kajian tindakan berkaitan homework

23
KRP6023 ISU ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010 Mengatasi Masalah Murid Tidak Menghantar Dan Menyiapkan Kerja Rumah Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Usaha Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota Melalui Kaedah ‘Sticker’. Oleh : FADZILAH BINTI IBRAHIM SK Bukit Mahkota, Felda Aping Timur, Johor. ABSTRAK Kerja rumah merupakan satu tugasan ianya diberikan dengan tujuan untuk melihat pemahaman murid serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap sesuatu tajuk. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid Tahun 5 Usaha. Untuk itu, kajian ini dijalankan ke atas 26 orang murid Tahun 5 Usaha. Murid – murid ini tergolong dalam kumpulan sederhana dan lemah. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperoleh melalui pemerhatian dan juga eksperimen. Hasil daripada kajian mendapati bahawa faktor kurang minat terhadap subjek dan sikap merupakan faktor utama murid – murid ini gagal untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun begitu, apabila kaedah ‘sticker’ diperkenal dan dijalankan oleh pengkaji, didapati berlaku sedikit peningkatan bilangan murid yang mampu menyiapkan kerja rumah. Secara keseluruhannya, guru perlu untuk mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar minat murid dalam pembelajaran dan dalam menyiapkan tugasan dapat dipertingkatkan seterusnya mampu membantu murid – murid ini untuk meningkatkan prestasi akademik mereka. [1]

Upload: fadz-azzuri

Post on 30-Jun-2015

2.589 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

kajian tindakan berkaitan cara menyelesaikan sikap murid yang sukar menyiapkan kerja rumah.

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

Mengatasi Masalah Murid Tidak Menghantar Dan Menyiapkan Kerja Rumah

Dalam Kalangan Murid Tahun 5 Usaha Sekolah Kebangsaan Bukit Mahkota

Melalui Kaedah ‘Sticker’.

Oleh :

FADZILAH BINTI IBRAHIM

SK Bukit Mahkota, Felda Aping Timur, Johor.

ABSTRAK

Kerja rumah merupakan satu tugasan ianya diberikan dengan tujuan untuk

melihat pemahaman murid serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap

sesuatu tajuk. Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah murid

tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah dalam kalangan murid

Tahun 5 Usaha. Untuk itu, kajian ini dijalankan ke atas 26 orang murid

Tahun 5 Usaha. Murid – murid ini tergolong dalam kumpulan sederhana dan

lemah. Data dan maklumat yang diperlukan dalam kajian ini diperoleh

melalui pemerhatian dan juga eksperimen. Hasil daripada kajian mendapati

bahawa faktor kurang minat terhadap subjek dan sikap merupakan faktor

utama murid – murid ini gagal untuk menyiapkan kerja sekolah. Namun

begitu, apabila kaedah ‘sticker’ diperkenal dan dijalankan oleh pengkaji,

didapati berlaku sedikit peningkatan bilangan murid yang mampu

menyiapkan kerja rumah. Secara keseluruhannya, guru perlu untuk

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran agar

minat murid dalam pembelajaran dan dalam menyiapkan tugasan dapat

dipertingkatkan seterusnya mampu membantu murid – murid ini untuk

meningkatkan prestasi akademik mereka.

Homework is a task given in order to see the pupils' understanding and to

improve their understanding of a topic. Thus, this study was undertaken to

resolve the problem where students tend not to send and do the homework

among students in Year 5 Usaha. Therefore, this study was conducted on 26

students,of Year 5 Usaha. These students are categorized in the moderate

and weak students. Data and information required in the study were obtained

[1]

Page 2: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

through observations and experiments. The results of the studies find that less

interest in the subject and students' attitudes is a key factor - these students

fail to complete school work. However, when the 'sticker' was introduced and

conducted by researchers, found a slight increase in the number of students

able to complete homework. Overall, teachers need to diversify the methods

and techniques of teaching and learning so students will interested in

learning and do their homework in order to help them improve their

academic performance.

