kajian tindakan bm

22
KAJIAN TINDAKAN 3026 KAJIAN TINDAKAN BAHASA MELAYU TAHUN SATU (LINUS DAN LINUS TEGAR) SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP 1.0 ABSTRAK Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program ini bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan membaca . Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya.

Upload: kalaiarasi

Post on 19-Feb-2016

7 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PRIMARY SCHOOL

TRANSCRIPT

Page 1: KAJIAN TINDAKAN BM

KAJIAN TINDAKAN 3026

KAJIAN  TINDAKAN

BAHASA  MELAYU TAHUN SATU

(LINUS DAN LINUS TEGAR)

SEK.KEB.ST ANTHONY CAWANGAN LANGKAP

1.0       ABSTRAK

        Pada tahun 2010 , Program LINUS bagi murid Tahun 1 telah dimulakan. Program ini

bertujuan memastikan murid-murid tahap 1 (1, 2 dan 3 ) adalah boleh menulis dan membaca .

Program LINUS ini juga adalah salah satu program yang terletak di bawah Bidang Keberhasilan

Utama Negara( NKRA ). Tahun 2011 merupakan tahun kedua saya mengajar Bahasa Melayu

Tahun Satu.Saya memilih masalah murid LINUS sebagai Kajian Tindakan saya.

Merujuk kepada analisa Saringan 1(Membaca dan menulis) dan  peperiksaan pertengahan tahun (

2011 ) yang lalu, saya mendapati ramai murid Tahun Satu Pesona Sek.Keb. St. Anthony 

Cawangan  Langkap,yang masih belum menguasai kemahiran mengeja suku kata terbuka ( kv ).

Page 2: KAJIAN TINDAKAN BM

Kumpulan murid-murid ini adalah tergolong dalam kumpulan murid Linus dan Linus tegar

(Literasi ).

2.0       REFLEKSI PENGAJARAN YANG LALU.

Berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang lalu dan saringan linus 2,

didapati masih ramai murid tahun satu pesona yang belum menguasai kemahiran mengeja suku

kata terbuka (kv). Sekiranya murid-murid ini tidak boleh mengeja suku kata (kv) agak sukar bagi

mereka untuk menguasai kemahiran- kemahiran berbahasa yang lain seperti  membaca ayat dan

menulis.

  

3.0       FOKUS KAJIAN /ISU KEPERIHATINAN

Fokus kajian ini tertumpu kepada masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid Tahun

Satu Pesona Sek.Keb.St.Anthony Cawangan Langkap (Tahun 2011).Kumpulan murid yang

terlibat ini menghadapi masalah mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv). Seterusnya,

mereka menghadapi masalah sukar mengeja dan membaca perkataan yang mengandungi suku

kata terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv + kv ).

Page 3: KAJIAN TINDAKAN BM

4.0       OBJEKTIF KAJIAN

          Dalam kajian yang dijalankan ini, saya mensasarkan kepada objektif yang ingin dicapai

terbahagi kepada dua iaitu :

            a.Objektif Umum

1) Murid-murid dapat meningkatkan prestasi murid-murid Tahun 1 Pesona.

                       

            b.Objektif Khusus

1) Murid-murid Tahun 1 Pesona dapat mengeja suku kata terbuka (kv )

2) Murid-murid Tahun 1 Pesona  dapat mengeja perkataan yang mengandungi suku     kata

terbuka (kv + kv)   

  

5.0       KUMPULAN SASARAN

Fokus kajian ini mensasarkan murid Tahun 1 Pesona yang masih belum menguasai kemahiran

mengeja  suku kata terbuka (kv) dan seterusnya mengeja perkataan yang mengandungi suku kata

terbuka (kv + kv)

                                          Jumlah murid sasaran =           20   orang

Page 4: KAJIAN TINDAKAN BM

                                          Jumlah murid lelaki       =          14    orang

                                         Jumlah murid perempuan =          6   orang

  

