kajian tindakan klinik cemerlang -smk alma

14
LAPORAN KAJIAN TINDAKAN USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DI DALAM KLINIK CEMERLANG BAHASA INGGERIS PMR DENGAN PENDEKATAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI Oleh: Puvaneswari Vadivelloo Guru Cemerlang SMK Alma, BM 2011

Upload: puvaneswari-punis

Post on 26-May-2015

689 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DI DALAM KLINIK CEMERLANG

BAHASA INGGERIS PMR DENGAN PENDEKATAN TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Oleh:Puvaneswari Vadivelloo

Guru Cemerlang SMK Alma, BM

2011

Page 2: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

USAHA UNTUK MENINGKATKAN PENGLIBATAN PELAJAR DALAM KLINIK CEMERLANG BAHASA INGGERIS PMR DENGAN PENDEKATAN

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

Oleh

Puvaneswari VadivellooGuru CemerlangSMK Alma, BM

Abstrak

Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran penting bagi semua pelajar tidak kira sekolah

rendah atau menengah. Namun begitu ia bukanlah satu subjek yang popular terutamanya

di kalangan pelajar sekarang lantaran dari tanggapan bahawa Bahasa Inggeris merupakan

satu subjek yang sukar dikuasai dan difahami. Kecemerlangan dalam Bahasa Inggeris

adalah salah satu syarat yang diutamakan sekiranya seseorang pelajar ingin melanjutkan

pelajaran ke tahap yang lebih lagi. Justeru itu, ia juga merupakan subjek yang perlu

dikuasai oleh pelajar untuk membantu mereka merealisasikan impian dalam mencapai

cita-cita dalam bidang tersebut. Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan penglibatan

pelajar dalam klinik cemerlang PMR Bahasa Inggeris. Kajian ini merupakan kajian

ringkas terhadap 15 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Alma BM. Kajian ini dilakukan

merujuk kepada sikap dan tumpuan pelajar yang sangat minimum ketika mengikuti

program Klinik Cemerlang Bahasa Inggeris PMR yang diadakan setiap hari Khamis jam

12.30 hingga 1.40 petang. Tindakan yang diambil untuk meningkatkan tumpuan dan

penglibatan aktif pelajar ialah melalui pendekatan teori kecerdasan pelbagai. Terdapat

sembilan teori kecerdasan pelbagai yang diperkenalkan oleh Howard Gardner(1983).

Dalam kajian ini hanya tiga sahaja yang digunapakai untuk disesuaikan dengan mata

pelajaran dan sampel yang dikaji iaitu kecerdasan logik, kecerdasan muzik dan

kecerdasan interpersonal.

Page 3: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ramai murid yang pergi ke sekolah tetapi hakikat sebenarnya mereka tidak belajar.

Murid-murid ini telah dilabelkan sebagai murid yang bermasalah, berpencapaian rendah

dan tidak bermotivasi. Guru telah meletakkan harapan yang rendah terhadap mereka

maka ini menyebabkan harga diri mereka menurun dan masalah disiplin meningkat.

Ramai murid yang berbakat dan 'gifted' juga kurang bermotivasi untuk ke sekolah.

Kebanyakan guru tidak menghargai kepelbagaian pelajar dan tidak merancang

pengajaran mereka mengikut kesemua kecerdasan atau mana-mana bidang kecerdasan

khusus yang ada pada murid mereka. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan tindakan yang

terancang dan mengambil kira tahap kecerdasan individu didapati dapat meningkatkan

penglibatan pelajar dalam Klinik Cemerlang Bahasa Inggeris PMR anjuran Majlis Guru

Cemerlang SMK Alma BM.

1.2 Pernyataan masalah

Penglibatan pelajar dalam program ini yang diadakan pada setiap hari Khamis didapati

kurang memberangsangkan berdasarkan kepada reaksi mereka sewaktu di dalam kelas.

Menerusi pemerhatian selama dua kali sesi kelas diadapati fenomena ini berlaku

disebabkan oleh rasa kurang minat pelajar terhadap subjek ini. Perasaan ini timbul

disebabkan oleh faktor :

(i) suasana pembelajaran yang kurang menarik.

(ii) rasa putus asa disebabkan oleh seringkali tidak dapat memahami soalan yang

diberikan oleh guru.

(iii) perasaan malu dan rendah diri serta menganggap diri tidak pandai seperti orang

lain.