PENGENALAN

Latihan atau kerja rumah boleh didefinisikan sebagai tugasan yang diberikan

oleh guru agar dapat disiapkan oleh murid selepas waktu persekolahan ( Cooper , 1989).

Kerja rumah ini juga selalu diberikan sebagai satu alat pengukuhan dan juga bertujuan

untuk mengisi masa lapang murid terutamanya di musim cuti sekolah. Namun begitu,

terdapat sebilangan murid yang gagal menyiapkan latihan yang diberikan. Ini

menyebabkan kebanyakan mereka gagal untuk memahami dan menguasai tajuk dengan

baik. Pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Latihan atau kerja rumah merupakan satu

pendekatan yang digunakan oleh guru – guru untuk membantu meningkatkan

pemahaman murid mereka secara langsung dan meningkatkan prestasi akademik mereka

secara tidak langsung. Ianya juga telah dikenal pasti sebagai satu kaedah yang akan

memberikan kesan postif kepada pembelajaran. Namun begitu, guru – guru selalu

menghadapi masalah murid gagal menyiapkan kerja rumah terutamanya murid murid

dalam kategori murid lemah. Kegagalan mereka menyiapkan kerja rumah ini sedikit

sebanyak mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Ini kerana kerja

rumah ini diberikan agar prestasi akademik murid akan dapat dipertingkatkan.

[2]

Page 3: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

PERNYATAAN MASALAH

Walaupun tidak terdapat kajian yang menunjukkan bukti yang kukuh bahawa

kerja rumah memberikan impak kepada prestasi akademik, tetapi pengkaji sepertimana

guru - guru yang lain merasakan bahawa kerja rumah merupakan satu alat yang dapat

membantu proses pengajaran dan pembelajaran murid – murid. Untuk itu, kajian

dijalankan oleh pengkaji di sebuah kelas di SK Bukit Mahkota. Secara amnya, di SK

Bukit Mahkota, guru – guru masih menghadapi masalah segelintir murid – murid tidak

menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

Walaupun tidak semua murid memberikan masalah tersebut tetapi isu ini tidak

dipandang ringan oleh guru – guru dan pihak sekolah. Kebanyakan murid yang tidak

menyiapkan kerja rumah tersebut terdiri daripada murid dari kumpulan sederhana dan

lemah.Untuk itu, pelbagai usaha dilakukan oleh guru – guru untuk mengatasi masalah ini

namun hasilnya kurang memberangsangkan. Hasil daripada pemerhatian dan

perbincangan guru – guru, di dapati terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada

masalah ini. Antara faktor yang dapat dikenal pasti ialah kurang minat terhadap subjek

terutamanya subjek Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, sikap malas dan tidak mahu

mencuba menyumbang kepada masalah tersebut. Didapati murid yang selalu tidak

menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru adalah terdiri daripada kalangan

murid yang sama.

Oleh itu, sebelum tindakan dijalankan, satu soal selidik yang dibina dengan

merujuk kepada kajian Sumiyah Yahya (2005) ( rujuk Lampiran 1) telah diedarkan

kepada murid – murid tahun 5 Usaha. Hasil daripada soal selidik yang diberikan oleh

guru – guru kepada murid – murid tahun 5 Usaha dapat dilihat di dalam Jadual 1.

[3]

Page 4: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

Jadual 1: keputusan Soal Selidik

BIL SOALAN RESPONS

Ya Tidak Tidak pasti

1 Adakah anda suka membuat kerja rumah

atau latihan yang diberikan oleh guru?

38% 46% 16%

2 Apakah anda selalu menyiapkan kerja rumah

yang diberikan oleh guru?

53.8% 38% 8.2%

3 Apakah sebab anda tidak menyiapkan kerja

rumah?

