kajian tentang proses pembelian secara internet

Upload: zahirul-haq

Post on 20-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    1/10

    SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia

    1

    PENGGUNA BERINOVATIF DAN PROSES PEMBELIAN MELALUI INTERNET

    1 HASRUL NIZAM HALIM , 2ABDUL RAHIM ABU BAKAR,3 AIZA JASMI , 4 AHMAD FAREZ AHMAD FIZRI

    1 Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekatronik, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, 01000 Kangar, Perlis, Malaysia,[email protected]

    2 Institut Pembangunan Keusahawanan, Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah, Malaysia,

    [email protected]

    3 Pusat Pengajian Kejuruteraan Komputer dan Perhubungan, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, 01000 Kangar, Perlis,Malaysia,

    [email protected]

    4 Jabatan Pendaftar, Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia, 01000 Kangarm Perlis, Malaysia,[email protected]

    Abstrak - Pengguna berinovatif sering dikaitkan dengan kecenderungan atau tarikan seseorang individu terhadap suatuidea atau produk baru di pasaran di mana kecenderungannya didorong oleh kehendak pengguna untuk memperolehi

    produk tersebut lebih awal berbanding pengguna lain. Manakala proses pembelian melalui internet pula dianggap

    sebagai proses pembelian yang melibatkan aktiviti mencari maklumat, membuat perbandingan dan seterusnya membuat

    pembelian melalui internet. Kajian ini telah dibuat bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap inovatif seseorang

    pengguna dengan proses pembelian melalui internet di kalangan staf Pengurusan dan Profesional institusi pengajiantinggi awam di negeri Perlis. Tahap inovatif pengguna diukur dengan melihat 3 aspek dimensi yang terdiri daripada

    gelagat, budaya dan sikap. Proses pembelian melalui internet pula dikaji dengan melihat 3 aktiviti terdiri daripada

    mencari maklumat, membuat penilaian dan pembelian. Hasil kajian ini telah menunjukan hubungan tahap pengguna

    berinovatif dan pembelian melalui internet serta hubungan faktor latarbelakang pendidikan dalam meningkatkan tahapinovatif seseorang individu adalah signifikan.

    Kata kunci : Pengguna berinovatif dan proses pembelian melalui internet

    1. Pengenalan

    Pendekatan k-ekonomi dan e-bisnes yang diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun 1998 telah banyakmemberi peluang kepada pengguna di dalam membuat pembelian melalui internet. Ini kerana rangkaian

    yang ditubuhkan itu membolehkan pengguna menggunakan keupayaan perhubungan internet untuk

    memperolehi maklumat, rekabentuk produk dan berkaitan dengan pasaran. Keadaan ini dibantu denganpenubuhan beberapa syarikat yang berstatus Multimedia Super Corridor (MSC) yang menggunakan

    teknologi internet melalui Rantaian Nilai Perniagaan Elektronik (RNPE). Seterusnya memberi peluang

    yang baik kepada pengguna di Malaysia amnya kepada pengguna berinovatif.

    Penyelidikan ini cuba mengaitkan pengguna berinovatif dengan pembelian melalui internet. Ini

    disebabkan lebih banyak produk baru diperkenalkan dan dijual melalui internet berbanding produk yang

    ditempatkan di premis-premis perniagaan. Oleh yang demikian dengan adanya perniagaan melalui

    internet, sesetengah pengguna akan menggunakan internet sebagai medium untuk membuat pembeliansesuatu produk baru di pasaran dan proses pembelian yang akan dilakukan oleh pengguna adalah lebih

    mudah jika dibandingkan dengan cara tradisional. Pembelian secara konvensional atau tradisional

    memerlukan pengguna ke lokasi produk dijual dan melibatkan proses-proses pembelian yang lama.

    Penyelidikan ini mengaitkan hubungan tahap pengguna berinovatif dan proses pembelian internet denganmelihat kepada gelagat, sikap dan budaya seseorang pengguna untuk mendapatkan sesuatu produk baru

    dalam proses yang akan dilalui oleh pengguna berinovatif di KUKUM dalam membuat pembelian

    melalui internet. Proses pembelian sesuatu produk melalui internet akan melibatkan lima peringkatsebelum pengguna memilih untuk memiliki sesuatu produk.

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    2/10

    Halim H.N., Bakar A.R.A., Jasmi A., Fizri A.F.A

    2

    2. Ulasan Karya

    Pengguna berinovatif sering dikaitkan dengan seseorang individu yang cuba mendapatkan sesuatu

    produk, idea, servis dan praktis yang terkini dan yang baru lebih awal daripada orang lain. Midgley dan

    Dowling (1978), Goldsmith dan Hofacker (1991), Rogers (1971) melihat pengguna berinovatif sebagaisituasi di mana seseorang membeli satu produk yang baru lebih awal daripada individu lain.Terdapat tiga

    perkara penting menjadi pengukur tahap inovatif seseorang pengguna iaitu gelagat, sikap dan budaya.

