akademika 35 (julai 1989) 97-112 pengumpulan semula orang

16
Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang Asli di Betau: Satu Penelitian Ringkas Hasan Mat Nor ABSTRAK Artikel ini cuba membicarakan usaha menempatkan semula satu kumpulan Orang Aslidari kumpulan etnik Semai dikawasan Betau, Pahang. Sejumlah 286 keluarga terlibat dalam penempatan semula ini. Peserta-peserta dalam projek ini telah diberikan bantuan kewangan, perumahan dan juga tanah untuk diusahakan dengan tanaman getah. Mereka juga diberi binatang ternakan sebagai pendorong untuk menggalakkan mereka supaya mengubah cara hidup tradisional mereka kepada cara hidup yang lebih 'maju. Perbin- cangan dalam kertas ini akanjuga meneliti implikasi usaha pembangunan ini terhadap kehidupan masyarakat Semai tersebut setelah mereka dikumpulkan beramai-ramai dalam satu kawasan yang lebih kecil dan digalakkan pula meninggalkan cara hidup tradisi supaya mereka dapat dirangkumkan ber sama ke dalam arus pembangunan negara. ABSTRACT This article attempts to discuss the resettlement andregrouping of the Orang Aslifrom the Semai community in Betau, district of Kuala Lipis, Pahang. A totalof286families were involvedin this programme. The participants of this scheme were given financial assistance, housing and a small plot of land each for rubber planting. Theywerealso given animals to rear so as to encourage them to change their traditional way of life to one that is more 'advanced'. This paper will also examine the implication of this resettlement and regrouping programme on the lives of the Semai community after they have all been resettled in an area which was smaller than theirprevious kampungs andhave been encouraged to leave behind their traditional way of lifeso that they could be incorporated into the mainstream of national development. PENGENALAN Projek Penempatan Semula Orang Asli di Betau, Pahang merupakan satu daripada projek Pengumpulan SemulaOrang Asli di Kawasan Titiwangsa dan DARA yang terdapat dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Keempat (1981-1985). Kos projek inidianggarkanberharga $10.5 juta dan

Upload: others

Post on 05-Oct-2021

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Akademika 35 (Julai 1989) 97-112

Pengumpulan Semula Orang Asli di Betau:Satu Penelitian Ringkas

Hasan Mat Nor

ABSTRAK

Artikel ini cuba membicarakan usaha menempatkan semula satu kumpulanOrang Aslidari kumpulan etnik Semai dikawasan Betau, Pahang. Sejumlah286 keluarga terlibat dalam penempatan semula ini. Peserta-peserta dalamprojek ini telah diberikan bantuan kewangan, perumahan dan juga tanahuntuk diusahakan dengan tanaman getah. Mereka juga diberi binatangternakan sebagaipendorong untuk menggalakkan mereka supaya mengubahcara hidup tradisional mereka kepada cara hidup yang lebih 'maju. Perbin-cangan dalam kertas iniakanjuga meneliti implikasi usaha pembangunan initerhadap kehidupan masyarakat Semai tersebut setelah mereka dikumpulkanberamai-ramai dalam satu kawasan yang lebih kecil dan digalakkan pulameninggalkan cara hidup tradisi supaya mereka dapat dirangkumkan bersama ke dalam arus pembangunan negara.

ABSTRACT

This article attempts to discuss the resettlement andregrouping ofthe OrangAslifrom the Semai community in Betau, district of Kuala Lipis, Pahang. Atotalof286families were involvedin this programme. The participants of thisscheme were givenfinancialassistance, housing and asmallplotof land eachfor rubber planting. Theywerealso given animals to rear so as to encouragethem to change their traditional way of life to one that is more 'advanced'.This paper will also examine the implication of this resettlement andregrouping programme on the lives of the Semai community after they haveall been resettled in an area which was smaller than theirprevious kampungsandhave been encouraged to leave behind their traditional way oflifeso thatthey could be incorporated into the mainstream of national development.

PENGENALAN

Projek Penempatan SemulaOrang Asli di Betau, Pahang merupakan satudaripada projek Pengumpulan SemulaOrang Asli diKawasan Titiwangsadan DARA yang terdapat dalam Rancangan Pembangunan MalaysiaKeempat (1981-1985). Kos projekinidianggarkanberharga$10.5 juta dan

Page 2: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

98 Akademika 35

melibatkan 1,289 orang yang terdiri daripada 286 keluarga. Sejumlah2,860 ekar tanah telah disediakan untuk tujuan ini, dan daripada jumlahtersebut 572 ekar dijadikan kawasan perkampungan, 572 ekar kawasandusun dan 1,716 ekar untuk tanaman getah atau kelapa sawit.

Usaha untuk membangunkan Orang Semaikhasnya dan Orang Aslidi Malaysia amnya telah dilaksanakan dengan giatnya sejak tahun 1957lagi. Pembangunan tersebut adalah ditumpukan kepada memperbaikikeadaan sosio-ekonomi mereka yang dianggap ketinggalan jika di-bandingkan dengan kaum lain (Carey 1976: 331-333). Usaha ini menjadibegitu penting dan perlu disegerakan kerana kedudukan mereka yangstrategis kepada keselamatan negara. Pernah pada satu masa yang lalumereka ini diperalatkan oleh Pergerakan Komunis Malaya bagimendapatkan bantuan untuk kepentingan perjuangan menentangkerajaan (Carey 1976: 291). Jika sekiranya perhatian dan perlindungankepada Orang Asli tidak diberikan, kemungkinan mereka akan diseretsemula dalam Gerakan Komunis itu adalah besar.

Di samping itu juga pembangunan masyarakat Orang Asli ini menjadi perlu kerana hasrat kerajaan inginkan mereka diintegrasikan kedalam masyarakat Malaysia yang lebih besar. Hanya melaluipengintegrasian sahajaOrang Asli akan dapat diserapkan ke dalam sistemkebangsaan dan dengan itu mereka tidak lagi menjadi masyarakat yangterpencil dan terpisah daripada masyarakat Malaysia yang lain.Umumnya undang-undang negara juga telah menetapkan supaya OrangAsli turut diberikan kesempatan untuk menikmati faedah yangsamadarisegi hakdanpeluang seperti yang telah dikurniakan oleh undang-undangnegara ini kepada warga negara ini yang lain.

