kajian tindakan kemahiran menyoal

19
Mengatasi Masalah Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (Kemahiran Menyoal) Oleh AHMAD MIZUAN BIN ZAIDAN NORHALIMI BIN MOHD MAGNUS ANYAI ANAK APRIT TIMOTIUS ANAK JOREM Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak. Abstrak Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat banyak kemahiran yang diterap atau dipraktikkan oleh seorang guru. Antaranya ialah kemahiran menyoal, kemahiaran menerang atau bercerita, kemahiran menarik minat pelajar (Induksi set) dan sebagainya. Kemahiran- kemahiran ini penting dikuasai oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan guru dalam kemahiran- kemahiran ini tidak memuaskan terutama kepada guru pelatih, guru praktikal mahupun guru-guru muda yang kurang pengalaman. Kemahiran menyoal adalah antara yang penting kerana dengan menyoal guru akan tahu tahap penguasaan pelajar dalam apa yang mereka pelajari. Kemahiran menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan yang berfokus kepada satu perkara sahaja malah perkara berkaitan atau dikenali sebagai soalan bercambah. Selain itu, kemahiran menyoal oleh guru juga bukan hanya untuk melihat pencapaian pelajar dalam aspek pelajaran mereka, akan tetapi kemahiran ini juga boleh digunakan bagi mengetahui situasi pelajar, masalah pelajar dalam pembelajaran dan lain-lain serta perkara-perkara yang diluar bidang akademik seperti kesihatan, ekonomi, dan sebagainya. Seorang guru yang cemerlang akan menguasai kemahiran ini dengan baiknya. Kemahiran menyoal ini akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya untuk menjadi lebih baik dan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan memperlihat penguasaan guru bertambah dalam kemahiran yang difokuskan iaitu kemahiran menyoal. Kajian tindakan yang dilakukan pada pengajaran pertama dan diperbaiki untuk pengajaran kedua

Upload: amirazros

Post on 18-Jun-2015

2.307 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Mengatasi Masalah Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa

Melayu (Kemahiran Menyoal)

Oleh

AHMAD MIZUAN BIN ZAIDAN

NORHALIMI BIN MOHD

MAGNUS ANYAI ANAK APRIT

TIMOTIUS ANAK JOREM

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak.

Abstrak

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran terdapat banyak kemahiran yang diterap atau dipraktikkan oleh seorang guru. Antaranya ialah kemahiran menyoal, kemahiaran menerang atau bercerita, kemahiran menarik minat pelajar (Induksi set) dan sebagainya. Kemahiran-kemahiran ini penting dikuasai oleh seorang guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penguasaan guru dalam kemahiran-kemahiran ini tidak memuaskan terutama kepada guru pelatih, guru praktikal mahupun guru-guru muda yang kurang pengalaman. Kemahiran menyoal adalah antara yang penting kerana dengan menyoal guru akan tahu tahap penguasaan pelajar dalam apa yang mereka pelajari. Kemahiran menyoal tidak hanya tertumpu kepada soalan-soalan yang berfokus kepada satu perkara sahaja malah perkara berkaitan atau dikenali sebagai soalan bercambah. Selain itu, kemahiran menyoal oleh guru juga bukan hanya untuk melihat pencapaian pelajar dalam aspek pelajaran mereka, akan tetapi kemahiran ini juga boleh digunakan bagi mengetahui situasi pelajar, masalah pelajar dalam pembelajaran dan lain-lain serta perkara-perkara yang diluar bidang akademik seperti kesihatan, ekonomi, dan sebagainya. Seorang guru yang cemerlang akan menguasai kemahiran ini dengan baiknya. Kemahiran menyoal ini akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajarannya untuk menjadi lebih baik dan mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang telah dijalankan memperlihat penguasaan guru bertambah dalam kemahiran yang difokuskan iaitu kemahiran menyoal. Kajian tindakan yang dilakukan pada pengajaran pertama dan diperbaiki untuk pengajaran kedua memberi perubahan positif kepada penguasaan guru dalam kemahiran menyoal ini dan pengkaji berpuas hati dengan dapatan kajian pada pengajaran kedua.

Page 2: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

FOKUS KAJIAN

Bakal guru dikehendaki menguasai proses pengajaran dan pembelajaran sebelum

berada dalam situasi sebenar di sekolah. Proses pengajaran dan pembelajaran meliputi

beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh guru. Biasanya untuk menguasai

kemahiran-kemahiran ini adalah suatu yang sukar bagi guru.

