kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman...

22
KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TERHADAP LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DI SEKOLAH- SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SUNGAI PETANI, KEDAH THIVYA A/P VENUGOPAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 25-Dec-2019

33 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TERHADAP

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DI SEKOLAH-

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SUNGAI PETANI, KEDAH

THIVYA A/P VENUGOPAL

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR

TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TERHADAP

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DI SEKOLAH-

SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SUNGAI PETANI, KEDAH

THIVYA A/P VENUGOPAL

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi

sebahagian daripada syarat-syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

25 MAC, 2009

Page 3: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

‘Saya akui adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap

satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan :...................................................

Nama penulis: THIVYA A/P VENUGOPAL

Tarikh : 25 MAC 2009

Page 4: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah

memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains

Serta Pendidikan (Kimia).”

Tandatangan :...................................................

Nama penyelia: PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : 25 MAC 2009

Page 5: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

DEDIKASI

Khas buat ayah dan ibu tersayang , Venugopal a/l Gengiah dan Vasanthi a/p Krishnan.

Restu dan doa kalian telah menjadi pemangkin terhadap semangat juang anakmu di sini supaya terus

mencapai kejayaan di sini. Walaupun jauh di mata, kalian telah menjadi tulang belakang terhadap

setiap kejayaan anakmu di sini. Semoga kalian akan diberkati Tuhan selalu. Kasih sayang dan

dorongan kalian tetap ku kenang.

Buat adikku, Ramnath Naidu , teruskanlah perjuanganmu untuk mendapat kejayaan.

Janganlah mempersiakan hasrat dan cita-citamu. Ayah dan ibu menanti untukmu menghasil satu

lagi tesis. Semoga Tuhan akan sentiasa bersamamu.

Buat pensyarah pembimbing, PM Aziz Nordin, anda merupakan pensyarah yang paling baik

dan berdedikasi terhadap segala kerja yang dilakukan. Terima kasih terhadap segala tunjuk ajar yang

telah diberikan. Jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir.

Doa dan dorongan yang kalian taburkan, ku ucapkan berbanyak banyak terima kasih.

Segala jasa kalian tetapku kenang. Semoga setiap amal yang kita lakukan akan mendapat

keberkatan daripada Tuhan.

Sekian.

Page 6: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

v

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan limpah kurniaNYA, projek

sarjana muda ini telah dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Prof

Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia saya sepanjang menjalankan projek sarjana

muda ini kerana banyak memberikan sokongan dan bantuan, tunjuk ajar, pendapat,

meluangkan masa serta kesabaran sepanjang saya menyiapkan projek sarjana muda ini.

Bantuan beliau sangat saya hargai.

Seterusnya, ucapan terima kasih kepada ayah dan ibu tersayang di atas segala

dorongan, nasihat dan bantuan mereka sepanjang saya menyiapkan projek ini. Restu dan

doa mereka sangat saya hargai.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan

bantuan dari segi kemudahan dan pendapat sehingga projek sarjana muda ini dapat

disiapkan dengan sempurna.

Segala jasa dan pengorbanan yang anda taburkan akan dirahmati oleh Tuhan.

Page 7: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan meninjau tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan

tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di

sekolah menengah di sekolah-sekolah di Daerah Sungai Petani, Kedah. Perkara yang

dikaji adalah berhubung dengan pemahaman langkah-langkah keselamatan dalam empat

aspek iaitu pengendalian alat dan radas dalam makmal sains, pertolongan cemas,

perlindungan mata, muka dan badan dan teknik, aktiviti dan tindak balas kimia. Seramai

157 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah

Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail telah

dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik.

Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian penting A , B dan C. Bahagian A

mengandungi maklumat asas responden seperti jantina, nama sekolah dan tahun

pengajian. Bahagian B pula mengandungi 30 soalan mengenai kefahaman pelajar dalam

keselamatan makmal sains dalam bentuk aneka pilihan. Bahagian C pula adalah sama

seperti bahagian B. Ia mengandungi 10 soalan tetapi berbentuk soalan terbuka di mana

responden dikehendaki memberikan jawapan atau pendapat mereka sendiri. Data yang

dikumpul dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu ‘Statistical Packages For

Social Sciences 10.0 For Windows (SPSS 10.0 for Windows) untuk mendapatkan nilai

peratusan dan min. Daripada purata min yang didapati, kajian mendapati para pelajar

sememangnya memahami langkah-langkah keselamatan di makmal sains. Di samping

itu, beberapa cadangan juga telah disediakan bagi kepentingan bersama. Secara

keseluruhannya, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah

Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail

memandang serius terhadap aspek keselamatan ketika berada di dalam makmal.

