slide mesyuarat agung pibg sk clifford 2015

44
Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SK CLIFFORD 1 1:45 PTG - Pendaftaran / Kehadiran ibu bapa Ketibaan Jemputan Khas Ucapan Alu-aluan oleh pengerusi majlis Bacaan Doa oleh Tn. Hj. Ahmad Hisham b. Zainal Ucapan Yang Dipertua PIBG oleh En. Yogalingam A/L Karuppan Ucapan Penasihat PIBG oleh Tn. Hj. Mohammad Radzi Bin Awang (Guru Besar SK. Clifford) Ucapan Perasmian oleh EN. MOHAMAD YUSNAILY BIN MOHAMAD YUSOF ( Timbalan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Sultan Abd Aziz) Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada AJK PIBG 2014/2015 Penyampaian Sijil Penghargaan kepada guru-guru yang bertukar. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 sesi 2015/2016 bermula Cabutan Bertuah.

Upload: orynx010

Post on 17-Jan-2016

374 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Slide Mesyuarat Agung PIBG SK Clifford 2015

TRANSCRIPT

Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SK CLIFFORD

Aturcara Mesyuarat Agung PIBG SK CLIFFORD11:45 PTG - Pendaftaran / Kehadiran ibu bapaKetibaan Jemputan KhasUcapan Alu-aluan oleh pengerusi majlisBacaan Doa oleh Tn. Hj. Ahmad Hisham b. ZainalUcapan Yang Dipertua PIBG oleh En. Yogalingam A/L KaruppanUcapan Penasihat PIBG oleh Tn. Hj. Mohammad Radzi Bin Awang (Guru Besar SK. Clifford)Ucapan Perasmian oleh EN. MOHAMAD YUSNAILY BIN MOHAMAD YUSOF ( Timbalan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Sultan Abd Aziz)Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada AJK PIBG 2014/2015Penyampaian Sijil Penghargaan kepada guru-guru yang bertukar.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke 37 sesi 2015/2016 bermula

Cabutan Bertuah.

SATU HATI SATU USAHA SATU MATLAMATKE 38

3

4

51. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT2. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SK.CLIFFORD KALI KE-373. MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK. CLIFFORD TAHUN 20144. MEMBENTANG, MENERIMA DAN MELULUSKAN PENYATA KEWANGAN PIBG SK. CLIFFORD BERAKHIR PADA 31.12.20145. PEMBUBARAN JAWATANKUASA PIBG SK CLIFFORD SESI 2014/20156. PELANTIKAN AJK PIBG SKC SESI 2015/2016 7. MEMBENTANGKAN SENARAI KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN OLEH PIBG SK CLIFFORD BAGI TAHUN 20158. MEMBACA PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK. CLIFFORD 2015/2016.9. MEMBACA PERANCANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2015/201610. MEMBACA PERANCANGAN AKTIVITI SEKOLAH YANG MEMERLUKAN KEWANGAN TAHUN 2015.11.MEMBAHASKAN USUL-USUL12. HAL-HAL LAIN13. UCAPAN PENANGGUHANAgenda Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Clifford,kali ke-38

MINIT MESYUARAT AGUNG AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)KALI KE-37SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD, JALAN RAJA (P) TAAYAH, 33007 KUALA KANGSAR, PERAK.

Tarikh: 29 JANUARI 2014Hari: RabuTempat: Dewan SK CliffordMasa: 2.00 petangPengerusi: En. Kamaruddin Bin SulaimanKehadiran guru: 38 orangKehadiran ibu bapa: 110 orang

Aturcara: 1.Ucapan Pengerusi MajlisMengalu-alukan kedatangan semua hadirin dengan salam keagamaan dan selamat petang.Mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang sudi hadir.2.Bacaan DoaDiketuai oleh Ustaz Hj. Ahmad Hisham Bin Zainal