Kemahiran tersebut ada pelbagai jenis dan mempuanyai kesukaran tersendiri

untuk dikuasai. Salah satu ialah kemahiran menyoal yang memerlukan guru menguasai

bebrapa aspek seperti jenis soalan yang ditanya, kekuatan dan kelemahan soalan,

fokus soalan dan sebagainya. Guru perlu menguasai segala aspek yang diperlukan bagi

untuk menjadikan kemahiran menyoal itu berfungsi dengan baik.

Kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran penting bagi

guru mengetahui aras pencapaian pelajar. Guru yang menguasai kemahiran menyoal ini

akan mengukur tahap pencapaian pelajarnya dengan soalan-soalan yang baik dan

bermutu mengikut tahap pembelajaran mereka. Dengan ini, guru akan mendapat

maklumat dan membaiki kelemahan yang ada pada pelajar.

Selain itu, kemaahiran menyoal juga akan memudahkan guru mendapat

maklumat berkaitan pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik, malahan maklumat

pelajar di luar bidang atau lingkungan akademik. Kemahiran menyoal juga akan

membantu guru menilai dirinya sendiri. Respon pelajar terhadap guru yang bertanya

akan memberikan maklumat sama ada seorang guru itu telah menjalankan tugasnya

dengan baik atau ssebaliknya.

Page 3: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

REFLEKSI ISU KAJIAN

Isu guru tidak menguasai proses pengajaran dan pembelajaran masih diperkatakan.

Pelbagai kajian telah dilakukan bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini. Salah

satu punca terjadinya masalah ini ialah kelemahan guru menguasai kemahiran yang

diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan

pembelajaran memerlukan guru menguasai kemahiran pengajaran seperti kemahiran

menarik minta pelajar, kemahiran menerang, kemahiran menyoal, kemahiran murumus

dan lain-lain.

Bakal guru di Universiti Pendidikan Sultan Idris dikatakan kurang memuaskan

dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran semasa praktikal malah setelah

bergelar guru di sekolah. Antara kemahiran yang sukar dikuasai ialah kemahiran

menyoal kerana kemahiran ini mempunyai aspek-aspek tersendiri yang perlu dikuasai

guru. Menurut Ee Ah Meng (1997), kemahiran menyoal merupakan suatu kemahiran

yang amat kompleks. Sekiranya kemahiran ini digunakan dengan berkesan, tahap

prestasi pelajar akan meningkat dan proses pengajaran dan pembelajaran akan

bertambah aktif dan lebih merangsangkan. Sekiranya kemahiran ini masih gagal

dikuasai sepenuhnya, seorang guru itu tidak akan berjaya sepenuhnya dalam

pengajaran dan pembelajarannya.

Sebagai satu langkah untuk menilai, menganalisis dan mencari penyelesaian

kepada masalah ini, satu kajian tindakan telah dijalan oleh skumpulan penyelidik.

Kumpulan penyelidik terdiri daripada empat orang pelajar Pendidikan Bahasa Melayu

melalui subjek yang dipelajari iaitu Penyelidikan Bilik Darjah. Kajian oleh kumpulan ini

berfokus kepada masalah guru yang tidak menguasai kemahiran menyoal yang

difikirkan kemahiran yang sukar dikuasai oleh guru. Sebagai guru, kemahiran menyoal

ini penting dikuasai bagi menyempurnakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Apabila kajian dilakukan, didapati punca guru kurang menguasai kemahiran

menyoal adalah masalah tidak menguasai sebahagian aspek dalam kemahiran

menyoal. Antaranya ialah teknik menyoal, fokus soalan, fokus pelajar yang disoal, dan

penguasaan mengulas soalan yang diberikan. Aspek-aspek yang dinyatakan sukar

dikuasai disebabkan pelbagai faktor. Antaranya ialah kemahiran yang ada pada guru

Page 4: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

tidak mencukupi dan memerlukan lebih penerapan dan latihan serta pengalaman

sebenar. Selain itu, situasi kelas juga memberi faktor. Respon pelajar yang ada

antaranya terlalu pasif atau terlalu aktif. Guru perlu tahu bagaimana untuk mengawal

situasi kelas dna menarik minta pelajar.