Juga adalah dipercayai pengintegrasian melalui pembangunan iniapabila dicapai akan melenyapkan konotasi 'kurang baik' yangdidokongoleh gelaran 'Orang Asli'. Pandangan rendah oleh kumpulan lain terhadapkumpulan tersebut, serta rasa rendah diri yang ada pada Orang Asli ituakan hapus apabila kedudukan sosio-ekonomi mereka setanding dengankaum lain. Kemajuan dalam taraf hidup mereka ini akan memberikanmereka keyakinan dan bangga diri untuk membolehkan merekaberganding bahu bersama rakyat Malaysia yang lain.

Justeru dari hasrat pembangunan yang demikian, perubahan-perubahan yang direncanakan haruslah menyentuh beberapa aspekkehidupan serta nilai-nilai hidup yang pokok dalam budaya Orang Asli.Usaha kerajaan memajukan Orang Asli ini yang disalurkan melalui sistempelajaran, kesihatan dan pembangunan ekonomi kini telah lebih sukuabad dilaksanakn. Namun perubahan yangmenggalakkan dalam bidangpelajaran dan ekonomi masih jauh daripada yang diharapkan. Bilangankaum Orang Asli yangmencapai taraf pelajaran yang tinggimasih terlalukecil untukdisebutkan sebagai contoh. Malah dalam bidang ekonomi jugabelum terdapat lagi Orang Asli yang berjaya. Hanya dalam bidang per-

Page 3: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Pengumpulan Semula 99

ubatan dan kesihatan sahaja kejayaan pembangunan dapat dibanggakan.Diharapkan dengan mengumpulkan semula Orang Asli ini ke dalam satukawasan maka usaha yag lebih efektif dapat dilaksanakan. Melaluipengumpulan dan penempatan semula beramai-ramai di sebuah kawasan,infrastruktur sosial dan kemudahan asas yang lain akan dapat disediakansecara lebih berkesan untuk mereka.

RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA

Rancangan pengumpulan Semula Orang Asli ini adalah satu programkomprehensif yang diperkenalkan pada awal dekat 80-an ini. Matlamatdasarnya ialah untuk mengintegrasikan dan mengasimilasikan Orang AsliMalaysia ke dalam aliran kehidupan masyarakat nasional melaluimemperbaiki taraf hidup mereka supaya sejajar dengan masyarakat lain.Melalui konsep Rancangan Pengumpulan Semula ini diharapkanpencapaian Orang Asli dalam pembangunan sosio-ekonomi akan dapatditingkatkan lagi. Falsafah Rancangan Pengumpulan Semula ini ialah"Keselamatan Melalui Pembangunan".

Rancangan Pengumpulan Semula ini adalah dipadankan daripadaProjek FELDAdengan menggunakan konsep pembangunan insitu. Denganpendekatan pembangunan yang demikian diharapkan Orang Asli akandapat menerima pembangunan itu secara lebih berkesan, kerana dasarrancangan ini ialah mengumpulkan mereka di kawasan-kawasan asalmereka, supaya mereka dengan mudah dapat menyesuaikan sekitaran itudengan kehidupan mereka, tanpa mengalami sebarang kejutan budaya(cultural shock). Di samping itu juga pengumpulan mereka beramai-ramaike dalam kawasan yang lebih kecil akan memudahkan pembinaaninfrastruktur dan menjimatkan kos pembangunan dan dengan itufaedahnya dapat dinikmati oleh kumpulan yang lebih besar. Di sampingitu juga tugas mengawal keselamatan di kawasan pedalaman akan menjadilebih mudah.

Rancangan Pengumpulan Semula untuk Orang Asli ini telahdirencanakan di dua buah kawasan iaitu Kawasan Titiwangsa danKawasan DARA. Sejumlah 7,390 Orang Asli di Perak, 3,409 orang diKelantan dan 13,768 Orang Asli di Pahang dijangka akan mendapatfaedah jika sekiranya rancangan ini berjaya.

RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA BETAU

Kajilidikan terhadap komuniti Semai yang terdapat di Betau ini telahdibiayai oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dan telah dijalankan dalamtiga tinjauan yang berasingan yang dibuat sepanjang tahun 1981-1982.Tujuannya adalah untuk melihat penerimaan komuniti Semai ini terhadap

Page 4: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

100 Akademika 35

Rancangan Pengumpulan Semula yang direncanakan itu di sampingmeneliti implikasi projek tersebut terhadap kehidupan tradisi mereka.Semasa berada di kawasan ini saya telah berpeluang menemuramah empatorang batin dan juga penduduk-penduduk di sini. Saya juga telah dapatmengumpulkan maklumat daripada pegawai-pegawai Jabatan Hal EhwalOrang Asli yang ditempatkan di Betau dan juga pegawai-pegawai yangtinggal di Kuala Lipis. Di samping itu beberapa orang awam yang kerapberhubung dengan Komuniti Semai di Betau ini juga sempat saya temui.Berbagai-bagai cerita yang menarik telah dapat saya kumpulkanberkenaan dengan komuniti Semai di Betau ini.

Rancangan Pengumpulan Semula Betau telah dimulakan pada akhirtahun 1979 dengan anggaran perbelanjaan yang berjumlah lebih $10 juta.Pegawai-pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah dihantar untukmemujuk penduduk-penduduk yang tinggal bertaburan dalam dua puluhbuah kampung di kawasan hutan seluas 9 batu persegi di sekitar lembahSg. Betau dan Sg. Jelai dalam daerah Kuala Lipis. Usaha memujuk merekasupaya meninggalkan kampung halaman asal mereka dan berpindah kekawasan Betau yang luasnya hanya 2,860 ekar itu bukanlah satu usahayang mudah. Berbagai-bagai teknik telah digunakan untuk mempengaruhimereka supaya menerima rancangan kerajaan ini. Sehingga masa kajianini dibuat masih ada kumpulan yang tidak pindah ke kawasan yangdisediakan dan masih mahu terus menetap di tempat asal mereka. Adajuga beberapa individu yang lari semula ke kampung lama mereka se-telah merasa kurang yakin dengan Rancangan Pengumpulan SemulaBetau itu.

Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli di Betau ini adalah salahsebuah daripada 25. buah skim Rancangan Pengumpulan Semula yangtelah dicadangkan di kawasan Titiwangsa. Bandar-bandar utama yangberhampiran dengannya ialah Raub, dan Kuala Lipis yang jaraknyamasing-masing di antara 40 dan 20 batu daripada Betau. Kawasanpenempatan yang paling hampir dengannya ialah felda sungai Koyanyang letaknya kira-kira 8 batu dari pusat Betau. Kita boleh sampai keRancangan ini melalui jalan raya dari Raub dan Kuala Lipis melalui FeldaSg. Koyan. Dari sini hanya kenderaan yang kuat seperti landrover dantrak sahaja yang sesuai digunakan untuk mendaki jalan tanah-merahdi lereng-lereng bukit yang sangat tinggi. Perjalanan sejauh lapan batudari Felda itu memakan masa hampir satu jam. Pada musim hujanjalan ini menjadi licin dan sangat berbahaya untuk dilalui. Di sampingjalan darat, Rancangan Betau ini boleh juga dihubungi melalui SungaiJelai dari Kuala Lipismelalui Kampung Kuala Medang. Jarak Rancanganini dari Kampung Kuala Medang ialah 13batu. Ada beberapa Orang Batindi Rancangan ini yang memiliki bot berinjin sangkut yang digunakanuntuk pengangkutan ke tempat tersebut. Umumnya Orang Semai di Betauinilebihbanyak menggunakansungai untuk mengangkut hasil hutan yang

Page 5: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Pengumpulan Semula jqj

mereka usahakan untuk dipasarkan keluar. Rancangan Betau ini jugadapat dihubungi melalui udara dengan menggunakan helikopter.

ASPEK PEMBANGUNAN

Pelan induk bagi pembangunan infrastruktur Betau ini telah disediakanoleh Unit Perancang Bandar, yang bertujuan untuk menjadikannyasebuah model penempatan desa yang serba lengkap dengan kemudahanasas seperti bekalan air, eletrik, hospital, pusat membeli belah, kawasanrekreasi, sekolah dan pusat pentadbiran. Ia juga akan dihubungkandengan kawasan-kawasan desa yang lain melalui jalan raya yang akandibina.

Kawasan Betau yang dicadangkan untuk dimajukan ini meliputikawasan seluas 7,539 ekar telah digezetkan sebagai Kawasan SimpananOrang Asli. Pendekatan pembangunan yang bersepadu telah dirancang-kan untuk kaum Semai yang ditempatkan di sini. Setiap keluargadiberikan duaekartanahuntukkampung, duaekar untuk dusun dan enamekar untuk tanaman getah atau kelapa sawit. Rumah-rumah jenis 'rumahmelati' untuk peserta juga didirikan. Pada masa kajian ini dibuat 70 buah'rumah melati' telah didirikan di 10 buah kampung. Tetapi projekmemajukan ekonomi seperti dusun dan kebun getah atau kelapa sawitbelum lagi dimulakan.

Untuk menggalakkan penduduk Semai daripada 20 buah kampung itumenyertai projek pengumpulan ini kerajaan telah memberikan merekabantuan kewangan sebanyak $100.00 sebulan kepada setiap keluarga dan$50.00 sebulan kepada setiap orang bujang yang menyertai projek iniuntuk enam bulan pertama. Selepas itu apabila tanaman kontan merekatelah mengeluarkan hasil bantuan bulanan ini akan dikurangkan kepada$50.00 untuk satu keluarga $25.00 untuk orang bujang sehinggalah projekekonomi untuk mereka mengeluarkan hasil. Di samping bantuan bulananini peserta Rancangan Pengumpulan Semula ini juga diberikan alat-alatpertanian seperti parang, kapak, cangkul serta benih-benih seperti benihpadi, jagung, pisang dan sayuran untuk mereka usahakan.

Untuk mengendalikan program Rancangan Pengumpulan Semula inipihak Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah menempatkan seramai empatpuluh orang kakitangannya di sini, termasuk tiga puluh empat orangpekerja tetap dan enam orang pekerja sementara. Pekerja-pekerja inidiketuai oleh seorang Pengurus, seorang Timbalan Pengurus, empat orangPegawai Luar Tingkatan Biasa, tiga orang Pembantu Luar Kanan, empatbelas orang Pembantu Luar Tingkatan Biasa, lima orang buruh am, duaorang tukang masak, empat orang buruh Pembasmi Malaria, dua orangpemandu bot, tiga orang pemandu kereta dan seorang bidan. Semuapegawai ini ditempatkan di sini supaya mereka mudah mengendalikan

Page 6: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

102 Akademika 35

urusan pembangunan. Di kawasan kediaman pegawai-pegawai inididirikan sebuah Pejabat Pentadbiran Rancangan Pengumpulan Semula,sebuah hospital, sebuah sekolah dan sebuah kedai runcit koperasi OrangAsli. Kawasan ini yang merupakan pusat Betau dan disediakan denganbekalan letrik dari sebuah penjana kuasa yang dijalankan dari pukul 7petang hingga 10 malam. Jika dilihat dari kemudahan yang sudah muladiadakan, Betau tidak lagi merupakan kawasan kediaman yang mundurdan terpencil, sebaliknya ia bakal menjadi sebuah petempatan yang modenwalaupun kedudukannya jauh di tengah belantara Titiwangsa.

Struktur Pentadbiran di Rancangan Pengumpulan Semula Betau inidibahagikan kepada enam bahagian iaitu:

1. Bahagian Pentadbiran2. Bahagian Perubatan/Kesihatan3. Bahagian Pelajaran4. Bahagian Pembangunan Ekonomi5. Bahagian Perhubungan dan Gerakan6. Bahagian Penyelidikan dan Perancangan

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai JHEOA yang ditempatkandi sini untuk mengawasi dan memajukan bahagian masing-masing. Dalamusaha mengumpulkan Orang Semai daripada 20 buah kampung yangbertaburan itu, pihak perancang telah mencadangkan untuk mengekalkankesedaran community service community farming, community ownershipdan semangat berdikari, Bagaimana kesemua ciri ini dapat dikekalkandalam persekitaran yang baru belum lagi dapat dipastikan.

