adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan ... · dipilih secara rawak dan borang soal...

21
i “Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”. Tandatangan : ............................................................................... Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ OMAR Tarikh : ...............................................................................

Upload: others

Post on 03-Feb-2020

8 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”.

Tandatangan : ...............................................................................

Nama Penyelia : PROF. MADYA DR. ABDUL HAFIDZ OMAR

Tarikh : ...............................................................................

ii

SATU TINJAUAN YANG MEMFOKUSKAN KEPADA

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

OPERASI SESEBUAH PUSAT PENDIDIKAN LUAR

DI MALAYSIA

MOHD IBRAHIM AZMAN

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL, 2006

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ..............................................

Nama Penulis : MOHD IBRAHIM AZMAN

Tarikh : ..............................................

iv

DEDIKASI

Khas buat emak, ayah, adik-adik, keluarga terdekat...

yang tersayang...

sahabat seperjuangan...

penggemar, penggiat dan penggerak aktiviti rekreasi dan kembara di Malaysia...

mereka yang berada menyokong di belakangku....

v

PENGHARGAAN

Walaupun karya ini merupakan suatu bentuk penulisan yang baru di Fakulti

Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dalam penghasilan Projek Sarjana Muda, di

dalam bidang yang jarang diterokai iaitu bidang rekreasi, akhirnya cetusan yang lahir dari

idea, menjadi realiti dan kenyataan.

Alhamdulillah berkat usaha, kesabaran, kegigihan dan kesungguhan dalam

melaksanakan tanggungjawab dunia ini akhirnya kajian ini terlaksana sudah. Hasil

bimbingan dan petunjuk arah yang tidak terhingga daripada Prof Madya Dr. Abdul

Hafidz Omar selaku penyelia, Haji Asmaon Ismail sebagai pencetus kebangkitan idea dan

anjakan pemikiran, Encik Abdul Rahim Shariff selaku mentor, Encik Ishak Ahmad

pendorong motivasi, serta pensyarah-pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia. Mereka ini banyak memberikan sokongan bagi diri ini yang

senantiasa dahagakan ilmu pengetahuan untuk mencari arah tuju dan matlamat yang

hendak dicapai dan digapai.

Tidak dilupakan kepada pihak-pihak pengurusan dan pentadbiran pusat-pusat

pendidikan luar di Malaysia yang memberikan kerjasama dalam memperolehi data.

Perpustakaan Sultanah Zanariah sebagai gedung ilmu, pihak Fakulti Pendidikan, dan

pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penghasilan karya

ini. Terima kasih kepada semua.

Adalah menjadi harapan untuk melihat kajian-kajian dalam bidang rekreasi ini

dijalankan dan dihasilkan bagi menyumbang ke arah perkembangan dan pembangunan

bidang rekreasi di Malaysia.

Wassalam.

vi

ABSTRAK

Menyertai program-program rekreasi luar semakin diminati oleh masyarakat di

Malaysia sebagai satu aktiviti bagi mengisi masa lapang. Keadaan seumpama ini

membawa kepada banyaknya pembukaan operasi pusat-pusat rekreasi yang menjurus ke

arah Pusat Pendidikan Luar (PPL) di Malaysia. Tinjauan dijalankan adalah berfokuskan

kepada faktor-faktor yang mempengaruhi operasi sesebuah PPL di Malaysia. Lima PPL

dipilih secara rawak dan borang soal selidik dijawab serta temubual telah dijalankan bagi

mendapatkan data. Dapatan kajian menunjukkan lapan faktor yang releven dapat

mempengaruhi operasi PPL di Malaysia adalah: organisasi naungan, lokasi, kewangan,

pengurusan sumber manusia, pelanggan, program dan aktiviti, fasiliti dan peralatan, dan

juga pemasaran. Secara amnya faktor-faktor ini perlu diambilkira dan diteliti terlebih

dahulu oleh pihak pengurusan sesebuah PPL yang baru ditubuh sebelum dapat

menjalankan operasi bagi menjamin kejayaan operasi mereka.

vii

ABSTRACT

Participating in outdoor recreation programmes are incresingly gaining interest

among Malaysian as one of the activities to fill their leisure time. This situation leads to

many opening of new outdoor education centre in Malaysia. This survey focused on the

key major factors that can impact an operation of some of the outdoor education centres

in Malaysia. Five outdoor education centres were randomly chosen and questionnaires

were given out and interviews were conducted to collect the data. The results showed

there are eight relevent key factors in the operation of an outdoor education centres in

Malaysia : the organization, location, financial, human resource management, customers,

programmes and activities, facilities and equipments, and marketing strategies. Therefore

all the key factors must be taken into consideration in detail by the management of the

new outdoor education centre before they can establish their operation to achieve success