3.Ucapan YDP PIBG (En. Kamaruddin Bin Sulaiman)Salam keagamaan dan selamat petang.Merakamkan ucapan tahniah terhadap kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa untuk meningkatkan pelajaran anak- anak.Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana Mesyuarat Agung kali ke-37 dapat dijalankan serentak dengan pemberian wang bantuan persekolahan RM 100.00.Meminta dan menyeru kepada ibu bapa memberi tauladan yang baik kepada anak- anak seperti memeriksa buku mereka.Tahniah dan terima kasih dengan pengajuran kelas malam untuk murid- murid tahun 6 oleh pihak sekolah bagi meningkatkan prestasi murid- murid.

SambunganBerharap ibu bapa tahun 6 selepas menghantar anak ke kelas malam, duduk sebentar di sekolah berbincang dengan guru berkaitan prestasi anak.Berharap ibu bapa dapat menghadiri program- program yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.Pihak sekolah diharapkan dapat melaksanakan aktiviti yang bermanfaat dan mendapat sokongan daripada ibu bapa dan Sekolah Kebangsaan Clifford akan lebih berjaya pada masa akan datang.Ibu bapa kenal pasti bakat anak demi merealisasikan pendidikan di zaman global ini.

4.Ucapan Penasihat PIBG (En. Sukeri Bin Ngah Abdullah)Salam keagamaan dan selamat petang.Mengucapkan syukur kepada Allah kerana PIBG SK Clifford dapat mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke- 37 tahun 2014.Pihak ahli jawatankuasa PIBG dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Dato Ahmad Jiwa bin Nawawi kerana sudi menerima jemputan untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Dato Ahmad Jiwa bin Nawawi merupakan bekas pelajar SK Clifford dan mempunyai anak di sekolah ini. Sebelum ini, Dato Ahmad Jiwa bin Nawawi juga telah menyumbang 1 set PA Sistem dan sumbangan kewangan.Ibu bapa yang hadir adalah ibu bapa yang benar- benar mengharapkan kecemerlangan anak- anak.

Mengucapkan terima kasih kepada En. Kamaruddin bin Sulaiman, YDP PIBG dan barisan ahli jawatankuasa PIBG dengan kerjasama yang diberikan dalam melaksanakan program- program di sekolah.Ibu bapa diharap dapat memberi sokongan dan pandangan.Tahun 2014, pihak sekolah berusaha meningkatkan imej sekolah, akademik, sahsiah dan kokurikulum.Target UPSR 2014, 11 orang murid mendapat 5A dan dari segi kuantiti pula mencapai 77.7% yang mana 35 orang murid disasarkan lulus semua mata pelajaran.Aktiviti yang dilaksanakan untuk UPSR adalah seperti kelas tambahan pada waktu malam yang mana ibu bapa perlu memastikan anak- anak hadir mengikut jadual yang diberi dan memantau latihan yang diberi kepada anak- anak.

Seterusnya ialah perjumpaan dengan ibu bapa tahun 6 dan kelas tambahan tahun 5 yang akan diadakan selepas waktu persekolahan.Bagi unit hal ehwal murid pula, bilangan murid yang mendapat rancangan makanan tambahan (RMT) adalah seramai 60 orang murid termasuk kelas Pendidikan Khas.Terdapat juga bantuan lain seperti KWAMP dan bantuan E- kasih.Kehadiran murid memuaskan yang mana mencapai 90% dan disiplin murid terkawal.Bantuan SPBT mencapai 99% dan 1% murid- murid dari Rumah Kanak- Kanak Sultan Abdul Aziz (HOME).Pengurusan kantin juga semakin baik.