    Joseph dan Vyas (1994) melihat kepada peranan latarbelakang individu yang mempengaruhi pemikiranindividu, persepsi dan sikap individu itu sendiri. Pengguna akan sentiasa terdedah untuk melihat sesuatu

    produk yang baru dan berkualiti seterusnya membuat penilaian terhadap perbezaan di antaranya. Rogers(1983) menyatakan bahawa individu akan mendapatkan sesuatu barangan atau produk berinovatif

    melalui komunikasikomunikasi melalui media, penjual dan maklumat formal yang lain samada daripada

    rakan-rakan ataupun sistem sosial yang lain dalam sesuatu masa. Webster dan Despande (1989) pula

    menyatakan individu di dalam organisasi akan terpengaruh kepada budaya sebagai satu set yangdikongsi dan difahami berkenaan fungsi sesebuah organisasi dalam mendapatkan sesuatu produk.

    Rogers (1983) dan Butler dan Peppard (1998), menyatakan proses pembelian sesuatu barangan bermuladaripada pengetahuan awal seseorang sehingga proses untuk mengambil atau mengabaikan barangan

    tertentu. Rogers (1983) melihat pemilihan sesuatu produk yang baru akan melibatkan lima tahap iaitupertama ialah pengetahuan di mana seseorang individu mengetahui kewujudan di samping memahami

    fungsi-fungsi pengetahuan yang dimiliki. Tahap kedua ialah pengaruh, iaitu pendekatan baik atau buruk

    terhadap inovatif yang dibangunkan atau dihasilkan. Tahap ketiga ialah membuat keputusan yang

    merupakan satu tahap yang diambil dan seterusnya akan menentukan penerimaan dan penolakan sesuatubarangan. Tahap keempat melibatkan pelaksanaan yang merupakan peringkat di mana produk inovatif

    diambil atau digunakan dan yang tahap terakhir ialah kepastian yang merupakan peringkat yang

    menyokong tindakan yang telah diambil. Pengguna kebiasaannya memerlukan banyak maklumatberkenaan sesuatu produk pada tahap ini (Bettman dan Surjan,1987).

    Untuk kegunaan masa depan, pengguna perlu mempunyai pengetahuan berkenaan sesuatu produk

    daripada pengambilan maklumat yang relevan (Selnes and Troye, 1989). Pengetahuan yang tinggiberkenaan sesuatu produk akan membolehkan pengguna memperolehi produk yang baik dalam peringkat

    akhir proses pembelian. Menurut Butler dan Peppard (1998), proses untuk mendapatkan maklumatberkenaan sesuatu produk timbul daripada kehendak terhadap sesuatu produk. Individu akan cuba

    mencari maklumat dan akan cuba menambah pengetahuannya terhadap barangan yang hendak dibeli.

    Tujuan utama seseorang individu mencari maklumat berkenaan sesuatu produk adalah untuk membuat

    perbandingan. Individu akan menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat produk disebabkan

    terdapat maklumat yang lengkap dan menjimatkan masa seseorang individu.

    Pada masa kini, kebanyakan pengguna menggunakan internet untuk mendapatkan atau melihat sesuatu

    produk baru di pasaran. Menurut Pew Internet & American Life Project Tracking Surveys (2004), pada

    kebiasaannya pengguna menggunakan internet untuk banyak tujuan seperti menghantar e-mel, mencarimaklumat, membuat penyelidikan sebelum membeli sesuatu barangan, membaca berita dan sebagainya.

    Proses-proses pembelian melalui internet mempunyai banyak kelebihan jika dibandingkan dengan

    pembelian yang berbentuk tradisional. Kotler dan Amstrong (1999) menyatakan pembelian melalui

    internet memberi kelebihan terhadap pengguna dari aspek mudah dan rahsia, di mana pembeli tidak perluberhadapan dengan jurujual dan orang lain.

    Kajiankajian yang lepas menunjukan, tahap inovatif seseorang pengguna adalah dipengaruhi oleh faktor

    demografi seseorang. Goldsmith et al. (1998) mejoriti golongan wanita lebih berminat kepada produk-produk pakayan terbaru berbanding golongan lelaki. Vrechopoulos et al (2001) dan Chang et al (2005) di

    dalam kajian mereka berkenaan dengan pembelian melalui internet, mendapati golongan lelaki lebihramai membuat pembelian produk-produk baru melalui internet berbanding dengan golongan

    wanita.Chang et al (2005) menyatakan dalam proses pengambilan sesuatu produk di internet, tidak

    terdapat hubungan yang tetap antara hubungan latarbelakang jantina dan tahap inovatif seseorang

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    3/10

    SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia

    3

    pengguna di mana nilai signifikannya sering berubah berdasarkan kajian dilakukan. Pendidikan pula

    mempunyai kaitan rapat dengan penerimaan sesuatu perkara yang baru, (Donnelly, 1970; Uhl et al.,

    1970; Labay dan Kinnear 1981; Kennickell dan Kwast 1997) menyatakan semakin tinggi tahap

    pendidikan seseorang, maka semakin tinggi penerimaan terhadap sesuatu inovasi yang baru.

