kajian tempatan

10

Upload: ppgusmpapar

Post on 04-Jul-2015

9.534 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

rancangan mengajar ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian tempatan
Page 2: Kajian tempatan

TEMA 1:

RUMAH

SEBAGAI

KEPERLUAN

ASAS MANUSIA

Page 3: Kajian tempatan

UNIT1

SEJARAH AWAL

AKTIVITI

Klik salah satu menu di bawah

ini untuk mencapai :

Page 4: Kajian tempatan

Di manakah manusia

zaman dahulu tinggal ?

Mari kita lihat.

Tema 1 (Unit 1) : PERKEMBANGAN CORAK PETEMPATAN MANUSIA

Page 5: Kajian tempatan

Pada zaman dahulu manusia

hidup secara nomad. Mereka

hidup dalam kelompok

keluarga atau secara

kumpulan. Petempatan awal

mereka adalah di dalam

gua, persekitaran

gua, kawasan lapang, dan di

tepi sungai atau tasik.GLOSARI

Nomad ialah hidup berpindah

randah dari suatu tempat ke

tempat yang lain.

Persekitaran Gua Kawasan Lapang Pinggiran Sungai Menu

Page 6: Kajian tempatan

PERSEKITARAN GUA

Pada peringkat awal, manusia

telah memilih persekitaran gua

sebagai tempat tinggal.

Petempatan ini sesuai kerana

terdapat pelbagai tumbuh-

tumbuhan dan binatang yang

boleh diburu sebagai sumber

makanan. Gua yang terdapat di

situ pula dapat dijadikan tempat

tinggal dan perlindungan.

Antara petempatan awal manusia di negara kita termasuklah Gua Niah di Sarawak dan Gua Cha di Kelantan.

MenuPinggiran SungaiKawasan Lapang Pengenalan

Page 7: Kajian tempatan

KAWASAN LAPANG

Manusia zaman dahulu juga

tinggal di kawasan lapang.

Mereka mula bercucuk tanam.

Mereka juga masih berburu

binatang. Mereka telah membina

pondok-pondok sebagai tempat

tinggal. Pondok dibuat daripada

batang pokok dan daun-daun

pokok.

Di negara kita, antara petempatan awal manusia di kawasan lapang termasuklah Kota Tampan, Perak dan Tingkayu, Sabah.

MenuPinggiran SungaiPersekitaran Gua Pengenalan

Page 8: Kajian tempatan

PINGGIRAN SUNGAI ATAU TASIK

Selain persekitaran gua dan tanah lapang, petempatan awal

manusia ialah di pinggiran sungai atau tasik. Mereka boleh

mendapatkan sumber air. Selain berburu binatang liar dan

memungut pucuk-pucuk daun, mereka dapat menangkap

ikan. Mari kita lihat, bagaimanakah ikan ditangkap?

GLOSARI

Pinggiran Sungai

bererti Tepi Sungai

Di negara kita, antara petempatan awal manusia di pinggiran sungai atau tasik termasuklah Sungai Tembeling, Tasik Bera dan Tasik Chini, Pahang.

Pengenalan MenuKawasan LapangPersekitaran Gua

Page 9: Kajian tempatan

gua..tasik..

Uji Minda

Padankan

gua..tasik..

Menu Utama

Objektif

Page 10: Kajian tempatan

Apakah cara yang dijalankan oleh kerajaan untuk

memperkenalkan tempat-tempat peranginan di Malaysia-?

JAWAPAN

Kerajaan telah mengadakan promosi Tahun Melawat Malaysia setiap tahun.

Memasukkan segala maklumat tempat-tempat peranginan dalam laman web.