persepsi pelajar terhadap permasalahan … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di...

28
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: others

Post on 27-Jan-2020

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI

SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU

YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN

PEMBELAJARAN MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU

SESI PENGAJIAN: 2008/2009

Saya YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID

( HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/ Sarjana/ Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran

antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan SULIT atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam akta rahsia rasmi 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: PROF MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYALOT 4417, KAMPUNG RHU 10, BANDAR PERMAISURI, 22120 SETIU, TERENGGANU. Tarikh: APRIL 2009 Tarikh: APRIL 2009

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/

organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : ………………………………………………

Nama Penyelia : PROF MADYA DR. AZIZI BIN YAHAYA

Tarikh : ........................................................................

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

i

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN PEMBELAJARAN

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP TINGKATAN DUA DI

SEKOLAH MENENGAH DAERAH SETIU, TERENGGANU

YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

APRIL 2009

Page 5: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

ii

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ....................................................................

Nama Penulis : YAROL AZHA BIN SULONG @ YAZID

Tarikh : ....................................................................

Page 6: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

iii

DEDIKASI

Untuk ayah yang disayang Sulong @ Yazid bin Musa

Kejayaan ini adalah untuk kita bersama

Untuk bonda yang disanjung Rogayah binti Ahmad

Doronganmu sumber inspirasiku

Jasamu sumber kejayaanku

Buat adik-adikku yang dikasihi

Azrim, Mohd Rizan, Yarozitah, Amiah, Siti Nur Aim dan Siti Nur Zakiah

Kejayaan ini cabaran buat kalian

Yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan

Yang tidak berbelah bagi

Teruskan jalan yang ku rintis ini

Sehingga ke puncak jaya

Untuk semua keluarga, sanak saudara dan rakan taulan

Segala jasa, doa dan sokongan kalian

Akan dikenang selamanya.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Segala puji-pujian bagi Allah S.W.T pemilik sekalian alam dan selawat serta

salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya, sahabat-

sahabat dan sesiapa yang mengikuti mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Syukur kepada Allah S.W.T kerana dengan taufik dan hidayahnya, telah memberi

kekuatan dan kesabaran sehingga saya dapat menyiapkan Laporan Projek Sarjana

Muda ini walaupun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran.

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan ikhlas kepada Profesor Madya

Dr. Azizi Yahaya selaku pensyarah pembimbing projek ini yang telah banyak

memberi tunjuk ajar, panduan dan kerjasama yang sepenuhnya. Berkat dedikasi serta

kesungguhan beliau segala komitmen dapat diatasi. Juga penghargaan dan terima

kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Negeri Terengganu,

pengetua-pengetua, guru-guru serta pelajar-pelajar di daerah Setiu, Terengganu yang

sudi memberi kerjasama yang sangat memberangsangkan.

Akhir kata semoga Allah S.W.T melimpahkan rahmat ke atas mereka yang

telah menyumbang kerjasama untuk menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan dua di sekolah menengah daerah Setiu, Terengganu. Seramai 140 orang pelajar telah dipilih berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan dan kesesuaian soal selidik. Manakala Alpha Cronbach digunakan untuk mengukur ketekalan dalaman soal selidik. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi keseluruhan soal selidik ini ialah 0.889. Statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai digunakan untuk menganalisis permasalahan pembelajaran mata Kemahiran Hidup yang paling dominan. Selain itu, statistik inferensi iaitu ujian-t juga digunakan untuk menganalisis perbezaan antara faktor pengurusan masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut jantina. Manakala korelasi Pearson pula digunakan bagi menganalisis hubungan antara faktor pengurusan masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut pencapaian akademik pelajar. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup diikuti faktor bengkel Kemahiran Hidup, pengurusan masa dan minat. Selain itu, analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor pengurusan masa dan minat mengikut jantina. Manakala faktor bengkel Kemahiran Hidup dan guru mununjukkan terdapat perbezaan yang signifikan mengikut jantina. Analisis korelasi Pearson pula, mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengurusan masa mengikut pencapaian akademik. Manakala bagi faktor bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan mengikut pencapaian akademik. Oleh demikian, beberàpa cadangan telah dikemukakan bagi mencari jalan penyelesaian permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