    3. Metodologi

    Kajian lepas berkenaan pengguna berinovatif menyatakan terdapat hubung kait yang rapat antara sikap

    dan gelagat pengguna dalam pengambilan sesuatu produk baru di pasaran. Dalam masa yang samaterdapat penyataan yang memperlihatkan cara pengguna mendapatkan sesuatu produk baru di pasaran di

    mana pengguna akan melalui proses-proses tertentu di dalam pengambilan produk baru di pasaran. Bagipenyelidikan ini, populasi penyelidikan melibatkan 350 orang staf Pengurusan dan Profesional di Kolej

    Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) berdasarkan keupayaan capaian internet tinggi yang

    terdapat di lokasi kerja. Daripada kaedah persampelan sistematik, sampel sebanyak 175 responden telah

    dipilih untuk kajian ini. Maklumbalas yang diterima daripada sampel responden tersebut adalah seramai106 responden.

    Tiga instrumen berbeza digunakan dalam mengukur ketiga-tiga pembolehubah bersandar kajian. Dua

    instrumen telah dibangunkan oleh penyelidik dalam mengukur pembolehubah membuat penilaian dan

    pembelian.

    3.1 DominSpecific Innovativeness (DSI)

    Dominspecific Innovativeness merupakan satu skala yang menumpukan kepada sesuatu bidang ataupendekatan serta produk yang lebih khusus. Oleh yang demikian untuk mengkaji tindakbalas gelagat

    pengguna untuk mendapatkan sesuatu yang produk yang baru, penyelidik menggunakan skala yang telah

    dibangunkan oleh Goldsmith dan Hofacker (1991) dan menyesuaikannya dengan penyelidikan ini.Soalan penyelidikan terdiri daripada enam soalan yang menggunakan skala likert terdiri daripada lima

    tahap iaitu; sangat bersetuju, bersetuju, kedua-duanya tidak, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.

    3.2 Proses Pembelian Melalui Internet

    Untuk proses-proses pembelian, alat pengukur kajian untuk bahagian ini telah dibangunkan sendiri olehpenyelidik dengan memasukkan elemen-elemen proses pembelian. Proses pembelian melalui internet

    melibatkan instrumen mencari maklumat, membuat perbandingan dan membuat pembelian. Terdapat 14

    soalan yang telah dibahagikan kepada tiga proses utama di dalam pembelian iaitu; mencari maklumat

    membuat perbandingan dan membuat pembelian. Kesemua soalan mengunakan skala likert yang

    mewakili sangat bersetuju, bersetuju, tidak berkaitan, tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju.

    Manakala untuk pembolehubah tahap pengguna berinovatif, penyelidik telah mengambil dan mengubahinstrumen asal yang mana nilai Cronbach Alphamempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.

    3.3 Penggunaan Internet

    Alat pengukur kajian untuk bahagian ini dibangunkan sendiri oleh penyelidik, di mana penyelidik hanya

    ingin melihat kepada jumlah jam yang digunakan oleh responden untuk melayari internet dalam tempoh

    satu minggu. Penggunaan internet yang dimaksudkan adalah berkomunikasi seperti menghantar emaildan melayari internet untuk pendidikan dan sebagainya. Terdapat perbezaan yang ketara terhadap nilai

    alpha bagi instrumen kajian ini disebabkan instrumen kajian yang dibangunkan sendiri oleh penyelidik.

    Analisis reliabiliti terhadap instrumen yang telah digunapakai seperti digambarkan dalam Jadual 1 :

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    4/10

    Halim H.N., Bakar A.R.A., Jasmi A., Fizri A.F.A

    4

    Jadual 1 : Analisis reliabiliti

    Sebelum item

    digugurkan

    Selepas item

    digugurkanIntrumen

    Item Item

    Gelagat 5 .83 5 .83

    Sikap 5 .75 4 .74

    Budaya - - 2 .56

    Mencari Maklumat 3 .48 3 .48

    Membuat Perbandingan 3 .74 3 .74

    Membuat pembelian 6 .50 5 .65

    3.4 Pembangunan Hipotesis

    Daripada kajian lepas, didapati kebanyakan pengguna daripada golongan berumur mempunyai masalah

    untuk menggunakan teknologi baru dan mempunyai persepsi yang negatif terhadapnya. Faktor jantina

    pula mempengaruhi penerimaan teknologi seseorang. Secara khususnya golongan lelaki mempunyaikadar penerimaan teknologi komputer yang lebih tinggi berbanding golongan wanita. Dari aspek

    pendidikan pula didapati golongan berpendidikan universiti adalah lebih berinovatif dalam mendapatkan

    produk di internet. Kajian-kajian lepas menunjukkan pengguna internet yang mempunyai taraf

    pendidikan pada peringkat universiti mempunyai peratusan yang tinggi dalam proses mendapatkan

    produk baru di internet. Oleh itu, penyelidik menetapkan hipotesis penyelidikan seperti berikut.

