pencapaian malaysia

Upload: al-insan

Post on 10-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Di Mata Dunia

TRANSCRIPT

Pencapaian Malaysia : PendidikanSektor pendidikan Malaysia diselia oleh Kementerian Malaysia. Sistem pendidikan Malaysia terdiri daripada pendidikan prasekolah bukan wajib, diikuti enam tahun pendidikan rendah yang wajib dan lima tahun pendidikan menengah. Sekolah rendah dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan (vernakular). Sekolah kebangsaan menggunakan bahasa Malaysia sebagai perantara, manakala sekolah jenis kebangsaan menjadikan bahasa Mandarin atau Tamil untuk tujuan yang sama. Sebelum ke sekolah menengah, murid-murid Tahun 6 wajib menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).Pendidikan menengah di Malaysia dilakukan terutamanya di Sekolah Menengah Kebangsaan selama lima tahun. Pada akhir Tingkatan Tiga, murid-murid mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR); tetapi PMR bakal dimansuhkan pada tahun 2016. Pada tahun terakhir persekolahan menengah iaitu Tingkatan Lima, para pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekolah menengah kebangsaan menjadikan bahasa Malaysia sebagai perantara utama, tetapi wujudnya juga sekolah menengah swasta yang berantara dalam bahasa Cina dan Inggeris. Sekolah antarabangsa juga didirikan di Malaysia khas untuk anak-anak warga asing.Sebelum sistem matrikulasi diperkenalkan, pelajar yang hendak memasuki universiti awam perlu melanjutkan lagi persekolahan menengah selama 18 bulan untuk Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Semenjak kemunculan program matrikulasi alternatif kepada sejak tahun 1999, sesiapa yang menyiapkan program 12 bulan di kolej matrikulasi boleh berdaftar di universiti awam.

Pencapaian Malaysia : KesihatanKerajaan Malaysia menitikberatkan peluasan dan pembangunan penjagaan kesihatan dengan memperuntukkan 5% perbelanjaan pembangunan sektor sosial kerajaan kepada kesihatan awam. Kerajaan juga cuba mempromosikan Malaysia sebagai destinasi perubatan serantau dan antarabangsa. Kerajaan melaksanakan sistem penjagaan kesihatan sejagat di samping membenarkan perusahaan perubatan swasta. Pada tahun 2008, ladar kematian bayi di Malaysia berada pada takat 5.92 per 1000 orang, manakala jangka hayat ketika lahir adalah 74 tahun. Sistem penjagaan kesihatan Malaysia mewajibkan doktor untuk berkhidmat di hospital awam selama tiga tahun untuk memastikan kakitangan yang mencukupi di hospital-hospital berkenaan.

Pencapaian Malaysia : EkonomiSistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikan kepada 2 bentuk yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersil. Bentuk dan kegiatan ekonomi yang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu. Sebagai contoh, rakyat biasa menjadi petani, pedagang; pembesar pula menjadi pemilik tapak perlombongan dan sebagainya.Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga. Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala kelebihan pengeluaran akan dijual, hasil jualan tersebut akan digunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya. Kegiatan ekonomi sara diri yang utama ialah bercucuk tanam, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Kegiatan sebegini tidak memerlukan penggunaan mata wang yang banyak.Sistem ekonomi komersil hanya wujud di Tanah Melayu setelah kehadiran penjajah British pada abad ke-19. Kehadiran mereka telah mempergiatkan bentuk ekonomi tersebut memandangkan mereka mengutip cukai daripada rakyat, memaksa rakyat mendapatkan duit tunai. Ini kerana mereka yang gagal menjelaskan cukai akan dihukum. Salah satu perkembangan yang nyata semasa itu dapat dilihat dalam sektor perdagangan dan perlombongan.Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana dan berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARALatarbelakangAspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor PerindustrianPembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagianbesar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;

(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahanindustri perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;