Pecahan murid sasaran mengikut bangsa dan jantina adalah seperti berikut :

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1 orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1 orang 4 orang

6.0       PELAKSANAAN KAJIAN

            5.1 Tinjauan Masalah

                        a)Temubual dengan guru

                        Kaedah temubual dengan guru pula dibahagikan kepada :

                                     i.guru yang mengajar mata pelajaran teras      

                                   ii.guru yang mengajar bukan mata pelajaran teras

Page 5: KAJIAN TINDAKAN BM

                        b)Temubual dengan murid

                        c)Temubual dengan waris/penjaga

                        d)Temubual dengan rakan sebaya

i. Temubual dengan guru

          Merujuk kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran kelas Tahun 1 Pesona ,masalah

pembelajaran murid Tahun 1 Pesona yang tidak dapat menguasai kemahiran mengeja dan

membunyikan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv) ialah kebanyakan daripada

mereka belum menguasai kemahiran mengenal huruf – huruf vokal dan huruf-huruf konsonan

dengan sepenuhnya.

         Menurut guru-guru yang  mengajar  bukan mata pelajaran teras pula, kebanyakan murid-

murid yang bermasalah ini ini tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru. Di 

samping itu , murid-murid ini juga cepat berasa bosan dan mula mengganggu rakan-rakan yang

lain.

ii. Temubual dengan murid

            Hasil temubual guru dengan murid-murid yang bermasalah ini ialah mereka berasa sukar

untuk mengeja dan membunyikan suku kata terbuka(kv) dan perkataan yang mengandungi suku

Page 6: KAJIAN TINDAKAN BM

kata terbuka (kv + kv) kerana beberapa huruf vokal dan huruf-huruf konsonan yang belum

dikuasai sepenuhnya.

            Mereka juga menyatakan kurang  mendapat sokongan dan motivasi daripada keluarga di

rumah. Apabila berada di rumah, murid-murid tidak dapat mengulangkaji pelajaran dan tiada

panduan yang baik untuk dicontohi.

c) Temubual dengan waris /penjaga

“Hari Interaksi “ diadakan di sekolah selepas keputusan peperiksaan pertengahan tahun

diperolehi. Ibu bapa atau penjaga dijemput ke sekolah untuk berinteraksi dengan guru mengenai

perkembangan prestasi anak-anak ate anak di bawah penjagaan mereka. Kesempatan ini

digunakan oleh guru untuk berinteraksi bagi mengetahui keadaan murid-murid yang bermasalah

ini semasa mereka berada di rumah.

         Daripada temubual yang dijalankan , kebanyakan ibu bapa atau penjaga murid-murid tidak

mempunyai masa yang banyak untuk memantau kerja rumah yang diberikan oleh guru. Desakan

kos hidup yang semakin meningkat dan rata-rata bekerja di kebun atau bekerja sendiri memaksa

mereka untuk bekerja keras dan bekerja lebih masa . Setelah pulang bekerja, mereka sudah

keletihan dan tidak sempat untuk memantau kerja rumah dan pelajaran mereka di rumah.

Ditambah pula dengan kebanyakan ibu bapa dan penjaga yang berpendidikan rendah, mereka

berasa rendah diri dengan menyatakan tidak pandai untuk mengajar anak-anak  mereka di rumah.

Page 7: KAJIAN TINDAKAN BM

d) Temubual dengan rakan sebaya

            Rakan-rakan sebaya juga memainkan peranan penting dalam memastikan peningkatan

prestasi murid-murid yang bermasalah ini. Pengaruh rakan yang tidak baik akan menyebabkan

murid-murid juga berprestasi tidak baik. Daripada temubual rakan sebaya daripada kumpulan

murid Perdana, murid-murid yang bermasalah ini suka mengganggu rakan yang lain  dan tidak

suka belajar. Kebanayakan murid Perdana kurang selesa untuk membimbing rakan-

rakan linusdan linus tegar yang suka mengganggu rakan lain.