Malas Latihan

sukar

Tidak pasti

50% 42% 8%

Hasil daripada soal selidik yang dijalankan didapati hanya sebilangan murid yang

suka untuk menyiapkan kerja rumah dimana hanya 38% daripada mereka yang suka

membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Namun begitu, bilangan mereka yang

akan menyiapkan kerja sedikit meningkat. Ini mungkin kerana faktor terpaksa

menyebabkan mereka terpaksa menyiapkan kerja tersebut. Faktor terpaksa adalah seperti

takut kepada dendaan dan hukuman oleh guru. Hasil daripada soal selidik juga mendapati

kebanyakan mereka tidak menyiapkan kerja rumah kerana sikap malas. Namun begitu,

ianya tidak menghairankan pengkaji kerana kebanyakan mereka terdiri daripada murid

lemah yang tidak bermotivasi untuk belajar.

OBJEKTIF KAJIAN

Oleh itu kajian dilakukan oleh pengkaji ke atas murid Tahun 5 Usaha seramai 26

orang bertujuan untuk :-

1. Mengurangkan jumlah murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah.

2. Menilai keberkesanan kaedah’ sticker’ dalam mengurangkan jumlah murid

yang tidak menyiapkan kerja rumah.

[4]

Page 5: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

KUMPULAN SASARAN/ RESPONDEN

Di dalam kajian yang dijalankan ini, saya telah memilih 26 orang murid Tahun 5

Usaha. Saya memilih untuk melakukan tindakan rawatan ke atas kesemua mereka kerana

ianya akan lebih adil kerana saya dapati kesemua mereka ini masih memerlukan rawatan.

Saya juga memilih murid – murid Tahun 5 Usaha ini kerana saya mengajar mereka.

Selain daripada itu, saya juga mengajar kelas mereka setiap hari dari Isnin hingga

Khamis. Dengan ini, ianya akan membantu saya menjimatkan tempoh masa kajian.

ULASAN LITERATUR

Pelbagai kajian telah dijalankan berkaitan dengan kerja rumah yang diberikan

kepada murid sekolah. Ada pihak yang bersetuju dan ada pihak yang membangkang.

Namun begitu terdapat kajian yang menunjukkan bahawa kerja rumah merupakan satu

bentuk latihan yang perlu untuk membentuk persekitaran dan pencapaian akademik yang

berjaya ( Coleman, Hoffer, &Kilgore, 1981; Eipstein, 1983). Pendapat yang sama juga

diberikan oleh beberapa orang pengkaji Harris Cooper, James J. Lindsay dan Scott

Greenhouse dari University of Missouri dalam satu kajian mereka dimana mereka

menyatakan bahawa semakin banyak kerja rumah berjaya disiapkan, semakin tinggi

prestasi akademik mereka terutamanya murid di dalam gred 6 -12 (Eric, Tripp &

Gloria ,1988).

Kerja rumah memberikan banyak kesan postif kepada murid – murid. Ini kerana

ianya bukan sahaja menjadi faktor kepada peningkatan pencapaian akademik tetapi ianya

juga mampu untuk melatih murid – murid menjadi individu yang lebh bertanggung

jawab (Curtis& Nourie, 1989; Eipstein, 1988; Johnson & Pontius, 1989; Stein, 1988;

Worsham, 1981). Pendapat ini turut disokong oleh Chen & Stevenson( 1989) yang

menyatakan bahawa kerja rumah bukan sahaja mengajar murid – murid erti tanggung

[5]

Page 6: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

jawab tetapi murid – murid juga dapat berlatih untuk melakukan tugasan sekolah. Ianya

juga boleh meningkatkan hubungan kekeluargaan terutamanya antara ibu bapa dengan

anak ( Eipstein, 1988).