(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yangterlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kostenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.Pengurusan S&T yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan keupayaan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan S&T yang ditubuhkan lebih menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan jentera dan dasar S&T yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur S&T yang baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama daripada sumber-sumber S&T seperti dalam pembangunan sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk membangunkan S&T dalam sektor perindustrian. Antara sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti berikut:(i) Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempataniaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi, menyerap dengan jayanya, mencipta dan memperdagangkan teknologi moden;

(ii) Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibatkeengganan pembekal teknologi untuk memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi yang dibekalkan adalah rendah;

(iii) Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) perindustrian sebagai sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;

(iv) Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatandan penggunaannya;

(v) Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian terlibatdengan P&P, perolehan teknologi dan pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang berkesan untuk menyelaraskan dasar S&T, memperuntukkan tanggungjawab dan tugas P&P, menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan teknologi dengan cara yang lebih berkesan; dan(vi) Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk menjalankanaktiviti P&P yang berterusan. Nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan S&T perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada rancangan membangunkan sektor perindustrianDasar Sains dan TeknologiSelaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara."Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Strategi Penentuan KeutamaanUntuk mencapai matlamat dasar S&T yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S&T kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan S&T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor perindustrian di negara-negara maju.Rancangan untuk membangunkan keupayaan S&T adalah berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan S&T negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara. Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:(i) Pembangunan keupayaan sumber-sumber S&T negara ini sepertitenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous technology capability); dan

(ii) Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalammemilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi asing (keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Strategi pembangunan S&T yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:(i) Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan SosialS&T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber S&T akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.

(ii) Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar LainDasar S&T akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

(iii) Peningkatan Perkhidmatan SaintifikPerkhidmatan S&T di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

(iv) BerdikariMatlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran S&T supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S&T negara-negara maju.

(v) Maklumat S & TSatu pusat maklumat S&T perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber S&T. Maklumat sumber-sumber S&T adalah mustahak untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan, Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.

(vi) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) Keutamaan akan diberikan kepada

(a) Penggunaan P&P dalam memajukan sumber-sumber pertanian,teknologi pengeluaran barangan dan memajukan proses yang sesuai serta juga bidang kesihatan.

(b) Menubuhkan satu sistem pengurusan P&P yang berkesan danjuga membangunkan infrastruktur sokongan S&T seperti pejabat patent, institusi P&P, institusi rekabentuk perindustrian, perundingan teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan memperkenalkan produk yang baru.

(c) Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usahaP&P melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S&T awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha dalam P&P gunaan dan penyesesuaian.(vii) Tenaga Manusia Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi S&T serta juga menjamin supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

(viii) Peranan Sektor SwastaSektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera S&T sektor awam untuk memenuhi keperluan P&P mereka.

(ix) Pemindahan TeknologiPemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.

(x) KomputerisasiUsaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi) Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan S&T di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat dan lain-lain bidang S&T juga akan ditubuhkan.

(xii) Pelan Tindakan Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.PelaksanaanUntuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor S&T telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek P&P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber S&T dalam RM5 dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi.Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5 dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek P&P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan P&P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P&P yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah dibentuk.Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian digubal khas untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.PenutupPembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber S&T ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik.

