kajian tindakan kepentingan pusat sumber · pdf file1.6. batasan kajian kajian dijalankan...

Download KAJIAN TINDAKAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER · PDF file1.6. BATASAN KAJIAN Kajian dijalankan kepada 30 orang pelajar SMKDARY yang dipilih secara rawak. Pemilihan pelajar –pelajar yang

If you can't read please download the document

Upload: lamquynh

Post on 06-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

  • SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB,32600 BOTA

    PENGURUSAN PUSAT SUMBER

    KAJIAN TINDAKAN

    KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY

    SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN

    PENGAJARAN YANG KONDUSIF

    1.1. PENGENALAN Pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak

    mulia. Guru ialah individu yang amat penting dalam dunia pendidikan di samping

    tempat dan prasarana sekolah yang sesuai.

    Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasa dijalankan akan

    menjadi lebih berkesan dan menggembirakan sekiranya teerdapat penggunaan

    sumber secara teratur , jelas dan baik.

    Pusat sumber sekolah boleh menyumbang ke arah pembinaan masyarakat

    berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara

    dan peranannya sebagai laluan intelektual dan pusat sumber maklumat

    Justeru , saya juga mengkaji sejauhmana kewujudan Pusat Sumber SMKDARY

    dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .

    1.2..RASIONAL KAJIAN

    Pusat Sumber ialah laluan intelektual dan nadi sekolah . Menyedari hakikat ini,

    maka kajian ini dijalankan semata-mata untuk memberi panduan kepada guru-guru

    dan para pelajar akan kepentingan Pusat Sumber SMKDARY sebagai pusat

    maklumat sekolah.

    Pusat Sumber ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi

    bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

    Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi

    memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran

    asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat

    berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

    Walau bagaimanapun peranan AJK dan kerjasama semua guru adalah penting

    untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah.

  • 1.2. PERNYATAAN MASALAH

    Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang guru SMKDARY yang dipilih secara

    rawak.

    Keberkesanan Pusat Sumber Banyak dipengaruhi oleh komitmen AJK Pusat

    Sumber dan pentadbir sekolah. Tanggapan bahawa Pusat Sumber sebagai satu bilik

    atau tempat untuk menyimpan buku-buku perlu dikikis.

    Guru dan pelajar perlu menyedari bahawa Pusat sumber ialah sebuah tempat

    sumber maklumat dan bukanlah tempat untuk meninggalkan pelajar membuat kerja

    sendiri.

    Oleh itu, Pusat sumber haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya supaya Pusat

    sumber benar-benar menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat yang selesa

    serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

    1.4 OBJEKTIF \

    1. Mengenalpasti kepentingan Pusat Sumber SMKDARY benar-benar bermanfaat

    2. Mengenalpasti hubungkait antara keselesaan Pusat Sumber SMKDARY dengan kedatangan para pelajar ke Pusat Sumber.

    3. Membuktikan bahawa pusat sumber yang lengkap dan selesa memainkan peranan penting untuk menarik minat para pelajar ke pusat sumber

    1.5. KEPENTINGAN KAJIAN

    Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang bpasti tentang

    kepentingan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.Ianya juga untuk

    melihat sejauh manakah peranan pusat sumber penting dalam menyumbang kea rah

    peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan,

    Berdasarkan kajian ini diharapkan pihak pentadbir, AJK pusat sumber, guru-guru

    dan para pelajar dapat member sokongan dan terus memantapkan kewujudan pusat

    sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.

  • 1.6. BATASAN KAJIAN

    Kajian dijalankan kepada 30 orang pelajar SMKDARY yang dipilih secara

    rawak.

    Pemilihan pelajar pelajar yang menjadi tumpuan kajian ini dibuat

    berdasarkan kepada beberapa sebab:

    1. Pelajar tersebut ialah pelajar yang pernah mengunjungi pusat sumner sama ada pada waktu pembelajaran atau pada waktu petang/.

    2. Pelajar tersebut tahu bahawa pusat sumber mampu membantu meraka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    3. Pelajar tersebut pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pusat sumber.

    1.7. HIPOTESIS KAJIAN

    Puast Sumber SMKDARY boleh dan berpotensi menjadi pusat sumber maklumat

    sekolah dan dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.

    1.8. KAWASAN KAJIAN

    `Tunpuan kajian ialah di Sekolah Menengah DatoAbdul Rahman Yaakub, Bota.

    Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan 100 m dari pecan Bota.Para pelajar dan

    guru-gurunya semuanya berbangsa Melayu

    1.9. POPULASI

    Tumpuan kajian kepada pelajar-pelajar SMKDARY dari tingkatan 3 , 5 seramai

    540 orang.

    SMK Dato Abdul Rahman Yaakub, Bota ialah sebuah sekolah gred A dan

    mempunyai pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 seramai 1425 orang

    pelajar.Kesemua pelajarnya berbangsa Melayu.

  • 2.0. PERSAMPELAN

    Kajian ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima di

    SMKDARY, Bota. Tumpuan kajian hanya kepada 30 orang pelajar yang dipilih secara

    rawak mudah sebagai sampel bagi tujuan kajian ini.