vi

ABSTRACT

The aim of the study is to identify student's perception on learning problem-oriented form two Living Skills subject in district secondary school Setiu, Terengganu. The sample consists of 140 students from two secondary schools were chosen by using stratified randomly method in Setiu, Terengganu. The pilot study was done in order to determine the reliability and suitability of the questionnaires. Cronbach Alpha was used to determine the inter not consistency of the questionnaires. The reliability value of Cronbach's Alpha the questionnaires was 0.889. Descriptive statistics such as frequency, percent, mean and standard deviation used were to analyze learning problem-oriented Living Skills. Inferential statistics such as t-test was used to analyze difference between time management factor, Living Skills workshop, teacher and interest according to gender. Pearson's correlation was also used to analyze the relationship between time management factor, Living Skills workshop, teacher and interest follow student academic achievement. The findings shows that teachers factor are the most dominant on learning problem-oriented Living Skills subject followed by Living Skills workshop, time management and interest factor. Analysis t-test show than there is no significant difference between time management and interest factor according to gender. While Living Skills workshop and teacher factor show then is significant differences based on gender. Pearson's correlation shows that found there were no significant relationships between times management factors follow academic achievement. Whereas for Living Skills workshop, teacher and interest factor show then is significant relationship follow academic achievement. Therefore, suggestions were made resolve learning problems solution in Living Skills subject in secondary school in order increase student's academic performance.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DIDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xv

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 7

1.7 Kepentingan Kajian 8

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

viii

1.8 Batasan Kajian 11

1.9 Definisi Istilah 11

1.10 Penutup 18

II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 19

2.2 Teori Kognitif 19

2.3 Teori Behavariorist B.F Skinner 21

2.4 Teori Pembelajaran Albert Bandura 22

2.5 Teori Trait 23

2.6 Penggunaan Teori Pembelajaran Albert 24

Bandura Sebagai Kerangka Kajian

2.7 Kerangka Kajian 26

2.8 Faktor Pengurusan Masa 27

2.9 Faktor Bengkel Kemahiran Hidup 34

2.10 Faktor Guru 36

2.11 Faktor Minat 40

2.12 Perbandingan Pendekatan Pembelajaran 42

Dikalangan Pelajar Perbezaan Jantina

2.13 Penulisan Kajian-Kajian Lepas 44

2.13.1 Aspek Keberkesanan Pengajaran Guru 44

2.13.2 Faktor Minat 45

2.14 Penutup 46

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 47

3.2 Rekabentuk Kajian 48

3.3 Populasi Kajian 48

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

ix

3.4 Sampel Kajian 49

3.5 Instrumen Kajian 50

3.6 Prosedur Kajian 53

3.7 Kajian Rintis 54

3.8 Analisis Data 55

3.8.1 Min 56

3.8.2 Ujian-t 56

3.8.3 Korelasi Pearson 56

3.9 Kesahan Instrumen 58

3.10 Penutup 58

IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 59

4.2 Analisis Bahagian A 60

4.2.1 Taburan Responden Mengikut 60

Jantina

4.2.2 Taburan Keputusan Peperiksaan 61

Responden

4.2.3 Taburan Tempat Tinggal Responden 62

4.3 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 62

4.3.1 Persoalan Kajian 1: Apakah Faktor 63

Pengurusan Masa Yang Merupakan

Faktor Yang Paling Dominan

Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup

4.3.2 Persoalan Kajian 2: Apakah Faktor 66

Bengkel Kemahiran Hidup

Merupakan Faktor Yang Paling

Dominan Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup?

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

x

4.3.3 Persoalan Kajian 3: Apakah Faktor 68

Guru Merupakan Faktor Yang Paling

Dominan Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup?