Insinerasi/incenerator

Fasilitas insinerasi SYSAV di Malm, Swedia yang mampu mengatasi sampah rumah tangga hingga 25 metrik ton perjamInsinerasiataupembakaran sampah(bahasa Inggris:incineration) adalahteknologi pengolahan sampahyang melibatkanpembakaranbahanorganik. Insinerasi dan pengolahan sampah bertemperatur tinggi lainnya didefinisikan sebagaipengolahan termal. Insinerasi material sampah mengubahsampahmenjadiabu,gas sisa hasil pembakaran,partikulat, danpanas. Gas yang dihasilkan harus dibersihkan daripolutansebelum dilepas keatmosfer. Panas yang dihasilkan bisa dimanfaatkan sebagaienergipembangkit listrik.Insinerasi denganenergy recoveryadalah salah satu teknologisampah-ke-energi(waste-to-energy, WtE). Teknologi WtE lainnya adalahgasifikasi,pirolisis, danfermentasi anaerobik. Insinerasi juga bisa dilakukan tanpaenergy recovery. Insinerator yang dibangun beberapa puluh tahun lalu tidak memiliki fasilitas pemisahan material berbahaya dan fasilitasdaur ulang. Insinerator ini dapat menyebabkanbahaya kesehatanterhadap pekerja insinerator dan lingkungan sekitar karena tingginya gas berbahaya dari proses pembakaran. Kebanyakan insinerator jenis ini juga tidak menghasilkanenergi listrik.Insinerator mengurangi volume sampah hingga 95-96%, tergantung komposisi dan derajatrecoverysampah. Ini berarti insinerasi tidak sepenuhnya mengganti penggunaan lahan sebagai area pembuangan akhir, tetapi insinerasi mengurangi volume sampah yang dibuang dalam jumlah yang signifikan.Insinerasi memiliki banyak manfaat untuk mengolah berbagai jenis sampah sepertisampah medisdan beberapa jenis sampah berbahaya di manapatogendanracun kimiabisa hancur dengan temperatur tinggi.Insinerasi sangat populer di beberapa negara sepertiJepangdi mana lahan merupakan sumber daya yang sangat langka.DenmarkdanSwediatelah menjadi pionir dalam menggunakan panas dari insinerasi untuk menghasilkan energi. DI tahun 2005, insinerasi sampah menghasilkan 4,8% energi listrik dan 13,7% panas yang dikonsumsi negara itu. Beberapa negara lain diEropayang mengandalkan insinerasi sebagai pengolahan sampah adalahLuksemburg,Belanda,Jerman, danPrancis.Tipe insinerator[Insinerator adalah tempat untuk pembakaran sampah. Insinerator modern memiliki fasilitasmitigasi polusisepertipembersihan gas. Terdapat beberapa tipe insinerator: piringan bergerak, piringan tidak bergerak,rotary kiln, danfluidised bed