(iv) Tidak berkeyakinan untuk lulus dengan cemerlang dalam PMR

Page 4: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

1.3 Objektif kajian

1.3.1 Meningkatkan penglibatan pelajar sewaktu mengikuti klinik cemerlang

Bahasa Inggeris PMR

1.3.2 Memupuk keyakinan saya boleh lulus Bahasa Inggeris PMR

1.3.3 Memupuk keyakinan dan kesedaran kepada pelajar tentang kebolehan

mereka dalam Bahasa Inggeris.

1.3.4 Mengubah persepsi negatif pelajar terhadap Bahasa Inggeris kepada yang

lebih positif.

2.0 POPULASI DAN KEPERIHALAN PERSAMPELAN

Sampel kajian terdiri daripada 15 orang pelajar tingkatan 3 yang dipilih menghadiri

klinik cemerlang Bahasa Inggeris. Kesemua pelajar ini berada pada tahap gagal atas.

2.1 Metodologi

Langkah untuk meningkatkan penglibatan pelajar di dalam kelas menggunakan

pedekatan teori kecerdasan pelbagai. Penekanan diberikan kepada tiga bentuk

kecerdasan iaitu kecerdasan logik, muzik dan interpersonal.

1.2 Tinjauan Awal

Merujuk kepada pemerhatian selama 2 kali sesi kelas dijalankan didapati hanya 2 orang

(13%) pelajar yang bertindak aktif dalam memberi respon untuk kertas II. Pelajar yang

lain hanya bertindak secara pasif kemungkinan kerana tidak pandai berbahasa Inggeris.

Sehingga akhir sesi kelas secara purata hanya 30% soalan Bahagian A dan Bahagian B

sahaja yang dapat dijawab dengan tahap kefahaman sepenuhnya.

2.3 Rancangan Tindakan

Berdasarkan maklumat dari tinjauan awal, saya merancang pelaksanaan P&P yang lebih

berkesan iaitu:

2.3.1 Membahagikan pelajar kepada pasangan berdua.

2.3.2 Menggabungkan 3 kecerdasan

Page 5: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

2.3.3 Kecerdasan logik

Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan

seperti suka menyoal, kritis, boleh membuat perbandingan, dan menggunakan

komputer.

(b) Kecerdasan muzik

Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran

mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah.

Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti

suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik

tetapi pada darjah yang berbeza.

(c) Kecerdasan interpersonal

Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain.

Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam

kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain.

2.4 Pelaksanaan Tindakan

2.4.1 Memberi motivasi kepada pelajar tentang kebolehan masing-masing.

2.4.2 Mengasingkan tahap soalan berdasarkan kepada kebolehan pasangan masing-masing.

2.4.3 Memasang muzik untuk menjana penggunaan otak kiri dan otak kanan

pelajar sewaktu menulis soalan Bahagian A.

2.4.4 Menggunakan pendekatan interpesonal untuk merapatkan jurang antara

pelajar dengan guru ( meminta pelajar memberi komen tentang pendekatan

yang telah digunakan oleh guru pada sehelai kertas)

2.4.5 Menganalisis data yang diperolehi (bilangan pelajar yang terlibat secara aktif)

sepanjang sesi kelas dijalankan.

Page 6: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Hasil pemerhatian

Merujuk kepada data yang diperolehi didapati responden menunjukkan peningkatan dari

segi penglibatan di dalam kelas sepanjang pelaksanaan. Pelajar dilihat semakin

bermotivasi untuk menghadiri kelas. Ini secara tidak langsung menunjukkan mereka

dapat merasa kelainan yang dibawa oleh guru.

Selepas sesi ke-4 kajian, didapati pelajar semakin berani untuk bertanya di mana secara

purata 10-12 orang pelajar akan melibatkan diri dalam sesi perbincangan jawapan secara

kelas. Setiap individu dengan pasangan masing-masing juga didapati saling bantu

membantu dalam menjawab soalan yang diberikan.

Hasil daripada komen pelajar terhadap pendekatan ( tindakan ) yang digunakan oleh guru

didapati 14 orang responden (93%) merasa seronok dan teruja dengan pembaharuan

dalam P&P yang telah dibuat dan mahu kaedah ini diteruskan. Manakala 7% lagi tidak

dapat mengikuti pembelajaran sambil mendengar muzik.