5.2       Rumusan Tinjauan Masalah

Berdasarkan kepada tinjauan masalah yang dijalankan, terdapat tiga rumusan yang perlu diberi

perhatian serius untuk memastikan murid-murid yang bermasalah ini tidak terus hanyut

dibelenggu masalah yang dianggap kecil ini. Tindakan segera perlu dilakukan agar murid-murid

ini dapat keluar daripada kelompok murid linus dan linus tegar dan seterusnya mencapai hasrat

NKRA ( Nilai Keberhasilan Utama Negara)

Rumusan :

            i) memastikan murid-murid yang bermasalah ini mendapat sokongan dan motivasi        

daripada  ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan sebaya.

            ii) memastikan murid-murid bermasalah ini menguasai kemahiran mengecam dan

mengenal huruf-huruf vocal dan konsonan dengan dengan baik.

Page 8: KAJIAN TINDAKAN BM

            iii) menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv ) dan

mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv).

5.3       Melaksanakan Tindakan

            Beberapa program dan aktiviti telah dijalankan  bagi meningkatkan prestasi murid-murid

yang bermasalah ini bagi memastikan mereka keluar daripada kepompong murid linus dan linus

tegar. Di antara program dan aktiviti yang dirancang ialah :

           

a)         Permata Hati

        Program ini dijalankan setelah Hari Interaksi bersama ibu bapa dilaksanakan. Melalui

program ini, Ibu bapa berperanan memantau perkembangan prestasi anak-anak mereka di rumah.

Mereka hanya memastikan anak-anak menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Selain

daripada itu, mereka diharapkan dapat memberikan motivasi kepada anak-anak agar belajar

bersungguh-sungguh.

        Ibu bapa atau penjaga akan diberikan ‘Kad Pemantauan Kerja Rumah (Lampiran 1). Setiap

kerja rumah yang diberikan oleh guru perlu ditandatangani juga oleh ibu bapa penjaga bagi

memastikan murid-murid menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.Di samping keja rumah,

mereka diharapkan dapat memberikan sokongan dan motivasi kepada anak-anak agar berminat

untuk belajar. Perjumpaan dengan ibu bapa atau penjaga secara langsung dan tidak langsung juga

diadakan bagi memastikan program ini berjalan lancar.

Pemerhatian :

Page 9: KAJIAN TINDAKAN BM

Beberapa bulan selepas program ini dijalankan, murid-murid mula menunjukkan minat         

belajar dan menyiapkan kerja rumah yang diberikan walaupun tidak sepenuhnya.

Refleksi      :

Hasil program ini menunjukkan peningkatan motivasi dan dorongan dalam diri murid-murid dan

keadaan ini memberikan kesan yang positif kepada murid-murid untuk belajar dan seterusnya

memperbaiki kelemahan diri.

b)         Sinar Pagi

         Aktiviti ini dijalankan setiap pagi hari persekolahan kecuali hari Isnin kerana diadakan

perhimpunan mingguan.Kumpulan tertentu akan membaca secara berlagu tentang huruf-huruf

dan suku kata secara berkumpulan mengikut tahap kebolehan. Seorang ketua dilantik  bagi

memastikan semua ahli kumpulan yang hadir pada hari tersebut melakukan aktiviti yang sama.

Melalui aktiviti ini adalah diharapkan akan dapat memberikan sinar yang baharu kepada murid-

murid ini.

Pemerhatian :

Hasil pemerhatian yang dijalankan melalui aktiviti ini, beberapa orang murid telah mula

menunjukkan peningkatan dalam mengenal huruf dan suku kata terbuka (kv).