Bagi unit kokurikulum pula, aktiviti persatuan dan unit beruniform dijalankan pada setiap hari Selasa berselang seli bermula 1.30 petang hingga 2.30 petang.Murid tahun 3 hingga tahun 6 terlibat dengan aktiviti persatuan manakala murid tahun 4 hingga tahun 6 terlibat dengan aktiviti badan beruniform.Program 1 Murid 1 Sukan pula diadakan pada hari Rabu bermula jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.Pada hari Rabu, murid- murid memakai uniform mengikut unit beruniform masing- masing dan pemakaian T- shirt dibenarkan.Mengucapkan selamat bersidang dengan muhibbah kepada semua ahli jawatankuasa yang dilantik nanti.

5.Ucapan Perasmian (Dato Ahmad Jiwa Bin Nawawi)Ucapan alu-aluan dan salam kepada para hadirin.Mengucapkan terima kasih kepada guru besar kerana sudi menjemput untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Clifford kali ke-37.PIBG merupakan platform yang terbaik untuk mewujudkan hubungan antara ibu bapa dan guru.Berharap aktiviti/ program ilmiah diteruskan demi kecemerlangan anak- anak.Menggalakkan penglibatan ibu bapa supaya program yang dirancang berlangsung dengan jayanya.Dengan lafaz Bismillah beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Clifford Kali Ke-37 tahun 2014.

Mesyuarat Agung PIBG

6.1Ucapan PengerusiPengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir.Tindakan : Makluman6.2Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36Pn. Dayang Mastura binti Mohd Musa selaku Setiausaha PIBG sesi 2013/2014 membentangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-36 untuk diterima. En. Sarus Nizam bin Khalid mencadangkan ianya diterima dan disokong oleh Pn. Patimah binti Mohd Said.

6.3 Membentangkan Dan Menerima Laporan Aktiviti PIBG Tahun 2013En. Kamaruddin bin Sulaiman selaku Pengerusi PIBG sesi 2013/2014 membentangkan laporan aktiviti PIBG sepanjang tahun 2013 untuk diterima. Sidang mesyuarat menerima sebulat suara.Tindakan : Makluman6.4Membentang, Menerima Dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Tahun 2013Pn. Fatimah bt Mahidin selaku Bendahari PIBG sesi 2013/2014 membentangkan penyata kewangan PIBG yang berakhir pada 31.12.2013. En. Mohd Ali bin Abdul Hamid mencadangkan ianya diterima dan disokong oleh En. Mohd Lafiti Amir.Tindakan : Makluman

6.5Pembubaran Jawatankuasa PIBG 2013/2014En. Kamaruddin bin Sulaiman selaku Pengerusi PIBG sesi 2013/2014 membubarkan ahli jawatankuasa PIBG dan Pn. Zaleha binti Abdul Hamid dilantik sebagai Pengerusi sementara. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG sesi 2013/ 2014.Tindakan : Makluman

6.6Perlantikan Ahli Jawatankuasa PIBG SK Clifford Tahun 2013/2014Sidang mesyuarat dengan sebulat suara bersetuju melantik AJK PIBG sesi 2013/2014 seperti berikut:Penasihat-En. Sukeri Bin Ngah Abdullah (Guru Besar SK Clifford)YDP-En. Yogalingam A/L Karuppan NYDP-En. Kamaruddin Bin SulaimanSetiausaha-Puan Dayang Mastura Bt Mohd MusaBendahari-Puan Fatimah Bt MahidinAJK-En. Bat Latif bin Mat NasibEn. Sarus Nizam bin KhalidPn. Norbariah binti Hj AliPn. Fadzilah binti Abd AzizEn. Muhammad Helmi bin Mualib @YasinPn. Wan Hanim bt Wan Suhaimi (Juruaudit Luar)Pn. Hjh Puteri Khursiah binti MansorPn. Faridah binti Abu SemanPn. Nor Shazreena bt UyobEn. Zuraime bin Abd GhaniEn. Aisyamudin bin TajuddinPn. Harliza binti Hassan (Juruaudit Dalam)Tindakan : Makluman