    H1 Tahap pengguna berinovatif adalah dipengaruhi kepada latar belakang demografi seseorang

    H1(i) Tahap pengguna berinovatif adalah dipengaruhi oleh faktor jantina.

    H1(ii) Tahap pengguna berinovatif adalah dipengaruhi oleh latarbelakang pendidikan

    Pengguna secara kebiasaannya mempunyai sikap minat berbelanja untuk mendapatkan produk baru dipasaran. Selain daripada itu pengguna mempunyai gelagat untuk sentiasa bersaing bagi mendapatkanproduk baru lebih awal daripada orang lain. Oleh yang demikian, untuk menguji perhubungan tahap

    pengguna berinovatif dengan sikap dan gelagat, penyelidik telah menetapkan hipotesis seperti di bawah.

    H2 Tahap inovatif seseorang selari dengan gelagat dan sikapnya.

    Pengguna yang mempunyai keperluan untuk sesuatu produk yang baru akan melalui beberapa peringkat

    dalam proses pembelian di pasaran. Peringkat pertama ialah mencari maklumat, peringkat kedua ialahpenilaian daripada alternatif daripada maklumat yang diperolehi dan yang peringkat terakhir ialah

    membuat pemilihan untuk pembelian produk tersebut.

    H3 Pengguna berinovatif akan menggunakan internet untuk proses pembelian

    H3(i) Pengguna berinovatif akan menggunakan internet untuk mencari maklumat berkenaan

    sesuatu barangan

    H3(ii) Pengguna berinovatif akan menggunakan internet untuk membuat pernilaian terhadap

    barangan yang hendak di beli

    H3(iii) Pengguna berinovatif akan membuat pilihan dan membuat pembelian melalui

    internet.

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    5/10

    SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia

    5

    Rumusan pembolehubah dan hipotesis kajian yang telah dibangunkan telah dirumuskan di dalam

    kerangka penyelidikan yang dapat dilihat pada Rajah 1:

    Rajah 1: Kerangka Penyelidikan

    4. Analisis Dan Keputusan

    4.1 Tahap Inovatif Pengguna dan Latar Belakang Demografi

    Bagi menguji hipotesis H1(i), ujian Independent T-test telah digunakan. Daripada analisis Independent

    T-test yang telah dilakukan hasil analisis menunjukkan nilai P antara tahap pengguna berinovatif dan

    latarbelakang jantina adalah lemah iaitu .770. Ini menunjukkan tidak terdapat perhubungan antara

    kedua-dua pemboleh ubah, iaitu faktor jantina dan tahap pengguna berinovatif.

    Daripada analisis yang dilakukan, didapati tiada pergantungan antara tahap pengguna berinovatif dengan

    latarbelakang jantina seseorang. Ini menunjukkan faktor jantina tidak menyokong tahap penggunaberinovatif di kalangan responden. Jadual 2 menunjukkan analisis Independent T-test tahap pergantungan

    antara tahap pengguna berinovatif dengan latarbelakang jantina.

    Jadual 2: Independent T-test Tahap Pengguna Berinovatif dan Pergantungan Latarbelakang Jantina

    Jantina N Mean Std. t P

    Deviation

    Lelaki 47 2.9574 .63271 -0.01 .770Perempuan 59 2.9576 .64520

    P < 0.05

    Untuk menguji hipotesis H1 (ii), ujian ANOVA telah digunakan dan hasil analisis adalah seperti di

    Jadual 3.

    H3 (ii)

    H3 (iii)

    H3 (i)

    H2

    H1Proses PembelianMelalui Internet

    Demografi

    Membuat

    Penilaian

    TahapInnovativeness

    Mencari

    Maklumat

    Pembelian

    Gelagat

    Sikap

    Budaya

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    6/10

    Halim H.N., Bakar A.R.A., Jasmi A., Fizri A.F.A

    6

    Jadual 3 : Ujian ANOVA Tahap Pengguna Berinovatif dan Taraf Pendidikan

    Sum of df Mean F P

    Square Square

    Between Group 5.494 3 1.831 5.039 .003

    Within Group 37.065 102 .363

    Total 42.559 102

    P < 0.05

    Daripada analisis ANOVA, terdapat hubungan signifikan antara tahap pengguna berinovatif dengan tarafpendidikan iaitu .003 dan jumlah ini adalah kurang dari 0.05. Oleh yang demikian, terdapat sokongan

    yang kuat daripada pembolehubah latarbelakang pendidikan dalam menentukan tahap inovatif di

    kalangan responden.

