kajian terhadap pencapaian akademik pelajar guru pengajian sosial dalam semester 6

10
KAJIAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR GURU PENGAJIAN SOSIAL DALAM SEMESTER 6, 2013 Abstrak Kajian terhadap pencapaian akademik pelajar guru Pengajian Sosial bagi semester enam pada tahun 2013 ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar guru Pengajian Sosial. Pencapaian akademik responden mempunyai variasi dalam peningkatan dan penurunan yang dinilai menggunakan GPA hasil daripada peperiksaan yang diduduki. Kepelbagaian corak dalam prestasi responden ini membolehkan kajian ini dijalankan kerana pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi akan dapat dinilai. Faktor tahap IQ bagi setiap responden adalah tidak diambil kira dan dianggap mempunyai tahap yang sama bagi memperolehi data yang seimbang dari aspek individu. Seramai 19 pelajar guru Pengajian Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kesemua responden adalah dinilai dengan menggunakan instrumen yang sama kecuali tiga orang responden yang memperoleh GPA terendah yang ditemubual bagi menilai faktor yang mungkin menyebabkan GPA mereka mempunyai tahap yang berbeza berbanding responden lain. Pemerolehan data daripada setiap responden adalah direkodkan dan dianalisis untuk melihat keseragaman faktor yang mempengaruhi prestasi masing-masing. Refleksi Majoriti pelajar guru Pengajian Sosial mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam subjek tertentu semasa peperiksaan yang lepas. Ini telah mendatangkan kesan yang negatif dari segi penurunan GPA. Maka, ramai yang kecewa disebabkan mendapat markah yang rendah dalam tugasan dan juga peperiksaan yang telah menjejaskan impak GPA.

Upload: luqman-jailani

Post on 20-Oct-2015

34 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

kajian tindakan

TRANSCRIPT

KAJIAN TERHADAP PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR GURU PENGAJIAN SOSIAL DALAM SEMESTER 6, 2013

AbstrakKajian terhadap pencapaian akademik pelajar guru Pengajian Sosial bagi semester enam pada tahun 2013 ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar guru Pengajian Sosial. Pencapaian akademik responden mempunyai variasi dalam peningkatan dan penurunan yang dinilai menggunakan GPA hasil daripada peperiksaan yang diduduki. Kepelbagaian corak dalam prestasi responden ini membolehkan kajian ini dijalankan kerana pelbagai faktor yang mempengaruhi prestasi akan dapat dinilai. Faktor tahap IQ bagi setiap responden adalah tidak diambil kira dan dianggap mempunyai tahap yang sama bagi memperolehi data yang seimbang dari aspek individu. Seramai 19 pelajar guru Pengajian Sosial Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kesemua responden adalah dinilai dengan menggunakan instrumen yang sama kecuali tiga orang responden yang memperoleh GPA terendah yang ditemubual bagi menilai faktor yang mungkin menyebabkan GPA mereka mempunyai tahap yang berbeza berbanding responden lain. Pemerolehan data daripada setiap responden adalah direkodkan dan dianalisis untuk melihat keseragaman faktor yang mempengaruhi prestasi masing-masing.

RefleksiMajoriti pelajar guru Pengajian Sosial mendapat keputusan yang tidak memuaskan dalam subjek tertentu semasa peperiksaan yang lepas. Ini telah mendatangkan kesan yang negatif dari segi penurunan GPA. Maka, ramai yang kecewa disebabkan mendapat markah yang rendah dalam tugasan dan juga peperiksaan yang telah menjejaskan impak GPA.

Penyataan masalahTinjauan yang dilakukan terhadap keputusan peperiksaan pelajar guru Tahun 3 Pengajian Sosial bagi semester enam menunjukkan bahawa pelajar kelas ini memperolehi keputusan yang tidak membanggakan bagi semester enam pada tahun 2013.

ObjektifI. Melihat tahap pencapaian akademik Tahun 3 Pengajian Sosial bagi semester enam pada tahun 2013II. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi pencapaian akademikIII. Mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi pencapaian rendah

Soalan kajianI. Apakah tahap pencapaian akademik pelajar?II. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar dalam akademik?III. Apakah cara jalan penyelesaian bagi mengatasi pencapaian akademik yang rendah?