Sampah padat sedang dibakar di atas piringan bergerakSalah satu jenis insinerator adalah piringan bergerak (moving grate).Insinerator jenis ini memungkinkan pemindahan sampah ke ruang pembakaran dan memindahkan sisa hasil pembakaran tanpa mematikanapi. Satu wadah piringan bergerak dapat membakar 35 metrik ton sampah perjam. Jenis insinerator ini dapat bergerak ribuan jam pertahun dengan hanya satu kali berhenti, yaitu pada saat inspeksi dan perawatan.Sampah diintroduksi ke "mulut" insinerator, dan pada lubang di ujung lainnya sisa hasil pembakaran dikeluarkan.Udarayang dipakai dalam proses pembakaran disuplai melalui celah piringan. Aliran udara ini juga bertujuan untuk mendinginkan piringan tersebut. Beberapa jenis insinerator piringan bergerak juga memiliki sistem air pendingin di dalamnya.Suplai udara pembakaran sekunder dilakukan dengan memompa udara menuju bagian atas piringan. Jika dilakukan dengan kecepatan tinggi, hal ini dapat memicuturbulensiyang memastikan terjadinya pembakaran yang lebih baik dan surplusoksigen. Turbulensi ini juga penting untuk pengolahan gas sisa hasil pembakaran sampah.Fasilitas insinerasi harus didesain untuk memastikan bahwa gas sisa hasil pembakaran mencapai temperatur 850oC selama dua detik untuk memecahracun kimia organik. Untuk lebih memastikan hal tersebut, biasanya diperlengkapi dengan pembakar yang pada umumnya memakaibahan bakar minyak, yang lalu dibakar ke insinerasi untuk mendapatkan panas yang memadai.Gas sisa hasil pembakaran lalu didinginkan. Panas yang ada ditransfer menjadi uap dengan memaparkannya pada sistem pompa air. Uap ini lalu digunakan untuk menggerakkan turbin. Gas yang telah melalui pendinginan dipompakan ke fasilitas sistem pembersihan.Piringan tetap[Ini adalah tipe yang lebih tua dan sederhana. Piringan tetap yang tidak bergerak berada di bagian bawah insinerator dengan bukaan pada bagian atas atau samping untuk memasukan sampah dan bukaan lainnya untuk memindahkan bahan yang tidak terbakar (abu,logam, dan sebagainya).Rotary kiln[Fulidized bed[Penggunaan panas[Panas yang diproduksi oleh insinerator bisa digunakan untuk membuat uap yang bisa dipakai untuk menggerakkan turbin dengan maksud menghasilkan listrik. Total energi bersih yang dihasilkan dari satu ton sampah adalah 3 MWh panas dan 2/3 MWh energi listrik.Polusi[Insinerasi memiliki sejumlahoutputsepertiabudan emisi ke atmosfer berupagas sisa hasil pembakaran. Sebelum melewati fasilitas pembersihan gas, gas-gas tersebut mungkin mengandungpartikulat,logam berat,dioksin,furan,sulfur dioksida, danasam hidroklorat.Dalam sebuah penelitian tahun 1994, Delaware Solid Waste Authority menemukan bahwa untuk sejumlah energi yang sama yang dihasilkan, insinerator menghasilkanhidrokarbon,SO2,HCl,CO, danNOxlebih sedikit dibandingkanpembangkit listrikdengan bahan bakarbatu bara, namun lebih banyak dari pada pembangkit listrik dengan bahan bakargas alam.Dioksindanfuranadalah jenis emisi hasil pembakaran insinerator yang berisiko terhadap kesehatan. Insinerator tua tidak memiliki sistem yang bisa membersihkan dioksin.Umumnya, pemecahan dioksin membutuhkan temperatur tinggi untuk memicupemecahan termalterhadap ikatan molekular. Pembakaran plastik yang tidak mencapai temperatur yang diperlukan akan melepaskan dioksin dalam jumlah signifikan ke udara.Insinerator modern didesain untuk mencapai pembakaran dengan suhu tinggi. Biasanya dilengkapi dengan pembakar yang memakai bahan bakar minyak. Temperatur yang dibutuhkan adalah 850oC dalam waktu setidaknya dua detik guna memecah dioksin.Emisi gas lainnya adalahCO2sebagai hasil dari proses pembakaran sempurna. Pada temperatur ruang dan tekanan atmosfer, satu ton sampah padat dapat menghasilkan 1 ton gas CO2. Jika sampah dibuang ke lahan pembuangan, satu ton sampah padat dapat menghasilkan 62 meter kubikmetanakarenadekomposisi anaerobik. Metana sejumlah ini memilikiefek rumah kacadua kali lebih berbahaya dari pada 1 ton CO2.Bahan beracun lainnya yang keluar dari gas yang dihasilkan dari sisa pembuangan diantaranyasulfur dioksida,asam hidroklorat,logam berat, danpartikel halus.Uapyang terkandung dalam gas menciptakan bagian yang dapat terlihat dari gas yang umumnya transparan sehingga menyebabkan polusi dapat terlihat.Pembersihan gas sisa pembakaran yang