kepada sifar.

Sifar dalam buta huruf tetapi 100 peratus dalam celik huruf dan angka.

Kesimpulannya, ia merupakan satu konsep cara mengurangkan masalah lemah

literasi dan numerasi.

6.3 Kerangka Pelan Tindakan

Pemantapan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Matapelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik Tahun1

Model 1: Pelan Tumpu (Tahun 1)

3 Bulan (Bulan Transformasi)

Latih Tubi Matapelajaran Tumpuan: Dibantu Guru Matapelajaran Lain

Bahasa Melayu

Matematik

Bahasa Inggeris

Agama (Jawi/ Arab)

Kaedah Perlaksanaan

Guru matapelajaran selain Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Metematik akan memperuntukkan 30 minit untuk setiap minggu mengajar kemahiran asas semasa P&P dilaksanakan. Ini bertujuan aktiviti pengulangan dan pengukuhan dapat dilaksanakan sepanjang masa.

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Aktiviti pengulangan dan pengukuhan ini penting dilaksanakan dalam kelas yang mempunyai murid yang lemah. Mengukuhkan kemahiran asas ini sangat penting supaya murid dapat menguasai elemen pembelajaran yang lain lebih optimum.

Sebagai contoh, seorang guru agama boleh memperkenalkan gambar buku kemudian menyebut perkataan tersebut dengan jelas serta menulis perkataan tersebut kemudian baru ditulis dalam tulisan jawi. Secara tidak langsung murid akan mendapat dua faedah pembelajaran dalam satu sesi P&P. Ini penting bagi murid boleh mahir dan cepat menguasai Bahasa Melayu. Begitu juga guru muzik juga boleh meminta murid bertutur dalam bahasa inggeris semasa P&P disamping menyanyikan Lagu versi Bahasa Inggeris sebagai set induksi dan sebagainya.

Pelan Tumpu ini telah berjaya dilaksanakan melalui Kajian Tindakan Lonjakan Perdana 2011 yang telah memperkenalkan konsep tumpu ini. Respon guru-guru menunjukkan perkembangan yang positif dari semasa ke semasa. 90% Pelan ini berjaya dilaksanakan oleh guru-guru yang terlibat .

Learning is Fun

Bermain sambil belajar

Learning is Fun

Bermain sambil belajar

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

6.4 Pelan Tindakan : Program Impak Maksima

Model 2 (Tahun 2 )

2 Minggu (Literasi)

Murid Linus dan tegar akan mengikuti program Impak Maksima selama 2 minggu iaitu dilaksanakan pada masa 7.40 sehingga 10.00pagi pada setiap hari selama 2 minggu.

P&P dikendalikan oleh guru pemulihan khas.

Motivasi

Murid akan mengikuti satu slot motivasi diri selama 2 jam yang dikendalikan oleh

Guru kaunseling sekolah

P&P Didik Hibur

Token ekonomi

Murid dapat menguasai kemahiran Projek Latih Tubi Gempur

(Membaca, menulis dan memahami)

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Kaedah Pelaksanaan

Murid tahun 2 yang terlibat dengan masalah literasi perlu mengikuti program impak

Maksima selama 2 minggu. Tujuan program ini ialah untuk meningkatkan mekanisme mobaliti murid untuk mengekses pembelajaran dengan lebih optimum. Program ini juga penting untuk membantu murid menguasai asas membaca dengan cepat, pantas dan betul.

Program ini akan dilaksanakan pada 9 Julai 2012 sehingga 20 Julai 2012. Seramai

8 orang murid tahun dua yang terlibat akan mengikuti program ini. Keberkesanan program ini ditentukan oleh Keputusan saringan 5 2012

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

6.5 Kajian Tindakan Pemantapan Program Pendidikan Pemulihan Khas Secara Menyeluruh Dalam kalangan Murid

Model 3: Konsep 4M

(Konsep 4M)

Konsep 4M

Program Pemulihan Khas hanya menekankan

Konsep 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Penambahbaikan 3M kepada Konsep 4M

Iaitu (Membaca, Menulis, Memahami dan Menaakul)

Modul Kembara Ilmu

Konsep 4M (Membaca, Menulis, Memahami dan Menaakul)

Murid dapat membaca dan menulis serta memahami dengan baik disamping melengkapkan kemahiran membaca, menulis dan pemahaman dengan lebih efektif

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Kaedah Pelaksanaan

Modul Kembara Ilmu akan diaplikasi dalam P&P kelas Pendidikan Pemulihan Khas (Kelas Puncak Gemilang). Kebanyakan buku serta modul yang diguna pakai tidak menerap kemahiran memahami. Oleh itu, penggunaan Modul kembara Ilmu yang menerapkan kemahiran memahami. Murid diberi pendedahan kepada menulis, membaca serta memahami. Aktiviti ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah bacaan mekanisme. Modul ini juga disusun mengikut aras murid kelas pemulihan khas yang bermula dari aras rendah kepada susah. Penggunaan Modul ini secara berterusan selama tempoh 4bulan akan menghasilkan peningkatan yang sangat memberangsangkan kepada murid yang lemah tetapi buku ini akan didedahkan kepada murid yang sudah menguasai Suku Kata kv.

