kajian tindakan bm bhgn c

Upload: nazira-baharuddin

Post on 04-Jun-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    1/19

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    2/19

    GEMA BAHASA

    Indahnya Bahasa Kita..

    KAJIAN TINDAKAN PENULISAN BM TH 5

    SEBUAH KAJIAN TINDAKAN TENTANG MASALAH DALAM BAHASA

    MELAYU PENULISAN BAHAGIAN C (MEMBUAT ULASAN) YANG SAYA

    HASILKAN SENDIRI MELALUI PENGAJARAN MAKRO YANG TELAH SAYA

    JALANKAN.

    MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBUAT ULASAN DALAMBAHASA MELAYU PENULISAN,BAHAGIAN C-TAHUN 5

    MENGGUNAKAN MODUL JELMAAN

    Oleh:Pn.Faridah bt.Doya

    Guru Cemerlang Bahasa MelayuSekolah Kebangsaan Astana Raja,71350 Kota,NSDK

    http://faridahdoya.blogspot.com/http://faridahdoya.blogspot.com/
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    3/19

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid Tahun 5 Bestari, yang lemah

    membuat ulasan dalam Bahagian C di mana murid-murid yang terlibat adalah

    seramai 18 orang..Dalam Bahagian ini,murid-murid dikehendaki membuat ulasan

    tentang petikan yang diberi tidak melebihi 50 patah perkataan.Markah penuh yang

    diperuntukkan untuk bahagian ini adalah sebanyak 20 daripada 60 markah

    keseluruhan Kertas Bahasa Melayu Penulisan(012). Untuk menghasilkan

    ulasan,murid-murid dikehendaki menentukan nilai yang terdapat dalam setiap

    pernyataan yang diberi terlebih dahulu dan nilai tersebut kemudiannya perlu

    dihuraikan dengan mengambil contoh berdasarkan pernyataan atau cerita yang

    terdapat dalam petikan sahaja.

    Tinjauan awal yang dibuat melalui pengajaran makro yang saya adakan pada 4

    Oktober 2012 yang lalu, menunjukkan ramai murid masih tidak memperoleh markah

    penuh dalam bahagian ini melalui latihan secara individu walaupun saya telah

    mengajar murid saya membuat ulasan melalui teknik mudah hasil inovasi saya

    sendiri yang diberi namaTeknik SSDA.Saya berasa amat kecewa kerana targetsaya untuk memastikan semua murid kelas ini mendapat markah penuh -20/20 atau

    sekurang-kurangnya 19/20 masih belum tercapai walaupun kelas ini merupakan

    kelas bestari yang terdiri daripada murid-murid yang pandai dan bakal

    mengharumkan nama sekolah dalam pencapaian UPSR pada tahun akan datang.

    Melalui tinjauan dan post mortem yang saya buat pula,saya dapati punca utama

    murid kehilangan markah adalah kerana mereka tidak dapat menentukan nilai yang

    tepat berdasarkan pernyataan yang diberi.Hal ini membuatkan saya rasa terpanggil

    untuk berbuat sesuatu bagi mengatasi masalah yang berlaku.Untuk itu saya telah

    menghasilkan modul yang saya beri nama modul JELMAANdi mana modul ini mula

    saya jalankan pada 10 Oktober 2012.Saya memilih nama ini kerana latihan yang

    saya fokuskan dalam modul ini ialah latihan di mana memerlukan murid

    menjelmakan nilai-nilai tersirat di sebalik pernyataan-pernyataan yang diberi seperti

    di lampiran 1.Disebabkan sekolah hanya ada beberapa minggu sebelum bercuti

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    4/19

    ,maka saya dapat mempraktikkan modul ini sebanyak enam kali sahaja namun

    pencapaiannya amat memberangsangkan

    1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

    Tahun ini saya diamanahkan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun

    5 Bestari di sekolah saya.Kelas 5 Bestari ini merupakan kelas yang baik dan murid-

    muridnya pandai,aktif ,kreatif,berketrampilan dan berpotensi untuk mendapat gred A

    dalam kesemua mata pelajaran khasnya Bahasa Melayu Pemahaman dan

    Penulisan yang merupakan mata pelajaran teras dalam UPSR..Bagi sekolah saya

    yang sentiasa ingin mengekalkan kecemerlangannya ,kelas ini merupakan kelas

    harapan untuk pencapaian cemerlang UPSR pada tahun hadapan.Bagi mata

    pelajaran Bahasa Melayu Penulisan(Kertas 2),terkandung 3 soalan yang harus

    dijawab oleh murid dalam peperiksaan iaitu Bahagian A(Membina Ayat),Bahagian B

    (Karangan Berformat dan Tidak Berformat) dan Bahagian C(Membuat Ulasan).Untuk

    mendapatkan markah yang cemerlang,murid-murid haruslah mendapat markah yang

    baik dalam setiap bahagian tersebut.