Kampung-kampung asal yang memang berada dalam kawasan Betautetap kekal di tempat asal mereka, tetapi kampung-kampung yangdipindahkan ke dalam kawasan Rancangan Betau ini, (14 buah kampungterlibat untuk dipindahkan) terus diletakkan ke kawasan tebing-tebingsungai yang sama di mana kampung asal mereka didapati. Mereka jugadibenarkan mengekalkan nama asal kampung mereka di tempat yang baruini, disamping mengekalkan anggota asal mereka. Dengan cara ini tiap-tiap kelompok dapat mengekalkan identiti masing-masing.

IMPLIKASI RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA

Dalam menilai usaha Rancangan Pengumpulan Semula Orang Asli inibeberapa kesimpulan dapat dibuat. Pertama, kita dapati wujudnyaperkampungan Orang Semai yang tetap serta lengkap dengan rumah-rumah yang teratur susunan dan moden bentuknya. Justeru itu amalanhidup mereka yang kerap berpindah randah akan lenyap. Kemudahanyang disediakan untuk mereka itu akan menjamin keselesaan hidup. Disamping itu perubahan pada bentuk rumah dapat diperhatikan. Bukansahaja bahan binaannya lebih baik dan kukuh, malah konsep baru kepada

Page 7: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Pengumpulan Semula 103

penggunaan ruang turut diperkenalkan. Tiap-tiap rumah dilengkapidengan ruang-tamu, bilik tidur, ruang dapur dan tempat makan. Konsepruang-ruang yang khusus begini tidak pernah jelas dalam struktur rumahOrang Asli yang tradisional. Kesan daripada keadaan struktur rumahyang mengkhususkan ruang-ruang untuk sesuatu aktiviti sosial dalamkehidupan sehari-hari ialah lahir satu kesedaran tentang; de privacy.Rumah-rumah di Rancangan ini juga dilengkapi dengan tandas curahsupaya kebersihan dapat dijamin.

Kedua, Rancangan ini juga mengubah asas ekonomi mereka daripadapertanian pindah kepada pekebun-pekebun kecil. Justeru itu kehidupanmereka akan bertambah tersirat ke dalam ekonomi pasaran antarabangsa.Harga barang di pasaran antarabangsa akan banyak memberi kesankepada taraf kehidupan dan kadar pendapatan mereka. Selanjutnyakegiatan mereka bertanam padi huma dijangkakan akan merosot keranaterhadnya kawasan-kawasan yang dapat diusahakan untuk kegiatan itu.Pada masa kajian ini dibuat tidak ramai lagi yang mengamalkan aktivitiberhuma. Polisi menetapkan had luas tanah yang boleh dimiliki melaluiRancangan Pengumpulan Semula ini menyekat kebebasan merekameneroka tanah baru untuk kegiatan penanamaan padi. Usaha menamanberulang-ulang kali di satu dua tempat yang sama akan menyebabkan hasilkeluaran padi merosot kerana tanah tersebut hilang kesuburannya sabankali ia digunakan. Berkurangnya hasil daripada kegiatan ini telah me-lemahkan lagi semangat mereka untuk meneruskan kegiatan tersebut.

Sehubungan dengan ini, pergantungan mereka kepada pengeluaranhasil hutan juga telah berkurangan. Hal ini berlaku kerana kawasan hutantempat mereka bergerak itu sudah dihadkan. Setiap kali mereka hendakkeluar daripada kawasan Rancangan Betau untuk masuk ke kawasanhutan yang lebih jauh, mereka terlebih dahulu perlu memaklukkan tujuanmereka itu kepada pihak keselamatan. Dengan cara ini pergerakan merekamenjadi terkawal. Kerap kali juga mereka diarahkan supaya menghindarikawasan hutan tertentu kerana di situ sedang diadakan rondaankeselamatan. Dengan cara begini kegiatan mereka untuk mengeluarkanhasil hutan itu menjadi lebih rumit. Implikasi daripada tekanan beginiserta-ditambah pula oleh kepadatan penduduk yang lebih tinggi sementaraluas ruang hutan yang boleh mereka teroka menjadi lebih kecil danhasilnya yang dapat dikeluarkan menjadi lebih kecil. Keadaan inimemaksa Orang Semai untuk terus bergantung kepada bantuan kerajaansemata-mata. Pada hemat saya kesan jangka panjang daripada RancanganPengumpulan Semula ini terhadap kehidupan Orang Semai di Betau ialahia akan menghadkan kegiatan ekonomi mereka kepada penghasilansumber sahaja untuk menyara kehidupan. Hal ini akan menyebabkanpemakanan mereka merosot, kerana sumber alam semula jadi sepertihidupan liar yang selama ini banyak didapati turut musnah bilakeseimbangan hutan itu dicemari oleh projek pertanian moden. Pupusnya

Page 8: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

104 Akademika 35

sumber alam ini bererti pupusnya juga kekayaan Orang Asli yang selamaini mereka- miliki dan nikmati. Apakah kualiti perubahan yangdirencanakan itu sebenarnya menjamin keselesaan hidup Orang Asli?Hanya masalah yang akan menentukan jawapannya.

Ketiga, tradisi hidup mereka yang gemar tinggal berasingan dalamkumpulan kecil akan lenyap, kerana polisi Rancangan PengumpulanSemula ini menggalakkan mereka tinggal beramai-ramai di dalam sebuahkawasan. Dengan cara yang demikian usaha memajukan mereka menjadilebih mudah dan ekonomi. Kawasan tempat tinggal mereka itu juga dapatdilengkapkan dengan sistem perhubungan yang lebih baik dengankawasan-kawasan lain. Keadaan ini bukan sahaja memudahkan merekamembawa hasil usaha mereka keluar untuk dipasarkan, malah akanmendedahkan mereka dengan lebih luas lagi kepada pengaruh-pengaruhdan anasir-anasir dari luar yang tidak semestinya akan membawa kesanyang positif sahaja.

Keempat, Rancangan ini juga akan menyediakan bekalan letrik danair untuk kegunaan rumahtangga Orang Semai di Betau. Ini akan dapatmengawal kemungkinan timbulnya sebarang wabak yang berpuncadaripada penggunaan air yang kurang bersih. Dengan adanya bekalanelektrik, mereka akan berpeluang menggunakan alat-alat seperti televisyendan peti ais pada masa akan datang. Pada masa kajian ini dibuat telah adalima keluarga yang memiliki televisyen yang menggunakan kuasa bateri.