Gary & Edward (1986) menyokong pendapat yang diutarakan oleh Keith (1981)

yang menyatakan dalam kajiannya bahawa prestasi akademik murid juga berkait rapat

dengan masa yang diperuntukkan dalam menyiapkan kerja rumah. Namun begitu, kerja

rumah yang disediakan juga perlu disediakan dengan persediaan yang rapi dan

dibangunkan dengan betul kerana ianya akan lebih bermakna sepertimana yang

dinyatakan oleh Kralovec & Buell (2000), yang menyatakan bahawa kerja rumah perlu

dibentuk atau disediakan dengan betul. Guru – guru juga perlu memastikan bahawa kerja

rumah yang dberikan adalah bersesuaian terutamanya dari segi masa agar murid – murid

mampu untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan (Cooper, 1989; Butler, 1987 dan

Copple, 1982).

Kerja rumah juga akan berfaedah bilamana ianya disediakan berkait dengan tajuk

dan objektif pembelajaran, sesuai dengan tahap kemampuan murid, dikumpul dan

dibincang di dalam kelas, disokong oleh ibu bapa, diberikan secara kerap dan diberikan

dengan tujuan untuk melihat maklum balas terhadap pengajaran guru ( Butler, 1987;

Holmes & Cross, 1989; Hossler, Stage & Galagher, Paschal, 1988; Winston & Welberg,

1984).

Bagi memastikan murid – murid ini suka untuk melakukan kerja rumah, guru

patut memasukkan unsur motivasi dan galakan di dalam strategi pengajaran mereka. Ini

kerana banyak kajian yang menunjukkan bahawa guru boleh menjadi faktor yang

mempengaruhi motivasi dan minat murid ( Cori Brewster & Jennifer Fager, 2000).

Menurut mereka lagi, guru perlu untuk menerapkan motivasi serta berkongsi tips dan

[6]

Page 7: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

idea dengan ibu bapa kerana ibu bapa merupakan individu yang memainkan peranan

penting dalam menarik minat murid untuk belajar.

Kajian – kajian lain juga memberikan pelbagai kaedah yang boleh digunakan

untuk membantu murid – murid ini meingkatkan minat dan kesediaan mereka untuk

membuat kerja rumah seperti yang dijalankan oleh Daniel E. Olympia, etc( 1994), yang

menjalankan kajian dimana memberikan kebebasan kepada murid untuk menentukan

sendiri bentuk kerja rumah dimana mereka menetapkan sendiri matlamat mereka. Namun

begitu, tindakan ini lebih sesuai diguna pakai bagi pelajar sekolah menengah mahupun

institusi pendidikan yang lebih tinggi.

INSTRUMEN KAJIAN

Sepanjang sebulan kajian dijalankan, beberapa instrumen kajian telah digunakan

bagi memastikan bahawa kajian ini dapat memberikan impak yang bermakna. Antara

instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dan papan ‘sticker’. Sebelum

tindakan dijalankan, saya telah mengumpul data penghantaran kerja rumah murid Tahun

5 Usaha seramai 26 orang. Data ini saya rekodkan seperti yang dapat dilihat di dalam

Jadual 2.

[7]

Page 8: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

Jadual 2: Data Penghantara Kerja Rumah Murid Tahun 5 Usaha

BIL NAMA MURID KATEGORI

TARIKH LATIHAN

* S / L

8/7 12/7

13/7

15/7

19/7

20/7

22/7

26/7

12/8

4/8

1 AIDIT BIN ROHAIZAT S / / / / X / / X / /2 AFIQ AIMAN OSMAN S / / / X / / / / / /3 MUHAMMAD NAZHAN S / / / / / / X / / /4 MUHAMAD FIRDAUS

SYAREZALS / / X X / / X / / X

5 MUHAMMAD FIRDAUS ADNAN

S X / / / X / / X / /

6 AZRUL SYAFIQ RADZALI S / / / / / X / / / /7 NOORALINA ABD AZIZ S / / / / X / / / / /8 NURUL NABIHAH S / / / / / / / X / X9 SITI JANNAHLIAH ABD