dapat berpotensi menjadi polutan dilakukan melalui berbagai proses. Partikulat dikumpulkan denganfiltrasi partikelyang pada umumnya berupaelectrostatic precipitatordan/ataubaghouse filter. Yang terakhir umumnya sangat efisien untuk mengumpulkan partikel halus. Dalam penelitian oleh kementrian lingkungan hidup Denmark pada tahun 2006, rata-rata emisi partikulat per energi yang dihasilkan oleh sampah yang dibakar berada di bawah 2,02 gram per Giga Joule.Pembersih gas asam digunakan untuk menghilangkanasam hidroklorat,asam nitrat,asam hidrofluorat,merkuri,timbal, dan logam berat lainnya.Sulfur dioksidadapat dihilangkan dengandesulfurisasimenggunakan cairanlimestoneyang diinjeksikan ke gas sisa hasil pembakaran sebelum menuju ke filtrasi partikel.Gas NOxadalah gas lainnya yang harus direduksi dengan katalisamoniadi konverter katalitik atau dengan reaksi bertemperatur tinggi dengan amonia. Logam berat diadsorpsidengan bubukkarbon aktifyang lalu dikumpulkan di filtrasi partikel.Insinerasi juga memproduksiabu ringanyang dapat bercampur dengan udara di atmosfer danabu padat, sama seperti ketika batu bara dibakar. Totalabuyang dirpoduksi berkisar antara 4-10% volume dan 15-20% massa sampah sebelum dibakar. Abu ringan berkontribusi lebih pada potensi gangguan kesehatan karena dapat berbaur pada udara dan berisiko terhirup paru-paru. Berbeda dengan abu padat, abu ringan mengandung konsentrasi logam berat (timbal,kadmium,tembaga, danseng) lebih banyak dari pada abu padat namun lebih sedikit kandungandioksindanfuran. Abu padat jarang mengandung logam berat dan tidak dikategorikan sebagai sampah berbahaya sehingga aman untuk dibuang ke lahan pembuangan sampah. Namun perlu diperhatikan agar pembuangan abu padat tidak mengganggu keadaanair tanahkarena abu padat dapat terserap ke dalam tanah.Polusi lainnya adalahbau, namun bau dandebutelah ditangani dengan baik pada fasilitas insinerasi terbaru. Sampah diterima dan disimpan dalam ruangan bertekanan udara rendah dengan aliran udara menuju ke dalam ruang pembakaran sehingga sangat kecil kemungkinan bau akan lepas menuju atmosfer dan menimbulkan ketidaknyamanan pada lingkungan sekitar.Argumen positif insinerasi[ Kekhawatiran masalah kesehatan mengenai emisi dioksin dan furan telah jauh berkurang seiring adanya kontrol emisi yang telah jauh mengurangi jumlah emisi dioksin dan furan. Fasilitas insinerasi dapat menghasilkan energi listrik dan panas dan bisa menggantikan pembangkit listrik tenaga bahan bakar fosil dan distributor pemanas di negara beriklim sedang dan dingin. Residu abu padat yang tersisa setelah pembakaran telah diketahui tidak berbahaya dan bisa dibuang dengan aman di lahan pembuangan. Di lokasi berpopulasi padat, mencari lahan pembuangan sampah amatlah sulit sehingga insinerasi menjadi jalan terbaik dalam menangani sampah. Partikel halus bisa secara efisien dihilangkan dengan baghouse filter. Insinerasi sampah padat dapat mencegah terbentuknya gas metana yang merupakan gas rumah kaca. Meski insinerasi menghasilkan gas karbon dioksida, namun gas metana merupakan gas yang memiliki efek rumah kaca yang tinggi dari pada karbon dioksida. Insinerasisampah medisdan sampah sisa metabolisme manusia menghasilkan sisa pembakaran (abu) yang steril dan cukup aman bagi lingkungan dan kesehatan selama ditangani dengan baik. Volume sampah yang dibakar berkurang hingga sekitar 90%, sehingga banyak mengurangi penggunaan lahan untuk pembuangan sampah akhir.Argumen negatif insinerasi[ Abu ringan (fly ash) menjadi kekhawatiran penduduk lokal karena mengandung logam berat dan efeknya yang amat berbahaya bagi kesehatan. Masih terdapat kekhawatiran mengenai emisidioksindanfuranterutama dari insinerator tua. Insinerator mengemisikan logam berat sepertivanadium,mangan,krom,nikel,arsenik,merkuri,timbal, dankadmium. Terdapat alternatif teknologi selain insinerator, yaituMechanical Biological Treatment/Anaerobic Digestion(MBT/AD),Mechanical Heat Treatment(MHT),Autoclaving, atau kombinasi dari semuanya. Pengurangan sampah,penggunaan kembali, dandaur ulangharus diprioritaskan sesuai dengan tujuanhierarki sampahketimbang insinerasi yang seolah memberikan lampu hijau bagi pembuangan sampah. Di beberapa negara, desain bangunan insinerator sangat buruk dan merusak keindahan kota.