6.7Membentangkan Senarai Bayaran TambahanPengerusi membentangkan yuran PIBG sebanyak RM20.00 bagi satu keluarga. Pn. Patimah binti Mohd Said mencadangkan ianya diterima dan disokong oleh En. Mohd Lafiti Amir. Diterima sebulat suara.Guru Besar membacakan surat daripada PPD yang menyatakan bahawa kutipan bayaran tambahan boleh dibuat bagi tujuan program peningkatan akademik, keselamatan dan keceriaan sekolah, kelas komputer dan yuran keahlian koperasi.Tindakan : Makluman

6.8Membaca Perancangan Aktiviti Tahunan PIBG SK CliffordSetiausaha membacakan perancangan aktiviti tahunan PIBG SK Clifford. Tindakan : Makluman

6.9Membaca Perancangan Aktiviti SekolahSetiausaha membacakan perancangan aktiviti sekolah yang dipaparkan pada skrin.Tindakan : Makluman

6.10Membaca Strategi Pelaksanaan Kecemerlangan UPSR 2014Setiausaha membaca strategi perlaksanaan kecemerlangan UPSR 2014.Tindakan : Makluman

6.11Membahaskan UsulFadzilah bt Abd. AzizIngin memohon pihak sekolah dapat memberi surat- surat dari pihak sekolah pada satu tarikh yang sama iaitu pada satu hari yang sama bagi setiap murid dari darjah satu hingga darjah enam. Ini kerana jika dia memerlukan pengesahan dari ketua Penghulu, ia dapat dihantar sekali semua pada hari tersebut dan tiada dibagi secara beruncit- runcit kerana bagi mengelakkan untuk mendapatkan pengesahan penghulu kampung pada hari yang lain- lain.

Perkara ini pun adalah usul yang dicadangkan oleh ketua penghulu tersebut. Diharapkan agar pihak sekolah dapat mempertimbangkan perkara di atas.

Memohon agar pihak sekolah memberikan jadual waktu yang betul kepada para pelajar. Ini bagi mengetahui waktu pulang para pelajar yang sebenarnya. Ini kerana ada kalanya waktu pulang di dalam jadual adalah pada pukul 1.30 petang tetapi pelajar keluar dari kelas ialah pada jam 2.00 petang. Jadi ibu bapa terpaksa menunggu lebih masa dari waktu sebenarnya. Diharapkan agar dapat mempertimbangkan perkara tersebut.

Ulasan PengerusiUsul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG memandangkan yang membawa usul ini tidak hadir.

Rukumani a/p BelaramanDiharap memberi bantuan RMT kepada murid- murid yang memerlukannya.

Ulasan Guru BesarSemua murid tahun 2 hingga tahun 6 layak tetapi perlu mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Syaratnya ialah pendapatan ibu bapa sebanyak RM 580.00 sebulan atau RM 130.00 perkapita. Bagi murid- murid tahun 1, bolehlah memohon daripada pihak sekolah.

Mohd Mustafa bin ShazaliWaktu balik sekolah tidak menentu. Saya sebagai ibu bapa tertunggu- tunggu. Diharap pihak sekolah tentukan waktu.

Ulasan pengerusiUsul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG memandangkan yang membawa usul ini tidak hadir.

Mohamed Ali bin Abdul HamidDapat kiranya guru menekankan di dalam pembelajaran pembacaan ( untuk kelas khas sahaja.)

Ulasan pengerusiUsul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG memandangkan yang membawa usul ini tidak hadir.

Ahmad Murad bin Sulaimi Penambahbaikan di kawasan luar sekolah. Penyediaan kawasan yang khusus kepada pelajar untuk menunggu harus disediakan bagi menjamin keselamatan pelajar.

Ulasan pengerusiUsul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG memandangkan yang membawa usul ini tidak hadir.

Zulkifli bin Abdul AzizSaya Zulkifli bin Abdul Aziz mencadangkan di sekolah ini mengadakan kelas tambahan dan aktiviti sukan di sebelah petang.