6.6 Motivasi Ibu bapa atau penjaga

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Model 4: Program Pelita Hati

Program Motivasi Kesedaran Kepentingan Ilmu kepada anak-anak

Kenapa peratusan LINUS dan UPSR merosot?

Sekolah-guru berpengalaman, latih tubi,kelas tambahan dan lain-lain tetapi

Kenapa?

Hampir 90 peratus murid yang lemah disebabkan gagal menghadiri ke sekolah.

Faktor Utama ialah Masalah Kehadiran ke Sekolah kurang memuaskan

Kenapa?

Masalah institusi kekeluargaan

Tindakan Sekolah- Melawat, pantau dan nasihat tetapi tiada perkembangan positif

Kenapa?

Ibu bapa kurang kesedaran kepentingan pendidikan kepada anak-anak dan

Kurang muhasabah peranan ibubapa di samping faktor ekonomi dan faktor latar belakang pendidikan yang rendah di sosio geografi sekitar simpang empat

Motivasi kepada ibubapa/penjaga oleh Guru Kaunseling

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Kaedah Pelaksanaan

Program Motivasi oleh pihak Hal Ehwal Murid dan Unit Kaunseling.

Masalah utama keciciran pendidikan di sekolah ini ialah masalah ponteng sekolah. Masalah ini

telah dipantau dan diberi perhatian oleh pihak sekolah namun kurang respon yang positif

daripada ibubapa. Sekiranya ada pun hanyalah 20 peratus sahaja selebihnya sebanyak

80peratus masih lagi dengan takuk lama hanyut bersama masalah kepincangan sosialiasi. Oleh

itu, langkah terakhir pihak sekolah adalah dengan mengadakan Program motivasi keibubapaan

kepada keluarga yang mempunyai anak yang tercicir pendidikan.

7.0 AHLI JAWATANKUASA

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

AHLI JAWATANKUASA KAJIAN TINDAKAN SINUS 2012

SK SIMPANG EMPAT, PERLIS

PENGERUSI

Guru Besar

(Pn. Hjh. Haridah Abd. Razak )

NAIB PENGERUSI 1 NAIB PENGERUSI 2

Penolong Kanan 1 Penolong HEM

(En. Zairi Bakar) (Pn. Che Su Ibrahim)

SETIAUSAHA

Guru Pemulihan Khas

(Pn. Adibah Md Noor)

PENYELARAS

Penyelaras Linus

(Pn. Sham Mahmud)

AJK

GURU SK SIMPANG EMPAT

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

8.0 PENUTUP

Saya berharap kajian ini dapat disokong penuh oleh pihak pentadbir dan pengurusan sekolah.

Kajian ini merupakan kajian yang ketiga saya laksanakan kemungkinan ia bukanlah satu kajian

yang sangat terbaik namun, ia adalah pengubahsuaian hasil kajian pertama yang telah saya

laksanakan serta menunjukkan hasil yang positif. Maka, saya dedikasikan sebahagian kajian

pertama saya dalam kajian ini dengan mengubahsuai serta melakukan penambahabaikan

disamping mengambil kira faktor yang lain supaya kajian ini dapat dilaksanakan dengan

sempurna dan lancar serta menghasilkan produktiviti yang efektif serta optimum pada akhir

pengukuhan kajian ini.

Kajian ini juga telah menunjukkan ketirusan pendidikan disebabkan keciciran menghadiri ke

sekolah dengan memuaskan. Puncanya juga disebabkan masalah institusi kekeluargaan dan

kurang keinginan berdaya maju untuk menyiapkan dan melengkapkan lembaran kerja, latih tubi

yang disediakan oleh guru.

Maka, beberapa tindakan susulan telah dikenal pasti sebagai alternative menyelesaikan

masalah Linus ini. Oleh itu, kajian ini sangat penting supaya membantu dan menambah nilai

kemajuan murid, meningkatkan prestasi guru dan memperkasakan institusi sekolah sebagai

agen pembangunan modal insan.

LAMPIRAN:

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Ulasan Naib Pengerusi

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tanda Tangan, Tarikh:___________

(En. Zairi Bakar)

PENOLONG KANAN 1

SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS.

Ulasan Pengerusi

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tanda Tangan, Tarikh:___________

(Pn. Hjh. Haridah Abd Razak)

GURU BESAR,

SK. SIMPANG EMPAT, PERLIS.

ISI KANDUNGAN

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

Abstrak

Penghargaan

1.0 Sorotan Refleksi Kajian

2.0 Fokus Kajian

3.0 Objektif Kajian

Objektif Umum

Objektif Khusus

4.0 Kumpulan Sasaran

5.0 Skop Kajian

Tempoh Kajian

Kaedah Kajian

Permasalahan

6.0 Perlaksanaan Tindakan

6.1 Pengenalan Kajian Tindakan

6.2 Konsep SINUS

[PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN SINUS(SIFAR LINUS) 2012] ADIBAH MD NOOR, 2012

6.3 Kerangka Pelan Tindakan

Model 1: Pelan Tumpu

6.4 Model 2: Impak Maksima

6.5 Model 3: Konsep 4M

6.6 Model 4: Motivasi Ibu bapa

7.0 Jawatankuasa Ahli Kajian Tindakan

8.0 Penutup

Rujukan