    AnalisisDuncanmenunjukan taraf pendidikan lain-lain seperti diploma dan sebagainya mempengaruhi

    tahap pegguna berinovatif iaitu dengan nilai min 3.5. Manakala golongan pendidikan ijazah

    mempengaruhi tahap pengguna berinovatif dikalangan responden iaitu dengan nilai min 3.03. Ini dapat

    dirumuskan bahawa tahap inovatif seseorang pengguna adalah di pengaruhi oleh tahap pendidikan

    seseorang.

    4.2 Perhubungan Sikap dan Gelagat

    Untuk menguji hipotesis H2, perhubungan antara gelagat dan budaya, penyelidik menggunakan kaedah

    kolerasi dan hasil analisis yang didapati adalah seperti yang diterangkan di dalam Jadual 2 yang

    menunjukkan wujudnya hubungan yang signifikan dan positif antara sikap dan gelagat dalammempengaruhi tahap inovatif seseorang pengguna. Hasil analisis kolerasi Pearson mengenai

    pembolehubah sikap dan gelagat dalam menentukkan tahap inovatif seseorang, menunjukan min sikap

    ialah 3.70 dan nilai min gelagat ialah 3.17. Manakala (r =.404) dan signifikan (p=0.01). Walaupun

    mempunyai hubungan yang signifikan, hasil kolerasi ini menunjukkan terdapat perhubungan yang kuat

    antara sikap dan gelagat dalam menentukan tahap berinovatif seseorang pengguna. Oleh yang demikian,dapat dilihat terdapat hubungan yang kuat antara pemboleh ubah gelagat dan sikap dalam menentukan

    tahap pengguna berinovatif di KUKUM dan pemboleh ubah gelagat dan sikap adalah selari.

    Jadual 2 : Kolerasi antara tahap pengguna berinovatif dengan membua

    Pemboleh ubah Min sikap Min Gelagat r

    Hubungan sikap dan gelagat 3.70 3.17 .404**

    dalam menentukan tahappenggunna berinovatif

    **Kolerasi signifikan berada pada tahap 0.01

    4.3 Proses Pembelian Melalui Internet

    Bagi menguji hipotesis H3 (i), untuk melihat hubungan antara tahap pengguna berinovatif dengan prosespembelian produk melalui internet, kaedah analisis regrasi telah dilakukan. Hasil daripada analisis ini,

    terdapat hubungan signifikan iaitu sebanyak 9% (r2 = 0.086) daripada proses mencari maklumat di

    kalangan kakitangan KUKUM dapat diterangkan oleh gelagat, sikap dan budaya. Hasil hubungan tahapinovatif juga di sokong oleh analisis ANOVA yang menunjukkan nilai signifikan keseluruhan item

    kurang daripada 0.05 iaitu .026 dan nilai F ialah 3.214.

    Keputusan daripada jadual koeffisen menunjukkan bahawa faktor budaya mempunyai nilai Beta yang

    tinggi berbanding dengan item lain iaitu .220 dan mempunyai hubungan signifikan yang baik iaitu

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    7/10

    SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia

    7

    kurang daripada 0.05. Manakala terdapat hubungan signifikan yang negatif iaitu -.219 dengan aktiviti

    mencari maklumat. Jadual 3 menunjukkan hasil analisis regrasi bagi pengujian H3 (i).

    Jadual 3: Analisis Regrasi Tahap Pengguna Berinovatif Dan Mencari Maklumat

    Variable bersandar = Mencari maklumat melalui internetR = .294

    R2 = .086Adjusted R2 = .060

    F = 3.214 Sig = 0.026 n = 106

    p < 0.05

    Di dalam pengujian H3 (ii), penyelidik sekali lagi menggunakan kaedah analisis regrasi untuk mencari

    perhubungan antara pengguna berinovatif dan proses membuat perbandingan melalui maklumat yang

    didapati di dalam internet. Daripada analisis regresi yang telah dilakukan di dapati sebanyak 8% (r2 =

    0.080) daripada proses mencari maklumat di kalangan responden dapat diterangkan oleh gelagat, sikapdan budaya. Manakala hasil hubungan tahap inovatif juga di sokong oleh analisis ANOVA yang

    menunjukkan nilai signifikan keseluruhan .036 dan nilai F ialah 2.956.

    Daripada data yang di perolehi dapat disimpulkan wujud perhubungan yang kuat antara pengguna

    berinovatif dengan aktiviti membuat perbandingan melalui internet. Hasil regrasi juga menunjukkan

    terdapat hubungan signifikan antara gelagat dan membuat perbandingan melalui internet iaitu nilai Beta.218 dan nilai signifikan.039. Jadual 4 menunjukkan hasil analisis regrasi bagi pengujian H3 (ii).