    Pada setiap minggu saya akan memastikan ketiga-tiga bahagian ini saya ajar

    dengan penuh minat,semangat dan rasa tanggungjawab apatah lagi saya mengajar

    anak-anak kampung saya sendiri.Sebagai guru cemerlang,saya lebih memberatkan

    teknik pengajaran saya bagi memudahkan murid saya menerima apa yang saya

    sampaikan.Namun apa yang amat mengecewakan saya ialah murid-murid saya

    masih tidak mencapai markah penuh atau sekurang-kurangnya 19/20 dalam

    bahagian C seperti yang saya targetkan pada hal mereka merupakan murid

    elit.Seringkali saya termenung sendirian memikirkan apakah masalah murid saya

    sebenarnya.Kadang-kadang saya meluahkan kepada guru-guru Bahasa Melayu

    yang lain akan kekesalan hati saya,Namun jawapan yang saya terima tidak banyak

    membantu.Antara ayat yang saya terima:

    -.tak payah la susah hati sangat,bila dah tahun 6 nanti tahulah dia orang

    buat

    ulasan tu..

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    5/19

    -.jangan tention-tention,nanti darah tinggi naik lagi

    -.Dapat markah 17 pun kira ok la tudan lain-lain lagi.

    Setelah pengajaran makro saya jalankan keadaan yang sama terus berlaku.Kertas

    latihan murid yang semak saya tatap dengan perasaan berbaur.Ada rasa

    kecewa,marah,sedih dan seribu satu macam perasaan yang hanya Tuhan sahaja

    yang mengetahui malah saya turut tercabar dengan gelaran jawatan yang saya

    pegang.Kenapa masalah terus berlaku sedangkan saya telah berusaha memberi

    penerangan yang sebaik mungkin menggunakan ICT dan dilengkapi pelbagai

    gambar serta contoh.Namun,saya harus berpegang prinsip hidup saya iaitu

    Masalah hanya akan dapat diselesaikan jika sesuatu dilakukan Keazaman dan

    semangat yang tinggi,ini telah mendorong saya untuk menghasilkan kajian tindakan

    ini.

    2.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

    Setelah menyemak latihan murid sebaik sahaja pengajaran makro dijalankan,saya

    mendapati tidak ada seorang pun daripada 18 orang murid mendapat markahpenuh 20/20 dan hanya 1 orang mendapat markah 19/20 .Melalui latihan

    tersebut,post-mortem yang dibuat adalah seperti berikut:

    PERKARA MARKAH

    20/20 19/20 18/20 17/20 16/20 15/20 14/20 13/20 12/20 11/20 Bwh

    10/20

    Bilangan

    Murid

    Capai

    - 1/18 2/18 1/18 4/18 5/18 3/18 1/18 1/18 - -

    Peratus - 5.5 11.11 5.5 22.2 27.7 16.6 5.5 5.5 - -

    Melihat pada data pencapaian di atas,kebanyakan murid memperoleh markah

    sederhana sahaja.Perkara ini tidak harus dibiarkan begitu sahaja sedangkan markahbahagian ini amat membantu murid mencapai gred A dalam subjek Penulisan

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    6/19

    Bahasa Melayu.Kegagalan mereka dalam mencapai gred yang baik ini sudah tentu

    akan memberi repotasi yang tidak baik dalam keputusan keseluruhan dan gred

    purata mata pelajaran ini.Berdasarkan kertas-kertas UPSR yang saya semak setiap

    tahun juga,menunjukkan murid menghadapi masalah yang besar dalam bahagian

    yang sama.Jika murid boleh menjawab dengan baik sekalipun dalam bahagian A

    dan B sedangkan Bahagian C mereka lemah adalah sukar untuk mereka mencapai

    gred A seperti yang diharapkan .Ini menunjukkan betapa seriusnya masalah ini.