Refleksi       :

Aktiviti secara berkumpulan ini banyak memberikan kesan yang positif kepada murid-murid

untuk belajar kerana berada dalam kumpulan yang kecil dapat memberikan lebih keyakinan

Page 10: KAJIAN TINDAKAN BM

dalam diri murid-murid. Keyakinan sangat penting wujud dalam diri untuk memotivasikan diri

serta mengelakkan rasa rendah diri yang begitu tinggi dalam diri muridmurid yang lemah.

c)         Program ‘Menggapai Bintang’

     Program ini bertujuan memberikan perangsang kepada kepada murid-murid untuk

meningkatkan usaha mengumpulkan seberapa banyak ‘bintang’ dan boleh ditukarkan dengan

hadiah-hadiah tertentu seperti pensel, pemadam,buku nota dan sebagainya. Bagi mendapatkan

‘bintang ’ yang telah disediakan oleh guru, murid-murid perlu berusaha untuk menyiapkan

tugasan yang diberikan oleh guru dengan baik dan kemas. Sekiranya latihan membaca

dijalankan, murid-murid perlu menguasai beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Di samping

menguasai kemahiran belajar, murid-murid yang menunjukkan sikap baik atau mengamalkan

nilai-nilai murni juga diberi ganjaran ‘bintang.

Pemerhatian:

Sepanjang perjalanan program ini dijalankan, murid-murid menunjukkan minat untuk 

melakukan tugasan yang diberikan dengan baik dan bersungguh-sungguh. Ramai murid yang

terlibat telah mendapat ganjaran yang ditawarkan oleh guru.

Refleksi   :

Walaupun program ini dilihat seakan murid-murid melakukan tugasan kerana untuk

mendapatkan sesuatu, namun kesan yang diperolehi sangat menggalakkan. Murid-murid

melakukan tugasan dengan baik di samping wujudnya semangat ‘persaingan yang sihat’ di

Page 11: KAJIAN TINDAKAN BM

kalangan murid-murid. Mereka perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memperolehi

sesuatu yang diharapkan.

d)         Aktiviti Latih tubi (Buku Suku Kata Berwarna)

Selepas sesi pengajaran khas untuk murid-murid linus dan linus tegardijalankan, aktiviti latih

tubi akan dijalankan bagi memastikan murid-murid diberi pengukuhan dan tidak mudah lupa

tentang perkara-perkara yang baru dipelajari.Buku rujukan membaca yang digunakan

mengandungi suku kata terbuka (kv  + kv ) yang diwarnakan dengan warna yang berbeza.

Contoh buku “Bacalah Sayang”

Pemerhatian:

Ujian serta-merta secara lisan atau bertulis dijalankan bertujuan menguji daya ingatan murid-

murid semasa /selepas sesi pengajaran dan pembelajaran menunjukkan murid-murid dapat

menjawab hampir 70%  soalan yang dinyatakan oleh guru.

Refleksi   :

Latih tubi dilihat dapat memberikan impak yang positif kerana dapat mengukuhkan ingatan

murid-murid agar ingatan murid menjadi lebih lama atau kekal tentang perkara-perkara yang

dipelajari setiap hari.

Page 12: KAJIAN TINDAKAN BM

5.4       Penilaian

            Berdasarkan beberapa program dan aktiviti yang dijalankan dengan kerja sama semua

pihak termasuk ibu bapa dan penjaga murid-murid, terdapat peningkatan prestasi di kalangan

murid-murid dalam kumpulan linus dan linus tegar.

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan pencapaian prestasi murid linus dan murid tegar.

                       

Sebelum Kajian Tindakan(Selepas Saringan 1)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 6 orang 1orang 7 orang

India 5 orang 4 orang 9 orang

Lain-lain(Asli) 3 orang 1orang 4 orang

            Selepas Kajian Tindakan(Selepas Saringan 3)

Lelaki Perempuan Jumlah

Melayu 1 orang tiada 1 orang

India 4 orang        1 orang       5 orang

Lain-lain(Asli) 2 orang          tiada 2 orang

Page 13: KAJIAN TINDAKAN BM

Analisa  daripada jadual dapat diterjemahkan ke dalam graf seperti berikut :

SEBELUM KAJIAN TINDAKAN

(SELEPAS SARINGAN 1)