    Jadual 4: Analisis Regrasi Tahap Pengguna Berinovatif Dan Membuat Perbandingan

    Variable bersandar = Membuat Perbandingan Melalui InternetR = .283

    R2 = .080

    Adjusted R2 = .053F = 2.956 Sig = 0.036 n = 106

    p < 0.05

    Selain daripada melakukan aktiviti mencari maklumat dan membuat perbandingan di internet, pengguna

    juga membuat pembelian melalui internet seperti yang dinyatakan di dalam hipotesis H3 (iii). Daripada

    analisis regrasi yang dilakukan untuk menguji H3 (iii) didapati terdapat hubungan signifikan antara tahap

    pengguna berinovatif dan membuat pembelian iaitu sebanyak 5% (r2 = 0.053) daripada proses membuat

    pembelian melalui internet di kalangan responden dapat diterangkan oleh gelagat, sikap dan budaya.

    Hasil hubungan keseluruhan tahap inovatif juga disokong oleh analisis ANOVA di mana nilai signifikan

    keseluruhan.135 dan nilai F ialah 1.891. Daripada analisis ini, dapat disimpulkan bahawa tiada sokonganantara pembelian melalui internet dan tahap pengguna berinovatif di kalangan responden kerana daripada

    nilai signifikan ialah .136.

    Pemboleh Ubah B Beta T Sig. T

    (Konstant ) 2.246 4.623 .000

    Gelagat -.209 -.219 -2.106 .038

    Sikap .011 .010 .100 .920Budaya .309 .220 2.314 .023

    Pemboleh Ubah B Beta T Sig. T

    (Konstant ) 2.669 5.289 .000

    Gelagat .215 .218 2.809 .039

    Sikap -.279 -.263 -2.527 .013

    Budaya .117 .080 .842 .042

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    8/10

    Halim H.N., Bakar A.R.A., Jasmi A., Fizri A.F.A

    8

    Walaupun pembelian produk melalui internet tidak menyokong tahap pengguna berinovatif, namun

    faktor budaya menunjukkan hubungan yang tinggi iaitu .163 dan nilai signifikanya ialah .096. Manakala

    gelagat mempunyai hubungan signifikan dengan membuat pembelian melalui internet dan iaitu lebih

    daripada 0.05. Jadual 5 menunjukkan analisis regrasi bagi pengujian H3 (iii).

    Jadual 5: Analisis regrasi tahap pengguna berinovatif dan membuat pembelian

    Variable bersandar = Membuat pembelian melalui internet

    R = .230R2 = .053

    Adjusted R2 = .025

    F = 1.810 Sig = 0.136 n = 106

    p < 0.05

    5. Perbincangan dan Kesimpulan

    Daripada kajian yang telah dilakukan ke atas pengguna berinovatif dan proses pembelian melalui internet

    di kalangan responden, beberapa aspek dapat dilihat. Dari segi maksud pengguna berinovatif, terdapat

    responden yang mempunyai ciri-ciri pengguna berinovatif di dalam kehidupannya yang mana ciri-ciritersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya faktor pendidikan. Ini jelas dinyatakan oleh Rogers

    (1983), di mana antara faktor-faktor yang paling mempengaruhi pengambilan produk baru di pasaran

    ialah ilmu pengetahuan. Ini menunjukan semakin tinggi tahap pelajaran ataupun pendidikan seseorangpengguna akan meningkatkan tahap inovatifnya.

    Selain daripada itu, sikap dan gelagat responden adalah selari dengan tahap pengguna berinovatif. Hurley

    dan Hult (1998) menyatakan tindakan budaya seseorang individu mempengaruhi pengambilan produkbaru di pasaran. Walaubagaimanapun, daripada kajian ini, faktor utama yang mempengaruhi pengguna

    berinovatif ialah faktor gelagat seseorang individu. Ini dapat dijelaskan bahawa faktor budaya tidak

    memainkan peranan di dalam menentukan tahap inovatif di kalangan responden yang dipilih.

    Dalam melihat hubungan antara pengguna berinovatif dengan pembelian melalui internet, dapatan data

    kajian menunjukan pengguna lebih gemar untuk membuat mencari maklumat melalui internet. Peratusan

    daripada kajian menunjukan pengguna lebih gemar untuk mencari maklumat melalui internet berbanding

    membuat perbandingan dan membuat pembelian. Hasil kajian ini juga secara langsung dapat membantupara peniaga di dalam penawaran dan pemasaran produk-produk baru pada masa hadapan. Kajian

    mengenai gelagat dan sikap pengguna di dalam proses pembelian internet perlu diberi perhatian pada

    masa akan datang kerana internet merupakan perantara yang berkesan di dalam memberi informasikepada pengguna. Ini dapat dilihat dengan pertambahan jumlah penggunaan internet pada masa kini.