MALEKS / / / / / / / / X /

10 SITI NUR HANIM S / / / / / / / / / /11 MUHD HUSAINI L X / X X X X X X X /12 MUHAMAD NURKEIFLI L X / / / X X X / / X13 MUHAMAD HAIROL HARUN L X X / / / X X X / X14 MUHAMAD HUZAIRI SHAHRI L X X / / / / X / X /15 MOHD. AKMAL JOHARI L X / X / X X X / X X16 MOHD FIKRI SAMAT L X / X / X X / / / /17 MUHAMAD HEZRY HAZIQ L / X / X X / / X X /18 NORAZIZI HAMDAN L X / X / X / / / X /19 MOHD AIMANNURAKMAL

AKILL X X X / / X / X / X

20 MOHD NUR HAFIZI OTHMAN L X / / X X X / / / /21 MOHD NURIZWAN ROSLAN L X X / / / / X / X X

22 SITI NUR FATEHAH L / / X / / X / / / X23 NUR SHAHIRA NAJWA L X X X X X / / X X X24 NURASHIKIN KANAN L / X / X X / / / / X25 AYUNI MOHD LIZAN L / X X / / X X / X /

26 SITI HALIJAH JAFRI L / X / / X / / X / XBILANGAN TIDAK HANTAR 12 9 9 7 1

310 9 9 9 11

KAEDAH RAWATAN

Pelbagai kaedah dan cara dijalankan oleh guru – guru untuk mengatasi

masalah ini termasuklah dendaan dan hukuman. Namun begitu, tidak terdapat perubahan

yang ketara berlaku. Murid – murid tersebut masih lagi gagal untuk menyiapkan kerja

rumah. Maka, pengkaji memilih kaedah ganjaran sebagai satu cara rawatan untuk

[8]

Page 9: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

mengatasi masalah ini. Ianya bukanlah ganjaran berupa hadiah mahupun dalam bentuk

wang. Tetapi pengkaji menggunakan kaedah pemberian ‘sticker’.

Kaedah ‘sticker’ ini adalah satu kaedah yang berbentuk ganjaran dan motivasi.

Melalui kaedah ini , guru menyediakan satu papan laporan yang ditampal di dalam kelas.

Ianya mempunyai senarai nama murid dan tarikh latihan. Setiap kali murid menyiapkan

dan menyerahkan latihan, guru akan menyerahkan sticker kepada murid tersebut. Murid

akan melekatkan sticker diruangan yang berkaitan dengan mereka.

Pengkaji mereka dan menggunakan kaedah ini untuk cuba mengatasi masalah

murid tidak menyiapkan dan menghantar kerja rumah yang diberikan oleh guru. Ini

kerana didapati hasil daripada pemerhatian dan pengamatan ke atas tingkah laku murid,

murid – murid di bawah 12 tahun kebiasaannya mempunyai semangat berlumba – lumba

di dalam kelas.

Setelah data dikumpulkan, tindakan rawatan seterusnya dijalankan. Antara

langkah – langkah yang diambil ialah :

1) Menyediakan papan ‘sticker’.

Papan ‘sticker’ disediakan oleh guru untuk menampal sticker yang akan

diberikan kepada murid – murid yang berjaya menyiapkan dan menghantar

kerja rumah. Contoh papan sticker boleh dirujuk pada lampiran 3.

2) Menerangkan objektif dan konsep kaedah ini kepada murid.

Sebelum kaedah rawatan ini dijalankan, guru menerangkan dulu objektif

kajian dan konsep pelaksanaannya agar murid faham dan tertarik kepada

kaedah yang akan dijalankan.

3) Menyiap dan memberikan kerja rumah yang bersesuaian.

Kerja rumah yang disediakan oleh guru disediakan berdasarkan tajuk

pengajaran pada hari tersebut. Oleh kerana murid Tahun 5 Usaha merupakan

murid yang terdiri daripada murid sederhana dan lemah, maka soalan- soalan

yang disediakan adalah bersesuaian dengan tahap mereka dan bilangannya

tidak melebihi 10 soalan.

[9]

Page 10: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

4) Merekod dan menyemak hasil kerja murid.