    Rumusannya,masalah yang saya kenal pasti di sini ialah murid tidak tahu

    menentukan nilai yang tepat atau menjelmakan nilai daripada pernyataan yang

    diberi melalui petikan.Mereka lebih suka sentiasa dibantu atau dibimbing oleh

    guru.Jika dilihat pada skema pemarkahan untuk bahagian ini pula ,murid tidak akan

    mendapat sebarang markah bagi setiap nilai yang salah walaupun huraian yang

    dibuat menepati pernyataan yang diberi.

    Justeru,adalah satu kerugian besar,jika masalah ini tidak saya selesaikan

    memandangkan murid-murid saya mempunyai kualiti diri dalam

    pelajaran.Berbekaikan pengalaman yang ada,saya yakin jika murid saya diberi latih

    tubi yang cukup,masalah ini dapat diselesaikan malah mereka dengan mudah dapat

    menentukan nilai berdasarkan pernyataan yang diberi.

    3.0 OBJEKTIF KAJIAN

    3.1 Objektif Umum

    Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian murid dalam subjek Penulisan

    Bahasa Melayu-Kertas 2 (012)di SK Astana Raja.

    3.2 Objektif Khusus

    i) Memastikan sekurang-kurang 10 daripada 18 orang murid 5B mendapat

    sekurang-kurangnya markah 19/20 dalam Bahagian C,Penulisan Bahasa Melayusemasa peperiksaan akhir tahun.

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    7/19

    ii) Meningkatkan penguasaan dan kemahiran murid dalam menjelmakan nilai yang

    tersirat dalam pernyataan.

    iii) Memudahkan guru-guru Bahasa Melayu tahap 2 di SK Astana Raja mengajar

    bahagian C menggunakan modul yang dihasilkan.

    iv) Meningkatkan pencapaian keseluruhan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu SK

    Astana Raja dari segi gred purata

    4.0 KUMPULAN SASARAN

    Kajian ini melibatkan 18 orang murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan AstanaRaja yang terdiri daripada 9 lelaki dan 9 perempuan.6 daripada 18 orang murid ini

    merupakan murid elit yang aktif dan berketrampilan manakala yang selebihnya

    berada dalam kategori pandai.

    5.0 METODOLOGI KAJIAN

    5.1 Semakan Lembaran Kerja

    Semakan latihan pada lembaran kerja murid secara tidak langsung dapat menilai

    tahap pencapaian murid dalam menguasai kamahiran berkenaan

    5.2 Pemerhatian Dalam P&P

    Respon murid dilihat secara tidak langsung sewaktu aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran berlangsung.Contohnya sewaktu soal jawab diadakan.

    5.3 Peperiksaan Akhir Tahun

    Markah murid dalam Peperiksaan Akhir Tahun dijadikan bahan untuk mengukur

    pencapaian muriddan keberkesanan modul yang dibuat.

    5.4 Soal Selidek

    Borang soal selidek disedia dan diedarkan kepada murid untuk mendapatkan

    maklum balas murid berkenaan Modul JELMAAN yang saya jalankan.

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    8/19

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    9/19

    MARKAH

    LATIHAN

    SEMASA

    PENGAJARAN

    MAKRO

    (Penc.Sebelum

    Guna Modul

    -

    -

    1/18

    5.5

    %

    2/18

    11.11

    %

    1/18

    5.5

    %

    4/18

    22.2

    %

    5/18

    27.7

    %

    3/18

    16.6

    %

    1/18

    5.5

    %

    1/18

    5.5

    %

    -

    -

    -

    -

    MARKAH

    PEP.AKHIR THN

    (Penc.Selepas

    Guna Modul

    2/18

    11.1

    %

    8/18

    55.5

    %

    2/18

    11.1

    %

    3/18

    16.6

    %

    1/18

    5.5

    %

    2/18

    11.1

    %

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    -

    Pencapaian dalam Peperiksaan Akhir Tahun menunjukkan petanda baik bahawa

    modul ini banyak mempengaruhi tahap pemahaman murid dan telah melonjakkan

    pencapaian dalam bahagian ini.