Kumpulan sasaranI. Kajian ini merangkumi seramai 19 orang pelajar guru Tahun 3 Pengajian SosialII. Kajian ini melibatkan pelajar guru Tahun 4 Pengajian Sosial semasa semester 6 pada tahun 2013. Fokus kajianMetodologi kajianKajian ini dijalankan dengan mengambil kira prosedur yang dirancang dan saling berkait bagi mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan. Terdapat tiga kaedah yang telah dijalankan bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menjawab keperluan objektif kajian. 1.Kajian dokumen (slip peperiksaan)Kaedah yang digunakan adalah analisis atau kajian dokumen iaitu dokumen keputusan peperiksaan bagi pelajar guru Tahun 3 Pengajian Sosial semester enam. Keputusan peperiksaan bagi setiap responden adalah dirujuk di Unit Peperiksaan untuk memastikan data yang diperoleh adalah benar tanpa ada unsur-unsur yang diragui. Keputusan peperiksaan bagi setiap responden adalah direkodkan ke dalam satu borang maklumat yang membolehkan analisis dijalankan terhadap prestasi kesemua responden.2. Soal Selidik (borang soal selidik)Kaedah seterusnya yang digunakan bagi kajian ini adalah penggunaan borang soal selidik yang diedarkan kepada kesemua responden. Borang soal selidik ini adalah merangkumi kesemua keperluan maklumat yang menjurus kepada pencapaian objektif kajian. Borang soal selidik ini diedarkan selepas sesi peperiksaan tamat dan keputusan peperiksaan diperoleh. Hal ini bagi memastikan responden dapat menjawab borang soal selidik yang diedarkan dengan baik dan membuat perkaitan antara prestasi yang dicapai dan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi yang dicapai. Hasil yang diperolehi daripada soal selidik yang dijalankan di analisis bagi menilai prestasi kesemua responden dan faktor-faktor yang mungkin menjadi penyebab terbesar dalam pencapaian masing-masing.3. Temu Bual Responden Langkah seterusnya yang digunakan bagi memperkemaskan lagi pemerolehan maklumat adalah melalui temu bual responden. Temu bual ini dijalankan ke atas tiga responden yang memperolehi GPA terendah bagi menilai faktor yang mempengaruhi prestasi mereka. Temu bual ini dijalankan atas sebab untuk melihat faktor yang mungkin kami terlepas pandang baik faktor dalaman atau faktor luaran. Hal ini akan membolehkan kajian yang dijalankan ini berkembang dengan lebih baik dan tidak menolak pandangan atau idea oleh responden yang dipilih. Hasil temu bual ini di analisis untuk melihat persamaan dan perbezaan faktor yang mempengaruhi prestasi yang dicapai responden.Analisis berdasarkan borang soal selidik

Skop 1 : PensyarahBil.ItemTidak bersetujuperatusanbersetujuperatusan

1Adakan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah memberikan kesan terhadap pembelajaran anda?00%19100%

2Adakah nota bahan rujukan yang dibekalkan pensyarah selaras dengan kehendak kursus?736.8%1264.2%

3Adakah pensyarah memberikan dan bersedia membimbing anda dalam pembelajaran dan penyediaan kerja kursus?00%19100%

4Adakah penerangan yang diberikan oleh pensyarah mengenai kriteria tugasan adalah jelas?210.6%1789.4%

Jadual di atas menunjukkan dapatan terhadap soal selidik. Skop yang disasarkan adalah pensyarah dan item yang dinilai termasuklah kepada proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah. Sebanyak 100% responden bersetuju bahawa proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah memberikan kesan terhadap pembelajaran anda. Item yang seterusnya adalah adakah nota bahan rujukan yang dibekalkan pensyarah selaras dengan kehendak kursus. Sebanyak 12 orang daripada 19 responden bersamaan dengan 64.2% bersetuju manakala yang selebihnya tidak bersetuju dan membawa kepada 7 orang responden bersamaan 36.8%. item berikutnya adalah adakah pensyarah memberikan dan bersedia membimbing anda dalam pembelajaran dan penyediaan kerja kursus menunjukkan 100% responden bersetuju dan akhir sekali sebanyak 89.4% iaitu 17 daripada 19 orang responden bersetuju bahawa penerangan yang diberikan oleh pensyarah mengenai kriteria tugasan adalah jelas.