Page 8: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

vii

ABSTRACT

This study is carried out to observe students’ understanding regarding all the

safety measures in school science laboratories among the secondary school students in

the district of Sungai Petani, Kedah. The focal point that is being highlighted in this

research paper is the safety practices in the aspect of keeping and using apparatus and

chemicals in correct ways, emergency procedures, clothings and protections in the

laboratory and chemical reactions and activity. The samples of this research are 157

secondary school students from Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya,

Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok and Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku

Ismail. The instrument used to measure the objective is questionnaires that consist of

three parts. The first part, namely A consists of questions about the respondents’

personal background while the second part B consists of research questions with

multiple answer choices. The third part, C, is the same as part B but it has open ended

questions. All data was processed using Stastical Packages For Social Science (SPSS)

version 10.0. Based on the research that had been conducted, the average mean indicates

that the students do know the rationality behind each safety measurement steps. In

addition, there are a few suggestions that have been prepared to have a better

understanding behind the rationality of every safety measures. As a conclusion, the

students of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah Menengah

Kebangsaan Merbok and Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail are serious

towards the safety aspects inside the laboratory.

Page 9: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

Page 10: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

ix

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Skop Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 9

1.9.1 Amali 9

1.9.2 Alat Radas 9

1.9.3 Bahan Kimia 9

1.9.4 Pemahaman 9

1.9.5 Keselamatan 10

1.9.6 Pengendalian 10

1.9.7 Makmal 10

1.9.8 Pelajar 10

1.9.9 Sekolah 10

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN 11

2.1 Pengenalan 11

2.2 Keselamatan makmal 11

2.3 Teknik, Pengendalian Alat, Radas dan Bahan 13

Page 11: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

x

Kimia Dalam Makmal Sains

2.4 Perlindungan Mata, Muka dan Badan 14

2.5 Pertolongan Cemas 15

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN 16

3.1 Pengenalan 16

3.2 Rekabentuk Kajian 16

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 17

3.4 Instrumen kajian 18

3.5 Kajian Rintis 19

3.6 Tatacara Kajian 20

3.7 Analisis Data 22

3.8 Penutup 23

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 24

4.1 Pengenalan 24

4.2 Analisis Bahagian A 24

Page 12: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

xi

4.2.1 Taburan Sekolah Responden 25

4.2.2 Taburan Tingkatan Responden 24

4.2.3 Taburan Jantina Responden 25

4.2.4 Taburan Keturunan Responden 25

4.2.5 Taburan Pandangan Responden 26

4.3 Analisis Bahagian B dan C 26

4.3.1 Aspek Satu 27

4.3.2 Aspek Dua 29

4.3.3 Aspek Tiga 32

4.3.4 Aspek Empat 34

4.3.5 Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap

Keselamatan Dalam Makmal Sains Berdasarkan

Tingkatan

36

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 52

5.1 Pengenalan 52

5.2 Perbincangan 52

5.3 Rumusan Kajian 65

5.4 Cadangan-cadangan 66

Page 13: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

xii

5.4 Cadangan kajian lanjutan 67

5.5 Penutup 68

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 69

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN 72

Page 14: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 4.1 Taburan responden berdasarkan sekolah 24

Jadual 4.2 Taburan tingkatan responden yang dikaji 24

Jadual 4.3 Taburan jantina responden yang dikaji 25

Jadual 4.4 Taburan keturunan responden yang dikaji 25

Jadual 4.5 Taburan pandangan responden terhadap

aspek keselamatan makmal sains

26

Jadual 4.6 Aspek pengendalian alat dan radas dalam makmal sains

27

Jadual 4.7 Aspek pertolongan cemas dalam makmal

sains.

29

Jadual 4.8 Aspek perlindungan mata, muka dan badan dalam makmal sains

32

Jadual 4.9 Aspek teknik, aktiviti dan tindak balas kimia

dalam makmal sains.

