kajian tindakan 2011 pss sk bota

8
SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB,32600 BOTA PENGURUSAN PUSAT SUMBER KAJIAN TINDAKAN KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN YANG KONDUSIF 1.1. PENGENALAN Pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak mulia. Guru ialah individu yang amat penting dalam dunia pendidikan di samping tempat dan prasarana sekolah yang sesuai. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasa dijalankan akan menjadi lebih berkesan dan menggembirakan sekiranya teerdapat penggunaan sumber secara teratur , jelas dan baik. Pusat sumber sekolah boleh menyumbang ke arah pembinaan masyarakat berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan peranannya sebagai laluan intelektual dan pusat sumber maklumat Justeru , saya juga mengkaji sejauhmana kewujudan Pusat Sumber SMKDARY dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan . 1.2..RASIONAL KAJIAN Pusat Sumber ialah laluan intelektual dan nadi sekolah . Menyedari hakikat ini, maka kajian ini dijalankan semata-mata untuk memberi panduan kepada guru-guru dan para pelajar akan kepentingan Pusat Sumber SMKDARY sebagai pusat maklumat sekolah. Pusat Sumber ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik. Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Walau bagaimanapun peranan AJK dan kerjasama semua guru adalah penting untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah.

Upload: shahfiezul-bin-shahaimi

Post on 11-Dec-2015

17 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

contoh kajian tindakan pss

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YAAKUB,32600 BOTA

PENGURUSAN PUSAT SUMBER

KAJIAN TINDAKAN

KEPENTINGAN PUSAT SUMBER SEKOLAH SMKDARY

SEBAGAI TEMPAT DAN SUMBER PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN YANG KONDUSIF

1.1. PENGENALAN

Pendidikan dilihat sebagai pemangkin kepada masyarakat berilmu dan berakhlak

mulia. Guru ialah individu yang amat penting dalam dunia pendidikan di samping

tempat dan prasarana sekolah yang sesuai.

Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas yang biasa dijalankan akan

menjadi lebih berkesan dan menggembirakan sekiranya teerdapat penggunaan

sumber secara teratur , jelas dan baik.

Pusat sumber sekolah boleh menyumbang ke arah pembinaan masyarakat

berilmu dan berakhlak mulia selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara

dan peranannya sebagai laluan intelektual dan pusat sumber maklumat

Justeru , saya juga mengkaji sejauhmana kewujudan Pusat Sumber SMKDARY

dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan .

1.2..RASIONAL KAJIAN

Pusat Sumber ialah laluan intelektual dan nadi sekolah . Menyedari hakikat ini,

maka kajian ini dijalankan semata-mata untuk memberi panduan kepada guru-guru

dan para pelajar akan kepentingan Pusat Sumber SMKDARY sebagai pusat

maklumat sekolah.

Pusat Sumber ialah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi

bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematik.

Pusat Sumber menyediakan maklumat perkhidmatan dan peluang bagi

memperkukuh proses pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran

asas serta kemahiran maklumat pendidikan kearah pembentukan masyarakat

berbudaya ilmu , gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Walau bagaimanapun peranan AJK dan kerjasama semua guru adalah penting

untuk menjadikan Pusat Sumber sebagai nadi sekolah.

Page 2: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

1.2. PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dijalankan terhadap 30 orang guru SMKDARY yang dipilih secara

rawak.

Keberkesanan Pusat Sumber Banyak dipengaruhi oleh komitmen AJK Pusat

Sumber dan pentadbir sekolah. Tanggapan bahawa Pusat Sumber sebagai satu bilik

atau tempat untuk menyimpan buku-buku perlu dikikis.

Guru dan pelajar perlu menyedari bahawa Pusat sumber ialah sebuah tempat

sumber maklumat dan bukanlah tempat untuk meninggalkan pelajar membuat kerja

sendiri.