4.3.4 Persolan Kajian 4: Apakah Faktor 71

Minat Merupakan Faktor Yang Paling

Dominan Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup?

4.4 Persoalan Kajian 5: Adakah Terdapat 75

Perbezaan Yang Signifikan Antara

Faktor-Faktor Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Iaitu Faktor Pengurusan

Masa, Bengkel Kemahiran Hidup,

Guru Dan Minat Mengikut Jantina?

4.4.1 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 75

Perbezaan Yang Signifikan Antara

Faktor-Faktor Terhadap Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Iaitu

Faktor Pengurusan Masa, Bengkel

Kemahiran Hidup, Guru Dan Minat

Mengikut Jantina

4.4.1.1 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 75

Perbezaan Yang Signifikan

Antara Faktor Pengurusan

Masa Mengikut Jantina

4.4.1.2 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 76

Perbezaan Yang Signifikan

Antara Faktor Bengkel

Kemahiran Hidup Mengikut

Jantina

4.4.1.3 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 76

Perbezaan Yang Signifikan

Antara Faktor Guru Mengikut

Jantina

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xi

4.4.1.4 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 77

Perbezaan Yang Signifikan

Antara Faktor Minat Mengikut

Jantina

4.5 Persoalan kajian 6: Adakah Terdapat 78

Hubungan Yang Signifikan Antara

Faktor-Faktor Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Iaitu Faktor

Pengurusan Masa, Bengkel Kemahiran

Hidup, Guru Dan Minat Mengikut

Pencapaian Akademik?