    Daripada dapatan kajian yang di perolehi juga menunjukan pengguna berinovatif mempunyai cara baru

    untuk mendapatkan produk-produk baru di pasaran. Dapatan daripada kajian-kajian yang lepas

    menunjukan penggunna berinovatif hanya akan membeli produk terkini di kedai-kedai biasa dan prosespembeliannya adalah berbentuk tradisional yang memberi banyak kesan kepada pengguna seperti

    memerlukan masa yang lama dan sebagainya. Ini juga merupakan satu pendekatan yang berguna kepada

    para peniaga di mana penambahan maklumat produk-produk baru serta penawaran pembelian terus

    secara on-line dapat memudahkan proses pembelian produk.

    Bagi penyelidikan yang akan datang, beberapa perkara perlu dilihat kembali iaitu dari segi penggunaan

    teori-teori penyelidikan, penggunaan instrumen dan lokasi kajian. Teori adalah penting dalam memandupenyelidik untuk membuat kajian. Untuk penyelidikan ini, penyelidik menggunakan teori yang telah

    terbukti dan lama diperkenalkan dan digunapakai secara luas. Bagi penyelidikan yang akan datang

    Pemboleh Ubah B Beta T Sig. T

    (Konstant ) 1.810 3.916 .000

    Gelagat .128 .144 1.356 .178Sikap .012 .013 .123 .903

    Budaya .213 .163 1.681 .096

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    9/10

    SITMA 2006, 19-20 August, Terengganu, Malaysia

    9

    penyelidikan perlu menggunakan teoriteori pengguna berinovatif yang terkini, untuk menyesuaikan

    teori tersebut dengan keadaan semasa. Sementara untuk melihat keberkesanan penggunaan internet di

    dalam proses-proses pembelian, penyelidik harus membangunkan instrumen kajian yang dapat memberi

    kesan yang lebih baik terhadap nilai kebolehpercayaan. Diharap untuk penyelidikan yang akan datang,

    penyelidikan sedemikian perlu juga melihat kepada aspek lokasi kajian. Ini adalah kerana lokasi akanmemainkan peranan di dalam menentukan tahap inovatif seseorang pengguna. Penyelidik mencadangkan

    agar mengambil kira lokasi bandar dan luar bandar bagi tujuan perbandingan tahap inovatif pengguna.

    Rujukan

    Anderson, M.(2002). Cant Internet Support The Buying Process?: A Qualitative Study at Volvo Cars ,Handelshogskolan Vid Goteborgs University.

    Butler, P and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and Prospect, European

    Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 610.

    Bettman, J., & Sujan, M. (1987). Effects of framing on evaluations of comparableand noncomparable alternatives by expert and novice consumers. Journal of Consumer Research,

    No. 14, 141154.

    Cai, S and Jun, M. (2003).Internet users perceptions of the online service quality: a comparison of online

    buyer and informations search.Journal of managing services quality, Vol. 13, No.6, pp 504 519

    Chang, M.K., Cheung., W. and Lai, V.S.(2004). Literature Derived Refrence Models For Adoption ofOnline Shopping,Information and Managemant, Vol 42, pp 543-559.

    Donthu, Naveen, Garcia and Andriana. (1999).The Internet Shopper, Journal of Advertising Research,

    pp, 52-58.Fox, S. (2000).Trust and Privacy Online : Why Americans Want To Rewrite The Rules, Pew Internet and

    American Life Project.

    Hui, TK and Wan, D. (2004).The role innovativeness in adoption of internet shooping in singapore. Theinternet business review.

    Hartman, J and Gehrt, KC . reexamination of innovativeness in contex of the adolescent segment :

    Develop of a scale.

    Heijden, H.V.D., Verhagen, T and Creemers, M. (2001). Predicting Online Purchase

    Behavior:Replications and Test of Competing Models, Proceeding of the 34th Hawaii Internetionsl

    Conference on syistem Sciences.

    Hult, G.TM., Ferrell, O.C. and Schul, P.L. (1998).The Global Effect of Global Leadership on Purchasing

    Process Outcome,European Journal of Marketing, Vol.32, No.11, pp 1029-1050.Hurly, R.F., Hult, G.T.M. (1998).Innovation, Market Orentation and Organizational Learning: An

    Integration and Emperical Examination,Journal of Marketing, Vol.62, pp. 42-54.

    Hirschman, E.C. (1980).Innovations, Novelty Seeking, and Consumers Creativity,Journal of ConsumersResearch, Vol. 7.

    Gatignon, H. and Thomas, R. (1985).Propositional Inventory For New Diffusion Research, Journal of

    Consumer Research, Vol. 11, pp. 849- 867.

    Goldsmith, RE. and Hofacker, C.H. (1991).Measuring Consumers Innovativness. Journal of The

    Academy of marketing Scince, Vol 19, Number 3, p 209 221

    Goldsmith, RE and Flynn, LR. (1997).Theory and measurement of consumer innovativeness : Atransnational evaluation.Eroupean Journal of Marketing, Vol.32, p340 353.