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

Borang Pengesahan Penyelia i

Judul ii

Pengakuan iii

Dedikasi iv

Penghargaan v

Abstrak vi

Abstract vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xiii

Senarai Carta xv

Senarai Lampiran xvi

I PENGENALAN

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Kajian 3

1.2 Penyataan Masalah 4

1.3 Objektif Kajian 5

1.4 Persoalan Kajian 5

1.5 Kepentingan Kajian 6

1.6 Limitasi Kajian 6

1.7 Definisi Operasional 7

ix

II SOROTAN KAJIAN

2.0 Pengenalan 9

2.1 Kajian-kajian Lepas 10

III METODOLOGI

3.0 Pengenalan 15

3.1 Rekabentuk Kajian 16

3.2 Sampel Kajian 16

3.3 Tempat Kajian 16

3.4 Instrumentasi 17

3.5 Prosedur Kajian 19

3.6 Analisis Data 20

IV DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan 21

4.1 Dapatan Daripada Set Borang Soal Selidik 22

4.1.1 Faktor-faktor Kejayaan Sesebuah Pusat

Pendidikan Luar (PPL) di Malaysia 23

4.1.2 Strategi yang Digunapakai Oleh Pusat

Pendidikan Luar Sebagai Pelan Operasinya 43

4.2 Dapatan Daripada Sesi Temubual 53

4.2.1 Sumber Kewangan 53

4.2.2 Pelan Pembangunan 54

4.2.3 Lokasi 56

4.2.4 Fasiliti, Infrastruktur, Peralatan 57

x

V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN

5.0 Pengenalan 58

5.1 Rumusan 59

5.2 Perbincangan 64

5.2.1 Faktor-faktor Kejayaan

Pusat Pendidikan Luar 64

5.2.2 Strategi dan Pelan Operasi 69

5.3 Cadangan 73

5.3.1 Langkah Yang Perlu Dilakukan Bagi

Pembangunan Operasi Sebuah

Pusat Pendidikan Luar 73

5.3.2 Cadangan Meningkatkan Kajian Ini 82

5.3.3 Cadangan Kajian Pada Masa Hadapan 83

5.4 Kesimpulan 84

BIBLIOGRAFI 85

LAMPIRAN 87

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan soalan mengikut item 17

3.2 Skala Likert dan nilai yang diwakili 18

4.1.1 Jarak Pusat Pendidikan Luar (PPL) dari ibu negeri 23

4.1.2 Jarak Pusat Pendidikan Luar (PPL) dari bandar terdekat 24

4.1.3 Jarak Pusat Pendidikan Luar (PPL) dari petempatan

terdekat 25

4.1.4 Ciri-ciri geografi yang terdapat berhampiran

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 26

4.1.5 Jenis kenderaan yang diguna untuk berhubung dengan

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 27

4.1.6 Badan Naungan Pusat Pendidikan Luar 28

4.1.7 Sumber idea penubuhan Pusat Pendidikan Luar (PPL) 29

4.1.8 Jangka masa Pusat Pendidikan Luar (PPL)

telah beroperasi 30

4.1.9 Kepentingan penubuhan Pusat Pendidikan Luar (PPL) 31

4.1.10 Bentuk program yang ditawarkan oleh

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 32

4.1.11 Modul asas yang ditawarkan oleh

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 33

4.1.12 Golongan sasaran pelanggan

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 34

4.1.13 Fasiliti asas yang terdapat di

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 35

4.1.14 Fasiliti berasaskan aktiviti yang terdapat di

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 36

4.1.15 Peralatan dan kelengkapan berasaskan aktiviti yang

dimiliki oleh Pusat Pendidikan Luar (PPL) 37

xii

4.1.16 Kakitangan pentadbiran sepenuh masa yang

berkhidmat dengan Pusat Pendidikan Luar (PPL) 38

4.1.17 Jurulatih atau instruktor sepenuh masa yang

berkhidmat dengan Pusat Pendidikan Luar (PPL) 39

4.1.18 Golongan yang diambil menjadi jurulatih atau

instruktor oleh Pusat Pendidikan Luar (PPL) 40

4.1.19 Sistem pembayaran upah kepada kakitangan

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 41

4.1.20 Kaedah promosi yang dijalankan oleh

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 42

4.2.1 Penglibatan kerajaan dan agensinya dalam operasi

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 43

4.2.2 Penglibatan golongan terkenal dalam operasi

Pusat Pendidikan Luar (PPL) 44

4.2.3 Tahap terkenal sesebuah Pusat Pendidikan Luar (PPL)

lebih menarik ramai pelanggan 45

4.2.4 Pusat Pendidikan Luar (PPL) menerima lebih banyak