Skop 2 : Pelajar GuruBil.ItemTidak bersetujuperatusanbersetujuperatusan

1Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan.210.6%1789.4%

2Saya selalu berusaha dalam mencari bahan rujukan tambahan mengenai kursus yang dipelajari.526.4%1473.6%

3Saya sentiasa berusaha untuk menemui pensyarah bagi mendapatkan panduan dan bimbingan mengenai tugasan dan kursus yang dipelajari.526.4%1473.6%

4Persediaan bagi menjawab peperiksaan adalah mencukupi.315.8%1684.2%

Untuk skop yang seterusnya adalah pelajar guru. Sebanyak 89.4% bersetuju yang mereka telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Namun begitu sebanyak 10.6% tidak bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan. Item yang seterusnya menunjukkan bahawa sebanyak 73.6% bersetuju bahawa responden berusaha dalam mencari bahan rujukan tambahan mengenai kursus yang dipelajari. Item yang seterusnya iaitu adakah responden berusaha untuk menemui pensyarah bagi mendapatkan panduan

Skop 3 : kemudahan institutBil.ItemTidak bersetujuperatusanbersetujuperatusan

1Kemudahan rangkaian jalur lebar IPGKPP boleh diakses sepenuhnya di mana-mana kawasan institut.1789.4%210.6%

2Bahan rujukan di Pusat Sumber IPGKPP mudah di akses dan membantu pembelajaran pelajar guru.1578.9%421.1

3Persekitaran institut berjaya mendorong kepada peningkatan prestasi pembelajaran.1157.8%842.2

4Prasarana bilik kuliah yang disediakan oleh IPGKPP adalah mencukupi dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.632.6%1368.4

Borang Soal Selidik

Jantina :Lelaki Perempuan

1. Apakah CGPA semester 6 yang anda perolehi? Nyatakan.___________________________________________________________

2. Adakah anda berpuas hati dengan keputusan peperiksaan semester 6 anda?YaTidak

Skop 1 : PensyarahBil.Soalan

Skala penilaian

Tidak setujuKurang setujuSetujuSangat setujuSangat-sangat setuju

1Adakan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah memberikan kesan terhadap pembelajaran anda?

2Adakah nota bahan rujukan yang dibekalkan pensyarah selaras dengan kehendak kursus?

3Adakah pensyarah memberikan dan bersedia membimbing anda dalam pembelajaran dan penyediaan kerja kursus?

4Adakah penerangan yang diberikan oleh pensyarah mengenai kriteria tugasan adalah jelas?

Skop 2 : Pelajar GuruBil.Soalan

Skala penilaian

TidaksetujuKurang setujusetujuSangat setujuSangat-sangat setuju

1Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menghadapi peperiksaan.

2Saya selalu berusaha dalam mencari bahan rujukan tambahan mengenai kursus yang dipelajari.

3Saya sentiasa berusaha untuk menemui pensyarah bagi mendapatkan panduan dan bimbingan mengenai tugasan dan kursus yang dipelajari.

4Persediaan bagi menjawab peperiksaan adalah mencukupi.

Skop 3 : Kemudahan InstitutBil.Soalan

Skala penilaian

Tidak setujuKurang setujuSetujuSangat setujuSangat-sangat setuju

1Kemudahan rangkaian jalur lebar IPGKPP boleh diakses sepenuhnya di mana-mana kawasan institut.

2Bahan rujukan di Pusat Sumber IPGKPP mudah di akses dan membantu pembelajaran pelajar guru.

3Persekitaran institut berjaya mendorong kepada peningkatan prestasi pembelajaran.

4Prasarana bilik kuliah yang disediakan oleh IPGKPP adalah mencukupi dan memenuhi keperluan pembelajaran pelajar.

Soalan Temu Bual Responden1. Apakah pendapat anda mengenai keputusan peperiksaan anda semasa berada di IPG KPP sehingga hari ini?

2. Penurunan atau peningkatan keputusan peperiksaan yang anda peroleh setakat ini adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor baik luaran atau dalaman. Apakah antara faktor yang anda rasakan telah mempengaruhi keputusan peperiksaan anda bagi semester enam yang lalu?

3. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat anda usulkan dan terapkan bagi mengekalkan dan meningkatkan keputusan peperiksaan anda pada masa hadapan?