Kelima, dengan adanya sebuah hospital desa yang dikendalikan olehbeberapa orang kakitangan JHEOA, keadaan kesihatan penduduk di sinibukan sahaja akan dapat diperbaiki malah pengawalan penyakit danrawatan dapat diberikan dengan segera. Pendedahan kepada sistemperubatan yang lebih moden akan memberikan kesan yang baik kepadakesihatan dan kadar pertumbuhan penduduk. Diharapkan nanti bukansahaja jumlah penduduk itu akan bertambah tetapi juga kualiti kesihatanmereka akan manjadi lebih sempurna. Penyakit kulit seperti panau, kurapdan penyakit-penyakit lain seperti lelah, batuk kering dan malaria tidakakan menjadi masalah kepada kehidupan mereka pada masa akan datang.Kewujudan sekolah yang dilengkapkan dengan kemudahan serta guru-guru yang lebih baik diharapkan akan dapat memberi kesan yang positifkepada kejayaan akademik generasi Semai masa hadapan. Anak-anakOrang Semai tidak lagi perlu berulang jauh dari rumah ke sekolah sepertipada masa lalu kerana sekolah di Betau ini telah dilengkapkan denganasrama dan semua pelajarnya diberikan sarapan dan makanan tengah haridengan percuma dan dengan ini mereka akan menjadi lebih rajin dan tekunbelajar. Adalah diharapkan supaya guru-guru di sekolah ini dapatmendedahkan pelajar-pelajar ini kepada sekitaran yang lebih luasdaripada alam tempat tinggal pelajar itu sendiri. Pendedahan ini akandapat mengubah sikap dan pandangan hidup pelajar itu untuk berusahamemperbaiki keadaan hidup mereka.

Page 9: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Pengumpulan Semula

PERUBAHAN PADA POLA HUBUNGAN SOSIAL

Umumnya bilasahajaalamsekitaransesuatu komuniti itu diubahataupunberubah sama ada dengan sengaja oleh manusia atau akibat perubahanyang berlaku pada alam itu sendiri, dan ini diikuti pula oleh perubahanpada aktiviti dan teknik kerja maka dengan sendirinya pula pola-polahubungan sosial yang sedia wujud di kalangan komuniti' itu juga akanturut berubah. Hal ini berlaku kerana manusia perlu mencipta strategiyang sesuai untuk terus dapat mengadaptasikan diri mereka kepadasekitaran yang baru itu bagi menjamin penerusan kewujudan mereka(Jochim 1981). Keadaan yang sama berlaku bila sahaja RancanganPengumpulan Semula Orang Asli dilaksanakan. Pola hubungan sosialtradisional mereka mula tergugat. Misalnya, seorang batin itu mulamerasakan kewibawaannya dalam kelompok yang dipimpinnya mulamerosot. Kewibawaan seseorang puyang juga mula tergugat bila sistemperubatan moden berpeluang menorobos wilayah wibawanya danmencabar monopolinya selama ini. Kedua-dua pendokong status inimerasakan kini telah wujud satu kuasa lain dari luar yang mengawal danmembuat keputusan serta mempengaruhi kehidupan komuniti yangmereka pimpin. Pandangan mereka tidak menjadi buah pendapat yangmutlak lagi. Anak buah yang mereka pimpin kini boleh merojok kepadaagen-agen dari luar komuniti mereka untuk nasihat dan bantuan.Ringkasnya 'autonomi' yang selama ini mereka nikmati mulai lenyap.

Orang Semaidi Betau sebenarnyamerasakan tidak enak bila merekadikumpulkan beramai-ramai di dalam sebuah kawasan. Apatah lagi bilamereka yang dipindahkan ke Betau itu melihat Betau sebagai daerahtradisi atau 'saka' yang telah dimiliki oleh kelompok lain. Dan merekayang memang berasal dari Betau pula melihat kumpulan yangdipindahkan itu sebagai pendatangyangkini diberi kuasa oleh Kerajaanuntuk mewarisi daerah yang selama ini mereka miliki. Rasa tidak puas hatiantara kedua belah pihak ini telah banyak saya dengar. Mereka bimbangperselisihan faham mungkin akan terjadi bukan sahaja kerana persoalanhak warisan tetapi juga kerana kontak antara merekamenjadi lebihkerapdan juga kerana terdapatnya ragam perangai yang bermacam-macammaka pergaduhan sukar dihindarkan. Mungkinsituasi begini akan dapatmenguji tesisDentan (1968) terhadap Komuniti Semai yang dikatakannyanon-violent itu. Seorang Batin di sini telah meruinuskan pendapatnyadengan kata-kata "hidup berkumpul begini bukan mendatangkankesenangan dan kemudahan tapi menyusahkan sebab bila dah ramaimacam-macam kelakuan ada." Pandangannya ini jelas membayangkankekhuatirannya tentang kemungkinan terjadinya perselisihan faham danpergaduhan pada masa akan datang jika sekiranya tidak ada sebaranglangkah positif dibuat untuk membenteras kemungkinan-kemungkinanini.

Page 10: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

106 Akademika 35

Perubahan dalam aktiviti ekonomi juga membawa kesan kepada ke-sepaduan hubungan dalam kelompok komuniti Semai. Kegiatan kehidupanyangdilakukan bersamasepertimemburu, mencari rotan dan gaharu sertaberladang padimulaberkurangan bila kawasankegiatanmerekamenjaditerhad. Dengan bertambahnya pergantungan mereka kepada bekalan ma-kanan dari luar,dan sukarpulamendapatkan wang maka amalanberagih-agih makanan mula berkurangan. Ini mungkin berpunca daripada sikapmereka terhadap sumber makanan itu sendiri. Mereka berpendapat hasildaripada hutan itu adalah milikkomuniti, justeru itu bila mereka berjayamemperoleh tangkapan darihutanhasilnya mereka kongsi bersama. Tetapibarang-barang yang mereka beli dari pasar adalah milik individu. Jikabarang itu tidak dikongsikan tidak akan menimbulkan sebarang tekanansosial kepada diri individu itu. Implikasi daripada sikap begini ialahapabila lebih erat pergantungan mereka kepada pasar untuk sumbermakanan, maka akan menjadi lebih renggang pula kesepaduan hidupberkelompok mereka kerana bantuan daripada anggota kelompok itutidak diperlukan lagi untuk menolong mereka memperoleh bahan-bahanmakanan itu.