4.5.1 Hopotesis nol Tidak Terdapat 78

Hubungan Yang Signifikan Antara

Faktor-Faktor Terhadap Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Iaitu

Faktor Pengurusan Masa,

Bengkel Kemahiran Hidup, Guru

Dan Minat Mengikut Pencapaian

Akademik

4.5.1.1 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 78

Hubungan Yang Signifikan

Antara Faktor Pengurusan

Masa Mengikut Pencapaian

Akademik

4.5.1.2 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 79

Hubungan Yang Signifikan

Antara Faktor Bengkel

Kemahiran Hidup Mengikut

Pencapaian Akademik

4.5.1.3 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 80

Hubungan Yang Signifikan

Antara Faktor Guru Mengikut

Pencapaian Akademik

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xii

4.5.1.4 Hipotesis nol: Tidak Terdapat 80

Hubungan Yang Signifikan

Antara Faktor Minat Mengikut

Pencapaian Akademik

4.6 Penutup 81

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 82

5.2 Perbincangan Hasil Kajian 83

5.2.1 Perbincangan Latar Belakang Pelajar 84

5.2.2 Perbincangan Hasil Analisis Faktor 85

Pengurusan Masa Yang Merupakan

Faktor Yang Paling Dominan

Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran

Hidup

5.2.3 Perbincangan Hasil Analisis Faktor 88

Bengkel Kemahiran Hidup Yang

Merupakan Faktor Yang Paling

Dominan Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup

5.2.4 Perbincangan Hasil Analisis Faktor Guru 90

Yang Merupakan Faktor Yang Paling

Dominan Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup

5.2.5 Perbincangan Hasil Analisis Faktor 91

Minat Yang Merupakan Faktor Yang

Paling Dominan Terhadap Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xiii

5.3 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 93

Terdapat Perbezaan Yang Signifikan Antara

Faktor-Faktor Terhadap Mata Pelajaran

Kemahiran Hidup Iaitu Faktor Pengurusan

Masa, Bengkel Kemahiran Hidup, Guru

Dan Minat Mengikut Jantina

5.3.1 Perbincangan Hasil Analisis Sama 94

Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Antara Faktor Pengurusan

Masa Mengikut Jantina

5.3.2 Perbincangan Hasil Analisis Sama 94

Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Antara Faktor Bengkel

Kemahiran Hidup Mengikut Jantina

5.3.3 Perbincangan Hasil Analisis Sama 95

Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Antara Faktor Guru

Mengikut Jantina

5.3.4 Perbincangan Hasil Analisis Sama 95

Ada Tidak Terdapat Perbezaan Yang

Signifikan Antara Faktor Minat

Mengikut Jantina

5.4 Perbincangan Hasil Analisis Sama Ada 96

Terdapat Hubungan Yang Signifikan

Antara Faktor-Faktor Terhadap Mata

Pelajaran Kemahiran Hidup Iaitu

Faktor Pengurusan Masa, Bengkel

Kemahiran Hidup, Guru Dan Minat

Mengikut Pencapaian Akademik

5.4.1 Perbincangan Hasil Analisis Sama 97

Ada Tidak Terdapat Hubungan

Yang Signifikan Antara Faktor

Pengurusan Masa Mengikut

Pencapaian Akademik

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xiv

5.4.2 Perbincangan Hasil Analisis Sama 98

Ada Tidak Terdapat Hubungan

Yang Signifikan Antara Faktor

Bengkel Kemahiran Hidup

Mengikut Pencapaian Akademik

5.4.3 Perbincangan Hasil Analisis Sama 99

Ada Tidak Terdapat Hubungan Yang

Signifikan Antara Faktor Guru

Mengikut Pencapaian Akademik

5.4.4 Perbincangan Hasil Analisis Sama 100

Ada Tidak Terdapat Hubungan Yang

Signifikan Antara Faktor Minat

Mengikut Pencapaian Akademik

5.5 Rumusan 101

5.6 Cadangan Kajian 103

5.7 Cadangan Kajian Lanjutan 107

5.8 Penutup 108

RUJUKAN 109

LAMPIRAN 118

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

2.1 Kerangka Kajian Berdasarkan Teori Albert Bandura 26

3.1 Bilangan Sampel Dari Tempat Kajian 48

3.2 Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R.V Dan 49

Morgan D.W (1990). (Sumber: Menguasai Penyelidikan

Dalam Penyelidikan, Azizi Yahaya et. al, 2007)

3.3 Skala Pemeringkatan Likert 51

3.4 Pemarkatan Skor Dan Tahap Faktor Paling Dominan 52

3.5 Kandungan Soal Selidik Bahagian B 53

3.6 Jadual Keputusan Analisis Nilai Kebolehpercayaan Kajian 55

3.7 Garis panduan Guilford’s Rule of Thumbs 57

3.8 Penggunaan Kaedah Statistik Mengikut Pecahan Objektif 57

Kajian

4.1 Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina 60

4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan 61

4.3 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 62

4.4 Taburan Responden Mengikut Peratusan, Min Dan Sisihan 64

Piawai Bagi Faktor Pengurusan Masa

4.5 Taburan Renponden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 65

Dan Tinggi Bagi Faktor Pengurusan Masa

4.6 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 67

Piawai Bagi Faktor bengkel Kemahiran Hidup

4.7 Taburan Renponden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 68

Dan Tinggi Bagi Faktor Bengkel Kemahiran Hidup

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xvi

4.8 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 70

Piawai Bagi Faktor Guru

4.9 Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 71

Dan Tinggi Bagi Faktor Guru

4.10 Taburan Responden Mengikut Peratus, Min dan Sisihan 73

Piawai bagi Faktor Minat

4.11 Taburan Responden Mengikut Tahap Rendah, Sederhana 74

Dan Tinggi Bagi Faktor Minat

4.12 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Pengurusan Masa 75

Mengikut Jantina

4.13 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Bengkel Kemahiran 76

Hidup Mengikut Jantina

4.14 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Guru Mengikut Jantina 77