SELEPAS KAJIAN TINDAKAN

(SELEPAS SARINGAN 3)

Page 14: KAJIAN TINDAKAN BM

6.5       Refleksi Kajian

          Berdasarkan kajian tindakan yang dijalankan , kita dapat membuat kesimpulan bahawa

sesuatu masalah pengajaran atau pembelajaran yang dihadapi di sekolah dapat diselesaikan

walaupun tidak seratus peratus berjaya. Kerjasama  semua pihak seperti ibu bapa , penjaga ,

guru-guru , pihak sekolah dan diri pelajar itu sendiri akan membuahkan hasil yang baik . Walau

bagaimanapun, kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa ada usaha keras yang berterusan dan

juga menuntut kesabaran yang tinggi dalam diri seseorang yang bernama guru.

Berdasarkan kepada keputusan selepas saringan 3 yang telah dijalankan, masih terdapat seramai

8 orang murid linus bagi kelas Tahun 1 Pesona ini yang mewakili  70.37% daripada jumlah

keseluruhan murid. Peratusan ini belum mencapai sasaran yang telah ditetapkan oleh

kementerian Pelajaran Malaysia iaitu selepas saringan 3 dijalankan adalah diharapkan mencapai

90%  daripada keseluruhan murid. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan dengan pencapaian

murid selepas saringan 1, hanya mencapai 25.93% sahaja daripada keseluruhan murid termasuk

Page 15: KAJIAN TINDAKAN BM

dalam kumpulan Perdana. Dengan kajian tindakan yang telah dijalankan ini, telah meningkatkan

peratusan murid Perdana ke satu tahap yang boleh dibanggakan. Berdasarkan analisa SWOT,

masih terdapat beberapa ancaman yang menghalang pencapaian seratus peratus Perdana.

7.0       Kajian Untuk Kajian Seterusnya.

       Beberapa penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya ingin menjalankan kajian yang

seterusnya.Misalnya, masalah pembelajaran murid dapat diperolehi lebih awal lagi. Oleh itu

masa yang lebih lama akan dapat memberikan kesan yang lebih baik apabila sesuatu program

atau aktiviti dijalankan. Keberkesanan sesuatu program atau aktiviti juga akan   dapat dipantau

dengan lebih telus. Di samping itu beberapa kekangan lain seperti kemudahan pembelajaran

untuk murid-murid perlu ditambah dan dipelbagaikan , peruntukan masa yang lebih perlu

diberikan kepada murid-murid linus dan linus tegar dan kerjasama semua pihak adalah

diperlukan. Dalam hal ini, peranan guru pemulihan juga perlu dipertingkatkan bagi membantu

murid-murid linus tegar.Di sekolah saya ( di cawangan Langkap), tiada kuota guru pemulihan.

8.0       Rujukan

1) Ee Ah Meng (1990).Pedagogi Satu Pengenalan Edisi Kedua,Kuala Lumpur Fajar Bakti   

Sdn.Bhd.

Page 16: KAJIAN TINDAKAN BM

2) Juriah Long,Raminah Hj.Sabran,Sofia Hamid (1990),Perkaedahan Pengajaran Bahasa

Malaysia, Kuala Lumpur:Fajar Bakti Sdn.Bhd

3) Ainon Mohd.,Abdullah Hassan,(2002),Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah,   Kuala

Lumpur :PTS Publications &Distributors Sdn.Bhd.

4) Nurulhuda Abdul Rahman et al. (Eds.) (2011).Modul 1 Pengajaran,Teknologi &Penaksiran

Jilid 1 KPD3016 & KPD3026. Tanjung Malim:Fakulti Pendidikan &Pembangunan Manusia,

UPSI

5) Annuar Ayub(Christoper Bowring-Carr,John West-Burnham) (1999), Pembelajaran Berkesan

di Sekolah,Kuala Lumpur:Institut Terjemahan Negara Malaysia