Rancangan Pengumpulan Semulaini juga telah mendedahkan OrangSemai kepada orang luar. Selain daripada pegawai-pegawai JHEOA yangditempatkan di sini, ramai juga terdapat pekerja balak, pekerja jabatanukur, pekerjajabatan hutan dan anggota pasukan keselamatan tinggaldisini. Orang luar juga sering datang untuk berniaga dengan Orang Semaidi sini. Kehadiran orang-orang luar yang bukan Semai yang ramai inimencemaskanmereka, kerana mereka menganggap orang-orang ini bolehmelakukan sesuatu terhadap diri mereka. Tidak semua orang luar itudapat mereka anggap sebagai orang baik dan tidak jarang pula orang-orang ini menimbulkan masalah kepada ketenteraman hidup mereka.Pendeknya mereka merumuskan orang luar itu sebagai pendatang yanglebih banyak menyusahkan. Mereka khuatir anak isteri mereka akandiganggu. Pandangan ini telah disuarakan oleh kesemua batin yangditemui. Kenyataan kebimbangan batin-batin ini sukar ditolakkebenarannya bila kitaselidiki pandangan dan sikap orang-orang luar initerhadapOrang Semai. Ramai daripada orang luar ini yangberanggapan"nak dapat anak gadisorang aslibukanlah susah sangat, kalau kita beranikitaboleh cuba. Diaorang tak berani buatapa." Pendirian dan sikap sertapendapat demikian jelas menunjukkan keangkuhan orang-orang tersebutyang mempunyai pandangan yang negatif terhadap Orang Asli. Merekaberanggapan Orang Asli itu lemah, bodoh dan tidak berani bertindak.Lagipula kesalahan-kesalahan tersebut dapat dengan mudah diselesaikandengan membuat bayaran kepada keluarga itu melalui batin, dan kadarbayaran ini dianggap kecil. Mereka tidak bimbang akan kemungkinankesalahan itu dibawa kemuka pengadilan kerana selalunya pihak keluargadan batin akan menyelesaikan sebarang pertikaian itu mengikut tradisi.

Page 11: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

107Pengumpulan Semula

Pihak JHEOA juga lebih suka jikaadaisu-isu demikian diselesaikan secaraaman dan senyap-senyap tanpa melibatkan mahkamah. Mengikut pendapat batin-batin itu sebarang pertikaian itu akan dibawa ke tengah hanyaapabila orang yang terlibat enggan membuat penyelesaian secara damai.

Pandangan mereka terhadap orang luar khususnya Orang Melayuyang mereka panggil 'gob' juga memberi kesan kepada cara tindak-tandukmereka dalam berinteraksi. Di sini saya petik pendapat seorang batinterhadap Orang Melayu. Katanya: "Sen oi tak boleh rapat dengan gob,takuttulah. Sebab gob inilebih tinggi (mulia), kerana gob percaya kepadatuhan. Gob bersunat dan bersuci-jadi bersih. Senoi tidak. Sebabitu orangSen oikutor, tidak boleh lebih daripada orang suci - tulah. Kalau nak jadigob mesti bersunat dan bersuci. Tak boleh hidup cara Sen-oi." Daripadakenyataan ini dapat kita simpulan wujudnya rasa rendah diri Orang Semaibila berinteraksi dengan Orang Melayu.

Pentingnya konsep tulah ini dalam hubungan mereka dengan orangMelayu menyebabkan mereka selalu mengalah dan tidak melawan.Mereka bimbang apabila mereka melawan penderitaan mereka akanmenjadi lebih hebat lagi. Rasa takut kepada tulah dan percaya OrangMelayu itulebih tinggi (mulia) menjadikan sikap mereka pasif bila bersuadengan masalah yang berkait dengan Orang Melayu. Oleh sebab itumereka lebih suka mengalah atau pun terus mengelak daripadamempunyai hubungan yang rapat dengan Orang Melayu. Hubungan yangrapat dengan gob hanya akan terjalin apabila mereka sudah benar-benarkenal dan percaya akan ketulusan hati gob itu. Selagi mereka mempunyaisyak wasangka terhadap mana-mana gob, mereka lebih suka mengelakdari berinteraksi.

Sikap rendah diri danditambah pula dengan rasa tidak faham. tentangapa yang sedang berlaku kepada kehidupan mereka dan apa pula yangakan terjadi pada masa hadapan menyebabkan Orang Semai di Betaumerasa sangsi dan khuatir terhadap kehidupan mereka. Mereka tidakfaham mengapa kehidupan mereka perlu diubah sedangkan perubahansedemikian rupatidak pernah mereka pinta. Mereka tidak merasakan carahidup yang mereka amalkan itu menyulitkan dan perlu diubah. Peristiwadipindahkan beramai-ramai itu ke suatu tempat baru bukanlah perkarayang asing bagi mereka, kerana pengalaman pahit ini masih jelas dalamingatan sebilangan besar daripada mereka. Mengikut cerita daripadamereka ini pada masa Jepun dan masa dharurat dahulu mereka telahdiarahkan berpindah beramai-ramai ke Bukit Betong. Ramai daripadamereka yang mati sakit dan kebuluran. Mereka berpendapat hidupberkumpul begitu tidak mendatangkan kesenangan dan kemudahan. Kiniperpindahan beramai-ramai itu berulang lagi. Mereka khuatir kalauprojek ini gagal mereka akan diarahkan berpindah lagi. Kata mereka,"Hidup kami sentiasa dihukum; kerajaan selalu sahaja buat hukum(perintah) bukan untuk senangkan kami tapi untuk persusahkan, sekejap

Page 12: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

1QQ

Akademika 35

begitu sekejap begini, hinggalah nak cari makan dalam hutan pun dahsusah. Lawok (lauk) pun sekarang dah payah nak dapat sebab sekaranghutan bukan kita punya lagi, tapi kerajaan punya. Yang kita tahu di zamantok nenek kita hutan itulah kita punya. Tapi sekarang ini nampaknyaorang bandar pula yang punya hutan. Dia hukum kita."