3.1 Refleksi

Hasil dari kajian yang telah dijalankan didapati pelajar lebih berfokus dalam mengikuti

klinik cemerlang ini dan secara tidak langsung telah disebarkan kepada pelajar-pelajar

lain. Beberapa pelajar yang tidak terpilih juga ingin menyertai klinik ini. Saya menerima

banyak penyertaan pada saat-saat terakhir sebelum PMR. Malah ada pelajar dari kelas

hadapan juga ingin menyertai klinik tersebut. Memandangkan klinik ini akan berakhir

pada 29 September 2011, maka saya telah berjanji akan memberi satu taklimat khas

untuk pelajar PMR Bahasa Inggeris pada tarikh tersebut.

Page 7: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

4.0 PENUTUP

Kesimpulan kepada kajian di atas ialah penerapan teori kecerdasan pelbagai di dalam

proses pengajaran dan pembelajaran sangat membantu dalam meningkatkan tumpuan

pelajar untuk mengikuti kelas sehingga tamat. Kaedah yang digunakan telah berjaya

menjadikan sesi kelas lebih ’bernyawa’ dan pelajar dapat merasakan keseronokan dalam

mengikuti klinik cemerlang Bahasa Inggeris PMR. Untuk kajian yang akan datang,

pendekatan kecerdasan intrapersonal mungkin boleh diterapkan di dalam P&P untuk

mengatasi masalah pelajar yang tidak dapat mengikuti kaedah yang digunakan dalam

kajian ini.

5.0 BIBLIOGRAFI

1. http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/multiple/prinsip.htm

2. http://www.hamidarshat.com/IKKpunca_kepandaian.htm

3. http://www.yadim.com.my/Keluarga/KeluargaFull.asp?KeluargaID=76

4. http://motivasiutusan.4mg.com/kecemerlangan.htm

5. http://www.mendaki.org.sg:8080/content_files/panduansudutbelajar.html

6. http://www.brunet.bn/news/pelita/27april/didik.htm

7. http://www.amath.washington.edu/~nshore/nsf/northshore.report/node84.html

8. Bolitho, R, Granescu, M., & Adam, E. (1994). Current Issues: ErrorCorrection. Modern English Teacher, 3(4), 46-51.

9. Callahan, S. (2004). How to use stories to size up a situation. Anecdote Whitepaper, 1, 1-5. Retrieved on January 28, 2008, from http://www.anecdote.com.au/papers/AnecdoteStories

10. Cathcart, R.L., & Olsen, J.W.B. (1976). Teachers’ and students’ preferences for correction of classroom conversation errors. In J.F. Fanselow & R.H. Crymes (eds.), On TESOL ’76 (pp.41-53).

Page 8: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

Washington, D.C.: TESOL

11. Gilligan, C. (1982). In a different voice. Psychological theory and women’s development. Cambridge, Massachusetts : Harvard University Press. 12. Holliday, A. (1994). Appropriate methodology and social context. Cambridge: Cambridge University Press

13. Selman, R.L. (1980). The growth of interpersonal understanding development and clinical analysis. New York : Academic Press

.

Page 9: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

LAMPIRAN

A. Jadual 1 – dapatan minggu 1-2

kumpulan kehadiranbil.

Soalanbil.

Soalanbil.

Pelajar  diberi dijawab aktif

kumpulan 1 5 30 22 2

kumpulan 2 4 30 19 tiada

kumpulan 3 4 30 17 tiada

B. Jadual 2 – dapatan minggu 3-5

kumpulan kehadiranbil. Soalan

bil. Soalan

bil. Pelajar

    diberi dijawab aktif

kumpulan 1 5 30 24 3

kumpulan 2 5 30 22 2

kumpulan 3 5 30 22 2

C. Jadual 3 – dapatan minggu 6-8

kumpulan kehadiranbil. Soalan

bil. Soalan

bil. Pelajar

    diberi dijawab aktif

kumpulan 1 5 45 45 5

kumpulan 2 5 45 42 5

kumpulan 3 5 45 40 4

Page 10: Kajian tindakan klinik cemerlang -SMK Alma

D. Analisis pencapaian ujian/peperiksaan 2005

GRED BIL 1A 2A 3B 4B 5C 6E 7D 8E 9G %LULUS GP

UIJAN 1 15     2 4 1 1   4 3 80.0 6.13

UJIAN 2 15   1 3 1 5 1 3   1 93.3 5.07

1/2 TAHUN 15 1 1 3 2 2 1 4 1 0 100.0 4.80

UJIAN 3 15 2 2 2 4 1 3 1   0 100.0 3.87