Setiap penghantaran akan direkod oleh guru dalam borang yang telah

disediakan seperti lampiran 2. Guru juga akan memeriksa dan menyemak

hasil kerja murid.

Maka, saya selaku pengkaji memberanikan diri untuk mencuba kaedah ‘sticker;

ini agar ianya dapat menarik minat murid – murid tahun 5 Usaha ini untuk berlumba-

lumba menyiapkan kerja rumah. Selepas kajian tindakan dijalankan, hasil dapatan

disediakan seperti di dalam jadual 3 dibawah.

Jadual 3: Hasil Dapatan

BIL

NAMA MURID KATEGORI

BILANGAN LATIHAN DIHANTAR

PERATUS PENINGKATAN

(%)* S / L SEBELUM

SELEPAS

1 AIDIT BIN ROHAIZAT S 8/10 9/10 10%2 AFIQ AIMAN OSMAN S 9/10 9/10 -3 MUHAMMAD

NAZHANS 9/10 9/10 -

4 MUHAMAD FIRDAUS SYAREZAL

S 6/10 8/10 20%

5 MUHAMMAD FIRDAUS ADNAN

S 7/10 8/10 1%

6 AZRUL SYAFIQ RADZALI

S 9/10 9/10 -

7 NOORALINA ABD AZIZ

S 9/10 10/10 10%

8 NURUL NABIHAH S 8/10 9/10 10%9 SITI JANNAHLIAH

ABD MALEKS 9/10 10/10 10%

10 SITI NUR HANIM S 10/10 10/10 -11 MUHD HUSAINI L 2/10 5/10 30%12 MUHAMAD

NURKEIFLIL 5/10 7/10 20%

13 MUHAMAD HAIROL HARUN

L 4/10 5/10 10%

14 MUHAMAD HUZAIRI SHAHRI

L 6/10 7/10 10%

15 MOHD. AKMAL JOHARI

L 3/10 5/10 20%

16 MOHD FIKRI SAMAT L 6/10 8/10 20%17 MUHAMAD HEZRY

HAZIQL 5/10 7/10 20%

18 NORAZIZI HAMDAN L 6/10 7/10 10%19 MOHD

AIMANNURAKMAL AKIL

L 4/10 6/10 20%

[10]

Page 11: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

20 MOHD NUR HAFIZI OTHMAN

L 6/10 6/10 -

21 MOHD NURIZWAN ROSLAN

L 5/10 6/10 10%

22 SITI NUR FATEHAH L 7/10 9/10 20%23 NUR SHAHIRA

NAJWAL 2/10 4/10 20%

24 NURASHIKIN KANAN L 6/10 7/10 10%25 AYUNI MOHD LIZAN L 5/10 6/10 10%26 SITI HALIJAH JAFRI L 6/10 7/10 10%

ULASAN DAPATAN KAJIAN

Hasil daripada kajian yang mengambil masa hampir sebulan, pengkaji mendapati

bahawa berlaku sedikit peningkatan didalam bilangan murid yang menghantar kerja

rumah yang diberikan oleh guru. Dapatan juga menunjukkan bahawa murid – murid

sederhana menunjukkan peningkatan yang sedikit. Namun begitu, ianya bukan bermakna

tindakan rawatan ini gagal, tetapi bagi pengkaji ianya masih dianggap berjaya kerana di

dapati 10 orang murid sederhana ini menghantar hampir semua latihan yang diberikan.

Malah terdapat 3 orang murid dalam kalangan mereka yang berjaya menghantar kesemua

latihan yang diberikan.

Bagi murid lemah pula, walaupun masih ramai daripada kalangan mereka yang

tidak menghantar kesemua latihan yang diberikan dimana kekerapan mereka menghantar

cuma meningkat sebanyak 1-2 kali sahaja , tetapi bagi pengkaji tindakan rawatan

menggunakan kaedah ini boleh dianggap berjaya kerana dalam 5 kerja rumah yang

terakhir, pengkaji mendapati bahawa berlaku penurunan dalam bilangan murid yang

tidak menghantar dan menyiapkan kerja rumah.