4.15 Analisis Ujian-t Berdasarkan Faktor Minat Mengikut Jantina 77

4.16 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Pengurusan 79

Masa Mengikut Pencapaian Akademik

4.17 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Bengkel 79

Kemahiran Hidup Mengikut Pencapaian Akademik

4.18 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Guru Mengikut 80

Pencapaian Akademik

4.19 Analisis Hubungan Korelasi Antara Faktor Minat Mengikut 81

Pencapaian Akademik

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xvii

SENARAI SINGKATAN

Bil. - Bilangan

EPRD - Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar

KBSM - Kurikulum Bersepadu sekolah Menengah

KHP - Kemahiran Hidup Peralihan

SPSS - Statistical Packages for the Social Sciences

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

xviii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A Borang soal selidik 118

B Borang Pengesahan Item 124

C Kebolehpercayaan Soal Selidik 127

D Surat kebenaran dari Bahagian Perancangan Dan 133

Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia

E Surat kebenaran dari Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu 134

F Surat akuan pelajar dari Fakulti Pendidikan Universiti 135

Teknologi Malaysia

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pada awal tahun 1965, pendidikan aneka jurusan iaitu Sains Pertanian, Sains

Rumahtangga, Seni Perusahaan, dan Perdagangan telah dilaksanakan yang mana

pelajar dibenarkan hanya memilih satu bidang daripada empat pilihan yang

ditawarkan. Oleh itu dalam sistem pendidikan aneka jurusan pelajar hanya belajar

satu kemahiran sahaja dan ini tidak memberi peluang pelajar-pelajar mempelajari

pilihan lain. Berdasarkan daripada kelemahan pendidikan aneka jurusan, mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 1989 yang

bercorak terbuka yang mana pelajar berpeluang mempelajari semua bidang elektif.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini

membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak

dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam dunia teknologi dan

industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar dipupuk sikap kerja yang

positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam pembinaan

projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

2

Pada tahun 1989 mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan

sebagai menggantikan elektif seperti mata pelajaran Sains Pertanian, Seni

Perusahaan, Sains Rumah Tangga dan Perdagangan. Di dalam pendidikan

komprehensif yang diamalkan sejak tahun 1965 hingga sekarang, murid-murid hanya

perlu memilih salah satu daripada empat mata pelajaran elektif di peringkat sekolah

menengah rendah. Selain nama mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, elektif

atau pilihannya turut ditukar iaitu Kemahiran Hidup Bersepadu Pilihan A (Seni

Perusahaan), Pilihan B (Perdagangan), Pilihan C (Ekonomi Rumah Tangga) dan

Pilihan D (Pertanian). Pada tahun 1992, perubahan sekali lagi dilakukan bagi mata

pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu yang menjadikan hanya tiga elektif sahaja

iaitu Pilihan 1 (Kemahiran Manipulatif Tambahan), Pilihan 2 (Ekonomi Rumah

Tangga) dan Pilihan 3 (Pertanian, Perdagangan dan Keusahawanan).

Seiring perkembangan semasa, pada tahun 2004, perubahan dilakukan lagi

bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di mana tiga elektif yang sedia ada

ditambah kembali menjadi empat elektif, di samping penukaran nama Pilihan 1

Kemahiran Manipulatif Tambahan kepada Kemahiran Teknikal, Pilihan 2 Ekonomi

Rumah Tangga dan Pilihan 3 Pertanian dan Pilihan 4 Perdagangan dan

Keusahawanan. Berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran tahun 2004, Kemahiran

Hidup Bersepadu merupakan satu mata pelajaran amali berunsurkan teknologi. Ia

ditawarkan kepada semua murid di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Ia dirancang

sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti

negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif dan produktif.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan arah

mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Selain daripada itu,

mata pelajaran ini juga membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar

pelajar boleh bertindak serta pandai mengendalikan kehidupan seharian secara

produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks yang sentiasa berubah.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kemahiran Hidup Bersepadu merupakan mata pelajaran berbentuk

pravokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran elektif Pertanian,

Kemahiran Teknikal, Perdagangan dan Sains Rumah Tangga. Ia digubal sejajar

dengan dasar dan kehendak negara ke arah meningkatkan daya pengeluaran negara

melalui penglibatan masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta ingin

memupuk budaya keusahawanan dan kenal faham teknologi (Draf Kemahiran Hidup

Program Peralihan, 1989).