    Saya mula berkongsi modul ini dengan guru-guru Bahasa Melayu yang lain dan

    meminta mereka mempraktikkan kepada murid masing-masing selepas

    itu.Disebabkan masa yang begitu terhad,mereka dapat menggunakan 2 -3 kali

    sahaja dalam pengajaran mereka.

    6.2.4 Soal Selidik

    Borang soal selidek telah diberikan kepada murid untuk mendapatkan maklum balas

    berkenaan modul yang saya laksanakan.Mereka telah memberi respon

    positif.Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh murid:

    Skala Likert: 1.sangat tidak setuju

    2.tidak setuju

    3.kurang setuju

    4,setuju

    5,sangat setuju

    Bil SKALA 1 2 3 4 5

    Item (Bilangan Murid)

    1. Kemahiran membuat ulasan dalam Penulisan 7 5 5 1 0

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    10/19

    Bahagian C merupakan pelajaran yang mudah

    2. Penulisan Bahagian C mudah dijawab tanpa teknik

    dari Modul JELMAAN

    9 7 2 0 0

    3. Saya berasa lebih mudah menjawab PenulisanBahagian C selepas guru melaksanakan Modul

    JELMAAN

    0 0 0 6 12

    4. Saya berasa amat seronok menjawab set-set

    latihan dalam Modul JELMAAN

    0 0 1 10 7

    5. Setelah menjalani set-set latihan dalam modul

    JELMAAN saya mempunyai lebih keyakinan untuk

    membuat ulasan pada Bahagian C.

    0 0 0 6 12

    6. Modul JELMAAN benar-benar membantu saya. 0 0 0 5 13

    Beberapa orang guru yang turut mencuba modul ini juga turut memberi

    komen.Antara komen tersebut adalah seperti berikut:

    .Walaupun saya dapat menggunakan 3 set latihan dalam modul ini,saya dapat

    melihat pencapaian yang baik dalam latihan bahagian C yang diberi

    .Sesuatu yang menarik untuk dijadikan inovasi kerana murid-murid saya lebih mudah

    menentukan nilai sejak mereka membuat latihan-latihan dalam Modul JELMAAN ini.

    .Kaedah ini elok jika dibukukan dan dijadikan modul Panitia BM di sekolah kita serta

    digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah ini.

    6.3 Tindakan yang diJalankan

    1.Setelah saya meneliti latihan Bahagian C (Membuat Ulasan) yang saya beri sebagai

    kerja rumah selepas pengajaran makro saya,saya terus mencari idea untuk

    mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid saya sehinggalah saya terfikir untuk

    membuat modul yang men gandungi set latih tubi menentukan /menjelmakan nilai ini

    di mana modul itu saya namakan Modul JELMAAN bagi menjadikannya lebih

    sinonim dengan kemahiran dalam bahgian C

    2.Sebelum saya menggunakan set-set latih tubi dalam modul tersebut,terlebih dahulusaya akan menerangkan tujuan dan kepentingan modul ini kepada murid saya.

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    11/19

    3.Saya menggunakan modul ini selang satu hari dalam waktu pelajaran Bahasa

    Melayu Tahun5 Bestari yang saya ajar.Tarikh penggunaan modul ini adalah seperti

    berikut:

    Tarikh Penggunaan Modul JELMAAN

    TARIKH MASA SET LATIHAN MODUL

    10 OKTOBER 2012 8.409.10 pagi 1 & 2

    12 OKTOBER 2012 7.408.10 pagi 3 & 4

    15 OKTOBER 2012 11.3012.10 pagi 5 & 6

    17 OKTOBER 2012 8.409.10 pagi 7 & 8

    19 OKTOBER 2012 7.408.10 pagi 8 &10

    22 OKTOBER 2012 11.3012.10 pagi 11 &12

    4.Menjalankan soal selidik kepada murid-murid untuk mendapatkan maklum balas

    tentang keberkesanan penggunaan modul melalui borang soal selidik yang saya

    sediakan.

    5.Murid-murid menjawab soalan dalam Peperiksaan Akhir Tahun yang diadakan.

    6.Membuat post-mortem peperiksaan bagi melihat pencapaian murid dalam bahagian

    C.