PERBINCANGAN

Kajian yang dijalankan ini hanya kajian tindakan yang dijalankan untuk

memberikan rawatan kepada murid – murid Tahun 5 Usaha. Ini kerana guru mendapati

murid – murid ini sukar untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Pelbagai alasan

diberikan oleh mereka apabila disoal oleh guru. Bagi pengkaji, tindakan ini diambil

kerana ianya bersesuaian dengan tahap pencapaian akademik mereka. Selain daripada

itu, sikap dan tingkah laku mereka juga diambil kira oleh guru. Hasil daripada kajian

tindakan ini, didapati berlaku peningkatan dalam bilangan yang menghantar dan

menyiapkan kerja rumah. Walaupun tiada peningkatan yang begitu ketara tetapi didapati

[11]

Page 12: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

tindakan ini agak berkesan terutamanya sewaktu 5 latihan yang terakhir. Ini mungkin

disebabkan oleh tahap kesedaran murid – murid yang agak lambat. Namun begitu,

pengkaji yakin tindakan ini boleh diteruskan terutamanya bagi murid – murid yang

lemah dan masih di bangku sekolah rendah. Ini kerana ianya bukan sahaja menarik tetapi

murid – murid juga mungkin akan malu apabila mendapati banyak tanda (x) di ruangan

nama mereka. Diharap akhirnya mereka akan berusaha menyiapkan kerja rumah yang

diberikan oleh guru.

Kajian tindakan berkaitan kerja rumah ini jarang sekali dilakukan oleh guru dan

juga pendidik di Malaysia tidak seperti di negara lain terutamnya pendidik dari negara

Barat. Tidak seperti Amerika, kajian berkaitan kerja rumah ini telah lama dijalankan

sejak hampir 70 tahun yang lalu (Harris Cooper, Jorgianne C. Robinson & Erika A.

Patall, 2006). Kebanyakan kajian tindakan di Malaysia adalah lebih berfokus kepada

tajuk pembelajaran sahaja. Maka dengan adanya kajian seperti ini, sedikit sebanyak ia

akan dapat membantu membaiki sikap murid dan juga membantu meningkatkan

pencapaian mereka. Kajian tindakan ini seterusnya boleh dijadikan asas untuk

menjalankan kajian lain yang lebih luas. Contohnya, adakah kerja rumah ini

memberikan impak kepada prestasi akademik murid ataupun apakah sikap murid atau

sikap guru menjadi penyumbang kepada kegagalan murid menyiap dan menghantar kerja

rumah yang ditugaskan oleh guru.

Kajian – kajian seperti ini perlu dilakukan agar kita mampu untuk memperbaiki

sistem pendidikan negara kita secara tidak langung. Ini kerana terdapat banyak kajian

yang dijalankan oleh penyelidik – penyelidik luar mendapati bahawa sikap malas untuk

membuat kerja rumah akan semakin meningkat apabila murid – murid ini semakin

meningkat usia. Malah kebanyakan kes berhenti sekolah bermula dari sikap malas untuk

ke sekolah dan juga melakukan kerja rumah. Untuk itu, guru – guru dan juga pendidik

perlu menjalankan penyelidikan dan kajian tindakan untuk membaiki amalan pengajaran

dan pengajaran agar kita mampu untuk meningkatkan sikap dan minat murid.

[12]

Page 13: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

RUJUKAN

Chuansheng Chen & Harold W. Stevenson. Homework: A cross- cultural examination. Abstract Child Development, Vol. 60, No.3 ( June 1989), 551-561. http://www.jstor.org/stable/113071.

Cori Brewster & Jennifer Fager. (2000). Increasing student Engagement and motivation : From time – on – task to Homework. Northwest Regional Educational Laboratory. http://www.nwrel.org/request/oct00/textonly.html.

Daniel E. Olympia, Susan M. Sheridan, William R. Jenson & Debra Andrews. (1994). Using student- managed interventions to increase homework completion and accuracy. Journal of Applied Behavior Analysis, 1994, 27, 85 -89.