Ulasan PengerusiKelas tambahan tahun 6 sudah pun bermula dan dijalankan pada waktu malam jam 8.00 hingga 9.30 malam.

Ulasan guru BesarKelas tambahan disediakan untuk murid- murid tahun 5 dan 6 sahaja. Bagi murid tahun 1 hingga tahun 4 pula tiada kelas tambahan dijalankan untuk mereka kerana mereka mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran KSSR yang mana tiada peperiksaan dijalankan dan murid akan dibimbing sehingga dapat menguasai band- band yang ditetapkan.Bagi kegiatan sukan pula, murid murid terlibat dengan program 1 Murid 1 sukan yang diadakan pada waktu petang iaitu hari Isnin bagi permainan bola sepak, hari Selasa bagi permainan bola baling dan hari Khamis pula melibatkan permainan bola tampar. Aktiviti permainan tersebut dijalankan pada jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.

Rosli Amir bin MohamadMenyelaraskan waktu pulang sekolah- sekolah rendah pada suatu waktu yang sama agar memudahkan ibu bapa mengambil anak- anak pulang. Dengan ini ibu bapa yang bekerja dapat mengambil anak- anak yang berlainan sekolah pada satu masa yang tetap pada waktu rehat kerja ibu bapa.Memberi bantuan kewangan tambahan kepada ibu bapa pelajar yang miskin dan daif supaya semangat pelajar untuk belajar dapat dipertingkatkan memandangkan kos sara hidup pada masa kini yang semakin meningkat.Peranan pengawal keselamatan dipertingkatkan agar dapat mengawal trafik di waktu puncak pergi dan balik persekolahan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini terjadi.Bantuan RMT untuk pelajar harus dipertingkatkan dan lebih seimbang supaya dapat membentuk pemikiran pelajar yang lebih baik.

Ulasan pengerusiUsul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa PIBG memandangkan yang membawa usul ini tidak hadir.

Zaidatul Sharina bt SamahDiharapkan pihak sekolah dapat memaklumkan kepada ibu bapa atau penjaga sekiranya murid- murid ada kelas tambahan atau sebarang aktiviti untuk memudahkan ibu bapa menjemput pulang.Diharapkan pihak kantin dapat menyediakan makanan tambahan bagi pelajar- pelajar yang pulang lewat.

Ulasan pengerusiUsul ini akan dibincangkan di dalam mesyuarat AJK PIBG memandangkan yang membawa usul ini tidak hadir.

6.12 Hal-hal Lain6.13.1Pn. Shuliyana bt Yahya berharap ada pemantauan terhadap makanan murid- murid di kantin yang diletakkan bahan perasa yang menyebabkan murid menjadi mengantuk dan kurang fokus. Beliau menyarankan ibu bapa supaya memberi suntingan semangat seperti makanan tambahan kepada anak- anak.Ulasan Guru BesarPIBG dan pihak sekolah memang sentiasa memantau makanan di kantin.Menyarankan kepada ibu bapa mencuba makanan tambahan JusQ 30.6.13.2En. Bat Latif bin Mat Nasib memberitahu tentang keselamatan murid- murid di sekolah terutama murid- murid yang keluar awal dan bermain di longkang besar di luar kawasan sekolah. Ulasan Guru BesarPihak sekolah menetapkan semua murid- murid berkumpul di kantin sementara menunggu ibubapa mereka. Berharap ibubapa peka dengan jadual balik sekolah anak- anak.

6.13.3En. Kamaruddin bin Sulaiman mencadangkan ibu bapa yang mempunyai anak di tahun 6 dapat menyediakan makanan untuk murid sewaktu kelas malam dijalankan.Ulasan Guru BesarPihak sekolah menyerahkan kepada ahli jawatankuasa PIBG untuk membincangkan perkara tersebut. 6.13PenangguhanGuru besar mengharapkan ibu bapa memberI sokongan yang padu dan fikirkan bantuan yang boleh diberi kepada pihak sekolah supaya sekolah dapat melahirkan insan cemerlang.Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.25 petang.