peserta berusia 25 tahun ke bawah 46

4.2.5 Pusat Pendidikan Luar (PPL) kekurangan promosi

dalam media massa 47

4.2.6 Modul yang baik ditawarkan oleh Pusat Pendidikan

Luar (PPL) menarik lebih ramai pelanggan 48

4.2.7 Fasiliti dan peralatan yang baik dimiliki oleh Pusat

Pendidikan Luar (PPL) menarik lebih ramai pelanggan 49

4.2.8 Karisma dan kemahiran jurulatih yang baik menarik

lebih ramai pelanggan 50

4.2.9 Lokasi Pusat Pendidikan Luar (PPL) berhampiran

kawasan geografi berair menarik lebih ramai pelanggan 51

4.2.10 Pusat Pendidikan Luar (PPL) merancang pelan

pembangunan untuk jangka masa kurang 5 tahun 52

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1.1 Jarak dari ibu negeri 23

4.1.2 Jarak dari bandar terdekat 24

4.1.3 Jarak dari petempatan terdekat 25

4.1.4 Ciri geografi 26

4.1.5 Jenis kenderaan yang digunakan untuk ke pusat 27

4.1.6 Badan naungan pusat 28

4.1.7 Sumber idea penubuhan pusat 29

4.1.8 Jangka masa pusat telah beroperasi 30

4.1.9 Kepentingan penubuhan pusat 31

4.1.10 Bentuk program yang ditawarkan 32

4.1.11 Modul asas yang ditawarkan 33

4.1.12 Golongan sasaran pelanggan 34

4.1.13 Fasiliti asas yang terdapat di pusat 35

4.1.14 Fasiliti berasaskan aktiviti yang terdapat di pusat 36

4.1.15 Peralatan dan kelengkapan berasaskan

aktiviti yang dimiliki 37

4.1.16 Jumlah kakitangan pentadbiran sepenuh masa 38

4.1.17 Jumlah jurulatih atau instruktor sepenuh masa 39

4.1.18 Golongan yang diambil menjadi jurulatih atau instruktor 40

4.1.19 Sistem pembayaran upah kepada kakitangan 41

4.1.20 Kaedah promosi yang dijalankan 42

xiv

4.2.1 Penglibatan kerajaan diperlukan dalam operasi pusat 43

4.2.2 Penglibatan golongan terkenal diperlukan dalam

operasi pusat 44

4.2.3 Pusat yang terkenal lebih mudah menarik pelanggan 45

4.2.4 Pusat menerima banyak peserta berusia

25 tahun ke bawah 46

4.2.5 Pusat kurang mengadakan promosi dalam media massa 47

4.2.6 Modul yang baik menarik lebih ramai pelanggan 48

4.2.7 Fasiliti dan peralatan yang baik menarik

lebih ramai pelanggan 49

4.2.8 Karisma dan kemahiran jurulatih yang baik menarik

lebih ramai pelanggan 50

4.2.9 Lokasi pusat yang berhampiran kawasan geografi

berair menarik lebih ramai pelanggan 51

4.2.10 Pelan pembangunan untuk jangka masa kurang 5 tahun 52

xv

SENARAI CARTA

NO. CARTA TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta alir prosedur pembinaan borang soal selidik 19

5.1 Carta organisasi cadangan bagi sesebuah

Pusat Pendidikan Luar 78

xvi

SENARAI LAMPIRAN

PERKARA MUKA SURAT

Set Borang Soal Selidik 87

BAB I

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Sejak kebelakangan ini, aktiviti rekreasi semakin digemari dan diminati oleh

kebanyakan anak-anak muda. Dengan perkembangan ilmu pengetahuan dalam rekreasi

dan juga kepesatan perkembangan teknologi dalam aspek pembuatan peralatan rekreasi,

aktiviti rekreasi semakin menjadi pilihan oleh masyarakat bagi mengisi masa senggang

mereka.

Langkah kerajaan Malaysia memperkenalkan waktu kerja 5 hari seminggu juga

perlu dilihat dan diambil perhatian serius oleh penggemar, penggerak dan peneraju

aktiviti –aktiviti rekreasi di Malaysia. Faktor ini juga bakal menjadi pemangkin

kepesatan pembangunan aktiviti rekreasi di Malaysia dalam 3-4 tahun akan datang.

Rekreasi juga sering dikaitkan dengan istilah lain yang seumpamanya iaitu aktiviti

luar, kesenggangan, riadah dan kegiatan masa lapang. Definisi rekreasi amatlah sukar

diberikan dengan tepat.

Kepesatan dan pertumbuhan pembangunan rekreasi di Malaysia yang berlaku kini

memerlukan tenaga pengajar dan profesional bagi membolehkan rekreasi dirancang,

dibangunkan dan ditadbirkan secara profesional. Aspek seperti pengurusan yang efisien,

tenaga jurulatih yang pakar dan juga sumber kewangan yang kukuh akan menjadi aset

utama bagi pergerakan perkembangan aktiviti rekreasi di Malaysia.