Gary Natriello & Edward L. McDill. (1986). Performance standards, student effort on homework, and academic achievement. Sociology of Education, Vol. 59: 18-31. http://www.jstor.org/pss/2112483.

Geoffrey E. Mills. Action research : A guide for the teacher researcher (2nd. Ed. ). Pearson Education. New Jersey.

Harris Cooper, Jorgianne C. Robinson & Erika A. Patall. (2006). Does homework improve academic achievement? A synthesis of research, 1987 -2003. Review of Educational Research, Spring 2006,Vol. 76, No. 1,pp 1- 62.

Hartensteiner, Patricia A, Marek – Schoer & Marilyn F. (1992). Two sixth grade homework policies and their effect on the prompt return of completed homework assignments. Journal of Instructional Psychology, 00941956, Vol. 19, Issue 4.

Lyn Corno & Jianzhoung Xu. Homework as the job of childhood. Theory Into Practice, 2004, Volume 43, Number 3.

S. Anurekha & S. Maruthai. Mengatasi masalah tidak menyiapkan kerja rumah melalui kaedah berstruktur. Kajian Tindakan. SJK (T) Ampar Tenang, Dengkil , Selangor.

Sumiyah Yahya. (2005). Mengurangkan masalah murid tiak menghantar dan menyiapkan kerja rumah dikalangan murid Tahun 5 Sekolah Kebangsaan Chebong melalui bantuan rakan sebaya. Prosiding Seminar Penyelidikan IPBA, 186- 195.

V. William Harris & James A. Sherman. Homework assignments, consequences and classroom performance in social studies and Mathematics. Journal of Applied Behavior Analysis, 1974, 7, 505-519.

[13]

Page 14: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

LAMPIRAN 1

Borang Soal Selidik Murid

Nama :……………………………………. Kelas : Tahun 5 Usaha

1. Adakah anda suka membuat kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru?

A. Ya B. Tidak C. Tidak pasti

2. Apakah anda selalu menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru?

A. Ya B. Tidak C. Tidak Pasti

3. Apakah sebab anda tidak menyiapkan kerja rumah?

A. Malas B. Latihan Sukar C. Tidak pasti

[14]

Page 15: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

LAMPIRAN 2 :

Borang Penghantaran Kerja Rumah Murid Tahun 5 Usaha

BIL NAMA MURID KATEGORI

TARIKH LATIHAN

* S / L

1 AIDIT BIN ROHAIZAT S2 AFIQ AIMAN OSMAN S3 MUHAMMAD NAZHAN S4 MUHAMAD FIRDAUS

SYAREZALS

5 MUHAMMAD FIRDAUS ADNAN

S

6 AZRUL SYAFIQ RADZALI S7 NOORALINA ABD AZIZ S8 NURUL NABIHAH S9 SITI JANNAHLIAH ABD

MALEKS

10 SITI NUR HANIM S11 MUHD HUSAINI L12 MUHAMAD NURKEIFLI L13 MUHAMAD HAIROL HARUN L14 MUHAMAD HUZAIRI SHAHRI L15 MOHD. AKMAL JOHARI L16 MOHD FIKRI SAMAT L17 MUHAMAD HEZRY HAZIQ L18 NORAZIZI HAMDAN L19 MOHD AIMANNURAKMAL

AKILL

20 MOHD NUR HAFIZI OTHMAN L21 MOHD NURIZWAN ROSLAN L

22 SITI NUR FATEHAH L23 NUR SHAHIRA NAJWA L24 NURASHIKIN KANAN L25 AYUNI MOHD LIZAN L

26 SITI HALIJAH JAFRI LBILANGAN TIDAK HANTAR

[15]

Page 16: Kajian Tindakan Berkaitan Homework

KRP6023 – ISU – ISU DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH 2010

LAMPIRAN 3 :

STICKER BOARD

[16]