32

33

34

AJK JAWATANKUASA PIBG 2014/2015SEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD

Penasihat-Tn. Hj. Muhammad Radzi Bin Awang(Guru Besar SK Clifford)

YDP-En. Yogalingam A/L Karuppan

NYDP-En. Kamaruddin Bin SulaimanSetiausaha-Puan Dayang Mastura Bt Mohd Musa

Bendahari-Puan Fatimah Bt Mahidin

AJK-En. Bat Latiff Bin Mat NasibEn. Sarus Nizam Bin Khalid Pn. Norbariah Bt Hj AliPn. Fadzilah Bt Abd AzizEn. Muhammad Helmi Bin Mualib@ YasinPn. Wan Hanim Bt Wan Suhaimi (Juruaudit Luar)Pn. Hjh Puteri Khursiah Bt MansorPn. Faridah Bt Abu SemanPn. Nor Shazreena Bt UyobEn. Zuraime Abd GhaniEn. Aisyamudin Bin TajuddinPn. Harliza Bt Hassan (Juruaudit Dalam)

AJK JAWATANKUASA PIBGSEKOLAH KEBANGSAAN CLIFFORD2015/2016

Penasihat-Tn. Hj. Muhammad Radzi Bin Awang(Guru Besar SK Clifford)

YDP-

NYDP-Setiausaha-

Bendahari-

AJK-

37

SENARAI KUTIPAN BAYARAN TAMBAHAN OLEH PIBG 2015BilPerkaraTahun 1RMTahun 2RMTahun 3RMTahun 4RMTahun 5RMTahun 6RM1Derma / Sumbangan Tabung PIBG (satu keluarga)20.0020.0020.0020.0020.0020.002Program Kecemerlangan UPSR 2015-----90.003Program Peningkatan Akademik (Tahun 1 hingga Tahun 5)20.0020.0020.0020.0020.00-

PERANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK CLIFFORDSESI 2015/2016B ILAKTIVITITARIKH1PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPA JANUARI- JULAI 2MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 38FEBRUARI 3MESYUARAT AJK PIBG JANUARIFEBRUARIJUNOGOSNOVEMBER 4KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SEKOLAH APRIL5AKTIVITI MENAMBAH DANA PIBG FEBRUARI - NOVEMBER 6MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG NOVEMBER 7PROGRAM SARANA JANUARI - NOVEMBER 8GANJARAN INSENTIF MURID UPSR NOVEMBER 9WANG SAKU KEPADA MURID YANG MEWAKILI DAERAH/ NEGERI FEBRUARI- NOVEMBER 10MAJLIS BACAAN YASSIN PERDANA UPSR OGOS

PERANCANGAN PROGRAM KECEMERLANGAN UPSRTAHUN 2015BILPROGRAMSASARANTEMPOH PELAKSANAANPROGRAM UTAMAMurid- murid Tahun 5 dan 6Ibu bapa/ PenjagaJanuari - Ogos1.Motivasi dari guru Kaunseling2.Kelas Tambahan3.Bengkel Teknik Menjawab Soalan4.Perjumpaan Ibu Bapa Secara Berkala5.Perkongsian Ilmu Dalam Kelompok6.Program KepungPROGRAM SOKONGANMurid- murid Tahun 5 dan 6Ibu bapa/ PenjagaJanuari - Ogos1.Program Mentor- Mentee2.Program Bimbingan dan Kaunseling3.Latih tubi berfokus/ Zoom A4.Program Sarana5.Latih Tubi Soalan Percubaan NegeriPROGRAM SAMPINGANMurid- murid Tahun 5 dan 6Ibu bapa/ PenjagaJanuari - Ogos1.Bacaan Yassin, Solat Hajat/ Solat Dhuha2.Klinik Pagi UPSR3.Paparan Maklumat/ Sudut Ilmu4.Bimbingan Rakan Sebaya5.Aktiviti Panitia6.Penglibatan Agensi Luar/ Komuniti