34

Jadual 4.10 Analisis keseluruhan tahap pemahaman pelajar terhadap keselamatan makmal sains di kalangan pelajar tingkatan satu

36

Jadual 4.11 Analisis keseluruhan tahap pemahaman

pelajar terhadap keselamatan makmal sains

di kalangan pelajar tingkatan empat.

45

Page 15: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

xiv

Jadual 4.12 Jadual perbandingan min bagi setiap aspek

di antara pelajar tingkatan satu dan tingkatan

empat.

63

Page 16: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Menurut Staer, Goodrum dan Hackling (1998), penggunaan makmal merupakan

aspek yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat

sekolah menengah. Mereka juga mengatakan bahawa oleh kerana penumpuan cara

pengajaran dan pembelajaran menuju ke arah berpusatkan pelajar, adalah penting untuk

kita melihat kembali cara penggunaan makmal yang telah ditekankan dalam kurikulum

sains. Daripada pernyataan di atas, kita dapat lihat bahawa makmal memainkan peranan

yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesemua mata pelajaran yang

berkaitan dengan sains.

Makmal merupakan suatu tempat di mana jika perhatian penuh tidak diberikan,

pelbagai jenis kemalangan boleh berlaku. Keselamatan haruslah diutamakan oleh semua

pihak yang bekerja di makmal. Jika di sekolah, pelajar-pelajar dan guru perlulah

mengutamakan aspek keselamatam di makmal apabila pengajaran dan pembelajaran

dikendalikan di makmal.

Menurut Kamus Dewan, keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil

daripada perubahan tingkahlaku manusia dan atau persekitaran fizikal untuk

mengurangkan kemungkinan bahaya yang selanjutnya mengurangkan kemalangan.

Keselamatan merupakan aspek yang sangat penting bagi menjamin kehidupan yang

selesa dan sejahtera.

Page 17: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

2

Salah satu objektif penting yang ditetapkan oleh Universiti Monash dalam

bukunya, Procedures for the Health and Safety of Students Undertaking Studies in

Laboratories, Studios, Workshops or Clinical Activities (2005), dalam mengekalkan

keselamatan di makmal adalah menyedarkan para pelajar dan staf terhadap

tanggungjawab mereka semasa berada di makmal. Ini adalah penting supaya setiap

pihak mampu untuk memahami tanggungjawab mereka dan cepat bertindak apabila

berlaku keadaan kecemasan. Tingkahlaku setiap pengguna makmal haruslah mampu

untuk mengurangkan kemungkinan bahaya dan selanjutnya mengurangkan kemalangan.

Aspek keselamatan perlulah diberi penekanan kerana suatu makmal yang selamat

untuk digunapakai mampu menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yang

kondusif. Situasi ini dapat dimanfaatkan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat

dilaksanakan secara optimum. Keselamatan yang akan diliputi dalam kajian ini adalah

merangkumi keselamatan di makmal sains sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah

menengah.

Menurut Universiti Monash dalam bukunya, Procedures for the Health and

Safety of Students Undertaking Studies in Laboratories, Studios, Workshops or Clinical

Activities (2005), empat golongan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan

keselamatan makmal. Ianya terdiri daripada ketua jabatan, staf makmal, tenaga pengajar

dan pelajar-pelajar itu sendiri. Pengenalan aspek keselamatan makmal di Universiti

Monash meliputi tiga prosedur iaitu kuliah pengenalan semasa pelajar-pelajar

memulakan sesi pembelajaran pada setiap semester, pemberitahuan sebelum setiap kelas

makmal dan akhir sekali nota berkaitan aspek keselamatan dimasukkan ke dalam manual

makmal yang digunakan oleh pelajar.

Hankinson dan Ragsdale dalam Laboratory Safety Programmes at Francis

Marion University (2000), mengatakan bahawa aspek keselamatan makmal merujuk

kepada menyediakan dan merangka suatu sistem sebelum memulakan suatu sesi

makmal. Oleh yang demikian, kita boleh katakan bahawa perancangan yang berkesan

mampu mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diingini.

Page 18: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

3

Di Amerika Syarikat, terdapat undang-undang dan akta mengenai keselamatan

seperti OSHA (Occupational Safety and Health Act of 1970) yang bertujuan untuk

menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Menurut manual makmal

University Cornell, OSHA mewajibkan kesemua individu yang terlibat dengan makmal

untuk menjalani latihan intensif yang berkaitan dengan pendedahan kepada bahan kimia.