    2.1. CARA KAJIAN

    Dalam kajian pelajar dipilih secara rawak dari tingkatan tiga dan lima seramai 30

    orang.

    Bagi setiap pelajar dibekalkan dengan set soalan mudah mengandungi 10 soalan

    dan dikehendaki memberi jawapan yang sesuai mengenai dirinya.

    Set soal selidik dalam bentuk Skala Liket mudah

    2.2. DAPATAN KAJIAN

    1. 50% pelajar sangat setuju dan 50% setuju menyatakan mereka selesa belajar di bilik APD

    InI membawa maksud bahawa 100% para pelajar setuju yang mereka selesa

    belajar di bilik APD

    2. 100% pelajar menyatakan bahawa bahan elektronikdapat menarik minat mereka belajar

    3. Didapati 100% pelajar kurang setuju dengan kenyataan , saya tidak tahu bilik APD membantu saya dalam pelajaran.

    4. Sebanyak 75 % sangat suka berada di pusat sumber dan tiada seorang pun yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa 100% para pelajar suka berada di

    pusat sumber.

    5. Sebanyak 72% sangat setuju berada di pusat sumber membuat rujukan dan 28% yang setuju dan tiada pelajar yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa

    100% para pelajar suka membuat rujukan di pusat sumber

    6. 100% pelajar bersetuju bahawa berkunjung ke pusat sumber banyak mendatangkan faedah dan dapat membantu mereka belajar.

  • 3.0. PERBINCANGAN

    Hasil daripada analisa data yang telah dibuat ,hipotesis kajian ini

    terbukti kukuh dan signifikan bahawa pusat sumber memainkan peranan

    penting sebagai pusat sumber maklumat SMKDARY.

    Pusat Sumber SMKDARY juga berupaya membantu pencapaian

    pelajar dalam peperiksaan awam.

    3.1. RUMUSAN

    Kesimpulannya dapatan kajian ini membuktikan bahawa terdapat

    hubungkait yang bermakna antara pusat sumber SMKDARY dengan

    peranannya sebagai pusat sumber maklumat . Hal ini menyokong hipotesis

    kajian ini tentang peranan penting pusat sumber SMKDARY sebagai

    pusat sumber maklumat dan nadi sekolah.

    Walaupun kajian ini terbukti kukuh, peranannya boleh

    dipertingkatkan lagi dengan adanya usaha berterusan dan bersungguh-

    sungguh daripada pihak sekolah , AJK pusat sumber di samping sokongan

    daripada ibu bapa dan masyarakat.

    4.0. CADANGAN

    a. Pentadbir Sekolah a. Pihak pengurusan berusaha memberi sokongan dan dorongan kepada

    guru-guru dan para pelajar supaya menggunakan segala kemudahan

    yang ada di sekolah ini.

    b. Pentadbir berusaha meningkatkan prasarana dan menjadikan seluruh sekolah sebagai sumber maklumat.

    b.Guru & AJK Pusat Sumber

    a. Sentiasa berusaha menyediakan suasana dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan terkini.

    b. Perlu kreatif dan inovatif dan sentiasa berusaha mencari jalan supaya PSS sentiasa hidup dan menepati perkembangan pendidikan.

    Peranan sekolah menyediakan tempat yang kondusif dan selesa untuk

    pembelajaran di samping sumber-sumber pembelajaran yang boleh menyumbang

    ke arah pembelajaran sepanjang hayat memang tidak dapat disangkal lagi.Maka

  • tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh kakitangannya yang terdiri daripada

    kalangan guru dan pekerjanya.

    Kerajasama dan komitmen semua guru dan pekerja sangat penting untuk

    menjadikan sekolah ini pusat sumber tercapai.Penggemblengan tenaga warga

    sekolah merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan.

  • SMK DATOABDUL RAHMAN YAAKUB

    32600 BOTA,PERAK

    PENGURUSAN SUMBER

    BILIK APD

    Skala : 1 kurang setuju 2 setuju 3 sangat setuju

    Bulatkan jawapan pilihan anda

    1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik APD 1 2 3

    2. Saya lebih suka belajar di dalam kelas berbanding bilik APD 1 2 3

    3. Bahan elektronik tidak menarik minat saya untuk belajar 1 2 3

    4. Saya suka jika guru menggunakan ABM sewaktu di bilik APD 1 2 3

    5. Saya tidak tahu bilik APD membantu saya dalam pelajaran 1 2 3

    6. Cadangan saya _________________________________________________________________

    PERPUSTAKAAN

    1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik APD 1 2 3

    2. Saya lebih suka ke perpustakaan untuk membuat rujukan 1 2 3

    3. Berkunjung ke pusat sumber tidak mendatangkan faedah 1 2 3 Kepada saya

    4. Bahan bacaan di perpustakaan tidak dapat membantu 1 2 3 saya belajar

    5. Saya hanya akan ke perpustakaan jika terpaksa 1 2 3 6. Cadangan saya

    ___