PERANCANGAN AKTIVITI SEKOLAH YANG MEMERLUKAN KEWANGANTAHUN 2015BILAKTIVITIPERBELANJAAN YANG DIPERLUKANSASARAN1. Program peningkatan UPSR 2015 ( 7 aktiviti utama)RM 4,785.00Semua murid Tahun 65A: 7 orang (24.14%)LULUS : 28 ORANG (96.55%)2.Kejohanan Balapan dan Padang 2015 peringkat SekolahRM 2,700.00Semua murid3.Cetakan latihan- latihan, ujian- ujian dan peperiksaan dalaman 2015RM 2,000.00Tahun 1-6Sepanjang tahun4.Penglibatan murid dalam aktiviti MSSD dan aktiviti luar yang lain.RM 1,000.00Tahap 1 dan Tahap 2 Sepanjang tahun5.Mesyuarat Agung PIBG 2015RM 800.00Semua ibu bapa/ penjaga/ waris6.Hari Penghargaan dan Kecemerlangan Akademik, Kokurikulum dan HEMRM 2,000.00Murid cemerlang dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan lain- lain.7.Sambutan perayaan 2015Bulan kemerdekaanHari kanak- kanakHari guruHari kokurikulumRM 2,500.00Semua murid8.Lawatan sambil belajar Tahap 2RM 3,000.00Murid cemerlang tahap 29.Program keceriaan sekolahRM 2,700.00Semua muridJUMLAHRM 21,485.00

41USUL USUL

FADZILAH BT ABD. AZIZSaya ingin pihak sekolah melaraskan jadual waktu pelajar sekolah kerana waktu pulang pelajar tidak sama dengan jadual waktu yang diberikan. Ini menyukarkan ibu bapa untuk mengambil anak pulang dari sekolah. Ini kerana kebanyakan ibu bapa sibuk dengan waktu kerja masing- masing.

42SAIDATUL RINA BINTI MOHD SUFFIANIsu kebersihan tandas.Anak saya sering mengadu tandas murid terlalu kotor dan flush tandas yang tidak berfungsi. Daripada pemerhatian saya, perkara ini telah berlarutan sekian lama kerana anak sulung saya yang kini berusia 21 tahun pernah mengadu perkara yang sama semasa dia di sekolah rendah dahulu. Mohon perkara ini diberi perhatian serius kerana ia membabitkan isu kebersihan. Terima kasih.

SARINA BINTI AMRIMenggalakkan murid makan kismis setiap pagi. (untuk murid UPSR).

43MOHD LOKMAN BIN MOHD MADZILSaya seringkali melihat guru besar bertukar wajah setiap tahun. Bolehkah saya usulkan agar guru besar dikekalkan sehingga 4 penggal persekolahan agar ia dapat memberikan buah fikiran dan jasa kebaktian terhadap sekolah Clifford bagi memajukan dan memacu ia terus ke arah matlamat wawasan yang diimpikan

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG SK CLIFFORDSESI 2014/2015BILAKTIVITITARIKH1.PROGRAM MOTIVASI MURID TAHUN 6 BERSAMA IBU BAPAJANUARI- JULAI2.MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 3729/1/20143.MESYUARAT AJK PIBG SESI 2014/201514/3/201423/6/201411/8/20143/11/201430/1/201517/2/20154.KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SEKOLAH KE 5626/6/20145.MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 201313/11/20146.TAKLIMAT SARANA16/8/20147.GANJARAN INSENTIF MURIDUPSR & MURID YANG MEWAKILI DAERAH/ NEGERIFEBRUARI- NOVEMBER8.PROGRAM GURU PENYAYANGMAC- NOVEMBER