Latihan ini berkaitan dengan bahan toksik, dokumen yang berkaitan dengan

pengendalian makmal, kemalangan yang sering berlaku di makmal dan cara-cara

mengendalikan kecemasan.

Tidak dapat dinafikan sekiranya dikatakan bahawa langkah-langkah keselamatan

di makmal sekolah menjadi tanggungjawab besar guru yang mengajar. Guru perlulah

sentiasa mengawasi para pelajar. Selain itu, guru juga perlulah menekankan teori kepada

pelajar supaya pelajar memahaminya dan mampu untuk menggunapakai teori ini semasa

sesi makmal. Kebanyakan kemalangan berlaku kerana pelajar-pelajar tidak memahami

apa yang sedang mereka lakukan di makmal. Mereka hanyalah mengikut garis panduan

dalam buku manual makmal tanpa mengetahui apakah sebenarnya teori yang sedang

mereka aplikasikan. Ini perlulah diubah. Skop inilah yang akan ditekankan di dalam

kajian penyelidik ini.

Justeru, penekanan haruslah diberikan kepada aplikasi teori sains. Sebagai

contoh, kebanyakan pelajar tahu bahawa penggunaan asid pekat haruslah dilakukan di

dalam kebuk wasap. Jika ditanya, amat kurang pelajar yang mampu menyatakan kenapa

ianya dilakukan sedemikian. Apabila pemahaman telah diperoleh, aspek pengendalian

keselamatan makmal mampu dilakukan dengan mudah. Para pelajar akan memahami

setiap langkah yang dilakukan di makmal termasuklah langkah keselamatan.

Page 19: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

4

1.2 Latar belakang Masalah

Pelajar merupakan golongan yang paling banyak menghabiskan masa di makmal.

Oleh yang demikian, para pelajar haruslah peka terhadap aspek keselamatan di makmal.

Mereka haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan dan harus sentiasa memberi

perhatian yang penuh ketika menjalankan eksperimen ataupun semasa memerhatikan

demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.

Selaras dengan hasrat KBSM, makmal merupakan tempat untuk memupuk

kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif pelajar. Makmal merupakan tempat di

mana kebanyakan pengajaran dan pembelajaran sains berlaku di sekolah. Tidak dapat

dinafikan bahawa makmal sains merupakan tempat yang berpotensi tinggi yang boleh

berlaku kemalangan. Kesalahan yang minor mampu untuk membawa kesan yang sangat

besar. Impak ini secara sedikit sebanyak akan mengikis keyakinan pelajar untuk

melakukan eksperimen. Selain itu, ia juga dapat membawa kerugian harta dan

kadangkala kerugian jiwa juga. Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan,

kemalangan di makmal boleh dihindari.

Pelajar-pelajar haruslah sentiasa diingatkan terhadap langkah-langkah keselamatan

di makmal. Ini menjadi tanggungjawab guru untuk melaksanakannya. Guru perlulah

memastikan para pelajar peka dan paling penting, memahami apa yang sedang mereka

lakukan di makmal. Pemahaman pelajar terhadap apa yang mereka yang sedang lakukan

adalah amat penting untuk mengekalkan suasana yang kondusif di makmal.

Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat golongan pelajar yang mengambil

sambil lewa aspek keselamatan di makmal. Mereka mengambil tidak peduli terhadap

apa yang mereka lakukan. Mereka sering kali datang lewat ke makmal, tidak mematuhi

arahan guru dan tidak mengamalkan garis panduan keselamatan. Ini juga akan menjadi

penyebab kemalangan di makmal. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk

menginsafkan golongan pelajar ini. Guru perlulah mengawasi golongan pelajar ini dan

Page 20: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

5

menerangkan kesalahan mereka setiap kali pelajar-pelajar ini melanggar peraturan

makmal.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Kipnis dan Hofstein (2005), penggunaan

makmal memberikan pelajar suatu suasana yang sesuai dan kondusif untuk sesi

pengajaran dan penbelajaran mata pelajaran kimia. Suasana yang kondusif ini ternyata

memberikan tanggapan yang positif terhadap subjek tersebut. Kita dapat lihat dari sini

bahawa suasana yang kondusif dalam erti kata lain, suasana yang selamat mampu untuk

mengubah tanggapan pelajar terhadap suatu mata pelajaran itu. Oleh itu, keselamatan

makmal memainkan peranan yang penting dalam setiap sesi pengajaran dan

pembelajaran.