    6.4 Pelaksanaan Tindakan,Pemerhatian dan Penilaian

    Kajian Tindakan ini dijalankan dalam tempoh 2 minggu sahaja.Hal ini adalah kerana

    hari persekolahan tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Peperiksaan Akhir

    Tahun diadakan.

    Selepas Peperiksaan Akhir Tahun diadakan,saya telah membuat soal selidik tentang

    pandangan mereka terhadap modul ini dan menilai sejauh manakah penerimaan

    mereka terhadap kaedah ini di samping merekodkan markah pada bahagian ini

    secara terperinci seperti pada Lampiran 2.

    Berdasarkan pemerhatian saya,Modul JELMAAN berjaya membantu murid

    meningkatkan pencapaian dalam Penulisan Bahagian C khasnya di mana secara

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    12/19

    tidak langsung telah meningkatkan pencapaian murid secara keseluruhan dalam

    Subjek Penulisan Bahasa Melayu amnya.Saya berpuas hati kerana apa yang saya

    usahakan telah membuahkan hasil.Melihatkan kejayaan ini ,Ketua Panitia Bahasa

    Melayu dengan disokong oleh guru-guru Bahasa Melayu yang lain telah

    mencadangkan agar Modul ini dibukukan untuk kegunaan murid tahap 2 di sekolah

    saya.Perkara ini telah pun sampai ke pengetahuan Guru Besar kami.Beliau bangga

    malah turut memberi semangat kepada guru-guru lain untuk mencontohi usaha

    saya.Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat panitia pada bulan Disember

    2012 nanti.

    6.5 Refleksi Kajian

    Pencapaian murid yang baik dan menunjukkan perubahan drastik khasnya pada

    bahagian C ini amat ketara.Hasil daripada kajian menunjukkan adunan kaedah

    inovasi SSDA yang saya jalankan dan Modul JELMAAN ini ternyata banyak

    membantu murid dalam membuat ulasan seperti yang diharapkan.Malah modul ini

    sentiasa menjadi sebutan murid-murid saya.

    Saya berasa tersentuh,apabila seorang ibu kepada murid kelas 5 Bestari telah

    menghantar SMS mengucapkan ribuan terima kasih kepada saya kerana telah

    berjaya melonjakkan prestasi anaknya dalam mata pelajaran ini.Semasa Hari

    Anugerah Kecemerlangan di sekolah saya baru-baru ini ,ramai ibu bapa yang

    berpuas hati serta menyatakan rasa gembira atas lonjakan kejayaan anak mereka

    dalam sujek Bahasa Melayu Penulisan.Mereka juga mengetahui tentang modul yang

    saya gunakan melalui anak-anak mereka.

    7.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

    Melalui refleksi daripada kajian ini,beberapa cadangan perlu dibuat untuk

    memperbaiki dan meningkatkan penggunaan modul ini .Antara cadangan tersebut

    adalah seperti berikut:

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    13/19

    1.Membuat penambahbaikan terhadap modul ini dari semasa ke semasa dan

    melengkapkan lagi modul ini dengan grafik yang lebih menarik ,kreatif dan

    mempelbagaikan bentuk latihan seperti peta minda ,aktiviti memadankan dan lain-

    lain lagi.

    2.Memberi motivasi kepada murid-murid yang menggunakan modul ini dengan

    menyediakan hadiah atau insentif menarik bagi yang mendapat markah penuh /

    tertinggi / melepasi target dalam setiap set latihan yang diberi.

    3.Membawa ke Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu dan membincangkan penggunaan

    modul ini secara rasmi untuk digunapakai oleh semua murid tahap 2 di sekolah

    saya

    4.Membahagikan tugas kepada guru-guru lain untuk menambah set latihan bagi modul

    supaya dapat dibukukan untuk menafaat bersama.