Kajian yang telah dilakukan oleh kumpulan penyelidik menerapkan kajian

tindakan dalam bilik darjah. Kajian tindakan merupakan satu aktiviti sistematik yang

dilakukan dalam usaha untuk mengubah dan memperbaiki amalan pengajaran

seseorang guru. Tujuan kajian tindakan dinyatakan oleh Carr dan Kemmis adalah

seperti berikut:

“There are two essential aims of all action research: to improve and to

involve. Action research aims at improvement in these areas: firstly, the

improvement of practice; secondly, the improvement of understanding of

practice by practitioners; and thirdly the improvement of the situation in

which the practice take place….Those involved in the practice being

considered are to be involved in the action research process in all its

phases of planning, acting, observing and reflecting”.

(Carr dan Kemmis, 1986:1)

Proses kajian kajian mementingkan proses tindakan dan refleksi. Maka aktiviti

kajian tindakan adalah suatu proses yang aktif yang melibatkan perancangan,

pelkaksanaan, pemerhation serta renungan terhadap tindakan dan kesannya ke atas

pelajar. Melalui kajian tindakan ini, penyelidik mendapat dua dapatan kajian yang

berbeza. Kelemahan pada pengajaran pertama dikaji dan ditentukan penyelesaian

masalah yang sesuai untuk dipraktikkan pada pengajaran kedua. Setelah pengajaran

kedua, pengakaji mendapati berlaku perubahan positif.

Setelah pengajaran pertama, analisis dibuat bagi mengenal pasti masalah dalam

menguasai kemahiran menyoal pada guru yang mengajar. Penyelesaian dibuat untuk

dipraktikkan pada pengajaran kedua. Dpaatan kajain setelah pengajaran kedua

berlansung mendapati guru mula menguasai kemahiran dengan baik. Walaupun masih

terdapat kelemahan, keputusan memuaskan bagi pengkaji. Cadangan penyelididk ialah

kajian ini perlu diteruskan kajian tindakan dalam mengatasi masalah ini sepenuhnya.

Page 5: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dibuat bagi :

1. Mengenal pasti punca kegagalan guru menguasai kemahiran menyoal dalam

proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Menilai dan menganalisis punca permasalahan untuk mencari penyelesaian.

3. Menetapkan penyelesaian dan diterapkan dalam proses pengajaran dan

pembelajarn.

4. Memastikan guru menguasai kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

SASARAN KAJIAN

Kajian ini berfokus kepada permasalahan guru untuk menguasai kemahiran menyoal

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, fokus ialah kepada guru yang lemah

dalam kemahiran ini. Dalam kumpulan yang telah dibentuk, seorang guru yang dikira

lemah dalam menguasai kemahiran ini dijadikan sampel kajian.

Sebagai guru, kajian seperti ini penting kepada mereka yang lemah dalam

menguasai kemahiran dalam pengajaran. Kemahiran ini penting dikuasai bagi

menguasai sepenuhnya pengajaran dan pembelajaran. Kelemahan yang dilihat pada

sampel kajian perlu dianalisis dan diperbaiki.

INSTRUMEN KAJIAN

Pengajaran Pertama

Pangajaran pertama telah dibuat atau berlansung pada 11 Mac 2010. Pengajaran ini

bertujuan untuk mendapatkan data mengenai kelemahan yang ditunjukkan oleh guru

sampel untuk dianalisi. Dapatan kajian dianalisis dan dirangka pelan penyelesaian.

Pelan penyelsaian akan menetapkan langkah penyelesaian utntuk dipraktikkan pada

pengajaran kedua. (Untuk data dalam pengajaran pertama, rujuk lampiran 1 (a) yang

disediakan.

Page 6: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Pengajaran Kedua

Pengajaran kedua telah dijalankan pada 18 Mac 2010. Pengajaran kedua bertujuan

mendapatkan keputusan penyelesaian yang ditetapkan dan diterapkan setelah dapatan

kajian bagi pengajaran pertama dianalisis. Pengajaran kedua ini melihat sejauh mana

keberkesanan langkah penyelesaian yang diterapkan bagi mengatasi masalah

kelemahan guru menguasai kemahiran menyoal. Dapatan kajian dikaji dan dinilai untuk

membuat keptusan penyelidikan. (Rujuk lampiran 1 (b)

Pengajaran pertama dan pengajaran kedua ini dikaffikasikan sebagai ujian pra

dan ujian pasca untuk mendapatkan data kajian. Dalam kedua-dua pengajaran, ahli

kumpulan membantu menilai guru sampel bagi melihat kelemahan. Selain itu, penilai

juga terdiri daripada pensyarah dan juga pelajar lain dalam kumpulan kelas yang sama

yang turut memainkan peranan sebagai pelajar dalam kelas penagajaran. Ahli kumpulan

meneliti dan mendapatkan data spesifik dan data daripada pelajar-pelajar lain juga

diambil untuk dianalisis. Selain itu, ulasan pensayarah dan ulasan pelajar-pelajar

tentang kelemahan guru sampel juga diambil sebagai dapatan kajian. Kumpulan

penyelidik berusaha menilai dan menganalisis kelemahan yang ada dan diperbaiki untuk

pengajaran kedua.

LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Sebelum pengajaran pertama, guru yang menjadi sampel kajian membina rancnagan

pengajaran dan memberi fokus untuk bahagian penyoalan bagi menerapkan kemahiran

menyoal dalam proses pengajaran dan peemblajarannya. Pada tarikh 11 Mac 2010,

pengajaran pertama dilakukan. Guru menerapkan kemahiran sedia ada tentang

kemahiran menyoal dalam pengajrannya. Segala respon, aspek-aspek yang berkait, dan

sebagainya dinilai oleh rakan guru dan pelajara lain bersama pensyarah. Segala

dapatan kajian sama ada daripada penelitian spesifik atau ulasan diambil sebagai

dapatan kajian. Dapatan ditulis dalam borang yang disediakan. (Rujuk lampiran 2)

Page 7: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Segala kelemahan yang dinyatakan dinilai dan dianalisis. Perbincangan

dilakukan dalam kumpulan bagi mencari peneyelesaian. Setelah penyelesaian

ditetapkan, penyelesaian dipraktikkan dalam pengajatan kedua. Dalam pengajaran

kedua, dpatan kajian dianalisis dan diniali bagi melihat perkembangan guru sampel

dalam menguasai kemahiaran menyoal.

KEPUTUSAN

Pengajaran Pertama

Pengetahuan dan kemahiran sedia ada guru dalam kemahiran menyoal serta

pengajaran dan pembelajaran amnya digunakan sepenuhnya dalam pengajaran

pertama. Dalam pengajaran pertama, penialaian dan analisis dibuat bagi melihat

kelemahan guru dalam kemahiran menyoal dalam proses pengajaran dan pembelajaran

yang dilakukannya. Dpatan kajian menyatakan kelemahan ayang ada pada guru seperti

guru terlalu tertumpu untuk menyoal beberapa pelajar sahaja. Soalan yang diberikan

guru juga tidak mengajak pelajar berfikir pada tahap yang lebih tinggi dan tidak pelbagai.

Guru juga tidak menjelaskan soalan dengan baik dan soalan guru sukar difahami

pelajar. Dari segi sahsiah guru, komunikasi guru tidak lancar dan tidak memotivasikan

pelajar dengan baik. (Rujuk lampiran 1 (a) )

Pengajaran Kedua

Setelah pengajaran kedua dilaksanakan, terdapat perubahan positif dalam dapatan

kajian penyelidik. Guru sampel menguasai kemahiran menyoal dengan baik walau tidak

sepenuhnya. Begitu juga proses pengajaran dan pembelajaran. Guru menjalaankan

pengajaran dengan baik dan pelajar memberi respon yang baik. Segala keelamahan

yang didapati dalam dpatan kajian pada pengajaran pertama tidak diulangi pada

pengajaran kedua. Namun masiha da kelemahan seperti tidak menumpukan perhatian

kepada keseluruhan pelajar, tidak dapat menarik respon pelajar sebaik mungkin dan

soalan yang dikemukan terlalu tinggi dengan meletakkan soalan penghuaraian penuh

tentang jawapan yang diberikan pelajar. (Rujuk lampiran 1 (b) )

Page 8: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

REFLEKSI TINDAKAN

Penyelidikan ini dapat memberi kesedaran kepada guru-guru tentang masalah guru

yang lemah dalam menguasai kemahiran menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran.

Penyelidikan ini juga dapat memberi banyak pengalaman kepada penyelidik dan

membantu penyelidik mencari cara penambahbaikan. Di samping itu, penyelidik juga

dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pengajaran dan pembelajaran guru serta

dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran guru.

Sebagai kesimpulan, kajian ini telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya dan

memberi kepututsan yang positif. Guru sampel berjaya menguasai kemahiran menyoal

dan proses pengajaran dan pembelajaran amnya. Walaupun tidak sepenuhnya, kajian

ini dianggap berjaya membantu guru sampel.