Kurikulum Kemahiran Hidup bertujuan untuk melahirkan pelajar yang

mempunyai kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan

dengan lebih produktif dalam era yang berteknologi di samping membentuk insan

yang seimbang dan segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam mata pelajaran

ini tumpuan utama adalah kepada penguasaan kemahiran dalam Bidang Reka Bentuk

dan Teknologi serta Perniagaan dan Keusahawanan. Kemahiran dalam Bidang Reka

Bentuk dan Teknologi membolehkan murid mengeluarkan idea yang kreatif, inovatif

dan inventif (Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, 2002). Bagi menjayakan

perlaksanaan mata pelajaran Kemahiran Hidup, ia memerlukan komitmen semua

pihak yang terlibat. Pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup di sekolah

memerlukan kebolehan, kemampuan, kecekapan dan kesediaan pelajar untuk

memahami, menanggap dan membina konsep dan pemahaman tentang mata

pelajaran tersebut. Kemampuan yang diperlukan oleh pelajar dalam konteks ini tidak

terbatas pada kebolehan kognitif sahaja, malah faktor-faktor psikologi seperti minat,

masa, persekitaran bengkel, peralatan turut menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Pengurusan masa adalah perancangan penggunaan masa yang berkesan sama

ada secara harian, mingguan atau jangka panjang untuk membenarkan masa belajar,

riadah, tanggungjawab pribadi dan rehat. Pengurusan masa merupakan salah satu

faktor yang amat penting untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Menurut Esah (2003), pengurusan masa bermula dengan sikap seseorang individu

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

4

yang benar-benar mahu akan kejayaan, menjayakan sesuatu dengan lancar dan

akhirnya tercapai. Sekirannya pelajar tidak pandai menguruskan masa, maka

wujudlah masalah dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.

Suhaimi Abdul Hamid (1995), mengatakan kemudahan dan kelengkapan

peralatan di sesebuah bengkel sekolah amat penting kerana ianya dapat membantu

meningkatkan pencapaian pelajar. Bagi memastikan para pelajar menerima dan

memahami dengan baik apa yang dipelajari, segala kelengkapan peralatan dan

kemudahan perlu disediakan dengan secukupnya agar proses pengajaran dan

pembelajaran dapat mencapai matlamat yang ditetapkan.

Guru yang mengajar Kemahiran Hidup mestilah terdiri daripada guru yang

terlatih, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang tersebut. Strategi

pengajaran dan pembelajaran adalah merujuk kepada kemahiran dan kecekapan

merancang, memilih kaedah, pendekatan atau teknik dan menguruskannya untuk

mencapai objektif pelajaran secara optimum (Mok Soon Sang, 1997). Justeru itu,

untuk menangani masalah yang berkaitan dengan ini aktiviti dalam pengajaran dan

pembelajaran haruslah meliputi pelbagai aktiviti pelajar seperti kerja projek, main

peranan dan lain-lain di samping pelbagai teknik mengajar seperti perbincangan,

penyelesaian masalah dan sumbangsaran bagi mengembangkan dan meningkatkan

daya intelek pelajar.

Menurut Mohd Hasssan Yaacob (2001), kajiannya mendapati tahap minat

pelajar adalah tinggi dalam mempelajari pelajaran elektif Kemahiran Hidup tetapi

cepat bosan dengan bilangan topik yang terlalu banyak yang perlu dipelajari,

seterusnya kajian beliau bersetuju pihak sekolah mengadakan sesi penerangan

sebelum murid membuat pilihan elektif mereka seterusnya kajiannya mencadangkan

beberapa perkara yang perlu dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk melicinkan

pengurusan pilihan elektif dalam Kemahiran Hidup.