    8.0 PENUTUP

    Kajian ini diharapkan dapat memberikan kepekaan dan rangsangan kepada pihak

    sekolah dan guru-guru Bahasa Melayu di sekolah saya khasnya serta daerah saya

    amnya.Hasil kajian ini terdapat perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran

    guru dan pembelajaran murid.Semoga kajian ini akan dapat dimanfaatkan dan

    menjadikan proses p&p saya lebih menarik,berkesan dan menyeronokkan.Sebagai

    guru kita seharusnya peka dengan masalah dan keperluan murid dan

    bertanggungjawab menyelesaikan kemelut yang mereka hadapi.Kita juga haruslah

    mempunyai ilmu pendidikan yang kreatif dan inovatif bagi menjayakan hasrat dalam

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

    9.0 RUJUKAN

    1.Modul KPD 3026,(2011).Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran2,Penerbit UPSI

    2.Ee Ah Meng(1992).Pedagogi satu Pengenalan,SiriPendidikan Fajar Bakti,KualaLumpur,Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    14/19

    3.Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999) Penyelidikan Pendidikan,Skudai,Penerbit UiTM

    4.Manual Kajian Tindakan,(2006).Bahagian Perancangan Penyelidikan Dasar

    Pendidikan,Kementerian Pelajaran Malaysia.

    5. Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 1981). Kamus Dwibahasa : Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    6.Abd.Rahman Abd,Majid Khan(2007),Guru Sebagai Penyelidik,ms 18,PTSProfessional

    Publishing Sdn.Bhd.

    7.researchipbmm2008.blogspot.com/2008/01/contoh-kajian-tindakan-yang-dijalankan.html

    8.http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

    9.http://www.slideshare.net/hajizul/lampiran-kajian-tindakan

    10.http://www.slideshare.net/yatijun/laporan-kajian-tindakan-bahasa-melayu-4926977

    11.http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html

    12.http://isearch.babylon.com/?q=penulisan+refleksi+kajian+tindakan&s=web&as=0&babsrc=HP_ss

    Lampiran 1

    CONTOH SET LATIHAN 1- MODUL JELMAAN (Bersama Contoh Jawapan)

    BIL PENYATAAN NILAI (Jawapan)

    1 Membawa bekal / menabung berjimat cermat

    2 Berjalan kaki ke sekolah menjaga kesihatan

    3 Bangun awal berdisiplin / menepati masa

    4 Berbaris ketika naik bas / masuk ke kelas berdisiplin

    5 Menyapu sampah rajin / mementingkan kebersihan

    6 Bersalam / mencium tangan ibu menghormati

    http://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.htmlhttp://retibasa.blogspot.com/2010/04/pendekatan-proses-menulis-karangan.html
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    15/19