Oleh itu, Pusat sumber haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya supaya Pusat

sumber benar-benar menjadi pusat penyebaran maklumat dan tempat yang selesa

serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

1.4 OBJEKTIF

\

1. Mengenalpasti kepentingan Pusat Sumber SMKDARY benar-benar

bermanfaat

2. Mengenalpasti hubungkait antara keselesaan Pusat Sumber SMKDARY

dengan kedatangan para pelajar ke Pusat Sumber.

3. Membuktikan bahawa pusat sumber yang lengkap dan selesa memainkan

peranan penting untuk menarik minat para pelajar ke pusat sumber

1.5. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang bpasti tentang

kepentingan pusat sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.Ianya juga untuk

melihat sejauh manakah peranan pusat sumber penting dalam menyumbang kea rah

peningkatan prestasi pelajar dalam peperiksaan,

Berdasarkan kajian ini diharapkan pihak pentadbir, AJK pusat sumber, guru-guru

dan para pelajar dapat member sokongan dan terus memantapkan kewujudan pusat

sumber sebagai pusat sumber maklumat sekolah.

Page 3: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

1.6. BATASAN KAJIAN

Kajian dijalankan kepada 30 orang pelajar SMKDARY yang dipilih secara

rawak.

Pemilihan pelajar –pelajar yang menjadi tumpuan kajian ini dibuat

berdasarkan kepada beberapa sebab:

1. Pelajar tersebut ialah pelajar yang pernah mengunjungi pusat sumner

sama ada pada waktu pembelajaran atau pada waktu petang/.

2. Pelajar tersebut tahu bahawa pusat sumber mampu membantu meraka

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Pelajar tersebut pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan

di pusat sumber.

1.7. HIPOTESIS KAJIAN

Puast Sumber SMKDARY boleh dan berpotensi menjadi pusat sumber maklumat

sekolah dan dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam peperiksaan.

1.8. KAWASAN KAJIAN

`Tunpuan kajian ialah di Sekolah Menengah Dato’Abdul Rahman Yaakub, Bota.

Sekolah ini terletak di kawasan luar bandar dan 100 m dari pecan Bota.Para pelajar dan

guru-gurunya semuanya berbangsa Melayu

1.9. POPULASI

Tumpuan kajian kepada pelajar-pelajar SMKDARY dari tingkatan 3 , 5 seramai

540 orang.

SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Bota ialah sebuah sekolah gred A dan

mempunyai pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 seramai 1425 orang

pelajar.Kesemua pelajarnya berbangsa Melayu.

Page 4: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

2.0. PERSAMPELAN

Kajian ini ditumpukan kepada pelajar-pelajar tingkatan tiga dan tingkatan lima di

SMKDARY, Bota. Tumpuan kajian hanya kepada 30 orang pelajar yang dipilih secara

rawak mudah sebagai sampel bagi tujuan kajian ini.

2.1. CARA KAJIAN

Dalam kajian pelajar dipilih secara rawak dari tingkatan tiga dan lima seramai 30

orang.

Bagi setiap pelajar dibekalkan dengan set soalan mudah mengandungi 10 soalan

dan dikehendaki memberi jawapan yang sesuai mengenai dirinya.

Set soal selidik dalam bentuk Skala Liket mudah

2.2. DAPATAN KAJIAN

1. 50% pelajar sangat setuju dan 50% setuju menyatakan mereka selesa belajar

di bilik APD

InI membawa maksud bahawa 100% para pelajar setuju yang mereka selesa

belajar di bilik APD

2. 100% pelajar menyatakan bahawa bahan elektronikdapat menarik minat

mereka belajar

3. Didapati 100% pelajar kurang setuju dengan kenyataan , saya tidak tahu bilik

APD membantu saya dalam pelajaran.

4. Sebanyak 75 % sangat suka berada di pusat sumber dan tiada seorang pun

yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa 100% para pelajar suka berada di

pusat sumber.

5. Sebanyak 72% sangat setuju berada di pusat sumber membuat rujukan dan

28% yang setuju dan tiada pelajar yang kurang setuju. Ini bermaksud bahawa

100% para pelajar suka membuat rujukan di pusat sumber

6. 100% pelajar bersetuju bahawa berkunjung ke pusat sumber banyak

mendatangkan faedah dan dapat membantu mereka belajar.