Jelas kekuatan dalam kajian tindakan ini ialah pengulangan kajian iaitu pada

pengajaran pertma dan kedua. Selain itu, kajian dilakukan dibantu oleh pensyarah

sebagai pembimbing dan ulasan pelajar-pelajar lain diambil sebagai dapatan kajian.

Kajian ini juga kukuh kerana data yang diambil adalah berdasarkan kepada kelemahan

yang dikenal pasti pada guru sampel. Secara amnya, kajian mencapai objektif yang

digariskan.

Namun begitu, terdapat juga kelemahan dalam kjaian tindakan yang dilakukan.

Antaranya ialah kajian belum mencapai sepenuhnya penyelesaian kepada masalah.

Kajian dilakukan hanya dalam dua siri pengajaran. Oleh itu, kelemahan setelah

pengajaran kedua tidak digariskan penyelesaian dan dipraktikkan.

Apa yang boleh dicadangkan, kjaian tindakan ini diteruskan bagi menyelesaikan

sepenuhnya masalah atau keelmahan pada guru. Kajian seperti ini juga boleh dilakukan

bagi mengatasi masalah lain lain seperti kelemahan menguasai kemahiran meneran,

kemahiran berbahasa dan kemahiran mengajar secar amnya.

Page 9: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

PENUTUP

Kajian Tindakan ini adalah satu kajian yang baik jika dijalankan di peringkat Institusi

Pengajian Tinggi yang melibatkan bakal guru. Kajian ini bukan sahaja dapat

meningkatkan prestasi guru dalam menguasai kemahiran yang difokuskan tetapi dapat

juga memperbaiki teknik pangajaran dan pembelajaran guru-guru. Penyelidik berpuas

hati dapat menjalankan kajian tindakan ini pada gelungan pertama. Oleh yang demikian,

penyelidik berharap dapat meneruskan penyelidikan ke gelung yang kedua pada masa

akan datang dan akan cuba menerapkan dalam kemahiran atau tajuk lain yang akan

dipraktikkan. Diharapkan kajian ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada

penyelidik sebagai bakal guru yang akan mendidik di sekolah. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang berkesan akan menjamin pencapaian cemerlang pelajar.

Page 10: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Rujukan

Best, John W. 1977. Research in education. New Jersey: Prentice-Hall.

Madzniyah Md. Jaafar. 2006. Pelaksanaan kajian tindakan oleh guru di sekolah. Tesis

Ijazah Sarjana, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Page 11: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Lampiran

Lampiran 1 (a) : Dapatan kajian pengajaran pertama (11 Mac 2010)

Page 12: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Lampiran 1 (b) : Dapatan kajian pengajaran kedua (18 Mac 2010)

Page 13: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

Lampiran 2

BORANG CERAPAN

Peristiwa Sepanjang Proses Pengajaran

Dan Pembelajaran

Kekuatan Dan Kelemahan Guru

Page 14: Kajian Tindakan Kemahiran Menyoal

BORANG PENILAIAN

Tandakan (√) pada setiap soalan berikut:

Ya Tidak

1. Sikap dan sahsiah

(a) Adakah guru mengambil berat terhadap persekitaran kelas? _____ _____

(b) Adakah guru sentiasa memotivasikan pelajar? _____ _____

2. Komunikasi

(a) Adakah guru menggunakan bahasa baku dengan betul? _____ _____

(b) Adakah komunikasi guru lancar? _____ _____

(c) Adakah guru menggunakan bahasa badan? _____ _____

3. Fokus

(a) Adakah guru mengawal keadaan kelas dengan baik? _____ _____

(b) Adakah guru berjaya menarik perhatian pelajar? _____ _____

4. Maklum balas

(a) Adakah guru meminta maklum balas pelajar? _____ _____

(b) Adakah guru memberi maklum balas terhadap soalan pelajar? _____ _____

5. Perancangan

(a) Adakah guru tersebut menggunakan masa dengan tepat? _____ _____

(b) Adakah objektif pengajaran guru tercapai? _____ _____

6. Penilaian

(a) Adakah anda faham dengan isi pelajaran yang ingin disampaikan? _____ _____

(b) Adakah anda berminat dengan cara guru menyampaikan isi pelajaran? _____ _____

(c) Adakah kemahiran yang digunakan oleh guru itu tercapai? _____ _____