Page 26: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

5

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah aspek penting bagi

memastikan pelajar benar-benar dapat menguasai kemahiran yang ingin disampaikan

oleh guru. Oleh itu, selain daripada memperolehi ilmu pengetahuan dan kemahiran,

pendidikan yang diterima oleh pelajar seharusnya menimbulkan minat dan keyakinan

mereka untuk mencari ilmu pengetahuan.

1.3 Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Kemahiran Hidup yang diajar di sekolah menengah rendah

khasnya bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran peringkat

asas bagi membantu pelajar mengendalikan kehidupan seharian dengan lebih

produktif dalam dunia teknologi yang semakin hari semakin rumit dan sentiasa

mengalami perubahan terutama dalam era globalisasi dunia tanpa sempadan.

Mata pelajaran ini mula diperkenalkan pada tahun 1989 dengan program

Kemahiran Hidup Peralihan (KHP). Pada tahun 1991 telah dilaksanakan sepenuhnya

di seluruh Malaysia pada peringkat sekolah menengah dengan program Kemahiran

Hidup Bersepadu sehingga sekarang. Tahap penerimaan pelajar terhadap sesuatu

bidang dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkaitan seperti pengurusan masa,

bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat terhadap mata pelajaran Kemahiran

Hidup.

Penyelidik ingin mengkaji persepsi pelajar terhadap permasalahan

pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup di sekolah menengah daerah Setiu,

Terengganu dari segi faktor pengurusan masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan

minat. Dalam menyelidik masalah pembelajaran dikalangan pelajar, penyelidik juga

ingin mengenal pasti kriteria-kriteria yang menyebabkan seseorang pelajar

mengalami masalah pembelajaran dalam pelbagai aspek. Guru yang berdedikasi serta

Page 27: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

6

berinovatif pendekatan pengajarannya amatlah perlu diperingkat sekolah menengah,

demi meyakinkan pelajar-pelajar bahawasanya mereka mampu dan boleh menguasai

dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Perkara yang amat kritikal di peringkat ini

adalah peralatan dan kemudahan yang mencukupi agar pelajar didedahkan

sepenuhnya kepada proses yang betul untuk menimba ilmu dalam mata pelajaran

Kemahiran Hidup.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti persepsi pelajar

terhadap permasalahan pembelajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup tingkatan dua

di sekolah menengah daerah Setiu, Terengganu seperti berikut:

1.4.1 Mengenal pasti sama ada faktor pengurusan masa merupakan faktor yang

paling dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.4.2 Mengenal pasti sama ada faktor bengkel Kemahiran Hidup merupakan faktor

yang paling dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.4.3 Mengenal pasti sama ada faktor guru merupakan faktor yang paling dominan

terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.4.4 Mengenal pasti sama ada faktor minat merupakan faktor yang paling

dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup.

1.4.5 Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-

faktor terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan

masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut jantina.

1.4.6 Mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-

faktor terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan

masa, bengkel Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut pencapaian

akademik.

Page 28: PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PERMASALAHAN … · berdasarkan kaedah persampelan rawak berkelompok di dua buah sekolah menengah di daerah Setiu, Terengganu. Kajian rintis dijalankan untuk

7

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas dalam kajian ini merangkumi beberapa aspek

seperti berikut:

1.5.1 Apakah faktor pengurusan masa merupakan faktor yang paling dominan

terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?

1.5.2 Apakah faktor bengkel Kemahiran Hidup merupakan faktor yang paling

dominan terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup?

1.5.3 Apakah faktor guru merupakan faktor yang paling dominan terhadap mata

pelajaran Kemahiran Hidup?

1.5.4 Apakah faktor minat merupakan faktor yang paling dominan terhadap mata

pelajaran Kemahiran Hidup?

1.5.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap

mata pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan masa, bengkel

Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut jantina?

1.5.6 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor terhadap mata

pelajaran Kemahiran Hidup iaitu faktor pengurusan masa, bengkel

Kemahiran Hidup, guru dan minat mengikut pencapaian akademik?