Page 5: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

3.0. PERBINCANGAN

Hasil daripada analisa data yang telah dibuat ,hipotesis kajian ini

terbukti kukuh dan signifikan bahawa pusat sumber memainkan peranan

penting sebagai pusat sumber maklumat SMKDARY.

Pusat Sumber SMKDARY juga berupaya membantu pencapaian

pelajar dalam peperiksaan awam.

3.1. RUMUSAN

Kesimpulannya dapatan kajian ini membuktikan bahawa terdapat

hubungkait yang bermakna antara pusat sumber SMKDARY dengan

peranannya sebagai pusat sumber maklumat . Hal ini menyokong hipotesis

kajian ini tentang peranan penting pusat sumber SMKDARY sebagai

pusat sumber maklumat dan nadi sekolah.

Walaupun kajian ini terbukti kukuh, peranannya boleh

dipertingkatkan lagi dengan adanya usaha berterusan dan bersungguh-

sungguh daripada pihak sekolah , AJK pusat sumber di samping sokongan

daripada ibu bapa dan masyarakat.

4.0. CADANGAN

a. Pentadbir Sekolah

a. Pihak pengurusan berusaha memberi sokongan dan dorongan kepada

guru-guru dan para pelajar supaya menggunakan segala kemudahan

yang ada di sekolah ini.

b. Pentadbir berusaha meningkatkan prasarana dan menjadikan seluruh

sekolah sebagai sumber maklumat.

b.Guru & AJK Pusat Sumber

a. Sentiasa berusaha menyediakan suasana dan bahan pengajaran dan

pembelajaran yang sesuai dan terkini.

b. Perlu kreatif dan inovatif dan sentiasa berusaha mencari jalan supaya

PSS sentiasa hidup dan menepati perkembangan pendidikan.

Peranan sekolah menyediakan tempat yang kondusif dan selesa untuk

pembelajaran di samping sumber-sumber pembelajaran yang boleh menyumbang

ke arah pembelajaran sepanjang hayat memang tidak dapat disangkal lagi.Maka

Page 6: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

tanggungjawab ini perlu dilaksanakan oleh kakitangannya yang terdiri daripada

kalangan guru dan pekerjanya.

Kerajasama dan komitmen semua guru dan pekerja sangat penting untuk

menjadikan sekolah ini pusat sumber tercapai.Penggemblengan tenaga warga

sekolah merupakan aset penting untuk mencapai kejayaan.

Page 7: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

SMK DATO’ABDUL RAHMAN YAAKUB

32600 BOTA,PERAK

PENGURUSAN SUMBER

BILIK APD

Skala : 1 – kurang setuju 2 – setuju 3 – sangat setuju

Bulatkan jawapan pilihan anda

1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik APD 1 2 3

2. Saya lebih suka belajar di dalam kelas berbanding bilik APD 1 2 3

3. Bahan elektronik tidak menarik minat saya untuk belajar 1 2 3

4. Saya suka jika guru menggunakan ABM sewaktu di bilik APD 1 2 3

5. Saya tidak tahu bilik APD membantu saya dalam pelajaran 1 2 3

6. Cadangan saya

_________________________________________________________________

PERPUSTAKAAN

1. Saya berasa selesa belajar di dalam bilik APD 1 2 3

2. Saya lebih suka ke perpustakaan untuk membuat rujukan 1 2 3

3. Berkunjung ke pusat sumber tidak mendatangkan faedah 1 2 3

Kepada saya

4. Bahan bacaan di perpustakaan tidak dapat membantu 1 2 3

saya belajar

5. Saya hanya akan ke perpustakaan jika terpaksa 1 2 3

6. Cadangan saya

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

Terima kasih kerana menjawab dengan jujur

Page 8: Kajian Tindakan 2011 PSS SK BOTA

.