Sikap dan pandangan yang dilahirkan oleh Orang Semai inimempunyai implikasi terhadap kekesanan dan kejayaan RancanganPengumpulan Semula ini. Rasa tidak faham perlunya pembangunan inidilaksanakan untuk mereka serta bimbang pula akan dikerah untukberpindah lagi melemahkan semangat mereka untuk berusaha sepenuhnyadalam menjayakan projek tersebut. Keadaan ini menjadi lebih buruk bilapegawai-pegawai yang ditugaskan menjayakan projek ini tidak mendapatlatihan yang cukup serta kurang dedikasi terhadap bidang yang merekatadbirkan dalam projek pembangunan itu. Dari pemerhatian yang sayaperolehi semasa penyelidikan ini dibuat kebanyakan interaksi dalammembimbing orang Semai ini lebih banyak berupa arahan dan perintahdaripada membimbing serta tunjuk ajar dengan memberikan contoh-contoh yang dapat mereka tauladani. Apabila mereka tidak fahambagaimana sesuatu kerja itu harus dibuat biasanya mereka engganmelaksanakan kerja tersebut dan kerana sikap yang begini merekadianggap degil dan pemalas. Ekoran daripada pandangan yang beginiterhadap Orang Semai itu, maka pegawai-pegawai tersebut mula tawarhati dan enggan bekerja lebih giat supaya projek itu berjaya. Rasa kecewapada hati pegawai-pegawai ini melemahkan semangat mereka untukmenjadi lebih dedikasi kepada tugas mereka. Sebarang kerja yang dibuatakan menjadi seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

PERUBATJAN PADA POLA HUBUNGAN DENGANSEKITARAN FIZIKAL

Rancangan Pengumpulan Semula ini menjadikan hutan belantara yangpada satu ketika dahulu menjadi tabir melindungi Orang Asli ditembusioleh pembangunan dan perubahan yang akan menenggelamkan ciri-ciritodisional hidup mereka setelah proses integrasi yang direncanakan itumenghasilkan kejayaan. Dalam proses ini pola hubungan mereka denganalam sekitaran fizikal turut berubah.

Umumnya bagi Orang Semai tanah 'tei' bukanlah milik individu tapimilik bersama anggota komuniti mereka. Tidak ada sesiapa pun yangberhak mengakm 'tei' milik peribadinya. Seperti kata Dentan (1968 80)™TW anfKa °rang STai ini dengan 'tei' bukan merupakan ikatan hakmihk tapi lebih merupakan ikatan sentimen. Yang mereka miliki hanyalahtumbuhan atau tanaman yang mereka usahakan atas tanah itu TetaniSEf TT PfngUmpulan Semula ini Onmg Semai akan menjadipemilik tanah. Keadaan mi akan menimbulkan masalah pada masa

Page 13: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Pengumpulan Semula 109

hadapan kerana Orang Semai belum lagi mempunyai undang-undangperwarisan yang bersangkut dengan harta tak alih seperti tanah dan rumahSesuatu langkah haruslah dibuat dari sekarang supaya sistem perwarisanyang bakal diterima oleh masyarakat iriitidak menimbulkan kesan negatifkepada taraf ekonomi tanah tersebut, dan tidak pula menimbulkansebarang kerumitan kepada anggota bakal pewaris. Justeru itukesepaduan komuniti dan kesepaduan keluarga dapat diteruskan.

Implikasi selanjutnya akibat daripada wujudnya hak milik tanah se- -bagai milik peribadi ini ialah pada masa akan datang masyarakat Semaiakan menjadi masyarakat yang berkelas. Akan wujud kumpulan yangberharta dan tidak berharta. Akan lahir kelompok tuan tanah dankumpulan yang tidak bertanah kerana berlaku proses jual beli dan tanahpula adalah sumber alam yang terhad. Kawalan dari sekarang haruslahdiwujudkan supaya distribusi sumber alam ini dapat diagihkan denganadil. Kawalan juga haruslah dibuat supaya tanah Orang Semai ini tidakjatuh ke tangan orang-orang luar pada masa hadapan. Pandangan saya iniadalah merupakan pendapat yang harus kita fikirkan dan rencanakansupaya pembangunan yang kita laksanakan hari ini tidak menjadi bebankepada Orang Semai pada masa hadapan. Pembangunan ini harus dapatsustained kesejahteraan hidup masyarakat tersebut pada masa hadapan.Sedapat mungkin kita tidak mahu pembangunan itu terus menerusmelahirkan masalah dalam kehidupan mereka.

Orang Semai juga mempunyai persepsi tertentu tentang alam sekitaranfizikal mereka. Kepada mereka kampung halaman asal (saka) (Carey 1976:142) itu mempunyai ikatan simbolis dan emosional juga mempunyaipotensi ekonomi untuk kegiatan bertani bagi menjamin keperluan hidupmereka. Kawasan saka ini juga menetukan wilayah di mana kelompokitu berhak memburu, menangkap ikan dan memungut hasil hutan. Iamerupakan warisan tinggalan nenek moyang mereka. Di sini juga telahtumbuh pokok buah-buahan yang mereka warisi dan pada setiap musimmengeluarkan hasilnya untuk mereka nikmati. Perpindahan ke kawasanbaru yang bukan berpunca daripada masalah alam fizikal tempat asalmereka adalah merupakan tindakan yang tidak bijak. Tambahan pulaBetau tempat yang dituju itu adalah 'kawasan orang.' Namun demikianhidup berpindah-randah bukanlah perkara yang asing bagi Orang Semai(Dentan 1968: 40-47; Carey 1976: 142). Mereka hanya berpindah kekawasan baru dalam wilayah 'saka' mereka bila sahaja tanah yang merekausahakan menjadi kurang subur, tetapi mereka akan kembali semula kekawasan pertama bila kesuburan tanah itu telah pulih semula. Tetapiperpindahan mereka ke Betau ini bukanlah kerana keperluan pertanianatau kerana kesuburan tanah di situ telah pulih, sebaliknya perpindahanini adalah kerana kehendak kerajaan.