    7 Membaca buku / mengulang kaji rajin,

    8 Melaksanakan tugas yang diberi bertanggungjawab / amanah

    9 Memandang ke kanan dan kiri ketika hendak melintas berhati-hati / berwaspada

    10 Mandi / menggosok gigi / berpakaian bersih mementingkan kebersihan / kesihatan

    11 Bersarapan bersama keluarga kasih sayang / mementingkan kesihatan

    12 Sembahyang / solat taat

    13 Berdiri tegak semasa lagu Negaraku patriotisme / menghormati

    14 Sayang akan negara patriotisme / bertanggungjawab

    15 Belajar bersungguh-sungguh tekun / gigih / rajin

    16 Memberi salam menghormati

    17 Pergi ke perpustakaan mencintai ilmu / menghargai masa

    18 Menyediakan jadual harian berdisiplin / menghargai masa

    19 Menziarahi kawan sakit / di hospital prihatin / kasih sayang

    20 Bertegur sapa sesama jiran semangat kejiranan / hemah tinggi

    21 Makan / berbual-bual / bercuti bersama keluarga kasih sayang

    22 Bergotong- royong kerjasama

    23 Menziarahi / berkunjung ke rumah jiran /rakan semangat kemasyarakatan / kasih sayang

    Lampiran 2

    REKOD PENCAPAIAN PELAJAR

    Bil NAMA MURID

    MARKAHBAHAGIAN C

    SEBELUMMENGGUNAKAN

    MODUL JELMAAN

    MARKAHBAHAGIAN C

    SELEPASMENGGUNAKAN

    MODUL JELMAAN

    1. M. ZAM ZUHAIRI B MOHD ZAMRI 19/20 20/20

    2. M. AMIRUL ZAINI B Z.ABIDIN 15/20 19/20

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    16/19

    3. M. AMIR HAFIZ B MOHD AZMI 18/20 19/20

    4. NURFATIN SYAFIQAH BT AMRAN 16/20 19/20

    5. M. HAKEEM HIRMI B M.AMIN 16/20 18/20

    6. NUR MASATIKAF BT AMRI 16/20 19/20

    7. MUHAMMAD ANAS B AZAHARI 17/20 19/20

    8. DAYANA BATRISYA BT SHAMSOL 18/20 20/20

    9. MUHD. FIRDAUS B MAT JALIL 15/20 18/20

    10. NURFATYMAH BALQIS BT RAZAK 15/20 19/20

    11. MUHD. HAIKAL B MOHD AZREEN 14/20 17/20

    12. IZZATUL WAFA BT MUSTAFA 16/20 19/20

    13. M.JAZZRIEN NAZEEM B M.JEFRI 15/20 17/20

    14. AIDA NAJWA BT ADNAN 14/20 19/20

    15. SITI HAJAR BT ABDUL RAHIM 15/20 16/20

    16. NUR KHAIRIAH SALWA BT SAHAK 14/20 17/20

    17. MUHD.AMIRULLAH B K.NIZAM 12/20 15/20

    18. SITI SOLEHAH BT MUHAMAD 13/20 15/20

    Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

    2 comments:

    1.

    Azmee Abdullah12 December 2012 18:29

    Hasil kerja yang cukup baik bagi penambahbaikan pencapaian murid. Tahniah dan

    teruskan usaha murni ini.

    Reply

    http://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=twitterhttp://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.htmlhttp://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.htmlhttp://www.blogger.com/email-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128http://www.blogger.com/email-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.htmlhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=twitterhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=emailhttp://www.blogger.com/share-post.g?blogID=1414594504161614167&pageID=1474775765842885128&target=email
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    17/19

    2.

    Anonymous24 June 2013 05:33

    Kajian yang baik...

    Reply

    Load more...

    Home

    Subscribe to:Posts (Atom)

    You are honoured to do this

    Total Pageviews

    20548

    TENTANG SAYA

    Faridah DoyaView my complete profile

    Blog Archive

    2012(6)

    o October(5)

    o November(1)

    CORAT-CORET BAHASA

    HALAMAN BLOG

    http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.htmlhttp://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.htmlhttp://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.htmlhttp://faridahdoya.blogspot.com/http://faridahdoya.blogspot.com/http://faridahdoya.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://faridahdoya.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://faridahdoya.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttps://plus.google.com/107382398951172545651https://plus.google.com/107382398951172545651https://plus.google.com/107382398951172545651http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://faridahdoya.blogspot.com/2012/11/corat-coret-bahasa.htmlhttp://faridahdoya.blogspot.com/2012/11/corat-coret-bahasa.htmlhttps://plus.google.com/107382398951172545651http://www.gif-picture.com/L/ladybird/index.php?np=1https://plus.google.com/107382398951172545651http://www.gif-picture.com/L/ladybird/index.php?np=1https://plus.google.com/107382398951172545651http://www.gif-picture.com/L/ladybird/index.php?np=1https://plus.google.com/107382398951172545651http://www.gif-picture.com/L/ladybird/index.php?np=1http://faridahdoya.blogspot.com/2012/11/corat-coret-bahasa.htmlhttp://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/http://void%280%29/https://plus.google.com/107382398951172545651https://plus.google.com/107382398951172545651http://faridahdoya.blogspot.com/feeds/posts/defaulthttp://faridahdoya.blogspot.com/http://faridahdoya.blogspot.com/p/blog-page_28.html
  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    18/19

  • 8/13/2019 Kajian Tindakan Bm Bhgn c

    19/19

    mungkin.Saya juga berhasrat meneruskan blog ini untuk manfaat semua terutama untuk diri

    saya sendiri.

    Semoga blog ini menjadi wadah perkongsian maklumat dan percambahan ilmu buat semua..

    Harapan saya kalian terhibur dengan pengisian blog ini...Terima kasih..

    PENGIKUT SETIA..

    Cutekiecards

    */

    Cutekigadgets

    layout

    Gema Bahasa on Facebook

    Picture Window template. Powered byBlogger.

    http://www.cuteki.com/eCardshttp://www.cuteki.com/eCardshttp://www.cuteki.com/widgetshttp://www.cuteki.com/widgetshttp://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://www.blogger.com/http://blogamation.com/http://www.thecutestblogontheblock.com/http://blogamation.com/http://www.thecutestblogontheblock.com/http://www.blogger.com/http://www.cuteki.com/widgetshttp://www.cuteki.com/eCards