berkaitan sifir

Click here to load reader

Post on 17-Jan-2016

295 views

Category:

Documents

4 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SAD

TRANSCRIPT

  • LAPORAN PROJEK MODEL PENSIANGAN SALINATANMATEMATIK SK BATU TELINGGAI

    19 MAC - 22 MAC 2007

    1.0 Pengenalan

    Projek Pensiangan Salinatan merupakan sebahagian daripada projekfnstitut Pendidikan Guru yang telah dilancarkan mulai tahun 2004 dengantujuan untuk membantu para guru yang sedang bertugas di pedalaman dalampeningkatan kemahiran profesionalisme.

    Matlamat projek ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepadamasyarakat untuk meningkatkan kebolehan sekolah di pedalaman.Peningkatan pencapaian akademik murid-murid serta memberi pendedahandan peluang untuk menambahkan ilmu adalah ditekankan. Berdasarkanprojek ini adalah wajar diambil langkah-langkah bagi mengurangkan jurangperbezaan yang dialami oleh sekolah di pedalaman melalui aktiviti yangdi jalankan.

    Objektif yang diharapkan dicapai dalam jangka masa yang singkatmelalui projek ini adalah seperti berikut:

    o Mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran guru di sekolahberkenaan dalam mata pelajaran yang diajar.

    o Membantu guru-guru menjadikan pengajaran dan pembelajaranlebih menarik serta mengembangkan potensi pelajar di sekolahberkenaan.

    . Mempertingkatkan tahap motivasi dalaman guru dan murid danmemupuk budaya cemerlang.

    Pada tahun 2007, tumpuan Projek Model Pensiangan Salinatan InstitutPerguruan Sarawak, Miri tidak lagi ke sekolah pedalaman tetapi ditukarkan kesekolah luar bandar atas cadangan daripada Pejabat Pelajaran Gabungan.SK Batu Telinggai merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih untuk ProjekModel Pensiangan Salinatan on-sife coaching Matematik.

    Dapatan 1

    1. Guru Matematik terima kehadiran pensyarah dengan hati yangterbuka. Ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan.

    2. Guru Matematik berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapidalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Secara keseluruhankawalan kelas adalah baik.

    3. Namun demikian, didapati strategi pengajaran dan pembelajaran yangdigunakan lebih memusat kepada guru tetapi kurang kepada murid.

    4. Penggunaan buku latihan Matematik adalah tidak seragam dalamsesuatu kelas dan kurang kemas.

    5. Murid Tahun 3 hingga Tahun 6 lemah dalam penggunaan sifir. ' Carayang digunakan untuk menghafal sifir adalah kurang efektif.

  • 6. Kecuaian murid semasa menjawab soalan Matematik agak serius.Guru Matematik pula kurang menekankan menyemak langkahpenyelesaian semasa menjawab soalan Matematik.

    7. Guru Matematik adalah kurang keyakinan bahawa murid dapat fahamBahasa Inggeris yang mudah semasa pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan Bahasa Melayu yang terlalu kerap akan menyebabkanmurid kurang berdikari.

    8. Penglibatan murid dalam pengajaran dan pembelajaran adalah pasifterutamanya muri-murid yang duduk di bahagian belakang.

    Cadangan

    1. Guru Matematik perlu pandai menggunakan tenaga murid untuk aktivitipengajaran dan pembelajaran. lni dapat mengaktifkan penglibatanmurid dan menggalakkan mereka berminat dalam Matematik.

    2. Cara yang digunakan untuk menghafal sifir perlu diubahsuai. Carayang sedang digunakan hanya sesuai untuk segolongan kecil muridyang pandai sahaja. Berikut adalah beberapa cara boleh digunakan:(a) s i f i r nombor genap 2,4,6,8

    bina satu petak 3 x 3 dan isikan nombor seperti be

    Sifir 2

    Sifir 4

    Sifir 6

    Sifir 8

    Sif ir nombor ganj i l 3,7 , I

    Sifir 3

    Sifir 7

    rikut

    =

    l\f\Z

    S

    S

    S

    (b)

    2 4 68 10 1214 16 18

    12 24 368 20 324 16 28

    42 24 648 30 1254 36 18

    72 64 5648 40 3224 16 I

    21 24 2712 15 183 6 I

    21 14 742 35 2863 56 49

    81 54 2772 45 1863 36 I

    Sifir 9

  • 3.