Jika dilihat dari segi aspek pendidikan pula , kerajaan telahpun memainkan

peranan penting dengan memasukkan aktiviti pengisian masa lapang ke dalam sistem

pendidikan di sekolah rendah, sekolah menengah, dan juga universiti-universiti di

Malaysia. Langkah ini sedikit sebanyak dapat membantu perkembangan taraf kesihatan,

kecergasan fizikal, kecerdasan mental, pendidikan dan kualiti individu sebagai

warganegara.

Aktiviti ko-kurikulum merupakan tempat di mana pelajar dapat memlih kegiatan

yang dimininatinya dan sekaligus dapat belajar secara mendalam dengan sisitematik.

Selain itu aktiviti ko-kurikulum menjadi pengembang kepada percambahan kualiti

dalaman seseorang pelajar. Melalui aktiviti luar kelas jugalah para pendidik dapat

melihat aspek kualiti individu pelajar yang melibatkan kemahiran dan pengetahuan selain

akademik.

Sejajar dengan pasaran pekerjaan yang memerlukan pekerja yang memiliki kualiti

individu yang baik selain kelayakan akademik, aktiviti di luar waktu pengajaran dan

pembelajaran juga merupakan medan bagi pelajar untuk mencungkil dan mengasah bakat

yang ada di dalam diri mereka.

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kegiatan ko-kurikulum di luar bilik darjah seperti program-program, kursus-

kursus dan perkhemahan sering berkait rapat dengan aktiviti rekreasi luar yang

melibatkan aktiviti perkhemahan dan aktiviti lasak. Aktiviti seumpama ini amatlah

digemari oleh kebanyakan golonagn remaja dan belia kerana aktiviti ini mencabar

keupayaan fizikal dan mental mereka.

Program yang dianjurkan samada oleh pihak sekolah, pihak kerajaan malah badan

bukan kerajaan akan melibatkan lokasi untuk mengadakan program. Pihak penganjur

harus berurusan dengan pihak yang menyediakan tempat berprogram terlebih dahulu

sebelum dapat menjalankan program mereka. Namun ada juga penganjur terdiri daripada

pihak yang mempunyai kawasan, fasiliti dan tenaga pengajar yang menganjurkan

program sendiri di kawasan mereka. Penganjur ini juga sering menjadikan program yang

diadakan untuk mendapatkan keuntungan berdasarkan modul-modul program yang

mereka tawarkan kepada peserta.

Seringkali terdapat persaingan yang sihat di kalangan pihak penganjur bagi

menarik minat peserta untuk datang berprogram di kawasan mereka. Pelbagai pendekatan

digunakan dan usaha dilakukan bagi menjamin keuntungan kepada penganjur dan

kepuasan kepada peserta. Walau bagaimanapun, pihak penganjur perlu mengetahui ciri-

ciri yang perlu ada bagi sesebuah pusat yang menyediakan perkhidmatan ini yang lebih

mudah ditakrifkan sebagai Pusat Pendidikan Luar (PPL).

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pertumbuhan banyak penganjur-penganjur melalui kelab-kelab, badan-badan

bukan kerajaan dan orang perseorangan yang menganjurkan kursus-kursus motivasi,

kem-kem rekreasi dan pelbagai penganjuran yang seumpamanya mewujudkan persaingan

yang sihat.

Persaingan ini dilihat sebagai persaingan yang positif di kalangan penganjur

seperti keupayaan memberikan perkhidmatan yang di tahap terbaik merangkumi aspek

penyediaan modul, tenaga jurulatih atau pengajar, fasiliti, lokasi, promosi dan juga

penceramah terkenal.

Namun begitu, persaingan ini juga terdapat kekurangan dan kelemahan yang

sukar diatasi, boleh diatasi dan hampir dapat diatasi oleh penganjur-penganjur.

Penyelidik perlu mengenalpasti beberapa faktor ataupun ciri-ciri yang perlu ada

bagi sesebuah pusat pendidikan luar untuk menjamin keberkesanan dan kejayaan

operasinya.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Mengenalpasti faktor-faktor kejayaan operasi beberapa buah pusat

pendidikan luar di Malaysia.

1.3.2 Merancang strategi dan pelan operasi sebuah pusat pendidikan luar.

1.3.3 Mencadangkan langkah yang perlu dilakukan bagi pembangunan operasi

sebuah pusat pendidikan luar.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

1.4.1 Apakah faktor-faktor kejayaan operasi beberapa buah pusat pendidikan

luar di Malaysia?

1.4.2 Apakah strategi dan pelan operasi sebuah pusat pendidikan luar?

1.4.3 Apakah langkah yang perlu dilakukan bagi pembangunan operasi sebuah

pusat pendidikan luar?