    Goldsmith, RE and Flynn, LR. (1992).Identifying innovators in consumer product markets. Eroupean

    Journal of Marketing, vol 26, No 12, p 42 55.

    Goldsmith, RE and Goldsmith, EG. (2002).Buying apparel over internet. Jounal of prodct and brandmanagement, Vol.11, No 2, pp 89-102

    Goldsmith, RE; Beaudoin,P and Moore, MA. (1998).Young fashion leaders and followers attitude

    towards American and importance apparel. Journal of product and brand management, Vol. 7, No.3, pp 193 207.

    Goldsmith, RE, Moore, MA. and Beaudion, P. (1999).Fashion innovativeness and self concept : a

    replications,Journal of product and brand management, Vol. 8, No, 1, pp 7 18

    Gupta. G.H and Chao.P. (1997).Diffusion of Internet Technology. An Extension to The TechnologyAcceptance Model. MIS Quarterly, pp. 67-75.

  • 7/24/2019 Kajian Tentang Proses Pembelian Secara Internet

    10/10

    Halim H.N., Bakar A.R.A., Jasmi A., Fizri A.F.A

    10

    Jarvenpaa, S.L. Chrips, C.B., and Todd, P.A. (1997).Individual Differences and Internet Shopping

    Attitudes and Intentions,Journal of Consumers Research.

    Jarvenpaa, S.L and Tractinsky, N.(2000).Attitudes Towards Internet Shopping, Journal of Consumers

    Research, pp,54-60

    Kennickell, A. B. and M. L. Kwast ( 1997) Who uses electronic banking? Results from the 1995Survey of Consumer Finances, paper prepared for presentation at the Annual Meetings of the

    Western Economic Association, Seattle Washington

    Kotler, P. and Armstrong, G. (1999). Principles of Marketing, Prentice-Hall, New Jersey.Kirton, M. (1976). Adoptors and Innovators: A Descriptive and Measure, Journal of Applied

    Phychology, Vol 61, pp.622-629.

    Lawrence., E., Lawrence, J., Newton., S., Dann, S., Corbitt, B. and Thanasankit, T.(2003).InternetCommerce, John Wiley dan Sons, Australia.

    Lowengart, O. and Tractinsky, N. (2001).Differential Effect of Product Category on Shopper Selection

    of Web-Base Store: A probabilistic Modeling Approach,Journal of Electronic Commerce Research,

    and Vol.2.

    Mohd Salleh Abu and Zaidatun Tasir. (2001).Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer SPSS10.0, Venton Publishing, Kuala Lumpur.

    Midgley, D. and Dowling, R.G. (1978). Innovativeness : The Concept of Optimal Stimulations,

    Psychological Report, Vol. 1, pp. 27-33.Norusis, M.J. (2002). SPSS 11.0 Guide to Data Analysis, Prentice Hall, New Jersey.

    Phau, L and Poon, S.M. (2000) Factors Influencing The Types of Product and Purchased Over TheInternet,Internet Research: Electronic Networking Applications Policy, Vol. 10, pp. 102-113.

    Rowley, J. (1997).Focusing on Customers,Library Review, Vol. 46, No.2, pp. 81-89.Rogers, E.T. (1983).Diffusion of Innovations (3rded.), New York: Free Press. NY.

    Rogers, E.M. (1976).New Product Adoption and Diffusion,Journal of Consumers Research, Vol.2.

    Ranganathan, C. and Ganapathy, S.(2002). Key Dimension of Business-to-Web Site, Information and

    Management, Vol.39, pp. 457-465.

    Schwartz, RG and Teach, RD. University student e tailing: a marketing study at the enterproneurshipinterface.

    Selnes, Fred, and Troye, S.V.: Buying Expertise, Information Search, and Problem Solving.Journal

    of Economic Psychology 10 (1989): 411428.Shang, R.A., Chen, Y.C and Shen, L. Consumers Acceptance of Internet Shopping: Intrinsic Versus

    Extrinsic Motivations.

    Shiffman, L.G and Kanuk, L.L .(2000).Consumer Behavior. Prentice Hall, Upper Saddle River.Tuker, D. and Jones, L. (2000) Leveraging the power of the internet for optimal supplier sourcing.

    International Journal of physical distributions and logistic management, Vol. 30, No. 3, pp 255

    267.

    Robertson, T.S. (1986).The Process of Innovations and The Diffusion of Innovations, Journal of

    Marketing, Vol. 31, pp.14-19.Vrechopoulos, A.P., Siomkos, G.J., and Doukidis, G.I. (2001).Internet Shopping Adoption by Greek

    Consumers,European Journal of Innovation Management, Vol.4, No 3, pp 142-152.

    Ylikoski, T.(2005). A Sequence Analysis of Consumers Online Searches, Internet Research, Vol. 15,pp. 181-194.