    (c) menyediakan aktiviti pertandingan atau permainan sifir.(d) menggunakan jalur pendaraban sifir t hingga 10.Selitkan aktiviti yang dapat menarik perhatian murid. Sekiranya dapat,biarlah murid dapat merasai keseronokan dalam pembelajaranMatematik.Mental aritmetik perlu ditekankan juga terutama pada murid yangsudah faham konsep Matematik.Guru Matematik patut menggunakan pembaris semasa pengajarandan pembelajaran Matematik. Murid-murid perlu dilatih membuat kerjadengan kemas dan mengikut arahan membuat garisan yang lurus,bukannya freehand.Guru Matematik perlu memastikan murid menggunakan buku latihanberpetak yang seragam dalam sesuatu kelas. Murid yang lemahdigalakkan menggunakan petak dan menamakan nilai tempat semasamenjawab soalan yang berkaitan dengan operasi asas.Guru Matematik digalakkan menggunakan Bahasa Inggeris yangmudah dengan sepenuhnya. Pada peringkat awal,' pelaksanaan inimemang menghadapi kesukaran. Guru Matematik dapat mengatasimasalah ini dengan menggunakan body language dengansepenuhnya.

    Rumusan

    Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh guru Matematik sekolah ini. Diharapkanperkongsian idea ini dapat menolong guru Matematik mengatasi masalahpengajaran dan pembelajaran Matematik.

    Disediakan oleh

    Farm Choon MoyPensyarah Matematiklnstitut Perguruan Sarawak, Miri

    4.

    5.

    6.

    7.

  • LAPORAN PROJEK MODEL PENSIANGAN SALINATANMATEMATIK SK BATU TELLINGAI

    25 JUN - 28 JUN 2007

    {.0 Pengenalan

    Lawatan pertama Unit Matematik lnstitut Perguruan Sarawak, Miridalam Projek Model Pensiangan Salinatan adalah pada 19 - 22 Mac 2007 .

    Beberapa dapatan dan cadangan diberikan kepada guru-gurumatematik untuk melatih murid mahir sifir dan mengaktifkan penglibatanmurid dalam pengajaran dan pembelajaran matematik pada lawatan pertama.

    Dapatan dan cadangan lawatan kali kedua

    1. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan lebih memusatkepada murid tetapi masih perlu dipertingkatkan dari segi pelaksanaan.

    2. Penggunaan buku latihan Matematik secara sistematik tetapi masihperlu d ipertingkatkan.

    3. Pencapaian matematik murid dalam ujian semester lepas adalah padatahap yang tidak memuaskan. Hanya sembilan orang murid dari TahunEnam yang mendapat gred C, 58 orang murid gagal. Latihanmenjawab soalan tahun lepas mengikut topik untuk murid Tahun Enamdapat membantu murid menguasai kemahiran matematik dengan lebihberkesan.

    4. Guru matematik digalakkan mengadakan aktiviti pemulihan dan aktivitipengayaan secara serentak selepas sahaja pengajaran danpembelajaran matematik. lni dapat memberi panduan yang sewajarnyakepada murid dalam penguasaan kemahiran selain daripada kelasmaju (pemulihan).

    5. Penyemakan langkah penyelesaian Semasa menjawab soalanMatematjk oleh murid patut digalakkan di dalam setiap kelas.

    Rumusan

    Saya mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh guru Matematik sekolah ini. Diharapkanperkongsian idea ini dapat menolong guru Matematik mengatasi masalahpengajaran dan pembelajaran Matematik di sekolah ini.

    Disediakan oleh

    Farm Choon MoyPensyarah Matematiklnstitut Perguruan Sarawak, Miri