Mengikut pendapat Orang Semai yang telah dipindahkan ke Betau ini'ruang hidup' mereka telah menjadi sempit bukan sahaja kerana mereka

Page 14: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

110 Akademika 35

telah dikumpulkan beramai-ramai ke dalam satu kawasan tetapi jugakerana pergerakan mereka menjadi terhad. Kadar kepadatan merekadalam satu persekitaran ekologi itu telah meningkat. Kesannya merekatelah mengalami kekurangan sumber hutan untuk dieksploit bagimemenuhi keperluan hidup. Seperti kata seorang Batin, "Di sini semuapun susah. Padi pun tak jadi, lawok pun dah lari jauh ke utan. Sungai pundah ta'adaikan, sebab semua orang pun cari ikan di sini. Nak pergi ke utankena mintak kepada pegawai dulu. Kadang-kadang dibagi, kadang-kadang tidak. Kita ini orang ukum." Persepsi negatif Orang Semaiterhadap keadaan hidup di Rancangan Pengumpulan Semula ini perludiperbaiki dengan segera supaya tidak menelurkan sikap yang negatifterhadap rancangan pembangunan ini. Pegawai-pegawai yang terlibatharuslah menjadi lebih sensitif terhadap masalah yang dirasakan olehOrang Semai ini dan berikhtiar untuk meringankan tekanan yang merekarasakan. Keperitan hidup yang mereka rasakan akan menyebabkanmereka menolak perubahan.

MASALAH MENJAYAKAN RANCANGAN

PENGUMPULAN SEMULA

Pada mula rancangan ini diwujudkan sambutan dari penduduk OrangSemai sangatlah menggalakkan. Mereka terpesona dengan janji-janji yangtelah dibuat oleh pihak kerajaan. Tetapi setelah melibatkan diri dalamprojek tersebut mereka segera merasa kecewa kerana setelah sahaja enambulan berada di Betau bukan sahaja bantuan kewangan yang diberikanoleh kerajaan dipotong daripada $100.00 kepada $50.00 untuk setiap keluarga, tetapi juga tanaman kontan yang diharapkan dapat mereka pasar-kan untuk menampung hidup telah tidak berhasil. Keadaan kehidupanjuga menjadi bertambah rumit. Di samping itu janji seperti menyediakanrumah pemberian tanah dusun dan tanah pertanian juga sangat lambatdilaksanakan. Mereka ternanti-nanti akan kesenangan yang dijanjikan itu.Dalam hal ini pihak JHEOA tidak boleh disalahkan kerana Jabatan inikurang mendapat bantuan dan kerjasama dari Iain-lain agensi kerajaan.Sebagai contoh Jabatan ini kadang-kadang terpaksa menanti begitu lamauntuk mendapat kebebasan tanah dari pejabat tanah atau pejabatkerajaan negeri. Agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan,Jabatan Tanah dan Galian, Jabatan Parit dan Taliair perlulahmemberikan kerjasama yang lebih erat kepada JHEOA supaya Jabatan inidapat melaksanakan programnya mengikut jadual.

Juga dirasakan projek ini perlu mendapat pengawasan perlaksanaan-nya daripada kakitangan yang terlatih dan mahir. Adalah lebih berkesanlagi jika Rancangan Pengumpulan Semula ini dikendalikan sepertipengendalian yang dibuat oleh felda. Peneroka hanya dipindahkansetelah kawasan itu dimajukan dan dilengkapkan dengan kemudahan

Page 15: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

Pengumpulan Semula 111

infrastruktur yang asas. Tetapi dalam kes Betau ini keadaan sebaliknyadilakukan. Pendudukan lebih awal dipindahkan sedangkan kawasan itubelum pun dimajukan. Hal ini menyebabkan Orang Semai itu ternanti-nantikan perubahan yang akan mereka nikmati. Kelewatanmembangunkan kawasan ini di samping keperitan hidup yang merekaalami menyebabkan rasa kecewa timbul dengan segera.

RUMUSAN

Untuk mengurangkan rasa kecewa dan keresahan yang dialami olehOrang Semai akibat daripada perpindahan dan perubahan alam sekitarserta lambatnya pembangunan itu digerakkan, sepatutnya bantuankewangan kepada mereka itu tidak dikurangkan dengan begitu mendadak.Asas pendapatan dan kehidupan mereka perlu mendapat perhatian yangutama supaya mereka dapat merasakan kesungguhan pihak kerajaanmahukan pembangunWn dan perubahan itu untuk mereka nikmati. Jikapendapatan dan kehidupan mereka tergugat sudah barang tentupembangunan yang dirancangkan itu tidak lagi meyakinkan. Dan jikapenerima perubahan itu sudah tidak yakin dengan pembangunan yangdirancangkan untuk mereka, maka peluang pembangunan itu mencapaimatlamatnya akan menjadi sulit.

Di samping keadaan ini Orang Semai harus juga diberikanperlindungan daripada dieksploitasi dengan sewenang-wenangnya olehorang luar. Jika undang-undang negara memberikan mereka hak yangsama untuk menikmati kemakmuran negeri ini, undang-undang jugaharus dikuatkuasakan supaya mereka terlindung daripada menjadimangsa eksploitasi.

RUJUKAN

Baharon, B.A.R. 1972. Some Aspects ofthe Relationshipofthe Orang Asli and OtherMalaysians. Kuala Lumpur: JHEOA.

Carey, 1, 1976. Orang Asli: The Aboriginal Tribes of Peninsular Malaysia. KualaLumpur: OUP.

Carey, 1, 1979 The Resettlement of the Orang Asli from a Historical Perspective.FMJ 24.

Dentan, R.K. 1968. The Semai: A non Violent People ofMalaya. New York: Holt,Rinehart & Winston.

Hood, M.S. 1975. Ethno historical perspectives and social change among the OrangAsli. Jurnal Antropologi dan Sosiologi 6.

Hood, M.S. 1980. Orang Asli as Peasants' Kertaskerja Conference onDevelopment: The Peasantry and Development in the Asean Region. UniversitiKebangsaan Malaysia.

Jochim, M.A. 1981. Strategies for Survival: Cultural Behaviour in EcologicalContact. N. York: Academic Press.

Page 16: Akademika 35 (Julai 1989) 97-112 Pengumpulan Semula Orang

112 Akademika 35

. 1979. Orang Asli Regroupment Scheme Betau. Fed. Dept. ofTown and Country Planning, Malaysia.

. 1982. Kertas Kerja Persatuan Orang Asli SemenanjungMalaysia. POASM

Jabatan Antropologi dan SosiologiFakulti Sains Kemasyarakatan & KemanusiaanUniversity Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor D.E.