Menjadi tanggungjawab setiap individu yang terlibat dengan segala proses yang

berlaku di makmal untuk memastikan aspek keselamatan di makmal berada di tahap

optimum. Ini termasuklah guru sains, pembantu makmal dan yang paling pentingnya

pelajar itu sendiri. Setiap golongan haruslah menjalankan tanggungjawab masing-

masing dengan baik. Selain itu kita harus sedar bahawa pertolongan cemas boleh

menyelamatkan anggota dan nyawa. Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu

mempunyai pengetahuan terhadap keselamatan makmal agar kejadian yang tidak

diingini dapat dielakkan. Justeru, langkah semua pihak seperti guru, pembantu makmal

dan pelajar adalah penting kerana terdapat banyak bahan kimia yang berbahaya di

makmal kimia sekolah. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan harus dititikberatkan

semasa menjalankan proses amali di makmal sekolah.

1.3 Pernyataan Masalah.

Kebanyakan kemalangan di makmal berpunca daripada pelajar. Halimaton dan

Zaiton(1994), telah menjelaskan bahawa tahap keselamatan di makmal dapat

dipertingkatkan menerusi pemupukkan kesedaran serta sikap berjaga-jaga melalui

pendidikan secara rasmi atau tidak rasmi. Kesedaran yang timbul ini sedikit sebanyak

Page 21: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

6

akan menjadikan mereka sentiasa berhati-hati serta mengamalkan peraturan yang

sepatutnya diamalkan ketika berada di makmal.

Dalam kajian ini, penyelidik telah melihat secara terperinci terhadap aplikasi

pengetahuan sains pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains dalam

mengendalikan keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di sekolah- sekolah

di daerah Sungai Petani, Kedah.

Kajian menjurus kepada tahap pemahaman pelajar terhadap teori yang dipelajari

dan aplikasinya di makmal. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui rasional sesuatu

langkah keselamatan di makmal. Sebagai contoh, mereka hanya tahu bahawa asid

perlulah dituang ke dalam air, bukan sebaliknya. Tetapi, apabila ditanya, pelajar tidak

mempunyai kefahaman mengapa ianya dilakukan sedemikian. Penyelidik telah mengkaji

aspek ini.

Dalam kajian ini, penyelidik akan menumpukan kepada aspek pemahaman teori

sains terhadap pengendalian keselamatan di makmal. Penyelidik telah menekankan

aspek amalan keselamatan semasa menjalankan aktiviti amali, amalan keselamatan

semasa mengendalikan bahan kimia serta langkah-langkah keselamatan apabila

berlakunya kecemasan. Kajian juga lebih tertumpu kepada faktor ‘kenapa sedemikian’.

1.4 Objektif Kajian

Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana tahap aplikasi

pengetahuan sains pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains dalam

mengendalikan keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di sekolah-sekolah

di daerah Sungai Petani, Kedah. Kajian merangkumi beberapa aspek penting seperti ;

-amalan keselamatan semasa mengendalikan alat dan radas di makmal sains

-amalan keselamatan ketika menjalankan teknik, aktiviti dan tindakbalas kimia

Page 22: KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR …€¦ · kajian mengenai tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah

7

-langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kecemasan

-amalan keselamatan dalam perlindungan mata, muka dan badan

Secara umumnya, kajian adalah untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan

dengan aspek-aspek yang ditekankan di atas.

Berikut adalah objektif kajian ini;

i) mengenal pasti tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat

aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di sekolah

menengah di sekolah- sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah.

ii) membandingkan tahap pemahaman pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat di

sekolah-sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah terhadap langkah-langkah keselamatan

di makmal sains di sekolah.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian dijalankan terhadap pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran

sains di sekolah-sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah sesi 2009. Antara persoalan

yang dikemukakan adalah

i) Apakah tahap tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan

empat aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di

sekolah menengah di sekolah- sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah?

ii) Adakah aliran tingkatan (satu dan empat) mempengaruhi tahap pemahaman

pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap

langkah-langkah keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di

sekolah- sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah?